Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Semakin bahagia - Yasmin Hani

SELEPAS hampir setahun berumah tangga nampaknya pengacara, pelakon dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson semakin bahagia di samping suami tercinta, Sha'arin Mohammed Razali Wong. Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 21 Oktober ini, buat pasangan ini tiada apa yang lebih penting buat mereka selain untuk menikmati setiap detik yang berlalu seperti pasangan lain. Seperti lazimnya pasangan yang baru berkahwin, pasti ada banyak perancangan untuk meraikan sambutan ulang perkahwinan mereka. Pun begitu lain halnya dengan Yasmin dan Sha'arin apabila tarikh keramat itu bakal disambut sendirian oleh Yasmin memandangkan sang suami akan berada jauh di utara tanah air. "Kami tidak merancang apa-apa lagi. Sha'arin juga tidak akan berada di sini memandangkan sedang bekerja di Langkawi. Jadi kami tidak pasti bagaimana sambutan ulang tahun pertama kami nanti," katanya tersenyum. Dengan usia perkahwinan yang masih hijau, Yasmin percaya proses pembelajaran sebagai seorang isteri masih lagi berlangsung malah sedaya upaya ingin melunaskan janjinya menjadi peneman setia terhadap lelaki yang dicintai. Di usia 33 tahun, wanita matang ini mempunyai cara pemikiran yang lebih relevan untuk menjawab setiap persoalan yang ditanya. Mengakui agak jarang berada di dada-dada akhbar kini, Yasmin memberitahu itu bukan bermakna rezekinya di dalam industri ini sudah tiada. Selain sibuk menguruskan karier, Yasmin kini juga banyak menghabiskan masa dengan urusan perniagaan fesyen dalam talian yang baru sahaja bermula. "Alhamdullilah, kehidupan saya semuanya baik. Kerjaya juga sama seperti dahulu, tiada apa yang berubah," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Destinasi Cinta Bersama AirAsia, terbitan Astro di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bakal muncul sebagai pengacara untuk program Chef Cilik musim kedua, menurut Yasmin, melalui kehidupan sebagai seorang isteri memberi definasi berbeza kepada jadual hariannya kini. "Sebenarnya tiada banyak yang berubah, mungkin tanggungjawab itu lebih sedikit. Suami saya juga sering bekerja luar. "Jika tiada urusan saya akan mengikutnya, jika tidak saya hanya akan meneruskan kerja saya di sini. Dan selalunya di dalam mengimbangi waktu bermasa kami berdua akan pergi bercuti," katanya. Menyentuh soal anak, menurut Yasmin percaturan yang dibuat untuk tahun pertama perkahwinan memberi ruang buat mereka menghabiskan lebih banyak masa bersama. Walaupun begitu pasangan ini tetap mempunyai rancangan masa depan yang rapi. "Kami mahu menghabiskan masa berdua dahulu, saya percaya dengan kehadiran anak nanti semuanya akan berubah. "Saya tidak ada masalah untuk mempunyai anak pada masa hadapan, saya sendiri sangat biasa dengan budak. Cuma kami tidak mahu terlalu tertekan dengan perkara ini," katanya yang juga mempunyai dua anak tiri, Narissa, 26, dan Armand, 24, melalui perkahwinan pertama Sha'arin. Bakal diterbangkan ke China hujung bulan ini, menurut Yasmin kesempatan yang diberikan pihak program Destinasi Cinta Bersama AirAsia memberi kelebihan buat dia dan suami untuk merasai kembali kehangatan bulan madu. "Kami suka menyelam malah saya dan dia juga sudah mempunyai lesen. Dulu Bali menjadi destinasi pilihan bulan madu kami. "Diberi kesempatan untuk berbulan madu kali kedua tentunya sangat dihargai selain dapat bersama, percutian kali ini juga boleh dianggap sebagai hadiah ulang tahun pertama kami," katanya sambil merenung manja ke arah Sha'arin.
Kisah diboikot Terus bercerita perjalanan hidupnya kini, menurut Yasmin, sejak dari dahulu lagi dia bukanlah seorang yang suka berahsia. Walaupun banyak selebriti kini lebih senang tidak berkongsi kehidupan peribadinya, Yasmin mempunyai falsafah berbeza mengenai privasi. "Sejak dari dahulu lagi saya bukan jenis yang berahsia, saya suka berkongsi dengan peminat saya. "Bagaimanapun sebagai manusia kita perlu menghormati hak orang lain. Sama seperti orang lain, artis juga berhak untuk memilih cara kehidupan mereka," katanya. Pernah menimbulkan kontroversi melalui salah faham yang berlaku ketika majlis perkahwinannya setahun lalu, Yasmin mengakui dia merasai akibatnya kini. Walaupun begitu wanita ini yakin tiada sebab untuk dirinya meminta maaf di atas kejadian tersebut memandangkan ia berlaku di luar pengetahuannya. Menjelaskan apa yang berlaku, menurut Yasmin bukan niatnya menghalang mana-mana wartawan daripada membuat liputan di majlis bahagianya itu tetapi tempat yang terhad memaksa mereka yang bertanggungjawab pada hari tersebut menghalang wartawan yang tidak memberi persetujuan awal. "Saya percaya kejadian ini berlaku kerana salah faham malah apa yang berlaku tersebut langsung tidak diketahui sehingga kami membaca akhbar. Jadi sebenarnya bukan saya yang menghalang mereka dari masuk, mahu berlaku adil kami hanya membenarkan pihak media yang sudah memberi persetujuan awal. "Saya tahu ada beberapa wartawan yang memilih untuk memboikot kami melalui insiden ini, saya percaya tiada apa yang mampu di lakukan saya untuk membetulkan keadaan memandangkan kami sudahpun menjelaskan apa yang berlaku. "Bagi saya, rezeki saya terletak di tangan Allah. Kalau ada sesiapa yang nak temu bual, saya dengan berbesar hati boleh datang dan bagi yang nak boikot, terpulang kepada mereka," katanya panjang lebar. Langkah pertama Memilih untuk meneruskan minat berfesyen dalam bidang peniagaan, menurut Yasmin, dia dan dua lagi rakan baiknya, Daphne Iking serta Atilia kini sedang bertungkus lumus memperkenalkan jenama pakaian, Baajookoo. "Kami memulakannya secara dalam talian dahulu dan masih tidak membincangkan soal membuka butik lagi. "Syukur kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat keputusan bersama. Mungkin ini yang memberi keberanian kepada kami untuk mengusahakan perniagaan ini secara bersama," katanya. Memilih untuk menyediakan fesyen santai buat wanita, Yasmin percaya dengan permulaan secara kecil-kecilan ini dia berjaya memberi peluang untuk dirinya mencuba sesuatu yang baru. "Fesyen pilihan kami adalah sesuatu yang santai dan mudah, ada yang diimport dari luar dan ada juga yang kami reka sendiri. "Memandangkan perniagaan ini baru sahaja bermula, jadi semuanya bergantung kepada usaha kami bertiga. Walaupun agak letih namun saya percaya semuanya amat berbaloi," katanya yang baru sahaja melancarkan jenama itu bulan lepas.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails