Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Yuna. Show all posts
Showing posts with label Yuna. Show all posts
AKIBAT DIPELUK - YUNA DIKRITIK 'PEDAS' DI FACEBOOKNYA
Ikhlasnya, bukan mudah menjadi seorang artis. Pelbagai kritikan dan teguran harus ditelan, tambah-tambah apabila artis tersebut bertudung.
Begitulah juga yang berlaku terhadap Yuna (Yunalis Zarai) yang dikritik pedas oleh segelintir pihak akibat sekeping gambar bersama penyanyi rap kelahiran Trinidad, bernama Theophilius London.
Gambar yang di muat naik di laman Facebook peribadinya itu pada Khamis lalu menunjukkan London memeluk bahu Yuna di satu majlis yang tidak diketahui tempatnya.
Akibatnya, ada yang tidak puas hati dan menghentam Yuna kerana dipeluk oleh London yang dikatakan 'bukan muhrim'.
"hilang respect pd Yuna sbgai wanita islm yg bertudung," demikian kata seorang pelawat Facebooknya bernama Nur Hazlinda Burhan.
"Hanya skadar teguran dr hamba yg lemah... Kak yuna..sy respect akak..sbb akak bayk sumbang name malaysia d mate dunia. Tp sy harap akak jugak bole bangge kan name islam walaupun dimana kita berada. Bak kata pepatah"bagai benih dicampak ke laut menjadi pulau'," kata yang lain pula.
"Jgn kite tuding orang yg melakukan perkara yg salah ye leja tapi tuding orang yg melakukan kebaikan... Teguran untuk anda semua juga untuk diri yg daif ini. Wallahu 'alam,” kata Afzal Sainul Affath.
Sementara Komen Biebie Arereypha pula berbunyi: "Opps ... Yuna kenapa benarkan dipeluk oleh lelaki itu?ermm..jatuh maruah org islam yg btudung."
"apa nie Yuna. Haram sentuhan dengan llaki bukan mahram kita. Napa nie Yuna?" ujar Meme Lina.
"Rezeki yg dicari melalui nyanyian tu hilang keberkatannya bila dah brcampur dosa ... nikmat Tuhan nk tarik tu kejap je..kalau tk kena tarik nikmat yg tuhan beri jadi skrin play la gamba tu kat padang masyar renung2 kan,” komen Jak Yori.
Lebih panas apabila ada juga yang bersifat perkauman dengan menyatakan, "this Negro should respect Yuna, who wearing hijab. And yuna should know that she still Malaysia artis and not American artis. Everyone will judge her about small mistake. But who are we wanna judge her right."
Bagaimanapun, terdapat juga peminat tegar Yuna yang turut memberikan sokongan dengan menegur komen negatif yang ditulis di laman Facebook penyanyi itu.
“Teguran secara makian adalah sangat betul dan tak mendatangkan dosa, malah mendapat pahala dgn melimpah ruah..dan harus lagi wajib membela mereka2 ini dari membela Yuna,” kata Ariza “Ieja” Mohamed Saleh.
Luis Camela dalam komennya berkata, "Y'all are fake Muslim pretending and covering your sin with the Holy Hijab, Do you know how many of your girls sleep around with while they have their Hijab on, Yuna I love your Music and I buy every of your Album on iTunes. Your country people lack exposure to the world. If they could travel out of their caged country and see how the world is then they will realize the world is against racism, I can't blame y'all cause you haven't love your fellow chinese and India how can you love another color then. Yuna is the only singer who is representing your country in the world of music so appreciate her."
Untuk info, penyanyi yang sekarang menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu baru saja selesai menjayakan sebuah persembahan bertaraf antarabangsa bersama kumpulan National Symphony Orchestra di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada bulan lalu.
Selesai saja persembahan itu, Yuna yang popular dengan lagu "Terukir Di Bintang" itu banyak menjelajah ke sekitar benua termasuk Australia bagi memenuhi komitmen nyanyian.
Yuna kini terus melakar nama di persada antarabangsa selepas mendapat jemputan membuat persembahan di Anugerah Pelarian Nansen Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Geneva, Switzerland baru-baru ini.
Jangan Panggil Yuna Diva
Kejayaan yang dikecap selama lima tahun dalam dan luar negara tidak membuatkan penyanyi Yuna merasakan dirinya layak untuk menerima gelaran diva.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 27, berkata, dia masih belum cukup matang dalam industri muzik dan menyifatkan gelaran tersebut hanya sesuai buat penyanyi lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Shiela Majid atau Ning Baizura.
"Saya belum sedia dengan gelaran diva sebegitu. Bagi saya ia hanya untuk penyanyi yang bekerja keras setelah sekian lama.
"Saya ni pula masih lagi baru dan banyak pengalaman yang belum dipelajari," katanya kepada mStar Online.
Tambah Yuna, mungkin gelaran tersebut relevan untuk dirinya pada masa akan datang ketika pengalamannya di bidang muzik sudah mencukupi.
Sementara itu pengalaman menetap di Amerika Syarikat selama tiga tahun ternyata memberikan impak yang besar buat Yuna apabila anak kelahiran Kedah ini dapat merasakan kematangan dalam nyanyiannya.
"Orang selalu nampak saya hanya boleh membawakan lagu berkonsepkan seperti lagu Dan Sebenarnya tetapi Alhamdulillah semakin hari peminat mula percaya bahawa saya boleh mengalunkan lagu genre lebih serius.
"Malah pengalaman saya membuat persembahan setiap hari membuatkan saya lebih yakin menyanyi dengan vokal yang lantang,” jujurnya.
Sementara itu, Yuna yang kini berada di bawah naungan syarikat rakaman milik David Foster iaitu Verve Records berkata, walaupun dia banyak menghabiskan masanya di Amerika Syarikat tetapi dia akan memastikan peminat-peminat di Malaysia tidak terabai.
Yuna Akui Ada Hubungan Dengan Pemuda Inggeris
Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui sedang mengenali hati budi pemuda Inggeris, Julian Schratter selepas gambar mereka sering dimuat naik menerusi Instagram milik wanita itu.
Yuna, 27, bagaimanapun enggan mengulas sejauh manakah hubungan mereka kerana mahu memberi perhatian kepada kerjaya nyanyiannya yang semakin rancak di Amerika Syarikat.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai soal peribadi tetapi apa yang boleh saya katakan, saya dan Julian sedang mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya adalah peribadi untuk dikongsi di sini.
"Buat masa ini saya sangat sibuk untuk menyiapkan album kedua saya di Amerika yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan. Karier adalah keutamaan saya buat masa ini," katanya kepada pihak media menerusi sidang video Skype dari Los Angeles, yang diadakan di Istana Budaya di sini pada Khamis.
Yuna diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Julian selepas penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu mengundang pemuda tersebut sebagai model dalam muzik video terbaharunya berjudul I Wanna Go.
Dalam perkembangan sama, Yuna berkata, kegagalan mempertahankan hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara, Qi Razali banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum dan berharap peminat dan media memahami situasi itu.
Sementara itu, mengulas mengenai konsert sulungnya di Istana Budaya bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6 hingga 8 September depan, Yuna menyifatkan peluang itu adalah sekali dalam seumur hidup.
Jelas Yuna, dia sudah lama berhasrat untuk beraksi di pentas berprestij itu dan peluang mengadakan persembahan bersama pemuzik orkestra cukup istimewa.
"Bukan semua artis boleh membuat persembahan di Istana Budaya apatah lagi bersama pemuzik orkestra dan peluang yang diberikan ini akan saya galas dengan sebaik-baiknya.
"Walaupun sedikit berdebar dan berada jauh dari tanah air tetapi saya yakin dengan bantuan pemuzik dan perancangan yang betul saya pasti dapat melaksanakan tanggungjawab itu demi peminat," katanya.
Bakal beraksi selama dua jam pada acara itu Yuna memberitahu dia belum memutuskan senarai lagu yang bakal dipersembahkan namun berjanji akan memilih lagu-lagu terbaik dan disukai peminat.
"Apa yang penting nanti peminat akan terhibur dengan persembahan dan pemilihan lagu dan saya juga sedang merancang untuk menjemput beberapa artis undangan bagi memeriahkan konsert pada malam itu," jelasnya.
Pihak Istana Budaya bagaimanapun masih belum menetapkan harga tiket konsert itu dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.
AKHIRNYA YUNA PILIH MAT SALLEH
Setelah lama berteka-teki... akhirnya Yuna (Yunalis Zaraai) mengakui bahawa beliau kini sedang dilamun cinta dengan jurugambarnya sendiri bernama, Julian Schratter atau lebih dikenali sebagai Jules.
Sehubungan itu, kisah cintanya sebelum ini dengan Qi Razali yang terputus di tengah jalan... kini hanya tinggal memori indah. Bak kata orang, cinta tak semestinya bersatu!
Untuk info, pengakuan cinta Yuna itu diluahkan oleh Yuna sendiri menerusi laman tumblr miliknya baru-baru ini. Kata penyanyi tersebut, beliau dan Julian kini sudah memasuki fasa percintaan.
"Sometime around tonight, last year, a special person walked into my life and I can’t imagine my life for the past year if we had never crossed paths.
"Oh how life would be monotonous.
"Love, colors, paintings, skateboards, roti canai, laughters and smiles all the way and the only way.
"I learned a lot from my past relationships to not screw this one up. I can feel it. InshaAllah," ujar Yuna melalui laman itu.
Apapun, tahniah diucapkan buat Yuna. Moga pilihannya kali ini merupakan sesuatu yang tepat dan bukan sebagaimana artis lain yang hanya kepingin Mat salleh sebagai 'hero'. Heh.
Nelydia Senrose Di Tuduh Rampas Qi Dari Yuna
Selepas umum melihat keakraban yang terjalin antara Nelydia Senrose & Qi Razali, juga merupakan bekas kekasih Yuna Zarai, Nelydia tidak terlepas dari dituduh sebagai punca perpisahan antara Qi Razali dan Yuna.
Semua sedia maklum bahawa Nelydia dan Qi Razali kini sedang berkawan rapat. Pasangan ini sudah banyak kali dilihat keluar berdua di tempat awam & kami sendiri pernah terserempak beberapa kali dengan mereka.
Sehubungan dengan ini, menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa Nelydia lah yang menjadi punca keretakan perhubungan antara Qi dan Yuna. Nelydia sendiri akui belum pernah lagi bersua muka dengan Yuna.
Malah Nelydia sendiri sudah dapat menjangka dia akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Nelydia walau bagaimanapun menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.
“Nely bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Nely rapat dengan Qi pun baru je lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”
Sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love. Namun Nelydia akui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.
Nelydia akui sering menjadikan Qi sebagai bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej. Nelydia menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak. Usia yang sudah menginjak 37 tahun, menjadikan Qi lebih matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya.
Nelydia Senrose kini sedang mengikuti kursus Psikologi selama 3 tahun di SEGI College, Subang.
Tambah Nelydia, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Seakan memberi hint hatinya terbuka untuk menerima Qi seandainya Qi adalah jodohnya. -RotiKaya
Semua sedia maklum bahawa Nelydia dan Qi Razali kini sedang berkawan rapat. Pasangan ini sudah banyak kali dilihat keluar berdua di tempat awam & kami sendiri pernah terserempak beberapa kali dengan mereka.
Sehubungan dengan ini, menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa Nelydia lah yang menjadi punca keretakan perhubungan antara Qi dan Yuna. Nelydia sendiri akui belum pernah lagi bersua muka dengan Yuna.
Malah Nelydia sendiri sudah dapat menjangka dia akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Nelydia walau bagaimanapun menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.
“Nely bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Nely rapat dengan Qi pun baru je lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”
Sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love. Namun Nelydia akui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.
Nelydia akui sering menjadikan Qi sebagai bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej. Nelydia menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak. Usia yang sudah menginjak 37 tahun, menjadikan Qi lebih matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya.
Nelydia Senrose kini sedang mengikuti kursus Psikologi selama 3 tahun di SEGI College, Subang.
Tambah Nelydia, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Seakan memberi hint hatinya terbuka untuk menerima Qi seandainya Qi adalah jodohnya. -RotiKaya
Yuna Tolak Tepi Soal Cinta
PETALING JAYA: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna tidak meletakkan soal percintaan sebagai keutamaan kerana ingin memberikan tumpuan kepada pembikinan album terbarunya di Amerika Syarikat (AS).
Yuna, 26, berkata, pada tahap ini kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak labelnya, The Verve untuk menghasilkan muzik yang terbaik menjadi perhatiannya dan bukannya kepada soal cinta.
"Bukannya saya sudah serik selepas pengalaman lalu tetapi tumpuan perlu diberikan kepada kerja dan pembikinan album terbaru saya kerana ini adalah peluang terbesar untuk membina kerjaya di Amerika malah di seluruh dunia," ujarnya kepada mStar Online.
Yuna menggulas dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Julian Schratter seorang jurugambar yang sentiasa mengikut penyanyi itu ketika membuat persembahan.
Malah gosip tersebut semakin kuat apabila dia sering kali dilihat memuat naik gambar bersama lelaki Inggeris itu di laman Instagram.
Dalam pada itu, Yuna menegaskan hubungannya dengan Julian hanya sekadar teman rapat namun tidak menolak sekiranya mempunyai jodoh dengan Julian.
Malah kata Yuna, dia tidak pernah meletakkan bangsa sebagai satu ukuran dalam perhubungan dan mengakui selesa berkawan dengan Julian.
"Bagi saya semua manusia itu adalah sama tanpa mengira bangsa dan agama tambahan pula Islam itu sendiri sebuah agama yang indah dan mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja.
"Saya tidak mahu menghadkan pergaulan saya hanya semata-mata kita berlainan agama dan berbeza budaya," jelasnya.
Sementara itu, Yuna berkata, ibu bapanya juga bersikap terbuka dalam menentukan siapakan lelaki yang menjadi pilihannya kelak.
"Ibu bapa saya bukan seorang yang suka menilai orang lain dan perkara itu telah diajar kepada saya. Mereka juga terbuka dengan siapa pilihan saya nanti," katanya.
Aizat Akui Iri Hati Kejayaan Yuna
AMPANG: Penyanyi dan komposer Aizat Amdan berasa iri hati dengan rakan seperjuangannya iaitu Yuna yang berpeluang merakamkan album di Amerika Syarikat (AS).
Aizat, 24, berkata, peluang yang diperoleh Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai untuk bernaung di bawah sebuah label muzik terkemuka di AS iaitu The Verve/Universal Music serta bekerjasama dengan komposer terkenal seperti David Foster dan gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger adalah impian semua pemuzik sepertinya.
"Siapa yang tidak mahu bekerjasama dengan Mike yang memang terkenal dengan kehebatannya bermain gitar dan mencipta lagu? Beliau adalah salah seorang pemuzik kegemaran saya.
"Jujur saya iri hati dengan peluang yang Yuna miliki selain perjalanan kariernya di Amerika Syarikat semakin lancar.
"Bagaimanapun kejayaan Yuna itu saya ambil sebagai satu semangat untuk terus mengejar cita-cita di peringkat lebih tinggi," jelasnya kepada mStar Online.
Aizat ditemui ketika majlis kenduri kesyukuran kemenangan lagu nyanyian Yuna iaitu Terukir Di Bintang yang diadakan di kediamannya di Taman TAR di sini pada malam Ahad lalu
Tambah Aizat, Yuna juga bertuah kerana peralatan studio dan teknologi yang digunakan jauh lebih baik daripada produksi tempatan.
Dalam pada itu, Aizat berkata, dia ada merancang untuk merakamkan sebuah lagu bersama Yuna namun kesuntukan masa telah membantutkan hasrat itu.
Katanya, keinginan itu telah lama dipendamkan dan dia yakin akan menghasilkan sebuah lagu yang dapat diterima ramai.
"Saya sudah lama mengenali Yuna dan hasrat untuk merakamkan sebuah lagu bersamanya telah lama dirancang dan Yuna sendiri tidak mempunyai masalah.
"Namun kesibukannya dan sentiasa berada di Amerika telah menyebabkan projek itu tergendala," jelasnya.
Sementara itu, Aizat berkata dia kini sedang dalam proses merakamkan album ketiganya dan dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.
Untuk album itu nanti, ia akan memuatkan 12 buah lagi dan enam daripadanya adalah lagu berbahasa Inggeris.
"Kelainan album baru itu nanti ia akan memuatkan enam buah lagu berbahasa Inggeris dan idea itu telah lama saya fikirkan dan mahu berkongsi dengan semua peminat.
"Proses album ini juga saya lakukan sendiri daripada proses penulisan, penciptaan lagu dan rakaman dengan bantuan pasukan penerbit. Saya teruja dengan pembikinan album ini," jelasnya.
Tambah Aizat, kesibukannya tidak terhenti disitu apabila dia juga sedang dalam proses menyiapkan album artis Amir Jahari dan kumpulan Gorilla yang bernaung di bawah syarikat rakamannya iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE).
Dalam perkembangan sama, Aizat berkata, pembikinan album terbaharunya itu diilhamkan daripada kursus jangka pendek yang disertainya di Garnish School of Music, London, empat bulan lalu.
"Sepanjang tiga bulan kursus berkenaan banyak perkara yang saya pelajari dan semasa di London juga saya mendapat pelbagai ilham yang kini saya curahkan untuk album terbaharu itu," katanya.
Yuna Anggap Isu Uji Rashid Selesai
KUALA LUMPUR: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna menganggap kemelut yang berlaku membabitkan penyanyi veteran Uji Rashid yang kecewa kerana digugurkan pada saat-saat akhir untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang bagi menggantikan dirinya pada Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) pada 6 Januari lalu selesai.
Yuna, 27, berkata, isu tersebut tidak perlu dipanjangkan selepas pihak TV3 memberikan penjelasan dalam program Melodi yang disiarkan pada Ahad (semalam).
"Rasanya perkara itu tidak perlu lagi dipanjangkan kerana saya rasa ia telah pun selesai apabila pihak TV3 tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan suasana.
"Malah saya tidak mahu melihat perkara yang terjadi ini sebagai sesuatu yang negatif dan pastinya ada hikmah disebalik," ujarnya ketika ditemui pada majlis kesyukuran lagu Terukir Di Bintang yang dinobatkan sebagai Juara Lagu di AJL 27 pada Ahad malam.
Sebelum ini, pengguguran Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid itu telah digantikan oleh Aizat dan Uji mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramai.
Dalam pada itu, Yuna berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi lagu Ku Ingin Di Samping Mu itu malah katanya dia ada berhubung dengan Uji untuk bertanya khabar.
Malah Yuna memberitahu, dia ada menjemput Uji ke majlis kesyukuran itu namun penyanyi berkenaan tidak dapat hadir kerana mempunyai undangan nyanyian.
"Sebelum ini saya ada berbual-bual dengannya untuk bertanya khabar dan kami berbual seperti biasa tanpa sebarang masalah.
"Malah dia memahami kejadian yang berlaku adalah di luar kawalan saya kerana tiada di Malaysia," jelasnya.
Tambah Yuna, pada awalnya dia memang memilih Uji untuk menyanyikan lagu tersebut di AJL 27 kerana menyukai suaranya yang mempunyai elemen klasik namun terpaksa akur dengan situasi dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pengurusnya, Wawa dan pihak TV3 untuk mencari pengganti Uji pada saat akhir.
Sementara itu, Yuna berkata, dia kini sedang dalam proses awal merakamkan album pertamanya bersama syarikat rakaman The Verve/Universal Music dan memberitahu teruja dapat bernaung di bawah sayap komposer dan penerbit terkenal, David Foster.
Menurut Yuna, menerusi syarikat rakaman barunya itu, dia berharap dapat memperluaskan lagi kerjaya seninya apabila album tersebut dijangka akan dipasarkan pada pertengahan tahun ini di seluruh dunia.
"Sebenarnya David telah lama ingin mengambil saya bernaung di bawah label itu tetapi ketika itu dia bukan presiden syarikat berkenaan namun apabila beliau mengambil alih The Verve, hasrat itu terus disampaikan ke pihak pengurusan saya selepas mengetahui kontrak saya bersama The Fader telah pun tamat.
"David memberi kebebasan kepada saya untuk berkarya dan menentukan genre muzik yang ingin saya bawa dan setakat ini saya telah merakamkan tiga buah lagu ciptaan sendiri," jelasnya.
Yuna turut memberitahu dia mengikat kontrak dengan label tersebut untuk tiga buah album dan menyangkal dakwaan sebelum ini bahawa dia dibayar USD1 juta (RM3 juta) untuk bersama syarikat tersebut.
Tambahnya lagi, dia juga cukup teruja apabila dapat bekerjasama dengan gitaris kumpulan Incubus yang cukup diminatinya sejak dibangku sekolah iaitu, Mike Einziger untuk album berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Yuna berkata, dia juga baru selesai merakamkan sebuah lagu runut bunyi untuk filem animasi terbitan Dream Works iaitu The Croods berjudul Shine Your Way.
Filem berkenaan dibintangi oleh Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Catherine Keener, Emma Stone, Clark Duke, dan Cloris Leachman dan akan ditayangkan pada Mac tahun ini.
Yuna telefon Uji Rashid minta maaf
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Kak Uji, secara peribadi Yuna mohon maaf sangat-sangat atas apa yang telah berlaku," demikian antara dialog penyanyi Yunalis Zarai yang sanggup menelefon sendiri penyanyi kesayangannya, Uji Rashid baru-baru ini.
Penyanyi wanita yang sedang merakamkan album dengan komposer popular antarabangsa, David Foster itu membuat panggilan telefon dari Amerika Syarikat sekitar pukul 1 pagi, Sabtu lalu.
Yuna berbuat demikian semata-mata untuk meminta maaf atas insiden Uji Rashid disingkirkan daripada menyanyikan lagu ciptaannya, Terukir Di Bintang sempena Anugerah Juara Lagu Ke-27 minggu lepas.
Yuna menelefon sendiri Uji Rashid untuk memohon maaf atas apa yang berlaku sebelum ini.
Yuna juga melahirkan rasa sedihnya kerana Uji telah diperlakukan sebegitu oleh pihak penganjur tanpa pengetahuannya.
Ketika perbualan itu juga, Yuna menafikan sama sekali dia telah membuat keputusan untuk menggantikan Uji dengan penyanyi lain," beritahu pengurus Uji Rashid, Mas Anizah kepada Utusan Malaysia.
Difahamkan, penyanyi itu akan kembali ke Malaysia hujung minggu ini dan dijangka akan turut hadir dalam majlis kesyukuran meraikan kejayaan lagu Terukir Di Bintang di Kuala Lumpur pada Ahad ini.
Majlis itu dianjurkan sempena kejayaan lagu tersebut muncul sebagai juara AJL ke-27.
Sementara itu, Uji Rashid menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Yuna dan mahu melupakan segala insiden yang telah berlaku itu.
Walaupun masih terkesan dengan segala kejadian itu, Uji mahu terus memberi fokus kepada tawaran persembahan yang sudah diterimanya selepas ini. - UTUSAN
Yuna telefon Uji Rashid minta maaf
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Kak Uji, secara peribadi Yuna mohon maaf sangat-sangat atas apa yang telah berlaku," demikian antara dialog penyanyi Yunalis Zarai yang sanggup menelefon sendiri penyanyi kesayangannya, Uji Rashid baru-baru ini.
Penyanyi wanita yang sedang merakamkan album dengan komposer popular antarabangsa, David Foster itu membuat panggilan telefon dari Amerika Syarikat sekitar pukul 1 pagi, Sabtu lalu.
Yuna berbuat demikian semata-mata untuk meminta maaf atas insiden Uji Rashid disingkirkan daripada menyanyikan lagu ciptaannya, Terukir Di Bintang sempena Anugerah Juara Lagu Ke-27 minggu lepas.
Yuna menelefon sendiri Uji Rashid untuk memohon maaf atas apa yang berlaku sebelum ini.
Yuna juga melahirkan rasa sedihnya kerana Uji telah diperlakukan sebegitu oleh pihak penganjur tanpa pengetahuannya.
Ketika perbualan itu juga, Yuna menafikan sama sekali dia telah membuat keputusan untuk menggantikan Uji dengan penyanyi lain," beritahu pengurus Uji Rashid, Mas Anizah kepada Utusan Malaysia.
Difahamkan, penyanyi itu akan kembali ke Malaysia hujung minggu ini dan dijangka akan turut hadir dalam majlis kesyukuran meraikan kejayaan lagu Terukir Di Bintang di Kuala Lumpur pada Ahad ini.
Majlis itu dianjurkan sempena kejayaan lagu tersebut muncul sebagai juara AJL ke-27.
Sementara itu, Uji Rashid menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Yuna dan mahu melupakan segala insiden yang telah berlaku itu.
Walaupun masih terkesan dengan segala kejadian itu, Uji mahu terus memberi fokus kepada tawaran persembahan yang sudah diterimanya selepas ini. - UTUSAN
Kekecewaan Yuna
PENYERTAAN penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 2009. Menerusi AJL ke-24 (AJL 24) tersebut, dia tampil dengan lagu popularnya, Dan Sebenarnya.
Sukses meraih gelaran naib juara AJL 24, Yuna seterusnya beraksi di pentas AJL pada tahun 2010 pula menerusi lagu Cinta Sempurna. Tahun berikutnya iaitu pada 2011, Yuna sekali lagi tercalon dalam AJL dengan mempertaruhkan lagu Gadis Semasa dan Penakut.
Namun, lagu ciptaannya itu tidak berjaya dinobatkan sebagai lagu terbaik.
Bagaimanapun pada tahun ini, Yuna yang tercalon sekali lagi dalam AJL menerusi lagu hit, Terukir Di Bintang secara tiba-tiba menarik diri seminggu sebelum AJL ke-27 (AJL 27) berlangsung kerana bertembung dengan jadual rakaman album baharunya.
Mengaku kecewa dan sedih kerana tidak dapat menyanyikan sendiri lagu ciptaannya di AJL 27, Yuna bagaimanapun berkongsi berita gembira kerana kini dia sedang sibuk menjalani rakaman untuk album keduanya dengan sebuah syarikat rakaman popular di Amerika Syarikat.
Kosmo! menghubungi Yuna untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penarikan dirinya dalam AJL 27.
Kosmo!: Kenapakah Yuna menarik diri daripada membuat persembahan pada AJL 27 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Januari ini?
YUNA: Saya tidak tarik diri cuma tidak dapat membuat persembahan pada AJL atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, akan ada penyanyi lain yang akan gantikan tempat saya.
Boleh beritahu urusan apakah yang menyebabkan Yuna tidak boleh beraksi di pentas AJL?
Saya sibuk dengan rakaman album kedua di Amerika Syarikat. Terpaksa ikut jadual penerbit di sana.
Siapakah penyanyi yang akan menggantikan tempat Yuna?
Pengganti itu saya tidak dapat nak komen. TV3 akan maklumkan nanti sebab ia masih dalam perbincangan antara pihak saya dan TV3.
Kenapakah jadual boleh bertembung sedangkan tarikh AJL sudah diberitahu lebih awal? Sebelum ini Yuna pernah beritahu pihak label di sana (Amerika Syarikat) tiada hak untuk halang aktiviti Yuna di Malaysia?
Memang betul tapi disebabkan rakaman sudah dirancang awal oleh pihak pengurusan, saya terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh syarikat rakamannya di Amerika Syarikat.
Ada khabar mengatakan Yuna tidak mahu buat persembahan di AJL sebab merajuk dengan layanan industri Malaysia. Betulkah?
Tak betul. Saya memang tidak dapat balik atas urusan kerja.
Boleh beritahu siapakah calon-calon yang dipilih Yuna untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang?
Calon-calonnya buat masa ini kami masih tengah double confirm. Bila sudah confirm TV3 sendiri akan beritahu.
Adakah Yuna kecewa tidak dapat beraksi di pentas AJL tahun ini?
Kecewa dan sedih tapi kerana kerja terpaksa berkorban.
Khabarnya kontrak Yuna bersama syarikat rakaman Fader sudah tamat. Kenapakah?
Apa yang boleh saya komen tentang perkara ini, saya sudah lakukan yang terbaik di Amerika Syarikat. Alhamdulillah saya dapat tawaran lebih bagus daripada syarikat rakaman lain.
Khabarnya Yuna disunting oleh syarikat rakaman yang bertempat di California, Verve Records. Benarkah?
Maaf buat masa ini saya diminta untuk merahsiakan dulu nama syarikat berkenaan.
Apakah perkembangan terbaharu Yuna?
Saya sekarang tengah sibuk merakamkan album kedua untuk keluaran antarabangsa di bawah naungan label baharu.
Bintang hati Yuna
JOYAH memang cukup suka dengar lagu Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yunalis Zarai. Seindah lagu itu, Joyah pasti hati Yuna juga sedang berbunga-bunga sekarang ni. Iyalah, khabarnya...hati yang kosong dah terisi.
Ramai yang dah kecoh, khabarnya sekarang ni Yuna dah ada pengganti selepas berpisah dengan Qi sebelum ni.
Boleh tahan orangnya. Kacak. Mat Saleh lagi! Kalau tak salah Joyah, nama jejaka tu ialah Jules Schratter.
Itu yang diberitahu oranglah. Kalau salah, Joyah minta Yuna sendiri jelaskan dan betulkan. Hehehe...
Difahamkan, dah lama juga Yuna ditemani oleh jejaka tu. Baru-baru ni pun, kawan Joyah ada ternampak kelibat mereka berdua di sebuah pulau peranginan di utara tanah air. Bercuti barangkali.
Kata kawan Joyah, kedua-dua mereka kelihatan begitu mesra.
"Betul Joyah, mesra sangat. Kalau dah sampai berpegang-pegang tangan tak akanlah cuma kawan biasa. Aku nampak depan mata aku okey!" kata kawan Joyah yang kepoh.
Hmmm... apa pun, kalau betul mereka bercinta biarlah. Yuna pun single. Daripada menunggu sesuatu yang tak pasti, alang-alang ada orang suka, teruskan sajalah..betul tak Yuna?
Joyah harap hubungan Yuna dan kekasihnya ini berpanjangan, amin......
Yuna Bersyukur Peminat Malaysia Masih Setia
PETALING JAYA: Penyanyi Yuna bersyukur apabila peminat-peminat di Malaysia sentiasa menyokong dan setia dengannya walaupun dia kini menetap di Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan mengembangkan karier nyanyian di negara itu.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai berkata, walaupun tidak pernah risau jika satu hari nanti peminat-peminatnya akan hilang gara-gara kesibukan diri di luar negara, namun dia harus akui, kehadiran penyanyi-penyanyi baru memberi saingan hebat buat dia untuk kekal menjadi pemuzik berkualiti.
"Jujurnya, saya tidak pernah risau jika peminat-peminat akan hilang. Bagi saya, perjuangan saya di AS juga adalah perjuangan mereka (peminat) yang sentiasa menyokong saya sejak bergelar penyanyi lagi.
"Bagaimanapun, dengan ketumbuhan penyanyi-penyanyi baru yang sangat ramai, saya perlu bersaing untuk mengekalkan kedudukan dan muzik agar sentiasa berkualiti. Ia satu persaingan yang sihat," katanya.
Tambah Yuna, kesetiaan para peminatnya itu terbukti apabila dia berjaya memenangi Popstar Award dan Wired Celebrity Award bagi Anugerah Shout Awards 2012 yang diadakan baru-baru ini dimana pencalon diundi menerusi peminat masing-masing.
Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan karier Yuna di AS, dia bersyukur apabila album pertama di negara itu iaitu Yuna, dibawah syarikat rakaman Fader Label mendapat respons yang sangat positif sepanjang enam bulan berada di pasaran.
Beritahu penyanyi berusia 26 tahun itu, dia juga telah membuat konsert jelajah selama tiga bulan dan gembira apabila dapat membina serta mengumpul peminat-peminat baru di negara itu.
"Alhamdulillah, saya gembira apabila album yang menampilkan sebanyak 13 buah lagu berjaya menarik perhatian penggemar muzik di sana.
"Jika di Malaysia kita digelar penyanyi terkenal, tetapi di AS, mereka menganggap saya seperti pemuzik profesional.
"Bagaimanapun, mereka tak adalah sampai menjadi peminat yang begitu fanatik. Sebaliknya mereka menghargai setiap muzik yang saya tonjolkan," ujarnya.
Yuna mahu hidup solo dua tahun lagi
DUA minggu lepas, penyanyi terkenal Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 25, kehilangan gitar kesayangannya apabila van pemuzik yang digunakan untuk konsert jelajah di Seattle, Amerika Syarikat telah dirompak.
Selain gitar kesayangannya itu, beberapa alat muzik milik rakan-rakan pemuzik lain turut dirompak dalam kejadian berkenaan.
Kejadian seumpama ini merupakan insiden kali kedua yang berlaku kepada penyanyi itu. Kali pertama, keretanya telah dipecah masuk di Subang Jaya, Selangor pada bulan Mei lalu dan sebuah gitar milik penyanyi Diandra Arjunaidi yang merupakan anak didiknya dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut.
Ketika ditemui selepas majlis pelancaran Yuna sebagai duta produk pewangi Sence baharu keluaran syarikat Tohtonku Sdn. Bhd. di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, penyanyi itu menceritakan apa yang berlaku di Seattle itu.
Kosmo!: Bolehkah Yuna ceritakan mengenai kejadian rompakan itu?
YUNA: Rompakan berlaku sebaik saya selesai menjalani siri jelajah konsert di sana dan alatan muzik tersebut berada di dalam van pemuzik saya. Saya tiada di Seattle ketika kejadian kerana dalam penerbangan untuk ke Los Angeles.
Apakah barang peribadi anda yang hilang dalam kejadian tersebut?
Gitar kesayangan saya yang berwarna coklat. Walaupun ia merupakan gitar tajaan syarikat Gitar Store Malaysia, namun saya selalu gunakannya ketika persembahan.
Ada barang lain lagikah yang hilang?
Baju-T yang ada tulisan nama saya turut hilang. Selain itu, alat-alat muzik rakan pemuzik lain juga hilang kerana kami letak semua alat muzik itu bersama dalam sebuah van jelajah.
Berapakah anggaran harga barang yang hilang?
Hampir RM100,000 termasuk gitar saya.
Apakah perasaan anda ketika mendapat tahu semua alat muzik itu telah dicuri?
Saya sebenarnya sudah dapat rasa akan berlaku kejadian ini sebab di Amerika Syarikat kejadian rompakan seumpama ini sering berlaku. Lagipun perkara sudah terjadi dan saya harus menerimanya.
Sudah dua kali barangan milik anda dirompak pada tahun ini. Apakah tindakan anda selepas ini?
Saya akan usung ke mana sahaja gitar baharu yang ditaja oleh Gitar Store nanti. Walaupun ia berat, saya tetap akan bawa ke bilik hotel dan tidak akan tinggalkan barangan saya di mana-mana lagi.
Bolehkah berkongsi sedikit tentang perkembangan karier Yuna di Amerika Syarikat?
Alhamdulillah, muzik saya diterima dengan cukup baik di sana. Saya cukup bersyukur dan rasa seronok, lebih-lebih lagi dalam kebanyakan masa selepas buat persembahan, ada penonton yang berminat untuk beli cakera padat saya.
Agaknya berapa lama lagi anda akan berulang-alik antara Amerika dan Malaysia?
Saya tidak tahu lagi kerana buat masa ini, saya melihat karier saya baru ingin berkembang positif di sana. Jika ada jangka waktu pun, mungkin saya perlu berulang alik untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi bagi memastikan semuanya berjalan stabil.
Bagaimana dengan peminat anda di Malaysia. Tidak takut akan kehilangan mereka sebab sering ke luar negara?
Malaysia akan tetap menjadi keutamaan saya. Peminat di sini tetap di hati saya. Saya akan sentiasa balik untuk menemui mereka. Setakat ini sudah tujuh kali saya balik ke Malaysia untuk tujuan itu (berjumpa peminat).
Bagaimana pula dengan hubungan anda dengan bekas kekasih, Qi?
Saya tidak mahu komen. Saya rasa, saya akan memegang status solo untuk tempoh yang lama. Mungkin untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi dan baru boleh memikirkan soal pasangan hidup.
Cinta Yuna kecundang
HATI wanitanya ini sangat rapuh untuk berbicara lanjut mengenai kisah cinta yang sudah pun bernoktah bersama kekasih, Qushairi Mohammed Razali yang dikenali sebagai Qi baru-baru ini. Tambahan pula banyak fakta tak betul tersebar tentang hubungan cintanya yang putus itu. Ada yang kata penyanyi membesar di Subang Jaya, Selangor ini putus sebab kehadiran orang ketiga dan retak menanti belah selepas Yuna,25, menukar gambar profil di laman sosial Twitter apabila selama ini gambar mereka berdua di situ.
"Sebenarnya, kami beri ruang sementara dalam hubungan ini. Kami cuba fokus dalam karier masing-masing sebab susah, saya di Amerika Syarikat (AS) dan dia di sini. Apa pun, kami hormat keputusan sebab nak kejar impian masing-masing," katanya jujur.
Apa maksud 'beri ruang sementara' mengikut definisi Yuna? Yuna berkata: "Kami dah tak ada komitmen. Saya bebas nak buat apa yang saya nak. Boleh kata macam single but not available."
Penyanyi yang mula menulis lagu sejak berusia 19 tahun ini turut mengakui bahawa mereka masih berkawan baik sehingga ke hari ini.
"Benda ini macam rumit nak cakap terus terang. Saya hormat Qi sebab dia seorang yang kuat bekerja dan dia pun tahu macam mana cara saya bekerja. Tapi sejak akhir-akhir ini, (hubungan) ada susah sikit. Tanggungjawab saya terlalu banyak. Saya kena kerja kuat.
"Mungkin juga sebab jarak terlalu jauh mengundang perkara ini. Kamu semua (wartawan) pun tahu yang kesibukan saya macam mana, sentiasa ada kerja yang kena buat. Jadi, biarlah berehat sekejap dan fokus pada apa yang kami nak. Kami manusia biasa dan tetap berdepan dengan masalah seperti pasangan kekasih lain," ulas Yuna lagi.
Adakah keputusan berpisah itu atas kehendak bersama? Penyanyi yang masih dalam mempromosikan album dan siri jelajah di 20 tempat AS berkata: "Ia adalah keputusan bersama."
Cinta Yuna Dan Qi Razali Putus
PETALING JAYA: Hubungan cinta Yunalis Zarai atau Yuna dengan Qi Razali terjawab apabila penyanyi terkenal itu mengaku dirinya kini solo.
Menurut laporan Berita Harian, Yuna mendedahkan keputusan membawa haluan masing-masing dibuat atas dasar bersama, namun dia dan Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali masih berkawan baik.
“Yes, single but not available. Kalau ada jodoh tidak ke mana dan perhubungan bukan satu pilihan.
Kami mengambil keputusan bersama untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya, tetapi masih mengambil berat sebagai kawan baik.
“Tiada komitmen dan bebas untuk melakukan apa saja. Dia bebas untuk melakukan apa saja termasuk menjalin hubungan dengan wanita lain,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan Konsert Yuna Homecoming di Kuala Lumpur, semalam.
Menafikan campur tangan pihak ketiga menjadi faktor kasih berakhir, Yuna menjelaskan, mereka mahu fokus kepada kerjaya seni, selain faktor jarak dan masa.
Merasakan faktor jarak dan masa menyulitkan hubungan mereka, Yuna mahu menumpukan kepada kerjaya seninya yang makin meningkat, selain tanggungjawab kepada keluarga.
Bagaimanapun penyanyi itu mengakui dia masih lagi bertemu Qi dan menganggap hubungan baik dengan pengacara Art Attack itu tidak harus berakhir walaupun tanpa ikatan cinta.
“Saya nak peminat doakan yang terbaik untuk kami. Kami tidak boleh menggembirakan orang dengan perkahwinan, kalau bukan itu yang kami mahukan. Kami hormati keputusan masing-masing, tetapi masih berjumpa. Tiga hari lalu kami keluar bersama dengan keluarga saya.
“Saya tahu dia bekerja keras untuk membina kerjayanya. Qi juga tahu saya sedang berusaha keras dalam bidang ini. Saya sentiasa sibuk, jadi kita rest dulu daripada perhubungan ini dan fokus kepada kerjaya masing-masing,” katanya.
Mengulas mengenai konsertnya, Yuna berkata, ia cukup istimewa kerana dibuat atas idea sendiri.
“Kebetulan November ini saya pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visa persembahan.Jadi, dalam tempoh sebulan bercuti itu lebih baik diisi dengan konsert yang sudah lama dirancang. Ia juga akan diadakan di lokasi lain, tetapi bergantung kepada faktor masa,” katanya.
Dia dijangka menyampaikan 20 lagu termasuk daripada album Yuna terbitan AS.
Menyorot kejayaan dalam tempoh 10 bulan lalu,Yuna berbangga apabila sebuah lagu daripada album itu dijadikan muzik latar program realiti berjudul Hollywood Exes.
Terkilan tak dapat ke Genting - Yuna
Yuna sibuk buat promosi single terbarunya di Amerika Syarikat
AWAL bulan ini, Yuna mencatat sejarah peribadi ketika diundang membuat persembahan khas dalam program bual bicara popular, Conan di Amerika Syarikat yang dikendalikan pengacara TV paling berpengaruh, Conan O’Brien.
Kemunculannya itu turut mempromosikan single pertamanya bagi pasaran di sana berjudul Live Your Life.
aya terpaksa mengulangi situasi ABPBH 2009 kerana tak dapat bersama hadir di Arena Of Stars, Genting Highlands. Pengorbanan terpaksa dibuat kerana terlalu banyak perkara perlu dilakukan di Amerika Syarikat penghasilan album di sini. - Yuna Sedikit demi sedikit Yuna semakin pantas mencuri ruang di peringkat antarabangsa selepas namanya mekar di tanah air sendiri.
Yuna terdahulu pernah menerima pujian daripada penulis blog terkenal Hollywood, Perez Hilton dan Billboard.com. Lagu asal Nirvana, Come As You Are yang dinyanyikan dan digubah semula Yuna juga mendapat kritikan positif.
Selain itu, Yuna turut diberikan penghormatan untuk menjayakan persembahan MTV Iggy's Best New Band Concert di Times Square, New York. Dalam bulan ini juga Yuna dalam pelbagai debaran kerana namanya turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.
Malangnya, Yuna bukan saja tidak dapat menyertai siri jelajah promosi ABPBH 2011 yang sudah pun berakhir, bahkan malam kemuncaknya yang malam ini juga terpaksa dilupakan atas komitmen di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat.
“Saya sedih dan terkilan sangat sebab tak dapat menyertai siri jelajah dan malam kemuncak ABPBH 2011. Kalau ada di Malaysia, mesti saya menyertainya untuk jumpa peminat. Begitu juga malam kemuncak seperti tahun lalu, saya dapat menyertainya dan bertemu rakan seperjuangan. Nampaknya, saya terpaksa mengulangi situasi ABPBH 2009 kerana tak dapat bersama hadir di Arena Of Stars, Genting Highlands. Pengorbanan terpaksa dibuat kerana terlalu banyak perkara perlu dilakukan di Amerika Syarikat penghasilan album di sini,” katanya yang masih sempat membalas e-mel kepada B*POP.
Mengenai siapa bakal menyinar malam ini dalam ABPBH 2011 termasuk kategori yang mencalonkan namanya di sisi Alyah, Najwa Latif, Shila Amzah dan Stacy, Yuna bagaikan kelu lidah untuk menamakan. Tahun lalu kategori ini dimenangi Yuna.
“Tahun ini semua finalis power belaka. Saya sendiri tak tahu nak ramal siapa boleh menang. Apa boleh saya katakan, Aaron Aziz dan Neelofa antara calon kegemaran bakal menyerlah,” katanya meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2009.
Yuna sempat pulang ke Malaysia dalam tempoh dua minggu bulan lalu, selain perlu penuhi undangan ke Singapura untuk Konsert Imagine sempena Festival Muzik Mosaic membabitkan artis Singapura dan Malaysia. Di sana, Yuna juga tampil dalam program MTV, selain bengkel termasuk persembahan akustik dan sesi soal jawab bersama peminat. Di Malaysia pula, Yuna mempromosikan dan menjalani rakaman muzik video lagu, Sparkle untuk Samsung Galaxy Note serta terbabit dengan konsert Nestle 100 tahun.
“Tapi saya masih sempat melepas rindu makan di Kuala Lumpur, berjumpa Qi selama dua hari sebelum balik semula ke LA,” kata Yuna yang turut dicalonkan dalam kategori Artis Kegemaran Asia, Anugerah Nicklelodeon, 31 Mac lalu, bersaing dengan Agnes Monica, Charice dan Wonder Girls.
Ditanya mengenai sisi cinta bersama Qi, Yuna tidak keberatan menjawab.
“Insya-Allah, kami masih cari masa sesuai dan pada masa sama, saya sendiri tidak mahu terburu-buru soal berkahwin. Masa yang ada ini dapat dimanfaatkan untuk kumpul duit sebelum berkahwin. Insya-Allah berkat doa peminat, kami akan kahwin juga suatu hari nanti,” katanya yang dijangka melancarkan albumnya di Amerika Syarikat pada 24 April ini.
Pada tarikh sama juga Yuna akan terbabit dengan promosi jenama Adidas bagi koleksi musim bunga dan panas 2012 di New York.
“Selepas album dilancarkan, saya juga akan terbabit dengan promosi siri jelajah bersama kumpulan Graffiti6 bermula hujung Mei hingga Jun depan. Untuk butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi persembahan boleh layari laman sesawang www.yunamusic.com,” katanya sambil memberitahu perniagaan pakaian dan aksesori IamJetfuel (http://iamjetfuelshop.com) masih aktif dan online store bakal dilancarkan pertengahan bulan ini.
Yuna nafi sudah tamak
KEMUNCULAN Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 26, pada majlis Inspirasi Selebriti bersama Macy di Pusat Beli-Belah Citta, Petaling Jaya, baru-baru ini membuatkan semua mata tertumpu ke arah dirinya. Cantik mengenakan turban warna kegemarannya ungu dipadankan dengan kemeja biru, aura penyanyi lagu Penakut itu begitu ketara apabila dia tidak putus-putus diminta untuk bergambar oleh peminat-peminatnya.
Biarpun sibuk mempromosikan album baharunya yang berjudul Yuna di Amerika Syarikat serta sedang merancang untuk mengadakan konsert jelajahnya di seluruh negara itu selama 30 hari bermula Jun depan, dia masih sempat pulang ke Malaysia untuk mengikat kontrak bersama butik hiasan rumah, Macy dan produk kecantikan Follow Me.
Menolak tanggapan dirinya kini sudah tamak, jelas Yuna, dia menerima tawaran sebagai duta untuk beberapa produk seperti Canon, Macy dan Follow Me bukan disebabkan duit, tetapi kerana syarikat tersebut menghargai karier muziknya.
Malah akui Yuna, semua produk yang diwakilinya tidak langsung mengalih perhatiannya terhadap karier nyanyiannya di Amerika mahupun di Malaysia.
"Saya tak ada masalah untuk menjadi duta mana-mana produk. Bukan sebab saya tamak menerima semua tawaran, tetapi syarikat-syarikat tersebut menghargai dan percaya dengan karier muzik saya.
"Sebagai contoh menjadi duta produk Canon, memberi peluang kepada saya untuk merakamkan perkara menarik dalam hidup kerana saya sendiri meminati bidang fotografi. Macy pula sebaliknya, memberi saya peluang untuk mereka bilik tidur sendiri seterusnya memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat keseluruhan," jelasnya yang turut memberitahu pihak pengurusannya di Amerika Syarikat tidak membantah penglibatannya menjadi duta produk di negara ini.
Tegas
Sejak daripada awal lagi Yuna menegaskan kepada pihak pengurusannya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label untuk tidak mencampuri urusan serta aktivitinya di Malaysia.
"Jika ia berkaitan dengan kerjaya saya di Amerika mereka berhak untuk masuk campur tetapi tidak untuk aktiviti saya di Malaysia. Ia sudah dipersetujui sejak awal lagi.
"Jadi, tidak timbul sebarang masalah jika saya mewakili sesuatu produk atau ingin mengeluarkan album di negara saya sendiri," tuturnya.
Mengulas mengenai albumnya di Amerika, walaupun penat kerana perlu kerap berulang alik dari Amerika ke Malaysia, Yuna akui sangat gembira apabila album pertamanya di negara berkenaan akhirnya dilancarkan.
Malah, Yuna cukup terharu dengan sambutan yang menggalakkan daripada peminat di sana.
"Buat masa ini memang saya sibuk sangat untuk mempromosikan album terbaharu saya. Bayangkan setiap negeri di Amerika ada 10 stesen radio berbeza dan rangka promosi yang diaturkan sangat padat tetapi saya gembira melakukannya," ujarnya.
Album baharu Yuna itu telah dilancarkan pada 24 April lalu di kota New York.
Yuna yang turut menghasilkan single keduanya iaitu Lullabies akan sibuk dengan konsert jelajah ke seluruh negara itu bermula bulan Jun ini selama 30 hari.
"Selama tempoh tersebut saya akan mengadakan sebanyak 30 persembahan di pelbagai tempat. Saya tidak pernah membuat persembahan selama 30 hari berturut-turut tetapi saya akan menyahut cabaran ini dan begitu teruja untuk menjelajah ke seluruh Amerika," katanya mengenai percaturan syarikat rakamannya untuk album baharunya di sana.
Gementar
Bercerita mengenai kemunculannya dalam program temu bual popular di Amerika Syarikat, Conan yang dikendalikan oleh Conan O'Brien pada 2 April lalu, akui Yuna, pada mulanya dia sangat gementar namun dia berjaya mengatasi perasaan gementarnya apabila memikirkan keluarga dan peminatnya di tanah air.
Tambahnya, dia tahu keluarga dan peminatnya akan menonton dan mahu membuat semua orang di Malaysia bangga.
Yuna memberikan persembahan bertenaga dengan lagu Live Your Life yang mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal, Pharrell Williams.
"Peluang seperti ini bukan datang selalu, walaupun gementar saya cuba lakukan yang terbaik. Saya juga amat berharap album saya di Amerika akan dilancarkan di Malaysia untuk peminat saya," katanya.
Yuna Terkilan Dituduh Elak Komen Insiden Kereta Dipecah Masuk
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Yunalis Zarai (Yuna) terkilan apabila dituduh cuba mengelak daripada memberi kenyataan kepada pihak media susulan insiden keretanya dipecah masuk pada Khamis lalu.
Yuna, 26, berkata dia berasa kesal dengan tuduhan itu kerana pada hakikatnya dia sibuk di lokasi penggambaran iklan sebuah produk ketika dihujani panggilan daripada pihak media.
“Saya berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan itu. Terlalu banyak perkara yang berlaku menyebabkan saya tidak dapat memberikan komen apabila dihujani panggilan wartawan.
“Lagipun saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai perkara itu atas dasar keselamatan,” katanya kepada mStar Online.
Yuna berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran klip video lagu terbarunya berjudul Sparkle di sini, petang Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi 17 Mei lalu, kereta milik penyanyi itu dilaporkan dipecah masuk di Subang Jaya, dekat sini. Ia dipercayai dipandu seorang rakan yang juga pemain gitar kumpulan muziknya iaitu Farhan Fazlishah (Pa’an) sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu Subang Jaya.
Difahamkan juga, kejadian itu mengakibatkan Yuna kerugian sebanyak RM5,000 apabila radio kereta dan gitar milik artis barunya Diandra Arjunaidi yang dipinjam penyanyi baru itu turut dicuri.
Penyanyi lagu Live Your Life itu berkata, tindakannya mengemas kini insiden tersebut menerusi Twitter miliknya adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada para peminat dan bukan untuk menghebahkan peristiwa itu sehingga menjadi perhatian pihak media.
“Pada awalnya, niat saya mengemas kini insiden itu di Twitter adalah untuk berkongsi dan memberi peringatan kepada peminat agar berhati-hati dengan persekitaran.
“Sebelum ini, saya kerap berkongsi pelbagai perkara dengan mereka menerusi medium itu. Namun, saya tidak sangka pula isu ini akan menjadi besar,” jawabnya.
Ditanya mengenai perasaannya berhubung kejadian itu, Yuna berkata dia menerima kehilangan itu dengan reda tetapi bimbang kerana pendedahan maklumat mengenai kejadian itu di media boleh mengancam keselamatan mereka.
“Saya tidak kecewa sangat dengan kehilangan dua barang itu kerana ia sudah pun berlaku. Tentang gitar itu, saya sudah uruskan dengan Diandra. Saya bersyukur kerana kereta itu tidak dicuri.
“Apa yang saya bimbangkan adalah pendedahan maklumat mengenai jenis kereta dan alamat rumah Pa’an mendatangkan bahaya kepada kami.
“Kereta itu turut dipandu oleh ibu dan bapa saya. Saya risau jika disebabkan pendedahan itu keselamatan keluarga pula yang terancam,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Yuna berkata dia berasa bangga dengan klip video lagu terbarunya itu yang diilhamkan menerusi The Sparkle Project dengan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy Note.
“Ini adalah klip video terbaik dan terbesar daripada saya setakat ini. Saya sangat suka dan puas hati dengan hasilnya kerana ia dihasilkan dengan menggunakan telefon pintar.
“Secara peribadinya, saya sangat kagum dengan hasilnya selepas melihat klip video itu,” ujarnya yang juga duta telefon pintar berkenaan.
Yuna Rugi RM5,000, Kereta Kena Pecah
Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan yang penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas kereta milik beliau di’pecahkan perompak.
Kejadian itu berlaku di Subang Jaya apabila kereta milik Yuna tersebut di’pinjam oleh seorang rakan Farhan Fadzlishah atau Pa’an untuk pulang ke rumah sekitar 7.00 malam semalam.
Bapa rakan lelaki Yuna terdengar bunyi bising sekitar jam 5.30 pagi dan ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna.
Dua lelaki tersebut melarikan dua buah gitar milik Yuna & anak didik’nya, Diandra Arjunaidi berserta set stereo kereta tersebut yang secara keseluruhan bernilai RM5,000.
Dalam kenyataan melalui Twitter beliau, Yuna memberitahu yang sebenarnya hanya sebuah gitar milik Diandra Arjunaidi yang hilang manakala gitar milik beliau selamat di’rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]





