Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Qi Razali. Show all posts
Showing posts with label Qi Razali. Show all posts
"Percintaan Saya, Nelydia Senrose Masih Baik" - Qi Razali
Status hubungan pelakon Qi Razali dan kekasihnya Nelydia Senrose yang dikatakan putus adalah tidak benar apabila pemuda itu mengesahkan percintaan mereka masih baik.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 38, berkata, status luahan rasa sedih mereka yang dimuat naik di laman sosial masing-masing tiada kena mengena sama ada hubungan mereka sudah putus ataupun sebaliknya.
"Hahaha... jujurnya kami okey saja. Status di Twitter itu hanyalah kata-kata biasa sahaja. Tiada kaitan dengan hubungan kami.
"Saya harap twit tersebut tidak dispekulasikan," katanya kepada mStar Online melalui mesej WhatsApp pada Selasa.
Beberapa hari lalu, Qi telah memuat naik status menyatakan bahawa situasi yang dihadapi ketika ini adalah sangat menyakitkan, namun dia harus meneruskan kehidupan seperti biasa.
"We yearn to be understood not because we want control. It is because to feel loved... Miserable... This is never easy. Always the most painful part. But we gotta move on. This is life! (Kita cuba memahami bukan kerana mahu mengawal. Tetapi kerana ingin disayangi. Sangat menyakitkan, tetapi kita perlu teruskan kehidupan)," kata Qi pada akaun Twitter miliknya pada 29 Ogos lalu.
Nelydia juga turut meluahkan perasaannya menerusi kata-kata mutiara yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada hari yang sama.
Sementara itu Qi berkata, gosip berkenaan yang turut mendapat perhatian beberapa portal berita dan blog kononnya mereka berpisah tidak memberi kesan kepada mereka berdua.
Katanya, mereka berdua ketika ini meneruskan hidup seperti pasangan lain.
"Kalau fikir balik, takkan setiap status di Twitter kita nak buat penjelasan," katanya.
Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan penjelasan daripada Nelydia gagal apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan telefon.
Raya Pertama Di KL Paling Seronok - Qi Razali
Pelakon Qi Razali menyifatkan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur (KL) adalah sesuatu yang paling menyeronokkan kerana ketika itu tiada kesesakan lalu lintas terutamanya pada sambutan Hari Raya pertama.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 38, berkata, suasana seperti itu membuatkan dia lebih teruja kerana biasanya bandar Kuala Lumpur tidak pernah sunyi daripada masalah lalu lintas.
"Sebagai orang yang dah lama menetap di KL, sambutan Aidilfitri pada hari pertama dekat sini adalah yang ditunggu-tunggu.
"Bayangkan jalan raya yang selalunya sesak dengan kereta tiba-tiba kosong. Siap boleh 'golek-golek' lagi kalau nak, haha," katanya kepada mStar Online.
Tambah Qi, dia akan pulang ke kampungnya di Gelugor, Pulau Pinang pada Hari Raya kedua sebelum ke Kota Bharu, Kelantan, kampung kekasihnya, Nelydia Senrose pada Hari Raya ketiga.
Katanya, beraya bersama keluarga aktres itu juga menyoronokkan kerana kekasihnya itu mempunyai keluarga yang besar.
"Beraya di kampung Nely, suasananya pula sangat berbeza kerana keluarganya sangat besar.
"Alhamdulillah, keluarga dia pun senang dengan kehadiran saya. Tetapi saya tidak ke sana untuk merisik seperti yang difikirkan segelintir pihak," selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Qi bakal muncul dengan filem terbaharu iaitu Suamiku Jatuh Dari Langit yang akan ditayangkan pada 17 Julai ini.
Filem terbitan Metrowealth Sdn Bhd turut menampilkan Syuk (Balas), Nora Danish, Kazar dan Atikah Suhaime.
QI RAZALI BAKAL BERTUNANG DENGAN NELYDIA SENROSE
"Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia," demikian kata Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali.
Keputusan untuk bertunang itu diambil tambahnya adalah untuk mengelak kontroversi dan dia juga tidak mahu berlengah lagi kerana usianya kini sudah menjengah 38 tahun.
"Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumahtangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi.
"Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan diharapkan selepas bergelar tunang dapat mengurangkan cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Tahniah diucapkan!
Qi Razali Naik Angin Lagi
Selepas timbul kontroversi dia bergaduh dengan Nelydia Senrose di tempat awam, Qi Razali sekali lagi berang apabila khabar angin dikaitkan mesra dengan pelakon Nora Danish ditimbulkan semula oleh seorang individu di laman sosial Twitter.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 37, berkata, perkara tersebut membuatkan dia tertekan kerana tuduhan itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan cintanya dengan aktres Nelydia Senrose.
"Ada orang cuba buat fitnah lagi di Twitter, mungkin kerana keluar filem Bencinta kelmarin di televisyen, gosip itu timbul semula yang mana ia tidak berasas langsung.
"Kalau cerita tu betul saya tidak kisah dan kalau cerita itu tak betul pun saya akan diam sahaja tetapi kalau sampai menjejaskan hubungan saya macam mana? Tak kan saya nak diam," katanya kepada mStar Online melalui mesej aplikasi sosial WhatsApp, di sini, pada Selasa.
Qi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang statusnya di laman Twitter pada Isnin lalu yang berang dengan tindakan seorang pengikut di laman Twitter kerana menyebarkan fitnah iaitu khabar angin tentang dirinya mempunyai hubungan dengan pelakon Nora Danish.
Dalam Twitter tersebut Qi memberitahu tuduhan itu merupakan sesuatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan hingga menyakitkan orang-orang yang dekat dengannya.
Umum mengetahui Nora Danish kini bercinta dengan Nedim Nazri.
Qi turut melahirkan rasa kesal apabila hubungan cintanya sering menjadi perhatian dan dihimpit pelbagai kontroversi.
"Saya tulis status itu supaya dapat bagi mesej kepada orang yang sebarkan khabar angin itu. Saya tidak tahu apa niat dia berbuat demikian.
"Saya perlu pertahankan maruah saya juga sebab itu saya tulis di twitter untuk betulkan keadaan dan lagi bagus kalau dapat jumpa orang tersebut dan berbincang apa masalah dia sebenarnya," kata Qi.
Sementara itu, menjelaskan tentang kontroversi bergaduh di tempat awam itu, Qi menganggap ia hanya sekadar salah faham antara dia dan kekasihnya Nelydia Senrose tentang sesuatu perkara yang tiada kena mengena dengan dirinya.
Dia juga kesal apabila tindakannya memujuk Nelydia disalah erti dan dianggap sebagai tidak menghormati wanita.
"Perselisihan faham itu terjadi disebabkan benda lain, saya hanya ingin memujuk dia sahaja, itu nampak seperti kami bergaduh. Saya malas nak besarkan cerita negatif macam ni, apa yang mereka sampaikan kononnya saya tidak hormat wanita, itu juga tidak benar sama sekali," katanya.
Dalam pada itu, ditanya adakah kontroversi yang timbul menjejaskan fokus terhadap kerjayanya, Qi berkata, dia tidak pernah mencampurkan urusan peribadi dengan kerja.
Tambahnya, sepanjang Ramadan ini dia sibuk dengan penggambaran rancangan baharu berjudul Kembara Qi yang sedang menjalankan penggambaran di Kelantan.
"Saya tidak pernah masukan soal peribadi dengan kerja, kalau kerja saya fokus betul-betul supaya tidak menganggu produksi.
"Sekarang sedang penggambaran di Kelantan untuk program baru Kembara Qi yang bakal keluar tidak lama lagi," katanya.
Nelydia Senrose Ada Sebab Padam Gambar Qi Razali Di Instagram
Pelakon Nelydia Senrose mempunyai sebab dan alasan tertentu membuang gambar-gambar dia bersama kekasihnya pelakon dan pengacara Qi Razali di laman sosial Instagram.
Nelydia, 20, yang enggan berkongsi punca dia memadam gambar tersebut sebaliknya memberitahu ia adalah bagi menjaga hati banyak pihak.
“Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya membuang gambar-gambar kami di Instagram itu.
“Apa yang boleh saya katakan ialah tindakan itu untuk menjaga hati banyak pihak dan ia hanya sementara, kalau keadaan sudah reda saya akan muat naik semula gambar kami,” katanya.
Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya memadam gambar-gambar dia dan kekasihnya Qi Razali yang dimuat naik di Instagram.
Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan kononnya hubungan percintaannya sudah berakhir selepas dikaitkan dengan kontroversi bercinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Sementara itu, Nelydia menafikan dakwaan putus cinta itu, sebaliknya dia mengakui masih menjalani hubungan sebagai pasangan kekasih dan mengenali hati budi masing-masing.
“Keputusan saya padam gambar tiada kena mengena dengan hubungan percintaan saya dengan Qi. Kami masih bersama seperti dahulu dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” ujarnya.
Sementara itu, kekasihnya, Qi yang ditemui pula berkata, mereka belum merancang untuk mendirikan rumah tangga buat sementara waktu bagi memberi keutamaan kepada kerjaya masing-masing.
Bagaimanapun, dia mengakui ada merancang untuk melangkah ke fasa baharu terhadap hubungan itu dalam masa terdekat.
“Dia (Nelydia) masih muda dan baru ingin mengasah bakat untuk mencapai satu tahap dalam kerjayanya.
“Saya tidak cakap bila berkahwin akan menyekat rezeki kami, tetapi ia sedikit sebanyak akan menganggu fokus dia kepada kerjayanya kerana beri tumpuan pada keluarga.
“Namun saya ada merancang sesuatu yang rasmi tidak lama lagi,” katanya.
Qi Razali Sahkan Nellydia Senrose Masih Kekasihnya
Pelakon dan pengacara Qi Razali menjelaskan hubungannya dengan aktres Nellydia Senrose masih kekal sebagai pasangan kekasih.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 37, turut menafikan mereka sudah berpisah seperti apatah lagi Nellydia, 20, dikatakan telah mengeluarkan gambar Qi dalam Instagram miliknya.
"Kami masih lagi bersama dan belum berpisah seperti yang diperkatakan ramai.
"Saya pun tidak tahu kenapa dia keluarkan gambar-gambar saya di Instagram, tetapi saya menganggap dia berbuat demikian demi menjaga hati saya yang sering menerima komen berunsur negatif apabila dia memuat naik gambar saya.
"Dan sayatidak berkecil hati pun. Asalkan dia tidak buang saya dari hati dia sudahlah," selorohnya.
Qi ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Kokolog, siaran TV9 di Sri Pentas TV3 pada pagi Jumaat.
Tambah pengacara program Art Attack itu, dia dan Nellydia turut merancang untuk mendirikan rumah tangga kira-kira setahun lagi, selepas aktres itu dapat menyelesaikan beberapa komitmen berkaitan kerjayanya.
"Kami ada merancang ke arah itu (perkahwinan) tetapi bukan dalam masa terdekat ini kerana Nellydia mempunyai beberapa komitmen yang perlu dibuat.
"Mungkin selepas setahun, baru kami tetapkan tarikh yang sesuai," ujarnya.
Sementara itu, Qi turut berharap agar isu kononnya di berasa cemburu selepas Nellydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik.
Walaupun mengakui cemburu pada awalnya, namun Qi sedar dia tidak mungkin akan menyekat kerjaya Nellydia semata-mata kerana perasaan itu.
"Rasa cemburu itu sekejap saja. Bagi saya, itu maksudnya Nellydia memang hebat dalam lakonan. Malah semua drama-drama lakonan dia menjadi.
"Takkan saya nak halang kerja yang dia minat. Macam mana cemburu sekali pun saya tetap akan sokong dia dan kalau boleh mahu melihat dia berjaya sehingga dapat anugerah," tuturnya.
Qi Razali Masuk Hospital Akibat Sakit Leher, Tulang Belakang
Pelakon Qi Razali telah dimasukkan ke Pusat Pakar Ortopedik Quill Taman Tun Dr Ismail di sini pada tengah hari Khamis lalu akibat mengalami sakit leher dan tulang belakang kronik.
Kekasihnya pelakon Nelydia Senrose berkata, Qi sering mengadu sakit leher dan tulang belakang sejak terlibat dengan kemalangan sebulan lalu namun selepas penyakit itu semakin serius, Qi membuat keputusan untuk melakukan rawatan di hospital dengan segera.
"Sebelum ini Qi menganggap ia hanyalah sakit-sakit biasa selepas kemalangan lebih-lebih lagi dia telah membuat ujian sinar-X di sebuah klinik dan doktor tersebut berkata, tiada yang serius.
"Tetapi sejak akhir-akhir ini sakitnya makin menjadi-jadi dan kerana itu dia terus mendapatkan rawatan di hospital dan dia terus ditahan untuk memudahkan doktor membuat rawatan secara terperinci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Jumaat.
Tambah Nelydia, dia berharap keadaan Qi tidaklah terlalu serius memandangkan aktor tersebut akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada minggu hadapan.
Sementara itu, Nelydia turut berharap agar isu kononnya Qi berasa cemburu selepas dia digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik.
"Sebenarnya kami okey. Biasalah kami kan masih lagi dalam tempoh perkenalan.
"Ada masanya sikap cemburu pasti keluar. Tapi Alhamdulillah kami masih lagi sayang antara satu sama lain," ujarnya.
Qi akui sudah tengok foto Sharnaaz dukung Nelydia
BARU-BARU ini timbul lagi konflik yang melibatkan pelakon Sharnaaz Ahmad. Kali ini, pelakon watak Lan Todak itu memuat naik gambar-gambar kemesraannya dengan pelakon jelita, Nelydia Senrose di Instagramnya @sharnaazahmad.
Salah satu gambar ada tertera kapsyen seperti #jebatfoo #hannamastura #bukankeranaakutakcinta tak payah pening pening, dah depan mata :) @nelydiasenrose
Tindakan Sharnaaz itu telah menimbulkan rasa cemburu kekasih Nelydia iaitu pengacara popular Qi Razali tanpa menyedari maksud Sharnaaz itu merujuk pada drama terbaharu lakonan Sharnaaz bersama Nelydia yang berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Selepas itu Qi telah menulis di Twitter yang seolah-olah dituju kepada Sharnaaz dan Nelydia: “Good Luck to both of you dan menerima hakikat dengan reda”.
Sebelum itu, Qi juga menulis: “Because a picture and a caption can kill you sometimes.”
Kosmo! cuba menghubungi Qi. Pengacara dan juga pelakon itu telah membalas kiriman WhatsApp di telefon bimbitnya dengan cara berhemah sekali.
Kosmo!: Boleh komen mengenai status Twitter Qi yang dikatakan berbaur cemburu melihat gambar-gambar kemesraan Sharnaaz dengan kekasih anda?
QI: Ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Terus terang saya cakap semua sudah selesai.
Adakah anda seorang yang mudah cemburu?
Tidak langsung. Cuma terkejutlah sedikit. Tetapi bila sudah jelas semuanya okay.
Hubungan anda dengan kekasih (Nelydia) sekarang macam mana?
Macam biasa. Merancang untuk hadapan.
Hubungan dengan Sharnaaz pula?
Biasa saja. Tidak berubah atau dingin.
Ada media yang merungut sejak Nelydia popular sukar hendak buat sesi fotografi dengannya. Mereka menganggap Nelydia sudah sombong. Komen anda?
Saya tidak rasa dia berubah. Cuma, masa dia sekarang sudah kurang dan telefon tidak selalu dengan dia. Saya juga selalu nasihatkan, kalau masa kerja tidak elok main telefon. Tetapi kalau tinggalkan mesej saya yakin dia akan balas. Jadi, kita juga kena saling memahami.
Sebagai orang lama dalam industri, adakah anda beri nasihat kepada dia. Bagaimana berurusan dengan media dan juga orang dalam industri hiburan?
Setakat ini saya rasa dia okay dan pandai melayan sesiapapun. Tidak kira media atau sesiapa. Dia seorang yang sangat merendah diri sebenarnya. Kalau tidak dapat hubungi, dia memang tengah kerja.
Qi, anda sudah tengok gambar terbaharu di IG Sharnaaz yang dia mendukung Nelydia itu? Anda rasa Sharnaaz cuba buat provokasi dengan memuat naik gambar tersebut?
Saya tidak rasa macam itu. Semua itukan berlakon. Saya juga pernah singgah ke set penggambaran drama itu dan berjumpa dengan semua. Semua pelakon seperti kawan.
Maaf, Qi boleh bertanya lagi mengenai Nelydia. Kenapa Kosmo! tidak dapat menghubunginya?
Oh, telefon yang lama itu rosak.
Qi Razali mahu lamar Nelydia
SEBELUM ini, pengacara dan pelakon Qi Razali, 36, pernah mengeluarkan kenyataan sanggup menunggu kekasihnya, Nelydia Senrose, 19, untuk menggapai apa jua impian memandangkan pelakon drama Nur Jannah itu masih muda.
Bagaimanapun, ketika ditemui pada sesi fotografi program travelog Destinasi Bajet keluaran ntv7 bersama Kosmo! kelmarin, Qi yang mempunyai jarak usia sebanyak 17 tahun dengan kekasihnya itu mendedahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan Nelydia pada tahun hadapan.
“Saya faham nama dia (Nelydia) dalam bidang lakonan tengah naik. Dia juga masih belajar. Dia ada impian dan saya sentiasa sokong apa jua impiannya.
“Namun begitu, usia saya sudah menjangkau 36 tahun. Kalau boleh saya tidak mahu berkahwin ketika umur saya memasuki 40 tahun. Jadi, dalam tempoh setahun dua ini akan ada langkah seterusnya dalam hubungan kami,” jelas Qi yang kini serius menjalin hubungan cinta bersama Nelydia sejak bulan Februari lalu.
Sekali gus kenyataannya itu seolah-olah membuktikan dia akan merisik atau mengikat tali pertunangan bersama Nelydia.
Mengulas lanjut, akui pemilik nama penuh Qushairi Mohammed Razali lagi, dia sangat gembira dengan perhubungannya sekarang dan memang merancang untuk berkahwin.
Nelydia ketika dihubungi bagi menjawab kenyataan kekasihnya itu memberitahu, Qi belum menyuarakan hasratnya untuk merisik atau meminangnya dalam masa terdekat.
“Dia (Qi) tidak ada cakap hendak merisik atau bertunang pada tahun depan. Mungkin dia bercakap dari sudutnya. Kami buat masa ini masing-masing sibuk dan terikat dengan kerjaya masing-masing,” luahnya.
Disoal adakah dia terima jika selepas ini Qi menyuarakan hasrat untuk meminangnya pada tahun hadapan, ujar Nelydia, Qi harus berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu.
“Saya tidak boleh cakap sudah bersedia atau tidak. Saya serahkan pada keluarga sebabnya saya masih di bawah tanggungan keluarga. Segala kata putus daripada keluarga saya akan ikut,” jelasnya yang turut mengakui mahu perhubungannya bersama Qi ke fasa yang lebih serius.
CINCIN 'TUNANG' QI & NELYDIA?
Bukan cincin tunang, tetapi ia dihadiahkan oleh Qi Razali sempena hari lahirnya. Demikian penjelasan Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, mengenai gosip percintaan dengan pengacara yang pernah putus cinta dengan Yuna itu.
Malah sebelum ini ada pihak yang menyalahkan Nelydia sebagai orang ketiga yang didakwa menjadi punca perpisahan Qi dan Yuna. Namun ia dinafikan sendiri oleh Qi dengan alasan punca utama perpisahannya adalah disebabkan jarak yang berjauhan dan ia tiada kaitan dengan Nelydia.
"Cincin itu dihadiahkan oleh Qi sempena hari lahir saya. Ia tidak bermaksud apa-apa, selain hadiah semata-mata.
"Kami tidak dapat meraikannya bersama kerana Qi terlibat dengan penggambaran di Argentina. Jadi cincin ini diberi sebagai ingatan," ujar Nelydia sebagai berkata.
Bila ditanya apakah benar mereka bakal mendirikan mahligai bahagia, jawab Nelydia dia masih dalam proses mengenali hati budi. Bagaimanapun, dia mengakui semakin selesa bersama Qi meskipun terlalu awal untuk mengetengahkan soal perkahwinan.
"Buat masa ini, saya belum bersedia dalam memikirkan soal perkahwinan kerana banyak yang perlu saya fikirkan untuk menjadi seorang isteri.
"Perkahwinan bukan perkara yang mudah, banyak lagi yang perlu saya belajar. Namun sekiranya sudah sampai jodoh saya bersama Qi, saya akan terima," jawab Nelydia sama seperti jawapan artis-artis lain yang mengambil jalan selamat.
Selanjutnya Nelydia mengakui sikap sikap Qi yang memahami serta mengambil berat tentang dirinya itu membuatkannya tertarik. Katanya Qi tidak pernah mengongkongnya, malah dia juga banyak memberi semangat dan nasihat.
"Dia juga sangat menghormati apa yang saya lakukan," katanya yang sebelum ini popular melalui drama Spa Q.
Selanjutnya, Nelydia mengakui dia tidak mahu media terlalu menyiarkan kisah cintanya itu dan cukuplah masyarakat dah tahu yang mereka bercinta. Katanya dia lebih selesa sekiranya media melaporkan kerjaya mereka berbanding kisah peribadi.
Jelas Nelydia, usianya masih muda dan banyak perkara yang ingin dilakukan. Selain karier, dia juga harus membahagikan masa untuk pembelajaran.
"Memang cabaran besar untuk saya membahagikan masa berlakon dan juga belajar.
"Saya risau sebenarnya tentang pembahagian masa kerana banyak komitmen saya setiap hari, kalau boleh saya ingin memberi fokus utama terhadap pelajaran. Namun saya harap segalanya dipermudahkan," jelasnya kepada media.
Nelydia Senrose Belum Sedia Jadikan Qi Razali Suami
Pelakon Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda.
Nelydia, 19, atau lebih senang disapa Nely berkata, ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya.
"Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Bukannya mudah, banyak perkara yang harus kita tahu dan faham mengenai tanggungjawab seseorang isteri. Namun tidak ada masalah untuk mempelajarinya jika jodoh saya dan Qi sudah sampai.
"Cuma kalau boleh saya inginkan sedikit masa untuk mematangkan diri," katanya kepada mStar Online.
Nelydia ditemui pada majlis pra-tonton dan pelancaran drama bersiri Strawberi & Karipap di GSC The Gardens, di sini pada Isnin.
Tambah adik kepada Uqasha Senrose ini, dia dan Qi, 35, pernah berbincang mengenai ikatan perkahwinan mereka namun dia bersyukur kerana memiliki seorang teman lelaki yang memahami situasinya itu.
Dalam pada itu, Nelydia juga berpuas hati kerana kisah cintanya dengan Qi tidak terlalu diberi pendedahan oleh media seperti kakaknya yang bercinta dengan aktor Pekin.
"Kalau boleh kami mahu kisah percintaan kami tidak terlalu didedahkan pada umum. Cukuplah sekadar masyarakat tahu tentang perhubungan kami. Lebih elok jika kisah kerja kami sahaja yang dipaparkan," tuturnya.
Sementara itu, dalam Strawberi & Karipap, Nelydia bergandingan dengan Zizan Nin, Sein, Nur Fathia, Mia Sara dan Rykarl Iskandar.
Strawberi & Karipap bakal bersiaran bermula 1 September ini setiap Ahad pada pukul 11 pagi menerusi saluran Astro Ceria.
Qi Razali Rasa Teruja Beraya Di Argentina
Pelakon dan pengacara Qi Razali memberitahu teruja dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Argentina pada tahun ini kerana dapat melihat budaya masyarakat Islam di negara itu meraikan Syawal.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, bagaimanapun berkata, perasaan sedih tetap terpalit di hati kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga dan kekasihnya, pelakon Nelydia Senrose.
"Sudah tentu sedih sebab berjauhan dengan semua orang yang saya sayang tetapi ini adalah tanggungjawab dan perlu dilunaskan.
"Bagaimanapun saya teruja untuk melihat cara masyarakat Islam di negara itu berhari raya dan ia akan menjadi pengalaman berharga buat saya," katanya kepada mStar Online.
Qi yang berlepas ke Argentina pada 18 Julai lalu akan menghabiskan masa di sana selama dua bulan dan akan kembali ke tanah air pada 18 September depan.
Kunjungannya ke negara Latin itu adalah untuk rakaman program Art Attack untuk siaran saluran Disney.
Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia juga turut membawa sepasang baju Melayu untuk dipakai pada Hari Raya nanti bagi mengubat rindunya pada keluarga di kampung halaman.
Jelas Qi, dia juga telah mengenal pasti lokasi masjid dan komuniti masyarakat Islam di sana bagi memudahkan dia berkunjung untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
"Bila difikirkan, inilah peluang saya untuk mengenali masyarakat Islam di luar negara dan pengalaman ini bukan semua orang boleh dapat," jelasnya.
Sementara itu, Qi turut mengakui rindukan kekasihnya namun sentiasa berhubung menerusi ‘WhatsApp’ bagi saling bertanya khabar tentang keadaan diri masing-masing.
Qi Razali Sahkan Nelydia Senrose Kekasihnya
Pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Qi Razali akhirnya membuat pengakuan secara sah iaitu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Nelydia Senrose walaupun sebelum ini menepis gosip tersebut.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, berkata, kematangan dan sikap kelakar Nelydia, 19, membuatkan persahabatan mereka bertukar menjadi serius iaitu sebagai pasangan kekasih selain mereka berkongsi banyak minat sama.
"Sebelum ini hubungan kami memang hanya kawan tetapi sekarang ia telah menjadi cinta. Saya mengakui, Nelydia adalah kekasih saya.
"Bagaimanapun biarlah percintaan ini berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang," katanya kepada mStar Online.
Qi sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna sebelum berpisah secara baik untuk membawa haluan masing-masing.
Yuna kini berada di Amerika Syarikat untuk mengembangkan kerjaya dan akan melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan.
Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia berhasrat untuk tidak bercinta terlalu lama dan meletakkan tempoh masa selama dua tahun untuk mereka mengenali hati budi masing-masing.
Jelas Qi, pada usianya sekarang keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri semakin menebal sehinggalah dia membuat keputusan menjadikan Nelydia sebagai kekasih sebelum diangkat menjadi isteri.
"Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana kerjaya Nelydia pun sedang meningkat dan biar dia tumpu kepada kerjayanya dahulu.
"Cuma perancangan saya tidak mahu bercinta terlalu lama kerana usia saya pun bukannya muda lagi," jelasnya.
Tambah Qi, dia juga ada beberapa kali berjumpa dengan keluarga kekasihnya itu dan selesa dengan kematangan wanita berkenaan walaupun dia masih muda.
Dalam perkembangan lain, Qi berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran JJCM untuk edisi bulan Ramadan sebelum terbang ke Argentina bagi penggambaran musim terbaharu program Art Attack pada 18 Julai depan.
Qi Razali Kongsi Pengalaman Pandu Honda Jazz Hybrid
Pengacara dan pelakon, Qi Razali mengakui tertarik dengan kereta model ‘Honda Jazz Hybrid’ selepas diberi peluang untuk memandu kenderaan kompak itu selama seminggu.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, berkata, dia sebelum ini tidak terdedah dengan kelebihan kereta menggunakan sistem hibrid yang sebenarnya memberikan banyak kelebihan dalam menjaga alam sekitar.
"Apabila diberi peluang oleh pihak Honda untuk saya mencuba kenderaan hibrid ini, saya begitu teruja kerana tidak begitu tahu apakah kelebihannya sebelum ini dan ternyata kenderaan dengan enjin berkenaan sangat memuaskan hati.
"Malah ia mempunyai pelbagai kelebihan kepada pengguna dan sudah tentu ia dapat mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar," jelasnya ketika ditemui pada majlis pandu uji kereta berkenaan di Taman Tun Dr Ismail dekat sini, Jumaat.
Pihak media termasuk mStar Online berpeluang menaki kereta berkenaan yang dipandu sendiri oleh Qi.
Tambah Qi, pendapat yang mengatakan sistem kereta berkenaan yang tidak mampu menyaingi kenderaan dengan enjin konvensional adalah tidak benar dan ia sebenarnya setanding dan mesra alam.
"Ada yang berpendapat kereta hibrid tidak mampu pecut dan mempunyai pelbagai masalah tetapi tanggapan itu tidak benar kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan yang mungkin lebih daripada kereta biasa," ujarnya.
Selain menggunakan enjin petrol 1.3 liter i-VTEC, Honda Jazz Hybrid turut didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA).
Ia turut dilengkapi dengan Hill Start Assist, G-Force Control Technology (G-CON), Front Pretensioner Seatbelts dan pelbagai lagi.
Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia menyifatkan kenderaan berkenaan sebagai sebuah kereta pintar yang mempunyai pelbagai kelebihan dan sesuai digunakan oleh golongan muda.
Malah katanya, Honda Jazz tersebut hampir tidak mengeluarkan sebarang bunyi ketika dipandu pada kadar biasa dan enjinnya hanya kedengaran pada tahap kecepatan tinggi.
"Satu perkara yang sangat saya gemari tentang kereta ini adalah ia akan mematikan enjin secara automatik apabila berhenti di lampu isyarat sebagai keselamatan dan mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar.
"Enjin akan hidup semula apabila brek dilepaskan dan pemandu terus boleh memandu seperti biasa," jelasnya.
Antara kelebihan lain menurut Qi adalah sterengnya yang ringan, penukaran gear yang mudah selain rekaan dalamannya yang cukup mengagumkan.
Sementara itu, Qi berkata, golongan muda terutamanya pada peringkat kanak-kanak perlu didedahkan dengan sistem kenderaan hibrid yang mampu memelihara alam sekitar.
"Saya melihat penggunaan kereta dengan enjin hibrid dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar untuk jangka masa panjang dan kebaikannya harus dipupuk kepada golongan muda dan kanak-kanak tentang kebaikannya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Qi berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) untuk edisi bulan Ramadan sebelum terbang ke Argentina untuk penggambaran musim terbaharu program Art Attack di pada 18 Julai depan.
Beza Usia 16 Tahun Bukan Penghalang Cinta Qi dan Nelydia
Qi Razali Selesa Berkawan Dengan Nelydia Rose
Nelydia Senrose Di Tuduh Rampas Qi Dari Yuna
Selepas umum melihat keakraban yang terjalin antara Nelydia Senrose & Qi Razali, juga merupakan bekas kekasih Yuna Zarai, Nelydia tidak terlepas dari dituduh sebagai punca perpisahan antara Qi Razali dan Yuna.
Semua sedia maklum bahawa Nelydia dan Qi Razali kini sedang berkawan rapat. Pasangan ini sudah banyak kali dilihat keluar berdua di tempat awam & kami sendiri pernah terserempak beberapa kali dengan mereka.
Sehubungan dengan ini, menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa Nelydia lah yang menjadi punca keretakan perhubungan antara Qi dan Yuna. Nelydia sendiri akui belum pernah lagi bersua muka dengan Yuna.
Malah Nelydia sendiri sudah dapat menjangka dia akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Nelydia walau bagaimanapun menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.
“Nely bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Nely rapat dengan Qi pun baru je lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”
Sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love. Namun Nelydia akui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.
Nelydia akui sering menjadikan Qi sebagai bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej. Nelydia menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak. Usia yang sudah menginjak 37 tahun, menjadikan Qi lebih matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya.
Nelydia Senrose kini sedang mengikuti kursus Psikologi selama 3 tahun di SEGI College, Subang.
Tambah Nelydia, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Seakan memberi hint hatinya terbuka untuk menerima Qi seandainya Qi adalah jodohnya. -RotiKaya
Semua sedia maklum bahawa Nelydia dan Qi Razali kini sedang berkawan rapat. Pasangan ini sudah banyak kali dilihat keluar berdua di tempat awam & kami sendiri pernah terserempak beberapa kali dengan mereka.
Sehubungan dengan ini, menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa Nelydia lah yang menjadi punca keretakan perhubungan antara Qi dan Yuna. Nelydia sendiri akui belum pernah lagi bersua muka dengan Yuna.
Malah Nelydia sendiri sudah dapat menjangka dia akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Nelydia walau bagaimanapun menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.
“Nely bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Nely rapat dengan Qi pun baru je lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”
Sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love. Namun Nelydia akui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.
Nelydia akui sering menjadikan Qi sebagai bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej. Nelydia menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak. Usia yang sudah menginjak 37 tahun, menjadikan Qi lebih matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya.
Nelydia Senrose kini sedang mengikuti kursus Psikologi selama 3 tahun di SEGI College, Subang.
Tambah Nelydia, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Seakan memberi hint hatinya terbuka untuk menerima Qi seandainya Qi adalah jodohnya. -RotiKaya
Momentum Qi
APABILA berbicara mengenai bidang pengacaraan, tidak salah dikatakan bahawa Qi sebenarnya bagaikan sudah serasi dengan gaya persembahan yang cukup santai dan mudah diterima penonton.
Namun untuk mengekalkan momentum tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana peredaran masa yang pantas mampu mempengaruhi kehendak penonton terhadap sesuatu rancangan.
Masih 'melekat' dengan cara persembahan bersahaja dan jujur seperti yang biasa dilakukan melalui program Destinasi Bajet, kini Qi mahu dirinya hadir sebagai ikon pengacaraan.
Ternyata perkara tersebut bukan tugas mudah. Qi sudah merasakan dia perlu ada satu jenama sendiri bagi memastikan perjalanan yang telah dicorakkan sendiri olehnya terus kukuh dan tersusun.
"Ketika ini, semua pilihan perjalanan karier saya adalah dicorakkan oleh saya sendiri.
"Jika dilihat daripada bidang pengacaraan, jenama itu sudah ada dan saya merasakan sudah sampai masanya saya berdiri dengan jenama sendiri di atas platform itu sendiri.
"Harapan saya ketika ini adalah untuk menjadikan jenama 'Qi' itu sebagai salah satu ikon pengembaraan di Malaysia sendiri. Saya tahu perkara ini ambil masa," jelasnya bersungguh.
Bakal memulakan penggambaran musim terbaru Destinasi Bajet di Asia penghujung Disember ini sehingga Februari tahun hadapan, Qi mengakui dia tidak mahu berhenti untuk melakukan perkara yang digemarinya itu.
Ubah
Bermula daripada bidang pengacaraan, Qi mahu pergi lebih jauh dan dalam masa yang sama mahu 'wayang' yang bermain di dalam mindanya turut dapat dikongsi bersama orang lain.
Bertekad untuk mengeluarkan filem sendiri, Qi mengakui terlalu banyak idea yang cuba ingin diketengahkan.
Memilih untuk menggunakan medium filem pendek dia mengakui, bukan semua filem dihasilkan atas dasar komersial.
"Apa yang saya cuba sampaikan nanti adalah berkaitan dengan isu semasa yang dialami di negara kita sendiri.
"Banyak perkara yang boleh dikupas dan sesuatu yang lebih dekat kepada penonton.
"Tapi saya jangkakan bukan satu yang mudah untuk menarik minat penonton filem yang sebegini. Tidak mengapa, kita cuba perlahan-lahan," jelasnya optimis sambil memberitahu bahawa kemungkinan dia akan banyak bekerjasama bersama Dira Abu Zahar.
Bagi Qi, apa yang dihasilkannya nanti bakal memberikan variasi kepada penonton untuk memilih genre filem yang mereka minati di samping mendidik minda penonton.
"Bagi saya tak salah untuk nak tengok filem macam mana pun tapi bukankah lebih elok jika filem yang dihasilkan dapat membantu kita untuk membuka minda dan bukanlah hiburan semata-mata.
"Apa-apa pun, semuanya terpulang kepada penonton untuk memilih. Untuk mengubah minat penonton memang sukar. Cuma kami mahu menyediakan pilihan," kata Qi lagi.
Siapa tahu dengan kehadiran Qi di dalam industri yang bermula dengan langkah kecil itu nanti bakal mampu membuka mata penonton tanah air.
Sampai bila kita mahu menghidangkan filem-filem yang hanya memberikan komedi kosong sahaja bukan?
Cinta Yuna kecundang
HATI wanitanya ini sangat rapuh untuk berbicara lanjut mengenai kisah cinta yang sudah pun bernoktah bersama kekasih, Qushairi Mohammed Razali yang dikenali sebagai Qi baru-baru ini. Tambahan pula banyak fakta tak betul tersebar tentang hubungan cintanya yang putus itu. Ada yang kata penyanyi membesar di Subang Jaya, Selangor ini putus sebab kehadiran orang ketiga dan retak menanti belah selepas Yuna,25, menukar gambar profil di laman sosial Twitter apabila selama ini gambar mereka berdua di situ.
"Sebenarnya, kami beri ruang sementara dalam hubungan ini. Kami cuba fokus dalam karier masing-masing sebab susah, saya di Amerika Syarikat (AS) dan dia di sini. Apa pun, kami hormat keputusan sebab nak kejar impian masing-masing," katanya jujur.
Apa maksud 'beri ruang sementara' mengikut definisi Yuna? Yuna berkata: "Kami dah tak ada komitmen. Saya bebas nak buat apa yang saya nak. Boleh kata macam single but not available."
Penyanyi yang mula menulis lagu sejak berusia 19 tahun ini turut mengakui bahawa mereka masih berkawan baik sehingga ke hari ini.
"Benda ini macam rumit nak cakap terus terang. Saya hormat Qi sebab dia seorang yang kuat bekerja dan dia pun tahu macam mana cara saya bekerja. Tapi sejak akhir-akhir ini, (hubungan) ada susah sikit. Tanggungjawab saya terlalu banyak. Saya kena kerja kuat.
"Mungkin juga sebab jarak terlalu jauh mengundang perkara ini. Kamu semua (wartawan) pun tahu yang kesibukan saya macam mana, sentiasa ada kerja yang kena buat. Jadi, biarlah berehat sekejap dan fokus pada apa yang kami nak. Kami manusia biasa dan tetap berdepan dengan masalah seperti pasangan kekasih lain," ulas Yuna lagi.
Adakah keputusan berpisah itu atas kehendak bersama? Penyanyi yang masih dalam mempromosikan album dan siri jelajah di 20 tempat AS berkata: "Ia adalah keputusan bersama."
Cinta Yuna Dan Qi Razali Putus
PETALING JAYA: Hubungan cinta Yunalis Zarai atau Yuna dengan Qi Razali terjawab apabila penyanyi terkenal itu mengaku dirinya kini solo.
Menurut laporan Berita Harian, Yuna mendedahkan keputusan membawa haluan masing-masing dibuat atas dasar bersama, namun dia dan Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali masih berkawan baik.
“Yes, single but not available. Kalau ada jodoh tidak ke mana dan perhubungan bukan satu pilihan.
Kami mengambil keputusan bersama untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya, tetapi masih mengambil berat sebagai kawan baik.
“Tiada komitmen dan bebas untuk melakukan apa saja. Dia bebas untuk melakukan apa saja termasuk menjalin hubungan dengan wanita lain,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan Konsert Yuna Homecoming di Kuala Lumpur, semalam.
Menafikan campur tangan pihak ketiga menjadi faktor kasih berakhir, Yuna menjelaskan, mereka mahu fokus kepada kerjaya seni, selain faktor jarak dan masa.
Merasakan faktor jarak dan masa menyulitkan hubungan mereka, Yuna mahu menumpukan kepada kerjaya seninya yang makin meningkat, selain tanggungjawab kepada keluarga.
Bagaimanapun penyanyi itu mengakui dia masih lagi bertemu Qi dan menganggap hubungan baik dengan pengacara Art Attack itu tidak harus berakhir walaupun tanpa ikatan cinta.
“Saya nak peminat doakan yang terbaik untuk kami. Kami tidak boleh menggembirakan orang dengan perkahwinan, kalau bukan itu yang kami mahukan. Kami hormati keputusan masing-masing, tetapi masih berjumpa. Tiga hari lalu kami keluar bersama dengan keluarga saya.
“Saya tahu dia bekerja keras untuk membina kerjayanya. Qi juga tahu saya sedang berusaha keras dalam bidang ini. Saya sentiasa sibuk, jadi kita rest dulu daripada perhubungan ini dan fokus kepada kerjaya masing-masing,” katanya.
Mengulas mengenai konsertnya, Yuna berkata, ia cukup istimewa kerana dibuat atas idea sendiri.
“Kebetulan November ini saya pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visa persembahan.Jadi, dalam tempoh sebulan bercuti itu lebih baik diisi dengan konsert yang sudah lama dirancang. Ia juga akan diadakan di lokasi lain, tetapi bergantung kepada faktor masa,” katanya.
Dia dijangka menyampaikan 20 lagu termasuk daripada album Yuna terbitan AS.
Menyorot kejayaan dalam tempoh 10 bulan lalu,Yuna berbangga apabila sebuah lagu daripada album itu dijadikan muzik latar program realiti berjudul Hollywood Exes.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]





