Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Mey Chan nafi bogel


ANGGOTA duo Maia, Mey Chan, kembali memanaskan dunia hiburan Indonesia. Jika sebelum ini gambar dia bercium dengan seorang jejaka Inggeris tersebar, kini foto separuh bogelnya pula hangat di 'pasaran' Internet.

Gambar tersebut menunjukkan Mey hanya memakai seluar dalam tanpa coli.

Bagaimanapun, Mey menafikan sekeras-kerasnya yang gambar tersebut adalah dirinya.

"Itu memang bukan saya. Mungkin mukanya lebih kurang saya," nafi Mey.

Sewaktu disogok media bahawa ada banyak selebriti yang sengaja membuat gambar 'panas' seperti itu untuk tujuan populariti, Mey pantas menegaskan: "Itu terserah kepada tujuan mereka. Tapi bukan saya. Itu memang bukan gambar saya."

Anita menangis tinggalkan anak


IBU muda ini ada resipi untuk alam rumah tangganya. Memasuki lantai tari Sehati Berdansa adalah satu alternatif untuk Anita Baharom menjaga badannya yang genit seakan anak dara, juga satu rencah untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Walaupun tersenarai sebagai pasangan tercorot tetapi isteri kepada Ismadi Ismail ini menyahut cabaran tarian dengan penuh antusias.

“Kami berdua sama-sama hilang tiga kilogram sejak memasuki pertandingan ini. Saya dapat katakan program ini lebih mengeratkan kasih sayang kami dan yang lebih bagus kerana dapat menambahkan masa dan ruang kami bersama sebagai suami isteri. Tetapi sedih kerana kami agak kekurangan masa untuk bersama anak,” ujar ibu kepada Syifa Dhia Nurina ini.

Menurut Anita yang gemar mengelarkan dirinya Ita dalam perbualan, minggu pertama menghadapkan mereka dengan pelbagai dugaan termasuk kematian bapa mertuanya, Selasa minggu lalu. Dilalui bersama dengan tabah, mereka menghadap hari-hari mendatang dengan lebih cekal dan bersedia.

“Saya tidak ambil mana-mana kerja kerana mahu tumpukan perhatian pada pertandingan ini. Ada juga ditawarkan dengan telemovie tetapi perlu ditolak kerana komitmen ini,” ujarnya seraya memberitahu drama muzikal Kau Dan Aku adalah projek terakhir sebelum program dansa ini.

Sebelum ini Anita berkesempatan menjalani penggambaran drama muzikal yang berkonsepkan ala High School Musical tersebut di Jakarta bersama Mila serta pelakon-pelakon lain seperti Amar, Farish, Raja Farah, Nonny, Azizah Mahzan, Nurul, Sabrina Ali dan Riezman. Siri drama yang diambil daripada telenovela popular Venezuela berjudul So Mos To Yo ini boleh disaksikan di saluran 104 (Astro Ria). Siri ini mula bersiaran pada 24 Oktober pada pukul 10 malam.

“Banyak pengalaman sepanjang berada di sana. Awalnya saya menangis teresak-esak setiap hari kerana rindukan anak. Jadi sangat sensitif dan rasa mahu lari balik ke Malaysia. Tapi lama-kelamaan saya menjadi okey. Ini semua tuntutan kerja,” ungkapnya yang menyatakan rasa hidup seakan bujang kembali di negara orang.

Malah wanita yang berusia 26 tahun ini juga merasa pengalaman gempa bumi di Tasik Malaya, Indonesia apabila studio penggambarannya turut merasai gegaran yang agak kuat.

“Selain itu, saya dapat pengalaman bekerja di bawah arahan pengarah Indonesia, Achoo dan Reza. Dengan watak gadis muda yang gedik, saya disuruh membawakan watak senakal mungkin.

“Pada mulanya agak payah kerana sudah lama tidak bawa watak sebegini. Tapi selepas dua tiga hari dan berjumpa dengan geng saya, Raja Farah, saya berjaya juga mencari mood yang tepat,” ujarnya yang membawa watak Anita, seorang ahli kumpulan gadis nakal.

Seronok dapat bekerjasama satu bumbung dengan bintang AF yang muda belia, Anita menaruh kepercayaan bahawa siri ini akan mencipta fenomenanya sendiri.

“Saya tahu bintang-bintang AF ini ada pengikut sendiri dan gabungan pelakon dalam siri ini akan mencipta gelombangnya sendiri,” ujarnya yang bersyukur diberikan kepercayaan membawa watak gadis muda walaupun sudah berumah tangga.

Tergoda kerana mata


CUKUP sinonim dengan gelaran Maya Matahari, penyanyi yang kini sukses sebagai dramatis nyata tidak mengendurkan aktiviti seninya selepas berumah tangga pada Jun lalu.

Sebaliknya, isteri kepada Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz ini memberitahu rezekinya sentiasa melimpah ruah. Selain sibuk di lokasi, dia juga kini muncul dengan single terbaru berjudul Mata yang dimuatkan dalam drama lakonannya, Dari Mata Ke Hati.

"Cuma saya tidak ambil penggambaran yang memerlukan saya berada di luar Kuala Lumpur untuk tempoh yang lama. Tapi jika sekadar persembahan hujung minggu, saya pergi. Sekarang keutamaan saya ialah kepada rumah tangga," ujar Maya yang juga sibuk di lokasi drama tentang wanita, P 3.

Masih belum mengandung, kata Maya bukan kerana mereka merancang, sebaliknya belum diberi rezeki oleh Tuhan. Sementelah dia sendiri sibuk sehingga majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini ditunda ke bulan Disember.

Maya yang juga bakal merakamkan semula lagu Matahari dalam susunan muzik baru memberitahu, "Insya-Allah, jika tiada aral, kami akan bersanding pada 13 Disember depan di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor."

Kontroversi bercium mulut - Aliff jadi lelaki sebenar

Saya berani berhadapan dengan semua ini dan meminta maaf atas silap langkah saya. Tidak ada guna saya berdalih kerana ia memang jelas salah saya

JARUM waktu mempamerkan perubahan pada jasad dan kedewasaan Aliff Aziz, 17. Dahulu dia dilihat comel membawakan lagu Sayang Sayang yang masih membiaskan jiwa keanak-anakannya. Malah ketika itu ramai peminatnya terdiri daripada golongan cilik.

Senyap seketika selepas meledak dengan single pertama album debutnya, nama Alif kembali hangat. Kali ini bukan dengan lagu baru tetapi lebih kepada menghancurkan hati peminat berikutan tersebarnya foto-foto kurang enak dia dengan seorang gadis. Di dalam gambar itu, mereka berpelukan dan berciuman di tempat awam dengan bebas sekali.

Itu pasti sahaja merobek sedikit perasaan hormat para peminat penyanyi kelahiran Singapura ini.

Aliff tersenyum dan menyapa saat ditemui pada pelancaran Celebrity Kopitiam milik Ajai di Kota Damansara, Petaling Jaya minggu ini. Dia sudah tahu apa yang bakal dihadapinya. Dia juga sudah membuat permohonan maaf atas pelakuannya itu.

Kini dia berdiri dengan segala kekuatan untuk menebus semula kesalahannya dan menjalani kehidupan dengan lebih berhati-hati.

"Jujur saya katakan saya berani berhadapan dengan semua ini dan meminta maaf atas silap langkah saya. Tidak ada guna saya berdalih kerana ia jelas salah saya.

"Memang saya cukup menjadi lelaki sebenar dengan mengiakan itu semua salah saya," ujarnya yang kini berulang-alik dari Singapura ke Malaysia untuk pembikinan album kedua yang dirancang diedarkan Disember ini.

Bukan untuk melangkau kematangannya atau berlagak menjadi dewasa lebih awal, tetapi segala yang dilalui dianggap sebagai salah satu fasa perjalanan hidupnya.

"Saya akui saya masih remaja dan hidup dalam alam itu. Saya bukan cuba-cuba untuk menjadi lebih dewasa. Bezanya saya remaja yang menjadi selebriti.

"Bila menjadi selebriti, semua mata tertumpu kepada kita. Saya juga sedar khalayak lebih prihatin dengan cerita negatif artis," ujar remaja yang berketinggian 190 sentimeter ini.

Mendapat sokongan penuh daripada famili yang pada awalnya terkejut dengan tingkah laku liar Aliff, mereka sekarang sudah mengerti perjalanan seni Aliff memang bergelut dengan banyak perkara selain perkembangan seni.

"Saya turut mendapat teguran daripada mak cik-mak cik yang merupakan peminat saya. Saya minta maaf kepada mereka, hanya itu yang mampu saya buat.

"Malah saya berjanji perkara sebegitu tidak akan berulang lagi," ucapnya kesal dan berazam untuk lebih sensitif terhadap setiap perbuatannya pada masa depan.

Berubah daripada alam persekolahan ke dunia yang lebih mencabar, cabaran pertama yang perlu dilaluinya adalah Khidmat Negara Singapura yang dijangka bermula Disember ini.

Mengejar waktu sebelum dia memasuki alam berambut botak dan latihan ala tentera itu, Aliff bekerja keras untuk melawan waktu bagi menyiapkan album keduanya yang turut menunjukkan perubahan demi perubahan jiwanya. Keutamaannya kini adalah menyiapkan album sebelum dia menyertai program wajib tersebut.

"Single pertama yang dipertaruhkan berjudul Cinta. Sekarang saya masih dalam proses merakamkan lagu-lagu yang lain dan baru habis empat lagu.

"Melihat kelainan album ini, saya boleh katakan perbezaannya ketara dari segi genre yang dipilih dan ditonjolkan. Saya meletakkan cinta dan semua yang saya suka ke dalam album ini.

"Muzik dan bunyi album ini berlainan. Juga dimasukkan elemen dance yang membuatkan saya lebih banyak menari," ujarnya teruja dengan kemunculan album edaran Sony Music ini.

Bienda kahwin November 2010


NAMA Bienda tiba-tiba jadi hangat. Daripada seorang penyanyi berhaluan nasyid yang tidak pernah mencetuskan propaganda dalam industri, kini Bienda penyumbang kepada satu lagi kontroversi dunia hiburan.

Nor Razlinda Razli, berusia 24 tahun ini didakwa sudah bernikah secara senyap pada 10 Oktober lalu. Kecoh jadinya.

Masakan tidak, ada yang mendakwa Bienda menyorokkan kisah pernikahannya dengan kekasih sama seperti ibunya, penyanyi dangdut, Shieda yang berkahwin tahun lalu tetapi merahsiakan perkahwinan mereka.

Kami hanya berbicara menerusi telefon. Bienda tidak bersedia untuk sebarang sesi fotografi. Antara sebabnya dia mahu mengelak daripada bercakap isu remeh yang tiba-tiba digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Tiada peristiwa penting yang berlaku pada tarikh tersebut. Jauh sekali bernikah. Begitu tegas anak penyanyi dangdut ini bersuara.

Dalam keluh kesahnya, kata Bienda, kalau boleh dia tidak lagi mahu mengulas isu ini. Ia hanya menambah luka di hati pihak keluarga sendiri dan keluarga kekasihnya.

"Saya tak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Saya belum berkahwin. Benda baik, kenapa saya nak sorok?

"Tapi memang saya akan berkahwin. Insya-Allah tahun hadapan pada bulan 11 jika tiada halangan kami akan bernikah.

"Sejujurnya saya memang sangat tidak selesa bercerita tentang hal peribadi kepada umum. Walaupun saya seorang selebriti, saya juga sebenarnya macam manusia biasa yang agak tertutup bila berbicara hal peribadi.

"Apabila perkara seperti ini terjadi, saya sendiri bimbang untuk berkahwin kerana impak gosip ini terlalu besar untuk bakal suami saya."

Namun, kata gadis ini, dia tidak menolak untuk berkongsi cerita seandainya sudah bersedia. Kerana itu dia tidak pernah menafikan hatinya sudah dihuni seorang lelaki sejak dua tahun lalu.

Lelaki tersebut yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya merupakan seorang pembantu penerbit di sebuah stesen televisyen swasta tempatan.

Kekok bicara hal cinta

Jika tiada halangan, dengan lelaki tersebut yang dianggap sebagai seorang yang memahami dan tenang itulah dia akan bernikah kelak.

Dia juga kalau bercinta tidak gemar hanya sekadar bercinta tanpa hala tuju. Baginya jika serius, harus disudahi dengan ikatan yang sah.

Bienda mentafsir makna cinta: "Ini bukan cinta pertama saya, tapi Insya-Allah ini cinta terakhir saya. Perasaan kasih dan sayang yang Allah berikan pada saya untuk dia akan kami pupuk secara sah kelak."

Begitu berhati-hati diajak berbicara tentang cinta, apa yang dititikberatkan gadis ini adalah untuk menjaga hati keluarga dan khalayak.

Sementelah imejnya yang bertudung, dia berasa kekok dan kurang manis untuk berlebihan berbicara tentang cinta berbanding kisah kerjayanya.

Mengakui tidak pernah memasang kasta antara wanita bertudung dengan tidak, kata Bienda, apa yang penting segala kebaikan datang daripada hati.

Malah sewaktu ditanya bagaimana dia membataskan pergaulan dengan kekasihnya seperti kerap bertemu, Bienda memberi jawapan yang realistik.

Katanya, dalam dunia moden, bohonglah akuinya jika dia masih bercinta secara klasik. "Saya pun bukannya baik sangat, tetapi sebagai seorang Muslimah, kita kena tahu membataskan pelakuan kita," katanya jujur.

Disogok persoalan kebanyakan artis gemar bermain tarik tali dan menghampiri kepada sikap hipokrit dengan suka memberi jawapan klise apabila topik peribadi disuakan, Bienda menjawab ringkas.

Bagi gadis ini, dia tidak mahu mentafsir segala jawapan teman artis yang lain kerana setiap daripada mereka barangkali mempunyai alasan tersendiri. Tetapi bagi dirinya: "Jika saya menipu, Tuhan akan memberi balasan kelak."

Tawaran berlakon

Bukan setahun jagung melawan gelombang industri, Bienda sudah menghuni dunia hiburan seawal usia 12 tahun. Waktu itu dia menjadi anggota nasyid Solehah sebelum bergerak solo.

Berkat kesabarannya, Bienda kini menjadi penyanyi nasyid solo wanita yang cukup terkenal dalam industri hiburan tanah air.

Album terbarunya yang dihasilkan dengan duit tabungan, Kenaliku menjadi manifesto kepada perjalanan seninya sepanjang 12 tahun menjadi penyanyi.

Mengaku bahawa situasi pasaran yang tidak baik turut memberi impak kepada undangan persembahan dan penjualan album, tapi kata Bienda di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ruang tidak akan terbuka jika diri sendiri tidak mencarinya.

"Tidak dinafikan dalam keadaan sekarang, saya rasa penyanyi lain pun tak ada banyak undangan persembahan.

"Penjualan album juga jatuh teruk. Sebagai penyanyi yang pernah duduk pada zaman pasaran baik, saya tahu impaknya sekarang.

"Sebab itu, saya mencari ruang untuk saya berkembang. Saya tidak duduk diam, sebaliknya saya cabangkan bakat seni yang ada dalam dunia lakonan.

"Alhamdulillah tawaran berlakon tidak pernah putus dan melalui duit lakonan itulah saya mampu menghasilkan album sendiri," katanya yang terlibat 100 peratus di dalam penghasilan Kenaliku.

Walau telah melalui jatuh bangun pasaran seni dan terkadang dipandang sepi, ia sedikit pun tidak membunuh cita-citanya untuk terus mara berjuang.

Sekali pun tidak pernah timbul rasa ingin berundur kerana kata Bienda, jiwanya terhadap seni sudah terlalu dalam. Sudah tidak dapat dipisahkan lagi daripada jasadnya itu.

Bertudung sejak 10 tahun

Tudung yang disarung ke kepalanya bukan dilakukan kerana terpaksa atau cuba menyembunyikan rambut yang kurang menarik.

Sebaliknya gadis kelahiran Kelantan ini bertudung kerana ikhlas. Keinginan memakai tudung timbul di jiwanya pada usia 10 tahun kerana berasa bertanggungjawab untuk menjadi seorang Muslimah yang baik.

Pernah pada usia 13 tahun, sewaktu ingin bertapak secara solo dia mahu mencuba jalur pop moden dan bergambar tanpa tudung. Itu percubaan yang kata Bienda tidak disangka mendapat respons kurang baik daripada peminatnya.

Katanya:"Tapi saya dimarah teruk. Peminat marah saya buka tudung. Itu sahaja sekali saya mencuba menjadi paksi baru tapi kemudian saya selesa bertudung sehingga sekarang."

Kini walaupun modenisasi menghambat dan dia sendiri terlibat dengan industri yang penuh godaan, biar apa terjadi, jauh sekali dia akan menanggalkan tudung kepalanya. Sebaliknya jika mahu berevolusi dalam fesyen, dia gemar bermain dengan trend terkini wanita Muslimah.

Misalnya, untuk penampilan terbaru bagi albumnya, Bienda tampil dengan konsep Cleopatra tanpa tudung ditanggalkan dan dia masih kelihatan menawan tetapi sopan.

"Tetapi untuk penampilan biasa, saya senang dengan baju T dan jean, sama macam gadis bertudung yang lain," katanya yang kurang gemar bersolek jika tidak kerana bekerja.

HUJAN semakin matang


REVOLUSI muzik yang dilakukan oleh kumpulan Hujan sememangnya memberikan impak yang cukup besar bagi industri muzik sejak empat tahun lalu. Ketika itu kebanyakan peminat masih lagi mengagungkan muzik luar terutamanya dari Indonesia yang begitu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan.

Namun kemunculan kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka indie memberikan impak yang begitu mengagumkan sehingga khalayak beralih 360 darjah ke arah muzik indie.

Di celahan kebangkitan itu, kumpulan Hujan turut menempatkan diri bersama yang lain. Mempertaruhkan alternatif rock sebagai tunjang utama, sasaran mereka tepat kerana Hujan boleh dikategorikan antara kumpulan yang berjaya pada masa kini.

Sudah empat tahun nama Hujan terpahat dalam industri muzik negara ini. Sebagai sebuah kumpulan indie, Hujan juga telah berjaya meraih pelbagai anugerah dan pencapaian terbaik. Namun dalam meniti kejayaan tersebut, terpalit juga kisah negatif yang sedikit sebanyak mencalarkan nama Hujan.

Mereka dikatakan sukar untuk memberikan kerjasama dengan pihak media terutamanya apabila diminta hadir ke sesi fotografi dan pelbagai tuduhan lain yang bisa mencalarkan reputasi mereka.

Usah diselak kembali apa yang telah terjadi. Walaupun klise tetapi ia masih relevan, apa yang berlaku sudah pasti memberikan pengajaran dan pelajaran yang berguna kepada mereka.

Berpegang kepada prinsip itu Hujan kini kembali berada di atas landasan sebenar. Mereka kini sedang sibuk dalam rangka jelajah ke seluruh Malaysia dan negara Singapura.

Pada 7 Oktober lalu merupakan tarikh bersejarah bagi kumpulan yang popular dengan lagu Pagi Yang Gelap ini. Mereka berjaya menerobos angkasa muzik Kota Singa itu apabila berpeluang membuat konsert di The Republic Polytechic Cultural Central, Woodlands, Singapura.

Sudah pasti Hujan yang terdiri daripada Noh (vokalis), AG Coco (gitar utama), Am (drum) dan Hang Dimas (keyboard) teruja dengan sambutan peminat terhadap mereka.

Walaupun ada kata-kata kurang enak kedengaran kononnya persembahan mereka kurang mendapat sambutan, Dimas menyatakan sebaliknya.

“Alhamdulillah, setiap kali membuat jelajah kami dapat lihat sendiri siapakah sebenarnya peminat Hujan dan yang pasti ramai yang memberikan respons yang baik kepada album Mencari Konklusi.

“Kami hanya mencetak 2,000 unit CD sahaja. Tak sangka dalam masa tiga minggu semuanya habis dijual. Sekarang kami sedang membuat cetak baru dan sangat berpuas hati dengan sambutan peminat,” kata Dimas selaku jurucakap Hujan.

Bagi Dimas, cabaran utama Hujan pada masa ini ialah untuk menguruskan pentadbiran, kewangan, persembahan pentas dan pelbagai lagi yang selama ini dipandang remeh.

Tambahnya, sudah tentu dia mengharapkan Hujan akan menjadi lebih profesional memandangkan karier seni mereka semakin berkembang maju.

Sehingga kini, Hujan sudahpun mempunyai lima orang krew yang akan bersama mereka di setiap lokasi persembahan dan juga dua pembantu yang menguruskan segala hal pentadbiran dan promosi.

Bagi Dimas, walaupun nama Hujan telah menerobos ke United Kingdom (UK) tetapi itu bukanlah satu jaminan untuk mereka terus bertahan di sana.

“Kita akui untuk memasarkan album ke luar negara seperti di UK bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan kesemua lagu kita dalam bahasa Melayu.

“Tapi dalam tahun hadapan kami telah membuat perancangan untuk membuat jelajah seluruh Amerika Syarikat dan berjumpa dengan semua pelajar Malaysia di sana.

“Dalam pada itu tumpuan kami terhadap peminat tempatan tidak pernah pudar sebaliknya pelbagai perancangan yang telah di aturkan termasuklah mempromosikan Hujan melalui portal online,” kata Dimas

Sehingga kini Hujan telah membuat persembahan di lima buah tempat termasuklah di Singapura, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu. Pada bulan November ini mereka akan ke Pahang, Kelantan dan berakhir di Kuala Lumpur pada 22 November akan datang.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh melayari www.metamobile.com.my, www.hujanband.com atau www.hujan.org untuk maklumat lanjut.

Dina tak gagal


HAI Dina, apa khabar? Harap Dina sentiasa sihat dan diberkati Allah. Saya merupakan peminat Dina sejak dahulu lagi.

1. Apa perkembangan terbaru Dina?

2. Menjadi deejay, berlakon dan menyanyi, yang mana satu lebih Dina minati?

3. Kenapa Dina dah kurang menyanyi? Adakah Dina merasakan Dina gagal dalam bidang nyanyian?

* Maria,

Seberang Perai, Pulau Pinang.

DINA

1. Alhamdulillah sekarang kerjaya Dina berkembang, bekerja sebagai seorang penyampai radio Era, mengacara Era TV. Selain iti Dina juga berlakon beberapa drama dan tele filem. Filem pertama Dina pun sudah habis ditayangkan, Jangan Pandang Belakang Congkak. Dan baru habis pementasan Impak Maksima The Musical di Esplanade, Singapura. Dina juga sedang menyiapkan album kedua yang bertajuk ‘2’.

2. Ikut urutan sudah pasti menyanyi, penyampai radio dan pelakon. Tapi menyanyi akan tetap menjadi cinta pertama Dina

3. Ada sebenarnya, tapi mungkin awak tak perasan sangat sebab Dina nyanyi di majlis majlis tertutup. Dan mungkin juga sebab nampak Dina lebih cenderung kepada radio kerana Dina keluar radio setiap hari. Jadi nampak lebih menjurus ke arah itu.

Mahu jadi artis intelek

Assalamualaikum Dina, apa khabar? Harap Dina terus maju jaya dalam semua lapangan yang Dina ceburi. Saya ada beberapa soalan dan harap Dina sudi menjawabnya.

1. Apa perasaan apabila terpilih berlakon dalam teater Impak Maksima di Singapura?

2. Apa hala tuju Dina selepas ini?

3. Apa strategi Dina untuk bersaing dengan nama-nama besar yang ada dalam industri?

* Halim Hamid,

Slim River, Perak.

DINA

1. Rasa bersyukur sangat yang watak Dina dikekalkan untuk Impak Maksima di Singapura. Walaupun Dina dah tiga kali buat pementasan di Esplenade Singapura tetapi kali ini lebih istimewa sebab Dina sebagai sebahagian dari sebuah kumpulan.

2. Kalau boleh Dina nak dikenali sebagai seorang artis yang serba boleh. Supaya boleh menjadi bukti kepada orang lain yang ada bakat tetapi takut untuk tampil ke hadapan semata-mata pasal faktor penampilan. Jadi hala tujunya adalah untuk membuat apa-apa yang yang ada di depan mata.

3. Menjadi lain dari yang lain dan menjadi seorang artis yang lebih intelek.

Nak tubuh kelab peminat

Hai Dina, semoga terus maju jaya dan mendapat rezeki yang berlipat kali ganda. Seronok melihat lakonan Dina dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak tempoh hari.

1. Siapa idola Dina?

2. Bagaimana nak berhubung secara terus dengan Dina?

3. Dina ada kelab peminat tak? Kalau ada macam mana nak sertai ye?

* Azizah Aziz,

Sungai Besi, Kuala Lumpur.

DINA

1. Dalam bidang nyanyian Dina amat meminati Christina Aguilera dan Nora. Manakala dalam bidang lakonan pula Cherlize Theron dan Vanidah Imran

2. Awak boleh pergi ke laman sosial Twitter/ Facebook di kekotak carian, taip DinaNadzir atau layari www.era.fm untuk maklumat lanjut.

3. Dina belum ada la sayang. Insya-Allah satu hari nanti janji Dina buat.

Tak rasa terpinggir

Assalamualaikum Dina. Apa khabar? Harap Dina terus berjaya dan tidak lupa diri dengan apa yang Dina kecapi hari ini.

1. Tak ada perancangan nak kuruskan badan?

2. Pernah tak Dina rasa terpinggir atau kurang mendapat perhatian kerana berbadan besar?

3. Siapa yang menjadi pendorong kepada Dina untuk menjadi anak seni?

* Zara Ismail,

Desa Pandan, Kuala Lumpur.

DINA

1. Sudah tentu ada. Dah tak terkira dah berapa kali. Tapi seminggu dua je Dina ingat lepas tu mesti lupa balik. Hahaha...

2. Dina tak pernah rasa terpinggir kerana berbadan besar. Bagi Dina ia merupakan satu keunikan dan sama ada suka atau tak ia tetap unik.

3. Sudah tentu bonda Dina, Hajah Nafisah Adam. Dialah yang banyak memberikan inspirasi kepada Dina untuk terus menjadi anak seni yang berjaya.

Cari lelaki wangi

Assalamualaikum Dina.

Saya merupakan peminat Dina sejak dahulu lagi dan tahniah kerana Dina telah berjaya mengembangkan bakat Dina menjadi deejay pula.

1. 10 tahun akan datang, apa agaknya yang akan terjadi kepada Dina?

2. Dina sudah berpunya atau belum? Jarang dengar kisah cinta Dina dimainkan di media.

3. Lelaki macam mana yang menjadi pilihan Dina?

* Shahril Suhairi,

Bandar Bahru, Kedah.

DINA

1. Mungkin masih seorang penyanyi, pelakon dan penyampai radio, tapi dalam masa yang sama. Dina dah ada produksi Dina sendiri dan artis-artis bawah syarikat Dina sendiri.

2. Jarang dengar sebab masih single lagi. Kalau ada lelaki yang awak nak kenalkan, saya tak ada masalah. Dina tak cerewet tau. Hehehe...

3. Dina mahu mencari lelaki yang kelakar dan matang. Tapi syarat utamanya dia mesti wangi tau.

Nak tembusi pasaran luar

Hai Dina, apa khabar? Dina ni comel sangat dan saya sangat meminati Dina sejak Dina menyertai Malaysian Idol lagi.

1. Apa hala tuju Dina menjejakkan kaki dalam bidang seni ini?

2. Siapakah yang Dina rasakan menjadi pesaing terdekat Dina dalam bidang lakonan?

3. Impian Dina dalam karier nyanyian?

* Pemuda Comel,

Bandar Baru Bangi, Selangor.

DINA

1. Sudah pasti apabila menjejakkan kaki ke dalam industri hiburan Dina ada banyak perancangan. Dina nak jadi seseorang yang penting dalam industri hiburan tak kira dalam aspek apa sekalipun.

2. Alamak. Dina tak pernah terfikir pun sebelum ini. Mungkin Queen Latifah agaknya. Hahaha...

3. Bila dah bergelar penyanyi, hala tuju Dina semakin jelas. Sudah pasti Dina mahu menembusi persada muzik antarabangsa dan berdiri atas kaki sendiri.

Rossa ke Taiwan


SARAT dengan masalah rumah tangga dan akhirnya terpaksa menerima hakikat hubungannya bersama Yoyok hancur di tengah jalan. Bertubuh kecil tapi mempunyai hati dan semangat yang kuat. Itulah Rossa.

Kegagalan dalam rumah tangga tidak dijadikan alasan untuk Rossa mengurungkan diri atau patah semangat. Rossa kini begitu semangat untuk bekerja dan melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian di arena antarabangsa.

Sudah popular di Malaysia, kini Rossa memilih Taiwan untuk membuktikan yang dia mempunyai bakat besar. Menerima tawaran untuk merakamkan album di sana dan berduet dengan artis tempatan merupakan batu loncatan bagi Rossa memasuki pasaran negara tersebut.

Rossa baru sahaja pulang dari negara tersebut untuk berbincang tentang kerjasama yang bakal dilakukan nanti. Rossa begitu berharap segala yang dirancang akan berjalan lancar.

Gembira dengan kehidupan barunya, Rossa menyatakan dia tidak mahu menyesia-siakan masa mudanya lebih-lebih lagi dia mempunyai tanggung jawab terhadap anaknya Rizki Langit Ramadhan. Buat masa sekarang Rossa mengakui belum terfikir untuk mencari pengganti Yoyok, malah dia kini sedang berusaha mengumpul wang untuk membeli rumah baru.

Maria Ozawa insaf berbogel?


BERTUBUH kecil dan genit menjadikan Maria Ozawa atau lebih senang dipanggil Miyabi cukup terkenal di Jepun. Apatah lagi selepas semua pihak membuka mata dengan bakat yang dicungkil selepas menyertai rancangan Adult Video Idol (AV Idol) sekitar tahun 2005, Miyabi mengorak langkah ke hadapan.

Keistimewaan Miyabi kerana aksi berani mati selepas membintangi lebih 50 video lucah terbitan negara matahari terbit itu. Dia juga cukup laris dengan tawaran berlakon video lucah sepanjang empat tahun lalu.

Ada sumber mengatakan gadis yang mengenali seks sejak berusia 13 tahun ini sudah insaf. Ini berdasarkan selepas kebanyakan negara Asia yang dilawatinya kurang memberi kerjasama kepadanya.

“Dia seperti sudah insaf. Tidak mahu memakai pakaian seksi lagi. Tetapi sampai bila? Kita lihat sahaja nanti,” kata sumber berkenaan.

Anang dedah kecurangan Krisdayanti


PENYANYI Krisdayanti sebelum ini pernah mendedahkan kisah “dalam kelambu” kehidupannya melalui buku My Life My Secret. Dalam buku itu, Kris atau lebih sinonim dengan panggilan KD menjelaskan betapa dia berasa amat bertuah memiliki seorang lelaki dan suami bernama Anang Hermansyah, 40.

Dalam buku itu KD, 34, turut mendedahkan tindakan dia membuat suntikan botox berjaya menawan nafsu suaminya yang begitu teruja tatkala melakukan asmara.

Tapi sayang, pendedahan kisah bahagia mahligai hidup yang ditulis itu rupanya tidak bertahan lama apabila rumah tangga pasangan tersebut dilanda badai selepas 13 tahun dibina.

Ada yang membuat pelbagai spekulasi mengatakan perpisahan itu terjadi dek kerana kecurangan KD sendiri yang mempunyai hubungan sulit dengan orang lain.

Malah KD juga terpaksa menerima hakikat, cinta dan sayang terhadap lelaki yang selama ini banyak membimbingnya tidak dapat bertahan lama.

Pada 22 Oktober lalu, Pejabat Pengadilan Agama Jakarta menjatuhkan talak terhadap KD.

Selama perpisahan terjadi, Anang tidak banyak berbicara mengenai kisah pahit itu sebaliknya bertindak untuk mendiamkan diri.

Malah dia juga percaya sebagai seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab, biarlah dua orang anak mereka iaitu Titania Aurelie Nurhermansyah, 11, dan Azriel Akbar Hermansyah, 9, berada di bawah penjagaannya.

Mengakui hatinya luka, parah dan merana terhadap apa yang berlaku tetapi Anang sudah nekad dia tidak akan rujuk kembali.

Selama ini sudah banyak peluang diberikan kepada isterinya itu tetapi sayang, KD gagal menghargai pengorbanannya.

Ujar Anang, KD adalah pengkhianat rumah tangga mereka.

Kata-kata itu membayangkan betapa hati Anang benar-benar parah. Jiwanya amat terseksa dek kerana perbuatan insan yang disayanginya itu.

“Kau bilang tak pernah bahagia selama dengan aku, itu ucap bibirmu,” luah Anang dalam lagunya berjudul Separuh Jiwaku Pergi.

Menghayati bait lirik lagu itu memperlihatkan bahawa patah hati lelaki ini sukar untuk sembuh kembali.

“Kalau dilihat keseluruhan lirik itu, jelas menceritakan betapa cinta saya selama ini dikhianati oleh seorang wanita yang saya nikahi pada 22 Ogos 1996 itu,” kata Anang.

Album Anang Separuh Jiwaku Pergi telah berada di pasaran sejak 19 Oktober lalu edaran Suria Records.

Album yang memuatkan enam buah lagu itu menceritakan segalanya kehancuran rumah tangga Anang dengan KD.

Bagi Anang sendiri, dia lebih senang untuk menterjemahkan masalah dirinya dalam bentuk karya.

“Dalam album terbaru ini memuatkan ungkapan perasaan saya terhadap peristiwa yang saya alami selama ini,” katanya.

Walaupun pada ketika ini hatinya sedang porak peranda tetapi bagi Anang dia ada muzik yang dapat menenangkan jiwanya itu.

Malah dengan muzik juga Anang cuba memujuk hatinya yang masih parah.

Bagaimanapun dalam album ini juga Anang tidak boleh berbohong walaupun dia telah menutup perasaannya terhadap KD tetapi sukar untuk dikikis perasaan sayang itu.

Ini terbukti apabila lagu Belajarlah Untuk Cinta yang menjelaskan betapa Anang benar-benar sayangkan KD selama ini.

Sementara itu, klip video Separuh Jiwaku Pergi hanya mengambil masa kira-kira lima jam untuk dihasilkan.

Tempoh penggambaran yang singkat itu adalah kerana Anang mampu menjiwa watak yang diberikan dalam klip video berkenaan.

Ia menceritakan kisah sebenar bagaimana kecurangan KD berlaku apabila Anang terbaca kiriman SMS daripada seseorang yang dikirimkan kepada isterinya.

Saat itu jiwa Anang roboh, perasaannya lebur begitu saja kerana isteri yang dicintai rupa-rupanya mempunyai hubungan dengan orang lain.

Separuh Jiwaku Pergi menggambarkan jiwa seorang suami yang hilang segala-galanya dan memerlukan kekuatan untuk bangkit melawan perasaan itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails