Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bung Nafi Cerai Isteri Pertama


PETALING JAYA: Selepas mahkamah mengesahkan pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, 51, dengan pelakon Zizie Izette, 32, pada Ogos lalu, khabar angin mengatakan Bung menceraikan isteri pertamanya, Nor Asidah Alimuddin sebulan lalu tersebar luas.

Bagaimanapun, Bung menafikan hal cerai tersebut dan menganggapnya sebagai khabar angin kosong sahaja.

"Tidak, mana ada. Ia cuma gosip sahaja," seloroh Bung ketika bertemu di majlis rumah terbukanya dan Zizie di kediaman mereka di Ukay Perdana.

Zizie pula berkata, dia harap gosip sebegini tidak akan timbul lagi kerana risau jika ia mengguris hati pihak lain.

"Setakat ini hubungan Bung dengan isteri pertamanya baik dan saya harap khabar angin ini tidak berlarutan kerana ia memberi impak kepada keluarga kami.

"Saya pun tidak mempunyai sebarang masalah dengannya," ujar Zizie.

Tambah Zizie, selepas 10 bulan bergelar isteri, pelakon itu gembira dengan kehidupan barunya itu.

Cuma, dari segi karier, Zizie tidak lagi dibenarkan menerima watak-watak seksi atau penggoda, sebagai tanda menghormati suaminya itu.

"Sekarang ini saya sibuk menemani suami memenuhi undangan majlis-majlis korporat. Oleh itu saya mempunyai masa yang sangat terhad sehingggakan saya terpaksa menolak beberapa tawaran kerana kesibukan masa.

"Tambahan pula selepas berkahwin, suami sudah berpesan pada saya agar lebih memilih watak yang sesuai dengan status saya sekarang ini.

"Justeru itu, saya telah membuka syarikat saya sendiri iaitu 2121 Vision Pictures, diamana saya akan menjadi penerbit drama atau filem. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai skrip yang bagus, bolehlah hantar kepada saya," katanya yang tidak sabar untuk menimang anak.

David Beckham Dituduh Curang Lagi


KHABAR angin kecurangan pemain bola sepak La Galaxy, David Beckham kembali hangat diperkatakan. Seorang peguam bernama Shabani tampil membuat kenyataan kepada mahkamah bahawa isterinya telah curang dengan suami kepada Posh itu.

Namun perkara itu ditolak oleh isterinya, Sherry Shabani dengan menganggap bahawa suaminya hanya berimaginasi dan tidak mempunyai bukti kukuh tehadap dakwaan tersebut.

Seperti dipetik Daily Mail, Shahbani telah membuat laporan polis terhadap perkara tersebut dan nekad untuk mencederakan Beckham.

Perkara tersebut terjadi bermula dari pertembungan antara Sherry dan Bekcham ketika menghantar anak-anak mereka di sekolah yang sama.

Shabani hanya mengesyaki dan mendakwa isterinya kerap bertemu Beckham ketika menjemput anak-anak mereka pulang dari sekolah, biarpun dia tidak mempunyai bukti kukuh terhadap hubungan itu.

Akim Setia Pada Stacy


PETALING JAYA: Bintang Cornetto Inikah Cinta, Akim AF7, 19, mengakui kini sedang berkawan rapat dengan penyanyi Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan Stacy AF6, 20.

Biarpun belum mengesahkannya sebagai pasangan kekasih, bintang kelahiran Akademi Fantasia ini mengakui saling percaya mempercayai dan setia kepada kekasih.

Menurut Akim, dia seorang lelaki yang setia kepada kekasih dan tidak mudah untuk jatuh hati kepada wanita lain.

"Ya, sekarang saya sedang berkawan sangat rapat dengan Stacy. Saya senang berkawan dengan dia, saya mengkagumi dia sebagai seorang penyanyi yang betul-betul berusaha untuk berjaya.

"Sebagai lelaki saya adalah seorang yang setia kepada kekasih, tidak mungkin tercetus cinta lokasi dengan mana-mana perempuan yang akan berlakon atau menyanyi dengan saya," ujarnya yang bergandingan dengan Juliana Evans dalam drama mini bersiri Cornetto Inikah Cinta.

Jelas Akim, dia sedang merancang untuk mencipta lagu duet untuk "kawan rapatnya" itu dalam masa terdekat ini.

"Saya sedang rancang untuk beri lagu duet pada dia, kalau boleh memang kami ingin berduet sama tetapi melihat pada genre muzik kami berbeza ia agak sukar.

"Lagu dia lebih kepada pop dance, saya rasa tak sesuai untuk berduet bersama sebab tak pandai menari," katanya ketika majlis pelancaran drama terbarunya Cornetto Inikah Cinta.

Dalam pada itu, menurut Akim selepas sambutan pendengar terhadap lagu ciptaan pertamanya, Inilah Cinta, dia kini sedang giat menulis beberapa buah lagu lagi untuk album terbarunya.

Akim Setia Pada Stacy


PETALING JAYA: Bintang Cornetto Inikah Cinta, Akim AF7, 19, mengakui kini sedang berkawan rapat dengan penyanyi Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan Stacy AF6, 20.

Biarpun belum mengesahkannya sebagai pasangan kekasih, bintang kelahiran Akademi Fantasia ini mengakui saling percaya mempercayai dan setia kepada kekasih.

Menurut Akim, dia seorang lelaki yang setia kepada kekasih dan tidak mudah untuk jatuh hati kepada wanita lain.

"Ya, sekarang saya sedang berkawan sangat rapat dengan Stacy. Saya senang berkawan dengan dia, saya mengkagumi dia sebagai seorang penyanyi yang betul-betul berusaha untuk berjaya.

"Sebagai lelaki saya adalah seorang yang setia kepada kekasih, tidak mungkin tercetus cinta lokasi dengan mana-mana perempuan yang akan berlakon atau menyanyi dengan saya," ujarnya yang bergandingan dengan Juliana Evans dalam drama mini bersiri Cornetto Inikah Cinta.

Jelas Akim, dia sedang merancang untuk mencipta lagu duet untuk "kawan rapatnya" itu dalam masa terdekat ini.

"Saya sedang rancang untuk beri lagu duet pada dia, kalau boleh memang kami ingin berduet sama tetapi melihat pada genre muzik kami berbeza ia agak sukar.

"Lagu dia lebih kepada pop dance, saya rasa tak sesuai untuk berduet bersama sebab tak pandai menari," katanya ketika majlis pelancaran drama terbarunya Cornetto Inikah Cinta.

Dalam pada itu, menurut Akim selepas sambutan pendengar terhadap lagu ciptaan pertamanya, Inilah Cinta, dia kini sedang giat menulis beberapa buah lagu lagi untuk album terbarunya.

Sari Yanti Takut Mandikan Anak


PETALING JAYA: Pelakon Sari Yanti mengakui hidupnya kini berubah dengan kehadiran Barr Al Aliy yang kini sudah pun berusia dua bulan.

Katanya, banyak perkara yang dipelajari semasa membasarkan Barr Al Aliy dan dia juga berhasrat menjaga bayinya itu sendiri tanpa bantuan daripada pembantu rumah.

"Memang banyak yang berubah sejak kehadiran Barr, saya banyak belajar tentang susah payah menjaga anak. Tapi saya rasa puas bila lakukanya sendiri.

"Saya akan jaga dia sepenuhnya dan jika keadaan memerlukan saya untuk berhenti kerja dan tumpukan pada keluarga saya sanggup lakukan," ujarnya ketika ditemui di rumah terbuka Siti Nurhaliza, Khamis.

Jelas Sari Yanti, dia tidak akan menyerahkan tanggungjawab menjaga bayinya itu kepada orang luar terutamanya pembantu rumah.

"Buat masa ini saya rasa biarlah saya yang jaga dia. Saya tidak mahu dia mendapat kasih sayang dari orang lain, lagi pula banyak kes-kes pembantu rumah yang tidak boleh dipercayai sekarang.

"Jika keadaan terdesak saya akan minta bantuan keluarga terdekat yang jaga dia, Insya-Allah selagi berupaya saya sendiri akan besarkannya," katanya.

Dalam pada itu, Sari turut bercerita pengalaman sepanjang bergelar ibu, biarpun agak kekok namun dia mengambilnya sebagai salah satu cabaran dalam hidup berumah tangga.

"Saya paling takut untuk mandikan bayi, hingga sekarang saya suruh suami saya yang mandikannya. Tapi yang lain saya yang uruskan.

"Alhamdulilah suami juga banyak membantu dalam menguruskna hal-hal rumah tangga. Malah suami saya lebih cekap menguruskan hal bayi dari saya," katanya.

Sari Yanti yang berkahwin dengan Eddy Casmady Che Hussin pada 2009 lalu juga memberitahu akan memulakan penggambaran pada bulan November ini.

"Selepas berkahwin tentu saya lebih memilih watak terutamanya yang hanya melakukan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

"Saya rasa selepas ini saya mungkin akan bawa watak lebih dewasa berbanding sebelum ini yang sering memainkan watak remaja belasan tahun," katanya.

Pergolakan Rumah Tangga Rita Rudaini Tidak Jejas Hubungan Ayu - Zaquan


PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah, 26, mengakui hubungan cintanya dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 24, tidak terjejas kerana berita pergolakan rumah tangga abang kekasihnya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 24, dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35.

Kata Ayu, dia percaya kepada ketentuan jodoh yang telah ditetapkan dan ingin hubungan tersebut diakhiri dengan ikatan yang sah pada awal tahun depan.

"Saya tiada hak untuk beri pendapat tentang pergolakan rumah tangga mereka tapi secara jujurnya cerita-cerita tersebut tidak menganggu perjalanan hubungan kami dan kepercayaan saya kepada Zaquan.

"Setiap perkahwinan ada risikonya dan saya percaya jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan tuhan. Setiap pasangan suami isteri mesti ada dugaannya tersendiri," ujar Ayu ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Ayu, sebagai orang luar dari keluarga tersebut, dia hanya mendoakan yang terbaik agar perkara tersebut tidak berlanjutan sehingga menjejaskan kerjaya kedua-dua belah pihak.

Jelasnya, dia dan Zaquan juga tidak pernah bercerita tentang hubungan rumah tangga pasangan itu dan menganggap ia sebagai masalah peribadi pasangan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ayu memberitahu rombongan merisik daripada keluarga kekasihnya itu masih belum diterima. Justeru dia tidak menafikan jika ia akan di tunda kerana tekanan daripada berita ini.

"Tentang perkahwinan kami, keluarga saya masih menunggu. Mereka beritahu selepas raya ini, namun jika tidak bulan Syawal ini mungkin juga bulan hadapan.

"Saya belum diberitahu tarikh mereka datang lagi. Insya-Allah, perkara baik kebiasaannya Allah akan permudahkan," ujarnya yang sedang menjalani penggambaran drama berjudul Semua Nak A.

Pelakon drama popular Nur Kasih ini mengaku sudah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu dan sedang merancang mengakhiri zaman bujang mereka dalam masa terdekat ini.

Aidil Zafuan Akan Beri Kenyataan Dalam Waktu Terdekat


PETALING JAYA: Ruzie Abd. Radzak,39, iaitu kakak kepada bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan,23, akan berbincang berhubung kemelut rumah tangga yang dihadapi adiknya itu dengan isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35.

Ruzie berkata, selepas perbincangan itu dibuat, Aidil akan membuat satu kenyataan dalam waktu terdekat bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Ruzie berkata, Aidil juga meminta agar ahli keluarga bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan buat masa ini.

"Ya, kami sekeluarga akan berbincang tentang perkara ini dalam masa terdekat dan segala kenyataan akan dikeluarkan oleh Aidil sendiri.

"Aidil ada beritahu kami agar tidak mengulas apa-apa kepada media sebelum berbincang dengannya. Dia juga meminta agar keluarga bersabar dan tidak tertekan dengan masalah ini," katanya.

Dalam pada itu, Ruzie juga enggan mengulas lanjut tentang beberapa tuduhan yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini terhadap keluarga mereka.

"Kami agak terperanjat dengan berita-berita yang keluar beberapa hari ini, bagaimanapun kami tidak tertekan dan tidak mahu mengulas apa-apa yang boleh mengeruhkan keadaan,

"Bagi saya, terpulang kepada dia (Rita Rudaini) untuk berkata apa-apa sekalipun yang dia mahu," ujarnya.

Sebelum ini, Ruzie dalam satu kenyataan kepada mStar Online meminta supaya Rita memaafkan keluarganya berhubung pernikahan dia dengan Aidil yang tidak direstui mereka.

Bagaimanapun, dalam laporan sebuah akhbar, Isnin, Rita memberitahu keluarga suaminya tidak perlu meminta maaf, sebaliknya menerima dia seadanya dalam keluarga tersebut.

Rita dan Aidil telah bernikah pada pertengahan Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Perkahwinan itu mendapat tentangan keluarga pihak lelaki.

Shafnie Dakwa AC Mizal Pamer Kemewahan


KAJANG: Bekas isteri AC Mizal mendakwa pelakon dan bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) tersebut mempamerkan kekayaannya di media cetak dan elektronik.

Shafnie Zainudin berkata, dia mengetahui tentang peningkatan pendapatan AC Mizal melalui media meskipun jumlah sebenar yang diperoleh tidak pernah dinyatakan secara spesifik.

“Dia (AC Mizal) pamerkan di media tentang berapa pendapatan mewah, kereta-kereta mewah, perbelanjaan dan juga perniagaan mewah dia,” kata Shafnie di Mahkamah Rendah Syariah di sini Isnin.

Shafnie, 35, yang mendakwa AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, dibayar RM5,000 untuk satu episod AF mengakui bahawa perkara itu hanya diberitahu oleh individu yang bekerja di syarikat televisyen.

Shafnie juga dilihat begitu tegas mempertahankan pendapatnya bahawa tuntutan insurans dan dana pendidikan yang dituntut untuk dua anak mereka merupakan nafkah asasi yang digariskan oleh Islam.

Prosiding mahkamah juga ‘diselitkan’ dengan kata-kata sinis antara Shafnie dan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal.

Antaranya, Siti Aishah mempersoalkan bagaimana Shafnie boleh mengetahui tentang pendapatan AC Mizal jika ia tidak pernah dilaporkan.

Shafnie: Cik Aishah, hanya orang yang benar-benar kaya sahaja yang boleh memiliki beberapa kereta mewah. Dari situ, semua orang boleh tahu.

Siti Aishah: Janganlah emosi.

Siti Aishah juga mempersoalkan pembelian kain jenis sifon yang sering digunakan oleh golongan wanita, pembelian barangan keperluan bayi dan buku bacaan untuk kanak-kanak berusia bawah tiga tahun.

Shafnie dengan selamba menjawab: “Sifon itu kain Cik Aishah untuk anak bagi dibuat baju Melayu. Barangan bayi untuk hadiah oleh anak saya buat gurunya yang baru bersalin dan buku mungkin saya beli sekali untuk anak buah saya.”

Perbicaraan bagi mengubah nafkah anak yang didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah bersambung 12 Oktober ini.

AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Sementara itu, AC Mizal yang masih menantikan majlis penganugerahan gelaran Datuk tersenyum apabila dipanggil sebagai ‘Datuk’ oleh media.

Dia yang ditemani seorang lelaki juga memberitahu, kehidupannya masih sama seperti sebelum menerima gelaran tersebut.

“Demam adalah,” katanya.

Haiza Tidak Gaduh Dengan Pengurus, Usaha Dapat Anak


SHAH ALAM: Penyanyi dangdut Haiza menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia telah bergaduh dengan pengurusnya iaitu Zureen sejak beberapa bulan lalu.

Ini kerana dalam majlis-majlis tertentu Haiza tidak lagi menggunakan khidmat Zureen sebagai pengurus sebaliknya segala aktiviti seni dilakukannya sendiri.

Kata Haiza, Zureen mengambil keputusan untuk tidak bekerja dengannya lagi kerana mempunyai masalah peribadi selain ingin memberi tumpuan kepada keluarganya.

"Saya menghormati keputusan Zureen untuk tidak menguruskan saya lagi kerana mahu memberi fokus kepada keluarganya kerana ayahnya sedang sakit dan memerlukan perhatian.

"Tiada sebarang pergaduhan atau perselisihan faham antara kami. Kami sudah bekerja selama lapan tahun dan hubungan itu bagaikan adik beradik. Saya menghormati keputusan dia untuk memilih haluan sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Shah Alam Convention Centre (SACC) dan mStar di sini, Selasa.

Penyanyi itu menjawab desas-desus kononnya dia sudah tidak sehaluan lagi dengan pengurusnya seperti di laporkan sebuah akhbar Ahad lalu.

Jelas Haiza, dia kini menguruskan sendiri jadualnya sejak bulan Ramadan lalu sebelum mendapat pengganti Zureen.

"Sepanjang Ramadan lalu saya sibuk dengan persembahan di Hotel Dorsett Kuala Lumpur tanpa ditemani pengurus. Buat masa ini saya masih belum cari pengurus, Insya-Allah setakat ini saya boleh uruskan jadual saya sendiri," katanya.

Berusaha mahu dapat anak

Dalam pada itu, Haiza yang sudah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama suami Norhanafpe Omar mengakui sentiasa berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

"Ramai yang tanya tentang anak, kadang-kadang saya tidak tahu bagaimana nak jawab sebab saya sudah berusaha tapi belum ada rezeki.

"Ramai di kalangan rakan-rakan yang saya jumpa bagi bermacam-macam petua dan nasihat untuk mudah hamil, tapi belum ada apa-apa tanda lagi setakat ini," katanya.

Jelas Haiza, dia dan suaminya tidak terlalu berharap namun sentiasa berusaha dan berdoa agar dianugerahkan cahaya mata bagi melengkapkan kehidupan keluarga mereka.

Rozita Che Wan Jawab Mengenai Persiapan Kahwin


SHAH ALAM: Aktres jelita, Rozita Che Wan (gambar) menafikan telah bercuti selama sebulan sejak akhir Ramadan lalu kerana sibuk untuk menguruskan persiapan perkahwinan.

Rozita berkata dia berehat dari sebarang aktiviti seni kerana mahu memberi semangat kepada anak keduanya Aniq Ezzra,12, yang menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada minggu lepas.

"Selepas Ramadan saya rehat untuk tumpukan perhatian kepada anak saya yang baru sahaja selesai peperiksaan UPSR dan kini dia sibuk dengan peperiksaan sekolah agama pula.

"Saya mahu beri semangat kepada dia sepanjang menjalani peperiksaan tersebut. Saya mahu dia lulus cemerlang dan dapat mengikut jejak langkah abangnya, Ammar Affendi yang sekarang belajar di tingkatan dua, sekolah berasrama penuh," katanya yang bakal memulakan penggambaran drama Kempink pada minggu hadapan.

Jelas Rozita, keutamaan persekolahan anak-anaknya menjadi sebab utama untuk dia mengundurkan diri dari dunia lakonan ini.

Malah dia juga menafikan desas-desus bahawa dia sedang membuat persiapan perkahwinan ketika ini.

"Ke mana-mana sahaja orang akan tanya tentang perkahwinan saya. Ada juga yang cakap saya cuti sebulan ini sebab sibuk uruskan persiapan perkahwinan.

"Saya memang sedang berkawan dengan seseorang tetapi bukan bermakna akan berkahwin dalam masa terdekat ini seperti yang dikhabarkan oleh media," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka mStar, Selasa.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu keputusannya untuk berhenti dari bidang ini merupakan satu berita kegembiraan bagi anak-anaknya.

"Sejak saya mula berlakon lagi mereka banyak kali merungut dan suruh agar saya berhenti atau kerja semula di pejabat. Bila dapat tahu saya mahu berhenti berlakon merekalah yang paling gembira sekali.

"Namun saya bersyukur selama ini anak-anak memahami situasi saya sebagai seorang pelakon dan tidak mempersoalkan berita-berita tentang saya yang keluar di akhbar," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails