Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Gaun Pendek Saya Tak Seksi Melampau - Siti Nordiana


PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana Alias, 26, menegaskan penampilan barunya yang memakai gaun pendek di majlis parti Eh! yang diadakan baru-baru ini tidaklah terlalu seksi seperi yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menurut Siti Nurdiana atau lebih selesa dipanggil Nana, penampilannya yang mengenakan gaun rekaan Hani Suraya itu sebagai tanda pembaharuan diri serta kemunculan baru dalam industri seni setelah lama menyepi.

"Sebenarnya saya tak rasa pun gaun itu seksi. Mungkin orang tidak pernah melihat saya berpakaian begitu, sebab itulah ramai yang terkejut sedangkan saya memakai gaun seperti itu mengikut kesesuaian majlis. Lagipun inilah kali pertama saya memakai gaun pendek di depan khalayak.

"Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.

"Penampilan baru ini juga merupakan imej sempena dengan keluaran single lagu terbaru saya yang berjudul 'Tak Tahan'. Apapun, saya tak kisah dengan tanggapan orang kerana mereka mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan saya terima itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Beritahu Nana, pembaharuan bukan sahaja dilakukan terhadap imejnya malah muzik yang dibawakan turut berbeza berbanding nyanyiannya dulu yang kini tampil dengan muzik alternatif rock dalam lagu barunya itu.

"Lagu 'Tak Tahan' adalah projek solo pertama saya setelah dua tahun menyepi dan saya tampilkan muzik yang lain kepada peminat-peminat.

"Kalau saya tampilkan lagu baru dengan konsep balada seperti dulu, orang akan tahu lagu tersebut saya yang nyanyi. Jadi saya nak ubah pandangan masayarakat bahawa saya juga mampu membawa muzik berbeza genre," ujar anak kelahiran Negeri Sembilan itu.

Sementara itu, Nana berkata dia telahpun berhenti kerja sebagai Kaunselor Pelajaran di City Universiti Kolej, Petaling Jaya, Selangor, kerana ingin memberi fokus pada karier seninya.

"Sebenarnya bila dah biasa bergelar anak seni, agak sukar untuk saya bekerja mengikut waktu pejabat. Bila ada apa-apa sesi fotografi, susah saya nak ambil cuti.

"Tambah pula sekarang ini saya perlu fokus dengan single baru saya dan kemudiannya album terbaru pula. jadi saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan naikkan karier saya semula sebaik mungkin.

"Sekarang ini saya juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan. Buat masa ini saya baru sahaja habis sesi penggambaran bagi telefilem Nenas Dan Ikanku dan sebelum ini pula, saya berlakon bagi drama Aku Budak Minang 2.

"Sekarang ini fokus saya ialah saya mahu meniakkan nama saya semula tidak kira dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan seni. Maklumlah saya dah tak bekerja lagi. Jadi kena kerja kuat demi anak," akhirinya.

Peserta Sehati Berdansa 3, Sein & Nana Cerai Talak Satu


SHAH ALAM: Juara rancangan realiti, Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada Rabu.

Sein, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak pada pukul 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, untuk berpisah secara baik.

Nana yang pernah mencuba nasib dalam dunia seni dengan menyertai rancangan realiti, Mentor musim pertama memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Prosiding perceraian tersebut berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dan Nana diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman.

Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa tidak diwakili peguam syarie.

Zuri Zabudin memberitahu, permohonan untuk bercerai itu difailkan ekoran pasangan tersebut tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina sejak Julai 2006.

“Pasangan ini tidak dapat lagi menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan telah wujud perbalahan yang berpanjangan.

“Mereka masih tinggal serumah tetapi tidak tidur bersama. Pelbagai usaha telah dijalankan tetapi tiada jalan penyelesaian,” katanya.

Zainor Rashid selepas mendengar lafaz tersebut, mensabitkan gugur talak satu kali pertama secara rajie terhadap Nana dan memerintahkan dia untuk beredah selama tiga kali suci.

Beliau juga memerintahkan supaya perceraian itu didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Petaling dan surat nikah pasangan tersebut dibatalkan.

Pada prosiding sama, mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama Nana atau nama sebenarnya, Noor Diyana Muhammad dengan Sein yang timbul daripada perceraian tersebut.

Ia meliputi nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian serta hak penjagaan dua anak mereka, iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1,

Hak jagaan anak diberikan kepada Nana manakala Sein diberikan hak melawat dan bermalam selama tiga hari bermula pukul 12 tengah hari Jumaat sehingga 12 tengah hari Isnin atau pada masa-masa munasabah yang dipersetujui bersama.

Pasangan itu juga bersetuju agar hak untuk bersama dan bermalam semasa cuti persekolahan dibahagi secara rata manakala giliran berhari raya dibuat secara bergilir-gilir dan bertukar setiap tahun.

Sein juga akan membayar nafkah dua anaknya sebanyak RM1,000 sebulan yang meliputi keperluan harian seperti makan minum, yuran persekolahan dan kelas tambahan.

Dia juga bersetuju untuk menanggung perbelajaan musim persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 setiap satu untuk setiap seorang anak.

Nana pula bersetuju untuk menerima nafkah edah RM500 setiap bulan bagi tiga bulan, RM500 sebagai mutaah dan semua bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Pasangan itu juga bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan berhubung harta sepencarian antara satu sama lain.

Zainor Rashid pada penghakimannya memuji penyelesaian yang dibuat oleh Sein dan Nana untuk menyelesaikan isu perceraian itu secara baik.

“Mahkamah berpendapat kedua-dua pihak tidak mementingkan diri dan lebih mengutamakan anak-anak hasil pernikahan.

“Perdamaian ini yang digalakkan oleh Islam dan dapat mendatangkan kebaikan,” katanya.

Cincin siapa di jari manis? - Elly Mazlein


TAHUN ini genaplah usia Elly Mazlein 30 tahun. Kalau mengikut yang pernah direncanakan oleh wanita berbibir mungil ini, katanya dia mahu menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2010.

Namun apabila melihat pada kalendar, sekarang sudah pun masuk bulan Disember dan tak lama lagi tirai 2010 bakal dilabuhkan. Tetapi tiada pula khabar gembira daripada si penyanyi dan ratu drama Melayu ini.

Ketika berpeluang bertemu mata dengannya dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini, Elly ditanya mengenai perancangannya untuk berkahwin.

Makin bergetar hati apabila mata ternampak-nampak kilauan cincin yang terikat elok di jari manis empunya diri.

Apalagi, maka timbullah bermacam-macam andaian mengenai dirinya yang mungkin benar sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang masih lagi menjadi misteri.

Pertanyaan lantas terus dihala kepadanya. Tetapi, wanita kelahiran Slim River, Perak ini langsung tidak melenting mahupun menunjukkan reaksi marah.

“Saya masih seperti dahulu, sangat sukar membuka mulut mengenai soal peribadi. Soal cincin ini saya tidak mahu komen. Lagipun saya memang suka memakai aksesori. Jadi tak seharusnya cincin yang saya pakai ini menjadi isu,” katanya.

Mengakui masih belum mahu membuka rahsia mengenai hal peribadi, Elly bagaimanapun menolak bahawa dia cuba bersikap stereotaip seperti mana sesetengah artis yang cuba lari daripada mendedahkan kebenaran.

“Tidak, saya bukan tidak mahu berkongsi mengenai berita baik dengan masyrakat terutamanya peminat saya.

“Saya tahu perkahwinan adalah satu perkara yang baik, tetapi saya lebih suka jika saya menyimpan ia sebagai sebahagian daripada hak peribadi.

“Tunggu sahajalah, sampai masa nanti saya akan beritahu kepada semua, itu janji saya. Cumanya, buat masa sekarang saya lebih suka berahsia,” katanya sambil menyimpul senyuman.

Mengakui tidak peduli dengan cakap-cakap orang terhadap dirinya, kata Elly dia lebih gemar membuka mindanya terarah kepada pemikiran yang positif.

Imej ala Wonder Girls

Gelombang pengaruh Kpop yang sinonim dengan artis dan selebriti negara Korea di Malaysia rupa-rupanya tidak hanya terkena pada kelompok peminat fanatiknya sahaja.

Kalau anda perasan, Elly Mazlein juga turut ‘berjangkit’ pengaruh Kpop ini. Malah, ia boleh dilihat apabila dia kerap muncul dengan imej yang trendy dan comel dan terkadang nampak seperti Wonder Girls pula. Kongsi Elly, sebagaimana jutaan peminat fanatik Kpop, dia juga mengaku Korea sangat dekat dengan hatinya.

“Saya memang suka menonton drama Korea begitu juga dengan lagu-lagu mereka. Malah, saya juga punya banyak koleksi drama Korea di rumah.

“Saya juga pernah ke Korea semasa menjalani sebuah pengambaran drama di sana. Apa yang saya perhatikan, imej gadis dan wanita Korea sangat trendy. Macamanalah tak jatuh cinta.

“Cara mereka berpakaian memang menarik. Memang ada yang kata imej wanita Korea seksi, tetapi tak semua begitu. Imej sopan mereka juga tampak menarik dan bergaya.

“Kalau ada yang kata imej saya macam mereka, maka saya jawab ya..apa salahnya. Yang penting tak seksi,” katanya.

Please Forgive Me

Diam tak diam, Elly Mazlein sebenarnya sudah merancang untuk kembali mewarnai dunia seni suara selepas puas muncul sebagai pelakon di skrin televisyen.

Kalau benar perkara ini berlaku, maka ia pastinya dapat mengubat rindu peminat-peminat yang sabar menanti kehadiran album Elly selama lima tahun.

Mengesahkan perkara itu, kata Elly, buat masa ini semua lagu sudah disiapkan dan hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

Bercerita lanjut, menurut Elly, lagu yang bakal menjadi taruhannya berjudul Please Forgive Me ciptaan penuh komposer terkenal Julfekar.

Saat diaju soalan mengapa judul lagu tersebut menggunakan bahasa Inggeris, Elly berkata, ia adalah sebahagian daripada usahanya untuk memberi sesuatu yang baru dan segar dalam industri muzik tanah air.

“Memang tajuknya dalam bahasa Inggeris, tetapi kalau dalam lagu hanya satu perenggan sahaja yang menggunakan bahasa Inggeris, selebihnya bahasa Melayu.

“Selain Please Forgive Me, lagu berjudul Kata Saja I Love You turut dijangka menjadi hits. Malah lagu itu juga merupakan lagu runut bunyi untuk filem Awan Dania The Movie yang bakal ditayangkan tak lama lagi,” ujarnya.

Selain itu, Elly sempat membocorkan rahsia mengenai konsep albumnya yang dikatakan turut mempunyai pengaruh Kpop seiring dengan imejnya.

Teruknya Fiq!


NAK kata lawak pun ada tapi memang saya cukup marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi Fiq baru-baru ini mengenai rokok yang memantapkan vokalnya itu. Bukan apa ini adalah kenyataan tak cerdik yang dikeluarkan olehnya.

Sebagai seorang pendidik dan juga ibu kepada anak-anak, sudah pasti kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi rock itu menimbulkan implikasi yang sangat teruk.

Bayangkan anak-anak bertanyakan saya kesahihan kenyataan Fiq itu. Berkali-kali saya jelaskan kepada mereka merokok memang membahayakan kesihatan. Tapi soalan mereka kenapa Fiq cakap begitu?

Jadi kepada golongan artis dan orang popular yang lain, cukup-cukuplah mengeluarkan kenyataan yang tak berapa nak cerdik itu. Ia bukan sahaja memberikan kesan kepada masyarakat tetapi juga memperlihatkan kurang cerdiknya kita.

Cikgu Limah,

Kuala Lumpur.

Kes curi motor, Mamat kontoversi lagi


BAGAIKAN tak berkesudahan berbicara mengenai kisah bekas penyanyi kumpulan Exist ini. Satu persatu peristiwa hitam melingkari dirinya sehingga ada yang beranggapan Mamat memang manusia yang bermasalah.

Tak cukup dengan itu ada juga cakap-cakap nakal yang memberitahu kontroversi dan Mamat bagaikan aur dengan tebing. Tak boleh dipisahkan biarpun sering kali berjanji untuk menjadi manusia yang baik.

Kadang kala apa yang dikatakan itu ada benarnya. Tak cukup kisah rumah tangga yang sudah berkecai itu menjadi perhatian umum, Mamat juga didapati bersalah mencuri telefon bimbit ketika berada di Singapura sebelum ini.

Itu belum lagi melibatkan cerita-cerita panas mengenai dirinya sebelum ini. Kisah intim dia dengan wanita lain sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya sedangkan ketika itu dia masih berstatus suami orang.

Kali nama Mamat kembali panas apabila dia ditangkap gara-gara memiliki motosikal curi. Kejadian yang berlaku di Johor Bahru baru-baru ini menguatkan lagi cerita yang penyanyi ini memang suka mencari masalah.

Sehingga kini kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Apa sebenarnya yang berlaku pada Mamat? Apa yang masih dicari oleh penyanyi yang cukup popular dengan lagu Untukmu Ibu sedangkan satu ketika dahulu dia pernah mengecapi populariti yang cukup hebat.

Kalau ada yang masih ingat pada tahun 1991 menerusi album pertama Exist pernah mencecah jualan sebanyak 250,000 unit. Melalui itu jugalah nama Mamat naik mendadak menjadikan dia antara penyanyi yang cukup popular.

Biarpun pelbagai andaian yang boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja, hanya Mamat yang ada jawapan

Berbicara dengan pemilik nama sebenar Mohd. Ali Kamaruddin baru-baru ini, dia cukup terkesan dengan apa yang telah berlaku. Apa yang telah terjadi cukup mencengkam lubuk sanubarinya itu.

“Memang saya cukup sedih dengan apa yang berlaku. Untuk bercerita mengenai hal motosikal yang dikatakan motor curi itu, saya enggan mendedahkan apa yang berlaku memandangkan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

“Lagipun pegawai polis yang menguruskan kes tersebut menasihatkan saya agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara tersebut,” jelas Mamat lagi.

Dalam nada yang cukup santai, Mamat bagaikan tidak berselindung. Apa sahaja yang ditanya pasti akan dijawab oleh bapa kepada tiga orang anak ini tanpa sebarang masalah.

Cuma bila memasuki bab maruah dan harga diri, Mamat bagaikan tersentak. Bukan apa, dia sedar maruahnya jatuh akibat kontroversi yang melanda. Ramai yang mula hilang kepercayaan kepadanya gara-gara insiden berkenaan.

“Memang perit nak lalui semua itu. Saya bukan seteruk yang disangka. Arwah ayah dan ibu saya banyak mencurahkan ilmu dan mengajar saya untuk jadi manusia yang berguna.

“Biarpun kami bukan datang dari keluarga yang kaya-raya tapi semua serba cukup. Mungkin laluan yang saya lalui selama ini tak secerah mana.

“Saya sedar apa yang telah berlaku. Insiden macam ini memang cukup memalukan tetapi ia memberikan pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati.

“Kadang kala saya sedar yang orang masih lagi sayang kepada bakat yang ada dalam diri ini. Biarpun kes tersebut masih lagi dalam siasatan, alhamdulillah ramai yang memberi semangat.

“Ramai yang masih lagi mahu melihat saya berjaya. Biarpun terhimpit dalam nista orang masih ada yang memberi ruang dan membuka rezeki buat saya.

“Masih ada yang mahu mengambil saya untuk membuat persembahan walaupun bukan dalam skala yang besar. Kalau tak banyak pun, sikit jadilah. Itu sudah cukup untuk meneruskan kehidupan saya sebagai anak seni,” kata Mamat tanpa berselindung.

Sehingga kini Mamat sedang sibuk menguruskan hal album yang sering kali tertangguh akibat pelbagai masalah dan dijangka keluar selewat-lewatnya tahun hadapan.

Bagi Mamat kecintaannya terhadap bidang seni tidak pernah berkesudahan biarpun dia tahu ramai yang mula sangsi terhadap dirinya. Saban hari dia tidak pernah lupa memanjatkan doa agar menjadi manusia yang lebih baik biarpun apa yang terjadi.

Bercerita mengenai perihal anak-anak pula, Mamat yakin mereka akan membesar dengan baik di bawah jagaan bekas isterinya.

Kata Mamat sebagai bapa dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada anak-anak yang sedang membesar.

“Ada rezeki lebih, lebihlah boleh saya bagi dekat anak-anak. Kalau sikit macam mana nak bagi banyak. Saya masih lagi tahu tanggungjawab saya sebagai bapa,” ujar duda ‘panas’ ini lagi.

Saleem dikongkong isteri


LELAKI ini sudah 20 tahun berada dalam industri muzik tanah air. Siapa yang tidak kenal dengan Saleem? Dari zaman kemunculannya dengan kumpulan Iklim bermula dengan lagu Suci Dalam Debu sehinggalah dia tampil solo

kini, Saleem tidak pernah surut dengan sokongan ribuan peminatnya meski diduga dengan pelbagai kontroversi seusia perjalanan seninya.

Pernah dilabel sebagai artis bermasalah selepas terjebak dengan najis dadah satu ketika dahulu, buat sementara imejnya juga turut tercalar gara-gara sejarah hitam ciptaannya itu.

Cukuplah. Itu cerita dulu. Sekarang banyak perubahan yang dapat dilihat pada diri seorang Saleem. Jauh berbeza berbanding Saleem yang dikenali sebelum ini.

Nampak kejernihan pada air mukanya apatah lagi selepas melihat dia kini bahagia membina keluarga bersama sang isteri, Juriah Bachok, 46.

Selama 10 tahun hidup bersama, Saleem juga seringkali dilihat membawa isterinya itu ke mana sahaja kakinya melangkah.

Baik ke majlis-majlis tertentu termasuklah memenuhi undangan persembahan.

Dek kerana selalu sangat dilihat gemar mengheret isteri, ada yang mendakwa Saleem sebenarnya dikongkong wanita itu.

Malah, lebih tajam lagi ada yang mendakwa Saleem takutkan bini. Maka kerana itulah dia sentiasa ‘dikawal’ oleh isterinya ke mana sahaja.

Sempat bertemu mata dengan penyanyi lagu Tinggal Kenangan tersebut baru-baru ini, Pancaindera lalu membuka mulut mencari jawapan.

“Ya, memang saya dikongkong isteri. Malah, kalau ada yang kata saya ni suka duduk bawah ketiak isteri, ya silakan, sebab saya memang suka begitu.

“Kenapa? Sebab rasanya saya lebih selamat jika dia sentiasa ada disebelah dan memantau semua gerak geri saya.

“Saya berani katakan begitu kerana sebab dialah saya menjadi manusia semula dan tidak terus terumbang-ambing sehingga orang boleh mempersampahkan saya, ” katanya sedikit tegas.

Kata anak jati Kampung Permaisuri, Setiu, Terengganu ini lagi, mungkin ada yang tidak tahu selain memegang status isteri, Juriah yang mesra disapa Julia itu juga merupakan pengurus peribadinya.

Cerita Saleem, jika dia tidak ‘dipungut’ Julia, mungkin dia sehingga kini masih belum dapat membuka mata dan sedar siapa itu kawan, siapa itu sahabat dan siapa itu musuh.

Malah, pernah satu saat semasa masih hanyut dalam dunia hitamnya, Saleem mengaku pernah menadah tangan dan memohon doa supaya dipertemukan dengan seseorang yang boleh membantu dan memimpinnya ke jalan yang lurus.

Seolah memberi bayangan bahawa doanya dimakbulkan, kata Saleem tidak lama kemudian tuhan telah menemukannya dengan Julia yang kini menjadi isterinya.

“Dia adalah satu-satunya insan yang datang membantu di saat tiada siapa di sisi. Orang lain? Bawa saya ke jalan yang memusnahkan saya adalah.

“Itu termasuklah mereka yang menipu dan kaki kikis. Kalau nak tahu satu ketika dahulu saya memang tiada apa-apa langsung. Nama sahaja artis tetapi harta tak ada. Semuanya kerana orang-orang macam ni lah.

“Bila sekarang ada Julia, barulah saya rasa terurus sedikit. Dialah yang menguruskan segala-galanya mengenai diri saya daripada A sampai Z.

“Jadi kalau ada yang kata saya ni dikawal isteri atau dikongkong, peduli kan mereka, yang penting saya bahagia dengan kehidupan dan peluang kedua yang diberikan Allah S.W.T ini.

“Kepada mereka yang ada sifat hasad dengki dan suka mengata kami, satu sahaja doa saya, biarlah hidup mereka diberkati tuhan, ” kata Saleem, 6.

Seawal perbualan dengan Saleem, Julia yang setia berada di sisinya dilihat tidak lekang dengan senyuman.

Saat dimaklumkan mengenai cakap-cakap orang terhadap dirinya, Julia yang seakan sudah memahami selok-belok dunia artis bagaimanapun mengaku tidak melatah.

Kata Julia, dia tidak pernah kisah dengan apa yang dikatakan orang kerana baginya apa yang dilakukannya terhadap Saleem adalah berlandaskan sifat ikhlas di samping rasa kasih dan sayang.

“Buat apa saya hendak peduli cakap-cakap orang? Mulut orang memang kita tak dapat tutup.

“Cuba bayangkan kalau saya tidak uruskan dia, siapa lagi yang sanggup? Satu perkara yang perlu orang faham, Saleem seorang artis, maka tak ada orang yang tak mahu mendekati dia.

“Tetapi orang-orang yang mendekati dia sebelum ini semuanya ada agenda tersembunyi. Boleh dikatakan tak jujur.

“Saya tidak menolak kerana jodoh kami dipertemukan. Tetapi apa yang penting, saya tidak ambil kesempatan ke atas dirinya. Saya ikhlas membantu dia sehingga dia berjaya mencari dirinya semula sekarang,” katanya.

Ramai tunggu Mizz Nina

DIAM tak diam rupa-rupanya Twisties Bingit dah nak masuk pertandingan akhir. Berbeza dengan tahun-tahun lepas dengar ceritanya kali ini juara yang dipilih akan diberi penghormatan beraksi dalam satu pentas dengan legenda rock tanah air.

Kiranya kalau mereka memang bukan sekadar bawa balik hadiahlah. Siap boleh ada peluang nak tunjuk bakat dengan nama-nama besar yang lain okey.

Syed bukan apa, bila dengan sahaja banyak nama-nama besar yang akan turun membuat persembahan pada 11 Disember nanti, sudah pasti perasaan teruja sukar untuk digambarkan.

Tambahan lagi ada nama Wings, Faizal Tahir, Bunkface, Azlan & The Typewriter, Aizat, Bittersweet, Black, Pesawat dan Mizz Nina nak buat persembahan, memang ramai yang akan turun.

Malah ramai juga yang menghubungi Syed bertanyakan hal tersebut. Kata mereka konsert yang akan bermula pada pukul 8 malam di Stadium Kelana Jaya, Selangor itu adalah acara wajib yang mesti dihadiri.

Ramai juga nak lihat Mizz Nina yang baru sahaja menjadi tunang Noh tu beraksi. Jangan tak tahu Mizz Nina kini memang cukup ramai peminat selain legenda rock Wings.

Dalam banyak-banyak grup tersebut Syed tak pasti siapakah yang bakal mara ke pertandingan akhir sebab keputusan lima grup terbaik baru sahaja diumumkan semalam.

Di antara Rock and Roll John, Taxi, Drama, D’Vyder, Raw Discover, O’Two, Gengchu, Twenty, Perisik Salmah dan Inclose hanya lima grup yang akan meneruskan cabaran ke pertandingan akhir seterusnya membawa pulang hadiah lebih RM100,000.

Bagi mereka yang nak dapatkan maklumat lanjut boleh melayari www.hotfm.com.my atau Twisties Malaysia Facebook.

Sheila beri peluang artis bertudung


MENGENALI produser wanita yang cukup produktif ini, sering kali dia tidak pernah gagal memberikan santapan terbaik menerusi karya-karya terbitan syarikatnya, JS Pictures.

Bukan hanya menerapkan dakwah dan mesej menerusi drama-dramanya, tetapi Sheila Rusly juga amat menitik beratkan kelainan yang ingin ditonjolkan.

Sebagai penerbit yang terkenal dengan drama yang berkualiti, Sheila tidak mahu penonton berasa bosan dengan jalan cerita yang klise.

Biar susah mana sekalipun, Sheila enggan menjadikan ia sebagai satu halangan dalam melahirkan drama yang mampu meninggalkan impak kepada audiens.

Begitu juga tentang perihal imejnya yang bertudung. Di awal kemunculannya dengan imej tersebut, ramai yang agak skeptikal dengan kemampuan anak jati Kuala Lumpur itu meneruskan karier seninya sebagai seorang aktres.

Sekali lagi, Sheila membuktikan itu bukannya satu masalah besar asalkan dia bijak memilih dan mewarnakan watak yang dijayakannya dengan baik.

Meskipun pernah dikritik hanya mampu berlakon di bawah terbitan syarikat miliknya sahaja, Sheila sedikit pun tidak pernah melatah mahupun melenting.

Menerusi JS Pictures, kata Sheila, dia mempunyai sepenuh kebebasan untuk berkarya dalam memikirkan apa jua watak yang sesuai dengan penampilannya.

"Selalunya masyarakat menganggap kalau pelakon yang sudah memakai tudung, sukar sekali mendapat watak yang benar-benar memberikan kepuasan.

"Tetapi, kalau kita berfikir di luar kotak fikiran kita, saya percaya tiada yang mustahil dalam menghasilkan watak khusus untuk wanita bertudung.

"Sebagai anak seni, kita seharusnya lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan untuk audiens kita," jelas Sheila bersungguh ketika ditemui di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Sheila sendiri sudah membuktikan sebelum ini apabila membawakan watak antagonis, Malika dalam drama bersiri Anak Betong dan Cucu Betong.

Menerusi drama bersiri terbaru, Sakti Dilema yang bakal menghiasi slot Lagenda di TV3 bermula 3 Januari depan, Sheila sekali lagi menampilkan kelainan yang pasti akan menarik perhatian audiens kelak.

Mana tidaknya, kali ini Sheila telah mengumpulkan artis-artis wanita yang bertudung untuk menerajui Sakti Dilema termasuk dirinya sendiri yang membawakan watak Siti Anggerik.

Lima aktres pilihan Sheila untuk drama ini ialah Bienda sebagai Siti Melur, Catriona Ross (Permaisuri Nirwana), Safura Ya'cob (Siti Tanjung), Liza Hanim (Dewi Bitara) dan Aida Khalida (Kemalasari).

"Inilah salah satu kelainan dalam drama ini dan saya memang mewujudkan watak-watak yang ada dalam drama ini khusus untuk kesemua pelakon ini.

"Sebagai teman seperjuangan, kadang-kala saya sedih mendengar keluhan mereka yang sukar mendapat watak yang sesuai dengan mereka.

"Sering kali watak yang diberikan kepada mereka begitu klise. Atas alasan itu, saya mahu membuka peluang kepada mereka dengan membuktikan kepada masyarakat bahawa tidak semestinya bertudung ia mampu menyekat bakat lakonan mereka," kata Sheila mempertahankan pendiriannya saat diajukan tentang rasional dia berbuat demikian.

Berbicara lanjut tentang Sakti Dilema, Sheila tidak menafikan sebagai penerbit, dia juga berdepan dengan situasi yang merumitkan dalam menjadikan Sakti Dilema sebagai karya terbaik.

Walaupun pernah menerbitkan drama bersiri untuk slot Lagenda sebelum ini, kelainan Sakti Delima terletak pada genre epik yang pertama kali diterbitkan oleh JS Pictures.

"Memang cukup mencabar menghasilkan sebuah drama epik secara total kerana segala aspek perlu dititik beratkan dari lokasi, busana sehinggalah ke tata rias.

"Tetapi, saya harus akui ia merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan kerana berpeluang berlakon dengan pelakon yang kali pertama muncul dalam drama terbitan saya.

"Juga, seluruh krew yang menjalankan tanggungjawab dan kerja masing-masing seperti mana yang dirancang menjadikan penggambaran drama ini semuanya berjalan lancar," ujarnya tentang Sakti Delima yang merupakan adaptasi daripada kisah klasik Panca Delima.

Malah, Sheila juga sanggup mengeluarkan bajet yang besar dengan menyediakan busana khas untuk semua watak utama tersebut.

Begitu juga dengan pemilihan lokasi iaitu Sungai Congkak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor yang bertepatan sekali dengan konsep penceritaan Sakti Delima.

Ketika ditanya tentang harapannya, tiada lain yang Sheila harapkan melainkan drama bersiri 20 episod itu akan meninggalkan impak yang luar biasa dan menghiburkan audiens seperti drama-dramanya sebelum ini.

Pelakon lain yang turut membintangi Sakti Delima hasil tulisan Sofia J. Rhyland itu ialah Iqram Dinzly yang melakonkan watak Putera Nurfirdaus, Ungku Ismail (Andika) dan Syean (Faris).

Bienda tiada masalah

Berbanding dengan Safura dan Catriona Ross, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Penantian ini tidak berdepan dengan masalah meskipun dia bertudung.

Barangkali semua itu ada kaitan dengan personalitinya yang memang sedari awal sudah bertudung sejak menceburkan diri dalam bidang seni.

Bienda menjelaskan dia bertuah kerana sepanjang lebih lima tahun menjadi artis, dia tidak berdepan dengan masalah besar dalam membawakan pelbagai watak yang diberikan kepadanya.

Katanya, pengarah yang menggalas tanggungjawab tersebut benar-benar memahami kedudukannya sebagai wanita bertudung.

"Tetapi, dalam masa yang sama saya juga sebenarnya mengharapkan lebih ramai penerbit drama dan filem membuka mata bahawa apa yang penting adalah bakat.

"Adakah kerana seseorang itu bertudung rezekinya perlu disekat dan tidak boleh diberikan watak yang mampu mencabar kredibiliti mereka sebagai seorang aktres," ujar Bienda atau nama penuhnya, Nor Razlinda Razli memberikan pendapatnya.

Mengenai wataknya sebagai Siti Melur dalam drama itu, Bienda memberitahu, dia tidak ada masalah berlakon bersama pelakon lain.

Katanya, kali pertama berlakon di bawah arahan Jinggo memberikannya pengalaman berbeza dan pengarah itu cukup faham dengan situasinya sebagai wanita bertudung.

Tekad kekal jenama Tomok


PERNAH selepas menjuarai program realiti, One In A Million musim ketiga (OIAM3), Tomok menyuarakan hasrat untuk menjenamakan dirinya semula dengan menggunakan nama penuhnya, Shah Indrawan.

Seiring dengan perubahan imej serta hala tuju muzik yang baru selepas bergelar juara OIAM3, Tomok merasakan ada lebih baik untuk dia menukar namanya itu.

Tetapi, nampaknya Tomok gagal merealisasikan hasratnya itu apabila dia masih lagi menggunakan nama komersialnya itu untuk album solo pertamanya.

“Saya akui memang pada mulanya saya mahu dikenali dengan nama penuh. Tetapi, lepas fikir semasak-masaknya, adalah lebih baik untuk saya terus kekal dengan nama Tomok.

“Saya mula dikenali dengan nama Tomok lebih sedekad lalu dan sehingga ke hari ini pun, peminat juga kenal saya dengan nama itu. Selepas berbincang dengan syarikat rakaman, mereka juga bersetuju untuk mengekalkan nama Tomok.

“Sejauh mana saya pergi pun orang akan terus kenal nama saya seperti mana awal kemunculan saya. Nama Tomok pun mudah diingati. Apa yang berubah kini hanyalah hala tuju muzik yang disifatkan sebagai kelahiran baru saya,” katanya yang juga tidak malu untuk terus menggunakan nama komersialnya itu.

Tomok atau nama penuhnya, Shah Indrawan Ismail ditemui pada majlis pelancaran album solonya, Tomok di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Bone, Ahmad Izham Omar; Pengurus Label Monkey Bone, Edris Adrian serta komposer dan penerbit album Tomok.

Selepas menunggu dengan penuh sabar, akhirnya Tomok mampu menarik nafas lega apabila melihat album solo perdananya berada di pasaran.

Melihat raut wajahnya itu, memang terpancar jelas riak kegembiraan saat diajak berbicara tentang album solonya yang diterbitkan oleh syarikat rakaman, Monkey Bone itu.

Kata Tomok, bagi memastikan albumnya itu mencapai piawaian yang dia sendiri tetapkan, dia telah melibatkan diri hampir keseluruhan dalam penerbitan album tersebut.

“Saya terlibat dalam album ini secara langsung hampir 90 peratus. Bermula dengan pemilihan lagu, susunan muzik sehinggalah ke kulit album, saya menyumbang idea serta pandangan.

“Semuanya adalah bagi memastikan penghasilannya berada dalam kualiti yang tinggi agar ia dapat memuaskan hati peminat dan pendengar yang telah menunggu sekian lama untuk album saya ini,” katanya yang turut menyumbang kreativitinya sebagai komposer dan penulis lirik untuk enam buah lagu.

Mengambil nama pentasnya sebagai judul album, Tomok mengakui dia cukup puas hati dengan penghasilan album tersebut lebih-lebih lagi dapat bekerjasama dengan nama-nama besar industri.

Lima penerbit yang menyumbangkan tenaga kreatif mereka dalam mencorakkan perjalanan album solo Tomok ialah Aubrey Suwito, Audi Mok, Aidit Alfian, Edry Abdul Halim dan Afiez dari kumpulan New Boyz.

“Saya memang sudah lama mengidam untuk bekerjasama dengan mereka dan belajar tentang selok-belok bidang penerbitan lagu serta album daripada mereka.

“Apabila diberi peluang sebegini, saya memanfaatkannya sebaik-baiknya dan banyak yang saya pelajari daripada pembikinan album ini.

“Syukur kerana impian selama ini yang saya citakan tercapai jua akhirnya,” ujarnya yang cukup teruja berkolaborasi bersama Aubrey yang telah meledakkan kembali namanya menerusi lagu Rindu Terhenti.

Tambah Tomok lagi, dia mahu peminat melihat sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah dilakukannya bersama kumpulannya, New Boyz sebelum ini.

Jika sebelum ini Tomok cukup sinonim dengan muzik pop leleh dan melankolik dengan gaya nyanyian yang meneran, namun, semua itu sudah jauh ditinggalkan.

Apa yang membanggakannya, menerusi OIAM3 jugalah peminat sudah dapat menyaksikan transformasi ketara dirinya dalam memperjuangkan dunia muziknya.

Katanya lagi, transformasi muzik yang dilakukannya sudah bermula pada tahun 2007 sejak tampil dengan album Semula Padaku bersama kumpulannya.

“Selama sedekad dalam industri, banyak pengalaman yang telah saya perolehi dan saya belajar daripada semua itu. Saya sedar yang saya tidak boleh menjadi statik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

“Perubahan itu perlu dalam hidup kita untuk membawa kita ke arah kebaikan dan itu yang saya dapat simpulkan terhadap karier seni saya sekarang ini.

“Apa yang membanggakan dan membuatkan saya gembira apabila kini saya sudah mula memiliki peminat baru yang bukan sahaja dari kaum Melayu tetapi Cina dan India.

“Ia membuktikan perjuangan saya sepanjang menyertai OIAM3 bukanlah satu yang sia-sia kerana ia telah menampakkan hasil yang positif,” kata jejaka bertubuh kurus ini dalam nada syukur dan bersungguh.

Dalam masa yang sama, anak kelahiran Cheras, Kuala Lumpur ini melihat kemunculan albumnya itu hadir tepat pada masanya.

Sementelah dengan empat single sebelum ini bermula dengan Rindu Terhenti, Berlari, Arjuna dan terbaru, Bagaikan Bidadari, Tomok menganggap ia merupakan strategi terbaik untuk terus mengekalkan momentum popularitinya.

Rezekinya sebagai penyanyi solo juga begitu murah apabila namanya tersenarai sebagai lima calon terbaik dalam Anugerah Industri Muzik Ke-17 tahun ini biarpun tewas di tangan Yuna.

Lagu Rindu Terhenti juga membawa tuah buat Tomok sehingga melayakkannya beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-24 awal tahun ini.

“Sebelum ini, saya tidak pernah merasai semua peluang itu dan barulah kini, semuanya dapat saya nikmati. Untuk AJL misalnya, saya perlu menunggu 10 tahun untuk membuat persembahan di pentas penuh prestij itu,” katanya yang sekali lagi akan beraksi di AJL25 pada 9 Januari depan menerusi lagu Berlari.

Sempat juga Tomok mengkhabarkan tentang persembahan jelajah bagi mempromosikan albumnya itu yang akan dimulakan sebaik sahaja AJL25 berakhir.

Antara destinasi yang dipilih adalah beberapa buah bandar utama di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah serta Sarawak.

“Jika tiada aral melintang, jelajah ini juga akan membawa saya ke Brunei, Singapura dan Indonesia,” ujarnya yang akan muncul dengan filem pertamanya, Mantera tahun depan.

Pada majlis itu, Tomok sempat menghiburkan tetamu dengan enam buah lagu antaranya Rindu Terhenti.

Ning Tolak Selesai Saman Luar Mahkamah


KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Ning Baizura Hamzah,35, enggan menyelesaikan kes saman RM1 juta yang difailkan oleh seorang penerbit dan pengurus warga Itali bernama Luigi Bajona secara baik di luar mahkamah.

Menurut Ning, selepas menfailkan saman malu pada 7 Julai 2009, Luigi telah menawarkan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah iaitu dengan meminta Ning agar meminta maaf secara terbuka kepadanya.

Namun begitu, penyanyi itu menolak dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh Luigi terhadapnya tidak munasabah.

“Kes ini belum dibicarakan lagi, pada saya apa yang dibuat itu kelakar dan tidak masuk akal. Mungkin juga mahkamah akan menolak kes ini sebab tiada bukti yang kukuh.

“Dia ada menawarkan untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan meminta saya mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka tetapi saya menolak kerana ia bukan salah saya,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Perlancaran Album Langkah... Nubhan, di sini.

Menurut Ning, tindakan bekas pengurusnya itu adalah untuk menuntut ganti rugi terhadap perlaburannya album East To West yang mencecah RM1 juta.

“Dia banyak kali cuba untuk saman saya. Motif sebenar dia mungkin untuk dapatkan semula duit pelaburan untuk album berkenaan.

“Dia mendakwa saya telah menyebabkan kerugian kepadanya dan memalukan dia di laman sosial Facebook saya, sedangkan saya tidak menulis namanya atau apa-apa berkaitan dengan dirinya,” ujar Ning.

Tambah Ning, dia tidak gentar untuk berhadapan dengan bekas pengurusnya itu.

“Saya tidak takut untuk berhadapan dengannya kerana ini bukan salah saya. Saya rasa kes ini sebagai memalukan. Walaupun tidak menjejaskan saya tetapi telah membazir masa dan duit saya terhadap kos,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails