Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Gambar Nora Danish di Paris

Nora Danish di Paris untuk Pengambaran Drama Ariana Mikhail

Baru-baru ini Nora Danish telah ke kota Paris untuk satu pengambaran drama. Drama terbaru Nora Danish bertajuk Ariana Mikhail akan ditayangkan di TV9 tak lama lagi. Drama 15 episode ini berlatarbelakang kan bandar Fashion terkenal dunia Paris. Difahamkan, drama ini akan ditayangkan pada tahun hadapan. Turut berlakon adalah Sein Ruffedge dan Riezman Kuzaimi. Kredit gambar to twitter Nora Danish.












Sejak menang Dewi Remaja 2010, rezeki Neelofa jatuh bergolek-golek. Selain daripada shootin filem Azura 2011, dengar cerita banyak juga rancangan TV yang akan mengeluarkan wajah cantik Neelofa ini. Adakah tahun 2011 akan menjadi titik tolak kefemesan si cantik manis dari Kelantan ini? Adakah Neelofa akan tercalon di dalam ABPBH2011 kelak? Anda tentukan ~~

Lagi gambar Neelofa yang terbaru di KRU TV Launch yang diambil oleh RunWitMe dengan membaca entri ini sepenuhnya.













Nama Penuh : Noor Neelofa Binti Mohd Noor

Asal : Pasir Mas, Kelantan

Tarikh Lahir : 10 Feb 1989

Tinggi : 158cm

Berat : 47kg

Pendidikan : Bachelor Of Business in International Trade & Marketing

Anak ke Berapa : Ke-3 dari 9 adik beradik

Gambar Adik Neelofa yang Cantik

Neelofa yang ditemui ketika majlis Pelancaran Filem Azura 2012 di Manhattan 5, Berjaya Times Square Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpu, baru-baru ini telah membawa adik dan ibu kesayangannya bersama-sama dalam menjayakan majlis itu.

Adik Neelofa ni cantik juga orangnya, kalau masuk dunia seni, confirm bakal ngetop. Semua pakej lengkap, sama seperti kakaknya, Neelofa.

Dikhabarkan adik Neelofa ni seorang yang pemalu, mungkin dia tak akan pegi ke dunia seni, namun itu tidak menjadi mustahil.






Bersama dgn ibunya....

Ezlynn Ditaja Barang Kemas Dan Gaun RM12 Juta Di Hari Perkahwinan, Fuhh!!!


Amboi beruntung betul artis di Malaysia ni kerana bila nak kahwin, macam-macam tajaan yang mereka dapat, nilainya berjuta-juta pulak tu. Contoh yang terbaru penyanyi Ezlynn dan hubbynya, Adam yang bakal menerima tajaan hampir RM12 juta OK!

Tapi bagi artis yang suam-suam kuku minta maaflah yea, jangan kata Rafflesia, Kedai Runcit 1Malaysia belum tentu sudi nak sponsor, pergh!

Berbalik pada majlis perkahwinan Ezlynn itu, diberitahu Neelofa yang terkenal dengan perniagaan Neelofa Heelsnya itu akan merekabentuk kasut yang dipakai Ezlynn untuk majlis itu nanti.

Gaun pengantin pula akan direka oleh Sya Syarini, Sharifah Mariam Syed Mohd akan mereka Tail dan Liza Azulkarnain pula mereka Veil.

Gaun dan kasut akan bertatahkan mutiara hitam Tahiti dan mutiara putih Laut Selatan, dan harga gaun diberitahu akan mencecah RM 400,000.

Barangan kemas dikatakan bernilai RM 3 – 4 juta manakala sebutir mutiara katanya mencecah RM 80,000.

Lord’s Tailor pula akan menyediakan sut untuk pengantin lelaki.

“Walaupun majlis ini ditaja serta dinamakan Rafflesia Pearl Wedding, tetapi kami awal-awal lagi telah meminta untuk turut serta dalam setiap perbincangan.

” Kami tidak mahu majlis itu nanti menjadi bahan kritikan seperti yang berlaku pada Memey dan Norman. Kami juga ada letakkan beberapa syarat kepada Rafflesia. Antaranya ialah, kami mahu majlis itu dimulakan dengan bacaan doa dan juga mahukan kehadiran saudara-mara untuk memeriahkan majlis.

” Selain itu, Ezlynn juga mahu hadiahkan tetamu-tetamu muslim dengan surah Yassin. Memang tema dan konsep perkahwinan itu kami yang pilih, tetapi tiada salahnya kalau kita buat bacaan doa dan bagi hadiah Surah Yassin,” ujar Adam.

Amboi dahlah dapat tajaan, siap boleh demand lagi, KAU ADA? – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Kereta Toyota Estima Awie Dicuri!


KUALA LUMPUR – Kereta milik pelakon dan penyanyi rock terkenal tanahair, Awie, bernombor pendaftaran WNK 6913 yang dianggarkan bernilai RM200,000 dilaporkan hilang dipercayai dicuri dalam tempoh 24 jam.

Menurut sebuah laman web hiburan terkenal, Izyan.com, berita kehilangan kereta model Toyota Estima berwarna putih milik pelakon filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ itu diketahuinya melalui laman sosial Twitter milik Aqasha yang diberitahu temannya, Lourenzar.

“Kereta awie wings hilang WNK 6913 Estima Putih, sila hubungi Madi (0123862467) kalau sesiapa terjumpa,” kata Lourenzar yang dipetik dari laman blog tersebut.

Pemilik blog hiburan itu juga meminta kepada orang ramai supaya berkerjasama menolong Awie mengesan kenderaannya dengan menghubungi Madi sekira terserempak atau terlihat Toyota Estima miliknya itu.

Tercapai Impian: Zizie Kini Bergelar Datin


Bermula awal tahun ini, Zizie Ezette telah mula bergelar datin.

Ini berikutan Datuk Bung Mokhtar Radin menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.

Untuk yang tidak tahu, gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja.

Laporan berkenaan Zizie ‘naik pangkat’ disiarkan dalam Berita Minggu semalam.

Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.

“Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan.

“Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji,” lapor akhbar berkenaan.

Bung berkahwin dengan Nor Asidah pada 24 Ogos 1991 di Sabah.

Perkahwinan dengan Zizie pula berlangusng pada 16 Disember 2009. Kedua mereka (Zizie dan Bung) kemudian telah didakwa di Mahkamah Syariah kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah dan kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Apa pun, tahniah la Zizie yea…tercapai impian…syukurrrrr.

Miera Liyana Tayang Ketiak Pulak…


Dulu ‘mencipta nama’ kerana pakaian tayang aset-aset penting.

Kali ini ada penayangan baru…tapi lebih bertumpu kepada tang ketiak.

Ketiak lari tona warna (hitam) pun nak tunjuk kat orang ke.

Rasanya dulu artis ada dua kategori. Satu popular sebab menyanyi, satu lagi popular sebab berlakon.

Sekarang kita sudah ada kategori ketiga, yang popular sebab gambar over-over. Yang dari kategori ni jarang popular sedap lakonan bagus atau suara sedap.

Contohnya macam Zarina Anjoulie, popular tapi untuk sebab yang salah.

Baguslah. Teruskan.

Comelnya Anak Along Cham & Zila AF4

Setelah setahun berkahwin, Along Cham dan isterinya, Zila AF4 menimang cahayamata pertamanya pada 12 November yang lalu.

Bayi lelaki mereka dilahirkan seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Anak pertama ini diberi nama Ahmad Danial.

Along Cham adalah pelakon filem komedi Adnan Sempit.

Comelnya Anak Along Cham & Zila AF4

Setelah setahun berkahwin, Along Cham dan isterinya, Zila AF4 menimang cahayamata pertamanya pada 12 November yang lalu.

Bayi lelaki mereka dilahirkan seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Anak pertama ini diberi nama Ahmad Danial.

Along Cham adalah pelakon filem komedi Adnan Sempit.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails