Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kereta Toyota Estima Awie Dicuri!


KUALA LUMPUR – Kereta milik pelakon dan penyanyi rock terkenal tanahair, Awie, bernombor pendaftaran WNK 6913 yang dianggarkan bernilai RM200,000 dilaporkan hilang dipercayai dicuri dalam tempoh 24 jam.

Menurut sebuah laman web hiburan terkenal, Izyan.com, berita kehilangan kereta model Toyota Estima berwarna putih milik pelakon filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ itu diketahuinya melalui laman sosial Twitter milik Aqasha yang diberitahu temannya, Lourenzar.

“Kereta awie wings hilang WNK 6913 Estima Putih, sila hubungi Madi (0123862467) kalau sesiapa terjumpa,” kata Lourenzar yang dipetik dari laman blog tersebut.

Pemilik blog hiburan itu juga meminta kepada orang ramai supaya berkerjasama menolong Awie mengesan kenderaannya dengan menghubungi Madi sekira terserempak atau terlihat Toyota Estima miliknya itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails