Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Ibu Anggap Kontroversi Kilafairy Perkara Biasa
Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menganggap kontroversi yang melanda anaknya iaitu Kilafairy sejak akhir-akhir ini sebagai asam garam buat seorang anak seni.
Rohana berkata, sebagai seorang artis yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan selama 30 tahun, dia tidak cepat melatah dengan pelbagai cerita mengenai anaknya tetapi tetap menasihati Kila agar bertenang dalam menghadapi sesebuah kontroversi.
"Sesuatu perkara yang diperkatakan orang adalah perkara biasa dalam bidang ini. Jika tiada gosip dan kontroversi bukanlah dunia artis namanya.
"Paling penting kena kena tenang dan jangan lari daripada tanggungjawab dan kena terima apa juga orang kata kerana tidak semua orang sukakan kita," jelasnya kepada mStar Online.
Selain hubungan Kila dengan seorang pelakon Indonesia iaitu Hardy Hartono hebat diperkatakan, penyanyi dan pelakon itu turut dikecam kerana dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan kerana memuat naik rakaman video di Instagram dengan memakai baju besar sehingga menampakkan pangkal paha.
Terbaharu Kila sekali lagi dikritik oleh peminatnya gara-gara berkongsi sekeping foto dengan simbol yang seolah-olah menyerupai tanda salib.
Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan Kila dengan Hardy, Rohana berkata, dia tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadi anaknya itu malah mereka tidak pernah berbincang mengenainya.
Rohana bagaimanapun memberitahu keakraban anaknya dengan pemuda itu buat masa ini hanya sekadar sahabat.
"Saya tahu mereka berkawan tetapi bukannya bercinta. Pun begitu, walaupun saya ini ibunya tetapi saya tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadinya. Biarlah dia sendiri yang tentukan," katanya.
Namun Rohana memberitahu, dia berharap bakal menantunya itu nanti biarlah terdiri daripada individu yang tinggal di dalam negara dan bukan dari negara jiran.
"Senang kalau seseorang itu tinggal dekat-dekat ni dan kalau ikutkan hati, saya nak saja Kila kahwin dengan anak jiran... senang," ujarnya.
'Si Dia' Belum Tahu Isi Hati Cinta Zizan
Ibu Arja Lee Meninggal Dunia
Ibu kepada pelakon Arja Lee iaitu Salmah Aziz, 60, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini pada pukul 4 pagi Jumaat.
Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, melalui laman Twitter miliknya, memberitahu bahawa Allahyarham meninggal akibat kanser lelangit dan berada dalam keadaan kritikal sejak tiga minggu lalu.
"Bonda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi. Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan yang masuk hari ke 25.
"Jenazah baru sahaja selesai dimandikan dan akan di sembahyangkan selepas solat Jumaat, Insyaallah segalanya berjalan dengan sempurna dengan izin Allah," tulisnya.
Allahyarham mengalami menderita penyakit kanser tersebut sejak 13 tahun lalu dan telah dipindahkan daripada Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain.
Jelas Arja, ibunya ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak tiga minggu lalu.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat.
FASHA SANDHA & KELUARGA
"Shopping raya di H&M. Bersiar-siar pusing Kuala Lumpur with HoponHopoff bus.. memang menyeronokkan dan teringat HongKong pulak. Last terminal berbuka puasa di Restoran Warisan, memang sedap," demikian kata Fasha Sandha di laman Twitternya mengenai keseronokan bersiar bersama keluarga tercinta.
Kesimpulannya, meskipun beliau sudah mempunyai keluarga sendiri yang lebih berada, namun keluarga yang membesarkannya tidak pernah dilupa. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang... inikan pula tempat bermain. Tak gitu?
Datuk AC Mizal Bawa Isteri & Anak-anak Beraya di Hong Kong
Setiap kali Aidilfitri, pengacara popular Datuk AC Mizal, 42, bersama anak-anak dan isteri pulang beraya di kampung halaman. Memilih untuk beraya di kampung isterinya, pelakon Emylia Rosnaida, di Ipoh Perak dahulu kemudian mereka akan pulang ke Kulai, Johor. Tetapi tahun ini kata AC, beliau mahu bertukar angin dengan membawa anak dan isterinya beraya di luar negara.
"Tak pernah rasa raya di perantauan. Kami tak pernah merasa raya di luar negara. Jadi saya cadang nak bawa mereka beraya di luar negara. Allhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang. Sebetulnya pada hari raya ke lima saya ada urusan perniagaan di Jakarta. Selepas tu saya akan ke Hong Kong. Saya diberitaka Mface berjaya menembusi bursa saham Hong Kong.
"Alang-alang ke sana, saya bawa sekali keluarga dan kami ambil peluang bercuti sekali dengan beraya lah di sana. Saya akan berada di Hong Kong selama lima hari", katanya yang juga pengasas laman sosial Mface ini, ketika ditemui baru-baru ini.
Selain di Malaysia, Mface telah pun memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa seperti ke Indonesia, China dan Filipina.
Dalam pada itu AC menambah, raya kali bajetnya semakin besar terutama apabila diturutkan kerenah anak-anak yang sudah punya citarasa tersendiri. Malah seperkara yang mencuit hati AC, anak perempuan bongsunya menyuarakan hasrat mahu membuat tempahan baju raya dengan pereka fesyen terkenal.
"Anak-anak semakin besar, bajet pun besar lah, kan. Masing-masing dah pandai membeli belah. Jadi masing-masing ada pilihan sendiri. Anak perempuan saya siap minta nak tempah baju dengan designer", katanya sambil tergelak kecil.
AC berkahwin dengan Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan mereka mempunyai dua orang anak, Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.
Terdahulu AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainuddin dan bercerai pada 17 Oktober 2001. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Shafiq, Faith, 17, and Muhammad Shabil Faith, 14.
- mD
Saya Malu Dengan Farid Kamil - Tiz Zaqyah
Di matanya, aktor bernama Farid Kamil adalah seorang pelakon yang cukup dikagumi. Dalam erti kata lain, gadis putih gebu ini sangat meminati gaya lakonan sekaligus dan menyifatkan suami kepada pelakon Diana Danielle itu sebagai seorang bintang filem hebat.
Sementelah digandingkan bersama dalam drama adaptasi novel, Jodoh Itu Milik Kita, Tiz mengakui malu, berdebar dan janggal setiap kali berdepan dengan bintang pujaan hatinya itu.
"Awal-awal penggambaran tu saya rasa janggal. Saya jadi berdebar sebab lagipun ini pertama kali kami digandingkan bersama. Starstruck juga lah sebenar dengan dia.
"Nak, nak dalam drama ni kami sebagai pasangan suami isteri. Drama ni berat sebab saya banyak menangis. Banyak juga babak romantik. Jadi bila saya perlu manja-manja dengan Farid, saya malu. Tapi kami masing-masing anggap macam kawan-kawan dah lama-lama tu, saya mula selesa", katanya yang sekali lagi melakonkan watak wanita bertudung.
Dicanang-canang bakal mencetus fenomena, Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan konflik dalaman suami, Aariz Danial (Farid) yang terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir menggantikan tempat adiknya yang sepatutnya berkahwin dengan Dahlia (Tiz).
Drama yang turut dibintangi Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Ziela Jalil, dan Keith Foo akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.
Sanggup Tak Beraya Demi Kucing
Dalam pada itu Tiz sempat berkongsi mengenai persiapan raya Aidilfitri. Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali menjelang lembaran, dia dan ayahnya akan sibuk mengemas rumah. Sementara ibunya pula akan menyediakan juadah hari raya. Kebiasaannya mereka sekeluarga akan beraya di subang kemudian pulang ke kampung ayahnya, di Negeri Sembilan
dan selepas itu ke kampung ibu, di Melaka.
"Selalunya saya lebih suka mengemas dan menghias rumah. Ibu saya yang akan masak juadah. Baju raya pula, kami beli siap jer. InsyaAllah, kakak saya yang tinggal di Singapura akan balik ke sini raya kali ni. Walaupun keluarga kami kecil tapi raya memang meriah.
Bagaimanapun penggemar juadah rendang ayam dan nasi impit ini, sambutan raya tidak diraikan terlalu beria sebaliknya hanya sederhana. Malah untuk pulang ke kampung pun hanya untuk sekejap kerana dia risau mahu meninggalkan kucing-kucing kesayangannya dalam tempoh yang lama.
"Kat rumah, kami ada 20 ekor kucing. Ada kucing biasa dan parsi. Asalnya kucing kat rumah dua ekor saja. Waktu umur saya sembilan tahun, kawan ayah saya yang hadiahkan kucing-kucing tu. Lama-lama membiak. Keluarga saya memang pencinta kucing. Saya juga ada bela sugar glider. Saya tak suka hantar di pusat jagaan, sebab banyak terjadi kes ngeri dan saya susah nak percaya pada mana-mana pusat jagaan binatang.
"Itu yang susah kalau nak balik kampung lama-lama. Jadi keluarga saya memang akan balik hari je lah ke kampung. Kami ke kampung ayah kemudian singgah kampung ibu dan malam balik semula ke Kuala Lumpur", katanya yang membelanjakan sebanyak RM800 sebulan bagi membeli makanan binatang-binatang peliharaannya itu.
Meskipun risaukan kucing-kucing, kata Tiz dia tetap akan pergi beraya ke rumah kekasihnya, Daniel Haziq.
"InsyaAllah, pergi. Lagipun sepupu-sepupu dia adalah kawan-kawan saya juga. Jadi kami akan saling ziarah menziarah lah nanti", ujarnya.
- mD
Suami pelengkap hari jadi Ras Adiba
TIGA bulan suatu tempoh yang singkat untuk masing-masing mengenali hati budi lantas mengambil keputusan drastik untuk melayari bahtera rumah tangga.
Hal itu bagaimanapun bukan persoalan utama bagi penyampai berita ntv7, Ras Adiba Radzi, 45, yang telah memilih Ilias Yaakop menjadi suami dan pembimbing keluarganya tanggal 27 Julai lalu.
Kata Ras Adiba dalam nada percaya atau tidak, pernikahannya dengan teman persekolahan tingkatan enam bawah tahun 1985 di St. John Institution, Kuala Lumpur itu ibarat cinta zaman remaja.
“Jauh sekali untuk menyangka bahawa kami akan mendirikan rumah tangga selepas tiga bulan berkawan rapat. Adakalanya rasa gembira, teruja dan sedikit gementar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Ingatkan pada usia 45 tahun sudah tiada calon yang sudi memilih saya tambahan saya pula sibuk bekerja dan menjaga anak. Tapi tiba-tiba kami dipertemukan semula 3 April lalu menerusi majlis alumni sekolah kami,” katanya yang ditemui usai majlis pernikahannya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari Sabtu lalu.
Lebih manis, baik Ras Adiba mahupun Ilias, 45, kedua-duanya tidak pernah bertegur sapa sejak dulu biar masing-masing ditempatkan di sekolah, kawasan kejiranan dan teman-teman yang sama.
Aktiviti skuba
Melihat Ilias sebagai seorang jejaka yang sering membuatkannya tertawa, tampil serba ringkas dan berusaha untuk mempelajari dialek Negeri Sembilan, kata Ras Adiba, suaminya merupakan insan terbaik yang mengisi hidupnya.
Bagi Ilias pula, dia melihat Ras Adiba sebagai seorang insan yang tabah, bertanggungjawab dan tidak angkuh walaupun popular.
“Saya baru mula menyertai aktiviti selaman skuba untuk orang kelainan upaya di bawah lesen DDI (Penyelam Kelainan Upaya Antarabangsa) yang dilatih sendiri oleh Ilias beberapa bulan lepas.
“Mungkin apabila berkongsi minat yang sama menguatkan hubungan kami,” ujarnya.
Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dengan mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000.
Ras Adiba menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa sebentuk cincin, sepasang telekung, sepasang kasut jenama Jimmy Choo, senaskhah al-Quran dan sirih junjung.
Sementara pihaknya membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki iaitu sebentuk cincin, seutas jam tangan, senaskhah al-Quran, sirih junjungn, pewangi Bvlgari, manisan dan sebuah buku iaitu The Divers Handbook.
Tarikh 27 Julai juga dipilih pasangan itu untuk mendirikan rumah tangga sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran Ras Adiba yang ke-45 tahun ini.
“InsyaAllah pada tahun-tahun akan datang tarikh 27 Julai akan disambut berganda dan akan lebih meriah daripada sebelum ini. Sekarang, sudah ada seseorang yang akan meraikannya bersama-sama dan dia adalah pelengkap hidup saya,” tambah Ras Adiba.
Anak
Ujar pasangan itu, tarikh resepsi kedua-dua belah pihak belum diputuskan dan kemungkinan bakal dilangsungkan di kampung sebelah bapa Ras Adiba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas sambutan Aidilfitri kelak.
Ilias yang bertugas sebagai penasihat kewangan di sebuah syarikat tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan masing-masing sudah mempunyai anak angkat.
“Buat masa sekarang Ras dan saya sudah mempunyai seorang anak, kami tidak merancang tetapi kalau ada rezeki alhamdulillah. Saya enggan meletakkan sebarang tekanan dalam perkahwinan kami ini,” kata Ilias yang memilih Maldives untuk lokasi bulan madu bersama isterinya itu yang jadualkan pada awal tahun depan.
Ras Adiba sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit program hiburan, Amri Ginang selama dua tahun sebelum bercerai pada tahun 1999.
Ujian datang bertimpa-timpa apabila Ras Adiba terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan lumpuh sebahagian badan pada 2002.
Personaliti televisyen itu mempunyai seorang anak angkat bernama Umar Ras Engel Abdullah, 6. Begitu juga Ilias yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini mempunyai seorang anak, Amar Raj, 6.
Faezah Elai letak syarat
SETELAH memperoleh cahaya mata pada bulan Februari lalu, pelakon Faezah Elai mengakui dia terpaksa meletakkan syarat sekiranya ada pihak yang ingin mengambilnya berlakon.
Ketika ditemui pada program Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada minggu lalu, isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah itu menyatakan tindakan tersebut bukanlah menunjukkan dia semakin terlalu memilih.
"Kehidupan saya sekarang tidak seperti dahulu lagi kerana saya sudah memiliki seorang anak. Jadi, jadual harian saya juga pastinya jauh berubah.
"Misalnya, saya meletakkan syarat kepada penerbit atau pengarah yang saya tidak boleh balik terlalu lewat dan perlu selesaikan penggambaran sebelum pukul 11 malam," jelasnya.
Ketika ditanya sama ada dia tidak risau sekiranya syarat tersebut akan membuatkan tawaran berlakon yang diterimanya semakin kurang, Faezah menegaskan dia tidak kisah jika pihak penerbit tidak boleh mengikut syarat yang diberikannya.
Menurut ibu kepada cahaya mata bernama Dealova Heyrinna yang berusia lima bulan itu, syarat tersebut diberikan kerana dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga.
"Selepas berumah tangga dan mempunyai anak sudah tentu keluarga menjadi keutamaan saya. Kalau ada yang nak ambil saya berlakon, mereka perlu ikut jadual saya.
"Pada masa yang sama, dengan status sebagai seorang isteri dan ibu sekarang, saya juga terpaksa memilih skrip dan watak yang ditawarkan," ujarnya.
Meskipun telah meletakkan syarat yang sedemikian, pelakon berkenaan memberitahu, masih ada pengarah yang memahami situasi dirinya serta memberi kelonggaran.
Selain itu, memandangkan jadual lakonannya yang cukup padat, Faezah berkata, adakalanya dia terpaksa membawa anak kecilnya itu ke lokasi setiap kali menjalani penggambaran.
Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan memandangkan anaknya itu masih lagi menyusu badan serta tidak yakin untuk meninggalkannya dijaga oleh pembantu rumah.
"Apabila berada di lokasi penggambaran saya akan kerap terfikirkan anak di rumah sehinggakan konsentrasi terganggu.
"Maka, saya ambil keputusan untuk membawanya, asalkan dia ada depan mata saya," jelasnya.
Tiada masalah
Bercerita tentang perkembangan kerjayanya sepanjang bulan Ramadan ini, Faezah berkata, dia tetap aktif berlakon seperti biasa.
Ujarnya, ketika ini dia sedang membintangi dua buah telemovie khas untuk siaran Aidilfitri iaitu Abah Tak Balik Malam Raya (TV3) dan Sirna (RTM).
"Seperti tahun-tahun sebelumnya saya tetap berlakon ketika bulan puasa. Namun begitu, saya akui kali ini agak penat sedikit kerana perlu memberi tumpuan kepada anak.
"Bagi saya ia satu cabaran dan pengalaman baharu yang harus dilalui, tetapi dengan bantuan dan sokongan suami ternyata ia memberi kekuatan kepada saya untuk terus berlakon," ujarnya.
Untuk sambutan Aidilfitri nanti, pelakon berkenaan menyatakan mereka tiada masalah untuk pulang berhari raya memandangkan kampung halaman masing-masing terletak berdekatan di utara tanah air.
"Kampung saya terletak di Gelugor, Pulau Pinang dan Heykal pula berasal dari Kulim, Kedah. Jarak di antara kedua-duanya tidaklah jauh. Cuma, mungkin kami akan pulang ke kampung saya terlebih dahulu," ujarnya yang akan bercuti selama dua minggu.
Kawan tetapi ada jurang - Almy dan Fizz Fairuz
AWAL tahun lalu, termometer hiburan hangat dengan kisah pelakon Fizz Fairuz yang mengecewakan hati kekasihnya, pelakon Almy Nadia apabila Fizz bertunang dengan seorang wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu.
Empat hari selepas bertunang, pelakon drama rantaian popular, Nur Kasih itu dikejutkan dengan berita yang mendakwa tunangnya itu sebenarnya isteri orang.
Selepas itu, Fizz memutuskan pertunangannya dan membuat kenyataan dalam media mengatakan dirinya terkena buatan orang.
Pelakon berusia 34 tahun itu juga memohon kepada Almy supaya memaafkan dan memahami situasi yang telah menimpa dirinya ketika itu.
Rentetan peristiwa tersebut, hubungan Fizz dan Almy terputus dan mereka menyambung kelangsungan hidup dan kerjaya dalam bidang lakonan masing-masing.
Sehinggalah Fizz dan Almy ditawarkan bergandingan dalam sebuah drama 13 episod berjudul Seiring Sejalan Raya untuk tayangan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Selepas menjalani penggambaran drama tersebut, hubungan keruh Fizz dan Almy semakin jernih.
Malah, ketika ditemui pada majlis bersempena program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini, Almy tidak menolak permintaan pihak media untuk menggandingkan dirinya dengan Fizz untuk sesi fotografi.
Menyingkap lebih lanjut sejauh mana hubungan jernih mereka, Almy mendedahkan, memang pada mulanya dia berbelah bahagi sama ada mahu menerima tawaran berlakon di samping Fizz atau tidak.
Namun memikirkan dia harus bersikap profesional dia menerimanya.
Canggung
"Hari pertama penggambaran merupakan hari paling sukar untuk saya lalui. Memang saya berasa sangat canggung dan pelik berlakon di samping dia (Fizz).
"Alhamdulillah, masuk hari kedua saya keluarkan semua yang ada dalam hati, lupakan apa yang terjadi dan meneruskan penggambaran tersebut," ungkapnya jujur.
Bicara Almy lanjut, memang ramai yang salah anggap hubungannya dan Fizz kembali jernih dan bertaut semula.
Namun tegas Almy, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan menganggap Fizz sebagai rakan sahaja.
Berkongsi saat kekecewaannya dulu, dia pernah terfikir malah menyuarakan isi hatinya kepada ibunya, Roshida Hashim bahawa dia sudah nekad mahu menolak sebarang lelaki hadir dalam hidupnya kerana bimbang perkara yang menyakitkan hati itu berulang kembali.
Begitupun, jelas Almy, selepas suara hatinya itu diluahkan kepada ibunya, wanita tua itu menangis kecewa.
"Ibu menangis dan memberitahu sebagai wanita, dia tetap memerlukah kehadiran dan sokongan lelaki terutamanya jika saya jatuh sakit," katanya.
Mengulas lanjut, kata Almy, banyak perkara yang bertimpa-timpa terjadi pada dirinya selepas itu yang menjadikan dia lebih tertekan.
"Pada 16 Jun lalu, rumah keluarga saya di Balik Pulau terbakar menyebabkan kerosakan pada bahagian tingkat bawah.
"Selepas itu, ibu saya pula terjatuh di bilik mandi dan mengalami patah tulang rusuk kanan.
"Malah, lepas itu anak (angkat) saya jatuh sakit. Kalau saya ikut perasaan yang tertekan mungkin boleh jadi gila," ujarnya yang mengawal perasaannya dan berdoa kepada Allah agar semua masalahnya itu selesai.
Dalam pada itu, Almy juga mengakui, dia masih berhubung dengan ibu Fizz untuk bertanya khabar.
Jelasnya, walaupun perkara itu terjadi (putus cinta), dia masih baik dengan ibu Fizz.
"Saya cuma anggap dia (Fizz) sebagai kawan. Begitupun, dia bukanlah sahabat yang kerap dihubungi untuk berkongsi masalah.
"Saya ada hubungi ibu Fizz selepas dia beritahu saya ibunya sakit. Dia juga ada menghubungi ibu saya yang sakit," ungkapnya yang seakan-akan tidak mahu pihak luar menganggap mereka kembali mempunyai hubungan.
Bagi Fizz Fairuz pula, selepas putus tunang, ibunya, Norhaizan Jantan, telah meletakkan syarat supaya dia berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.
Malah, ibu Fizz juga memintanya terus melangsungkan perkahwinan tanpa mengikat tali pertunangan.
Begitupun, keputusan itu ibunya bertukar selepas wanita berusia 66 tahun itu jatuh sakit.
"Ibu saya sekarang tidak sihat. Jadi, sejak kebelakangan ini, dia sering bertanya hal perkahwinan dan menyatakan keinginannya untuk melihat saya berumah tangga sebelum dia meninggal dunia," cerita Fizz yang memberitahu ibunya turut meminta dia kembali bersama Almy.
Biarpun begitu, Fizz mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Takdir
Buat masa ini, ungkap Fizz, dia enggan memikirkan sangat mengenai hal perkahwinan dan menyerahkan soal jodoh pada takdir.
Bagaimanapun, dedah pelakon berasal dari Raub, Pahang itu, ada beberapa wanita cuba mendekati dirinya dengan tujuan menjadi suri hidupnya.
"Memang ada yang cuba mendekati saya. Ada yang datang dengan kereta BMW dan ada juga daripada golongan kerabat yang mahu serius menjalin hubungan.
"Bagi saya, cukuplah dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan saya harus lebih berhati-hati," ujarnya.
Mengenai cadangan ibunya itu supaya dia dan Almy berbaik semula, luah Fizz, dia dan Almy tidak lagi begitu rapat dan mengakui terdapat jurang dalam hubungan mereka.
Mengakui berkawan dengan Almy, ujar Fizz, dia tidak meletakkan harapan untuk kembali bersama Almy seperti dulu dan berserah segala-galanya kepada Allah.
Bercerita mengenai persiapan rayanya, akui Fizz, dia akan mengadakan rumah terbuka sama seperti pada tahun-tahun sebelum ini.
Menariknya tahun ini, kata Fizz, dia dan sekeluarga akan beraya di rumah baharu.
"Saya baru ubah suai rumah mak di Raub, Pahang. InsyaAllah saya akan buat rumah terbuka. Sama seperti pada raya sebalum ini.
"Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ini dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos," katanya yang bakal muncul menerusi telefilem raya berjudul Sampai Air Mata Darah.
AR Badul Bimbang Untuk Berpoligami
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]







