Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
RAGAM BAYI BIENDA YANG COMEL
Ragam menarik anak penyanyi Bienda bernama Laxiendra Namiraz yang baru berusia dua minggu hasil lensa kamera The Photolicious Team. Bienda sebelum ini tidak dapat melahirkan bayinya itu secara normal (melalui pembedahan) kerana mengalami demam panas.
Untuk makluman, Bienda berkahwin dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada 8 Oktober 2010. Mereka kini mempunyai dua orang anak perempuan. Anak pertama mereka bernama Lavienda Namiraz.
TAHNIAH - MAS ANIZAN LAHIRKAN ANAK KETIGA
Nampaknya, tahun 2014 adalah tahun artis kita hamil dan melahirkan anak. Selepas Rozita Che Wan, Amyza Aznan dan Fasha Sandha, baru-baru ini giliran pelakon popular era 90-an, Mas Anizan pula selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Prince Court.
Difahamkan, anak yang baru dilahirkan itu ialah hasil perkongsian hidup Mas Anizan menerusi perkahwinan keduanya. Siapa gerangan suami keduanya itu, ia masih lagi rahsia meskipun ramai sudah mengetahui identiti lelaki berkenaan di alam maya.
Sebagai info, anak terbaru Mas Anizan telah diberi nama Putri Ariana Merissa. Apa yang menarik, Mas Anizan turut berkongsi gambar bayinya itu di laman Facebook.
"Tiada apa yang perlu disorokkan kerana sebelum ini ada media yang bertanya mengenai hal ini (perkahwinan) dan saya tidak pernah menafikan hal tersebut.
“Cuma saya rasa tidak ada apa yang perlu dihebohkan memandangkan saya sudah tidak bergiat aktif dalam bidang seni,' ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media ketika hamil.
Mas Anizan juga mengakui tidak berahsia tentang bayi tersebut yang merupakan cahayamata pertama hasil perkongsian hidupnya dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kuala Lumpur.
"Syukur Alhamdulillah, saya dijodohkan Allah dengan seorang insan yang sangat memahami dan menyayangi saya serta anak-anak.
"Sekarang, saya sangat bahagia di samping suami dan anak-anak. Paling gembira apabila saya melihat kemesraan dan keserasian anak-anak bersama ayah baru mereka," tambahnya.
Untuk rekod, Mas Anizan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1993, namun suaminya itu meninggal dunia pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak bernama Mas Aliza, 19 tahun, dan Mohd Masli Danial, 14 tahun.
Tahniah diucapkan buat Mas Anizan atas kelahiran bayi terbarunya itu!
'ADAT RENJIS' IRINGI KEPULANGAN BAYI FASHA SANDHA
Gambar menarik anak Fasha Sandha dan Jejai iaitu Putri Raysha Jemaima yang disambut secara adat oleh ibu mertua Fasha.
Putri Raysha telah disambut dengan renjisan air mawar dan ditabur dengan beras kunyit ketika masuk ke rumah mertuanya itu. Selain itu, bayi tersebut juga telah diberi merasa air zam zam, kurma, gula, garam dan asam.
Paling menarik, ibu Jejai juga telah memberi nama tersendiri buat puteri Raysha iaitu Cahaya Murni.
Namun bagi yang masih tertanya-tanya mengenai makna nama Putri Raysha Jemaima, ini kata Fasha. "Ramai bertanya tentang maksud nama my baby, Putri Raysha Jemaima adalah nama dalam bahasa Arab yang Membawa maksud Putri -Puteri Raysha-Pemimpin Jemaima-Salah seorang daripada 3 anak Nabi Ayub yang paling cantik. Lama juga ibu and dada fikir nama untuk baby, Alhamdulillah dapat nama ini. I got my 12th day old pic from mama. She said Raysha got my eyes and lips."
WAJAH TERKINI ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE
Gambar terkini anak Ally Iskandar dan Farah Lee bernama 'Maream Esabel' yang lahir pada 7 Ogos lalu.
Apa yang menarik, Maream kelihatan makin tembam sekarang dan wajahnya seakan 'Korean look'. Yalah... dah ibunya dulu bertahun belajar kat Korea dan banyak makan makanan di sana. Heh.
AKSI TERKINI BABY 'ZAREEF NUFAEL', ANAK ZAHID AF2
Jika sebelum ini, Zahid AF2 hanya kongsikan 2 foto bayinya secara sipi-sipi sahaja, tetapi kali ini lebih banyak aksi dan gaya bayi bernama 'Zareef Nufael' itu dipertontonkan untuk peminatnya.
Untuk info, bayi Zahid dan Sarah Julifa itu lahir seberat 3.5 kilogram di Dewan Bersalin Muslimah, Taman Sunway, Batu Caves, Selangor pada 4 November lalu.
Jom tengok!
Anne Ngasri Tidak Idam Jawatan Politik
Pelakon Anne Ngasri tidak pernah berhasrat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagai wakil rakyat sebaliknya hanya mahu melakukan aktiviti kebajikan membantu golongan Melayu.
Anne atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 30, berkata, tugas sebagai seorang wakil rakyat bukan perkara ringan sebaliknya ia adalah satu amanah besar dan berat yang memerlukan persediaan mantap dalam menjadi suara kepada masyarakat.
"Biarpun saya aktif dalam Umno tetapi buat masa ini tidaklah sampai ingin menjadi wakil rakyat kerana ia tanggungjawab yang besar dan saya belum mampu memikul amanah tersebut.
"Biarlah saya hanya sekadar dibelakang tabir melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu bangsa saya dengan ikhlas dan sepenuh hati," katanya kepada mStar Online.
Anne menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang sejak tahun lalu manakala suaminya, Mohd Sumali Reduan adalah Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno.
Dalam pada itu, Anne berkata, biarpun dia kini dilihat semakin menyepi daripada lakonan namun dia tidak pernah berhasrat meninggalkan bidang tersebut.
Bagaimanapun Anne mengakui, tawaran berlakon yang diterimanya sejak akhir-akhir ini agak kurang selain dia lebih selektif memandangkan perlu memberi perhatian kepada empat cahaya matanya yang sedang membesar.
"Saya tidak pernah bersara daripada lakonan cuma kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak-anak menjadi penyebab saya kurang berlakon sejak akhir-akhir ini.
"Tambahan pula tawaran agak kurang dan saya hanya menerima watak yang tidak memerlukan saya berjauhan dengan anak-anak kerana mereka masih kecil untuk ditinggalkan lama-lama," jelasnya.
"Gosip Bercinta Dengan Remy Ishak Tidak Logik" - Nad Zainal
Pelakon Nad Zainal menyifatkan gosip terbaharu mengenainya yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Remy Ishak sebagai tidak logik.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia tidak mengenali aktor tersebut secara peribadi dan hanya bertemu ketika berada dilokasi penggambaran drama lakonan mereka iaitu Jalan Mati dan AntiDOT.
"Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat dan sekadar teman sesama artis sahaja.
"Baik saya atau pun dia, kami tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran melibatkan kami berdua dan hubungan yang wujud sekadar di set penggambaran," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Nad yang terkejut dengan gosip tersebut mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia sedang menyulam cinta dengan Remy.
Malah gosip itu turut menyebut cerita mengenai hubungan mereka didedahkan sendiri oleh salah seorang bekas kekasihnya kepada seorang kenalan rapatnya.
Dalam pada itu, Nad menegaskan dia tidak mengetahui siapakan 'bekas kekasih' yang dimaksudkan menyebarkan cerita berkenaan kerana gosip berkenaan bukan datang daripadanya.
Bagaimanapun kata Nad, jika benar gosip itu disampaikan oleh salah seorang bekas kekasihnya dia meminta lelaki berkenaan supaya meneruskan kehidupan dan tidak menganggunya dengan menyebarkan cerita buruk seperti itu.
"Saya tidak tahu 'bekas kekasih' mana dimaksudkan atau siapa kawan rapatnya yang bercerita kerana gosip berkenaan bukan datang dari saya tetapi orang lain yang mengata.
"Namun jika benar ia datang daripada 'bekas kekasih' tersebut saya minta teruskanlah hidup daripada melakukan perkara tidak berfaedah," ujarnya.
Sebelum ini, Nad bercinta dengan Hefny Sahad yang dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Nad dengan aktor Azwan Kombos, 29, apabila mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama diterbitkan oleh Zeel Production.
Dalam perkembangan lain, Nad berkata, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri yang diangkat daripada sebuah novel popular berjudul Street Vendetta untuk siaran RTM.
Foto Sheera Suap Makanan Kepada 'Zac Efron' Jadi Isu
Gambar mesra bersama seorang lelaki yang dimuat naik oleh pelakon Sheera Iskandar di Instagram miliknya telah mengundang salah faham di kalangan pengikut-pengikutnya.
Sheera, 29, berkata, foto tersebut telah disunting seolah-olah dia sedang menyuap makanan kepada pelakon Hollywood Zac Efron dan tidak sangka pula ramai yang keliru dengan gambar berkenaan kononnya lelaki itu merupakan kekasihnya.
"Jujurnya saya tiada niat untuk mengelirukan siapa-siapa. Ketika foto itu diambil, saya menemani adik berjumpa dengan bakal tunangnya itu.
"Memandangkan saya sendirian, adik mengambil gambar saya seolah-olah sedang menyuap seseorang. Kemudian saya meletakkan wajah Zac Efron di sebelah. Tak sangka pula ramai yang menganggap lelaki itu kekasih saya. Alangkah seronoknya jika kekasih saya adalah pelakon itu... hahaha," katanya kepada mStar Online.
Pada malam Ahad, Sheera telah memuat naik sekeping gambar mesra dengan seorang lelaki di Instagram miliknya.
Foto tersebut menunjukkan Sheera sedang menyuap makanan kepada lelaki itu dan ia mengundang persoalan daripada ramai pengikutnya adakah lelaki itu merupakan kekasih Sheera.
Ada juga yang mengucapkan tahniah kerana akhirnya Sheera sudah pun berjumpa dengan pasangannya manakala ada juga yang sedar gambar lelaki tersebut merupakan Zac Efron yang sudah disunting.
Sementara itu, Sheera menyifatkan, komen-komen yang diberikan oleh pengikutnya itu sangat lucu kerana tidak sangka ia menjadi tanda tanya kebanyakan pihak.
"Aduh... serba salah pula sedangkan niat saya saja-saja nak sunting gambar. Malu pula rasanya," ujar Sheera.
Dalam pada itu, ditanya adakah Sheera sudah pun memiliki kekasih hati, dia memberitahu masih belum menemui lelaki yang sesuai.
"Setakat ini saya belum jumpa sesiapa lagi. Jodoh belum sampai nak buat macam mana.
"Mujurlah ibu saya bukan jenis yang memaksa. Yang penting saya berdoa bukan sekadar cepat dapat jodoh tetapi biarlah lelaki itu merupakan jodoh yang baik dunia akhirat," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Sheera baru saja selesai penggambaran telefilem berjudul Sheikh Gugelya Al Masehi, siaran TV Al Hijrah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]












































