Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Nad Zainal. Show all posts
Showing posts with label Nad Zainal. Show all posts

Nad Zainal Ulang Ziarah Anak Yatim Tiada Kaitan Video Kurang Sopan

Isu penyebaran video Nad Zainal yang dilihat berkelakuan tidak sopan ketika berada di sebuah rumah anak yatim baru-baru ini tidak perlu diperbesarkan selepas aktres itu mengotakan janjinya mengunjungi semula rumah kebajikan berkenaan pada Rabu. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, berkata, kunjungan itu bukan untuk menyelesaikan isu berkenaan sebaliknya memenuhi niatnya sebelum ini yang ingin berjumpa semula kanak-kanak di pusat jagaan itu selepas kunjungan pertamanya pada Ramadan lalu. "Saya telah ke sana semula atas janji yang telah dibuat ketika lawatan sebelum ini. Tiada kena mengena dengan isu yang timbul. "Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Rasanya, tiada masalah yang berlaku antara saya dan pihak rumah anak yatim terbabit," katanya kepada mStar Online pada Khamis. Ahad lalu, bekas pengurus Nad iaitu Alog Zuren menerusi akaun Facebook miliknya memuat naik video menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan tanpa mempedulikan anak-anak yatim yang membuat persembahan dalam sebuah majlis berlangsung di sebuah rumah anak yatim pada Julai lalu.
Alog bertindak demikian gara-gara bengang dengan Nad membuat kenyataan dalam program hiburan Melodi (TV3) kononnya dia telah melarikan sejumlah wang selain menjadi dalang pembubaran kelab peminat pelakon itu. Bagaimanapun, pada petang Rabu, Nad bersama syarikat pengurusannya, A Klasse Management telah ke pusat penjagaan tersebut bagi menziarahi semula dan meluangkan masa bersama kanak-kanak terbabit. Sementara itu, ketua pegawai Eksekutif A Klasse, Asyraff Khalid berkata, sebagai sebuah syarikat pengurusan, dia mahu menjernihkan kontroversi tersebut secara tidak langsung walaupun tujuan asal Nad ke rumah anak yatim berkenaan bukan kerana isu tersebut. "Niat kami ikhlas nak jumpa mereka. Sejurus selesai menziarai mereka, Nad bercakap dengan saya, 'Asyraf, Nad tak kisah apa orang nak tulis, tapi, hari ini Nad happy sangat'. "Bagi saya, itu lebih bermakna. Kami dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak tersebut. "Bila saya nampak api, saya cuba jadi air, supaya api tak merebak dan bakar segalanya. InsyaAllah, kita sentiasa memperbaiki diri," ujarnya kepada mStar Online.

TAK TAHAN DITUDUH - BEKAS PENGURUS MUAT NAIK VIDEO NAD ZAINAL

Jika sebelum ini, Nad Zainal menuduh bekas pengurusnya, Alog Zuren telah melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminatnya, terkini bekas pengurusnya itu telah memuat naik video mengenai sikap kurang ajar Nad ketika menghadiri rumah anak yatim. Ini kerana pengurusnya itu berang dengan tindakan Nad dan ingin menegakkan kebenaran yang membuktikan dia tidak bersalah. Video yang dimuat naiknya itu menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan sambil asyik bermain telefon sehingga tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang cuba beramah-tamah dengannya dalam satu program yang berlangsung di sebuah rumah anak yatim Ramadan lepas. "Saya sudah lama berdiam diri kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain. Namun, kesabaran saya seperti teruji apabila dia (Nad) membuat kenyataan sebegitu di Melodi. "Ini bukan kali pertama, ..saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas. "Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini," ujar Alog Zuren dipetik sebagai berkata.

Nad Zainal Perjelas Isu Sombong Dengan Peminat

Pelakon Nad Zainal terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah peminat sehingga ada segelintir daripada mereka membuat permintaan yang tidak mampu ditunaikannya. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, berkata, disebabkan perkara itu dia dituduh bersikap sombong dan tidak mesra dengan peminat. "Kadang-kadang permintaan ada di antara mereka agak melampau dan saya tidak boleh toleransi dengan karenah sebegitu. "Saya bukan seorang yang tidak mesra dan sombong dengan peminat sekiranya mereka mendekati secara baik, saya juga akan layan dengan biasa," katanya kepada mStar Online. Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama calon lima terbaik Festival Filem Malaysia Ke 27 di Menara Kuala Lumpur dekat sini, Selasa lalu.
Nad tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Kami Histeria. Calon lain turut bertanding dalam kategori sama adalah Dawn Cheong (Cuak), Adiba Yunus (Nasi Tangas), Aisya Hasnaa (Dollah Superstar) dan Izara Aisyah (Sejoli). Tambah Nad, isu peminat yang betindak diluar kawalan bukan suatu isu baharu kerana sepanjang bergelar artis dia sudah berhadapan dengan pelbagai situasi. "Mereka mengharapkan sesuatu yang lebih daripada seseorang artis dan saya sendiri tidak mampu untuk memberi perhatian tertentu kepada kerenah segelintir peminat ini. "Malah sebelum ini ada yang berkeras mahu saya bercinta dengan Remy Ishak sehingga saya berasa segan untuk bertemunya kerana permintaan bukan-bukan daripada peminat," jelasnya.

Nad Zainal Jual Sambal Bilis Sempena Ramadan

Jika selebriti lain memilih pakaian atau pun tudung sebagai produk utama jualan bersempena Ramadan, lain pula dengan aktres kecil molek Nad Zainal. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, mengambil keputusan untuk mengetengahkan sambal bilis kering untuk dijual kepada pelanggan. Katanya, selain ia mudah disediakan makanan tersebut tahan lama dan mempunyai rasa yang cukup sedap. "Sambal berkenaan bukan saya yang buat tetapi ada kenalan dan saya cukup gemar dengan makanan itu sehingga membuatkan tertarik untuk menjualnya kepada pelanggan. "Alhamdulillah sambutan terhadap sambal ikan bilis kering itu mendapat perhatian pengunjung yang datang ke gerai saya," katanya.
Pelakon drama Mawar Putih Tanda Perpisahan itu membuka dua buah gerai di Seksyen 13, Shah Alam dan di Laman Santai, Istana Budaya bersempena Santai Lebaran Fiesta 2015. Acara berkenaan berlangsung dari 25 Jun hingga 16 Julai depan. Dalam pada itu, Nad berkata, selain sambal ikan bilis kering, dia juga turut menjual baju kurung daripada jenama Sharifah Kirana dan tudung Misswishwardrobe. "Ini bukanlah kali pertama saya berniaga dan pengalaman itu sangat menyeronokkan selain dapat bertemu dengan peminat yang berkunjung ke gerai jualan saya," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Nad berkata, sepanjang Ramadan tahun ini, dia akan memperlahankan karier lakonannya bagi memberi tumpuan kepada perniagaan. Pun begitu kata Nad, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama iaitu Rumah Kecil Untuk Tuhan dan Dia Ibuku untuk siaran Aidilfitri nanti.

Nad Zainal Buang Gambar Di Instagram Elak Kontroversi

Selepas pelakon Izreen Azminda membuat keputusan membuang hampir ke semua foto di akaun Instagram miliknya minggu lalu, kini aktres Nad Zainal pula mengambil tindakan yang sama. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelak daripada sebarang kontroversi yang boleh tercetus kerana gambar yang dimuat naik itu. "Kadang-kadang gambar yang kita muat naik itu biasa-biasa saja tetapi ia boleh dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Biasalah, ada suka kita dan ada membenci. Jadi lebih baik jika kita elak menjadi bahan bualan ramai," katanya yang dihubungi mStar Online.
Sebelum ini, Nad telah mempunyai kira-kira hampir 2,000 gambar di laman Instagram miliknya dan ia sudah pun dibuang pada Ahad lalu. Setakat Selasa, akaun Instagram Nad yang mempunyai seramai 151 ribu pengikut hanya memuatnaik empat keping gambar bermula Isnin. Dalam pada itu, Nad turut menyifatkan kebanyakan gambar-gambar dimuatnaik ke dalam laman sosial tersebut tiada kaitan dengan kerja sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi mempromosi kerjaya seni. "Apa yang saya lihat, banyak gambar yang tidak berfaedah dimuatnaik dalam Instagram, saya tengok sendiri pun naik rimas. "Dengan cara itu juga saya dapat 'membuka buku baru' bersempena dengan tahun baru 2015 yang akan tiba tidak lama lagi. Saya mahu Instagram itu dipenuhi dengan gambar yang melibatkan kerjaya seni sahaja," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Nad kini sibuk dengan penggambaran drama Street Vendetta siaran RTM. Selain itu lakonan Nad menerusi drama Antidot akan bersiaran di TV3, bermula 9 Disember ini, pukul 10 malam.

"Gosip Bercinta Dengan Remy Ishak Tidak Logik" - Nad Zainal

Pelakon Nad Zainal menyifatkan gosip terbaharu mengenainya yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Remy Ishak sebagai tidak logik. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia tidak mengenali aktor tersebut secara peribadi dan hanya bertemu ketika berada dilokasi penggambaran drama lakonan mereka iaitu Jalan Mati dan AntiDOT. "Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat dan sekadar teman sesama artis sahaja. "Baik saya atau pun dia, kami tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran melibatkan kami berdua dan hubungan yang wujud sekadar di set penggambaran," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad. Nad yang terkejut dengan gosip tersebut mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia sedang menyulam cinta dengan Remy.
Malah gosip itu turut menyebut cerita mengenai hubungan mereka didedahkan sendiri oleh salah seorang bekas kekasihnya kepada seorang kenalan rapatnya. Dalam pada itu, Nad menegaskan dia tidak mengetahui siapakan 'bekas kekasih' yang dimaksudkan menyebarkan cerita berkenaan kerana gosip berkenaan bukan datang daripadanya. Bagaimanapun kata Nad, jika benar gosip itu disampaikan oleh salah seorang bekas kekasihnya dia meminta lelaki berkenaan supaya meneruskan kehidupan dan tidak menganggunya dengan menyebarkan cerita buruk seperti itu. "Saya tidak tahu 'bekas kekasih' mana dimaksudkan atau siapa kawan rapatnya yang bercerita kerana gosip berkenaan bukan datang dari saya tetapi orang lain yang mengata. "Namun jika benar ia datang daripada 'bekas kekasih' tersebut saya minta teruskanlah hidup daripada melakukan perkara tidak berfaedah," ujarnya. Sebelum ini, Nad bercinta dengan Hefny Sahad yang dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Nad dengan aktor Azwan Kombos, 29, apabila mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama diterbitkan oleh Zeel Production. Dalam perkembangan lain, Nad berkata, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri yang diangkat daripada sebuah novel popular berjudul Street Vendetta untuk siaran RTM.

Komitmen Nad Zainal

TIGA kali dia putus cinta, dan yang terkini gadis ini sebenarnya baru dua bulan solo tanpa kekasih. Mengakui dia tidak begitu bernasib baik dalam cinta, namun bagi pelakon muda Nad Zainal fakta itu sedikit pun tidak merunsingkan dirinya. Mahu mengambil masa yang ada ini sebagai modal untuk dia memberi sepenuh perhatian kepada dunia lakonan, balas Nad kalau boleh dia tidak mahu lagi pencapaian dirinya seiring dengan kontroversi diri. “Kalau ikutkan sudah dua bulan saya solo, ikutkan perasaan itu tiada apa sangat memandangkan waktu sekarang ini saya lebih fokus dengan kerja. “Memang saya kurang bernasib baik dalam cinta, kalau tengok rakan-rakan yang lain senang sahaja, tetapi tidak mengapa mungkin saya belum jumpa yang betul-betul serasi dengan saya," katanya. Tidak menolak untuk bercinta lagi, namun kali ini ada yang perlu diterapkan gadis ini dalam memastikan hubungannya tidak berakhir dengan cara yang sama. Mengakui komunikasi dan toleransi sebagai elemen penting dalam hubungan, kata Nad siapa juga lelaki itu kelak yang pasti harus menyayangi dirinya sepenuh hati. “Saya tidak kisah siapa juga dia, kaya atau miskin orang dalam industri atau tidak. Tetapi yang penting kami harus serasi dan saling menyayangi. “Apa yang saya belajar melalui hubungan lalu adalah penting untuk ada komunikasi dan sikap toleransi," katanya ketika ditemui di Hari Kantin, Bananana di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor baru-baru ini. Menggambarkan dirinya sebagai seorang yang cukup setia, kata Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, dalam setiap hubungan dia tidak mungkin akan menjadi orang lain. Sebab itu dia cukup selesa berterus-terang, kerana baginya ini adalah cara terbaik untuk dia menghargai kasih sayang itu. “Saya kalau berkawan dengan seseorang saya akan komited. Saya sekat diri saya untuk kenal dengan orang lain. “Saya tidak tahu pandangan orang lain terhadap saya tetapi saya selesa jadi diri saya. Tetapi mungkin selepas ini saya akan lebih selesa bercerita mengenai hubungan selepas semuanya betul-betul stabil," katanya.

Rebut Nad Zainal, Azwan Kombos Dedah Hefny Jadi Perampas

Kisah cinta pelakon Nad Zainal memasuki episod baharu apabila bekas kekasinya iaitu Azman Kombos mendedahkan, pemuda yang dikaitkan dengan wanita itu, Hefny Sahad adalah perampas sehingga menyebabkan mereka berpisah. Azwan, 29, akhirnya mendedahkan, dia mula mengesyaki sesuatu yang tak kena selepas Nad menunjukkan mesej-mesej mesra yang dihantar oleh pengacara lelaki itu kepadanya sebelum wanita itu mula berubah sikap. "Sebelum krisis hubungan kami berlaku, Nad ada beritahu saya tentang Hefny ada hantar mesej-mesej seolah-olah nak 'try' (mengurat) dia ketika mereka sama-sama terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Productions. "Saya sudah nasihatkan Nad supaya jangan layan (Hefny) jika dia tidak suka. Tak sangka pula akhirnya Nad berubah hati dan perkara tersebut menjadi punca hubungan kami berkecai. Pada mulanya saya malas nak kaitkan Hefny sebab tidak mahu dia meraih publisiti kerana kontroversi seperti ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu. Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Hefny Sahad terhadap hubungan istimewanya bersama pelakon Nad Zainal dalam rancangan hiburan h live! pada Selasa. Dalam temuramah tersebut, Hefny menjelaskan bahawa dia dan Nad adalah pasangan kekasih dan dia mula mendekati wanita itu selepas pasangan tersebut putus.
Dalam pada itu, jelas Azwan, dia pernah menghubungi Hefny bagi mendapatkan penjelasannya berhubung hal itu namun dia menafikan mempunyai hubungan dengan Nad. "Saya pernah tanya kepada Nad dan Hefny tentang sejauh manakah hubungan mereka namun kedua-duanya menafikan mempunyai perasaan antara satu sama lain. "Tetapi bila mereka sudah mengesahkannya, maka tepatlah ramalan dan tekaan saya selama ini iaitu putusnya hubungan saya dengan Nad disebabkan kehadiran orang ketiga," ujarnya. Sementara itu, Azwan berkata, biarpun masih mempunyai perasaan rindu dan sayang kepada wanita itu, dia terpaksa akur dengan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan kepadanya. Malah dia mengakui kontroversi putus cinta ini memberi lebih banyak kesan positif apabila dia menerima banyak tawaran berlakon. "Saya tidak ada apa-apa ingin ucapkan kepada Nad, sebaliknya saya hanya harap dia dapat menjalani hidup baru yang lebih baik selepas ini," katanya.

Hefny Sahad Bukan Dalang Nad Zainal Putus Cinta

Pelakon Nad Zainal menegaskan hubungan cintanya yang sudah berakhir dengan Azwan Kombos bukan disebabkan pihak ketiga sebaliknya berpunca daripada masalah di antara mereka sendiri. Nad atau nama sebenarnya, Nadia Zainal, 24, berkata, hubungan mereka retak juga bukan kerana cinta lokasinya dengan Hefny Sahad ketika berlakon telefilem Mengintai Syurga Mama pada April lalu seperti mana diperkatakan orang. "Apa yang berlaku antara kami tiada kena mengena dengan pihak ketiga mahupun Hefny. "Saya ada sebab peribadi dan biarlah perkara itu saya simpan sendiri. Lagipun saya dan Azwan sudah berbincang menyelesaikan masalah berkenaan dan ia dianggap sudah selesai. Tidak elok rasanya apabila berlaku masalah di antara kami, ia dikaitkan dengan orang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Nad diminta mengulas mengenai keretakan hubungan cintanya dengan Azwan, 29, yang kononnya berpunca daripada pihak ketiga iaitu Hefny. Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Production. Azwan menerusi laporan mStar Online Isnin lalu terkejut dengan kenyataan Nad sedangkan dia menganggap hubungan mereka masih baik seperti biasa.
Sementara itu, Hefny yang dihubungi mStar Online pula terkejut apabila dikatakan menjadi punca perhubungan cinta Nad dan Azwan putus. Katanya, hubungan pasangan itu putus sebelum dia dan Nad menjalani penggambaran drama berkenaan. "Setahu saya, mereka putus sebelum kami digandingkan bersama dalam telefilem itu. Terkejut pula apabila ada orang nak kaitkan saya sebagai punca masalah cinta mereka. "Diakui saya dan Nad mula akrab sejak berlakon bersama. Dia banyak meluahkan masalah peribadinya kepada saya. Dan saya tahu sebab apa mereka putus. Tetapi terus terang saya katakan, saya bukanlah punca putusnya hubungan mereka itu," tegasnya.

'Kursus Kahwin Hanya Langkah Pertama' - Nad Zainal

Pelakon Nad Zainal tidak meletakkan sebarang sasaran tertentu untuk melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, aktor Azwan Kombos biarpun mereka sudah menghadiri kursus asas perkahwinan pada awal Mac lalu. Nad atau nama sebenarnya, Nadia Zainal, 24, berkata, kursus yang dihadiri mereka itu adalah satu proses biasa sebagai mempersiapkan diri ke alam perkahwinan dan mereka tidak bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. "Kami pergi kursus tersebut kerana pada masa itu jadual kami tidak terikat dengan sebarang penggambaran jadi kami mengambil keputusan untuk menghadiri kursus tersebut. "Ia adalah suatu proses biasa dan itu tidak bererti kami akan berkahwin dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Sebelum ini, Azwan Kombos, 29, mengesahkan menghadiri kursus asas perkahwinan bersama Nad Zainal di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail pada awal bulan ini. Dalam pada itu, Nad berkata, keputusan mereka untuk menghadiri kursus tersebut juga diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. "Keluarga adalah orang pertama yang tahu dan kami tidak akan sorok apa-apa daripada mereka," ujarnya. Sementara itu, Nad berkata, buat masa ini mereka sedang mempersiapkan diri untuk melangkah fasa seterusnya namun tidak tergesa-gesa untuk melangsungkan perkahwinan. "Apa yang penting kami berdua kena bersedia dari sekarang dalam pelbagai perkara sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan kursus asas perkahwinan adalah langkah pertama kami," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Nad berkata, dia baharu sahaja selesai dengan penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Tuan Rumah, Pembantu Rumah arahan Jinggo untuk siaran TV3. Selain itu, Nad berkata, dia juga akan muncul dengan sebuah drama baharu untuk slot Cerekarama bersama Izzue Islam berjudul Tatu.

Percintaan Nad Zainal & Azman Kombos Masih Terjalin

Pelakon Nad Zainal menafikan dia dan kekasihnya, aktor Azman Kombos telah putus cinta seperti mana dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini. Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal, 23, berkata, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa dan memberitahu tidak pernah timbul sebarang masalah dalam percintaan mereka. "Sejujurnya saya tidak pasti bagaimana cerita berkenaan boleh timbul kerana hubungan kami masih berjalan seperti biasa dan bukannya seperti dilaporkan. "Malah saya sendiri tidak mengetahui berita berkenaan dikeluarkan sehingga ada kenalan yang memberitahu saya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Debaran Anugerah Skrin 2013 yang diadakan di Plaza Alam Sentral di sini, malam Jumaat lalu. Pada acara yang mengumumkan lima pencalonan terbaik bagi 30 kategori dipertandingakan, Nad tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Mawar Pitih Tanda Perpisahan arahan Bade Azmi.
Dalam perkembangan berkaitan, Nad berkata, cerita berkenaan timbul mungkin disebabkan dia tidak lagi memuat naik gambar bersama kekasihnya di laman Instagram seperti sebelum ini. Jelas Nad, selepas ditimpa beberapa kontroversi sebelum ini, dia memilih untuk bersikap 'low profile' tentang hubungan cinta mereka kerana bimbang akan menimbulkan salah faham peminat. "Kami berdua lebih selesa untuk tidak mendedahkan kisah percintaan melebihi daripada kerjaya masing-masing tambahan pula kami sedang membina tapak dalam industri. "Jika terlalu mendedahkan tentang kisah-kisah peribadi bimbang ia akan menimbulkan masalah lain kemudian hari," jelasnya. Dalam pada itu, ditanya mengenai tunggakan pembayaran baki akhir teater Maduku Kalut yang gagal dilunaskan pihak produksi sebelum ini, Nad menjelaskan masalah itu telah pun selesai. Kata Nad, pihak penerbit iaitu Mohd Amer Shafiq Khalip telah menjelaskan baki pembayaran kepadanya yang tertunggak sehingga menimbulkan kontroversi. "Sudah tiada masalah kerana saya telah menyelesaikan tanggungjawab untuk teater berkenaan dan pihak penerbit sudah membuat pembayaran kepada saya," ujarnya. Sementara itu, Nad memberitahu dia sangat merendah diri apabila tercalon dengan nama-nama besar dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK 2013 seperti Datin Umie Aida, Nora Danish, Sharifah Amani dan Sherie Merlis. Kata Nad, dia berbangga tercalon dalam kategori itu dan sudah menganggap ia sebagai satu kemenangan buatnya sebagai pelakon. "Soal menang atau kalah bukan isu kerana saya sudah cukup gembira apabila nama tersenarai dengan semua pelakon-pelakon hebat dalam kategori sama," katanya.

Nad bukti diri tidak jahil

LUMRAH menjadi seorang selebriti apabila kehidupan peribadi tidak lagi menjadi privasi, sebaliknya perlu dikongsi dengan peminat mereka. Perihal mengenai kekasih, bercinta malah berkahwin biarpun pada hakikatnya payah untuk dikongsikan selebriti tersebut. Namun, itulah hakikat yang perlu dihadapi mereka selepas mengambil keputusan untuk melangkah ke dunia glamor. Perkara yang sama turut dialami pelakon kecil molek, Nad Zainal. Biarpun pada mulanya kehadirannya bersih daripada sebarang kontroversi, namun sejak kebelakangan ini nama Nad acap kali disebut-sebut seiring dengan lakonan-lakonannya yang mula mendapat perhatian peminat. Ini terutamanya selepas berlakon dalam drama bersiri Bukan Bidadari dan juga Kampung Girl. Bermula isu diboikot segelintir wartawan kerana sukar memberi kerjasama apabila perihal peribadi dicungkil. Nad kemudiannya berdepan pula dengan isu bersekedudukan dengan teman lelakinya, Azman Kombos selain meninggalkan lokasi penggambaran kerana enggan berlakon bersama bekas kekasih iaitu Amar Ashraf yang kini sudah bergelar suami kepada suri hatinya, Arna Salleh. Mengulas mengenai perkara itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mengakui, sebagai selebriti yang sedang meningkat naik, soalan ruji mengenai kontroversi yang melanda dirinya perlu dihadapi dan dijawab olehnya. "Sebagai selebriti saya perlu menghadapi segala kontroversi yang melanda. Saya kena menghadapinya untuk memberi jawapan sebenar," jelasnya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur bersama pelakon Shah Iskandar dan Ika Nabila untuk drama terbaharu mereka, Seindah Sabarmu bagi siaran TV9 . Menyambung bicara, pelakon berusia 23 tahun itu menegaskan tidak pernah bersekedudukan dengan teman lelakinya. Hakikatnya, Azman sekadar menghantarnya pulang selepas menjalani penggambaran sehingga lewat malam. Atas alasan melihat kelibat Azwan menghantar Nad lewat malam ke rumah, pasangan itu dituduh bersekedudukan. "Padahal, saya bukan tinggal bersendirian. Saya tinggal bersama ibu bapa dan mana mungkin kami boleh bersekedudukan," luahnya yang sudah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun bersama kekasihnya yang baharu bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG itu. Jelas mengenai perkara tersebut, Nad kemudiannya memperkatakan tentang isu meninggalkan set lakonan drama bersiri Kampung Girl selepas didapati bekas kekasihnya iaitu Amar Asyraf turut berlakon dalam drama tersebut.
Tidak selesa Kesal kerana tidak bertanya terlebih dahulu barisan pelakon drama tersebut, Nad akui kesilapannya meninggalkan set penggambaran dan telah memohon maaf kepada pengarah mengenai tindakannya itu. Disoal mengenai profesionalisme dirinya sebagai pelakon kerana enggan berlakon di samping bekas kekasih akibat kenangan yang pernah diciptakan mereka selama ini. Ungkap Nad yang merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu, biarlah orang anggap dia tidak profesional asalkan lakonannya tidak nampak kaku kerana tidak selesa berlakon dengan hero drama Setia Hujung Nyawa itu. "Saya mahu berlakon betul-betul. Kalau berlakon dengan dia (Amar), saya tidak boleh fokus. Saya tidak mahu berdepan dengan situasi yang membuatkan diri tidak selesa. "Ia akan memberi kesan kepada mutu lakonan kerana saya akan kaku berlakon di sampingnya," luah Nad yang enggan memperincikan kenapa mengalami perasaan begitu bersama bekas kekasihnya. Perkara yang sama turut dialami Nad apabila berlakon dengan kekasihnya, Azwan Kombos. Kata Nad, dia juga sudah meletakkan syarat tidak mahu berlakon dengan kekasihnya biarpun tawaran banyak mahu menggandingkan mereka. Tegas Nad, dua syarat itu sahaja yang diletakkan atas faktor pendiriannya. Jauh sekali untuk berlagak diva atau mencipta kontroversi. "Selama enam tahun berlakon, saya tidak pernah buat hal dengan produksi, malah pihak produksi juga faham dengan permintaan saya ini. Cuma, silap saya kerana terlepas pandang barisan pelakon untuk drama yang membabitkan Amar itu," bicaranya lagi. Tidak sorok Sudah lama menjalin hubungan cinta, Nad disua pula soalan mengenai perkahwinan. Ujar Nad, dia baru berusia 23 tahun dan belum lagi memikirkan mengenai perkara itu (kahwin). Bagaimanapun, pelakon berasal dari Kajang, Selangor itu meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usianya menginjak 30 tahun. "Saya juga berserah pada jodoh. Kalau jodoh saya dalam masa terdekat juga saya terima. Namun, harap-harap saya berkahwin sebelum berusia 30 tahun," akuinya. Rentetan kontroversi pelakon Aeril Zafrel yang berkahwin sorok-sorok dengan pelakon Wawa Zainal dan didakwa mempunyai anak turut ditanya kepada Nad.
ni kerana bukan pasangan itu, malah ramai lagi selebriti yang mengambil tindakan serupa (berkahwin senyap). Bagi Nad, dia akan beritahu jika berkahwin kelak. Sebab apa, dia sedar hakikat peminat di Malaysia yang tidak menyenangi sikap artis yang buat hal dan cuba berselindung. "Lebih elok jika seseorang artis itu memberitahu peminat bahawa dia sudah berkahwin. Jangan fikir kenyataan itu akan menjejaskan periuk nasi mereka. "Lihat sahaja seperti pelakon Fasha Sandha yang mengakui sudah berkahwin. Walaupun sudah berkahwin, dia tetap mendapat banyak tawaran berlakon," jelas Nad. Pandai mengaji Terbaharu, Nad bakal muncul dalam drama bersiri Seindah Sabarmu untuk slot Ratu di TV9. Drama yang menampilkan pelakon Shah Iskandar dan Ika Nabila itu bakal ditayangkan setiap hari Selasa dan Rabu mulai 15 Oktober ini. Bercerita mengenai drama 14 episod itu, ujar Nad, dia membawakan watak seorang ustazah bernama Syafikah yang pandai mengaji dan marhaban. Biarpun wataknya berat kerana perlu mengaji dan marhaban, Nad membukti- kan yang dirinya mampu melakukan tanpa menggunakan suara orang lain. "Saya tidak mahu menggunakan suara orang lain ketika mengaji dan marhaban. Saya mahu lakukannya sendiri. Orang selalu cakap artis jahil agama. "Jadi, saya mahu buktikan yang saya bukan begitu," tegasnya yang sejak kecil dititikberatkan oleh neneknya untuk mengaji dengan berlagu.

Nad Zainal Tidak Selesa Dilabel Pelawak

Pelakon Nad Zainal tidak berasa selesa jika dilabelkan sebagai pelawak selepas membintangi beberapa drama dan telefilem komedi. Nad, 23, berkata, dia mahu dikenali sebagai pelakon yang boleh diberi pelbagai watak termasuklah watak-watak berat. "Saya sebenarnya tidak selesa bawa watak komedi, kalau boleh saya mahu dikenali dengan watak-watak berat tapi apakan daya industri kita kecil dan kita perlu ikut arus itu. "Kadang kala ada juga rasa takut bila ada yang sudah melabelkan saya sebagai pelawak dan pengarah pula beri saya watak yang lebih kurang sama," katanya kepada mStar Online. Tambah Nad, bagi mengelakkan perkara itu juga, dia mengambil peluang terlibat dalam teater Mak Yong yang akan dipentaskan Istana Budaya tidak lama lagi. "Lepas teater Maduku Kalut, saya akan terlibat dengan teater Mak Yong pula, dengan teater Mak Yong itu saya harap dapat lari daripada watak komedi," katanya. Tambah Nad, biarpun sebagai pelakon baru dia tidak terlalu cerewet dalam pemilihan watak, namun berharap bakatnya dapat digilap dengan pelbagai watak yang lebih mencabar.

Nad Zainal Terpaksa Masuk Kelas Main Bes

Pelakon Nad Zainal terpaksa mengambil kelas muzik selama dua bulan semata-mata untuk melakonkan watak pemain bes dalam filem terbaharunya Kami Histeria. Nad, 23, berkata, ia merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan kerana dia tidak pernah mempelajari apa-apa asas dalam bidang muzik itu sebelum ini. "Saya seorang yang tidak pandai bermain dengan alat-alat muzik ini. Ketika dapat watak menjadi seorang pemuzik, saya agak terkejut dan menganggap perlu lakukan sesuatu. "Jadi, saya ambil kelas untuk belajar main bes bersama kawan lain yang ikut kelas tersebut," katanya. Kata Nad, dalam filem terbitan Red Film itu, dia turut berlakon dengan beberapa pelakon popular lain seperti Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin dan Afdlin Shauki. Filem tersebut akan ditayangkan pada penghujung tahun ini. "Saya agak berdebar-debar menantikan tayangan filem berkenaan yang dijadualkan akan keluar pada hujung tahun ini. "Ia merupakan sebuah filem genre seram komedi dan saya membawakan watak seorang pemain bes bersama kumpulan Kami Histeria," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Nad bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Kampung Girl yang diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk Kampung Girl untuk slot Lestari di TV3 tidak lama lagi.

Shah Iskandar, Nad Zainal Tiada Hubungan Istimewa

Pelakon Shah Iskandar menganggap hubungannya dengan pelakon Nad Zainal hanya sekadar rakan artis semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Malah Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz,31, berkata, dia turut mengenali teman lelaki kepada wanita itu. "Saya tidak ada pun nombor telefon Nad dan kami hanya berkomunikasi melalui laman sosial Twitter dan WeChat sahaja. "Lagi pula saya kenal teman lelaki dia kerana Nad pernah membawanya ke lokasi dan lelaki itu seorang yang baik dan agak pendiam," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu. Shah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin hubungan rapatnya dengan wanita itu. Pelakon berasal dari Singapura yang pernah dikaitkan dengan pelakon Rozita Che Wan itu tidak mahu gosip tersebut menjadikan hubungan Nad dan kekasihnya mengalami masalah.
"Cukuplah cerita dahulu, saya tidak mahu ada masalah dengan teman lelaki dia, nanti tidak pasal-pasal kami bermasam muka pula," katanya. Ujar Shah, dia dan Nad mula mengenali ketika bekerjasama dalam sebuah drama bersiri Seindah Sabar yang bakal disiarkan di TV9 tidak lama lagi. "Saya dan Nad bergandingan dalam drama bersiri itu dan saya anggap dia seorang pelakon yang berbakat besar. "Dia ada asas dan belajar dalam bidang ini di Aswara dan berlakon dengan dia memang tiada masalah," katanya. Bercerita tentang kerjaya lakonan yang semakin menyinar, Shah berkata, dia tidak terlalu memilih daripada segi pemilihan watak. "Saya tidak kisah apa pun watak tapi kalau boleh ia pelbagai dan tidak hanya satu karakter sahaja. "Biarpun bukan pelakon utama namun saya lebih suka jika diberi peluang watak-watak berbeza," katanya yang bakal membawakan watak lelaki lembut dalam drama Merah Bukan Jambuterbitan RTM. Sementara itu, bercerita tentang kerjaya di Singapura, Shah mengakui dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan dan pengacaraan daripada produksi dan stesen televisyen negara itu. "Sehingga kini masih ada lagi tawaran untuk jadi pengacara dan berlakon di sana, tapi agak susah untuk ulang alik kerana saya sudah menetap di sini. "Lagi pun saya nekad untuk membina kerjaya di negara ini," katanya.

Saya memang lantang bersuara - Nad Zainal

PELAKON kecil molek, Nad Zainal mengakui bahawa dia sememangnya seorang yang lantang dalam bersuara. Malah, dia tidak menafikan dirinya juga seorang yang panas baran dan tidak suka dengan orang melakukan kerja dengan lambat. Begitupun, dedah pelakon drama Memberku Hawa musim kedua itu, sikap buruknya suatu ketika dahulu itu sudah menjadi sejarah. Kini dia mengakui dirinya kini lebih matang dan rasional dalam memberi tindakbalas terhadap orang di sekelilingnya. “Memang dahulu, saya seorang yang panas baran dan mahukan semua kerja dilakukan dengan cepat. “Disebabkan itu juga saya tidak boleh bekerja dengan orang yang buat kerja lambat. Namun, kini saya sudah atasi masalah itu dan sudah pandai mengawalnya,” ulas Nad ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Memberku Hawa 2 di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Walau bagaimanapun, ulas anak tunggal itu, dia masih dikritik ramai ekoran kelantangannya dalam bersuara dan sebelum ini Nad juga pernah diboikot media gara-gara sikapnya itu. Mengulas mengenai perkara itu, ujar Nad, mungkin kelantangannya dalam bersuara terbawa-bawa sejak dia menceburi dunia pentas teater, tiga tahun lalu. Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun itu tidak mampu mengubah perkara itu kerana baginya kelantangannya dalam bersuara bukan menyentuh perihal orang lain. “Nada suara saya memang lantang, mungkin sebab saya dilatih selama tiga tahun belajar dalam seni persembahan teater di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). “Tambahan pula rupa saya yang agak garang. Ramai yang beranggapan saya sukar didekati dan sombong tetapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat,” ungkapnya yang mengakui dirinya sebenarnya seorang gila-gila. Media sosial bunuh artis Sengaja mengajukan pertanyaan mengenai media sosial yang sering digunakan artis untuk berinteraksi dengan peminat kepada Nad. Menjawab mengenai perkara itu, kata Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, media sosial jika tidak digunakan dengan betul oleh seseorang artis ia mampu membunuh karier artis tersebut. “Memang ramai artis yang guna Facebook atau Twitter untuk berhubung dengan peminat, namun pada saya semuanya perlu ada batasan. “Tidak perlu setiap minit artis itu bercerita pasal kehidupan peribadinya atau jaja kisah peribadi. Ia akan mengundang publisiti murahan seseorang artis malah boleh membunuh kerjaya artis tersebut,” ujarnya. Menyingkap kehidupan peribadi Nad pula bersama kekasih hati, luahnya, dia masih bersama lelaki istimewa di hatinya itu yang dikenali dengan nama Azman. Begitupun, ujarnya, dia tidak mahu bercakap lebih lanjut tentang kekasihnya itu kerana berasa ia agak kurang manis. Ditebak tentang bilakah dia merancang untuk berkahwin, akui Nad, buat masa ini dirinya masih belum mempunyai sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga. “Saya baru berusia 23 tahun. Fokus saya sekarang hanya kerjaya dan juga untuk membantu keluarga,” ujarnya. Bersyukur kerana Kay Bercerita tentang drama Memberku Hawa 2, Nad masih membawakan watak Kay sama seperti dalam musim pertama sebelum ini. Ulasnya mengenai wataknya itu, musim baharu ini Nad jelas mengalami perubahan sikap Kay – daripada seorang yang kelam-kabut dan kebudak-budakan bertukar menjadi lebih matang. “Secara peribadi, watak Kay sama seperti diri saya yang kini semakin matang,” ujarnya yang bersyukur kerana melalui watak dalam drama Memberku Hawa tersebut, namanya kini mulai meniti arus populariti serta diberikan peranan yang lebih besar dan mencabar dalam drama-drama lain. Dalam perkembangan lain, pada Julai depan Nad bakal tampil menerusi drama bersiri Kampung Girl. Selain itu, dia sedang berdebar-debar menantikan filem sulung lakonannya, Kami Histeria. Menariknya dalam filem tersebut, Nad tampil menerusi watak seorang pemain bass. Memberku Hawa 2 disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun lalu pada pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104). Ulangannya pula adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang. Drama ini mengisahkan tentang golongan wanita muda di Malaysia yang menghadapi cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh. Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama itu turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd. Zait, Cristina Suzanne Stockstill dan Nor Nadia Nor Mahazan. Impak lakonannya dalam drama Memberku Hawa, Nad turut dilantik sebagai duta tuala wanita Kotek selama dua tahun berturut-turut iaitu sejak 2012 hingga 2013. Selain Nad, pelakon Siti Saleha turut dilantik sebagai duta Kotex untuk tahun 2013. Sementara itu, menurut Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, pengeluar Kotex, Soo Woon Yee, berdasar kajian yang dibuat oleh mereka, Nad dan Siti Saleha merupakan pilihan tertinggi oleh pengguna Kotex yang mahukan mereka bergandingan.

Nad Zainal Dianggap Sombong Kerana Suara

Pelakon Nad Zainal mengakui sikapnya yang lantang ketika bersuara menyebabkan ada pihak menganggap dia seorang wanita yang sombong. Bagaimanapun, Nad, 23, berkata, dia tidak peduli dengan tanggapan tersebut kerana cara percakapannya adalah disebabkan terbawa-bawa sejak menceburi dunia pentas teater, tiga tahun lalu. "Nada suara saya memang macam ini iaitu lantang kerana mungkin sebab lontaran suara yang sudah dilatih ketika saya belajar seni persembahan teater di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). "Ditambah dengan rupa saya yang agak garang ramai yang ingat saya ini sukar didekati, dan sombong tapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat," katanya. Dalam pada itu, bercakap tentang media sosial, dia menganggap medium itu mampu membolehkan seseorang artis untuk berinteraksi dengan peminat tetapi perlu mempunyai batas-batas tertentu. "Zaman ini memang ramai orang yang guna Facebook atau Twitter untuk berhubung dengan peminat, namun pada saya semuanya perlu ada batasan. "Jika untuk kegunaan peribadi secara keterlaluan ia tidak sesuai kerana ia akan mengundang publisiti murahan seseorang artis selain boleh membunuh kerjaya artis jika tidak digunakan dengan betul," katanya. Sementara itu, wanita yang mengakui sudah memiliki teman istimewa ini belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. "Ya... saya sudah ada kekasih namun buat masa sekarang fokus utama adalah untuk kerjaya dan membahagiakan ibu bapa, lagi pula usia saya masih muda," katanya. Nad bakal membawa watak Kay dalam Drama Memberku Hawa Musim ke-2 yang akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria. Ulangannya adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang. Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh. Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan.

Nad Zainal tidak berahsia

MENYERLAH sepanjang tahun 2012, Nad Zainal, 22, merupakan salah seorang bintang baharu yang paling mencuri perhatian ramai menerusi kualiti lakonannya. Bermula dengan slot sitkom bersiri khas TV3, Memberku Hawa yang menggandingkannya dengan pelakon Faezah Elai, Nad semakin dikenali menerusi drama Bukan Bidadari. Terkini, dia muncul dalam telefilem sedang hangat ditayangkan di TV3, Putera Rayyan. Seiring dengan kerjayanya yang meningkat naik, Nad tidak terlepas diburu dengan kisah peribadi. Sementelah dia sendiri sudah beberapa kali dilihat membawa kekasihnya yang hanya dikenali dengan nama Azwan ke majlis-majlis yang dihadirinya. Kosmo! yang berkesempatan bersua muka dengan pasangan itu pada majlis resepsi Diana Danielle dan Farid Kamil di Taman Ekuestrian Putrajaya pada 1 Disember lalu mendapatkan kenyataannya berhubung status mereka. Kosmo!: Nad nampak tidak kekok membawa teman lelaki ke beberapa acara sejak kebelakangan ini. Tidakkah anda takut ditohmah oleh orang sekeliling mahupun peminat? NAD: Saya dan Azwan (teman lelaki) berkenalan sudah hampir dua tahun dan diakui saya bukan jenis orang yang suka berahsia. Bagi saya, tidak ada yang perlu disorok. Lagipun kami hadir ke majlis terbuka. Kalau kami dilihat bersama selalu ke kelab malam atau menghadiri parti sosial, barulah boleh dikatakan kontroversi. Emak saya percayakan dia dan saya rasa selamat bersama dia. Ada perancangan untuk ke langkah seterusnya? Mungkin mengikat tali pertunangan terlebih dulu? Buat masa sekarang belum ada sebarang perancangan lagi. Perjalanan kami masih jauh dan mahu fokuskan kerjaya terlebih dulu. Dia banyak membuat kerja-kerja di belakang tabir dan secara tidak langsung kami pun lebih kerap berjumpa.
Bagaimanakah anda melihat perkembangan kerjaya pada tahun ini? Adakah anda sudah berpuas hati? Saya tidak pernah berpuas hati dan mahukan lebih daripada apa yang sedang saya lakukan sekarang. Saya sudah berada dalam industri ini sejak tahun 2007 dan ketika itu tiada siapa perasan saya pun. Bagaimanapun, situasinya mula berbeza kini. Alhamdulillah, apabila rajin berusaha insya-Allah pintu rezeki kita akan dipermudahkan. Apakah watak idaman anda yang masih belum tercapai sehingga sekarang? Kebanyakannya saya sudah dapat peranan yang diimpikan. Cuma saya teringin berlakon drama atau filem epik dan perang yang memerlukan saya memakai kostum lama. Bagaimanakah pula dengan watak air mata? Adakah anda selesa sekiranya suatu hari nanti sentiasa ditawarkan watak berat? Jujurnya, saya lebih senang sebenarnya menjadi diri sendiri. Saya seorang yang periang dan untuk menggalas watak-watak berat, sebenarnya agak susah sedikit buat saya. Bagaimanapun saya tidak kisah sekiranya ditawarkan watak air mata, cuma nanti perlu ada fasa keseimbangan untuk menerima watak-watak ringan sekali sekala. Selain drama bersiri Putera Rayyan yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang, apakah perkembangan terkini anda? Saya baru habis penggambaran filem Kami Histeria bersama Fazura dan Diana Danielle. Kini saya baru memulakan penggambaran telefilem Cinta bersama Zahiril Adzim. Selain itu, sitkom Memberku Hawa musim kedua juga akan muncul.

Cantik bukan ukuran - Nad Zainal

SPENGALAMAN sepanjang menyaksikan 13 episod drama popular Aku Bukan Bidadari baru-baru ini cukup mengujakan. Drama tersebut yang membariskan ramai muka baru dianggap sebagai sebuah naskah yang boleh dibanggakan ketika ini. Di sebalik kehebatan drama tersebut, tidak dinafikan watak lakonan Nad Zainal atau nama sebenarnya Nadia Zainal Abidin dikatakan menjadi sebab utama mengapa drama tersebut mempunyai pengikut yang cukup ramai. Dengan membawa watak sebagai Inas, seorang gadis yang pada mulanya mempunyai masalah sosial, Nad dilihat berjaya menjiwai watak tersebut dengan baik. Jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon wanita hebat lain, Nad sebenarnya mempunyai kekurangan dari segi saiz badannya yang sedikit kecil. Namun baginya saiz atau ketinggian bukanlah penentu kepada kejayaan seseorang pelakon. “Saya tahu, ramai yang kata saya tidak cukup tinggi jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon seangkatan dengan saya. Tapi bagi saya itu tidak penting, yang penting adalah mutu lakonan kita dalam setiap drama atau filem yang kita lakonkan. “Saya tidak nafikan saiz badan memainkan peranan yang cukup penting bagi menentukan sebarang watak, tetapi kalau kita memiliki saiz badan yang tinggi dan lengkap tetapi tidak memiliki teknik lakonan yang baik, itu semua tidak guna. “Bagi saya yang penting adalah teknik serta cara kita membawa dan melakonkan watak yang diberi demi kepuasan penonton," jelas anak jati Selangor ini. Tambahnya, sekiranya seorang pelakon hebat mempunyai pakej lengkap cantik dan lakonan yang mantap, itu adalah satu bonus yang cukup berharga. “Ramai juga artis serta penyanyi hebat lain yang mempunyai saiz badan yang kecil antaranya, Norkhiriah, Stacy. Namun lakonan serta nyanyian mereka cukup hebat, saya berharap satu hari nanti saya boleh menjadi sehebat mereka. “Bakat yang dianugerahkan serta minat saya yang mendalam dalam bidang ini sudah cukup bagi saya untuk mengharungi kerjaya saya sebagai anak seni," kata Nad Zainal. Dalam pada itu, ditanya mengenai teman hidup, jawab Nad selamba; “ Ya, saya dah ada teman istimewa. Kami berdua dah kenal hampir dua tahun. “Dia sangat ok, dia faham dengan kerjaya saya dan selalu menyokong serta memberi semangat kepada saya. Dia bekerja di belakang tabir, jadi tiada masalah kerana dia memahami tugas saya," jelasnya. Jelasnya lagi, mereka berdua belum memikirkan tentang soal untuk berumah tangga dalam masa terdekat ini. “Kami berdua masih muda, lagipun masing-masing tidak mampu lagi untuk bergelar suami dan isteri. Banyak perkara yang perlu kami lakukan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. “ Harapan saya agar saya mampu menempuh segala sepak terajang dalam industri ini dan bergelar sebagai pelakon versatail suatu hari nanti berjaya," jelasnya. Terus mengorak langkah Bagi pelakon berusia 22 tahun ini, peluang menerajui drama Aku Bukan Bidadari memberi makna dalam kariernya sejak menceburi bidang seni pada tahun 2007. “Sebelum ini saya dah cuba berlakon, namun agak tenggelam-timbul. Masa tu saya sibuk dengan pengajian saya di Aswara," jelas pelakon yang mempunyai diploma dalam bidang teater ini. Walaubagaimanapun Nad berkata, dia agak gementar untuk menanti reaksi penonton terhadap lakonannya dalam drama bersiri yang baru sahaja tamat baru-baru ini. “Terus-terang saya katakan, walaupun saya sangat gembira dengan lakonan ini, tetapi sebenarnya saya gementar untuk mendengar reaksi penonton selepas menonton drama tersebut. “Bagaimanapun, saya perlu bersedia menerima segala kritikan membina demi memajukan kerjaya saya. Lagipun tahun ini merupakan tahun paling sibuk bagi saya kerana mendapat banyak peluang berlakon. Nad yang digandingkan dengan pelakon Sharnaz Ahmad memberitahu, dia melalui beberapa cabaran untuk melakonkan wataknya sebagai Inas dalam drama tersebut. “Mencabar dan penat itu yang dapat disampaikan kerana saya terlalu banyak bermain dengan emosi. Namun saya bersyukur kerana dapat melakukannya dengan baik," akui Nad. Tambahnya, dalam banyak-banyak watak, watak yang paling diingini adalah watak biografi, iaitu watak seorang tokoh terkenal sebelum ini. “Watak biografi yang paling saya dambakan adalah primadona filem kita Latifah Omar. Saya cukup suka wataknya. Saya teringin untuk memegang wataknya yang begitu hebat ketika era filem hitam putih pada tahun 1960-an. “Ketika itu, ramai pelakon-pelakon hebat yang dilahirkan, sehingga kini kita masih ingat setiap lakonan yang cukup menjadi oleh seniman serta seniwati di era itu," jelasnya. Saya tidak cabar sesiapa Dalam mana-mana bidang sekalipun, persaingan dan saling mencabar diri selalu sahaja berlaku, apatah lagi dalam bidang seni. Bagi Nad, itu semua adalah satu cubaan yang menguji kekuatan diri sebelum benar-benar berjaya dalam bidang ini. “Kehadiran saya dalam dunia seni ini diharapkan mendapat persaingan yang sihat. “Saya juga berharap mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman dalam industri ini. Saya tidak mencabar sesiapa tetapi saya cabar diri saya sendiri untuk menjadi yang lebih baik," jelasnya. “Saya juga jenis orang yang tidak suka kontroversi kerana ia langsung tidak berfaedah. “Orang luar serta peminat kita juga benci sekiranya kita dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Perkara ini hanya akan merosakkan kerjaya seni kita. Insya -Allah saya akan terus mencuba untuk menghindari perkara ini," katanya. Tambahnya lagi, hubungan baik perlu dijalinkan dengan setiap orang terutamanya dengan wartawan hiburan. “Saya mahu bina hubungan harmoni dengan wartawan. Mereka banyak menolong saya sehingga saya ketahap ini," ujar Nad Zainal.

Syukur Nad Zainal

WALAUPUN lambat dikenali, pelakon bernama Nad Zainal tetap bersyukur tatkala menyelusuri hari demi hari sepanjang bergelar anak seni. Hasil kesabaran itu lumayan, Nad Zainal kini meniti dari bibir ke bibir. Sungguhpun dia bukanlah nama besar tetapi namanya kini sudah diadili berdasarkan bakat dan bukan cerita sensasi. “Syukur, tahun 2012 adalah tahun yang paling baik untuk saya setakat ini. Banyak tawaran kerja yang datang dan saya menjadi lebih matang berbanding tahun-tahun terdahulu,” ujar aktres dengan nama berdaftar Nadia Zainal Abidin itu. Ujarnya titik mula namanya dikenali terjadi selepas dia berlakon drama Memberku, Hawa dan diikuti dengan Bukan Bidadari yang kini bersiaran di saluran pada setiap hari Selasa pukul 9 malam. “Jujurnya ada tawaran yang mula ditolak kerana kesuntukan masa. Tetapi saya anggap itu semua ke arah positif dan saya gembira dengan perkembangan serius kerjaya saya,” luahnya yang sebelum ini mengaku hanya diberi karakter komedi atau cilik sahaja. Keserasiannya mula kelihatan apabila gadis berumur 22 tahun itu digandingkan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Melalui beberapa cabaran untuk melakonkan wataknya sebagai Inas dalam Bukan Bidadari, Nad mengaku Sharnaaz banyak membantunya. “Sangat senang bekerja dengan Sharnaaz. Kalau seseorang itu sudah memang bagus, jadi dia akan sentiasa menyenangkan kerja dan itulah Sharnaaz. Saya seronok bekerja dengannya dan pengarah juga berasakan kami ikhlas dan rajin dalam memberi idea,” ujar Nad tentang watak dalam drama bersiri yang merangkumi 13 episod itu mendapat sentuhan dari pengarah Faizal Ishak serta turut dibintangi oleh Azlee Khairi, Sara Ali, Fiza Halim, Azhar Sulaiman dan ramai lagi. Drama Bukan Bidadari menurut Nad memberi impak yang semakin ketara terhadapnya. Tertawa sebelum meneruskan kata, dia mengaku sudah nampak akan perubahan tersebut. “Kalau keluar rumah, sudah ada mak cik - mak cik yang senyum tiba-tiba. Maksudnya sudah ada yang kenal. Ini juga perkembangan positif buat saya. Mula-mula gemuruh juga dibuatnya tetapi kini sudah biasa,” ketawanya kecil dalam nada sedikit segan. Untuk tahun hadapan, Nad mengaku sudah menyusun perancangan. Mahu kekal dalam suasana sebegini namun dalam masa yang sama dia berniat untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam skil lakonannya. “Buat tahun ini, saya baru selesai penggambaran filem Kami Histeria bersama Diana Danielle, Mila, Sara Ali dan Afdlin Shauki. Kemudian saya terlibat dengan drama Samarinda dan membawakan watak bawang yang baik,” ketawanya mengakhiri perbualan dan keliru antara bawang putih atau merah yang bersifat protagonis.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails