Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Perkahwinan Punca Amelina Tinggalkan Dunia Nyanyian
Misteri kehilangan penyanyi Amelina dalam dunia hiburan akhirnya terjawab apabila mengakui perkahwinannya sekitar 1999 menjadi punca dia meninggalkan bidang nyanyian.
Bagaimanapun penyanyi dangdut yang popular sekitar 90an itu enggan mendedahkan lebih lanjut pengalaman yang disifatkannya sebagai 'pembunuh' kerjaya seninya itu.
"Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tetapi kembali aktif selepas 15 tahun, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsi dengan sesiapa.
"Namun untuk saya terus hidup dalam kisah silam adalah sesuatu yang 'membunuh' secara perlahan. Justeru saya kuatkan hati, bulatkan tekad dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan," katanya menerusi kenyataan media kepada mStar Online pada Khamis.
Amelina kini tampil bernaung di bawah Wake The Baby Records Sdn Bhd dan bakal menghasilkan single yang bakal menjadi pengenalan kepada kemunculan semula penyanyi itu.
Enggan mendedahkan lanjut mengenai kisah perkahwinannya yang terus menjadi tanda tanya, Amelina yang mesra dipanggil Alin hanya selesa berkongsi tentang kebahagiaannya dengan enam cahaya mata yang menjadi pembakar semangat untuk kembali aktif di bidang nyanyian.
Menurutnya, perasaan rindu untuk kembali memegang mikrofon dan merakamkan lagu terlalu tinggi hingga memaksa untuknya nekad melupakan apa saja alasannya mengenai 'kehilangannya' sebelum ini.
"Semua yang pernah berlaku sebelum ini adalah satu proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu yang jauh lebih tabah, kuat dan bersemangat.
"Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsikan secara terperinci. Tapi cukup jika saya katakan ia pengalaman yang tak mungkin saya lupakan," katanya.
Mengulas mengenai gambarnya yang dimuat naik di laman sosial, kononnya Amelina sudah bertudung, penyanyi yang popular dengan lagu Rindu, Asyik dan Seri Langkat itu akhirnya menjelaskan kedudukan sebenar.
"Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu.
"Saya terpaksa mengenakan tudung bagi mengelak orang ramaimengenali saya.
“Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih-lebih lagi dengan mana-mana pihak mengenali saya. Tapi sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baharu selepas menyusun dan merencana langkah dengan teratur,” katanya.
Bekas Vokalis Exist, Ezad Didakwa Miliki Syabu
Bekas vokalis utama kumpulan Exist, Ezad, pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, Rabu lepas.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 35, didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama dekat sini pada 1.30 tengah hari 19 Nov lepas.
Ezad, yang popular dengan lagu 'Jesnita' didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Dis untuk sebutan.
Ezad, yang pernah berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie' membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy manakala Ezad tidak diwakili peguam. -BERNAMA
Mimi Loma Bakal Jalani Pembedahan Buang Batu Karang
Pelakon dan penyanyi era 60-an, Mimi Loma bakal menjalani pembedahan bagi membuang batu karang di dalam badannya dalam masa terdekat ini.
Mimi atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 68, berkata, dia akan membuat beberapa rawatan susulan terlebih dahulu pada minggu depan sebelum menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit batu karang pada 1 November lalu.
"Dan minggu depan saya akan melalui beberapa siri rawatan sebelum doktor memilih tarikh untuk saya menjalani pembedahan membuat batu karang tersebut," katanya kepada mStar Online.
Mimi Loma ditemui di rumahnya di Flat PPR Seri Semarak di sini pada petang Selasa.
Bagaimanapun tambah Mimi Loma, sekiranya pembedahan tersebut perlu dijalani pada bulan Disember, dia akan menangguhkan ke tahun hadapan memandangkan dia perlu menghadiri undangan persembahan nyanyian di Singapura pada bulan tersebut.
"Mungkin saya akan tangguh ke bulan lain jika doktor memberikan tarikh pada bulan Disember ini untuk saya jalani pembedahan itu.
"Yang penting persembahan itu akan saya utamakan dahulu. Ia sebahagian daripada mata pencarian dan saya enggan melepaskan peluang itu begitu sahaja.
"Lagipun risau pula jika pembedahan itu menganggu kesihatan dan suara untuk saya membuat persembahan," ujarnya.
Dalam pada itu, dia berharap selepas menjalani pembedahan itu, ia tidak akan memudaratkan dirinya atau muncul pula penyakit lain yang tidak diingini.
Sementara itu, kata adik kepada Allahyarham Puan Sri Saloma dan Mariani itu, dia tetap bersyukur kerana tidak diberi penyakit-penyakit lain yang lebih serius.
"Alhamdulillah, saya dia beri kesihatan yang baik. Cuma Allah mungkin nak uji saya dengan penyakit batu karang ini. Apapun saya menerimanya dengan hati yang reda, tuturnya.
Azza (Elite) Dedah Keguguran Tiga Kali, Tiub Fallopio Dibuang
Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopio bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu ekoran kandungannya berada di luar rahim.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, pembedahan itu cukup meninggalkan kesan kepadanya kerana kehamilan keduanya itu bukan sahaja gugur malah doktor mengesahkan dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.
"Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja.
"Biarpun redha dengan kejadian itu namun saya tidak pernah patah semangat kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada saya dan suami," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi pengacara dan pelakon Roslan Shah di Sri Kembangan pada malam Isnin lalu
Azza turut memberitahu dia pertama kali mengalami keguguran pada 2012 selepas beberapa bulan berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013.
Dalam pada itu, Azza berkata, dia terkejut apabila doktor mengesahkan dia hamil buat kali ketiga pada Disember tahun sama namun mengalami keguguran pada minggu ketiga kehamilannya.
Jelas Azza, biarpun sedih namun dia optimis dia masih mampu hamil lagi selepas ini biarpun hanya terpaksa bergantung kepada satu tiub fallopio sahaja.
"Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas ini," ujarnya.
Tambah penyanyi itu lagi, suaminya juga turut menjadi pendorong semangat kepadanya dan memastikan dia tidak melakukan kerja-kerja berat dan mendapat rehat yang cukup.
Malah kata Azza, pelakon Rozita Che Wan dan Didie Alias banyak memberinya nasihat dalam mengharungi masa sukar tersebut selain memberikan tip untuk terus mencuba mendapatkan zuriat.
"Sebelum ini saya murung dengan kejadian tersebut tetapi apabila difikirkan kembali ada hikmah disebaliknya mengapa saya masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
"Alhamdulillah suami dan rakan-rakan banyak memberi dorongan dan saya terbuka apabila ditanya mengenai perkara ini kerana saya tahu bukan saya seorang mengalami nasib sama dan cerita saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain juga untuk tidak berputus asa," ujarnya.
Sementara itu, Azza berkata, dia kini sibuk menguruskan butik pakaian muslimahnya di Busana Mall di ibu negara dan bersyukur perniagaannya itu semakin berkembang maju.
Malah kata Azza, dia bakal tampil dengan rekaan pakaian muslimahnya sendiri yang bakal diberi nama PAJ by Azza Elite dalam masa terdekat ini.
"Alhamdulillah berkat usaha saya dan suami bisnes semakin bertambah baik dan saya baharu sahaja membuka sebuah lagi butik di Busana Mall yang mengkhususkan penjualan pakaian," katanya.
LEBIH DUA BULAN NIKAH - ISTERI ALIF SATAR KINI HAMIL
Tahniah kerana bakal Bergelar Ibu!
Demikianlah ucapan rakan-rakan isteri Sha Dila Halid (Shad) di laman Instagramnya baru-baru ini. Mereka mengucapkan tahniah kerana teruja apabila mengetahui Shad dan suaminya Alif Satar bakal bergelar ibu bapa.
"Yes it is but still so early to announce," kata Shad ringkas.
Untuk makluman, Alif dan Shad telah bernikah pada 15 September lalu dan majlis resepsi mereka telah diadakan pada 20 September.
Tahniah diucapkan buat mereka!
Perkahwinan A Rahman Hassan & Fadilah Mansor Dapat Restu Anak
Penyanyi era 60-an Datuk A Rahman Hassan bersyukur kerana keputusannya untuk berkahwin dengan aktres Fadilah Mansor pada Disember ini mendapat restu daripada tiga anaknya.
A Rahman berkata, anak-anaknya yang menggalakkan beliau supaya berkahwin segera dengan wanita berkenaan kerana tidak mahu dia keseorangan sejak kematian isterinya, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu.
"Alhamdulillah anak-anak semua setuju dengan perkahwinan ini malah mereka menyuruh saya mempercepatkannya kerana mereka bimbang saya seorang diri tanpa teman.
"Malah saya juga meminta nasihat daripada rakan-rakan dan mereka juga gembira dengan keputusan saya untuk melamar Fadilah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Allahyarham Azizah meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir selain penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Sementara itu, bercakap mengenai perkenalannya dengan Fadilah, A Rahman berkata, mereka bertemu buat pertama kali setahun lalu dalam sebuah majlis hiburan sebelum hubungan itu semakin rapat dan seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin.
Jelasnya lagi, dia sebenarnya berasa malu untuk bercakap mengenai perkara tersebut kerana sedar pada usianya sekarang tidak manis untuk berbicara secara terbuka soal hati dan perasaan.
"Saya bukan muda lagi malah sudah tidak popular untuk bercakap mengenai soal ini namun Alhamdulillah pada usia begini saya dipertemukan dengan seorang wanita yang dapat menjadi teman hidup selain menerima saya dan keluarga.
"Apa yang boleh saya katakan Fadilah ada ciri-ciri yang saya mahu dan kami selesa bersama. Doakan yang baik-baik buat kami berdua," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai majlis itu nanti, A Rahman bagaimanapun masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh dan lokasi kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman rasmi.
Bagaimanapun kata A Rahman, majlis itu nanti hanya akan diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga, kenalan dan rakan media.
"Saya sebenarnya terkejut apabila berita mengenai perancangan saya untuk berkahwin tersebar begitu cepat namun saya minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan tarikh dan lokasi buat masa ini.
"Biarlah kami siapkan dahulu semua persiapan dan Insya-Allah saya akan maklumkan kemudian tarikh dan lokasi kepada pihak media tidak lama lagi," ujarnya.
Shima Enggan Fikir Soal Lelaki Selepas 4 Kali Cerai
Penyanyi popular 1990-an, Shima mendedahkan dia sudah kembali solo sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003.
Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45, berkata, ia merupakan perceraiannya buat kali keempat dan dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pasangan hidup.
"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.
"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Shima, bagaimanapun dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bertemu dengan jodoh lain kerana ia adalah ketentuan Ilahi.
Selain dengan rakyat Kanada itu, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994.
Dia juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.
Sementara itu, Shima juga tidak pernah berasa sunyi tanpa teman kerana aktiviti hariannya sentiasa terisi dengan pelbagai kerja-kerja nyanyian selain meluangkan masa bersama lima ekor kucing kesayangan.
"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti.
"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Shima kini terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini.
"Alhamdulillah, saya ditawarkan menyertai pertandingan ini selepas setahun menamatkan kontrak menyanyi di sebuah hotel.
"Bagi saya, ini satu cabaran baik untuk saya memantapkan diri semula sebelum muncul dengan single lagu baru," tuturnya.
Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.
Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Shima sebelum ini pernah popular menerusi lagu Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin.
Nad Zainal Buang Gambar Di Instagram Elak Kontroversi
Selepas pelakon Izreen Azminda membuat keputusan membuang hampir ke semua foto di akaun Instagram miliknya minggu lalu, kini aktres Nad Zainal pula mengambil tindakan yang sama.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelak daripada sebarang kontroversi yang boleh tercetus kerana gambar yang dimuat naik itu.
"Kadang-kadang gambar yang kita muat naik itu biasa-biasa saja tetapi ia boleh dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Biasalah, ada suka kita dan ada membenci. Jadi lebih baik jika kita elak menjadi bahan bualan ramai," katanya yang dihubungi mStar Online.
Sebelum ini, Nad telah mempunyai kira-kira hampir 2,000 gambar di laman Instagram miliknya dan ia sudah pun dibuang pada Ahad lalu.
Setakat Selasa, akaun Instagram Nad yang mempunyai seramai 151 ribu pengikut hanya memuatnaik empat keping gambar bermula Isnin.
Dalam pada itu, Nad turut menyifatkan kebanyakan gambar-gambar dimuatnaik ke dalam laman sosial tersebut tiada kaitan dengan kerja sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi mempromosi kerjaya seni.
"Apa yang saya lihat, banyak gambar yang tidak berfaedah dimuatnaik dalam Instagram, saya tengok sendiri pun naik rimas.
"Dengan cara itu juga saya dapat 'membuka buku baru' bersempena dengan tahun baru 2015 yang akan tiba tidak lama lagi. Saya mahu Instagram itu dipenuhi dengan gambar yang melibatkan kerjaya seni sahaja," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nad kini sibuk dengan penggambaran drama Street Vendetta siaran RTM. Selain itu lakonan Nad menerusi drama Antidot akan bersiaran di TV3, bermula 9 Disember ini, pukul 10 malam.
TAHNIAH - AMYZA AZNAN TIMANG ANAK KETIGA
Giliran Amyza Aznan pula menimang cahaya matanya di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Untuk makluman, bayi tersebut dilahirkan secara normal seberat 3.7 kilogram. Amyza telah memberi nama 'Ayden Andika Bin Khairil Izhar'.
Dengan kelahiran Ayden, Amyza dan Kahiril kini mempunyai tiga anak. Dua anak mereka sebelum ini bernama Andre Mikhail dan Andrian Adam.
Tahniah diucapkan!
CERAI BULAN FEBRUARI - DYNAS MOKHTAR PECAH RAHSIA
Teka-teki terjawab jua!
Jika sebelum ini Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar menyembunyikan statusnya, kali ini dia sendiri mendedahkan yang dia dan suaminya Mohd Hafizy Hafiz sah bercerai talak satu pada 25 Februari lalu.
Apa nak dikata, mungkin sudah tiada jodoh.
Bagi penjagaan anak pula, Dynas dan suaminya bergilir-gilir menjaga dua anak mereka iaitu Khyra Khalyssa, 4, dan Mohamed Haqaish, 2.
Untuk rekod, Dynas dan Hafizy mendirikan rumahtangga mereka pada 15 Mac 2008.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]











