Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Pelakon Eizlan Yusof Cerai Talak Satu
Rumah tangga yang dibina pelakon Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun selama tujuh tahun akhirnya musnah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu.
Perceraian mereka disahkan oleh Makamah Syariah Gombak Timur di sini pada Isnin.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.
Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.
Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan.
Eizlan, 44, dan Vie Santie, 29, bernikah pada 7 Julai 2007 dengan hantaran RM77,777.77.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun.
RESEPSI PERKAHWINAN LEEZ & AEPUL
Sekitar resepsi perkahwinan pasangan yang paling banyak mendapat perhatian peminat dunia hiburan iaitu Leez Rosli dan Aepul (Drama Band).
Untuk rekod, mereka berdua bernikah pada bulan Disember 2014 lalu dan telahpun melangsungkan resepsi perkahwinan mereka yang pertama baru-baru ini.
Namun yang kedua ini nampaknya sama meriah dengan yang pertama. Malah Leez juga nampak makin cantik dan berseri-seri.
Liyana Jasmay Tidak Guna Populariti Lariskan Jualan
Pelakon Liyana Jasmay tidak akan menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk melariskan jualan barangan menerusi label miliknya iaitu Mermaid Luxe.
Sebaliknya kata Liyana, 26, dia dan kakaknya, Edriana Jasmay bermula dari bawah dalam memulakan perniagaan melalui laman sosial Instagram dan menyertai bazar bagi memperkenalkan produk mereka.
"Benar status selebriti itu mampu menarik pelanggan tetapi saya mahu mendapat kepercayaan pelanggan dengan bermula dari bawah.
"Alhamdulillah banyak yang saya belajar apabila menjual barangan di Instagram dan bazar kerana dari situ kita dapat melakukan kajian pasaran serta memperbaiki produk ditawarkan agar memenuhi kehendak pelanggan," katanya kepada mStar Online.
Liyana ditemui pada majlis pelancaran klip video lagu tema filem Isyarat Cinta iaitu Tak Harus Memiliki di Restoran Rebung di sini pada Isnin.
Selain Liyana, filem arahan Bade Azmi itu turut menampilkan Adi Putra dan Fizo Omar dan ia akan menemui penonton di pawagam pada 19 Mac depan.
Dalam pada itu, Liyana berkata, dia dan kakaknya memulakan perniagaan itu sejak Disember lalu dan setakat ini menjual beberapa jenis pakaian dan tudung.
Malah kata Liyana, mereka bercadang untuk membuka butik khas pada Ogos depan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan barangan di bawah jenama Mermaid Luxe.
"Setakat ini kami ingin tengok sambutan pelanggan dan Alhamdulillah penerimaan cukup baik.
"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan semakin stabil Ogos nanti baharulah kami buka butik," ujarnya.
Sementara itu, Liyana berkata, dia teruja apabila melihat generasi muda yang kini rata-rata bersemangat dalam menjalankan perniagaan biarpun secara kecil-kecilan.
Kata Liyana, melihat senario itu dia dan kakaknya bertambah teruja untuk sama-sama memajukan perniagaan mereka dan sering menyertai pelbagai bazar bagi sama-sama memberi sokongan terhadap peniaga lain.
"Seronok melihat ramai anak muda tampil dengan pelbgai produk menarik untuk dijual kepada pelanggan dan ini adalah perkembangan yang cukup baik.
"Setiap kali saya menyertai mana-mana bazar sokongan dan kerjasama di antara peniaga cukup baik dan membuatkan suasana cukup meriah," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Liyana berkata, syarikat produksinya, Mermaids Studio bakal menerbitkan sebuah super telefilem untuk siaran Astro iaitu Angin Cinta selain sebuah filem berjudul Bella dan Jamie.
Beego Bengang TNB Buat Salah Potong Bekalan Elektrik
Pelakon Beego pada Selasa berang apabila bekalan elektrik di rumahnya di Kondominium Sri Putra Mas, Jalan Kuching dekat sini telah dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain menuduh agensi pembekal tenaga itu sebagai “menipu duit rakyat”.
Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, dalam status Facebook miliknya kecewa apabila pihak TNB tidak mengaku kesalahan mereka dengan mengeluarkan bil yang salah sehingga ia mencecah RM557.
"Saya buat pembayaran akhir sebanyak RM250 dan ada membuat laporan bil saya melambung tinggi sampai RM557.
”Pada 6 Februari 2015 dua orang pegawai unit pemerikaan jangka telah datang memeriksa meter dan mereka mengesahkan bacaan bil pada bulan Januari adalah salah, iaitu kesilapan daripada pihak TNB,” katanya.
Tambah Beego lagi semasa membuat aduan menerusi talian khdimat pelanggan, dia diarahkan untuk membayar RM5 yang akan dimasukkan ke dalam bil terbaharu sebagai prosedur kerana pemeriksaan meter telah dilakukan.
Bagaimanapun kata Beego, dia kecewa pegawai yang membuat pemeriksaan meter dirumahnya tidak melaporkan mengenai kecuaian pihak TNB mengemukakan bacaan yang salah sehingga diminta membayar bil dengan jumlah yang tinggi.
Kelemahan itu menyebabkan bekalan elektrik di rumahnya dipotong.
“Ini yang aku naik angin ni. TNB memang ada polisi melindungi pekerja yang buat salah ke atau makan je duit pengguna kalau dia orang tak perasan? Kalau kita bayar bil lambat apa dia buat? Potong?
“Kalau TNB buat human error? Lindung sebab banyak untung? Tanpa pengetahuan rakyat,” luahnya.
Dalam status itu Beego berkata dia dijanjikan proses penyambungan bekalan akan dilakukan pihak TNB antara pukul 5 petang sehingga pukul 10 malam Selasa namun ia menyebabkan barang-barang didalam peti ais yang disimpan mungkin akan rosak.
”Barang-barang dalam peti ais semua ‘berair’. Aku nak ambil tindakan undang-undang kalau ianya boleh diadili,” luahnya lagi.
Ayda Jebat Ditegur Kerana Semakin 'Bulat'
Pelakon Ayda Jebat menyedari berat badannya meningkat dua kilogram ketika berlakon dalam telefilem drama Diva yang ditayangkan pada 7 Februari lalu di Astro Ria.
Ayda, 23, berkata, biarpun peningkatan tersebut tidak terlalu banyak, namun ia mengubah wajahnya dan kelihatan berbeza berbanding kemunculan dalam drama Rindu Awak 200% akhir tahun lalu.
"Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.
"Ia naik dalam dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Ayda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keadaan fizikalnya yang dilihat semakin berisi dalam drama terbaharu berjudul Diva sehinga mengubah bentuk wajahnya.
Tambah Ayda, lebih memburukkan keadaan drama tersebut memerlukan dia untuk memakai rambut palsu yang tidak sesuai dengan bentuk mukanya yang agak bulat.
"Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya.
"Pengarah ada tegur perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh," ujarnya.
Dalam pada itu, Ayda berkata, ada beberapa kenalannya yang menyarankan untuk dia melakukan pembedahan muka bagi membuang lemak dan menjadikan lebih cantik.
Namun, dia menolak cadangan itu berikutan usia yang terlalu muda dan selesa dengan wajah yang dimilikinya kini.
"Ada juga rakan-rakan yang menyuruh saya buat rawatan muka untuk bagi nampak lebih cantik tetapi saya menolak.
"Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan," katanya.
Dalam pada itu, Ayda mengakui menerima teguran daripada pengarah Micheal Ang agar dia menguruskan badan sebelum mula penggambaran di bawah arahannya tidak lama lagi.
"Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet.
"Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ayda bakal keluar dengan drama terbaharu berjudul Suami Sebelah Rumah terbitan JS pictures bermula pda 2 Mac depan di slot Airis, TV3.
TAHNIAH - ZAREMA ZAINAL BERSALIN ANAK LELAKI MELALUI PEMBEDAHAN?
Isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan iaitu Zarema Zainal dikatakan telah selamat melahirkan anak lelaki pada Khamis 5 Februari secara pembedahan di Hospital Columbia Asia, Klang.
Bagaimanapun, maklumat tersebut tidak dapat disahkan buat sementara ini kerana tiada apa-apa kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka. Apa yang ada hanyalah sekeping gambar Aidil bergambar dengan seorang doktor di hospital terbabit.
Untuk info, pasangan ini berkahwin pada 14 Mac 2014 dan telah membuat majlis baby shower pada penghujung Januari lalu.
Jika benar telah selamat bersalin, tahniah diucapkan
Ezad Lazim Dituduh Reka Cerita Hidap Diabetes Mahu Sorok Isu Dadah
Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim terkilan apabila ada pihak menuduh dia sengaja mereka cerita kononnya menghidap diabetes bagi menyembunyikan kisah di sebalik berat badannya susut akibat dadah.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 36, berkata, tidak mempunyai sebarang sebab untuk dia mempermainkan soal kesihatannya namun mengakui dadah antara punca dia kehilangan berat badan.
"Saya tidak pernah menipu apabila memberitahu saya sakit dan badan saya kelihatan kurus kerana kesan penyakit diabetes sebaliknya kerana pengambilan dadah ketika itu.
"Sehingga kini saya masih mengambil ubat-ubatan bagi mengawal kandungan gula dalam darah," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu pada Khamis, Ezad mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.
Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Khamis.
Bagaimanapun Nurul Izzah menetapkan 10 Februari ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan tersebut.
Tambah Ezad, dia sebenarnya menghidap diabetes sejak lima tahun lalu.
Dalam pada itu, Ezad berkata, dia pada awalnya mengambil bahan terlarang itu apabila ada pihak memberitahu ia mampu memulihkan penyakit kencing manis.
Ezad berkata, dia bersyukur penahanannya memberikan pengajaran terbesar sepanjang bergelar artis.
"Saya sedar tindakan tanpa berfikir panjang itu telah membawa padah kepada saya namun saya bersyukur ditahan kerana jika tidak mungkin saya hanyut terlalu jauh," ujarnya.
Sementara itu, Ezad berkata, biarpun kejadian itu telah mencalarkan namanya namun dia bersyukur masih mendapat sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat.
Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.
Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.
Hasrat Hairi Safwan Berbulan Madu Di Mekah Tidak Kesampaian
Pelakon Hairi Safwan mengakui terkilan apabila hasrat untuk menunaikan umrah sempena meraikan bulan madu perkahwinannya tidak kesampaian.
Hairi atau Mohd Hairi Safwan Aznan, 27, berkata, dia tidak mahu terlalu merancang dalam melakukan ibadah itu dan menyerahkan rezeki tersebut kepada takdir yang ditentukan Allah.
"Saya tidak mahu berharap lagi kalau ada rezeki saya untuk ke sana buat ibadah itu, maka ada la.
"Pakej umrah yang saya uar-uar dahulu tidak dapat diteruskan pada tarikh yang ditetapkan iaitu hujung tahun 2014 kerana ada dua orang peserta bersalin.
"Selepas itu mereka tangguhkan pada bulan Januari ini tetapi dibatalkan juga atas sebab-sebab tertentu," ujarnya kepada mStar Online.
Hairi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan pakej umrah daripada sebuah agensi umrah dipromosikannya pada September tahun lalu.
Jelas Hairi, keadaan isterinya kini juga tidak mengizinkan kerana sedang sarat mengandung enam bulan anak pertama mereka.
"Kalau ada rezeki saya seorang sahaja la pergi umrah kerana isteri sedang mengandung atau mungkin selepas isteri saya bersalin sahaja nanti," ujarnya.
Sementara itu, Hairi turut berkongsi perasaan gembiranya bakal bergelar bapa yang dijangka pada awal Jun depan.
Katanya, sepanjang isterinya mengandung dia banyak memasak makanan kegemaran isterinya.
"Alhamdulillah sekarang sudah enam bulan isteri berbadan dua dan memang perasaan gembira nak menunggu kelahiran anak pertama ini.
"Sepanjang isteri saya mengandung ini saya banyak masak makanan kegemaran dia. Saya akan tanya dia setiap hari mahu makan apa untuk saya masakkan," ujarnya.
Hairi berkahwin dengan seorang guru Fara Afiza Azman pada 22 Mac 2013 di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Fara Fauzana Tidak Terbeban Soal Kahwin
Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan dia tidak lagi berasa terbeban apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan.
Fara, 35, berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu dan pada usianya sekarang ia bukan soal utama selain meletakkan keyakinan kepada Allah yang merancang perjalanan hidupnya.
"Dulu saya akui memang seorang yang terlalu berfikir apabila ada yang bertanya tentang kahwin tetapi sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa bebanan itu.
"Allah adalah seorang sebaik-baik perancang dan saya ingin berpegang pada kata-kata ini dan yakin pasti akan ada jodoh saya suatu hari nanti.
"Kalau tidak pun mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua ibu bapa saya sehingga ke akhir hayat dan bukan semua orang dapat peluang itu," jelasnya kepada mStar Online.
Fara terdahulu diumumkan sebagai hos baharu program Muzik-Muzik 30 bersama AG bagi menggantikan Scha Al Yahya.
Program itu bersiaran setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang.
Pun begitu kata Fara, itu tidak bererti dia berhenti berusaha mencari jodoh dan mengakui ada mengenali beberapa lelaki namun belum bertemu yang benar-benar sesuai dengannya.
Tambah Fara, kesibukan dengan tugas seharian turut menjadi faktor utama dia tidak berpeluang untuk menjalinkan hubungan cinta seperti mana wanita lain.
"Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan tidak pernah masuk campur tentang urusan itu," jelasnya.
BAKAL BERSALIN APRIL - CATRIONA ROSS HAMIL ANAK KETIGA
Catriona Ross yang kini sedang mengandung tujuh bulan dijangka bakal melahirkan baby ketiganya itu pada 25 April ini. Khabarnya, dia akan bersalin di sebuah hospital swasta.
"Ramai yang tidak tahu saya sedang sarat mengandung kerana saya sibuk dengan urusan perniagaan 'bakery'. Saya tidak sempat beritahu kepada sesiapa cuma ada beberapa rakan artis yang sememangnya tahu tentang hal ini.
"Alhamdulillah walaupun sedang sarat mengandung, saya masih aktif berniaga dan bekerja. Insya Allah doakan semuanya selamat kerana jangkaan saya bersalin juga semakin hampir," jelas Catriona dipetik sebagai berkata kepada Media Hiburan.
Untuk rekod, Catriona dan suaminya Shaharuddin mendirikan rumahtangga mereka pada 26 Jun 2009 dan telah dikurniakan dua orang anak bernama Sephia Rania Ross-Iddin, 5, dan Jammal Raess Ross-Iddin, 2.
Tahniah diucapkan dan semoga proses kelahiran nanti akan berjalan lancar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
















