BUKAN satu omongan kosong. Tetapi percayalah, kunci kecantikan pada wanita bernama Mimi Haris ini terletak pada senyumannya. Lihat sahaja cara dia mengukir senyuman. Nah...cukup manis. Boleh membuatkan hati jejaka-jejaka di luar sana mencair.
Sekarang silakan usir segala persoalan yang bersarang di minda kerana Pancaindera tahu, ramai di luar sana yang masih belum mengenali siapa gerangannya wanita ini.
Entah dari mana asal dan datangnya, tahu-tahu dia muncul melatari dunia seni tanah air menerusi cabang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.
Bagi sesetengah orang, punya banyak profesion dalam satu masa, apatah lagi dalam bidang sebegini, tentu sekali selebriti itu akan dikenali ramai.