Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tomok nanti dua kelahiran Mei ini


TANPA berselindung riak wajahnya sudah membuktikan bahawa penyanyi serta pelakon ini sudah tidak sabar lagi untuk menanti kelahiran anak sulungnya.

Bagi Tomok pengalaman sepanjang menanti kelahiran anak pertamanya itu banyak memberi ruang kepada dia dan isteri Rahayu Abbas, 33, untuk sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan kepada keluarga kecil mereka.

Menanti detik penting dalam kehidupan berumahtangganya, kata Tomok, isterinya itu dijangka bakal melahirkan anak pertama mereka pada bulan Mei ini.

Enggan berkongsi jantina anak pertamanya ini dengan umum, Tomok memberitahu, apa yang penting adalah kandungan isterinya kini berada dalam keadaan sihat.

"Usia kandungan isteri saya kini sudahpun tujuh bulani.

"Buat masa ini saya tidak mahu memberitahu jantina anak saya, tunggulah sehingga ia dilahirkan," katanya ketika ditemui pada program MasterChef Selebriti Malaysia terbitan Astro di Bukit Rimau Industrial Park, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan isterinya, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 28, memberitahu, di awal tempoh dua bulan kandungan merupakan antara waktu paling yang tidak dapat dilupakan olehnya.

"Alahan isteri saya agak teruk apabila langsung tidak boleh bau makanan.

"Dan bagi mengelakkan alahan tersebut selama dua bulan kami tidak masak di rumah sebaliknya hanya makan di luar," katanya ketawa.

Sama seperti keghairahan ibu bapa muda lain dalam menanti kelahiran bayi sulung, Tomok dan isterinya juga tidak melepaskan peluang melengkapkan perkakasan dan barangan keperluan bayi.

"Sebenarnya saya sangat gembira untuk bergelar ayah, satu perasaan yang tidak boleh saya gambarkan.

"Saya dan isteri juga sebenarnya telah membuat pelbagai persiapan di dalam memberikan yang terbaik untuk anak kami ini," katanya.

Filem dan album

Ternyata bulan Mei memberi sejarah tersendiri buat Tomok apabila bukan sahaja akan menimang cahaya mata tetapi bakal muncul dengan filem Mantera pada 17 Mei ini.

Menurut Tomok, walaupun berdebar dengan kehadiran bulan penting itu namun dia tetap bersyukur kerana tahun ini banyak menyaksikan dia kembali memeriahkan industri hiburan negara.

"Tahun ini sahaja dua filem saya bakal ditayangkan di pawagam iaitu Mantera dan Istanbul Aku Datang.

"Sebenarnya ini merupakan tahun penting untuk saya, memandangkan banyak produk saya akan muncul pada tahun ini," katanya.

Selain bidang lakonan, rezekinya di dalam bidang seni nyanyian juga tidak putus apabila dia kini sedang sibuk menyiapkan album solo keduanya.

Mengakui album terbarunya itu ada kelainan yang ingin diberikannya.

"Saya kini sedang di dalam proses menyiapkan album terbaru saya yang akan berada di pasaran pada tahun ini.

"Selain single terbaru saya bertajuk Aku Datang iaitu runut bunyi untuk filem Istanbul Aku Datang yang akan turut dimuatkan. Album itu nanti juga akan memuatkan lagu-lagu yang berbeza daripada sebelum ini," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails