Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya tidak langgar adat AWAL


MELAMAR gadis impian di tempat terbuka memang tak salah tetapi perbuatan melutut sambil meminta gadis itu berkahwin dengannya jelas bukan budaya orang kita. Perilaku berkenaan lebih sinonim dengan peradaban orang tak ada adat resam berlainan dengan masyarakat kita yang cukup mementingkan perkara itu. Perbuatan melamar secara melutut itu juga dibuat pelakon Awal Ashaari, 30, kepada pasangannya, Scha Al-yahya sewaktu mengacara program hiburan Propaganza disiarkan secara langsung di Astro Ria pada 25 Mac lalu.

Biarpun 'kejutan' lamaran ala romantis itu berjaya menghambat rasa terharu di hati Scha sehingga berair mata gembira, namun perlakuan Awal itu juga menimbulkan rasa tidak senang para penonton rancangan itu kerana berpendapat Awal membelakangi adat dan sengaja mencetuskan budaya Barat secara tidak langsung. Sungguh pun begitu, pelakon filem Syurga Cinta ini ada penjelasan terhadap tindakannya itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails