Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Artis 'suam-suam' kuku - Faezah Elai

BERGELAR seorang ibu, ada asyik yang tersendiri menjengah dalam diari hidup seorang wanita. Namun, bukan mudah sebenarnya bergelar seorang ibu kerana komitmen yang tinggi perlu diberikan kepada keluarga, tambahan jika si ibu jenis berkerjaya. Itulah dilema yang dihadapi oleh pelakon, Faezah Elai yang kini ibu kepada seorang bayi perempuan, Dealova Heyrinna, hasil perkongsian hidup bersama pengarah, Heykal Hanifah. Namun, dalam kesibukan menguruskan rumah tangga, Faezah sempat membisikkan kata rindunya pada dunia lakonan. Bukan tidak mahu meneruskan dunia lakonan, tetapi kini dia lebih selesa untuk fokus kepada bayi dan keluarganya dahulu. "Saya berhenti seketika, bukanlah bermakna saya berhenti terus daripada dunia lakonan. Tetapi mahu fokus pada keluarga dahulu. "Saya ada pembantu rumah, tetapi buat masa ini Dealova masih lagi menyusu badan. Jadi, saya terpaksa bersama dengannya setiap masa," kata ibu kepada Dealova yang kini sudah mencecah usia tujuh bulan. Melihat kepada perkembangan kerjaya wanita itu, nampaknya tahun ini sahaja dia sudah membintangi dua buah filem. Rezeki itu mencurah-curah buat dirinya selepas dikurniakan anak. Namun bagi Faezah, perkara itu secara kebetulan sebenarnya, kerana kedua-dua filem itu dilakonkan sebelum dia bersalin. "Semua rezeki Tuhan. Saya bersyukur kerana filem Tanda Putera misalnya mengambil masa yang agak lama untuk mendapat kelulusan ditayangkan. KL Zombi juga dilakonkan sebelum saya bersalin dan kebetulan ditayangkan bersekali dengan Tanda Putera. "Mungkin disebabkan dua filem itu, orang melihat saya seakan aktif selepas bersalin, sedangkan sebenarnya tidak begitu," jelasnya. Tambahnya, selepas bersalin, dia ada menerima beberapa tawaran berlakon tetapi terpaksa ditolak kerana faktor komitmen sebagai ibu. "Sukar hendak berlakon dengan bayi yang masih kecil kerana penggambaran mengambil masa yang agak lama. Kalau saya berlakon pun, mungkin di bawah arahan suami sahaja kerana dia memahami situasi saya. "Lagipun jika ambil tawaran berlakon, saya terpaksa membawa bayi ke lokasi. Risau juga mungkin ini akan membuat orang lain tidak selesa dengan keadaan itu," ujar Faezah. Menurutnya, masa juga memainkan peranan penting kerana buat masa ini dia hanya boleh berada di luar sehingga pukul 11 malam sahaja. "Kalau saya ambil tawaran pengambaran pun, saya akan beritahu pengarah awal-awal saya perlu pulang sebelum pukul 11 malam. "Sekarang sudah tidak macam dahulu, banyak benda yang saya fikirkan. Keperluan untuk bersama keluarga lebih tinggi," katanya. Pilih watak Sudah menjadi adat selepas berkahwin, bagi seorang isteri, batasan pergaulan lebih terhad untuk menjaga hati suami dan faktor masa untuk bersama anak-anak. Atas alasan itu menyebabkan Faezah kini lebih selesa untuk memilih watak yang sesuai demi menjaga hati pelbagai pihak. "Buat masa sekarang, saya memang tidak memilih watak yang memerlukan saya beraksi seksi dan sebagainya. kalau ditawarkan, saya akan tolak dengan cara baik kerana saya memikirkan hal keluarga dan anak-anak. Faktor itu penting buat saya," jelasnya. Dia turut mengurangkan watak-watak yang bersifat antagonis dan jahat. "Kadang-kadang, bila kita bawa watak jahat, ini akan memberi kesan kepada penonton untuk membenci watak yang dilakonkan. Sekaligus, tempiasnya terkena pada saya. "Jadi sebagai seorang ibu, saya tidak mahulah anak-anak melihat saya melakonkan watak-watak sedemikian rupa," jelas Faezah. Ujarnya, buat masa ini sebarang tawaran berlakon akan dibincangkan dengan suaminya dahulu. "Saya perlu jaga hati suami. Jadi, lebih elok jika sebarang tawaran itu saya tanya kepada suami untuk mendapat keizinannya. "Bukanlah berhasrat mahu memilih watak atau berlagak dan sebagainya, tetapi ia dilakukan bersebab. Oleh itu, saya harap semua memahami," jelasnya. Melihat perjalanan kerjayanya yang agak membiak akhir-akhir ini, pun Faezah tetap berasakan dia belum benar-benar popular. " Sebagai pelakon saya sentiasa merasakan yang saya ini seorang artis yang suam-suam kuku sahaja. "Tiada istilah saya popular atau tidak kerana apa yang penting ialah tahap lakonan itu bertambah baik atau sebaliknya. Itu lebih penting," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails