Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Keluarga adalah keutamaan - Erin Malek

CANTIK, muda dan berbakat. Tiga sifat yang ada pada pelakon remaja, Nur'Arina Abdul Malek atau lebih dikenali Erin Malek, 19. Dalam usia yang muda Erin juga terpaksa menerima tempias pelbagai kontroversi dan cerita-cerita panas yang dikaitkan dengan dirinya. Daripada perihal keluarga, cinta hinggalah ke perangai sosialnya, kesemua itu terpaksa diharungi meskipun ada ketikanya dia tidak mampu bertahan. Melalui zaman peralihan apabila bergelar anak remaja, Erin kembali bersemangat dengan menyusun strategi dan tidak menggunakan kontroversi sebagai alasan untuknya berhenti daripada bidang lakonan. Ternyata dia gembira apabila keputusan terjun ke bidang itu memang tepat biarpun pernah memperlahankan kerjaya seninya tidak lama dulu demi fokus kepada pelajaran. "Tiga atau empat tahun dulu saya pernah berhenti daripada berlakon. Masa itu, saya fokus belajar. Namun, saya gembira kerana kelibat saya tidak pernah dilupakan. "Habis sahaja saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terus ada tawaran berlakon. Namun, bukan semua tawaran diterima kerana saya akan melihat kesesuaian watak yang diberikan, barulah saya akan bersetuju," katanya. Bertemu dalam sesi fotografi bersama Hits di lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya, Merah Bukan Jambu terbitan Temenggong Pictures, Erin memberitahu, dia tidak pernah mengeluarkan duit untuk belanja keluarga. Katanya, seperti biasa ibu atau ayah akan berusaha menyara keluarga, tetapi dia tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang kakak. "Memang dari dulu lagi, saya akui duit hasil lakonan banyak digunakan untuk diri saya sendiri. Mungkin hanya sedikit sahaja akan saya gunakan untuk keluarga seperti bawa adik-adik keluar makan, beli baju untuk mereka atau sebagainya. "Malah, bayaran untuk lakonan juga saya pernah gunakan untuk khidmat seorang tutor persendirian semasa SPM dahulu," ujar pelakon berwajah manis itu. Langkah demi langkah diatur untuk mengekalkan populariti yang mula dikenali sebagai pelakon kanak-kanak sejak usia lapan tahun menerusi lakonannya dalam filem Bilut dan mengukuhkan lagi namanya selepas membintangi filem Tentang Bulan pada usia 13 tahun. Ibu bapa suntik semangat Keceriaan sering digambarkan pelakon berkulit cerah ini menerusi senyumannya ketika sesi fotografi dijalankan. Tidak mahu terburu-buru semata-mata mahu kemunculannya tidak putus di kaca televisyen, Erin akui tidak gusar dengan kemaraan ramai pelakon baru. "Untuk membina nama bukan satu proses yang singkat dan dalam industri ini, kita perlu berpegang kepada rezeki itu sendiri. Jujur, saya tidak takut pun dan kalau peluang datang lambat sekalipun, saya rela menunggu. "Lagipun, sekarang ini aktiviti saya bukan tertumpu kepada berlakon saja, namun banyak perancangan lain yang saya buat untuk mengisi masa. "Saya bukan jenis yang suka duduk diam di rumah, goyang kaki saja tunggu tawaran datang," kata Erin yang semakin terserlah dalam kematangan bicaranya. Mengisi edisi 2013 profil pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini, mengakui demi kasih sayang kepada kedua-dua ibu bapa serta dua orang adik kecil, dia teruskan pembabitan dalam lakonan. "Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon sedangkan saya amat mencintai bidang lakonan. Semangat dan dorongan ibu bapa sentiasa tersemat dalam diri dan saya pasti mereka mengharapkan yang terbaik buat kami semua," luah anak sulung daripada tiga beradik itu. Ditanya mengenai perancangannya dalam mengisi ilmu di dada selain bidang seni, jawab Erin, dia masih menunggu masa yang sesuai untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengarahan filem. "Sepatutnya saya sambung belajar tapi sekiranya mahu belajar saya perlu berhenti berlakon seketika. "Pernah juga saya terfikir awal tahun ini mahu sambung belajar tapi apabila dapat tawaran berlakon, saya letak ke tepi dulu hasrat saya. "Buat masa sekarang belum ada matlamat untuk sebetul-betulnya mahu belajar semula, selalunya saya suka merancang saat-saat akhir. "Mama pun tak bagi saya membuat dua kerja dalam satu-satu masa," kongsi Erin.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails