Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Anuar tolak media sosial

TIDAK sepertimana kebanyakan artis sekarang yang rata-ratanya menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram untuk berinteraksi dengan peminat, Anuar Zain beranggapan medium itu sebenarnya boleh menjatuhkan karier dan peribadi seseorang. Bukan sahaja artis tetapi kata Anuar, dia pernah berdepan pengalaman rakan- rakan baiknya bercerai-berai gara-gara laman sosial. “Saya suka keupayaan medium sosial terutama dalam aspek berinteraksi dengan peminat tapi saya fikir hidup saya sudah sempurna dan saya tidak berani untuk berkongsi lebih lanjut. “Orang sudah tahu hidup peribadi saya, keluarga saya dan di mana saya selalu melepak,” tegasnya yang hanya memiliki akaun Facebook Anuar Zain Network yang diuruskan oleh pasukannya. Bukan gusar hilang nilai eksklusif tetapi pelantun lagu Sedetik Lebih itu khuatir dari segi keselamatan diri sendiri seandainya terlalu terbuka di laman sosial. “Sudah terlalu banyak orang tahu mengenai dunia saya dan interaksi itu kadang-kadang bertimpa-timpa. Saya bimbangkan keselamatan saya sebab pernah ada pengalaman peminat fanatik yang tahu kedudukan saya, datang serbu. “Perkara begini adakalanya merimaskan saya. Itu tidak termasuk kes kutuk- mengutuk di Twitter dan menyebarkan perkara yang negatif. “Secara tidak langsung perkara begini mengganggu emosi saya. Kalau mahu menggunakan medium ini, jangan menjatuhkan maruah orang dan fikir perasaan orang lain,” katanya yang pernah gambarnya dirakam secara candid sebelum disebarkan secara negatif. Rumah orang tua Lali diasak pertanyaan mengenai kisah peribadi dan soal jodoh, Anuar menegaskan yang dia tidak risau sekiranya membujang sampai ke tua.
“Jodoh itu kerja Allah dan saya tiada hak untuk bertanyakan bilakah saya akan berkahwin? Saya tidak bimbang kerana itu urusan Tuhan,” ujarnya. Anuar memberitahu, dia bersedia memasuki pusat penjagaan orang tua suatu masa nanti seandainya tidak berdaya. “Kenapa perlu sedih untuk tinggal di pusat penjagaan orang tua? Saya tidak bimbang dan saya sanggup kerana kita akan dijaga rapi di sana. “Kalau saya ada anak pun kenapa saya perlu mengharapkan mereka menjaga saya sampai tua melainkan saya sendiri perlu menabung untuk diri sendiri buat bekalan masa akan datang,” ujarnya. Ditanya mengenai kesanggupan Anuar mengambil anak angkat, dia masih belum terfikir ke arah itu. Kata Anuar, dia sendiri sudah memiliki kehidupan bahagia bersama keluarganya. “Alhamdulillah, saya ada keluarga yang sangat prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang diri saya setiap hari. Malah, saya seronok melayan kerenah 12 orang anak buah saya yang sudah seperti anak sendiri,” tegas adik kepada penyanyi Ziana Zain itu. Jalinan kasih Sementara itu, Anuar berkongsi keterujaan untuk menjayakan Malam Jalinan Mesra Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia di Pusat Konvensyen Telekom, Kuala Lumpur pada 19 Oktober depan. “Ramai yang telah mempelawa saya untuk mengadakan persembahan tetapi memandangkan saya pun usai mengadakan konsert besar awal tahun ini, lebih elok saya memberikan ruang sedikit kepada diri sendiri,” katanya yang dipelawa bulan lalu. Anuar bakal mempersembahkan lima buah lagu popular dan akan meluangkan waktu untuk berinteraksi serta beramah mesra dengan peminat sempena majlis itu. Harga meja yang bermula RM3,000 hingga RM30,000 telah dibuka untuk tempahan. Maklumat lanjut boleh hubu- ngi 03-6206 4756 atau 017-3577 537.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails