Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hati Zahida Rafik Belum Terbuka

Aktres kacukan Melayu-Pakistan, Zahida Rafik berharap semoga Allah S.W.T segera membukakan pintu hatinya untuk mendirikan rumah tangga. Menyerahkan soal jodoh kepada-NYA, Zahida berkata buat masa ini dia masih belum memikirkan soal mahu bergelar isteri kerana fokusnya kini, beliau sedang sibuk merancang untuk membuka perniagaan. "Ya!, kawan-kawan saya ramai yang dah kahwin. Saya juga yang tak kahwin, kawin lagi. Mungkin belum sampai jodoh. Mudah-mudaha hati ini cepat terbuka untuk berkahwin. Jodoh di tangan Allah, InsyaAllah satu hari nanti... ", katanya yang enggan mengulas lanjut hal tersebut. Pemilik nama sebenar Zahida Mohamed Rafik ini ditemui pada majlis Pertunjukan Fesyen sempena Pelancaran Bianco Mimosa bertempat di Hotel Royale Chulan, pada Sabtu lalu. Berhenti Lakonan Sementara itu menyetuh mengenai karierya, wanita ini nampaknya sekarang sudah jarang-jarang muncul menerusi lakonan dalam mana-mana drama juga filem. Mengakui perkara tersebut, kata Zahida sebenarnya beliau memang sengaja memperlahankan aktiviti lakonan kerana mahu menceburkan diri dalam dunia perniagaan pula. "Saya dah slow berlakon. Tapi saya masih lagi ambil tahu mengenai perkembangan industri. Kadang-kadang saya penuhi undangan seperti malam ini. Selain saya sibuk dengan perniagaan saya. Alhamdulillah, saya gembira dengan hidup saya sekarang. "Saya dah kurang berlakon sebab bukan saya tak suka, tapi saya rasa saya harus cuba sesuatu yang lain untuk masa depan saya. Pada saya dunia lakonan kat malaysia ni tak besar mana. Bila kita popular, popular lah. Tapi bila kita dah berkeluarga, dah punya anak, populariti tu akan semakin berkurang. Tidak macam di Hollywood, semakin seseorang pelakon itu tua, semakin mahal harganya. "Tawaran tetap ada. Sesekali tu saya terima. Ada yang sarankan saya buat comeback. Tapi saya rasa tak erlu lah kerana saya mahu cuba sesuatu yang lain", jelasnya yang sudah empat tahun tidak aktif dalam dunia lakonan. Cukup berminat dengan bidang masakan dan kecantikan, Zahidah berkata dia bercadang mahu membuka restoran atau farmasi pada masa akan datang. "Saya suka makan. Saya bercadang nak buka restoran ataupun buat bisnes yang berkaitan dengan kesihatan. Mungkin nak buka farmasi. Tapi ini baru perancangan", katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails