Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pendukung jiwa Radhi

TIDAK semua wanita boleh terima penagih dadah macam saya tapi Ayu boleh. Dia terima keadaan saya yang umpama ‘bom’ ini," kata Radhi, 36, tentang Ayu, teman wanitanya yang kini menjadi terapi paling mujarab buat dirinya. Mengakui dia yang berpotensi besar untuk kembali ke tabiat lama jika dibiarkan tanpa bimbingan, Radhi menambah kehadiran Ayu sebagai pendorong utama untuk berubah. Sikap toleransi Ayu berjaya menyuntik semangat vokalis kumpulan OAG ini mencari arah tuju dan kehidupan yang lebih menjamin pada masa depan. Sementelah menyedari banyak berlaku kesilapan dan pembaziran pada masa silamnya, Radhi mengakui sudah tiba masa untuk dia membuat sesuatu perkara bermanfaat dalam hidup. “Bila dikenang-kenang kembali dosa masa silam, saya dapati banyak benda saya sia-siakan. Banyak kelakuan saya menyusahkan orang dan penyebab tercetusnya permasalahan yang lain. “Tapi itu semua cerita dulu. Radhi yang baru ini sudah tutup cerita lama. Saya nak bina hidup baru. Pertemuan dengan Ayu menyedarkan saya tentang kehidupan yang terbuang sebelum ini. “Mungkin dari segi usia memang dia muda tapi visinya jelas. Ayu tahu apa yang dia nak dalam hidup. Itu yang buat saya malu sendiri bila berdepan dengan orang muda macam Ayu. “Sebab itu saya bersyukur bila dipertemukan dengan Ayu. Dia bukan saja kekasih tapi teman pemulihan saya," katanya penuh makna pada pertemuan baru-baru ini. Mengulas tentang rancangan berkahwin, Radhi menegaskan masih terlalu awal untuk memaklumkan perkara itu biarpun banyak pihak sudah tahu tentang hubungan istimewanya. Radhi berhasrat menumpukan perhatian kepada pemulihan diri sepenuhnya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali kedua. Sebelum ini Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohd. Rifdhi Muslim, 8. “Tanggungjawab dan misi saya kali ini ada banyak. Tapi saya tumpukan perhatian membalas jasa orang sekeliling yang pernah berbakti satu masa dulu. “Saya juga nak sihat sepenuhnya. Tak nak bergantung pada ‘benda’ itu lagi lepas ini. Saya juga nak hindari kecenderungan yang membolehkan saya mengingatinya lagi. “Lepas ini juga saya kena cari kerja. Bila dapat duit lebih baru saya boleh kumpul duit. Bila duit dah banyak baru boleh sara anak dara orang," katanya yang bakal menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman sedikit masa lagi. Tanpa menyatakan nama syarikat rakaman tersebut, apa yang diharapkan Radhi adalah menjadi pejuang seni yang normal selepas ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails