Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

ND Lala lega gosip Shila-Johan

SUATU ketika dahulu penyanyi Amir Hamzah Salleh atau lebih sinonim dengan panggilan ND Lala pernah aktif dalam bidang nyanyian, malah lagunya seperti Diari YB juga pernah menjadi siulan ramai. Bagaimanapun, kini bapa kepada penyanyi popular Shila Amzah itu lebih bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan dikenali sebagai seorang usahawan yang terbabit dalam perniagaan E-Dagang. Terbaharu, dia muncul pula dengan sebuah lagi perniagaan yang menggunakan konsep 'trading network' menerusi syarikat Kaisar Venus (M) Sdn. Bhd. yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Ketika ditemui semasa majlis pelancaran perniagaan berkenaan baru-baru ini, ND Lala diajukan pertanyaan sama ada dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian atau sebaliknya. “Sehingga kini saya masih lagi menyanyi dan tawaran membuat persembahan pun agak banyak. Mungkin orang menyangka saya tidak aktif kerana amat jarang tampil di kaca televisyen. “Selalunya saya memang menolak tawaran untuk program televisyen kerana ia memerlukan komitmen yang lebih, berbanding kalau saya sekadar membuat persembahan di tempat umum,” jelasnya. Menurut ND Lala, kalau diundang menjadi panel atau ceramah dalam sebarang program keusahawanan, dia akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan satu atau dua buah lagu. “Ketika ini saya banyak menerima undangan memberi ceramah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang perniagaan. Biasanya pihak penganjur akan meminta saya menyanyi dan permintaan tersebut ditunaikan,” ujarnya. Bercerita lebih lanjut tentang karier nyanyiannya, ND Lala memberitahu, dia mungkin bakal muncul dengan sebuah single baharu pada tahun hadapan.
Ungkapnya, buat masa ini dia mahu membuka ruang terlebih dahulu kepada seorang lagi anaknya iaitu Shada yang turut mengikut jejak langkah Shila sebagai penyanyi dan bakal muncul dengan sebuah single baharu. “Sekarang saya mahu Shada fokus dulu kepada pelajarannya kerana dia akan menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Selepas tamat PMR nanti barulah dia akan masuk studio untuk proses rakaman,” jelasnya. Melihat kepada kecenderungan Shila dan Shada dalam bidang nyanyian, penyanyi berkenaan memberitahu, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah album yang mengandingkan dirinya dan kedua-dua anaknya itu. Sekadar gosip Setelah kisah percintaan mengenai Shila dan pelakon Sharnaaz Ahmad sudah menjadi sejarah, baru-baru ini timbul pula gosip yang menyatakan tentang hubungan istimewa penyanyi itu dengan Johan As'ari. Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, ND Lala secara terbuka mengakui dia sebenarnya tidak pernah menghalang untuk anaknya itu berkawan dengan sesiapa sahaja. “Kalau ditanya tentang komen terhadap hubungan Shila dan Johan, saya sebenarnya cukup lega kerana ia sekadar gosip semata-mata. Lagipun gosip itu sudah menjadi sebahagian daripada dunia hiburan. “Sebagai bapa saya memberi kebebasan untuk Shila berkawan dengan mana-mana lelaki, tetapi biarlah dengan cara yang baik dan sopan. Tentang jodoh pula semua itu adalah rahsia Allah,” jelasnya. Menurutnya, dia gembira kerana sejak Shila pulang daripada mengerjakan umrah dahulu, dia sudah menjadi semakin matang dan lebih fokus dalam kerjayanya untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails