Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Dayang Nurfaizah. Show all posts
Showing posts with label Dayang Nurfaizah. Show all posts
Dayang Nurfaizah berhati-hati
KEJAYAAN lagu Di Pintu Syurga yang diangkat sebagai salah satu lagu terbaik dalam Anugerah Juara Lagu Ke-29 baru-baru ini nyata membuatkan Dayang Nurfaizah gementar.
Justeru itu, penyanyi berusia 34 tahun ini melahirkan rasa khuatir andai karya lagu yang dihasilkan pada masa depan tidak mampu menandingi karya lagu berkenaan. “Kejayaan Di Pintu Syurga telah melonjakkan nama saya dalam persada nyanyian. Masyarakat seolah-olah sudah membuka mata dan memberi perhatian kepada kerjaya saya.
“Itu adalah petanda yang baik buat saya. Pada masa yang sama memberi tekanan kepada saya untuk menghasilkan karya lebih berkualiti selepas ini,” katanya yang turut melahirkan rasa bimbang jika perjalanan kerjayanya dalam bidang nyanyian pada masa akan datang tidak sama seperti hari ini.
Seiring dengan kejayaan yang diraih itu, Dayang mengakui tidak selesa jika terlalu dilambung pujian dalam kalangan masyarakat di atas kejayaannya lagu berkenaan.
Kata Dayang, setiap pujian itu umpama racun dan bakal memakan diri jika terlalu leka. Lantaran itu Dayang sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak mudah lupa.
“Dalam soal kemasyhuran, seseorang boleh hanyut jika tersilap langkah. Justeru saya tidak mahu jadi sebegitu. Biarlah dalam tahap sederhana saja,” ujarnya lagi.
Berkongsi cerita, Dayang berkata, dia bakal tampil dengan sebuah lagu single baharu yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Mengakui sedang sibuk untuk mengumpulkan lagu yang bagus untuk tujuan berkenaan, kata Dayang, dia meletakkan lagu Di Pintu Syurga sebagai penanda arasnya.
Bakal mengekalkan genre balada bagi single yang dihasilkan kelak, tambah Dayang, dia juga berharap agar mendapat lagu yang berkualiti setanding dengan lagu popular berkenaan.
Minggu Setiausaha.
Bakal disatukan dalam sebuah majlis makan malam Minggu Setiausaha, Memorable Moment With Azlan & Dayang Nurfaizah, dia turut melahirkan rasa teruja apabila dapat bergandingan dengan penyanyi berkenaan.
Kata Dayang, dia cukup mengagumi bakat yang ada pada lelaki yang terkenal dengan kehebatan suara bernada tinggi seperti Azlan itu.
“Nada suaranya yang tinggi merupakan keistimewaan yang terdapat pada Azlan. Walaupun perbezaan terdapat pada orientasi genre kami, namun itu bukan satu masalah yang besar.
“Ini kerana kami berdua pernah bergandingan sebelum ini menjayakan beberapa persembahan. Jadi tidak muncul soal kesukaran untuk mencari keserasian,” ujar Dayang yang akan menyanyikan 17 lagu secara keseluruhan dalam persembahan yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square pada 8 April depan.
Dalam perkembangan berkaitan, Azlan turut melahirkan rasa teruja untuk menghiburkan pengunjung yang datang kerana itu adalah julung kalinya dia terlibat dalam acara sebegitu.
Justeru Azlan berjanji untuk memberi kelainan dengan menyampaikan beberapa buah lagu balada nukilan terbaharu daripadanya.
“Saya dikenali sebagai seorang penyanyi yang dekat dengan genre rock dan suara yang nyaring. Bagaimanapun untuk majlis makan malam itu, saya akan menyuntik sedikit kelainan dengan menyampaikan beberapa buah lagu balada nukilan terbaharu saya.
“Saya mengharapkan agar kelainan saya itu diterima memandangkan pentas Minggu Setiausaha lazimnya bersifat eksklusif dan korporat,” katanya yang akan menyanyikan single baharu berjudul Melankoli buat julung kalinya di persembahan tersebut.
Dayang Nurfaizah Tak Beli Baju 'Online'
MUNGKIN ramai yang menganggap pembelian melalui dalam talian adalah cara paling mudah tanpa perlu keluar ke pusat membeli belah, namun tidak bagi penyanyi Dayang Nurfaizah.
Dayang yang hadir pada majlis sidang media konsert Persona Cinta di Istana Budaya minggu lalu tampil anggun dan bergaya dengan 'dress' hitam putih yang dibelinya beberapa tahun lalu.
'Stail' sebegini sangat sesuai dengan peribadi Dayang yang mewakili wanita awal 30-an terutama ketika menghadiri majlis sidang media atau majlis-majlis santai.
Ketika diajukan soalan tentang penampilannya, Dayang mengakui dia seorang yang ringkas dan tidak terlalu cerewet dalam pemilihan pakaian.
Seperti tidak percaya, Dayang bukan seorang yang 'kaki shopping' apatah lagi membeli belah secara dalam talian atau 'online'.
"Saya bukan seorang yang suka shopping, lebih-lebih lagi melalui internet kerana saya takut barang yang sampai tidak seperti apa yang saya lihat di internet.
"Saya lebih suka beli baju yang saya nampak sendiri depan mata baru rasa puas hati," katanya.
Katanya, barang-barang hiasan diri juga antara yang dititikberatkan dalam penampilan.
"Saya tidak pentingkan jenama, apa yang saya lihat cantik sahaja saya akan beli dan simpan.
"Rantai atau gelang ini semua koleksi lama dan sudah pakai beberapa kali," katanya.
Dayang Nurfaizah Akui Sukar Cari Pasangan
Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui dirinya agak cerewet dalam memilih pasangan duet dalam sesebuah lagu atau persembahan.
Dayang atau nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, keserasian merupakan faktor utama yang diambil kira terhadap seseorang penyanyi yang ingin digandingkan dengannya.
"Sukar sebenarnya untuk mencari pasangan duet kerana kebanyakkannya kurang sesuai dan serasi dengan suara saya.
"Bila tidak serasi penyampaian akan jadi tidak sepenuh jiwa dan ia akan mengecewakan peminat.
"Oleh itu juga saya sangat menitik beratkan soal ini dan mengkaji dahulu artis yang ingin digandingkan dengan saya," katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Pesona Cinta bersama artis Indonesia Marcell yang akan berlangsung pada 29 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Dayang berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pemilihan rakan duet yang didakwa agak cerewet.
Setakat ini, hanya beberapa nama besar seperti Anuar Zain, Marcell dan Datuk Ramli Sarip sahaja yang pernah berkolaborasi dengan penyanyi ini dalam setiap persembahannya.
Dalam pada itu, jelas Dayang, dia lebih gemar dan selesa berduet dengan penyanyi yang sudah biasa bergandingan dengannya.
"Saya lebih selesa berduet dengan orang yang saya selalu menyanyi bersama kerana kita sudah tahu keserasiannya.
"Tidak dinafikan ramai artis baharu yang bagus namun agar kurang sesuai dengan suara saya, dan saya takut jika ia tidak menjadi," ujarnya.
Sementara itu, Dayang berkata, bagi konsert Pesona Cinta, dia bakal menyanyikan hampir 16 buah lagu termasuk beberapa lagu duetnya bersama Marcell.
Katanya, konsert ini juga sebagai landasan untuk dirinya membuat persiapan dalam membuat konsert solo.
"Saya memang nak buat tapi banyak sangat rintangan dan halangan terutamanya daripada segi penaja.
"Selalunya mereka akan gandingkan saya dengan amna-mana artis lain, ia mungkin juga kerana mereka kurang yakin dengan kemampuan saya untuk tarik penonton," katanya.
Selain konsert Pesona Cinta yang berlangsung pada 29 Mac ini, konsert l1ve To Love daripada Afgan Syahreza bakal berlangsung pada 28 Mac iaitu sehari sebelum konsert Dayang dan Marcell diadakan.
Sementara itu, tiket konsert yang dianjurkan oleh Jag Events dijual dengan harga RM150, RM250, RM350, RM450, RM 550 boleh didapati di laman web www.Jagtikets.com.
Dayang tolak jodoh pilihan keluarga
PENYANYI bersuara gemeresik, Dayang Nurfaizah mengakui pertama kali dilatih menjalani ibadah puasa adalah pada usia tujuh tahun.
Begitupun, dedah penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu, dia yang berpuasa ketika itu tidak berjaya menahan diri lalu membuka puasa dengan secawan air sejuk. Akibatnya, Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, dipukul oleh ibunya.
"Mak memang sangat tegas. Umur tujuh tahun lagi dia sudah suruh Dayang puasa. Tetapi belum sempat waktu berbuka Dayang tidak tahan lalu meminta nenek air untuk minum. Bila mak dapat tahu dia sangat marah dan mencubit Dayang dengan kuat," ungkapnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Hotel Prince, Kuala Lumpur.
Kesan daripada amarah dan cubitan ibunya, sejak daripada itu Dayang tidak pernah ponteng puasa kecuali jika dia datang bulan.
Mengimbau kenangan berpuasa ketika kecil, ujar Dayang, dia selalu mengikut ibunya bertadarus dan solat tawarih.
"Dayang selalu ikut mak tadarus dan tawarih. Ketika tadarus, Dayang sekadar ikut dan dengar sahaja tetapi satu hari Dayang sertai sama tanpa pengetahuan mak. Dia terkejut tetapi gembira," ujarnya.
Gosok baju
Berkongsi aktiviti puasanya pada tahun ini pula, tutur Dayang, dia mendapat banyak tawaran menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim.
Dalam masa yang sama, jelas Dayang, dia juga sedang mencari lagu baharu untuk dijadikan single terbaharu selepas hit dengan lagu Bisikan Rinduku.
"Lagu Bisikan Rindu itu dibuat khas untuk lagu runut bunyi drama Dahlia. Kalau boleh Dayang mahu sebuah single untuk Dayang sendiri," ungkapnya yang gembira kerana sambutan puasanya lebih teratur selepas keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.
Ditebak apakah makanan yang disukai semasa berbuka puasa, ulas Dayang, dia sangat merindui ikan terubuk bakar Sarawak.
Bagaimanapun, katanya, menu tersebut tidak ada di Kuala Lumpur.
Terlanjur bersembang tentang puasa, Dayang turut bercerita tentang sambutan Aidilfitrinya.
Ceritanya, setiap tahun, dia akan pastikan anak-anak buahnya memperoleh baju raya baharu.
"Setiap kali nak raya, Dayang sibuk beli baju untuk anak-anak buah dan juga tempah kek lapis. Baju raya Dayang sekadar dua pasang sudah memadai," ujarnya.
Bakal pulang ke Kuching dua minggu sebelum raya, ungkap Dayang, dia tidak pernah membuat rumah terbuka untuk peminatnya. Begitupun, jelasnya, rumahnya sentiasa terbuka untuk peminat datang berhari raya.
Dayang turut berkongsi mengenai pengalaman menggosok baju anak buahnya sehingga terbakar dan berlubang.
"Dayang sebenarnya tidak suka gosok baju. Tetapi, masalahnya sejak kecil lagi Dayang memang gosok baju sekolah sendiri. Ada baju sekolah yang Dayang gosok sampai jadi warna kuning.
"Begitu juga, baju raya anak buah Dayang. Kesian dekat dia terpaksa pakai baju biasa sebab baju raya berlubang digosok Dayang," ungkapnya sambil ketawa mengenangkan peristiwa tersebut.
Acap kali bertemu dengan Dayang, pasti soalan bilakah dia akan menamatkan zaman bujang diajukan kepadanya.
Akui bosan apabila sering ditanyakan soalan tentang kahwin, luah penyanyi berusia 32 tahun itu, dia sebenarnya teringin mempunyai anak, tetapi sehingga kini dia belum bertemu jodoh apatah lagi berumah tangga.
"Sebenarnya bila melihat kanak-kanak, hati saya terdetik teringin untuk mempunyai seorang anak. Tetapi hendak buat macam mana jodoh saya belum sampai," ungkapnya.
Ditebak tidakkah dia teringin mengambil anak angkat seperti kebanyakan artis lain, dedah Dayang, dia tidak berani dan menganggap tanggungjawab tersebut terlalu besar.
"Saya tidak berani ambil anak angkat. Besar sangat tanggungjawab itu. Saya perlu bersedia dari segi mental. Saya hormat dengan orang yang sanggup ambil anak angkat malah menjaganya dengan baik," akuinya.
Kejutan hari lahir
Satu malam amal berbuka puasa untuk penghuni rumah kebajikan terpilih di bawah seliaan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) bersama Dayang dengan kerjasama Hotel Prince Kuala Lumpur telah berlangsung pada malam kedua Ramadan lalu.
Pada majlis tersebut, ratu R&B itu mendendangkan lagu-lagu seperti Hari Mulia, Dayang Sayang Kamu dan Seandainya Masih Ada Cinta untuk anak-anak yatim tersebut.
Menariknya, dalam kemeriahan majlis berbuka tersebut, penyanyi dari Bumi Kenyalang itu menerima kejutan apabila diraikan dengan sambutan hari lahirnya yang ke-32 tahun.
Majlis pada malam itu turut disertakan dengan alunan ghazal secara langsung oleh Seri Nusantara 2 serta aktiviti sampingan seperti meniup belon dan mewarna untuk anak-anak yatim.
Setiap daripada anak-anak yatim itu telah mendapat sumbangan khas berupa beg saguhati serta duit raya oleh Pengarah Urusan Hotel Prince Kuala Lumpur, Tim Quarm.
Doa untuk kekasih - Dayang Nurfaizah
DALAM tempoh seminggu sebelum genap usia 32 tahun pada 20 Julai ini, hati penyanyi Dayang Nurfaizah berdegup kencang. Mengikut firasat anak kelahiran Kuching, Sarawak ini dia pasti akan berdepan dengan persoalan perkahwinan. Dan pasti tajuk itu menjadi pertanyaan wajib dan terus berulang buat wanita bujang sepertinya. Biarpun ada kalanya rimas apabila persoalan yang sama kerap dilontarkan namun wanita yang membahasakan dirinya Dayang ini masih perlu menyediakan jawapan.
Dayang seperti wanita lain kerap berdoa untuk mendapat kesempurnaan dalam hidup. Punya kekasih yang saling menyayangi antara satu sama lain.
Tapi kalau nak diikutkan macam mana nak dapat kekasih kalau Dayang ini seorang yang pemalu. Tak pandai nak berkawan dengan lelaki sebab Dayang bukan jenis yang bersosial.
Lepas habis kerja Dayang akan terus pulang ke rumah. Itulah rutin kehidupan Dayang selama ini. Dayang memang solo sekarang ini. Lagi pun Dayang tak pernah ada pengalaman bercinta.
Jadi tak tahu macam mana nak bercinta," katanya yang ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak daripada rumah kebajikan di bawah naungan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKMM) di Hotel Prince & Residence Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Mengusik Dayang tentang keinginan untuk berumah tangga dan melahirkan zuriat sendiri selepas melihat senda guraunya dengan kanak-kanak yang hadir menyebabkan wanita ini tersenyum lebar.
Penyanyi ini menegaskan bahawa tidak manis buat seorang wanita bujang sepertinya berbicara secara terbuka tentang lelaki.
Bimbang masyarakat salah tafsir tentangnya lalu Dayang mengambil jalan paling selamat iaitu mengehadkan cerita membabitkan soal hatinya itu di khalayak.
Tindakan itu dibuat supaya tiada pihak yang terasa dengan kenyataan yang dibuat penerima anugerah Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 menerusi album Dayang Live selepas ini.
Anak angkat? Belum lagilah
Dayang belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu angkat seperti yang dilakukan segelintir artis lain.
Baginya tugas memelihara kanak-kanak amat berat dan memerlukan komitmen yang tinggi.
Belum masanya lagi Dayang nak memikul tanggungjawab sebagai ibu angkat. Kena betul-betul jaga sebab anak itu bukan satu perkara yang boleh buat main.
Bukan Dayang tak sabar cuma Dayang perlu memikirkan kemampuan Dayang sendiri. Sekarang ini pun tak begitu ada masa, risau pula kalau sudah ada anak angkat nanti.
Lagi pun Dayang ada beberapa sasaran hidup yang perlu dilaksanakan. Nanti-nantilah kalau ada rezeki dan semuanya sudah okey, barulah Dayang boleh fikir tentang soal anak angkat ini," katanya.
Mengulas tentang impian yang ingin dicapai dalam hidup, Dayang memberitahu dia mahu mengembara dan melihat keindahan beberapa negara melalui pancaindera sendiri.
Antara negara yang dalam senarai ingin dilawati ialah Itali, Istanbul, Sepanyol dan beberapa tempat di Eropah yang mempunyai sejarah tersendiri.
Kurang dikenali - Dayang Nurfaizah
SEBULAN lagi dia bakal menyambut ulang tahun ke-32. Walaupun begitu, dia tetap tenang menghadapi peningkatan usia dengan sifat mesra dan manjanya yang cukup disenangi oleh sesiapa sahaja.
Melihat pada sikapnya itu ditambah dengan cara percakapannya yang manja sudah tentu bagi yang tidak mengenali Dayang Nurfaizah akan menyangka dia lebih muda daripada usia sebenarnya.
Gadis kelahiran Sarawak ini beruntung kerana mempunyai saiz tubuh yang kecil, ditambah pula dengan bakat semula jadi iaitu mempunyai vokal yang unik dan kelasnya yang tersendiri.
Kalau teman sebaya lain diulit bahagia atau sekurang-kurangnya pernah mengalami pahit manis berkasih sayang, gadis ini yang mesra disapa Dayang mengakui dirinya belum pernah mengenal cinta.
Jika tak silap, memang jarang sekali gosip cintanya ditulis dimana-mana akhbar. Hakikatnya, dia memang jarang dikaitkan dengan mana-mana individu jika berbicara tentang soal cinta.
Menjawab persoalan itu, Dayang memberitahu dia akan sentiasa bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan sekiranya jodoh sudah berada di depan mata.
"Kalau jodoh sudah ada, kenapa tidak? Siapa tidak mahu berkahwin. Tetapi, saya memang tidak pernah sasarkan diri saya bila untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga.
"Secara jujurnya, kalau ada, adalah. Kalau nak mendirikan masjid tu biarlah serius. Dengar macam-macam cerita lagi, Dayang takut.
"Buat masa sekarang, nyanyian menjadi fokus saya untuk orang melihat siapa diri saya yang sebenarnya," katanya penuh keayuan.
Pastinya ramai akan memberi tanggapan penyanyi yang pernah menyerlah menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu begitu memilih hingga sukar berteman.
"Kawan memang ramai sebab saya suka berkawan. Dalam ramai kawan-kawan saya itu saya tidak pernah ada perasaan cinta dan kerana itu, saya masih tidak mempunyai teman istimewa sehingga kini.
"Untuk pengetahuan semua, saya sedia untuk berkawan dengan sesiapa saja asalkan jujur serta ikhlas," ujarnya.
Tidak bertemu jodoh dan berstatus solo tidak pernah dianggap memberi tekanan. Sebaliknya Dayang menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa apatah lagi pada masa ini, tumpuannya lebih terarah kepada kerjaya dan keluarga.
"Saya memang bawa ayah dan ibu saya untuk tinggal bersama saya di sini (Kuala Lumpur). Mereka akan datang dua minggu sekali dari Kuching untuk bersama saya.
"Saya tidak mahu mereka sendirian di sana (Kuching, Sarawak) tanpa adanya saya sebagai anak di sisi. Saya ingin merasa bahagia bersama mereka," kata Dayang dengan manja.
Dalam pada itu, Dayang turut mendedahkan bahawa keluarga terutama ibubapanya masih menganggap dia seperti anak kecil lagi.
"Mungkin sebab itu, Dayang susah untuk berkawan dengan orang baru terutama yang baru dikenali.
"Keluarga juga masih anggap saya seperti budak-budak. Kalau nak tahu, ibubapa saya pasti akan terkejut kalau tahu saya ada teman lelaki," jelasnya.
Tidak terasa impak
KEPEKATAN bahasa Sarawaknya ketika berbual bersama penulis membuatkan diri terasa berada di negeri Bumi Kenyalang. Nama Dayang yang dulu sangat hangat kini dilihat semakin sepi dalam dunia hiburan tanah air.
Bukanlah kerana merajuk mahu pun terasa hati, tetapi kata Dayang, dia masih lagi di dunia seni dan sibuk menjalani kehidupannya sebagai anak seni.
"Saya tidak pernah berhenti dan masih lagi ada persembahan walaupun jarang dilihat menerusi kaca televisyen. Saya uruskan kerjaya saya dengan teratur dan penuhi semua undangan nyanyian.
"Tahun ini juga tahun yang sibuk buat saya kerana saya sedang berusaha mengumpul bahan untuk album terbaru. Mungkin tahun lalu saya lebih memberi fokus terhadap konsert dan tahun ini pula saya akan sibuk dengan pembikinan album baru.
"Pada saya, nama saya yang agak terbelakang kini tidak dirasa impaknya kerana saya boleh dikatakan sentiasa aktif dalam bidang nyanyian cuma mungkin jarang keluar menyebabkan ramai yang beranggapan sedemikian," katanya.
Tambah Dayang, dia tidak akan pernah menghilangkan diri dalam dunia hiburan dan akan sentiasa berada di persada seni.
"Semua orang tahu dan sudah mengenali saya. Jadi saya akan terus bertapak di situ (dunia hiburan) bagi memenuhi semua kehendak peminat saya dan yang pasti saya akan berikan yang terbaik," jelas Dayang.
Mengulas lanjut mengenai perancangan untuk pengeluaran album terbarunya, Dayang memberitahu kali ini dia akan menggunakan strategi sama seperti penyanyi lain dengan mengeluarkan beberapa single terlebih dahulu sebelum mengeluarkan album penuh.
"Setakat ini, saya sudah mengeluarkan single baru, Bisikan Rindu untuk soundtrack drama terbaru, Dahlia. Lagu ini adalah hasil ciptaan Manusia Putih dan saya amat berpuas hati dengan penghasilan lagu ini.
"Selain itu, saya juga masih mencari beberapa material yang sesuai untuk single lain," katanya yang bakal mengadakan showcase khas di The Vanue, Pavillion, Kuala Lumpur, pada pukul 8.30 malam, 23 Jun ini.
Kata Dayang, kemampuannya tidak boleh dibataskan kepada satu jenis lagu sahaja walaupun umum mengetahui kelunakan dan kemerduan suaranya amat sinonim dengan lagu berentak pop R&B.
Malah penyanyi yang memulakan kariernya pada 1999 ini seolah-olah mahu mengisytiharkan bahawa dirinya bukan penyanyi R&B.
"Saya tidak mahu orang anggap saya hanya boleh membawa satu jenis lagu sahaja.
"Saya juga memiliki kelebihan dalam membawakan pelbagai jenis lagu lain, terutama irama pop Melayu asli. Saya memang meminati lagu berentak pop," katanya.
Kebolehan dan bakat yang dimilikinya itulah membuka peluang kepadanya menerima banyak tawaran daripada syarikat korporat untuk mengadakan persembahan, selain mudah diterima peminat pelbagai peringkat usia.
Dayang Nurfaizah Tidak Percayakan Teknik Pemutihan Kulit
Dayang takut lelaki
Ghairah bekerja demi masa depan - Dayang
Duet Anuar, Dayang
DAYANG Nurfaizah dan Anuar Zain boleh dianggap antara pasangan duet yang serasi dalam bidang seni suara tanah air sejak lebih sedekad lalu.
Keserasian mereka itu dapat dilihat menerusi paduan suara, kombinasi gaya persembahan dan konsep muzik pop dan R&B yang diketengah sejak dulu.
Malah Anuar dan Dayang juga pernah berkongsi pentas persembahan dan berduet lagu-lagu yang serasi dengan mereka di Planet Hollywood, Kuala Lumpur pada 2002.
Bagaimanapun, itu cerita 10 tahun lalu di mana selepas sedekad dua penyanyi itu tampil semula berduet pada suatu persembahan berjudul One Night Charity Concert baru-baru ini.
Pada konsert yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur itu Dayang berkata, atas faktor itu menyebabkan dia dan Anuar berbincang lama sebelum menjayakan konsert tersebut.
"Tetapi masalahnya masa kami agak terhad. Kami kena membahagikan persembahan kepada dua segmen. Kami berbincang lagu apa yang sesuai untuk berduet pada konsert itu.
"Saya tanya Anuar dia suka lagu saya yang mana satu dan begitu jugalah sebaliknya. Kami mahukan persembahan yang santai. Sebelum ini, kami tidak mendapat peluang ini kerana kami sibuk.
"Selepas 10 tahun barulah kami dapat berduet dalam satu persembahan bersama-sama. Kami memang sudah lama mahukan persembahan seperti ini," katanya selepas konsert itu.
Persembahan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas yang mengenakan tiket berharga RM500, RM350, RM250 dan RM150 itu bagi mengutip derma untuk badan-badan amal.
Semua hasil jualan tiket itu akan disalurkan kepada Dana Asy-Syakirin, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas dan Rumah Kasih Harmoni yang terletak di sekitar Lembah Klang.
Menurut Anuar yang pertama kali mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas, dia muncul pada konsert itu bukan setakat teruja untuk berduet dengan Dayang.
Sebaliknya, adik penyanyi Ziana Zain itu terbabit dalam persembahan amal tersebut kerana mahu mahu membantu badan-badan amal serta golongan yang kurang bernasib baik.
"Bagi saya perkongsian atau mudarabah itu penting di mana dalam konteks ini saya mahu berkongsi dengan golongan tersebut. Saya tidak boleh sepanjang masa mahu untung sahaja.
"Melalui konsert inilah saya boleh memberi bantuan kepada masyarakat terhadap apa yang telah saya perolehi selama ini. Sebab itu, konsert ini bukannya bertujuan mahu buat duit," ujarnya.
Album duet
Ekoran keserasian antara Dayang dan Anuar itu, ada pihak yang menyuarakan pendapat agar mereka merakamkan album duet pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan tersebut.
Anuar akur dengan saranan itu tetapi pada masa sama dia menyatakan terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusinya sebelum permintaan itu dapat direalisasi pada masa depan.
"Kami pernah bercakap tentang mahu merakamkan album duet itu. Tetapi masalahnya agak susah mahu mencari lagu duet yang sesuai dengan kami kerana tonasi suara kami berbeza.
"Malah untuk mencari lirik lagu yang sesuai juga susah apatah lagi yang mempunyai elemen yang positif. Saya pula tidak suka dengan lirik yang terlalu berbunga-bunga, takut tiada impak nanti.
"Saya pula sukakan kelainan di mana kalau boleh lagu-lagu yang kami duetkan nanti berbeza daripada apa yang pernah saya nyanyikan. Kalau tidak nanti saya takut peminat bosan," jelasnya.
Pada konsert itu, Dayang dan Anuar menyanyikan 14 buah lagu termasuklah secara duet antaranya berjudul Bila Resah, Mana Mungkin, Biar Akhirnya Di Sini dan Sedetik Lebih.
Turut dinyanyikan oleh dua penyanyi itu ialah lagu-lagu seperti Perlukan Cinta, Perpisahan, Aku Rindu Aku Jemu, Kau Bunga Cintaku, Perlukan Cinta dan Cinta Harus Memiliki.
Sementara itu, Penolong Pengarah One Night Charity Concert, Sarawahida Salleh berkata, pemilihan Anuar dan Dayang bertepatan bukan sahaja kerana keserasian dua penyanyi terbabit.
Malah jelasnya Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas juga mempunyai komitinya sendiri dalam menentukan kesesuaian penyanyi yang ditampilkan dalam konsert seperti itu.
"Apatah lagi, dua penyanyi ini memang popular dan kami di komiti kelab ini bersetuju memilih mereka untuk menjayakan konsert tersebut. Ternyata perancangan kami memang membuahkan hasil.
"Buktinya, sejak tiket konsert ini dijual dua bulan lalu ia telah pun habis sebulan sebelum ia berlangsung. Hampir 800 tempat duduk di dewan ini juga penuh pada persembahan itu," katanya.
Isu Perceraian Buat Dayang Fobia Mahu Kahwin
PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah menyifatkan pelbagai isu rumah tangga termasuk perceraian yang berleluasa ketika ini membuatkan dia berasa fobia untuk berkahwin pada masa terdekat.
Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini berkata, dia tidak terdesak untuk mencari pasangan hidup walaupun bakal mencecah usia 31 tahun pada 20 Julai depan.
“Faktor usia tidak menjadi isu buat saya. Malah ibu bapa dan keluarga saya juga tidak pernah bertanya kerana mereka memahami dan menghormati keputusan saya.
“Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk berumah tangga memang ada cuma saya belum bersedia dan tidak ada calon pun,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Dayang berkata kes-kes perceraian dan keruntuhan institusi keluarga yang berlaku di kalangan masyarakat mendatangkan kebimbangan kepadanya.
“Banyak sangat kes-kes perceraian yang berlaku membuatkan saya takut untuk berkahwin.
"Saya tidak sanggup untuk bertolak-ansur dalam banyak hal dan belum bersedia untuk menjaga orang lain (suami) dalam hidup saya.
“Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna,” jelasnya.
Ditanya tidakkah mahu berusaha ke arah itu, Dayang berkata, pada waktu ini dia lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian terlebih dulu.
“Namun, saya tidak sekat diri untuk berkawan dengan sesiapa pun cuma yang istimewa belum ada. Bagaimana hendak ada kekasih kalau kebanyakan waktu hanya untuk kerja dan saya jarang keluar berjumpa dengan orang ramai,” ceritanya.
Dayang baru saja terlibat dalam persembahan amal bersama penyanyi Anuar Zain pada konsert One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam Selasa lalu.
Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini juga akan membuat persembahan pada konsert Datuk D.J Dave di Istana Budaya pada 1 hingga 3 Jun depan.
Dayang Nurfaizah sukar cari lagu balada
SUASANA dingin menyelubungi sesi fotografi yang diadakan di persekitaran luncur ais bertempat di Hotel Royale Bintang, Damansara. Ternyata sang penyanyi, Dayang Nurfaizah menggemari suhu beku malah dia tidak sedikit pun menggigil kesejukan.
Ketika ditanya kedinginannya dari dunia seni, bibir Dayang hanya melirik senyum. Tidak mudah panas hati orangnya. Malah dia sedar, khalayak menganggap sebegitu terhadap kemunculannya. Dibelek jadualnya untuk bulan ini, rupanya Dayang berhadapan kesesakan jadual. Perlu menyusun baik-baik agak tak tergelincir.
"Orang nampak perlahan dan steady. Jujurnya, Alhamdulillah jadual penuh dan kadangkala tak menang tangan. Ini kerana saya lebih banyak terlibat dengan persembahan korporat dan peribadi," ujarnya yang sudah menyusun jadual hingga bulan Julai kelak.
Duet Anuar Zain
Paling terdekat, dia bakal beradu suara dengan penyanyi lelaki kegilaan ramai, Anuar Zain di ruangan eksklusif dan mewah, Dewan Philharmonik Petronas (DFP), KLCC.
Konsert istimewa yang dibawakan Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas (KSRP) ini diadakan untuk badan-badan kebajikan, rumah orang tua dan rumah anak yatim terpilih. Antaranya Dana Asy-Syakirin, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas (Puchong) dan Rumah Kasih Harmoni.
Ruang dewan bakal berlagu dendangan suara harmoni Dayang dan Anuar pada Selasa ini pada pukul 8.30 malam. Sedap telinga mendengar apabila semua tiket yang berharga RM500, RM350, RM250 dan RM150 sudah habis terjual. Begitu kuasa kedua penyanyi yang diberi jolokan prince and princess of pop ini terus berbisa.
Berkongsi rasa geruh dan gembira, Dayang mengaku persediaannya terbentuk ekstra. Bukan sahaja kerana rakan duetnya bernama Anuar Zain tetapi faktor duet itu membuatkan dirinya terlebih peduli.
"Jujurnya, saya membuat latihan yang lebih. Kalau solo, senang sedikit tetapi kerana kami akan muncul secara berduet, jadi perlu tahu bahagian masing-masing. Perlu juga tahu lagu yang sesuai diduetkan. Saya sangat-sangat berharap agar semuanya berjalan lancar," ujar Dayang yang pernah berkolaborasi bersama Anuar Zain dalam program Sunday Night Live di Planet Hollywood pada 2004.
"Sebenarnya mahu pilih lagu juga sedikit memeningkan kerana perlu fikir lagu apa yang penonton mahu dengar dan sesuai untuk dinyanyikan. Lagi pun saya sudah pernah ada album live, jadi perlu pamerkan sesuatu yang berlainan," senyumnya yang tidak mahu persembahannya mudah ditebak umum.
Bekerja dengan Anuar Zain menyenangkan, itu kata Dayang. Walaupun berdepan cabaran kerana mempunyai range vokal yang berlainan, namun keserasian itu akan dibuktikan di DFP kelak.
"Mungkin orang ingat senang sebab kami pernah berduet tetapi tidak. Bagaimanapun kami sama-sama tahu kelebihan dan kekurangan vokal masing-masing, jadi saling membantu dan menyokong," luah Dayang yang belum mempunyai perancangan untuk muncul dalam sebuah album duet bersama Anuar.
Sukar cari lagu balada
Masih dalam rangka mempromosikan album Sayang dan Cahaya yang dilancarkan pada Jun tahun lalu, dalam masa yang sama, Dayang sedang membuat persiapan untuk mengumpul material baharu untuk dirinya.
"Memang sukar untuk mencari lagu balada yang sedap pada masa sekarang. Saya cari lagu-lagu balada yang ada magis seperti lagu balada tahun 1990-an. Melodi yang sedap itu yang sukar ditemui dan saya masih mencari. Buat saya, tidak kisah siapa komposernya, jika ada yang rasa berminat, boleh e-melkan kepada saya," luahnya yang berkehendakkan sebuah lagu balada yang benar-benar menyentuh jiwa.
"Kalau jumpa sebuah lagu balada pun bagus tetapi saya tidak terlalu mengejar album baharu. Masih dalam proses mencari," katanya yang menamakan lagu-lagu balada nyanyian Whiteny Houston mempunyai melodi yang enak dan segar.
Selain sibuk dengan program nyanyian, kudrat dan jiwanya turut disumbangkan kepada aktiviti yang mahu disebarkan kepada umum.
Sejak tahun 2009, Dayang telah diiktiraf sebagai Selebriti Sokongan 'Red Ribbon' oleh Majlis AIDS Malaysia untuk mencipta kesedaran mengenai transmisi gejala HIV/AIDS dan juga kesedaran mengenai hak orang ramai untuk memartabatkan kehidupan harian mereka, tidak kira siapa.
Jalan anak Sarawak
Merintis kembali jalan seninya di negeri Bumi Kenyalang sempena edaran Kosmo! di tanah kelahirannya, Dayang berkongsi cerita tentang jalan seninya sebagai sebuah perkongsian.
Sarawak kata Dayang, merupakan sebuah negeri yang mempunyai landskap muzik yang tersendiri. Malah penduduk negeri kelahirannya itu mempunyai label rakaman tempatan.
"Jualan album mereka lebih banyak daripada album Dayang sendiri," ujar Dayang yang bangga dengan perkembangan tersebut. Lalu pengaruh muzik yang besar di Sarawak sedikit sebanyak mendorong dirinya bergelar penyanyi.
"Dulu, saya mula dengan pertandingan menyanyi sewaktu umur 12 tahun. Jiran saya nama Mak Kiah yang daftarkan nama saya. Saya ni pemalu tetapi atas dorongan, saya masuk dan menang. Itu permulaannya dan usia 15 tahun saya masuk pertandingan nyanyian anjuran RTM untuk mewakili Sarawak ke Kuala Lumpur. Lalu saya bertemu Adnan Abu Hassan yang membantu saya masuk ke dalam industri," kenangnya tentang awal kehidupannya sebagai selebriti.
"Dulu, awal-awal menjadi artis saya ikut jelajah radio Cats FM yang membawa saya menjejak dan mengenali daerah seperti Mukah dan beberapa kawasan pedalaman," senyumnya yang seronok belajar tentang makanan dan budaya yang pelbagai di Sarawak.
"Saya tidak pandai berbahasa Sarawak yang lain kecuali bahasa Melayu Sarawak. Ada beberapa perkataan yang saya faham. Tapi ada juga keinginan untuk membawakan lagu bahasa etnik ini kelak, " ujar Dayang yang lahir di Kuching, Sarawak ini.
"Saya berharap agar saya dapat memperbanyakkan aktiviti di Sarawak. Ingin berbakti untuk negeri sendiri," luahnya mengakhiri perbualan petang Khamis lalu.
Dayang bersantai di Amsterdam
SEJAK memasuki industri hiburan pada 1999, kesempatan berlibur hanya diperoleh penyanyi bersuara lunak kelahiran Kuching, Sarawak, Dayang Nurfaizah Awang Dowty setiap kali tiba musim Aidilfitri.
Sedikit berbeza kerana sering kesempatan itu dimanfaatkan Dayang untuk bersama keluarga, menebus kembali waktu yang disita sejak berhijrah ke Kuala Lumpur. Lantaran cinta dan dedikasi terhadap nyanyian juga membuat Dayang seperti tersihir hingga lupa mencari masa untuk dirinya sendiri.
Akur mindanya juga memerlukan rehat dan ruang damai, penyanyi yang popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu nekad melupakan seketika tuntutan dunia nyanyian yang tidak berkesudahan, baru-baru ini.
Dayang, 30, memilih untuk terlebih dulu bersantai di London, sebelum berlepas ke Amsterdam, Belanda kerana undangan mengadakan persembahan makan malam anjuran Kedutaan Malaysia di sana. Ditemani teman baiknya yang juga Pengurusan Jualan dan Pemasaran, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Sharina Ahmad, Dayang berlepas ke London pada 16 September lalu dan berada di sana selama seminggu.
“Ini kali pertama Dayang dapat berehat sepenuhnya. Bukan tidak pernah mengembara ke luar negara, cuma tidak puas kerana selalunya Dayang terikat dengan jadual persembahan. Tetapi kali ini Dayang letakkan ke tepi semua urusan kerja, sebaliknya Dayang menikmati setiap ruang yang ada untuk menjamah keasyikan bercuti itu tanpa bebanan.
“Seronok sesekali dapat bersantai dan berjalan bebas tanpa memikirkan hal kerja. Kami juga tidak merancang aktiviti, sebaliknya menjelajah seluruh isi kota London mengikut gerak hati,” kata Dayang yang tidak keberatan berkongsi foto kenangan sepanjang di sana.
Usai meneroka kota kebanggaan masyarakat Inggeris, Dayang dan Sharina berlepas ke Amsterdam untuk menghibur rakyat Malaysia yang bekerja di situ.
“Niat asal cuma mahu bercuti kerana Dayang sangat memerlukan rehat. Tanpa disangka, datang pula tawaran untuk membuat persembahan di Amsterdam. Memikirkan jarak antara London dan Amsterdam tidak jauh, kebetulan pada tarikh itu Dayang masih bercuti di sana, Dayang penuhi juga permintaan itu.
“Persembahan anjuran Malaysian Association of the Netherlands itu berlangsung di Bel Air Hotel, The Hague dan Dayang menghiburkan mereka dengan lapan lagu. Layanan diberikan cukup baik dan Dayang berterima kasih kepada Duta Malaysia di Amsterdam, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib yang sentiasa memastikan keselesaan kami di sana,” katanya.
Percutian singkat itu akui Dayang, memberinya semangat baru apabila kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan semula agenda seninya yang tertangguh.’
Lebih tiga tahun tidak menghasilkan album studio, Dayang pada Mei lalu muncul dengan produksi kelapan, Sayang & Cahaya menyaksikan gadis hitam manis ini kembali dengan sentuhan R&B segar.
Ketika ini, Dayang mampu menarik nafas lega apabila single, Saat Itu mula dimainkan stesen radio. Mengakui penerbitan album itu mengambil masa yang panjang, Sayang & Cahaya katanya, adalah cermin kejujurannya sebagai seorang anak seni. Dari segi keseluruhan produksi, kata Dayang, dia berpuas hati kerana album itu menampilkan kematangan tidak hanya pada susunan muzik sebaliknya vokal dan cara penyampaiannya.
“Tidak dinafikan, sebagai penyanyi Dayang terikat antara kemahuan peminat dan keinginan Dayang untuk menampilkan kematangan dalam berkarya. Bagaimanapun, Sayang & Cahaya cuba mencari titik keseimbangan kerana Dayang tidak boleh terlalu mengikut kehendak hati. Mungkin album ini tidak terlalu bersandar kepada kekuatan lagu balada tetapi tidak bermakna Dayang mengenepikan kehendak permintaan.
“Bukan menolak genre itu cuma Dayang berdepan kesulitan untuk mendapat komposisi lagu balada yang hebat. Selagi belum bertemu, Dayang lakukan dulu apa yang termampu selagi perubahan dibuat tidak menjauhkan Dayang dengan peminat,” katanya.
Tak rasa rugi lambat berkahwin
BERSIH tanpa dipalit gosip, hingga saat ini Dayang masih belum dijentik sebarang cerita hangat yang mengaitkannya dengan lelaki.
Sering apa yang dikongsi Dayang bersama media dan peminat cuma hal berkaitan kerjaya, namun kisah peribadinya jarang disentuh.
Cuma akhir-akhir ini, apabila usianya menganjak 30 tahun pada 20 Julai lalu, perkara itu mula dibicarakan secara terbuka.
Seperti manusia lain, Dayang juga menyimpan keinginan untuk berpacaran namun akur, Tuhan masih belum menemukan dirinya dengan seorang lelaki yang mampu membuka pintu hatinya.
“Jodoh adalah rahsia Allah dan ia bukan sesuatu yang boleh dirancang. Jika Dayang berusaha keras mencari tetapi Tuhan belum menetapkan jodoh Dayang, ia tidak akan menjadi. Jodoh akan datang dengan sendiri, jadi Dayang tidak mahu terlalu memaksa diri. Bukan Dayang tidak fikirkan masa depan tetapi ketika ini, perkahwinan bukan perkara utama dalam hidup Dayang,” katanya.
Dayang berkata, dia tidak berasa rugi kerana lambat berkahwin kerana baginya, setiap manusia sudah tertulis qada dan qadarnya.
Dia juga tidak diusik sunyi selepas kedua ibunya tinggal bersama di Kuala Lumpur membuatkan Dayang tidak pernah terasa kekurangan tanpa ditemani kekasih.
Dayang Cuti Dua Minggu Sebelum Ke Belanda
KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty,30, akan berangkat ke Amsterdam, Belanda pada 21 September ini, selepas menyambut Aidilfitri.
Dayang telah di undang mengadakan persembahan sempena majlis makan malam daripada pihak kedutaan Malaysia di Belanda.
Bagaimanapun, sebelum itu Dayang akan balik beraya ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak bagi meraikan lebaran bersama keluarga.
"Saya jarang balik ke Sarawak, jadi saya mengambil kesempatan Hari Raya untuk berkumpul bersama keluarga selama lebih dua minggu.
"Apa yang saya rindukan ialah aktiviti bersama keluarga dan dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan dan hubungan kasih sayang. Secara jujur ketika berada di kampung saya akan berehat secukupnya tanpa memikirkan soal kerja.
"Persekitaran kampung yang tenang dari hiruk pikuk juga membuatkan hati saya tenteram biarpun hanya berehat di rumah sahaja," katanya.
Bercerita tentang Hari Raya, Dayang berkata dia sering membantu ibunya memasak di untuk hidangan raya. Kata Dayang dia akan memotong dan menyusun kuih di dalam balang dan menghias rumah.
"Saya lebih suka memasak berbanding menghias rumah. Kebiasaannya tugas tersebut akan diambil oleh kakak. Kami sudah mempunyai tugas masing-masing di rumah.
"Dari segi persiapan dan sambutan Aidilfitri biasa-biasa saja. Dayang lebih menjaga keperluan rumah dan tiga orang anak saudara, namun tidaklah terlalu keterlaluan berbelanja," katanya.
Tambah Dayang dia sentiasa mengawal perbelanjaannya agar tidak melebihi had, namun berbaloi untuk keluarga.
Dayang Tak Harap Jualan Album Tinggi
KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah mengakui tidak meletakkan harapan tinggi terhadap penjualan album barunya Dayang & Cinta yang dipasarkan dua bulan lalu.
Jelas Dayang, dia sedar dengan penjualan albumnya agak lembab, namun apa yang penting ialah produknya kini sudah berada di pasaran.
"Album saya baru dua bulan lebih berada di pasaran dan belum lagi tahu berapa penjualannya, namun saya sedar trend sekarang memang penjualan album fizikal lembab kerana banyak medium lain untuk mendapatkan lagu.
"Secara jujur saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk penjualan album tersebut, cukuplah jika ia terjual lebih 10 ribu unit.
"Bagi saya, apa yang penting ialah album saya keluar dan berada di pasaran," katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Dayang Nurfaizah Bersama 106 kanak-kanak Istimewa, di One Bangsar, di sini, Selasa.
Tambahnya, sebagai artis dia hanya mampu berusaha untuk memberikan yang terbaik dan terpulang kepada peminat untuk menilai dan mendapatkan hasilnya.
"Pada masa sekarang saya sendiri keliru apa formula yang paling sesuai yang peminat mahu. Ada yang lebih suka mendapatkan lagu tersebut melalui muat turun, ada juga yang mahu album fizikal.
"Pada saya sebagai artis saya hanya berusaha untuk memberi yang terbaik dan sedar bahawa kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak," katanya.
Biarpun kurang menonjol berbanding artis-artis lain pada tahun ini, Dayang mengakui rezeki terhadap jemputan persembahan masih seperti dahulu.
"Alhamdulillah biarpun bukan kepada album tapi rezeki jemputan untuk persembahan pentas masih banyak.
"Walaupun tidak terlalu mewah ia boleh dikatakan berbaloi dan cukup untuk menampung kehidupan saya," katanya.
Biar cinta datang sendiri - Dayang

JIKA diselak diari hidup si hitam manis selama 12 tahun menjadi penyanyi, percayalah, tiada sedikit pun kisah sensasi yang melibatkan kehidupan peribadinya.
Selama tempoh itu juga, memang sukar sekali untuk menyelami rahsia hati Dayang Nurfaizah apabila membabitkan soal hati dan perasaan.
Memang tidak pernah langsung kedengaran sebarang gosip cinta Dayang dengan mana-mana lelaki sehingga ada yang beranggapan mungkin Dayang terlalu memilih dalam mencari cinta.
Apatah lagi usianya yang bakal menginjak 30 tahun pada 20 Julai ini, sememangnya dikira sudah cukup haul bagi wanita sebayanya untuk mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga sendiri.
Sedangkan bekas pengurusnya, Shaliza Kader Sultan juga sudah menamatkan zaman bujangnya dan kini menetap di San Francisco, Amerika Syarikat, inikan pula Dayang yang merupakan seorang bintang terkenal tanah air.
Barangkali Dayang sendiri sudah bosan untuk menjawab mengenai soal cinta tetapi sebagai seorang artis yang menjadi milik masyarakat, serba sedikit kisah peribadinya perlu juga untuk dikongsi bersama peminat.
"Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, saya adalah seorang yang membosankan kerana kehidupan saya hanyalah di rumah.
"Saya memang jarang keluar rumah untuk bersuka-ria tanpa sebarang hala tuju. Lebih baik saya di rumah bersama keluarga dan menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau mendengar muzik serta lagu-lagu terbaru.
"Ini adalah diri saya sejak 12 tahun apabila kali pertama menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang membina nama sebagai seorang penyanyi.
"Mungkin kedengaran sesuatu yang sangat mustahil tetapi percayalah, saya tidak pernah bercinta atau jatuh cinta pada sesiapa. Itulah realiti sebenar Dayang Nurfaizah apabila membicarakan tentang perihal cinta," katanya sambil disulami ketawa kecil.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini berkata demikian usai majlis pelancaran album studio kelapannya, Sayang & Cahaya yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menyambung bicara, kata Dayang, dia percaya kepada Qada dan Qadar apabila memperkatakan tentang jodoh.
Baginya, ketentuan hidup setiap manusia di muka bumi ini sudah ditentukan oleh Allah SWT dan begitu juga dengan dirinya.
"Saya percaya jodoh akan datang juga kepada saya tetapi hanya masa yang menentukan. Kalau kita asyik mencari cinta, nanti kita dianggap sebagai terdesak pula.
"Saya bukan seperti itu. Tanyalah kepada mana-mana wanita, siapa yang tidak mahu jodoh yang terbaik untuk mereka kerana perkahwinan adalah perkara yang serius dan bukannya untuk sehari dua.
"Dalam hal ini juga, saya sendiri tidak pernah meletakkan sebarang kriteria untuk mencari lelaki idaman saya yang layak dijadikan teman lelaki dan suami.
"Bohong kalau saya mengatakan saya tidak cemburu melihat teman-teman seusia saya sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata. Tetapi, saya tidak mahu membebankan diri saya sehingga membuatkan saya tertekan," ujar penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Hakikat Cinta pada tahun 1999 ini dalam nada yang sedikit serius.
Dalam masa yang sama juga, Dayang menafikan bahawa dirinya dikongkong oleh keluarga serta pihak pengurusannya sehingga ia menjadi satu halangannya untuk mencari cinta.
Bagi Dayang, soal itu langsung tidak wujud kerana kedua ibu bapanya, Awang Dowty Awang Fauzi dan Nona Nahrawi begitu terbuka dalam bab cinta serta perkahwinan.
Antara sedar atau tidak, ketiadaan insan bernama lelaki dalam hidup Dayang telah mengundang persepsi negatif segelintir pihak yang mula memandang serong kepadanya.
Kata mereka, mustahil untuk seorang wanita seperti Dayang tidak pernah merasai nikmat bercinta dan mempunyai perasaan terhadap lelaki.
Sehinggakan, Dayang dilabelkan sebagai seorang yang menyukai kaum sejenis gara-gara tidak pernah menjalinkan hubungan dengan sebarang lelaki.
"Bukan sekali, tetapi sudah banyak kali saya mendengar orang mengatakan saya seorang lesbian. Tetapi, saya tidak kisah apa orang nak kata.
"Hakikatnya, hanya saya yang tahu dan kenal dengan diri saya sendiri. Sejak 12 tahun lalu, fokus dan keutamaan saya adalah kerja.
"Saya sendiri belum puas dengan kejayaan saya sebagai seorang penghibur. Saya tidak mahu kalau saya bercinta kelak, ia akan mengganggu fokus saya.
"Biarlah sampai ke satu tahap apabila saya sudah mendapat apa yang saya inginkan, mungkin ketika itu barulah saya akan fikirkan tentang cinta," ujar pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini penuh optimis.
Ada Sebab Dayang Enggan Tulis Lirik Cinta

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayang Nurfaizah,30, mengaku belum bersedia untuk menulis lirik-lirik lagu sendiri terutama berkaitan perasaan dan cinta kerana tidak pernah mengalaminya.
Kata Dayang, dia merupakan seorang yang gemar berahsia dan tidak tahu untuk menzahirkan rasa hatinya.
"Bukan saya tidak mahu tulis lirik sendiri tetapi saya tiada inspirasi terutamanya lagu berkaitan dengan cinta.
"Saya sendiri tidak pernah merasai bagaimana bercinta dan putus cinta, malah saya juga tidak tahu untuk ekspres perasaan yang saya rasa ke dalam sebuah lagu," katanya yang ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran Album Dayang & Cinta, di sini, Selasa.
Tambahnya, dia lebih gemarkan sebuah lagu yang menggunakan lirik yang mudah difahami berbanding mempunyai maksud tersirat dan tersurat.
"Selalunya saya akan berjumpa sendiri dengan komposer dan beritahu apa yang saya mahu dalam sesebuah lagu itu.

"Kalau boleh saya mahu lirik yang mudah difahami kerana mudah untuk saya menghayatinya terutamanya jika lagu-lagu cinta," ujarnya.
Kata penyanyi yang popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini, dia masih belum menemui pasangan yang sesuai buat dirinya untuk menjadi pasangan hidup.
"Saya tidak pernah bercinta, memang hidup saya agak bosan kerana jika tidak bekerja, saya akan berada di rumah dan jika keluar hanya ditemani keluarga.
"Tapi saya yakin jodoh itu akan sampai. Jika ditanya saya seorang yang memilih, ia sudah tentu kerana saya memilih untuk menentukan masa depan saya," katanya.
Bercerita tentang album yang memuatkan 12 buah lagu ini, kata Dayang kesemuanya berkisarkan tentang lagu-lagu cinta yang mempunyai nilai positif.
"Berbeza dengan album sebelum ini, kesemua lagu dalam album terbaru berunsur cinta yang positif, bukan sahaja antara manusia sesama manusia tetapi kepada alam semula jadi," katanya yang juga merupakan selebriti Riben Merah, Majlis AIDS Malaysia.
Bersempena pelancaran album tersebut juga, Dayang dengan kerjasama Maybank Berhad bakal mengadakan persembahan amal pada 2 Julai depan di Hardrock Cafe, di sini bagi mengutip dana untuk Majlis AIDS Malaysia.
Sementara itu, Album yang sudah berada di pasaran sejak sebulan lalu ini turut menampilkan beberapa komposer terkenal seperti Yasin, Afdlin Shauji, Omar K dan Audi Mok.
Manakala dua lagu berjudul Sayang dan Perlukan Cinta menampilkan dua penyanyi Indonesia iaitu Marcell dan Tompi sebagai pasangan duetnya.
Jejaka Indonesia dihati Dayang

DAYANG Nurfaizah jarang bergulir dengan cerita hodoh lagi bodoh. Jarang sekali kedengaran perilaku buruk tentang artis yang satu ini, sementelah peribadinya sendiri cukup menyenangkan.
Pun, baru-baru ini tersebar cerita kurang molek tentang penyanyi hitam manis mesra disapa Dayang ini.
Kononnya dia akhir-akhir ini dilihat agak panas. Ini termasuklah dalam soal berpakaian. Usia mencecah 30 tahun, Dayang dengan selamba berani tampil dengan skirt pendek separas paha, gaun tanpa lengan dengan aksi cukup remaja.
Belum lagi tentang gambar-gambar adegan mesra di pentas bersama penyanyi Indonesia, Marcell yang menjadi persoalan peminat, kenapa Dayang izinkan diri dipeluk lelaki?
Apatah lagi kala di pentas, ia bukan satu perilaku yang sesuai tambahan buat seorang yang berstatus anak dara sepertinya. Tidak dapat lari daripada menjawab persoalan tersebut, Dayang mengakui dia tidak kisah dengan tanggapan yang diberikan.
Mengakui gambar-gambar mesra itu dirakamkan pada persembahan terbarunya dengan Marcell baru-baru ini, Dayang memohon ia tidak terus dijadikan isu.
“Kami sebenarnya terperangkap dalam emosi. Sesiapa saja yang menyanyi dengan Mercell akan sama, terperangkap dengan sikap romantis dia waktu di pentas. Dayang juga begitu.
“Bila Marcell memeluk bahu Dayang ketika kami menyanyi, anda fikir sendiri, adakah Dayang perlu tolak dan buat tidak suka? Sedangkan kami ketika itu sedang berada di pentas. Sebagai rakan duet, kita tak boleh pentingkan diri sendiri dan sentiasa berkongsi emosi waktu bersama supaya bait lagu sampai kepada penonton.
“Pada Dayang, selagi ia tidak disertakan dengan perasaan yang keterlaluan dan masih dalam situasi yang wajar, ia bukan satu persoalan yang besar untuk diperdebatkan,” katanya.
Mengharapkan agar semua pihak tidak tersalah anggap, apatah lagi dengan status Marcell sebagai suami orang, Dayang memberitahu aksi mesranya dengan Marcell itu turut ditonton oleh isteri penyanyi berkenaan.
“Isteri dia ada di sebelah. Marcell ni bila menyanyi, dia cukup romantis, dia memang akan buat kita rasa seronok dan menjiwa lagu tu. Isteri Marcell pun tahu kami memang sudah lama berkawan, jadi ia takkan jadi isu besar.
“Jangan pula buat tanggapan kononnya Dayang ada ‘apa-apa’ dengan dia semata-mata kerana kami mesra di pentas,” ulasnya.
Tentang isu semakin seksi pada usia menjengah 30-an, Dayang sendiri tertanya-tanya, di manakah seksi yang dimaksudkan itu? Apakah sebagai artis, dia tidak boleh memilih fesyen yang sesuai dengan cita rasa dan imej yang ingin ditampilkan?
“Dayang semakin seksi? Mungkin orang tak tahu, beginilah imej saya sejak dulu. Tapi tak apa, katalah apa saja, sekurang-kurangnya saya sentiasa dalam ingatan mereka. Saya akan ambil positif semua yang datang kepada saya dan tidak akan membuang emosi dengan berfikir negatif.
“Cakaplah apa saja, saya tak peduli kerana yang penting kepada saya ialah cari duit banyak-banyak, cari kerja dan fikir masa depan. Itu lebih bagus,” katanya yang kekal dengan prinsip peribadi semenjak awal muncul menyanyi.
Bercakap tentang kerjaya, album solo ke-lapan penyanyi ini akan muncul pada tidak lama lagi. Malah single baru berjudul Saat Itu sudah mula diterima media. Album berkenaan diterbitkan oleh syarikat milik Dayang sendiri, DN&AD Entertainment, diedar Warner Muzik.
Pilihan Harvey Malaiholo
Secara kebetulan pula, akhir-akhir ini bukan Marcell seorang artis Indonesia yang dikaitkan dekat dengan Dayang. Selepas Marcell dia rapat dengan Tompi, kali ini Harvey Malaiholo pula sebagai lelaki Indonesia yang rapat dengan anak dara Awang Dowty.
Pertemuan Dayang dan Harvey berlaku atas kehendak syarikat rakaman Erama Records, sebuah syarikat tempatan yang sedang berkembang. Menariknya mereka merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Slam, Gerimis Mengundang dalam bentuk single.
Gerimis Mengundang adalah prelude kepada album penuh Harvey yang dalam proses pembikinan, juga bakal diterbit Erama Records.
Peminat yang mahu mendengar gandingan mereka boleh memuat turun lagu berkenaan melalui alamat www.erama.tv, bermula awal Mei ini.
Tak kisah pilihan ke-dua
Bercakap tentang Gerimis Mengundang, lagu berkenaan mencipta sejarah tersendiri dalam era kegemilangan lagu Malaysia di Indonesia sekitar tahun 1990-an apabila album kumpulan Slam yang memuatkan lagu berkenaan terjual lebih 1 juta unit di negara jiran.
Justeru ada sebab untuk Dayang menjadi begitu syahdu pada sesi rakaman yang dilakukan di Studio Back Beat, Cipete Raya, Jakarta pada 8 April lalu.
Pancaindera yang turut menyaksikan sesi rakaman itu secara eksklusif telah diperdengarkan dengan hasil rakaman awal gandingan suara mereka.Ternyata pilihan Erama Records cukup tepat apabila alir suara Harvey dan Dayang bersatu dalam nuansa penuh romantis.
Gerimis Mengundang yang awalnya dihasilkan Saari Amri kedengaran seperti lagu baru setelah diberi sentuhan oleh komposer ternama negara jiran itu dan jika kena dengan cara promosinya ia akan kembali menyinar terang benderang.
Khabarnya pada awalnya Harvey bakal berduet dengan penyanyi asal lagu berkenaan, Zamani Slam sendiri. Tetapi atas satu sebab yang tidak jelas, nama Zamani digugurkan dan Dayang dipilih bersama dalam projek itu. Pun tidak ada istilah pilihan kedua atau ketiga bagi Dayang dan dia melihat segalanya sebagai rezeki yang datang.
“Pada Dayang, ia adalah rezeki. Tak tahu pula mereka hendak beri pada Zamani atau penyanyi lain pada awalnya. Dayang tak kisah tentang hal itu, setiap peluang yang datang kita perlu gunakan dengan sebaik mungkin. “Tak kisahlah sama ada ia pilihan kedua ke, pertama ke, asalkan buat yang terbaik, itu adalah rezeki yang datang.
Dayang Nurfaizah Hilang Pengurus

PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah memberitahu berita sedih bahawa dia bakal kehilangan pengurusnya, Shaliza Kader Sultan yang tidak menguruskannya lagi berkuatkuasa awal tahun hadapan.
Menurut Dayang, Shaliza yang telah mengurusnya hampir 10 tahun berbuat demikian bukan kerana mereka mempunyai masalah tetapi dia perlu mengikut suaminya ke Amerika Syarikat.
"Ini tidak bermakna hubungan saya dan Kak Liza putus begitu sahaja. Kak Liza akan membantu untuk saya mempelajari selok-belok pengurusan artis terlebih dahulu," katanya.
Dayang berkata demikian pada sidang akhbar pra dengar album Dayang, Sayang & Cahaya di Menara Mustapha Kamal, PJ Trade Center, Khamis.
Album terbaru itu memuatkan 12 buah lagu yang majoritinya berunsurkan percintaan

Antaranya, Mulanya Di Sini, Sayang, Rahsia cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Stay, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu, Life With You, Perlukan Cinta dan Ku Temu Cahaya yang menjadi lagu tema Yayasan Aid Malaysia.
Album itu diterbitkan oleh syarikat Dayang sendiri iaitu DN&AD Entertainment Sdn Bhd.
Sementara itu, Dayang memberitahu, dia tidak tergesa-gesa mencari pengganti Shaliza kerana memerlukan masa untuk mencari mereka yang berpotensi menjadi pengursnya.
Ini kerana, katanya, perlu wujud keserasian antara dia dan orang yang dilantik menjadi pengurus.
"Saya lihat terdapat hikmah di sebalik kejadian ini kerana saya perlu belajar berdikari selepas ini," katanya.
Tambah Dayang, dia kini mempunyai pembantu yang menguruskan emel, serta teknologi maklumat yang dapat membantunya berurusan dengan Shaliza kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
