Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Dafi af5. Show all posts
Showing posts with label Dafi af5. Show all posts
Ada Pihak Ambil Kesempatan Kerana Dafi Anak Menteri
Dafi Semakin Risau Berat Badan Kian Bertambah
PETALING JAYA: Penyanyi Dafi mengakui berasa bimbang dengan berat badannya yang naik secara mendadak sejak akhir-akhir ini sehingga sering ditegur oleh banyak pihak.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar penampilannya itu tidak menarik terutamanya jika membuat kemunculan di televisyen.
"Saya akui kebelakangan ini berat badan saya memang cepat naik dan saya perlu melakukan sesuatu sebelum ia tidak dapat dikawal," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Dafi berkata, ekoran teguran itu juga dia mengambil keputusan untuk menurunkan berat badannya ke paras ideal supaya penampilannya lebih menarik sebagai seorang selebriti.
Kata Dafi, sebelum ini berat badannya pernah mencapai hampir 80 kilogram dan menjanjikan untuk menurunkan sebanyak 10 kilogram.
"Sejak tiga bulan lalu saya sudah mengamalkan diet dan senaman secara teratur selain mencuba sukan Muay Thai bagi mengurangkan berat badan dan mula menampakkan hasil.
"Saya mahu untuk turunkan berat badan saya sebanyak 10 kilogram supaya dapat kembali ke bentuk asal seperti sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Dafi berkata, penglibatannya dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia sebelum ini yang memerlukan stamina tinggi telah memaksanya untuk lebih bergiat aktif bersenam.
"Salah satu sebab saya masuk program itu adalah kerana ingin menguruskan badan kerana sedar segala aktiviti lasak dapat membantu usaha saya itu selain ketahanan mental peserta," jelasnya.
Dafi berpasangan dengan pengacara Zoey Rahman disamping 30 peserta yang lain.
Program itu disiarkan pada setiap Sabtu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).
Dafi Akui Belum Popular Di Indonesia
KUALA LUMPUR: Penyanyi berwajah comel, Dafi mengakui masih belum dikenali secara meluas oleh peminat di Indonesia walaupun sering berulang-alik bagi memperkukuhkan kerjaya seninya di sana.
Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail, 24, bagaimanapun berkata, perkara itu tidak terlalu menjadi perhatiannya buat masa ini kerana peluang dan kepercayaan untuk membina nama di Indonesia adalah lebih penting.
"Sejujurnya saya tidak rasa ada orang kenal siapa Dafi di Indonesia namun apa yang lebih penting saya tahu tujuan ke sana dan setakat ini semua perancangan dilaksanakan dengan baik," jelasnya.
Dafi ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran program Fear Factor Selebriti Malaysia dekat sini pada Isnin.
Tambah Dafi, walaupun penat berulang alik daripada Kuala Lumpur ke Jakarta namun dia berasa puas kerana dapat melakukan sesuatu untuk kerjaya seninya.
Dalam pada itu, Dafi memberitahu dia kini tidak lagi menjadi pengacara dalam rancangan Selebrita Siang kerana menyedari kurang berminat dalam bidang itu.
Tambah Dafi, keputusan itu dibuat selepas dia ingin melancarkan karier nyanyiannya dan memberitahu akan mengeluarkan single pertama di sana pada tahun hadapan.
"Barangkali muncul sebagai pengacara dalam program tersebut sebagai pengenalan diri saya di kalangan masyarakat Indonesia dan selepas beberapa bulan saya merasakan bidang itu tidak sesuai dengan saya.
"Saya kini ingin menfokuskan kepada bidang nyanyian sepenuhnya," katanya.
Tambah Dafi, dia akan mendapatkan khidmat komposer Ajai untuk penerbitan lagu terbarunya itu nanti.
Sementara itu, mengulas mengenai penglibatannya dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia, Dafi berkata, semenjak kecil dia memang meminati program itu dan pelawaan daripada pihak Astro tidak membuatkannya berfikir dua kali.
Kata Dafi, dia juga ingin mencabar dirinya melakukan aktiviti lasak yang belum pernah dicuba dan mengakui ia bukan mudah.
"Selepas melalui beberapa cabaran ia sebenarnya sangat sukar tetapi kami semua berjaya melakukannya dan menyertai Fear Factor adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Dafi berpasangan dengan pengacara Zoey Rahman disamping 30 peserta yang lain.
Ia bakal disiarkan pada 29 Disember ini pada setiap Sabtu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).
Dafi Ambil Peluang Lepaskan Rindu Pada Keluarga
PETALING JAYA: Kesibukan penyanyi Dafi yang terpaksa meminggirkan keluarga kerana melebarkan sayap seninya ke negara Indonesia menjadikan Aidilfitri yang disambut pada tahun ini amat bermakna.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, percutiannya selama seminggu di tanah air membuatkan dia mahu memanfaatkan detik itu sebaik mungkin agar dapat melepaskan rindu terhadap keluarganya.
"Ini pun tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum saya berangkat ke Jakarta pada Sabtu ini.
"Barulah saya faham erti orang yang hidup di perantauan. Saya dapat merasainya. Setiap detik bersama keluarga amat bernilai kerana apabila pulang ke negara tempat kita bekerja perasaan sunyi dan rindu mula terasa.
"Bagaimanapun, seperti tahun-tahun yang terdahulu, setiap kali raya saya dan keluarga pasti akan ada baju raya sedondon. Kali ini kami sekeluarga pilih warna ungu. Memang sudah jadi tradisi keluarga saya untuk pakai baju warna sedondon di pagi raya," jelas Dafi.
Sementara itu, sambutan Aidilfitri Dafi turut diiringi dengan sebuah single lagu Hari Raya berjudul Nikmat Lebaran terbitan syarikat pengurusannya sendiri iaitu Laugh of Loud Entertainment Sdn Bhd.
Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu ini, Nikmat Lebaran digubah oleh Datuk Shuhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah berkonsepkan Etnik Kreatif.
"Sudah lama saya mahu melakukan kolaborasi dengan Pak Ngah kerana saya sukakan sentuhannya dalam irama tradisional.
"Ia bukan hanya sekadar muzik tradisional semata-mata tetapi elemen rancak dan klasik turut disuntik pada lagu tersebut," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dafi juga dalam perancangan untuk melahirkan album terbaru pada hujung tahun ini berkonsepkan pop.
Dafi cari tapak di Indonesia
MESKIPUN nama Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi, 24, tidak segah Stacy atau Hafiz, bintang kelahiran program Akademi Fantasia (AF) yang lain namun dia mempunyai keberanian tersendiri.
Biarpun lagu-lagu dendangannya seperti Bila Terasa Rindu, Rentak Optimis dan Euphoria hanya popular di tanah air, itu bukan penghalang untuknya melebarkan sayap di Indonesia kerana peluang tidak akan datang bergolek.
Mungkin kesempatan berduet dengan Gita Gutawa menerusi lagu Dua Hati Menjadi Satu untuk iklan ais krim Cornetto Walls pada tahun 2008 memberi sedikit kekuatan untuk Dafi melangkah ke negara seberang.
Memulakan kerjaya di negara asing ibarat orang baru yang mula menapak. Namun itu semua dilalui dengan tabah oleh Dafi demi impiannya.
Sebagai permulaan, Dafi mengikat kontrak selama setahun sebagai artis naungan Trans Corp yang memiliki stesen televisyen, Trans TV di Indonesia sejak 13 Januari lalu.
"Tugasan saya adalah sebagai pengacara program hiburan Selebriti Siang. Menerusi program yang yang disiarkan tiga hari seminggu itu, saya mengacara bersama dua pengacara lain iaitu Mesty dan Lala," jelasnya.
Dari hari ke sehari, kata Dafi, dia dapat mengatasi segala kesulitan sebagai pengacara dan mula terasa keserasian antara rakan sejawat yang lain.
Menurut Dafi, dia mendapat kerjasama penuh daripada rakan pengacara dan para krew yang terbabit dalam rakaman program Selebriti Siang.
Sebagai wajah eksklusif stesen tersebut, Dafi juga mendapat bantuan untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan di sana.
"Apabila mengikat kontrak dengan Trans Corp, segala jadual kerjaya dirancang dan diatur oleh mereka. Sebagai orang luar, mungkin sukar untuk saya bergerak sendiri mencari peluang di sana tapi menerusi kerjasama ini, saya tidak perlu bimbang.
"Kita perlu ada pihak tempatan untuk membantu sebab orang di sini sukar menerima orang luar. Setakat ini alhamdulillah, perjalanan kerjaya saya berjalan lancar," katanya yang kini berada di tanah air kerana bercuti.
Duta tidak rasmi
Sebagai anak rantau, Dafi sedar dia perlu bijak membawa diri kerana kiri kanannya dikelilingi insan-insan yang tidak dikenali.
Namun Dafi tidak menghadapi masalah untuk menjalin silaturahim kerana dia seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Bagaimanapun sebagai anak Malaysia, Dafi sering menjadi sasaran terutamanya di kalangan rakan sekerja untuk bertanya tentang kesahihan berita yang dicetuskan oleh pihak media di sana.
"Kalau ada kes yang berkaitan dengan Malaysia, pasti saya akan disoal dengan pelbagai soalan. Benarkah begitu seperti yang dilaporkan dalam akhbar. Itulah antara soalan mereka.
"Terasa diri macam duta pula terpaksa menjelaskan kedudukan yang sebenar. Saya tidak kisah memberi penerangan kerana tidak mahu mereka salah faham kerana ada masanya apa yang dilapor tidak benar," katanya.
Jelasnya, apabila kerap disoal, Dafi semakin bersedia dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar dapat melaksanakan tugasan sebagai duta tidak rasmi dengan mudah.
Dafi yang bersendirian di sana mengakui tidak berasa sunyi kerana keluarga kerap mengunjunginya.
"Keluarga sering juga datang melawat saya. Tapi bulan Ramadan ini saya sengaja mengambil cuti. Biarpun kata kita serumpun tapi suasana di sana tidak sama dengan Malaysia.
"Saya nak bersama keluarga dan kalau ada kerja, barulah saya pergi ke Indonesia dan kembali ke tanah air," kata anak kedua daripada empat beradik itu.
Berlakon sinetron
Sebagai artis naungan Trans Corp, Dafi turut diberi kesempatan mengembangkan bakat lakonannya dalam drama di sana.
Dafi bakal muncul dalam drama Dara Kembali bersama Asmirandah dan Rizky Aditya itu berlakon sebagai Naizal, pemain bola sepak.
"Dalam sinetron itu, saya sebagai orang Malaysia, tidak perlu bertutur gaya orang sana. Apa pun bila berada dalam kelompok mereka, secara automatik kita akan terikut gaya percakapan.
"Saya belum fasih bertutur bahasa Indonesia tapi kalau macam tidak faham sangat, saya lebih senang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," jelas Dafi yang mengaku rapat dengan Samuel Rizal, Acha Septriasa dan Rossa.
Katanya, dalam bidang lakonan, dia mahu mencipta nama seperti Ashraf Sinclair atau Miller yang sudah sinonim dengan seni lakonan sinetron di sana.
Ramadan Dafi di perantauan
TUNTUTAN kerjaya dan impiannya untuk mengembangkan bakat seni ke negara seberang memaksa Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri hidup sendirian di Kota Jakarta, Indonesia.
Menurut Dafi, 24, yang sempat menyambut separuh bulan Ramadan di Malaysia, dia mengambil cuti bulan mulia ini daripada mengendalikan program, Selebrita Siang.
Bagaimanapun disebabkan kepadatan jadual kariernya di Indonesia, Dafi harus terbang ke Jakarta semula sebelum kembali ke Kuala Lumpur dua hari sebelum sambutan Aidilfitri kali ini.
"Buat masa ini saya masih berada di Malaysia tetapi pada 10 Ogos depan saya akan kembali ke Jakarta kerana kerja.
"Memang saya sengaja minta cuti sebulan kerana ingin menghabiskan bulan Ramadan bersama keluarga dan juga aktiviti seni di Kuala Lumpur tetapi disebabkan beberapa hal yang harus saya bereskan sebelum raya, mahu tidak mahu saya terpaksa pulang ke Jakarta," ujarnya.
Tambah Dafi, budaya dan suasana bulan Ramadan antara Kuala Lumpur dan Jakarta sangat berbeza. Tiada nasi tomato yang merupakan makanan kegemarannya dan yang paling utama tiada keluarga di sisinya.
"Apa yang saya tahu di Jakarta tiada bazar khas untuk bulan Ramadan, apa yang ada cuma gerai-gerai tepi jalan yang jual kuih-muih. Saya pula paling suka nasi tomato. Di Jakarta memang tidak jumpa orang jual nasi tomato, jadi saya tukarkan makanan kegemaran saya itu dengan nasi uduk.
"Biasanya saya akan buka puasa di restoran bersama rakan-rakan berbeza jika di Kuala Lumpur pastinya dengan keluarga. Jika tidak ada aral melintang, keluarga saya akan terbang sekali ke Jakarta untuk rasa berpuasa di sana sambil melawat saya," ucap Dafi yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.
Tinggal sendirian di kawasan perumahan yang ramai orang Malaysia mengubat sedikit kerinduan Dafi terhadap tanah air. Namun kata Dafi, sudah tinggal sendirian menyebabkan dapurnya cukup jarang digunakan.
"Saya cuba untuk masak terutamanya untuk makan sahur tetapi setakat hari ini belum lagi (ketawa). Maknanya saya memang jarang masak, biasalah orang bujang, sahur saya lebih selesa makan di luar sahaja," luah anak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu lagi.
Bercakap tentang raya, terang Dafi, dia akan bercuti selama dua minggu sebelum kembali ke Jakarta.
"Persiapan raya sudah dibuat awal-awal lagi, baju sudah ditempah. Selepas raya saya akan kembali sibuk dan jarang-jarang untuk dapat cuti, jadi saya bercuti selama dua minggu untuk bersama keluarga," jawabnya.
Lagu raya
Cuti selama sebulan tidak disia-siakan Dafi apabila dia turut merakamkan sebuah lagu raya berjudul, Meriahnya Lebaran yang dicipta sepenuhnya oleh Pak Ngah.
Lagu yang dirakamkan pada 16 Julai lalu itu merupakan sebuah lagu raya yang mempunyai elemen tradisional sesuai dengan kehendak Dafi yang menginginkan sebuah lagu raya klasik.
"Sebenarnya saya boleh sahaja buat lagu raya dengan sentuhan moden seperti pop, balada dan pelbagai genre lain tetapi saya sendiri rasa sebuah lagu raya itu harus ada elemen tradisional supaya kemeriahan raya itu dapat dirasai," ujarnya.
Memilih Pak Ngah selaku komposer lagu raya itu, kata Dafi, dia percaya lagu-lagu nukilan komposer itu cukup mesra telinga dan sesuai dengan suasana raya.
"Karya Pak Ngah tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sudah terbukti, dia memang hebat di bidangnya. Tiada orang lain yang berada di fikiran saya ketika perancangan untuk merakamkan lagu raya dibuat. Alhamdulillah, Pak Ngah setuju dan saya sendiri secara peribadi suka dengan lagu raya yang dihasilkannya," jawab Dafi.
Selain lagu raya, Dafi juga telah muncul dengan lagu berjudul Bila Cinta Tiada Lagi yang akan mula berkumandang di stesen radio tempatan tidak lama lagi.
Selepas lapan bulan menandatangani kontrak sebagai artis naungan Trans Corp yang memiliki stesen televisyen, Trans TV, Dafi menunjukkan perkembangan yang baik apabila dia bakal merakamkan dua buah lagu hasil komposer Indonesia.
"Mungkin selepas raya, saya akan merakamkan dua buah lagu baharu. Sebuah lagu rancak dan sebuah lagu balada. Nama komposer masih dirahsiakan tetapi saya sudah dengar lagu itu dan memang sedap didengar.
"Sebenarnya saya lebih teruja rakam lagu di Indonesia sebab itu tujuan utama saya berhijrah ke sana tetapi rezeki lain pula yang datang terlebih dulu seperti pengacaraan dan juga lakonan," tuturnya.
Membintangi sinetron
Ketika mula-mula menapak dalam industri seni Indonesia, Dafi akui perjalanan kerjayanya sedikit kabur, namun lama-kelamaan Dafi mula menyesuaikan diri dengan rencah hiburan dan kehidupan masyarakat di sana.
Enam bulan bergelar pengacara program hiburan Selebrita Siang di saluran televisyen Trans 7, penguasaan bahasa Indonesia Dafi semakin baik, malah dirinya juga semakin dikenali.
"Rasanya semua tahu sebelum ini ada beberapa isu berbangkit antara Malaysia dan Indonesia yang menimbulkan ketegangan di sana.
"Sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di Indonesia, pada mulanya saya takut juga tetapi sebenarnya yang menimbulkan kekecohan itu segelintir pihak sahaja.
"Saya tidak pernah rasa disisih atau dihentam gara-gara saya berstatus warganegara Malaysia, mereka menerima saya seadanya. Adakalanya mereka bertanya juga isu-isu panas antara dua negara kepada saya tetapi sebolehnya saya akan memberi jawapan yang berunsur diplomasi," katanya.
Terbaharu, Dafi telah membintangi drama bersiri atau sinetron berjudul Dara Kahwin Lari yang telah menjalani penggambaran episod pertamanya sebelum bulan Ramadan lalu.
Melakonkan watak antagonis bernama Naizal iaitu seorang pemain bola dari Malaysia, Dafi yang pernah berlakon dalam filem Sayang You Can Dance itu mengatakan tiada perbezaan berlakon dalam produksi Malaysia mahupun Indonesia.
"Cara kerja mereka sama sahaja dengan orang Malaysia cuma kesukaran buat saya ketika mereka menerangkan perjalanan watak itu kepada saya.
"Walaupun bahasa Indonesia dan Malaysia tiada banyak beza dan mudah untuk saya fahami tetapi terdapat istilah-istilah yang digunakan hanya orang Indonesia sahaja yang faham membuatkan saya kadangkala terkeliru," beritahunya.
Tegas Dafi, meskipun kerjayanya di Indonesia semakin menampakkan hasil, namun Dafi tetap mengutamakan kerjayanya di Malaysia kerana kerjaya seninya berjalan serentak di kedua-dua negara.
"Alhamdulillah, saya semakin diterima di Indonesia tetapi itu tidak bermakna saya melupakan Malaysia, sebaliknya saya akan tetap mengutamakan Malaysia daripada segala segi kerana banyak projek di Malaysia yang telah dirancang sehingga tahun depan," ujarnya menutup bicara.
Dafi Sudah Sedia Terima Kontroversi Media Indonesia
Dafi Teringin Miliki Kekasih Warga Indonesia
KUALA LUMPUR: Penyanyi Dafi mengakui dia teringin memiliki seorang kekasih warga Indonesia sejak menetap di Indonesia pada Januari lalu.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, keinginannya itu mula timbul sejak melihat ramai gadis-gadis di negara tersebut mempunyai raut wajah yang cantik.
"Jujur saya katakan, kecantikan wajah mereka membuatkan saya teringin mempunyai seorang kekasih di sana.
"Bagaimanapun, kenyataan ini bukan mahu mengatakan yang orang Malaysia tidak cantik, harap peminat-peminat tidak salah faham atau berkecil hati ya," katanya.
Tambah Dafi lagi, selain itu dia juga ingin merasakan pengertian hubungan cinta jarak jauh apabila dia pula ke tanah air nanti.
Enggan terlalu memikirkan soal pilihan cinta, Dafi meneruskan target utamanya yang ingin mengembangkan kerjaya di negara seberang itu.
Ujar pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu, sejak mengikat kontrak selama setahun menjadi artis eksklusif stesen televisyen Trans Corp dan terus menjadi hos rancangan Selebritas Siang, dia gembira kerana peminat-peminatnya di negara itu mudah menerimanya.
"Saya tidak sangka bahawa kerjaya di Indonesia memberi respons yang bagus. Mungkin juga sebelum ini saya pernah berduet dengan Gita Gutawa menerusi lagu Sempurna, saya beranggapan mereka mula mengenali saya dari lagu tersebut.
"Malah ia satu pengalaman baru buat saya bagi mengacarakan program berbahasa Indonesia. Agak sukar, namun Alhamdulillah saya mampu mengatasinya dengan pantuan pihak produksi dan pengacara gandingan saya iaitu Mesty dan Lala," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Dafi sedang mengumpulkan bahan lagu yang akan dimuatkan dalam albumnya di Indonesia selain masih lagi meneliti beberapa tawaran berlakon yang bersesuaian dengannya.
Dafi Berang Tak Dapat Bayaran!
Berikutan daripada luahan hati Dafi yang merasa teraniaya dengan pihak penganjur di laman Twitter lewat tengah hari semalam, OHBULAN! bergegas mendapatkan Dafi bagi mengetahui kisah sebenar di sebalik peristiwa malang tersebut. Menurut ruangan berita dalam sebuah akhbar semalam, Dafi dikhabarkan telah ‘dikapur’ atau dalam istilah normalnya ditipu oleh pihak penganjur yang menjanjikan bayaran terhadapnya, namun tidak ditunaikan. Difahamkan, Dafi mengenakan bayaran RM3000 bagi setiap persembahan yang dilakukan bersama penganjur berkenaan, dan penyanyi ini sudah pun membuat 3 kemunculan bersama mereka. Ia menjadikan jumlah keseluruhan bayaran yang tidak ditunaikan menjadi RM9000.
Geram bukan sebarang geram, sebaliknya Dafi mempunyai alasan tersendiri kerana ia berkaitan dengan haknya. Apakan tidak, bayaran yang sepatutnya dijelaskan mulai bulan Jun 2011 tidak ditunaikan sehingga kini. Ikuti penjelasan Dafi selepas ini.
Apa yang buat Dafi geram sebenarnya?
“Saya difahamkan bahawa mereka mengalami masalah dalam mengenai isu seorang selebriti yang tidak menjelaskan bayaran perkahwinan sekitar RM4500+. Bagaimanapun, saya tidak pernah membuat persembahan, atau hadir di majlis perkahwinan selebriti tersebut. Saya hanya membuat persembahan di karnival pengantin anjuran mereka. Jadi, apabila mereka mengaitkan isu berkenaan dengan pembayaran persembahan, saya rasa pelik pula. Sepatutnya, setiap penganjur memang sudah menyediakan bajet untuk pembayaran artis. Jadi, apakah kaitannya isu selebriti tak bayar mereka dengan pembayaran saya? Kedua-dua majlis anjuran mereka adalah berbeza!”
Bayangkan, Dafi melalui pengurus sudah beberapa kali cuba menghubungi mereka, tapi gagal. Dalam SMS bukan main beriya-iya nak bayar, tapi apabila call tak angkat.
Tapi, pihak penganjur ada menyatakan bahawa mereka sudah membayar separuh daripada jumlah penuh?
“Mana ada bang. Cek berjumlah RM4500 tu ialah cek tendang! Itu sudah menunjukkan mereka sebenarnya penipu. Kalau mereka ada masalah dengan orang lain, kenapa perlu libatkan saya? Isunya, krisis yang mereka alami memang tiada kene mengena dengan saya langsung. Takkan lah kalau mereka tak dapat bayaran, saya juga tak dapat bayaran? Saya sudah tunaikan tanggungjawab saya, jadi mereka perlu tunaikan tanggungjawab mereka juga.”
Kata penganjur, pengurus Dafi, iaitu Afeeq berhutang dengan mereka. Itu yang menyebabkan bayaran Dafi sangkut. Boleh jelaskan?
“Bang, mereka memanggil saya melalui syarikat pengurusan Laugh Out Loud Entertaiment. Dafi & Afeeq merupakan rakan kongsi dalam syarikat tersebut. Syarikat Laugh Out Loud Entertainment menguruskan segala perjalanan seni Dafi.
“Bagaimanapun, Afeeq turut mempunyai syarikat persendirian yang menguruskan perkahwinan. Sebelum ini, Afeeq memang pernah bekerjasama dengan mereka untuk menguruskan perkahwinan selebriti itu. Nak dijadikan cerita, ada penaja yang pecah lubang mengenai pembayaran yang sepatutnya dibuat oleh Afeeq. Bayangkan, ada penaja yang tidak mengenakan caj, tapi mereka letakknya bayaran dalam bil. Mereka mendakwa kononnya penaja ada kontra dengan pembukaan booth di karnival anjuran mereka. Tapi, perkara itu sebenarnya tidak terjadi pun. Jadi, Afeeq pun ingin menegakkan haknya. Dia tak mahu bayar untuk perkara yang memang tidak wujud.
“Persoalannya, mereka mengaitkan 2 cabang bisnes yang berbeza dalam isu pembayaran ini. Kononnya, mereka tolak bayaran penuh Dafi sebab Afeeq tak mahu bayar penajaan tersebut. Apa kaitan isu mereka dengan Dafi? Dalam kes ini, Dafi dah tunaikan tanggungjawab!”
Pihak penganjur juga mendakwa bahawa pengurusan Dafi merayu untuk membuat persembahan di karnival pengantin anjuran mereka, betul ke?
“Sudah menjadi tugas seorang pengurus untuk mencarikan persembahan. Takkan pengurus saya duduk goyang kaki makan gaji buat? Jadi, Afeeq memang pernah berhubung dengan mereka mengenai persembahan, mereka bersetuju untuk menampilkan Dafi. Tapi, itu bukanlah alasan untuk mereka mengelak daripada membayar Dafi. It’s not fair!
“Penganjur menambah lagi, mereka tidak kisah pun dengan Dafi. Keuntungan tahunan syarikat mereka pun mencecah RM6 juta. Apa komen Dafi?
“Saya bukan apa bang, mereka tu jangan berlagak sangatlah. Kalau betul buat keuntungan mencecah RM6 juta, apalah sangat bayaran RM9 ribu kepada saya. Logik tak?”
Jadi, apa kata-kata akhir Dafi kepada mereka?
“Saya tak berniat untuk memburukkan mereka. Cuma saya gusar andai kata saya tak banyak bunyi, nanti orang lain terkena pula. Kalau mereka berani, sila buat sidang akhbar. Biar anda di luar sana menilaikan sendiri kebodohan mereka!”
Selamat tinggal dunia lakonan – Dafi

PADA 14 Disember lalu, genaplah usia penyanyi remaja, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi mencecah usia 22 tahun. Diam tak diam, sudah tiga tahun pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu menceburkan diri dalam bidang seni sejurus dia keluar daripada rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
Bagi dirinya, 2010 yang baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu telah meninggalkan momen indah buat Dafi untuk dicatatkan dalam memori seninya.
Tanpa disedari Dafi sendiri, dia kini sudah pun bergelar pelakon lantaran penglibatannya menerusi beberapa buah drama yang ditayangkan sepanjang 2010.
Katanya, lakonan adalah satu cabang seni yang sememangnya diimpikan untuk diceburinya.
“Bermula dengan Hotel Mania, tawaran untuk berlakon datang satu demi satu selepas itu dan saya cukup seronok dengan pengalaman itu.
“Ia adalah peluang yang saya nanti-nantikan sejak keluar daripada AF. Kini, satu lagi impian saya sudah tercapai dan saya bersyukur kerana diberi peluang itu.
“Jadi, tahun hadapan saya akan berhenti daripada berlakon untuk fokus pada karier nyanyian saya,” cerita Dafi yang ditemui pada majlis ulang tahun kelahirannya dan upacara perasmian syarikat pengurusan artis dan acara miliknya, Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd. (LOL) di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lalu, kehadiran 2011 dijadikan platform buat anak kelahiran Pahang itu untuk membangkitkan kembali karier nyanyiannya yang telah ditinggalkannya sejak beberapa bulan lalu.
Selepas hasrat untuk menceburi dunia lakonan terlaksana menerusi drama Hotel Mania, Opah Popular, Misteri Alam Hitam dan Kecoh Bendul, Dafi kini hanya menyimpan hasrat mencuba nasib di pentas teater pula.
“Pentas teater memberikan pengalaman dan pandangan yang berbeza di samping boleh mencantikkan lagi portfolio seni saya.
“Saya dapat rasakan teater memberi cabaran kepada pelakonnya dan ia mengujakan saya,” tambahnya.
Namun, sejak terlibat dengan lakonan, dia merasakan karier nyanyiannya agak terpinggir dan dia berazam untuk membentuk semula kerjaya utamanya itu dengan identiti dan imej yang lebih segar.
Dalam perbualan itu juga, Dafi menjelaskan, itulah faktor utama penubuhan LOL yang bertanggungjawab untuk menguruskan hala tuju hidupnya dalam seni suara yang diceburinya tiga tahun lalu.
Dafi bankrap, baru saya tolong - Ismail Sabri
LANTARAN kematangan usianya itu, Dafi yang juga anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu kini melangkah setapak lagi untuk bergelar usahawan.
Ironinya, upacara perasmian syarikat miliknya itu disempurnakan sendiri oleh ayahnya, Ismail Sabri yang hadir bersama ibu Dafi, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta tiga adik-beradiknya yang lain.
Berkesempatan bertemu dengan Ismail Sabri pada majlis tersebut, peluang itu digunakan untuk merungkai persoalan adakah beliau yang menjadi penyuntik modal buat Dafi menubuhkan syarikat itu.
Namun, Ismail Sabri menafikan kenyataan itu dan menyatakan bahawa beliau hanya akan menolong Dafi jika anaknya itu diisytiharkan bankrap.
Walaupun nadanya dalam keadaan berseloroh, tapi tegas Ismail Sabri, beliau ingin mengajar anak kesayangannya itu merasai sendiri betapa susahnya untuk bergelar seorang usahawan berjaya.
“Saya mahu melihat Dafi berdikari dalam membina sebuah empayar perniagaan menggunakan titik peluhnya sendiri.
“Saya sendiri bukannya dilahirkan dalam keluarga yang senang. Jadi, saya harap dia boleh belajar untuk bersusah-susah dahulu sebelum bersenang-senang kemudian.
“Bagaimana pun, saya akan bantu dengan memberi sokongan moral dan juga berkongsi petua kejayaan bersamanya,” ujarnya sejurus merasmikan majlis pelancaran LOL yang bertemakan Masquarade Nite - The New Beginning itu.
Bukan itu sahaja, malah beliau juga menyarankan agar Dafi mencontohi usahawan industri seni yang berjaya seperti Norman KRU.
Katanya, beliau ingin Dafi menjadikan Norman sebagai mentornya dalam meluaskan jaringan perniagaan LOL.
“Dafi juga perlulah kreatif dalam menyediakan khidmat atau produk perniagaannya. Biarlah ia sesuatu yang lain daripada yang lain,” nasihat Ismail Sabri buat anak keduanya.
Sementara itu, Dafi yang begitu gembira dengan pelancaran syarikat sulung miliknya itu, mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat peminatnya yang turut sama menganjurkan majlis berkenaan.
Katanya, LOL bekerjasama dengan Kelab Peminat Dafi Malaysia (DFCM) dalam menguruskan acara pada petang itu dan ia adalah projek pertama kendalian LOL.
Selaku Pengarah Urusan LOL, Dafi juga berterima kasih kepada seluruh ahli keluarganya yang memberi sokongan padu buatnya untuk menubuhkan syarikat itu.
Selain itu, tambah Dafi, rakan kongsinya Afeeq Wahab turut menjadi tunjang belakangnya dalam memastikan penubuhan syarikat itu berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
“Alhamdulillah, syarikat ini dah beroperasi sejak enam bulan lalu dan semuanya mengikut perancangan,” kata Dafi.
Bapa Hanya Tolong Kalau Dafi Bankrap

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menegaskan beliau tidak akan membantu anaknya, Dafi atau Gadaffi, 22, mengeluarkan sebarang wang modal untuk membangunkan syarikat Lough Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOLE).
Menurut Ismail Sabri, dia mahu Dafi berdikari untuk merasai bagaimana susah untuk membina sebuah perniagaan menggunakan wang hasil titik peluh sendiri.
"Saya suka bila anak saya buat sesuatu atas usaha sendiri kerana saya juga dulu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Jadi saya biarkan dan melihat dari jauh perniagaannya itu. Bila Dafi bankrap baru saya tolong.
"Apa-apa pun saya bangga kerana dia mula berfikir tentang perniagaan pada usia yang muda. Saya sendiri tidak sangka dia begitu cepat membuka sebuah syarikat.
"Bagus juga dia menceburkan diri dalam perniagaan. Jika mula berniaga awal, dan mungkin satu hari nanti gagal, sekurang-kurangnya dia ada masa untuk memulihkan syarikatnya itu.
"Saya harap dia bersungguh-sungguh dengan perniagaan barunya itu. Saya selalu berkata kepada Dafi supaya jadikan Norman KRU sebagai contoh kerana Norman berjaya dalam perniagaan kerana kreativiti yang dimiliki.
"Justeru, Dafi juga perlu kreatif dan mempunyai produk perniagaan lain daripada yang lain jika ingin berjaya," katanya pada majlis ulang tahun hari lahir Dafi yang ke 22 dan pelancaran LOLE bertemakan Masquarade Nite-The New Beginning, di sini, Selasa.

Pada majlis yang diadakan dengan kerjasama Kelab Peminat Dafi Malaysia (DFCM), pelbagai kejutan dibuat khas untuk penyanyi itu.
Pada permulaan majlis, sekumpulan model memperagakan pakaian rekaan salah seorang ahli DFCM sebagai gimik pelancaran LOLE.
Kemudian, kemunculan pelakon Rozita Che Wan yang membawa sejambak bunga buat Dafi dan rakan kongsinya, Afeeq, serta Marsha yang menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. Ternyata ia agak mengejutkan Dafi.

Tambah pula apabila artis kegemaran Dafi iaitu One Nation Emcees, turut hadir tanpa pengetahuannya.
Sementara itu, beritahu Dafi, dia gembira dengan majlis yang dianjurkan dan menganggap pelancaran LOLE merupakah hadiah yang paling besar yang pernah diterimanya.
"Saya juga menerima pelbagai hadiah daripada peminat dan ada yang saya tak sempat buka lagi.
"Tapi yang paling menggembirakan ialah pelancaran syarikat saya yang turut dibantu oleh DFCM lagi.
"Dalam usia saya yang sudah berumur 22 tahun ini, saya berharap ingin menjadi peniaga yang berjaya di masa akan datang nanti dan sasaran saya untuk tahun depan, saya ingin membeli sebuah rumah menggunakan wang titik peluh saya sendiri," nekad Dafi.
Sehari sebelum majlis, keluarga Dafi turut meraikan hari lahirnya itu di sekitar Bangsar.
'RM30,000 Bukan Duit Ayah' - Dafi

PETALING JAYA: Penyanyi Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri, 22, menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya dia menggunakan wang bapanya sebanyak RM30,000 bagi membuka syarikat pengurusan artis dan acara, Laugh Out Loud Entertainment.
Dafi yang juga anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, wang tersebut adalah hasil simpanannya sejak bergelar artis.
“Saya tahu ramai yang menyangka saya membuka syarikat menggunakan wang bapa saya tetapi sebenarnya tidak. Duit itu adalah hasil titik peluh saya yang saya kumpulkan sekian lama sejak bergelar artis,” katanya yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan untuk syarikat itu.
Katanya, jika wang itu hasil pemberian ayahnya, tentu sekali jumlahnya melebihi daripada jumlah itu.
Ujar Dafi, bapanya sendiri tidak tahu perancangan membuka syarikat itu sehinggalah apabila segala urusan syarikat tersebut siap.
“Memang saya ingin berdikari dan barulah kita boleh tahu erti susah dan senang cari duit. Dulu pun selepas tamat SPM (Sijil Penilaian Malaysia), saya bekerja sebagai jurujual di sebuah butik terkenal.
"Sebenarnya bapa saya tak tahu pun yang saya nak buka syarikat, sampailah bila semua siap, baru saya memberitahunya," katanya yang membuka syarikat tersebut bersama rakan kongsinya.
Menurut Dafi, syarikat berkenaan bertanggungjawab menguruskan kerjaya seninya selain bertindak sebagai syarikat pengurusan acara.
Justeru itu, untuk permulaan, Dafi akan menganjurkan majlis hari jadinya yang ke-22 bertemakan 'Masquerade' pada 14 Disember ini yang akan diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur.
"Selain menganjurkan majlis, saya kini sedang menyiapkan sebuah album kedua yang berkonsepkan muzik pop. Bagi lagu pertama, ia masih dalam proses pembikinan di mana ia dihasilkan oleh Omar K dan Zell.
"Saya juga sedang mempelajari menulis lirik daripada orang yang berpengalaman. Saya harap perjalanan perniagaan saya ini berjalan dengan baik," ujar Dafi.
Acha wanita istimewa
"Terus-terang, kami tidak pernah keluar berdua. Malah kalau jumpa sekalipun, saya dan Acha bertemu di majlis-majlis hiburan" – DAFI

SAMA sahaja seperti jawapan yang terpacul daripada bibir si dara, penyanyi popular, Dafi turut menafikan kisah yang mengaitkan bunga-bunga cinta empunya diri dengan artis terkenal dari negara seberang, Acha Septriasa.
Kalau sebelum ini Acha pernah terang-terangan membuat pendedahan bahawa gosip panas itu tidak benar sama sekali, kali ini giliran si teruna pula untuk menjelaskan kenyataan sebenar.
Pemilik nama lengkap Gadaffi Ismail Sabri itu hanya dapat memperlihatkan reaksi terkejut dengan perkhabaran yang tidak terduga itu.
Bahkan, ada masanya Dafi tergelak sendirian memikirkan angin lintang yang melintasi di haluan depannya kira-kira sebulan lalu.
Penyanyi berusia 21 tahun itu mengaku hanya mengetahui tentang berita dirinya dikaitkan bercinta dengan Acha yang disampaikan oleh teman-teman rapat.
"Ada kawan-kawan saya yang terbaca perihal ini di blog lalu mereka bertanyakan tentang kesahihan cerita ini kepada saya sendiri.
"Sampaikan emak yang membaca gosip ini di surat khabar juga bertanyakan soalan sama kepada saya. Situasi ini sekali gus menyebabkan ada orang di sekeliling saya yang mula perli itu dan ini.
"Saya sendiri pelik dengan keadaan ini sedangkan saya dan Acha jarang bertemu walaupun kami belajar di kolej sama," katanya ketika ditemui pada majlis 10 Yang Anggun Majalah EH! di ibu negara hujung minggu lalu.
Dafi dan Acha kini menuntut di Universiti Limkokwing yang terletak di Cyberjaya, Selangor. Dafi kini sudah berada pada semester akhir mengambil jurusan Diploma Muzik & Bunyi.
Acha yang merupakan anak kelahiran Jakarta, Indonesia itu pula mengambil kursus Komunikasi Massa Multimedia dan Penyiaran.
Penyanyi yang mula melakar nama dalam gelanggang seni dengan lagu Bila Terasa Rindu itu bagaimanapun enggan berfikir panjang terhadap hubungan 'cinta' dengan Acha.
"Saya malas ingin membesarkan cerita ini kerana dia mungkin tersalah dilaporkan oleh sesetengah pihak yang memang sengaja buat andaian.
"Terus-terang, kami tidak pernah keluar berdua. Malah kalau jumpa sekalipun, saya dan Acha bertemu di majlis-majlis hiburan.
"Biarpun begitu, gosip ini tidaklah membuatkan hati saya rasa kurang selesa atau mahu melenting tidak tentu fasal.
"Saya sekadar berpendapat perkara ini normal apatah lagi kami bersama-sama terlibat dalam dunia seni yang penuh dengan gosip.
"Lagipun pada saya ia bukannya sebagai berita yang teruk atau memalukan diri serta keluarga. Selagi ia tidak melarat maka saya lebih senang mengambil sikap tidak peduli.
"Tetapi kalau saya mahu fikir semula gosip ini, memanglah boleh tergelak sendiri," ujar Dafi yang kali terakhir bertemu dan bertentang mata dengan Acha pada acara Melodi Raya di Sunway Lagoon, pertengahan Ramadan lepas.

Dalam sibuk menyangkal dakwaan menjalinkan hubungan cinta dua negara itu, jejaka berwajah comel itu tidak dapat menolak ketentuan yang datang jika Acha menjadi wanita istimewa dalam hidupnya.
"Tidak kisah kalau saya benar-benar bercinta dengan Acha ditambah dia ialah seorang gadis yang cantik dan berbakat besar dalam nyanyian dan lakonan.
"Tetapi memanglah saya dan Acha tidak menjalinkan cinta. Disebabkan tiada apa-apa sesama kami maka ada baiknya saya menjawab gosip ini.
"Saya ada prinsip sendiri untuk tidak menguar-uarkan soal berkawan dengan sesiapa. Kalau baru hendak memulakan persahabatan, ada baiknya saya merahsiakan perkara ini.
"Sebaliknya kalau sudah ada perancangan untuk berkahwin lalu saya akan berkongsi berita gembira ini kepada peminat yang selama ini tidak pernah putus-putus menyokong saya sebagai anak seni.
"Buat waktu ini, biarlah saya menikmati usia 21 tahun ini dengan sepuas-puasnya tanpa ada sebarang komitmen," terang Dafi yang mahu hidup solo terlebih dahulu.
Berjinak-jinak dengan lakonan
Selain punya bakat melontarkan suara serta menjalani fasa bertanding dalam program realiti, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) beberapa tahun lepas, karier seni Dafi semakin menunjukkan petanda positif.
Inginkan kelainan daripada bergelar penyanyi semata-mata, anak kelahiran Kuala Lumpur itu nekad dengan mengambil keputusan untuk terjun ke dalam dunia lakonan.
Selepas melibatkan diri dalam filem Sayang You Can Dance sejak setahun lalu, Dafi kini sedang menanti saat memasuki set penggambaran drama muzikal, Kolej Mania.

"Penggambaran drama terbitan KRU Studios ini dijalankan pada Disember nanti di samping berlakon dengan Marsha dan beberapa nama lain dalam dunia lakonan.
"Saya sengaja pilih drama muzikal kerana ia tidak tersasar dengan keutamaan saya dalam nyanyian. Sudah lama saya impikan kesempatan untuk berlakon dalam drama jenis ini.
"Bukan hendak menolak andaian kononnya saya tamak dek ingin mencuba bidang nyanyian serta lakonan dalam waktu sama.
"Pada pendapat saya setiap kerja yang dilakukan memberi pengalaman baru kepada saya. Justeru saya tidak sesekali kisah menjalankan dua tanggungjawab serentak menyanyi dan berlakon.
"Insya-Allah, harap semuanya baik-baik belaka. Paling pasti saya kena yakin pada diri sendiri dan kerja lebih kuat untuk berjaya dalam kedua-dua bidang ini," ujar Dafi bersungguh.
Selain itu, Dafi juga akan memasuki studio rakaman untuk merekodkan single terbarunya yang diilhamkan oleh Edry Abdul Halim.
"Single yang belum ada judul lagi ini dirakam dalam tempoh dua bulan lagi sekali gus dilancarkan pada tahun 2010.
"Lagu ini berentak rancak dan mengisahkan individu yang lebih suka hidup solo tanpa ada sebarang komitmen," luah Dafi ringkas.
Mahu komited dengan karier
Anak kedua daripada empat adik-beradik itu tidak mampu menzahirkan perasaan gembira apabila dia kini berada di semester terakhir lalu bakal menamatkan pengajian tidak berapa lama lagi.
"Sekarang saya kena membahagikan masa 50:50 antara belajar serta kerjaya seni. Sekiranya tiada sebarang aral dan pengajian saya tamat dengan jayanya, saya hendak memberi 100 peratus tumpuan terhadap kerjaya seni.
"Paling penting, saya sudah menunaikan hasrat keluarga yang hendak saya menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum meneruskan bidang yang diminati ini.

"Ada jugalah hasrat untuk menyambung pengajian pada tahap yang lebih tinggi. Tetapi biar saya majukan karier nyanyian dan lakonan dahulu.
"Saya punya perancangan untuk sambung belajar di luar negara dalam jurusan muzik. Ini sekadar rancangan awal sebab saya sendiri tidak tahu bila hasrat untuk belajar ini dapat direalisasikan.
"Kena tengok jugalah keadaan saya sebagai penyanyi serta pelakon selepas ini. Kalaulah karier saya menunjukkan aras yang membanggakan maka lambat sikitlah barangkali saya teruskan niat sambung belajar.
"Tetapi kalau kerjaya seni saya kurang memberangsangkan lalu saya segera menyambung belajar di luar negara," akui Dafi.

SAMA sahaja seperti jawapan yang terpacul daripada bibir si dara, penyanyi popular, Dafi turut menafikan kisah yang mengaitkan bunga-bunga cinta empunya diri dengan artis terkenal dari negara seberang, Acha Septriasa.
Kalau sebelum ini Acha pernah terang-terangan membuat pendedahan bahawa gosip panas itu tidak benar sama sekali, kali ini giliran si teruna pula untuk menjelaskan kenyataan sebenar.
Pemilik nama lengkap Gadaffi Ismail Sabri itu hanya dapat memperlihatkan reaksi terkejut dengan perkhabaran yang tidak terduga itu.
Bahkan, ada masanya Dafi tergelak sendirian memikirkan angin lintang yang melintasi di haluan depannya kira-kira sebulan lalu.
Penyanyi berusia 21 tahun itu mengaku hanya mengetahui tentang berita dirinya dikaitkan bercinta dengan Acha yang disampaikan oleh teman-teman rapat.
"Ada kawan-kawan saya yang terbaca perihal ini di blog lalu mereka bertanyakan tentang kesahihan cerita ini kepada saya sendiri.
"Sampaikan emak yang membaca gosip ini di surat khabar juga bertanyakan soalan sama kepada saya. Situasi ini sekali gus menyebabkan ada orang di sekeliling saya yang mula perli itu dan ini.
"Saya sendiri pelik dengan keadaan ini sedangkan saya dan Acha jarang bertemu walaupun kami belajar di kolej sama," katanya ketika ditemui pada majlis 10 Yang Anggun Majalah EH! di ibu negara hujung minggu lalu.
Dafi dan Acha kini menuntut di Universiti Limkokwing yang terletak di Cyberjaya, Selangor. Dafi kini sudah berada pada semester akhir mengambil jurusan Diploma Muzik & Bunyi.
Acha yang merupakan anak kelahiran Jakarta, Indonesia itu pula mengambil kursus Komunikasi Massa Multimedia dan Penyiaran.
Penyanyi yang mula melakar nama dalam gelanggang seni dengan lagu Bila Terasa Rindu itu bagaimanapun enggan berfikir panjang terhadap hubungan 'cinta' dengan Acha.
"Saya malas ingin membesarkan cerita ini kerana dia mungkin tersalah dilaporkan oleh sesetengah pihak yang memang sengaja buat andaian.
"Terus-terang, kami tidak pernah keluar berdua. Malah kalau jumpa sekalipun, saya dan Acha bertemu di majlis-majlis hiburan.
"Biarpun begitu, gosip ini tidaklah membuatkan hati saya rasa kurang selesa atau mahu melenting tidak tentu fasal.
"Saya sekadar berpendapat perkara ini normal apatah lagi kami bersama-sama terlibat dalam dunia seni yang penuh dengan gosip.
"Lagipun pada saya ia bukannya sebagai berita yang teruk atau memalukan diri serta keluarga. Selagi ia tidak melarat maka saya lebih senang mengambil sikap tidak peduli.
"Tetapi kalau saya mahu fikir semula gosip ini, memanglah boleh tergelak sendiri," ujar Dafi yang kali terakhir bertemu dan bertentang mata dengan Acha pada acara Melodi Raya di Sunway Lagoon, pertengahan Ramadan lepas.

Dalam sibuk menyangkal dakwaan menjalinkan hubungan cinta dua negara itu, jejaka berwajah comel itu tidak dapat menolak ketentuan yang datang jika Acha menjadi wanita istimewa dalam hidupnya.
"Tidak kisah kalau saya benar-benar bercinta dengan Acha ditambah dia ialah seorang gadis yang cantik dan berbakat besar dalam nyanyian dan lakonan.
"Tetapi memanglah saya dan Acha tidak menjalinkan cinta. Disebabkan tiada apa-apa sesama kami maka ada baiknya saya menjawab gosip ini.
"Saya ada prinsip sendiri untuk tidak menguar-uarkan soal berkawan dengan sesiapa. Kalau baru hendak memulakan persahabatan, ada baiknya saya merahsiakan perkara ini.
"Sebaliknya kalau sudah ada perancangan untuk berkahwin lalu saya akan berkongsi berita gembira ini kepada peminat yang selama ini tidak pernah putus-putus menyokong saya sebagai anak seni.
"Buat waktu ini, biarlah saya menikmati usia 21 tahun ini dengan sepuas-puasnya tanpa ada sebarang komitmen," terang Dafi yang mahu hidup solo terlebih dahulu.
Berjinak-jinak dengan lakonan
Selain punya bakat melontarkan suara serta menjalani fasa bertanding dalam program realiti, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) beberapa tahun lepas, karier seni Dafi semakin menunjukkan petanda positif.
Inginkan kelainan daripada bergelar penyanyi semata-mata, anak kelahiran Kuala Lumpur itu nekad dengan mengambil keputusan untuk terjun ke dalam dunia lakonan.
Selepas melibatkan diri dalam filem Sayang You Can Dance sejak setahun lalu, Dafi kini sedang menanti saat memasuki set penggambaran drama muzikal, Kolej Mania.

"Penggambaran drama terbitan KRU Studios ini dijalankan pada Disember nanti di samping berlakon dengan Marsha dan beberapa nama lain dalam dunia lakonan.
"Saya sengaja pilih drama muzikal kerana ia tidak tersasar dengan keutamaan saya dalam nyanyian. Sudah lama saya impikan kesempatan untuk berlakon dalam drama jenis ini.
"Bukan hendak menolak andaian kononnya saya tamak dek ingin mencuba bidang nyanyian serta lakonan dalam waktu sama.
"Pada pendapat saya setiap kerja yang dilakukan memberi pengalaman baru kepada saya. Justeru saya tidak sesekali kisah menjalankan dua tanggungjawab serentak menyanyi dan berlakon.
"Insya-Allah, harap semuanya baik-baik belaka. Paling pasti saya kena yakin pada diri sendiri dan kerja lebih kuat untuk berjaya dalam kedua-dua bidang ini," ujar Dafi bersungguh.
Selain itu, Dafi juga akan memasuki studio rakaman untuk merekodkan single terbarunya yang diilhamkan oleh Edry Abdul Halim.
"Single yang belum ada judul lagi ini dirakam dalam tempoh dua bulan lagi sekali gus dilancarkan pada tahun 2010.
"Lagu ini berentak rancak dan mengisahkan individu yang lebih suka hidup solo tanpa ada sebarang komitmen," luah Dafi ringkas.
Mahu komited dengan karier
Anak kedua daripada empat adik-beradik itu tidak mampu menzahirkan perasaan gembira apabila dia kini berada di semester terakhir lalu bakal menamatkan pengajian tidak berapa lama lagi.
"Sekarang saya kena membahagikan masa 50:50 antara belajar serta kerjaya seni. Sekiranya tiada sebarang aral dan pengajian saya tamat dengan jayanya, saya hendak memberi 100 peratus tumpuan terhadap kerjaya seni.
"Paling penting, saya sudah menunaikan hasrat keluarga yang hendak saya menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum meneruskan bidang yang diminati ini.

"Ada jugalah hasrat untuk menyambung pengajian pada tahap yang lebih tinggi. Tetapi biar saya majukan karier nyanyian dan lakonan dahulu.
"Saya punya perancangan untuk sambung belajar di luar negara dalam jurusan muzik. Ini sekadar rancangan awal sebab saya sendiri tidak tahu bila hasrat untuk belajar ini dapat direalisasikan.
"Kena tengok jugalah keadaan saya sebagai penyanyi serta pelakon selepas ini. Kalaulah karier saya menunjukkan aras yang membanggakan maka lambat sikitlah barangkali saya teruskan niat sambung belajar.
"Tetapi kalau kerjaya seni saya kurang memberangsangkan lalu saya segera menyambung belajar di luar negara," akui Dafi.
Dafi tolak lamaran gadis kolej

DAFI memiliki segala-galanya - personaliti menarik, populariti, berpendidikan dan lahir daripada latar belakang keluarga VIP, namun semua itu tidak menjadikan dirinya riak atau hidup menongkat langit, sebaliknya lebih selesa merendah diri dan terus bekerja keras memahat nama sebagai anak seni berjaya.
Meskipun bapanya, Datuk Ismail Sabri Yaakob ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dafi tidak pernah menggunakan kedudukan keluarganya untuk hidup senang lenang dan memberi fokus kepada pelajarannya semata-mata, bahkan sentiasa memenuhi komitmen sebagai insan seni dengan harapan suatu hari nanti, keluarganya boleh berbangga dengan pencapaiannya dalam dunia hiburan.
Begitu juga soal cinta, sekalipun mengakui dia seorang yang cerewet apabila berkasih, dia bersedia menjalin persahabatan dengan sesiapa saja tanpa mengira status diri.
“Janji Dafi pada keluarga ialah menamatkan pelajaran. Sekarang saya sedang cuti semester dan akan kembali ke kolej sekitar bulan ini untuk semester akhir. Saya dijangka menamatkan pelajaran di peringkat diploma penghujung tahun ini. Apabila bercakap soal cinta dan memiliki teman istimewa, keluarga terutama ayah tidak pernah menetapkan sebarang syarat, sesiapa saja dia terima asalkan senang di hati saya.
“Namun, dalam meniti usia yang boleh dianggap mentah, saya tidak mahu serius memikirkan soal cinta. Pun begitu, saya tak nafikan, naluri seorang lelaki, pasti tidak dapat lari daripada kasih sayang dan cinta. Saya akui ada teman wanita, namun kami sekadar berkawan, masih ingin mengenalinya, tapi bukan serius seperti pasangan sedang bercinta. Jujurnya, hati saya tak pernah tertutup untuk bercinta, cuma belum masanya lagi.
“Pun begitu, saya seorang yang cerewet memilih kawan lebih-lebih lagi teman istimewa. Comel, sporting, manja, memahami dan mengambil berat adalah ciri-ciri yang saya idamkan, tapi sampai sekarang belum menemuinya,” kata Dafi yang mengakui pernah didatangi beberapa gadis di kolejnya menawarkan diri sebagai teman istimewanya.
Bukan niat untuk bermegah atau bangga diri, namun Dafi sedia berkongsi cerita apabila memberitahu gadis berkenaan meluahkan perasaan dan isi hati mereka kepadanya, sekali gus berhasrat menjadikannya sebagai kekasih!
“Saya berpegang kepada pepatah, tak kenal maka tak cinta, jadi saya tolak pelawaan mereka elok-elok supaya tidak ada yang berkecil hati. Bagi saya, tak perlulah kita mencari cinta, lazimnya ia jarang menjadi, justeru biarlah ia datang sendiri,” kata Dafi yang akan berangkat ke Jakarta esok selama lima hari mempromosikan album barunya apabila single pertamanya, Bila Terasa Rindu kini mendapat perhatian radio Indonesia.
Single keduanya, Di Antara ciptaan Badai Kerispatih akan turut menjalani pembikinan klip videonya di Jakarta. Lagu Seumur Hidup ciptaan Edry KRU yang dimuatkan menerusi album sulungnya kini dijadikan lagu runut bunyi filem terbaru KRU Studios, Jin Notti lakonan Mawi dan Fara Fauzana apabila ia bakal menemui penonton di pawagam pada musim Aidilfitri ini.
Info Dafi
NAMA SEBENAR: Gadaffi Datuk Ismail Sabri
TARIKH LAHIR: 14 Disember 1988
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Diploma Profesional Bunyi dan Muzik dari Kolej Universiti LimKokWing, Cyberjaya
PENCAPAIAN: Finalis Akademi Fantasia 5 (AF5) dan tersingkir pada konsert minggu kelapan
ALBUM: Dafi - Seumur Hidup terbitan KRU Studios Sdn Bhd
FILEM: Sayang U Can Dance
Dafi belajar vokal

DAH lama tak dengar cerita Dafi kecuali yang terbaru mengenai kemunculannya sebagai artis pembuka tirai persembahan Beyonce.
Malangnya konsert artis seksi itu pun dah ditunda ke tarikh yang belum dipastikan. Entahkan jadi entahkan tidak!
Tak kisahlah. Yang pasti Joyah dengar walaupun tak dapat beraksi pada konsert itu Dafi dah mula buat perancangan untuk dirinya sendiri.
Bila dah habis belajar di Kolej Universiti LimKokWing nanti dia nak sambung belajar vokal pula. Khabarnya dia nak mengambil kelas tarian sekali.
Baguslah. Nanti dah ada diploma dalam bidang muzik dan bunyi, pandai pula menyanyi dan boleh menari dengan baik, bolehlah pula terbitkan album sendiri.
Pakej yang hebat tu. Dan joyah pun suka dengar cerita Dafi nak belajar vokal sebab pada Joyah kalau nak jadi penyanyi biar jadi penyanyi yang tahu menyanyi. Jangan asyik tayang muka cantik atau comel sahaja tapi persembahan 'yang hado', bak kata orang-orang sekarang.
Barulah orang boleh hormat kita sebagai penyanyi. Macam Noryn Aziz. Siapa sangka dia boleh berlagu begitu indah sekali sekarang. Harap-harap Dafi pun begitu nanti.
Subscribe to:
Comments (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
