Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dafi cari tapak di Indonesia

MESKIPUN nama Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi, 24, tidak segah Stacy atau Hafiz, bintang kelahiran program Akademi Fantasia (AF) yang lain namun dia mempunyai keberanian tersendiri. Biarpun lagu-lagu dendangannya seperti Bila Terasa Rindu, Rentak Optimis dan Euphoria hanya popular di tanah air, itu bukan penghalang untuknya melebarkan sayap di Indonesia kerana peluang tidak akan datang bergolek. Mungkin kesempatan berduet dengan Gita Gutawa menerusi lagu Dua Hati Menjadi Satu untuk iklan ais krim Cornetto Walls pada tahun 2008 memberi sedikit kekuatan untuk Dafi melangkah ke negara seberang. Memulakan kerjaya di negara asing ibarat orang baru yang mula menapak. Namun itu semua dilalui dengan tabah oleh Dafi demi impiannya. Sebagai permulaan, Dafi mengikat kontrak selama setahun sebagai artis naungan Trans Corp yang memiliki stesen televisyen, Trans TV di Indonesia sejak 13 Januari lalu. "Tugasan saya adalah sebagai pengacara program hiburan Selebriti Siang. Menerusi program yang yang disiarkan tiga hari seminggu itu, saya mengacara bersama dua pengacara lain iaitu Mesty dan Lala," jelasnya. Dari hari ke sehari, kata Dafi, dia dapat mengatasi segala kesulitan sebagai pengacara dan mula terasa keserasian antara rakan sejawat yang lain. Menurut Dafi, dia mendapat kerjasama penuh daripada rakan pengacara dan para krew yang terbabit dalam rakaman program Selebriti Siang. Sebagai wajah eksklusif stesen tersebut, Dafi juga mendapat bantuan untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan di sana. "Apabila mengikat kontrak dengan Trans Corp, segala jadual kerjaya dirancang dan diatur oleh mereka. Sebagai orang luar, mungkin sukar untuk saya bergerak sendiri mencari peluang di sana tapi menerusi kerjasama ini, saya tidak perlu bimbang. "Kita perlu ada pihak tempatan untuk membantu sebab orang di sini sukar menerima orang luar. Setakat ini alhamdulillah, perjalanan kerjaya saya berjalan lancar," katanya yang kini berada di tanah air kerana bercuti. Duta tidak rasmi Sebagai anak rantau, Dafi sedar dia perlu bijak membawa diri kerana kiri kanannya dikelilingi insan-insan yang tidak dikenali. Namun Dafi tidak menghadapi masalah untuk menjalin silaturahim kerana dia seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Bagaimanapun sebagai anak Malaysia, Dafi sering menjadi sasaran terutamanya di kalangan rakan sekerja untuk bertanya tentang kesahihan berita yang dicetuskan oleh pihak media di sana. "Kalau ada kes yang berkaitan dengan Malaysia, pasti saya akan disoal dengan pelbagai soalan. Benarkah begitu seperti yang dilaporkan dalam akhbar. Itulah antara soalan mereka. "Terasa diri macam duta pula terpaksa menjelaskan kedudukan yang sebenar. Saya tidak kisah memberi penerangan kerana tidak mahu mereka salah faham kerana ada masanya apa yang dilapor tidak benar," katanya. Jelasnya, apabila kerap disoal, Dafi semakin bersedia dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar dapat melaksanakan tugasan sebagai duta tidak rasmi dengan mudah. Dafi yang bersendirian di sana mengakui tidak berasa sunyi kerana keluarga kerap mengunjunginya. "Keluarga sering juga datang melawat saya. Tapi bulan Ramadan ini saya sengaja mengambil cuti. Biarpun kata kita serumpun tapi suasana di sana tidak sama dengan Malaysia. "Saya nak bersama keluarga dan kalau ada kerja, barulah saya pergi ke Indonesia dan kembali ke tanah air," kata anak kedua daripada empat beradik itu. Berlakon sinetron Sebagai artis naungan Trans Corp, Dafi turut diberi kesempatan mengembangkan bakat lakonannya dalam drama di sana. Dafi bakal muncul dalam drama Dara Kembali bersama Asmirandah dan Rizky Aditya itu berlakon sebagai Naizal, pemain bola sepak. "Dalam sinetron itu, saya sebagai orang Malaysia, tidak perlu bertutur gaya orang sana. Apa pun bila berada dalam kelompok mereka, secara automatik kita akan terikut gaya percakapan. "Saya belum fasih bertutur bahasa Indonesia tapi kalau macam tidak faham sangat, saya lebih senang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," jelas Dafi yang mengaku rapat dengan Samuel Rizal, Acha Septriasa dan Rossa. Katanya, dalam bidang lakonan, dia mahu mencipta nama seperti Ashraf Sinclair atau Miller yang sudah sinonim dengan seni lakonan sinetron di sana.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails