Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dafi Berang Tak Dapat Bayaran!


Berikutan daripada luahan hati Dafi yang merasa teraniaya dengan pihak penganjur di laman Twitter lewat tengah hari semalam, OHBULAN! bergegas mendapatkan Dafi bagi mengetahui kisah sebenar di sebalik peristiwa malang tersebut. Menurut ruangan berita dalam sebuah akhbar semalam, Dafi dikhabarkan telah ‘dikapur’ atau dalam istilah normalnya ditipu oleh pihak penganjur yang menjanjikan bayaran terhadapnya, namun tidak ditunaikan. Difahamkan, Dafi mengenakan bayaran RM3000 bagi setiap persembahan yang dilakukan bersama penganjur berkenaan, dan penyanyi ini sudah pun membuat 3 kemunculan bersama mereka. Ia menjadikan jumlah keseluruhan bayaran yang tidak ditunaikan menjadi RM9000.

Geram bukan sebarang geram, sebaliknya Dafi mempunyai alasan tersendiri kerana ia berkaitan dengan haknya. Apakan tidak, bayaran yang sepatutnya dijelaskan mulai bulan Jun 2011 tidak ditunaikan sehingga kini. Ikuti penjelasan Dafi selepas ini.

Apa yang buat Dafi geram sebenarnya?

“Saya difahamkan bahawa mereka mengalami masalah dalam mengenai isu seorang selebriti yang tidak menjelaskan bayaran perkahwinan sekitar RM4500+. Bagaimanapun, saya tidak pernah membuat persembahan, atau hadir di majlis perkahwinan selebriti tersebut. Saya hanya membuat persembahan di karnival pengantin anjuran mereka. Jadi, apabila mereka mengaitkan isu berkenaan dengan pembayaran persembahan, saya rasa pelik pula. Sepatutnya, setiap penganjur memang sudah menyediakan bajet untuk pembayaran artis. Jadi, apakah kaitannya isu selebriti tak bayar mereka dengan pembayaran saya? Kedua-dua majlis anjuran mereka adalah berbeza!”

Bayangkan, Dafi melalui pengurus sudah beberapa kali cuba menghubungi mereka, tapi gagal. Dalam SMS bukan main beriya-iya nak bayar, tapi apabila call tak angkat.

Tapi, pihak penganjur ada menyatakan bahawa mereka sudah membayar separuh daripada jumlah penuh?

“Mana ada bang. Cek berjumlah RM4500 tu ialah cek tendang! Itu sudah menunjukkan mereka sebenarnya penipu. Kalau mereka ada masalah dengan orang lain, kenapa perlu libatkan saya? Isunya, krisis yang mereka alami memang tiada kene mengena dengan saya langsung. Takkan lah kalau mereka tak dapat bayaran, saya juga tak dapat bayaran? Saya sudah tunaikan tanggungjawab saya, jadi mereka perlu tunaikan tanggungjawab mereka juga.”

Kata penganjur, pengurus Dafi, iaitu Afeeq berhutang dengan mereka. Itu yang menyebabkan bayaran Dafi sangkut. Boleh jelaskan?

“Bang, mereka memanggil saya melalui syarikat pengurusan Laugh Out Loud Entertaiment. Dafi & Afeeq merupakan rakan kongsi dalam syarikat tersebut. Syarikat Laugh Out Loud Entertainment menguruskan segala perjalanan seni Dafi.

“Bagaimanapun, Afeeq turut mempunyai syarikat persendirian yang menguruskan perkahwinan. Sebelum ini, Afeeq memang pernah bekerjasama dengan mereka untuk menguruskan perkahwinan selebriti itu. Nak dijadikan cerita, ada penaja yang pecah lubang mengenai pembayaran yang sepatutnya dibuat oleh Afeeq. Bayangkan, ada penaja yang tidak mengenakan caj, tapi mereka letakknya bayaran dalam bil. Mereka mendakwa kononnya penaja ada kontra dengan pembukaan booth di karnival anjuran mereka. Tapi, perkara itu sebenarnya tidak terjadi pun. Jadi, Afeeq pun ingin menegakkan haknya. Dia tak mahu bayar untuk perkara yang memang tidak wujud.

“Persoalannya, mereka mengaitkan 2 cabang bisnes yang berbeza dalam isu pembayaran ini. Kononnya, mereka tolak bayaran penuh Dafi sebab Afeeq tak mahu bayar penajaan tersebut. Apa kaitan isu mereka dengan Dafi? Dalam kes ini, Dafi dah tunaikan tanggungjawab!”

Pihak penganjur juga mendakwa bahawa pengurusan Dafi merayu untuk membuat persembahan di karnival pengantin anjuran mereka, betul ke?

“Sudah menjadi tugas seorang pengurus untuk mencarikan persembahan. Takkan pengurus saya duduk goyang kaki makan gaji buat? Jadi, Afeeq memang pernah berhubung dengan mereka mengenai persembahan, mereka bersetuju untuk menampilkan Dafi. Tapi, itu bukanlah alasan untuk mereka mengelak daripada membayar Dafi. It’s not fair!

“Penganjur menambah lagi, mereka tidak kisah pun dengan Dafi. Keuntungan tahunan syarikat mereka pun mencecah RM6 juta. Apa komen Dafi?

“Saya bukan apa bang, mereka tu jangan berlagak sangatlah. Kalau betul buat keuntungan mencecah RM6 juta, apalah sangat bayaran RM9 ribu kepada saya. Logik tak?”

Jadi, apa kata-kata akhir Dafi kepada mereka?

“Saya tak berniat untuk memburukkan mereka. Cuma saya gusar andai kata saya tak banyak bunyi, nanti orang lain terkena pula. Kalau mereka berani, sila buat sidang akhbar. Biar anda di luar sana menilaikan sendiri kebodohan mereka!”
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails