Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Daphne Iking. Show all posts
Showing posts with label Daphne Iking. Show all posts

Daphne Iking Terkejut Video 'Harlem Shake' Dimuat Naik Di YouTube

Pengacara Daphne Iking mengakui pada awalnya terkejut apabila video Harlem Shake yang dilakukannya bersama keluarga dimuat naik ke laman YouTube. Daphne atau nama Islamnya, Daphne Dahlia Iking, 34, menganggap ia hanya sekadar hiburan semata-mata dan tidak berniat untuk menunjukan aksi yang tidak sopan kepada umum. "Pada awalnya suami saya ingin cuba video kamera yang baru dibelinya, jadi kami sekeluarga buat pelbagai aksi termasuk tarian Harlem Shake yang sedang popular. "Saya tidak tahu dia muat naik di YouTube, tiba-tiba sahaja saya dapat banyak komen yang masuk melalui emel tentang tarian itu,"katanya yang ditemui baru-baru ini. Daphne berkata demikian apabila diminta mengulas tentang tarian Harlem Shake yang dilakukan bersama keluarga yang dimuat naik di laman sosial YouTube, awal minggu lalu. Video berdurasi 30 minit itu menampilkan Daphne, suami dan anak-anak melakukan tarian tersebut di ruang tamu rumahnya. Tambah Daphne, dia turut tidak menjangkakan video tersebut menjadi perhatian dan mendapat lebih 100,000 penonton. "Saya tidak sangka ramai yang menonton dan bagi maklum balas. Sudah tentu ada yang suka dan ada yang tidak, "Kami bukan berniat untuk lakukan aksi tidak sopan tapi hanya sekadar suka-suka dan keluarga saya memang agak "gila-gila","katanya. Kata Daphne, tarian tersebut turut mendapat pujian daripada Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang ditemui pada program buat bicara Bella, minggu lalu.

Daphne jahit baju raya sendiri

KEDATANGAN Aidilfitri tahun ini sungguh bermakna buat Daphne Eleanor Mozes Iking atau nama Islamnya Dahlia Daphne Eleanor M Iking. Tiada istilah kekok untuk meraikan hari kebesaran umat Islam itu meskipun tahun ini merupakan tahun kedua dia menyambut Aidilfitri sebagai seorang Muslim selepas memeluk agama Islam pada Disember 2010. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan pengurus dan juga rakan perniagaannya, Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari tahun lalu, ibu kepada Isobel Daniella, 5, anak hasil daripada perkahwinannya sebelum ini dan juga Iman Daniella Iking Azmi, tujuh bulan, buah cintanya bersama Azmi membuatkan Aidilfitri Daphne lebih bermakna. "Tahun ini sangat istimewa. Tahun lalu saya meraikan Aidilfitri di Bangkok kerana urusan kerja bersama suami dan ketika itu saya sedang mengandungkan Iman. "Jadi, tahun ini kali pertama saya akan meraikan Aidilfitri bersama Iman walaupun saya berkemungkinan besar hanya akan pulang ke Malaysia pada hari raya pertama kerana urusan kerja di Vietnam," ujarnya yang mungkin pulang ke kampung halaman suaminya, di Kuala Kangsar, Perak. Walaupun sibuk bekerja, kata Daphne, 34, dia tidak sabar menanti kedatangan Aidilfitri kerana pengalaman menunaikan solat tarawih bersama suami dan berpuasa sungguh indah. "Sebenarnya tahun lalu saya tidak merasai sangat suasana raya kerana mengandungkan Iman dan banyak hari tidak boleh berpuasa kerana alahan. "Berbeza dengan tahun ini, saya dapat merasai sepenuhnya nikmat berpuasa dan menunaikan solat tarawih bersama suami. "Malah, anak sulung saya, Isobel juga sudah mula belajar berpuasa dan bersolat secara perlahan-lahan, perkembangannya membuatkan saya cukup gembira," tuturnya. Sedondon Sungguhpun sibuk dengan kerja, pelakon filem Belukar itu tetap ligat membuat persiapan raya. Membuat tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) mencari pakaian raya untuk dirinya dan keluarga menjadi agendanya tahun ini. Bagaimanapun, disebabkan tiada pakaian yang berjaya memikat hatinya dan sukar untuk mencari warna mustard Afrika yang merupakan warna tema buat Daphne sekeluarga, pengacara program Bella itu nekad menjahit pakaiannya sendiri. "Saya dan suami sudah ronda satu Jalan TAR, tiada satu yang sesuai dan mengikut warna tema kami sekeluarga tahun ini. Jadi, saya beli kain dan jahit sendiri. "Setiap malam sebelum tidur, saya akan jahit perlahan-lahan, kecuali baju suami saya, dia akan menghantarnya kepada tukang jahitnya sendiri. "Memang nampak klise memilih pakaian sedondon, tetapi saya inginkan sebuah gambar keluarga yang cantik. Seronok juga sekali-sekala berpakaian sedondon," katanya. Akui Daphne, anak sulungnya cukup menghargai jika ibunya menjahitkan sendiri pakaiannya. "Isobel berbeza dengan saya, dia cukup suka jika saya jahitkan pakaiannya, baginya ibunya seorang yang cukup hebat sebab pandai menjahit. "Berbeza pula dengan saya sewaktu kecil, kehidupan susah membuatkan ibu saya menjahitkan pakaian saya sendiri, tetapi saya selalu sangkakan ibu saya kedekut kerana tidak mahu membeli pakaian di kedai. "Selepas menjadi seorang ibu, baru saya tahu perasaan ibu saya ketika menjahitkan pakaian untuk anaknya sendiri. Walaupun penat, tetapi saya cukup bahagia apabila melihat hasil tangan saya tersarung di badan Isobel dan dia memuji pakaian itu cantik," luah wanita berketurunan Kadazan Dusun itu. Beza budaya Daphne sebenarnya sering meraikan Aidilfitri di kampung halamannya di Penampang, Sabah, sebelum dia memeluk agama Islam lagi. Meskipun ketika itu, Daphne masih seorang yang beragama Kristian Katolik, beritahunya, ramai saudara-mara di kampung halamannya beragama Islam dan mereka sering meraikan Aidilfitri bersama. "Aidilfitri bukan perayaan yang asing untuk saya sejak dahulu lagi. Saudara-mara dan rakan-rakan saya ramai yang beragama Islam. "Jadi, saya selalu sambut raya setiap tahun. Cuma apabila memeluk agama Islam, sambutan itu lebih bermakna kerana saya lebih memahami erti sambutan Aidilfitri itu sendiri," ucapnya. Tambahnya, jika pulang ke kampung halamannya apa sahaja perayaan akan diraikan bersama, cuma terdapat meja yang akan membezakan hidangan keluarga yang beragama Islam dan mereka yang bukan beragama Islam. "Sejak daripada kecil lagi, keluarga saya cukup menghormati agama dan budaya lain. Kami selalu meraikan setiap perayaan bersama, jadi apabila saya memeluk agama Islam bukan satu masalah untuk mereka meraikan Aidilfitri bersama saya sekeluarga," luahnya. Bercakap mengenai rumah terbuka, kata Daphne, dia mungkin membuat rumah terbuka, tetapi hanya untuk keluarga dan teman rapatnya sahaja. "Mungkin buat rumah terbuka untuk keluarga dan rakan-rakan rapat yang berkumpul di Kuala Lumpur. Bab masakan saya akan serahkan kepada suami sebab dia lebih handal memasak daripada saya," kata Daphne sambil tersenyum memandang suaminya.

Daphne jahit baju raya sendiri

KEDATANGAN Aidilfitri tahun ini sungguh bermakna buat Daphne Eleanor Mozes Iking atau nama Islamnya Dahlia Daphne Eleanor M Iking. Tiada istilah kekok untuk meraikan hari kebesaran umat Islam itu meskipun tahun ini merupakan tahun kedua dia menyambut Aidilfitri sebagai seorang Muslim selepas memeluk agama Islam pada Disember 2010. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan pengurus dan juga rakan perniagaannya, Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari tahun lalu, ibu kepada Isobel Daniella, 5, anak hasil daripada perkahwinannya sebelum ini dan juga Iman Daniella Iking Azmi, tujuh bulan, buah cintanya bersama Azmi membuatkan Aidilfitri Daphne lebih bermakna. "Tahun ini sangat istimewa. Tahun lalu saya meraikan Aidilfitri di Bangkok kerana urusan kerja bersama suami dan ketika itu saya sedang mengandungkan Iman. "Jadi, tahun ini kali pertama saya akan meraikan Aidilfitri bersama Iman walaupun saya berkemungkinan besar hanya akan pulang ke Malaysia pada hari raya pertama kerana urusan kerja di Vietnam," ujarnya yang mungkin pulang ke kampung halaman suaminya, di Kuala Kangsar, Perak. Walaupun sibuk bekerja, kata Daphne, 34, dia tidak sabar menanti kedatangan Aidilfitri kerana pengalaman menunaikan solat tarawih bersama suami dan berpuasa sungguh indah. "Sebenarnya tahun lalu saya tidak merasai sangat suasana raya kerana mengandungkan Iman dan banyak hari tidak boleh berpuasa kerana alahan. "Berbeza dengan tahun ini, saya dapat merasai sepenuhnya nikmat berpuasa dan menunaikan solat tarawih bersama suami. "Malah, anak sulung saya, Isobel juga sudah mula belajar berpuasa dan bersolat secara perlahan-lahan, perkembangannya membuatkan saya cukup gembira," tuturnya. Sedondon Sungguhpun sibuk dengan kerja, pelakon filem Belukar itu tetap ligat membuat persiapan raya. Membuat tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) mencari pakaian raya untuk dirinya dan keluarga menjadi agendanya tahun ini. Bagaimanapun, disebabkan tiada pakaian yang berjaya memikat hatinya dan sukar untuk mencari warna mustard Afrika yang merupakan warna tema buat Daphne sekeluarga, pengacara program Bella itu nekad menjahit pakaiannya sendiri. "Saya dan suami sudah ronda satu Jalan TAR, tiada satu yang sesuai dan mengikut warna tema kami sekeluarga tahun ini. Jadi, saya beli kain dan jahit sendiri. "Setiap malam sebelum tidur, saya akan jahit perlahan-lahan, kecuali baju suami saya, dia akan menghantarnya kepada tukang jahitnya sendiri. "Memang nampak klise memilih pakaian sedondon, tetapi saya inginkan sebuah gambar keluarga yang cantik. Seronok juga sekali-sekala berpakaian sedondon," katanya. Akui Daphne, anak sulungnya cukup menghargai jika ibunya menjahitkan sendiri pakaiannya. "Isobel berbeza dengan saya, dia cukup suka jika saya jahitkan pakaiannya, baginya ibunya seorang yang cukup hebat sebab pandai menjahit. "Berbeza pula dengan saya sewaktu kecil, kehidupan susah membuatkan ibu saya menjahitkan pakaian saya sendiri, tetapi saya selalu sangkakan ibu saya kedekut kerana tidak mahu membeli pakaian di kedai. "Selepas menjadi seorang ibu, baru saya tahu perasaan ibu saya ketika menjahitkan pakaian untuk anaknya sendiri. Walaupun penat, tetapi saya cukup bahagia apabila melihat hasil tangan saya tersarung di badan Isobel dan dia memuji pakaian itu cantik," luah wanita berketurunan Kadazan Dusun itu. Beza budaya Daphne sebenarnya sering meraikan Aidilfitri di kampung halamannya di Penampang, Sabah, sebelum dia memeluk agama Islam lagi. Meskipun ketika itu, Daphne masih seorang yang beragama Kristian Katolik, beritahunya, ramai saudara-mara di kampung halamannya beragama Islam dan mereka sering meraikan Aidilfitri bersama. "Aidilfitri bukan perayaan yang asing untuk saya sejak dahulu lagi. Saudara-mara dan rakan-rakan saya ramai yang beragama Islam. "Jadi, saya selalu sambut raya setiap tahun. Cuma apabila memeluk agama Islam, sambutan itu lebih bermakna kerana saya lebih memahami erti sambutan Aidilfitri itu sendiri," ucapnya. Tambahnya, jika pulang ke kampung halamannya apa sahaja perayaan akan diraikan bersama, cuma terdapat meja yang akan membezakan hidangan keluarga yang beragama Islam dan mereka yang bukan beragama Islam. "Sejak daripada kecil lagi, keluarga saya cukup menghormati agama dan budaya lain. Kami selalu meraikan setiap perayaan bersama, jadi apabila saya memeluk agama Islam bukan satu masalah untuk mereka meraikan Aidilfitri bersama saya sekeluarga," luahnya. Bercakap mengenai rumah terbuka, kata Daphne, dia mungkin membuat rumah terbuka, tetapi hanya untuk keluarga dan teman rapatnya sahaja. "Mungkin buat rumah terbuka untuk keluarga dan rakan-rakan rapat yang berkumpul di Kuala Lumpur. Bab masakan saya akan serahkan kepada suami sebab dia lebih handal memasak daripada saya," kata Daphne sambil tersenyum memandang suaminya.

Daphne Iking kepada Abby Abadi: Satu undi memberi banyak perbezaan

SHAH ALAM, 29 Julai — Abby Abadi berhak dengan pandangan politik dan agamanya, akan tetapi apa yang paling penting adalah setiap individu yang telah layak mengundi, mendaftar sebagai pengundi dan mengundi dalam pilihan raya akan dating, kata peragawati, pelakon dan pengacara TV terkenal Daphne Iking. “Dia (Abby Abadi) berhak untuk mempunyai pandangan politik dan agamanya,” kata Daphne kepada The Malaysian Insider melalui kiriman SMS semalam. “Apa yang boleh saya katakan adalah, sesiapa yang layak mengundi, pergi mendaftar sebagai pengundi dan gunakan hak untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang. “Satu undi memberi banyak perbezaan.” Baru-baru ini Abby Abadi menggemparkan dunia selebriti apabila memberikan kenyataan kepada bahawa beliau hanya akan kembali berkarya selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 kerana beliau lebih yakin dengan PAS yang menurutnya akan memerintah dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Kenyataan Abby Abadi itu mendapat respon dari artis dan golongan seniman yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau. Menurut Daphne lagi, setiap artis atau selebriti mempunyai kecendrungan politik masing-masing dan menyokong parti-parti politik tertentu, atau ahli-ahli politik tertentu. “Ada selebriti yang menyembunyikan sokongan politik mereka. Ada juga yang memberikan sokongan terbuka. “Selebriti juga adalah rakyat dan mempunyai pandangan tentang apa yang mereka mahukan ada pada kerajaan dan pemimpin. “Jika selebriti mahu bersuara lebih lantang, baik untuk mereka kerana bersikap berani,” katanya. Walaubagaimanapun, Daphne tidak merasakan artis dan selebriti mampu memberikan impak besar dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Daphne Iking Mahu Dedah Kepincangan Rumah Tangga

PETALING JAYA: Pengacara televisyen, Daphnie Iking akan mendedahkan kepincangan dalam rumah tangganya termasuklah pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui pementasan Super Kam & The League of Extraordinary Femmes. Daphnie berkata, selama ini ramai pihak yang tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangganya sehingga menyebabkan hatinya benar-benar pedih dan terluka. “Ya, hati saya pedih apabila bekas suami menyaman lelaki lain kerana mengurat saya tetapi saya cuba melupakan peristiwa itu dengan ketawa. “Ramai yang tidak tahu cerita sebenar tentang masalah dalam rumah tangga saya tetapi menuduh saya yang bukan-bukan, jadi saya mahu menggunakan pentas teater untuk mendedahkan semua itu,” katanya secara eksklusif kepada mStar Online. Teater komedi itu bakal dipentaskan di Black Box @ MAPS KL, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bermula dari 28 Jun hingga 1 Julai depan, pukul 8.30 malam. Ia mengambil ilham daripada kes mahkamah yang membabitkan bekas suaminya dan seorang tokoh korporat yang didakwa menggoda Daphne. Pementasan itu turut diterajui oleh pelawak handalan iaitu Joanne Kam Poh Poh, Jo Kukathas, Joanna Bassey, Maya Tan dan Shamaine Othman. Dalam pementasan itu beliau akan memegang watak wanita idaman lelaki (wet dream girl) yang akan diterjemahkan dalam sebuah komedi spontan. Daphnie atau nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari 2011 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di rumah keluarganya di Penampang, Sabah. Menyedari akan kritikan yang bakal diterima terutama selepas memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu, Daphne berkata; "Saya tidak peduli apa yang orang lain akan kata. Allah tahu siapa sebenarnya diri saya." Sementara itu Joanne mengakui turut simpati dengan tohmahan yang terpaksa ditanggung oleh teman rapatnya itu sehinggalah dia terpanggil untuk menjadikan kisah tersebut sebagai bahan jenaka melalui pementasan terbabit. "Saya suka menggunakan kisah peribadi sebagai bahan jenaka. Sebagai sahabat, saya banyak menggunakan Daphne sebagai 'mangsa' lawak jenaka saya. "Untuk pementasan kami kali ini, saya mahu Daphne menjadi gadis GRO yang dilanggan bekas suaminya," ujarnya sambil ketawa. Diterbitkan oleh ToniQ Creative, Super Kam & The League of Extraordinary Femmes turut memaparkan sketsa yang menyentuh isu-isu politik dan sosial semasa. Tiket-tiket berharga RM58 dan RM68 boleh diperoleh dengan menghubungi TicketPro hotline di talian 03-7880-7999, atau layari www.ticketpro.com.my

'Super Spontan' : Daphne Iking Tarik Diri Bukan Kerana Afdlin Shauki


PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Daphne Iking terpaksa menarik diri daripada menyertai program terbaru terbitan Astro Warna iaitu Super Spontan pada saat-saat akhir kerana masalah peribadi.

Daphne atau nama Islamnya, Daphne Dahlia Iking berkata, pada dasarnya dia begitu berat hati untuk meninggalkan program berkenaan sebelum ia bermula tetapi keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan pihak produksi dan ahli keluarganya.

"Saya bukan sengaja untuk meninggalkan program itu secara tiba-tiba kerana semasa sesi pertemuan lagi pihak produksi telah maklum dengan masalah yang saya dihadapi.

"Keputusan ini cukup berat untuk dilakukan bagaimanapun Alhamdulillahlah semua pihak menyokong saya dan memahami bebanan yang dilalui ketika ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Daphne bagaimanapun enggan mendedahkan masalah yang dihadapi sehingga membuatkan dia menarik diri daripada menyertai program itu.

Super Spontan telah pun menemui peminat secara langsung bermula 30 Mac lalu menerusi dua saluran serentak iaitu Astro Warna (132), Ria (104) dan SingTel Mio TV di Singapura setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam.

Tempat Daphne juga telah digantikan dengan bekas penyampai radio ERA iaitu Nana Mahzan.

Tambah Daphne, dia pada awalnya enggan menarik diri daripada Super Spontan tetapi bimbang tidak dapat memberikan komitmen kepada jadual program dan pasukan produksi yang akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Daphne berkata, dia juga telah menjalani pelbagai latihan bagi memantapkan persembahannya nanti dan begitu teruja untuk bekerjasama dengan semua pelawak dan pelakon terkenal yang terlibat.

Dalam pada itu, Daphne turut menolak dakwaan penarikan dirinya daripada program terbitan Vision Works milik pelakon dan penerbit, Afdlin Shauki itu adalah disebabkan percanggahan pendapat di antara mereka.

Daphne memberitahu, tidak timbul sebarang konflik di antara mereka dan peserta sebaliknya ia adalah keputusan muktamad daripada dirinya.

"Kami semua bagaikan satu keluarga jadi perkara itu adalah merepek kerana hubungan kami semua sungguh rapat. Malah saya rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan mereka," katanya.

Daphne turut meluahkan perasaan sedih kerana tidak dapat bersaing dengan seorang lagi peserta wanita dalam program itu iaitu pelakon Yasmin Hani.

Katanya, mereka sering menghabiskan masa dengan membuat pelbagai kajian dengan menonton pelbagai persembahan komedi selain berlatih bersama-sama sebagai persediaan.

"Sedih sangat tak dapat berentap dengan Hani tetapi saya akan terus menyokongnya dalam program itu nanti," ujarnya.

Sebelum ini, Daphne memberitahu, dia tidak berfikir panjang saat dipelawa oleh pihak penerbit kerana sudah lama ingin melakukan sesuatu yang berbeza dalam kerjayanya terutama sekali untuk bergelar pelawak.

Daphne Tarik Keputusan Bersara


PELAKON, pengacara dan model, Daphne Iking menarik keputusannya untuk bersara sebelum ini bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan projek sistem solar yang diceburinya.

Sebelum ini, Mingguan mStar mendedahkan Daphne pernah memutuskan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni sekali gus melebarkan sayap ke bidang baru tersebut.

"Perniagaan itu belum kukuh dari segi kewangan, tetapi momentum semakin meningkat. Oleh itu, saya tidak begitu selesa melepaskan profesion utama.

"Lagipun saya perlu memastikan kos pendidikan Isobell dijaga," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu,Daphne Iking berkata, dia akan berhenti mengacarakan program NTV7's The Breakfast Show selepas empat tahun mengacarakan program kegemaran ramai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia sedang mempertimbangkan dua program iaitu dari stesen televisyen yang sama dan stesen lain.

"Ia adalah program wanita dan dokumentari," katanya yang dianugerahkan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-23 lalu.

Dalam pada itu, Daphne yang membintangi filem Belukar akan bercuti ke negara India dari 11 hingga 18 Disember ini.

Sebelum itu, jelitawan ini akan membawa diri ke Indonesia mulai 6 Disember ini atas urusan persendirian.

"Saya tertarik dengan keindahan dan kerohanian negara India. Saya akan melawat tempat seperti Agra, Jaibur, Taj Mahal, Golden Temple serta menghadiri resepsi perkahwinan teman baik saya di Sabah yang penuh tradisi India," katanya yang mendapat ilham daripada filem dan buku Elizabeth Gilbert, 'Eat, Pray, Love'.

'Malang' selepas bercerai-Daphne


DAPHNE Eleanor Iking tidak menyesal dengan takdir yang menimpanya. Tidak kira sama ada tentang kegagalan rumah tangga, kes saman antara bekas suami dengan pengarah urusan yang masih berlangsung di mahkamah, dia masih mampu bersabar. Juga tidak ketinggalan cerita ‘busuk’ mengatakan dia mengurat bekas suami aktres Natasha Hudson dan yang terbaru, pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang merakam wajahnya sewaktu di tandas dan menyiarkan foto itu di sebuah laman blog hiburan.

Semuanya ditelan satu demi satu meski pun terlalu pahit untuk dilalui. Sebagai wanita dewasa yang berpegang dengan takdir hidup, dia percaya tentang cabaran yang mendatang mematangkan corak pemikirannya.

Mengingati nasihat ibunya, Naili Ganahang di Sabah yang mahu dia kuat dan tabah, ibu beranak satu ini tabah meski pun dikecam dengan pelbagai masalah.

‘‘Saya tidak menyangka dikala kita gembira, ada pihak yang mencemburui kita. Saya kelihatan seperti tidak mempunyai maruah apabila kepala dipijak. Seolah-olah, saya ini terlalu mudah untuk dijadikan bahan kutukan,’’ katanya lemah.

Tanpa diduga, dia mengakui bahawa kesemua cerita sedih yang semakin berantai itu disebabkan oleh perceraian dengan bekas suaminya, Ryan Chong Yiing Yih.

Bukan menyalahkan sesiapa, tetapi selepas diamati dalam-dalam, jelas bahawa titik dukacita bermula di situ. Selepas berpisah dengan suami, dia ditimpa dengan pelbagai dugaan tidak terhitung yang seakan-akan menembak diri sendiri.

Mengahwininya satu kesilapan


Nikmat hidup berumah tangga bersama Ryan dalam majlis yang penuh gemilang di Bali pada 7 Julai 2007 tidak lama. Dia menerima hakikat bahawa jodohnya dengan lelaki yang berasal dari negara China itu tidak kekal. Jujurnya, kata model yang juga pengacara popular ini, selepas Isobel Daniella Iking-Chong lahir pada 26 November 2008, rumahtangganya dilanda musibah. Pada ketika itu Daphne memutuskan untuk mengunci mulut seketika tentang status perkahwinannya, sehingga dia membuka mulut dengan membuat kenyataan rasmi pada satu majlis prebiu filem My Spy pada hujung 2009.

“Saya memilih untuk berpisah kerana akhirnya saya akur bahawa cinta kami tidak boleh bersama lagi,” katanya, membongkar sisi kesedihan diri.

Menurut Daphne, dia akhirnya sedar cinta terhadap Ryan tidak seutuh dan sekuat kasihnya buat Isobel. Anak kecil itu adalah simbol kekuatan diri yang memberi inspirasi setiap kali berdepan dengan masalah.

‘‘Jatuh bangun saya kini hanya untuk Isobel. Ryan pula umpama angin yang hanya boleh dirasa tetapi tidak boleh dipegang, manakala Isobel adalah segala-galanya,’’ bicaranya.

Malahan, hubungan antara dia dan Ryan juga agak renggang selepas lelaki itu menyatakan pendirian untuk berpindah terus ke China pada hujung tahun lalu. Sekali gus memisahkan hak kasih sayang seorang bapa terhadap darah dagingnya sendiri. Kata hati kecilnya, tidak mengapalah, asalkan lelaki tersebut tidak meminta hak penjagaan pengarang jantungnya itu.

Diasak dengan persoalan isu saman bekas suaminya dengan pengarah urusan sebuah syarikat, Daphne lantas meminta agar perkara itu tidak disentuh kerana kes berkenaan masih dalam bicara mahkamah.

Mulutnya bagaikan terkunci erat agar soal yang sama tidak ditanya lagi.

Bukan Perampas

Sementara itu, merujuk kepada gosip yang mengatakan dia memadu kasih bersama dengan bekas suami Natasha Hudson iaitu Datuk Shahrin Zahari di sebuah hotel di Petaling Jaya selepas lelaki itu bercerai, bagi Daphne, ia sememangnya tidak berasas sama sekali.

Jelitawan ini memberitahu bahawa dia tidak sesekali pernah menanam impian untuk menjadi perosak rumah tangga. Tambahan dengan pengalaman yang dilaluinya itu, dia mengerti bagaimana terseksa dan merana jiwa seorang perempuan itu tatkala cinta hati dirampas orang lain.

‘‘Lebih teruk apabila saya membaca di sebuah blog mengatakan ada pihak secara senyap membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Isobel dan mendakwa anak itu membawa gen Shahrin. Gila ke apa? Saya bukan wanita terdesak yang menagih cinta dengan banyak lelaki. Saya juga tidak mahu kacau rumah tangga dia (Natasha). Saya bukan jenis sebegitu dan hidup saya penuh dengan prinsip,’’ getus Daphne.

Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini memberitahu bahawa hubungan persahabatan yang tercipta antaranya dengan Natasha sangat baik sekali sehingga kehari ini. Tidak pernah timbul rasa cemburu seperti yang didakwa. Malah mereka juga berbaik setiap kali bertemu dan saling bertanya khabar.

Saat diajukan soalan tentang pengganti Ryan, pantas Daphne menarik nafas panjang. Katanya, biarlah dia seorang sahaja yang mengetahui insan yang bertakhta di hatinya dan tidak perlu menghebahkan kepada semua.

Graduan lulusan komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2004 ini juga kini lebih bersikap hati-hati dengan apa sahaja perbuatan dan percakapan agar tidak disalahertikan oleh sesetengah pihak pada masa akan datang.

Mengenai penampilannya yang sering tampil dengan gambar-gambar yang mendedahkan, kata Daphne, dia tidak pernah berniat untuk menarik perhatian lelaki.Ini termasuklah beberapa gambar seksinya ketika menyaksikan Formula 1 di Sepang, Selangor, beberapa bulan lalu yang menonjolkan sebahagian besar dadanya di khalayak awam.

‘‘Maaflah sekiranya saya telah melakukan sesuatu yang tidak elok pada pandangan orang Islam. Saya tahu, pasti ada pihak yang tidak senang dengan cara pakaian ketika itu, tidak bermakna saya begitu mudah dimaafkan kerana saya bukan Muslim.

“Namun, jauh di sudut hati saya ini wujud kekesalan yang tebal dan harapan agar kesilapan saya itu diampuni,’’ kata pemilik syarikat Lebosi Sdn. Bhd.

Mengenai kehidupannya dimasa depan, Daphne cukup yakin bahawa suratan takdir yang ditetapkan Tuhan tidak berakhir dengan kesedihan selama-lamanya.

Pasti wujud taman kebahagiaan sama ada dalam kehidupan terdekat atau masa akan datang. Apa yang perlu dilakukannya adalah banyakkan bersabar dan lalui kehidupan seperti biasa bersama ratu hatinya, Isobel.

Daphne tolak adegan cium


Daphne selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.Pelakon utama filem Belukar akui harus berani dengan gelaran ibu tunggal selepas bercerai

KUDRAT wanitanya barangkali tidak mampu menutup segala cela rentetan isu perpisahan dengan bekas suami terus menjadi topik besar setiap kali dibicarakan. Segala pandangan skeptikal masyarakat ditelan wanita ini dengan sabar, tanpa sesekali melatah. Prinsip Daphne Iking, biar apa juga label terhadapnya, dia percaya suatu hari nanti kebenaran pasti menyerlah. Mungkin dia boleh saja memanfaatkan populariti sebagai selebriti untuk mempertahankan maruah diri serta membersihkan namanya. Tetapi itu bukan cara Daphne Eleanor Iking yang mula dikenali selepas mengemudikan program lasak, Explorace, enam tahun lalu. Bagi Daphne, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan menyimpan rahsia tersendiri tanpa perlu dipersoalkan pihak luar. Khalayak mengetahui bekas suami Daphne, Ryan Chong, 32, mengemukakan saman peribadi terhadap seorang lelaki, Darren Choy, 45, kerana memikat wanita itu yang ketika itu masih menjadi isteri Chong dengan niat membolehkannya melakukan persetubuhan. Perbuatan itu didakwa dilakukan Choy antara Julai 2007 hingga September 2008. Kes itu masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menyelami hatinya, dia juga tidak pernah meminta isu perceraiannya diperbesarkan sekali gus menjadi tatapan umum.

Tanpa mahu terus membela diri, pengacara The Breakfast Show ntv7 ini menyerahkan kepada mahkamah kerana baginya, itu lebih adil daripada hanya dia bersendirian bersuara yang barangkali cuma menyerlahkan sisi hitam hidupnya.

“Hidup setiap manusia mempunyai pelbagai lapisan dan pastinya, tidak semua lapisan kehidupan sedia untuk dikongsi dan menjadi tatapan umum. Sama juga kehidupan saya. Ada perkara perlu disimpan sebagai milik peribadi. Lagipun kes perceraian saya masih dalam perbicaraan di mahkamah. Serahkan saja pada undang-undang,” kata wanita kelahiran Sabah ini.
Keruntuhan mahligai cintanya itu, kata Daphne, turut membuka matanya untuk lebih mengenali isi hati individu tertentu yang sebelum ini cuma dinilai dari sudut luaran.

“Saya lebih kenal siapa kawan, siapa lawan tetapi saya tidak menyesal melalui semua pengalaman ini. Di belakang saya berdiri ramai teman yang sentiasa di sisi tatkala memerlukan dahan berpaut,” kata Daphne sambil akui kekuatan untuk meneruskan hidup juga sering ditiup anak tunggalnya, Isobel Daniella Iking-Chong, 2 tahun.

“Salahkah saya menjadi ibu tunggal jika takdir menghendaki saya membawa gelaran itu? Hidup ini adalah perjuangan dan saya perlu terus berjuang kerana Isobel. Isu peribadi atau apa saja yang berkaitan dengannya perlu saya ketepikan setiap kali melangkah ke tempat kerja,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Disebabkan itu, Daphne menggerakkan perniagaan berkaitan menghijaukan alam sekitar yang diusahakannya bersama seorang teman.

Perniagaan itu menuntut fokus luar biasa membuatkan dia semakin selektif sebelum memberi kata persetujuan menerima tawaran dalam lakonan, termasuklah untuk pertama kali membintangi filem yang bakal ditayangkan, Belukar.

Apabila didekati pengarah, Jason Chong untuk watak utama sebagai Eva dalam filem itu yang bakal menemui penonton bermula 6 Mei ini, Daphne akui, pada awalnya dia menentang peranan diberikan berikutan ketika itu sedang berdepan saat getir kehidupan rumah tangganya.

“Ada beberapa unsur dalam filem ini yang memainkan emosi serta mengguris perasaan saya tanpa disedari. Terlalu banyak lapisan dalam diri Eva dan apabila dikupas, khalayak akan menemui sebab mengapa dia menjadi begitu. Siapa kita untuk menghukum kerana apa yang berlaku dalam kehidupan, cuma Tuhan dan diri sendiri lebih mengerti. Saya realistik setiap diri kita ada sisi hitam dalam kehidupan,” katanya.

Jelas Daphne, skrip asal filem itu menuntutnya supaya melakonkan adegan bercium tetapi ditolak kerana enggan menyinggung perasaan masyarakat. Katanya lagi, dia juga berdepan tekanan hebat ketika di lokasi yang mengambil latar keindahan Kota Kinabalu dan Labuan.

Paling mencabar apabila dia dikehendaki terjun dari jeti di Pulau Manukan pada ketinggian 20 kaki

Daphne kuat selepas bercerai


SEJAK berita penceraian dan kes mahkamah antara bekas suaminya, Ryan Chong dan Pengarah Urusan Adidas Malaysia, Darren Choy Khin Ming yang didakwa atas tuduhan memikat Daphne atau nama sebenarnya Daphne Eleanor Iking dengan niat supaya wanita itu melakukan hubungan intim yang ditegah dengannya, Daphne hanya berdiam diri.

Daphne, 31, yang berkahwin dengan Ryan pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia bercerai sekitar tahun 2008. Tidak ramai yang tahu tentang penceraian tersebut. Berita penceraian Daphne bagaimanapun menjadi hangat kerana bekas suaminya, Ryan menuduh Daphne dipikat lelaki lain iaitu Darren.

Ketika perkara itu kecoh hujung tahun lalu, tiada siapa dapat mencarinya. Seboleh mungkin Daphne cuba mengelak untuk membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut kepada pihak media.

Pelbagai kata nista dilempar kepadanya, yang pasti ketika itu Daphne cuba tabahkan diri untuk menghadapi dugaan paling perit dalam hidupnya.

Kini selepas lebih setengah tahun berdiam diri dan cuba mencari kekuatan untuk menjalani kehidupan baru, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini bangkit sebagai wanita yang lebih kuat berbanding dulu. Dia memandang episod hitam dalam hidupnya sebagai satu sejarah.

"Saya rasa, hari ini saya lebih menjalani kehidupan dengan baik. Walau apa yang telah berlaku dalam hidup saya sebelum ini, saya masih harus meneruskan kehidupan. Saya minta maaf, jika anda ingin bertanya tentang kes mahkamah (penceraian dan pertuduhan curang), saya tidak mahu cakap apa-apa mengenainya," tutur Daphne lembut sambil minta dimengerti.

Menurut Daphne, sejak namanya menjadi panas kerana rumah tangga yang dibina musnah, dia menyedari banyak perkara yang lebih penting dalam kehidupan. Katanya, sebagai wanita malah manusia, tiada siapa yang mahu setiap hubungan yang dibina terlerai begitu sahaja. Jauh sekali akan berbahagia jika ikatan suami isteri yang dibina terlerai.

"Perkara yang sudah lepas biarlah berlalu. Orang nak kata apa tentang saya, saya tidak kisah kerana mereka tidak memahami kehidupan saya. Mereka juga tidak tahu perkara yang sebenar.

"Sebagai manusia, saya minta maaf jika ada yang tersinggung dengan saya. Saya juga sudah memaafkan semua yang terlibat atas apa yang telah berlaku," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran kempen Save The Day di Hotel Berjaya Times Square baru-baru ini.

Disoal lagi, bahagiakah kehidupannya kini setelah bergelar ibu tunggal, Daphne hanya tersenyum manis sambil memandang anak perempuan tunggalnya, Isobel Daniella yang dibawa pada majlis itu. Senyuman yang diberikan kepada Isobel yang kini berusia dua tahun itu nampak cukup bermakna.

Sambil matanya ligat mengawasi pergerakan Isobel yang lincah bermain dan cerdik bercakap, Daphne menjelaskan: "Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah. Saya mengaku, saya bahagia hidup solo. Yang penting saya ada anak, keluarga dan teman-teman yang baik yang banyak memberi semangat dan inspirasi buat saya sekarang."

Bosan tanpa dugaan

Tanpa berselindung, Daphne turut menyatakan, jika tiada dugaan itu, kehidupannya tidak akan menjadi sekuat sekarang. Malah, berbeza dengan sikap sesetengah orang yang pasti mengeluh apabila ditimpa malang, Daphne sebaliknya menyifatkan kehidupan tanpa dugaan satu kehidupan yang membosankan.

Tegas wanita yang terkenal sebagai hos dan pelakon itu lagi, meskipun perkara yang berlaku nampak buruk tetapi apabila difikirkan kembali ia mendatangkan banyak kebaikan buat dirinya, bekas suami dan juga orang di sekelilingnya.

"Saya kini lebih menghargai semua perkara yang berlaku pada saya dan banyak memperbaiki diri. Saya percaya itu juga yang berlaku pada bekas suami saya. Paling bagus, saya dapat tapis teman-teman yang berada di sekeliling saya. Maknanya, ketika saya dilanda masalah, saya dapat kenal pasti mana satu teman yang benar-benar jujur dan menyayangi saya," kata Daphne penuh makna.

Menyentuh tentang anaknya, Daphne menjelaskan, meskipun kini anaknya tinggal bersamanya tidak bermakna kehidupan anaknya tidak sempurna seperti kanak-kanak lain.

"Saya akan terangkan kepadanya apa yang berlaku dan dia akan okey. Saya bersyukur kerana memiliki Isobel dan akan membesarkan dia sebaik mungkin. Walaupun kehidupan saya sangat sibuk dengan kerjaya, tetapi bila balik rumah dan melihat dia, semua penat itu hilang," beritahunya lagi.

Selamatkan dunia

Menyedari usianya semakin meningkat, Daphne tahu dia perlu melakukan sesuatu untuk tabungan hari tuanya. Dia juga sedar tidak selamanya, dia akan berada depan kaca televisyen. Dia tahu juga yang keringatnya barangkali kelak sudah mula dilupakan apabila muka-muka baru mewarnai persada seni. Malah sebagai manusia yang realistik, kata Daphne, bila sampai waktu, dia pasti akan bersara.

"Saya sedar akan hal itu. Jadi buat masa ini, jujur saya katakan, kerjaya seni sudah jatuh pada nombor dua. Perniagaan adalah perkara nombor satu dalam hidup saya sekarang. Saya bersama rakan kongsi menubuhkan Lebosi Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang banyak terlibat dengan kempen-kempen kesedaran pemuliharaan alam sekitar dan kebajikan haiwan," katanya.

Oleh kerana begitu cintakan alam semula jadi dan haiwan juga, bersama beberapa rakan artis yang lain, Daphne telah menjadi duta kepada kempen Save The Day di bawah naungan Dana Hidupan Liar (WWF) yang memberi fokus untuk menyelamatkan penyu dan harimau Malaysia.

Kata pengacara program Breakfast Show di ntv7 itu lagi, tahap kesedaran rakyat Malaysia untuk menyelamatkan haiwan dan alam semula jadi terlalu rendah.

Sebagai contoh, penyu di Malaysia semakin pupus tetapi masih banyak tempat terutama di Pantai Timur yang menjual telur penyu secara terbuka.

Walaupun telur penyu sudah menjadi makanan tradisi sesetengah masyarakat, namun mereka harus menilai semula amalan itu dengan keadaan sekarang.

"Saya sudah terlibat dengan kerja-kerja seperti ini sejak 12 tahun yang lalu tetapi nampaknya masih banyak yang perlu dilakukan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang hal ini.

"Harimau di Malaysia hanya tinggal 500 ekor sahaja, penyu juga semakin pupus. Jika kita tidak selamatkan semua haiwan ini, siapa lagi yang akan lakukan," balasnya.

Kempen Save The Day mengharapkan orang ramai dapat membantu untuk mengumpul dana dengan membeli pin kesedaran yang didatangkan dalam dua bentuk iaitu penyu dan harimau. Setiap satu dijual pada harga RM10.

"Saya bawa pin kesedaran ini ke mana sahaja saya pergi dan akan menjual sendiri kepada teman-teman dan orang ramai. Saya berharap dengan adanya kempen seperti ini dapat membantu menyelamatkan lebih banyak harimau dan penyu di seluruh Malaysia," tuturnya.

Selain Daphne, barisan artis seperti Atilia, Alam, Aishah Sinclair, Naz T, Deborah Henry, Fauziah Latiff, Imran Ajmain, Marsha, Nikki, Yasmin Hani, Prema, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Joey G, Juliana Evens, January Lo, Kevin Zahri, MK-Kumar, Stephanie Chai dan Nadia turut terlibat dalam kempen yang menyasarkan mengumpul dana sebanyak RM250,000 itu.

Kurus kerana tekanan hidup


KELIBAT selebriti terkenal, Daphne Iking pada majlis pra tonton filem My Spy, minggu lalu menarik perhatian media.

Melihatkan sosok tubuhnya yang kurus menimbulkan tanda tanya kepada wartawan yang terus mengerumuninya untuk mendapatkan penjelasannya.

Daphne tetap seperti dulu. Ceria dan sungguh mudah didekati biarpun dirinya kini diselubungi masalah rumah tangga yang pastinya bukan satu rahsia lagi.

"Kurus saya bersebab. Saya akui masalah rumah tangga merupakan salah satu penyebab mengapa tubuh saya kurus begini.

"Tetapi, bukan kerana itu sahaja sebaliknya saya sibuk dengan kerja-kerja saya yang tiada kesudahan," katanya membuka bicara dalam nada yang cukup tenang malam itu.

Tanpa selindung, Daphne memberitahu, dia sudah berpisah dengan suaminya, Ryan Chong sejak setahun setengah yang lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 Januari 2007 dan dikurniakan seorang puteri comel, Isobel Daniella yang sudah pun berusia dua tahun pada 26 November lalu.

Sebelum ini, media sudah menghidu tentang pergolakan rumah tangganya. Namun Daphne menafikan perkara tersebut dan menganggapnya sebagai asam garam dalam dunia perkahwinan.

Riak wajahnya langsung tidak menggambarkan sebarang penyesalan mahupun kesedihan kerana bagi Daphne, apa yang berlaku adalah suratan takdir.

Enggan mengulas lanjut mengenai perpisahan itu, apa yang penting buat Daphne kini adalah tumpuan terhadap karier seninya dan memikirkan soal masa depan anak tunggalnya.

Buat masa ini, Daphne atau nama sebenarnya, Daphne M. Iking sibuk mengendalikan rancangan pencarian model terbaru, Ford Model's Supermodel Of The World Malaysia 2009.

Tidak cukup dengan itu, dia menerima banyak tawaran berlakon filem khususnya selepas membintangi filem My Spy dan Belukar.

"Saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang dan diberi tawaran untuk meluaskan lagi skop seni saya.

"Inilah hikmah dan saya hanya mahu berfikiran positif serta menjalani kehidupan saya dengan semangat baru di samping anak kesayangan saya," kata jelitawan berusia 30 tahun ini penuh makna.

Pada masa yang sama, Daphne juga mengorak langkah sebagai pereka fesyen apabila menjalinkan kerjasama dengan pereka terkenal, Sonny San menerusi jenama Eclipse.

Berkongsi pengalamannya sebagai pelakon, Daphne tidak dapat menyembunyikan keterujaannya itu.

Apatah lagi, My Spy merupakan filem pertamanya dan berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki menyeronokkannya.

Jelasnya, tawaran itu diterimanya ketika rancangan The Breakfast Show terbitan ntv7 diberhentikan selama tiga bulan bermula Oktober tahun lalu untuk penjenamaan semula.

Menyedari peluang yang entah bila akan muncul lagi, Daphne menyatakan persetujuannya kepada Afdlin untuk membintangi filem aksi komedi itu apabila menerima tawaran pada bulan Oktober.

Berpuas hati

Berpasangan dengan Carmen Soo yang menjadi pasangan kembar siamnya dalam filem tersebut, baru kini Daphne sedar bahawa dunia lakonan sememangnya cukup mencabar.

Membawakan watak antagonis bernama Jade, walau bagaimanapun bagi Daphne, My Spy memberi peluang kepadanya untuk membuat aksi lagak ngerinya sendiri.

"Aksi yang saya lakukan itu bukanlah secara keseluruhan tetapi ada beberapa babak yang saya fikir sesuai dengan personaliti saya yang lasak.

"Mereka ada menyediakan pelakon lagak ngeri dari Thailand untuk saya tetapi saya cakap kepada Afdlin, saya mahu melakukannya sendiri.

"Ternyata, Afdlin menerimanya dengan terbuka dan saya berpuas hati dengan watak Jade yang memerlukan saya bercakap dalam pelat Cina Hong Kong," ujarnya tentang filem pertama lakonannya itu yang akan mula ditayangkan pada 3 Disember ini.

Bekerja dengan Afdlin juga langsung tidak mendatangkan masalah kepada Daphne kerana suasana kerjanya yang ceria dan selamba.

Dalam masa yang sama, Daphne bakal muncul dengan filem keduanya, Belukar yang dijangka akan ditayangkan sekitar bulan Januari atau Februari depan.

"Saya bersedia menceburi bidang lakonan kerana saya percaya Tuhan sudah menetapkan perjalanan hidup saya dengan menemukan saya dengan Afdlin untuk projek filem ini.

"Kini, saya semakin serius dengan bidang ini dan menantikan skrip dan watak yang mampu mencabar saya," katanya penuh bersungguh.

Antara watak yang cukup diidamkan Daphne adalah watak mak nyah dan transeksual kerana baginya, memiliki pengalaman berdampingan dengan golongan itu mampu menterjemahkan wataknya dengan lebih mendalam.

Alasan Daphne cukup mudah. Dia hanya mahu mengubah stigma lapuk sebahagian daripada masyarakat negara ini yang sering kali memandang serong terhadap golongan itu.

"Mereka ini ada keistimewaannya tersendiri selain memiliki kasih sayang yang cukup kuat dan teguh. Sedih juga apabila golongan ini selalu dipandang rendah dan dipermainkan.

"Kalau saya diberi peluang membawakan watak seperti ini, saya mahu ia dapat memberi impak yang besar serta menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat," jelasnya penuh mengharap.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails