Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Daphne tolak adegan cium


Daphne selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.Pelakon utama filem Belukar akui harus berani dengan gelaran ibu tunggal selepas bercerai

KUDRAT wanitanya barangkali tidak mampu menutup segala cela rentetan isu perpisahan dengan bekas suami terus menjadi topik besar setiap kali dibicarakan. Segala pandangan skeptikal masyarakat ditelan wanita ini dengan sabar, tanpa sesekali melatah. Prinsip Daphne Iking, biar apa juga label terhadapnya, dia percaya suatu hari nanti kebenaran pasti menyerlah. Mungkin dia boleh saja memanfaatkan populariti sebagai selebriti untuk mempertahankan maruah diri serta membersihkan namanya. Tetapi itu bukan cara Daphne Eleanor Iking yang mula dikenali selepas mengemudikan program lasak, Explorace, enam tahun lalu. Bagi Daphne, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan menyimpan rahsia tersendiri tanpa perlu dipersoalkan pihak luar. Khalayak mengetahui bekas suami Daphne, Ryan Chong, 32, mengemukakan saman peribadi terhadap seorang lelaki, Darren Choy, 45, kerana memikat wanita itu yang ketika itu masih menjadi isteri Chong dengan niat membolehkannya melakukan persetubuhan. Perbuatan itu didakwa dilakukan Choy antara Julai 2007 hingga September 2008. Kes itu masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menyelami hatinya, dia juga tidak pernah meminta isu perceraiannya diperbesarkan sekali gus menjadi tatapan umum.

Tanpa mahu terus membela diri, pengacara The Breakfast Show ntv7 ini menyerahkan kepada mahkamah kerana baginya, itu lebih adil daripada hanya dia bersendirian bersuara yang barangkali cuma menyerlahkan sisi hitam hidupnya.

“Hidup setiap manusia mempunyai pelbagai lapisan dan pastinya, tidak semua lapisan kehidupan sedia untuk dikongsi dan menjadi tatapan umum. Sama juga kehidupan saya. Ada perkara perlu disimpan sebagai milik peribadi. Lagipun kes perceraian saya masih dalam perbicaraan di mahkamah. Serahkan saja pada undang-undang,” kata wanita kelahiran Sabah ini.
Keruntuhan mahligai cintanya itu, kata Daphne, turut membuka matanya untuk lebih mengenali isi hati individu tertentu yang sebelum ini cuma dinilai dari sudut luaran.

“Saya lebih kenal siapa kawan, siapa lawan tetapi saya tidak menyesal melalui semua pengalaman ini. Di belakang saya berdiri ramai teman yang sentiasa di sisi tatkala memerlukan dahan berpaut,” kata Daphne sambil akui kekuatan untuk meneruskan hidup juga sering ditiup anak tunggalnya, Isobel Daniella Iking-Chong, 2 tahun.

“Salahkah saya menjadi ibu tunggal jika takdir menghendaki saya membawa gelaran itu? Hidup ini adalah perjuangan dan saya perlu terus berjuang kerana Isobel. Isu peribadi atau apa saja yang berkaitan dengannya perlu saya ketepikan setiap kali melangkah ke tempat kerja,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Disebabkan itu, Daphne menggerakkan perniagaan berkaitan menghijaukan alam sekitar yang diusahakannya bersama seorang teman.

Perniagaan itu menuntut fokus luar biasa membuatkan dia semakin selektif sebelum memberi kata persetujuan menerima tawaran dalam lakonan, termasuklah untuk pertama kali membintangi filem yang bakal ditayangkan, Belukar.

Apabila didekati pengarah, Jason Chong untuk watak utama sebagai Eva dalam filem itu yang bakal menemui penonton bermula 6 Mei ini, Daphne akui, pada awalnya dia menentang peranan diberikan berikutan ketika itu sedang berdepan saat getir kehidupan rumah tangganya.

“Ada beberapa unsur dalam filem ini yang memainkan emosi serta mengguris perasaan saya tanpa disedari. Terlalu banyak lapisan dalam diri Eva dan apabila dikupas, khalayak akan menemui sebab mengapa dia menjadi begitu. Siapa kita untuk menghukum kerana apa yang berlaku dalam kehidupan, cuma Tuhan dan diri sendiri lebih mengerti. Saya realistik setiap diri kita ada sisi hitam dalam kehidupan,” katanya.

Jelas Daphne, skrip asal filem itu menuntutnya supaya melakonkan adegan bercium tetapi ditolak kerana enggan menyinggung perasaan masyarakat. Katanya lagi, dia juga berdepan tekanan hebat ketika di lokasi yang mengambil latar keindahan Kota Kinabalu dan Labuan.

Paling mencabar apabila dia dikehendaki terjun dari jeti di Pulau Manukan pada ketinggian 20 kaki
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails