Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Doa Johan buat Nabila

JIKA beberapa ketika dahulu mereka cukup rapat sehingga digelar "belangkas" namun kebelakangan ini semuanya mulai berubah. Johan As'ari dan Nabila Huda sudah berpisah arah. Pengakuan Nabila mengenai kewujudan Nas-T di dalam hidupnya menjadikan Johan bersyukur di atas kebahagiaan yang dikecapi rakan baiknya itu. Mengakui hubungan rakan itu masih kekal sehingga hari ini, bagi Johan persoalan sama ada mereka masih rapat seperti dahulu atau tidak bukan sesuatu yang harus dirunsingkan peminat. Berikut luahan hati Johan kepada wartawan AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN. Hits: Sejak bila Johan mengetahui kisah cinta Nabila dan Nas-T? JA: Saya hanya mengetahui kisah percintaan Nabila melalui Twitter. Masa dia membuat pengakuan itu saya sedang mengerjakan umrah di di Tanah Suci Mekah. Pernah rapat suatu ketika dahulu, bagaimana hubungan Johan dengan Nabila kini? Sebagai rakan kami akan tetap menghubungi suatu sama lain, cumanya tidak terlalu kerap memandangkan saya menghormati hubungan yang sedang terjalin kini. Saya pasti semua juga faham jika seseorang perempuan itu sedang menjalinkan hubungan cinta, adalah tidak baik untuk lelaki lain rapat dengan wanita tersebut. Tak mahu timbul fitnah. Secara jujurnya bagaimana perasaan Johan ? Sebenarnya sewaktu berada di Tanah Suci memang saya mendoakan kebahagiaan rakan-rakan termasuk Nabila. Dan keesokkan harinya ketika mengetahui perkara ini, tiada apa yang mampu saya katakan selain bersyukur . Saya gembira sebab dia kini sedang bahagia. Adakah sebelum ini Johan mengenali Nas-T? Saya tidak pernah mengenali siapa Nas-T secara peribadi.Bagaimanapun saya pasti persamaan yang terdapat di antara dia dan Nabila. Mungkin itu menyebabkan mereka serasi bersama.Doa saya semoga Nas-T mampu menjadi seorang suami yang baik untuk Nabila. selain itu saya percaya Nas-T juga mampu membimbing Nabila menjadi seorang isteri solehah. Johan sendiri juga sudah bersedia untuk membuka pintu hati kepada wanita lain? Buat masa ini saya masih berkawan, soal jodoh itu saya serahkan kepada Yang Maha Esa. Sebenarnya sasaran saya adalah untuk menamatkan zaman bujang sebelum umur 32 tahun. bagaimanapun jika seru sampai awal saya tidak akan menolak.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails