Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Shah Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Shah Iskandar. Show all posts

Shah Iskandar Tidak Malu Diberi Watak Tempelan

Pelakon berasal dari Singapura, Shah Iskandar tidak kisah sekiranya diberi watak sampingan atau tempelan kerana ia sama penting dengan peranan utama dalam sesebuah drama atau pun filem. Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, biarpun pernah memegang watak utama, dia tidak perlu berasa malu untuk melakonkan watak sampingan kerana itu adalah tugasnya sebagai pelakon. "Pada saya tidak perlu malu berlakon watak sampingan kerana saya percaya setiap peranan dalam sesebuah drama atau pun filem ada keistimewaan tersendiri. "Tambahan pula itu memang tugas seorang pelakon dan saya tidak pernah ada masalah sekiranya diberi watak bukan utama," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, mengulas mengenai kehadiran pelakon dari Singapura dan Indonesia yang dilihat sebagai ancaman kepada industri tempatan, Shah percaya, industri di negara ini membuka ruang untuk semua agar bekerja keras.
Bagaimanapun kata Shah, dia mengambil perkara itu sebagai pembakar semangatnya untuk meneruskan perjuangan sebagai anak seni. "Perkara ini mungkin sensitif pada sesetengah pihak tetapi saya percaya semua pelakon tidak kira dari Malaysia atau Singapura diberi peluang sama rata cuma ia terpulang kepada diri sendiri untuk merebutnya," kata Shah. Sementara itu, Shah berkata, dia bukan datang ke Malaysia untuk merampas hak sesiapa sebaliknya ingin berkongsi bakat dan semata-mata mencari rezeki. Kata Shah, sepanjang bergelar pelakon di Malaysia dia sentiasa bertungkus lumus dan bekerja keras lebih daripada sepatutnya demi memastikan bakat dia menyerlah. "Saya tidak pernah dapat jalan mudah untuk berada di tahap sekarang sebaliknya perlu bekerja lebih keras berbanding artis lain kerana saya sedar kedudukan diri. "Bagiamanapun ia mengajar saya untuk menghargai peluang diberikan dan sentiasa ingat dari mana asal usul saya," jelasnya.

Isu Dadah: Shah Iskandar Tidak Simpan Dendam

Pelakon Shah Iskandar tidak menyimpan perasaan dendam terhadap pihak yang menabur fitnah kononnya dia terlibat dalam penyalahgunaan dadah sehingga berat badannya menyusut secara mendadak. Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian kerana ramai pihak tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kehilangan berat badannya memandangkan dia tidak bercakap mengenai hal itu secara terbuka sebelum ini. "Biasalah gosip tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu mengenai cerita sebenar disebalik apa yang berlaku. "Jujurnya saya tidak menyimpan dendam pun dengan pihak yang membuat dakwaan tersebut," katanya kepada mStar Online. Terdahulu, Shah menjelaskan penyusutan berat badannya disebabkan oleh jangkitan kuman dalam paru-paru sehingga dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital selama dua minggu untuk mendapatkan rawatan. Jelasnya, kesan daripada penyakit dan pengambilan ubat-ubatan telah menjadi penyebab utama kepada penurunan berat badannya secara mendadak. Dalam pada itu, Shah memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin pulih dan kejadian itu telah membuka matanya untuk lebih peka terhadap penjagaan kesihatan. Katanya, sebelum ini dia terlalu fokus kepada kerjayanya tanpa menghiraukan kesihatan dan kejadian itu memberi pengajaran kepadanya. "Sebelum ini saya tidak begitu peka terhadap penjagaan kesihatan dan apabila sudah jatuh sakit baharulah sedar tentang betapa pentingnya nikmat itu," katanya. Dalam perkembangan lain, Shah berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama bersiri arahan Shuhaimi Lua berjudul BIB dan Nasuha.

Shah Iskandar, Nad Zainal Tiada Hubungan Istimewa

Pelakon Shah Iskandar menganggap hubungannya dengan pelakon Nad Zainal hanya sekadar rakan artis semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Malah Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz,31, berkata, dia turut mengenali teman lelaki kepada wanita itu. "Saya tidak ada pun nombor telefon Nad dan kami hanya berkomunikasi melalui laman sosial Twitter dan WeChat sahaja. "Lagi pula saya kenal teman lelaki dia kerana Nad pernah membawanya ke lokasi dan lelaki itu seorang yang baik dan agak pendiam," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu. Shah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin hubungan rapatnya dengan wanita itu. Pelakon berasal dari Singapura yang pernah dikaitkan dengan pelakon Rozita Che Wan itu tidak mahu gosip tersebut menjadikan hubungan Nad dan kekasihnya mengalami masalah.
"Cukuplah cerita dahulu, saya tidak mahu ada masalah dengan teman lelaki dia, nanti tidak pasal-pasal kami bermasam muka pula," katanya. Ujar Shah, dia dan Nad mula mengenali ketika bekerjasama dalam sebuah drama bersiri Seindah Sabar yang bakal disiarkan di TV9 tidak lama lagi. "Saya dan Nad bergandingan dalam drama bersiri itu dan saya anggap dia seorang pelakon yang berbakat besar. "Dia ada asas dan belajar dalam bidang ini di Aswara dan berlakon dengan dia memang tiada masalah," katanya. Bercerita tentang kerjaya lakonan yang semakin menyinar, Shah berkata, dia tidak terlalu memilih daripada segi pemilihan watak. "Saya tidak kisah apa pun watak tapi kalau boleh ia pelbagai dan tidak hanya satu karakter sahaja. "Biarpun bukan pelakon utama namun saya lebih suka jika diberi peluang watak-watak berbeza," katanya yang bakal membawakan watak lelaki lembut dalam drama Merah Bukan Jambuterbitan RTM. Sementara itu, bercerita tentang kerjaya di Singapura, Shah mengakui dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan dan pengacaraan daripada produksi dan stesen televisyen negara itu. "Sehingga kini masih ada lagi tawaran untuk jadi pengacara dan berlakon di sana, tapi agak susah untuk ulang alik kerana saya sudah menetap di sini. "Lagi pun saya nekad untuk membina kerjaya di negara ini," katanya.

Saya ikut prosedur - Shah Iskandar

PERNAH isu PR menjadi fokus utama orang dalam industri seni di Malaysia ini seperti Aaron. Shah juga orang Singapura. Ada rancangan untuk mohon PR? Memang ada perancangan untuk dapatkan PR. Tapi perkara itu tidak akan berlaku sekarang. Itu yang pasti. Maknanya, Shah ada hati nak ikut jejak langkah Aaron yang sebelum ini mohon PR? Siapa yang tak nak bukan? Terutama artis macam saya yang melihat itu akan membawa kemudahan. Maksudnya, jika tinggal di sini, lebih baik untuk urusan kerja saya. Alhamdulillah, setakat ini rezeki sentiasa ada untuk saya di sini. Tak bimbangkah jika saat Shah cuba membuat permohonan mendapatkan PR, ketika itu nanti Shah akan dihentam ramai sebagaimana apa yang dilalui oleh Aaron sebelum ini? Bagi saya tak perlu takut atau bimbang. Selagi saya ikut prosedur dan ikut peraturan yang ditetapkan, saya yakin perkara itu tak akan ada masalah. Macam kita masuk rumah orang, kita buat cara mereka. Tak akanlah saya nak buat perkara yang melanggar peraturan yang kemudiannya membawa keburukan untuk saya? Senang saja, asalkan saya tak buat hal, saya tak perlu risau mengenainya. Kita kena fikir keadaan yang terburuk. Misal katalah perkara itu terjadi, sejauhmana Shah bersedia menghadapinya? Macam inilah... jangan samakan saya dengan Aaron atau mana-mana artis Singapura lain yang pernah terlibat dengan isu ini. Perjalanan saya masih jauh. Macam saya katakan, saya ada keinginan nak mohon PR tapi bukan sekarang. Aaron lain, dia punya keluarga. Saya masih bujang. Belum berkahwin. Jadi saya masih boleh berulang alik dari Singapura ke Malaysia tanpa halangan itu. Lainlah kalau saya dah berkahwin. Berapa kerap Shah berulang alik dari tanah air ke Malaysia? Saya mengaku memang kerap balik. Adakala kerana menerima tawaran lakonan dan pengacaraan di sana. Jadi itu sebab saya berulang alik. Hati lebih terbuka untuk bekerja di Malaysia atau di Singapura? Ramai yang tahu, Malaysia umpama satu hab untuk perfileman dan aktiviti seni Melayu. Kalau di luar mereka ada Hollywood, di Malaysia kita ada Melayuwood. Tentulah saya lebih senang bekerja di sini kerana peluangnya lebih besar. Kalau di Singapura, saya kena bersaing dengan lambakan artis yang mahu ke depan sedangkan stesen televisyen Melayu cuma satu sahaja di sana. Peluangnya kecil berbanding di sini. Insya-Allah, selagi saya diperlukan di sini, saya akan terus bergiat di sini.

Shah Iskandar suka Rozita Che Wan

SEPANJANG bergelar artis, pelakon cantik Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 38, sudah acap kali dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa orang lelaki, kebanyakannya yang lebih muda berbanding usianya. Terkini, dia dikatakan sedang menjalin hubungan mesra dengan seorang pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz. Menariknya, gara-gara gosip tersebut, timbul pula cerita yang mengatakan timbul perselisihan faham antara Iskandar dengan pelakon Zain Saidin, 28, yang sebelum ini merupakan antara individu yang rapat dengan Che Ta sehingga mereka sering digosip mempunyai hubungan istimewa. Namun begitu, Shah, 29, yang ditemui pada acara Viewing Party perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3 yang diadakan di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini, mempunyai jawapan tersendiri tentang gosip tersebut. Sementelah, dia mengakui pernah mempunyai hubungan dengan wanita yang lebih berusia berbanding dengan dirinya. Kosmo!: Bagaimanakah boleh timbul cerita yang mengatakan Shah bercinta dengan Che Ta? SHAH ISKANDAR: Cerita sebegini boleh timbul kerana kami sering berlakon di bawah produksi yang sama iaitu Zeel Production. Sehingga kini kami sudah berlakon tiga kali berturut-turut bersama iaitu menerusi drama Kiah Spy, Anak Ikan dan Kiah Ke Jepun. Jadi, benarkah dakwaan yang mengatakan kamu berdua bercinta? Sudah tentu ia tidak benar kerana hubungan rapat kami hanya di lokasi penggambaran. Saya rasa cerita ini timbul apabila ada pihak yang salah anggap terhadap kemesraan kami, tetapi pada hakikatnya hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sesama pelakon. Lagipun buat masa sekarang saya belum terfikir lagi untuk bercinta dengan sesiapa kerana mahu memberikan tumpuan terhadap karier terlebih dulu. Bagaimanakah pula hubungan Shah dengan Zain Saidin? Setakat ini hubungan saya dan Zain juga tiada masalah dan kami tidak pernah berselisih faham apabila cerita ini timbul. Kami menganggap ia tidak lebih daripada sekadar gosip. Adakah Che Ta memiliki kriteria yang menjadi idaman Shah? Secara jujurnya saya akui Che Ta memang ada memiliki ciri-ciri tersebut, antaranya dia merupakan seorang wanita yang sangat periang, terutamanya apabila dia bercakap dalam loghat Kedah sehingga membuatkan saya terhibur semasa berada di lokasi. Pada masa yang sama, saya juga melihat dia seorang wanita yang sangat tenang. Sebagai contohnya, apabila gosip mengenai dirinya mempunyai hubungan dengan seseorang, saya lihat dia tenang berhadapan dengan situasi tersebut dan tidak cepat melatah. Apabila berbincang tentang gosip yang melanda kami berdua, dia sekadar ketawa dan enggan melayan cerita tersebut. Adakah Shah mengelak untuk menjalinkan hubungan cinta atau bertemu jodoh dengan wanita yang lebih berusia? Apabila bercakap tentang cinta dan jodoh, saya tidak kisah sama ada pasangan saya itu lebih muda atau berusia daripada saya. Sebelum ini saya pernah bercinta dengan wanita yang lebih berusia semasa di Singapura dahulu. Paling penting, dalam sesebuah perhubungan itu perlu ada persefahaman antara satu sama lain dan soal umur sepatutnya tidak perlu timbul.

Shah Iskandar Akui Selesa Dampingi Rozita Che Wan

PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar mengakui berasa selesa berdampingan dengan aktres Rozita Che Wan kerana sikap wanita itu yang ceria dan berfikiran positif. Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, berkata, sikap mesra Rozita yang dikenali selepas mereka berlakon dalam dua telefilem iaitu Kiah Ke Jepun dan Anak Ikan serta drama bersiri Kiah Spy sekitar tiga bulan lalu menyenangkannya. "Saya senang dengan sikap Rozita yang kelakar dan peramah. Dia menceriakan suasana ketika di lokasi penggambaran dengan kelucuan dan kemesraannya. "Kebetulan pula, kami terlibat dalam tiga projek bersama, secara tidak langsung hubungan bertambah rapat," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Menerusi mStar Online pada 23 November lalu, Shah menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran bersama sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada aktor Zain Saidin.
Diusik mengenai perkembangan hubungan itu, Shah berkata, keintiman mereka bagaimanapun hanya berlaku di lokasi penggambaran dan tidak berlanjutan sehingga ke luar. "Memang kami rapat ketika bekerja di lokasi tetapi saya tidak terfikir sampai ke tahap untuk mengajak dia keluar. "Setakat ini, kami tidak pernah keluar bersama. Apabila membincangkan mengenai gosip ini kami tergelak kerana nama saya pula sudah termasuk dalam senarai lelaki yang dikaitkan dengannya," katanya. Aktor yang berasal dari Singapura itu berkata, dia menghadapi gosip tersebut dengan tenang biarpun terus dihujani pelbagai persoalan mengenai cerita itu. "Ini kali pertama saya terkena gosip begini dan kebetulan pula dengan Rozita."Namun, saya tiada masalah dan tenang sahaja hadapinya walaupun rakan-rakan dan keluarga ada bertanya mengenai kesahihan gosip itu," katanya. Terbaru, Shah sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Agra untuk RTM.

Dulu guru, kini pelakon - Shah Iskandar

SEPANJANG tiga tahun bertapak di bumi Malaysia, pelakon Shah Iskandar Mahfuz kini boleh berbangga apabila namanya semakin dikenali ramai dan mula mendapat perhatian pengarah. Biarpun namanya masih belum gah atau sehebat nama dua rakan senegaranya iaitu Aaron Aziz dan Adi Putra, namun Shah Iskandar menjadikan kedua-dua pelakon itu sebagai inspirasinya untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi. "Pembabitan saya dalam bidang lakonan serta mengambil langkah berkelana ke Malaysia bukan mahu bersaing dengan dua rakan senegara yang telah berjaya di sini. Saya juga amat menghormati mereka sebagai pelakon yang lebih senior. "Bagaimanapun ia merupakan inisiatif buat saya melebarkan sayap sebagai pelakon. Itu sahaja. Kini saya sangat bersyukur kerana semakin mendapat perhatian ramai serta tawaran berlakon yang semakin banyak. "Malah, keputusan meninggalkan kerjaya sebelum ini sebagai guru merupakan satu tindakan yang tepat," jelasnya ketika majlis pelancaran drama Runtun Qalbu di Sri Pentas TV3, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Ditanya tentang pembabitan awalnya dalam bidang lakonan, pelakon kacak yang berasal dari Woodlands, Singapura itu memberitahu mula terjebak dengan dunia seni sejak tahun 2006 ketika menuntut dalam bidang perfileman di Politeknik Ngee Ann, Singapura. "Saya telah menyertai sebuah pertandingan realiti Anugerah Skrin Singapura dan muncul pemenang tempat ketiga. Salah seorang juri dalam pertandingan tersebut ialah Datuk Yusuf Haslam dan dia pernah menawarkan saya berlakon selepas berakhirnya pertandingan tersebut, tetapi saya terpaksa tolak kerana masih lagi belajar. "Setelah menamatkan pengajian pada tahun 2007, saya mula berjinak-jinak dengan bidang seni seperti berlakon dan mengacara. Namun, saya lebih banyak mendapat tawaran menjadi pengacara berbanding lakonan," ujarnya. Selain itu menurut Shah, dia juga pernah bergelar seorang pendidik dalam tempoh yang agak singkat apabila bersetuju menjadi seorang guru di Rainbow Centre, iaitu sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme. Bagaimanapun, khidmatnya sebagai guru cuma setahun apabila dia mengambil keputusan menerima pelawaan Yusof Haslam yang kembali menawarkannya berlakon pada tahun 2009. "Keputusan yang saya buat untuk berkelana ke Malaysia dan memulakan karier sebagai pelakon bukan semata-mata mahu mengejar populariti. Sebaliknya, saya memang minat berlakon sejak dari dahulu lagi. "Sepanjang tiga tahun saya berlakon dan mencari rezeki di negara ini, masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Apa pun, saya gembira kerana kehadiran saya sekarang sudah diterima ramai," jelasnya teruja. Ujarnya, selain berlakon dia juga pernah mendapat beberapa tawaran menjadi pengacara, tetapi terpaksa menolak kerana mahu lebih memberi fokus kepada dunia lakonan terlebih dahulu. "Ketika di Singapura saya memang banyak terlibat dengan pelbagai program yang memerlukan saya menjadi pengacara kerana ia merupakan salah satu kebolehan yang saya ada. "Cuma buat masa sekarang saya lebih berminat kepada lakonan dan mahu terus berusaha sehingga berjaya," tambahnya.
Terhutang budi Sewaktu awal berkecimpung dalam dunia lakonan di Malaysia tiga tahun yang lalu, nama Shah dikenali apabila dipilih membintangi drama bersiri Gerak Khas. Dalam drama tersebut, pelakon berkenaan membawakan watak seorang inspektor polis bernama Hisyam yang juga merupakan anak kepada Sarjan Misai, watak yang dimainkan oleh pelakon A. Galak. "Sejujurnya saya memang terhutang budi dengan Datuk Yusuf Haslam yang nampak bakat saya dalam lakonan. Malah, beliau merupakan individu yang membuka peluang kepada saya mengembangkan karier di negara ini. "Semasa saya mula-mula datang ke Kuala Lumpur dahulu, beliau telah menyediakan beberapa kemudahan seperti kereta dan rumah buat saya. Sudah tentu saya tidak akan melupakan jasa beliau yang sudah banyak membantu saya," katanya. Walaupun kariernya sebagai pelakon bermula dengan Skop Production menerusi drama bersiri tersebut, pelakon berkenaan menjelaskan dia tetap diberi kebebasan berlakon dengan syarikat produksi yang lain. "Saya juga selalu berpegang kepada pesanan yang telah diberikan oleh beliau. Antaranya, saya perlu sentiasa merendah diri dan selalu tabahkan hati sekiranya berdepan dengan sesuatu masalah," jelasnya. Selepas tampil dengan beberapa buah drama yang mendapat sambutan hangat sebelum ini seperti Nora Elena, Atas Nama Cinta dan Tiga Janji, kini Shah Iskandar tampil pula dengan drama terbaharu berjudul Runtun Qalbu. Ditanya mengenai pembabitannya dalam drama berkenaan, Shah memberitahu dia membawakan watak bernama Kelabu, seorang lelaki hilang ingatan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. "Paparan jalan cerita yang cukup menarik antara salah satu sebab saya terima tawaran berlakon dalam drama ini. Memang watak yang saya bawakan ini agak berat, namun tiada masalah besar kerana gandingan bersama pelakon lain seperti Kamal Adli dan Fida Ibrahim memang banyak membantu. "Malah, saya juga berpuas hati dan sangat senang bekerjasama dengan Khalid, biarpun ini merupakan drama kedua arahannya dan masih lagi agak baharu sebagai seorang pengarah," ujarnya. Ditanya sama ada pernah ditawarkan berlakon filem, pelakon berkenaan memberitahu memang ada tawaran tersebut, tetapi terpaksa ditolak kerana mempunyai komitmen lain. "Baru-baru ini ada yang menawarkan saya berlakon filem, cuma bukan rezeki saya kerana ketika itu saya terikat dengan komitmen dalam drama Runtun Qalbu. Namun, keinginan berlakon filem memang ada dan bersedia mempertimbangkan sekiranya ada tawaran yang diterima nanti," jelasnya.

Lebaran orang bujang - Nazim Othman dan Shah Iskandar

KEDUA-duanya masih baru. Mempunyai potensi besar untuk menguasai industri pada masa hadapan, tidak mustahil untuk Nazim Othman mahupun Shah Iskandar membina empayar sendiri atas kerja keras yang mereka lakukan selama ini. Ada yang masih samar-samar dengan bakat dua anak muda ini. Meskipun begitu, peluang yang diberikan kepada mereka tidak dipersiakan. Bagi Nazim, mungkin ini masa untuk dirinya. Pelbagai watak sudah dilakonkan selama ini, orang mula nampak pada bakat besar yang ada dalam diri. Terbaru, dia mencetuskan 'gelombang' dengan drama bersiri Dejavu Di Kinabalu yang sangat membantu dirinya naik ke satu lagi aras. Tidak mustahil untuk lelaki yang pernah bekerja sebagai pramugara itu meneruskan lagi gelombang dengan cerita Kau Yang Terindah yang sedang bersiaran di kaca televisyen ketika ini. Shah Iskandar pula masih mencari arah. Diberi peranan kecil dalam drama berisi Nora Eleena satu ketika dahulu, peluang besar makin terbuka buat anak kelahiran Singapura memperdagang bakat yang ada. Tidak mahu merencatkan hari lebaran yang sedang disambut ini, kedua-dua lelaki ini sepakat, inilah masa yang paling sesuai untuk mereka berehat, melepaskan lelah seketika. "Bulan puasa yang lalu pun jadual saya tetap penuh. Jadi saya ambil kesempatan untuk berehat empat hari untuk meraikannya bersama-sama dengan keluarga. "Tidak dinafikan yang lebaran kali ini memang cukup mengujakan. Mungkin sebab dah lama tak dapat berkumpul bersama dengan keluarga besar saya, jadi saya mahu mengeratkan lagi silaturrahim dengan semua saudara mara. "Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya pulang ke Johor Bahru. Banyak aktiviti yang dah ada dalam kepala ni, cuma menunggu masa untuk dilaksanakan," kata Nazim lagi. Walaupun kekangan masa menjadi penghalang untuknya berehat panjang, Nazim menganggap itu semua lumrah yang harus ditempuh oleh semua anak seni seperti dirinya. "Beberapa hari lagi saya akan terus masuk ke set Kau Yang Terindah. Tak kisah pun sebenarnya tidak dapat beraya lama sebab dulu masa jadi pramugara pun saya pernah beraya di luar negara," katanya. Beraya di tanah kelahiran sendiri sememangnya sudah menjadi acara wajib yang mesti dilalui oleh Shah Iskandar. Walaupun ramai beranggapan beraya di Kota Singa tidak meriah jika mahu dibandingkan di Malaysia, itu bukan masalah besar baginya. Mahu menjadikan hari lebaran sebagai hari untuk berehat panjang, pelakon muda yang pernah mencipta nama menerusi drama Gerak Khas yakin ada sinar buatnya kali ini. "Memang saya cukup teruja bila nak sambut raya. Sejak bulan Ramadan yang lalu pun saya memang gembira walaupun sedikit perit terpaksa bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga. Ini memang bulan untuk menguji kesabaran kita sebenarnya. "Setiap kali tibanya 1 Syawal, selesai sahaja sembahyang sunat Hari Raya saya akan ke Johor Bahru untuk menziarahi pusara arwah bapa. Saya beruntung, walaupun orang Singapura tetapi saya masih ada kampung di Johor. "Setiap tahun saya akan buat perkara yang sama. Walaupun sudah tidak ada bapa, ingatan saya padanya tidak pernah padam. Selepas ke kubur barulah saya menziarahi saudara mara yang ada di sana sebelum pulang ke Singapura," katanya. Menganggap rezekinya sentiasa ada dan tidak putus-putus, Shah Iskandar kini antara pelapis baru yang sering menjadi perhatian para pengarah sejak akhir-akhir ini. Dia membuka mata banyak pihak apabila drama bersiri Tiga Janji cukup digemari ramai. "Mungkin orang tidak tahu hampir dua tahun jugalah saya mencari-cari arah dan mencari tapak untuk meneruskan kerjaya. Alhamdulillah selepas drama Nora Eleena keluar, orang mula mengenali saya walaupun tidak sehebat mana pun. "Rentetan dari itulah saya mula mendapat perhatian sehinggalah hari ini. Tak kisahlah kalau tidak kencang mana asalkan tawaran tidak putus-putus pun sudah cukup baik," jelasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails