Pelakon dan anak kepada selebriti Chef terkenal, Serina Redzuwan sebelum ini adalah memperkenalkan satu produk pelangsingan badan. Dan sangat yakin dengan market produknya itu maka dilampirkan pula dengan sekeping gambar seorang jejaka yang dahulunya 'comel' hingga ke badan tegap aka ramping.
Namun isu itu bukanlah perkara yang boleh dipandang sebelah mata, jejaka itu tampil dengan memberikan komentar pada gambar berkenaan yang dilampir pada Facebook Serina dengan mengatakan dia tidak pernah mengambil sebarang produk pelangsingan badan, kiranya jejaka ni, rajin bersenam secara sihat.
Dan tanpa sebarang maklum balas Serina, maka jejaka ini pon turut membuat laporan Polis keatas penyalahgunaan gambar milik jejaka ini. Kalau jejaka ini bawa kes ini ke mahkamah, rasanya boleh menang besar ni jejaka. Hoho.
Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Serina ( Anak Chef Wan ). Show all posts
Showing posts with label Serina ( Anak Chef Wan ). Show all posts
Serina Kantoi Produk Pelangsingan Badan?
Pelakon dan anak kepada selebriti Chef terkenal, Serina Redzuwan sebelum ini adalah memperkenalkan satu produk pelangsingan badan. Dan sangat yakin dengan market produknya itu maka dilampirkan pula dengan sekeping gambar seorang jejaka yang dahulunya 'comel' hingga ke badan tegap aka ramping.
Namun isu itu bukanlah perkara yang boleh dipandang sebelah mata, jejaka itu tampil dengan memberikan komentar pada gambar berkenaan yang dilampir pada Facebook Serina dengan mengatakan dia tidak pernah mengambil sebarang produk pelangsingan badan, kiranya jejaka ni, rajin bersenam secara sihat.
Dan tanpa sebarang maklum balas Serina, maka jejaka ini pon turut membuat laporan Polis keatas penyalahgunaan gambar milik jejaka ini. Kalau jejaka ini bawa kes ini ke mahkamah, rasanya boleh menang besar ni jejaka. Hoho.
Bukan kerana tamak - Serina
SERINA Redzuawan tamak? Itu dakwaan negatif segelintir pihak terhadap anak perempuan chef terkenal tanah air, Chef Wan.
Isu timbul gara-gara dia dituduh menipu
pengguna dan cuba mengaut keuntungan berganda menerusi gambar testimoni palsu yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa menggunakan jenama produk kesihatan yang dijualnya untuk program menurunkan berat badan.
Dek kerana itu, lelaki terbabit telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Namun hal itu telah dinafikan oleh Serina yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah satu salah faham.
Jelas Serina, dia yang tidak tahu bahawa lelaki berkenaan tidak menggunakan sebarang produk kesihatan cuma mengambil gambar tersebut di Internet.
Pun begitu, meski sudah tampil dengan penjelasan panjang lebar, tempias kutukan dan kritikan masih dirasakan oleh pelakon tersebut.
LEMBARAN tahun baru, Serina diduga dengan isu sensasi apabila didakwa cuba menipu pengguna produk kesihatan menerusi gambar testimoni palsu. Apa komen Serina?
Sebenarnya terus-terang saya katakan, saya dah tak mahu lagi bangkitkan isu ini. Saya cuma fikirkan perasaan keluarga saya sahaja terutama ayah saya yang tak gemar cerita-cerita begini dipanaskan lagi. Lebih elok kalau saya diamkan sahaja.
Secara am, adakah perkara ini menyebabkan Serina serik untuk meneruskan perniagaan?
Sejak dulu, orang kenal saya sebagai seorang yang kuat, degil dan berani. Ini adalah persamaan yang saya kongsi dengan ayah saya. Semangat dan minat kami sama. Bezanya saya bukan chef. Biasalah dugaan. Saya percaya, Tuhan tak akan berikan kesenangan dengan mudah, jadi saya perlu lalui laluan sukar dulu.
Selebriti sering diangkat menjadi duta atau jurucakap untuk sesuatu produk. Secara tak sedar, perkara itu satu tanggungjawab berisiko. Contohnya, bila produk tak berkesan, artis terbabit yang teruk dihentam. Komen?
Isu macam ini sering berlaku. Saya tak nafi, ada segelintir orang gemar ambil kesempatan dan menuding jari pada artis atau selebriti yang sebetulnya cuma duta atau jurucakap dan bukan pemilik produk itu. Jadi saya lihat, artis jadi mangsa keadaan. Bila jadi macam ini, tak pasal-pasal orang pandang rendah pada artis. Nampak macam golongan artis mudah diperkotak-katikkan. Saya mohon masyarakat juga jangan mudah menuding jari.
Jadi Serina mengaku yang risiko begini seringkali menimpa golongan artis yang nak jadi duta atau jurucakap produk? Begitu?
Saya tak nafi, fitnah ada di mana-mana dan dalam apa jua yang kita buat. Bagi saya artis kena bijak untuk mengatasi dan mengendali perkara-perkara macam ini. Contohnya, orang kata saya tamak, nak kaut untung semata-mata sampai sanggup tipu, walhal saya tak buat. Kita nak jelaskan panjang lebar pun tak guna jika orang masih nak bercakap. Apa yang penting, Tuhan tahu niat saya dan apa yang saya buat adalah ikhlas.
Terlibat dalam dunia perniagaan, Serina juga tak terkecuali dipandang rendah oleh segelintir masyarakat yang sengaja nak cari kesalahan. Umpama mahu menjatuhkan Serina. Tak bimbang?
Benda ini sudah lama berlaku. Orang selalu cakap, saya ada ayah yang berduit dan ada nama, untuk apa kerja teruk? Orang kata saya macam-macam. Pendekatan saya mudah. Bagi saya, orang yang berfikiran negatif ini tak banyak. Jadi saya tumpu pada mereka yang sokong saya saja. Mereka adalah inspirasi untuk saya teruskan usaha dalam apa saja yang dilakukan. Baik dari segi lakonan, pengacaraan dan perniagaan.
Khabarnya, Serina buat banyak bisnes dalam satu masa. Semua nak dibuat. Sampai orang label Serina tamak, semua nak sapu. Komen sikit.
Bukan soal tamak. Masa muda inilah kita kena kerja kuat. Tak kan dah tua masih lagi nak kerja teruk? Dari dulu saya memang seorang yang berdikari. Saya buat semua ini untuk keluarga. Bukan untuk diri sendiri saja. Bagi saya inilah pengorbanan. Saya tak nak susahkan keluarga. Saya harap, apa yang saya buat sekarang dapat memberi inspirasi pada golongan muda di luar sana agar berusaha cari duit sendiri dan bukan susahkan ibu dan ayah.
Sibuk bisnes apa sekarang ini?
Sekarang saya ligat mengusahakan produk kesihatan dan kecantikan jenama sendiri, Anggun Serina yang akan dilancarkan pada Mac ini. Produk ini khusus untuk wanita yang sudah berumahtangga. Yang penting, saya bukan jual muka, saya cuba sendiri dan hasilnya memang mengkagumkan. Alhamdulillah, selain Anggun Serina, saya juga sibuk dengan bisnes francais Cosway Farmasi. Apa yang penting, impian saya adalah untuk bantu bangsa Melayu.
Sibuk ke sana sini dengan bisnes, dah lupakan dunia lakonan?
Boleh dikatakan jadual saya padat buat masa ini. Saya baru saja selesai menjalani sebuah penggambaran telemovie dan masih aktif mengendalikan syarikat produksi YKS Film Maker Sdn. Bhd. Saya tak nak tamak ambil banyak tawaran dalam satu masa. Bukan apa, saya bimbang produksi susah sebab saya selain elak dikatakan tak berdisiplin. Saya akan ambil kalau saya rasa masanya sesuai.
Serina Tidak Tipu Peminat Guna Testimoni Palsu
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuwan menafikan tuduhan kononnya dia menggunakan gambar testimoni palsu bagi melariskan produk kesihatan yang dijualnya.
Serina, 30, yang kini berada di London memberitahu gambar yang dimaksudkan telah dimuat naik oleh ahli lain yang mewakili produk itu di laman Facebook miliknya dan dia hanya berkongsi kejayaan individu tersebut dengan para peminat.
"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana berada di London dan gambar yang dimaksudkan hanya di ambil menerusi Internet selepas ia dikongsi oleh ahli lain di laman Facebook saya.
"Malah gambar itu bukan saya sahaja yang kongsi di Facebook tetapi ahli-ahli lain juga," jelasnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online ketika dihubungi pada petang Isnin.
Tambah Serina, dia tidak pernah menokok tambah maklumat tentang gambar testimoni tersebut hanya untuk menarik pelanggan.
Menurut laporan tersebut Serina ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook dan Twitter miliknya tentang seorang lelaki yang berjaya menguruskan badan selepas menggunakan produk makanan tambahan yang dijualnya.
Bagaimanapun individu tersebut telah menafikan mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina.
Dalam pada itu, Serina memberitahu dia terkilan apabila ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya dengan memburukkan namanya.
Jelas Serina dia tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa sebaliknya hanya ingin membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan.
"Saya tidak pernah kacau hidup sesiapa dan biarlah saya cari rezeki dengan cara yang halal. Walaupun saya ni seorang artis tetapi perniagaan adalah satu bidang yang saya suka.
"Saya tidak faham mengapa ada orang yang suka memburuk-burukkan hidup orang lain," jelasnya.
Sementara itu, Serina berkata, atas dasar minat itu juga dia bakal melancarkan produknya sendiri pada pertengahan Januari ini sebagai satu bukti kesungguhannya dalam bidang perniagaan.
Biskut Serina dapat sambutan
TAK cukup tangan untuk melakukan semua kerja kerana tempahan yang diterima melebihi jangkaan. Namun, Serina Redzuawan tidak bersungut kerana apa yang dilakukan adalah atas kehendaknya.
Kata Serina, sudah tiga tahun dia terlibat dalam perniagaan bermusim iaitu menjual biskut raya. Tahun ini dia menjual 10 jenis biskut raya pelbagai rasa dibawah jenama Serina Simply Delicious.
"Alhamdulillah, gerai saya di bazar Ramadan Bukit Jalil mendapat sambutan hingga malam akhir saya berniaga (14 Ogos). Mungkin hasil daripada promosi yang sering saya uar-uarkan dalam Facebook dan Twitter.
"Ada yang datang membeli untuk keperluan sendiri dan tidak kurang juga yang bertanya untuk menjadi ejen penjual di tempat lain. Sibuk sangat dengan biskut, sampai baju raya pun tak sempat nak beli lagi, pada hal tiga hari lagi nak raya," beritahunya.
Antara biskut yang dibuat oleh Serina adalah coklat cip, tat nanas, peanut butter, suji, coklat rangup dan mocha cip.
Serina dibantu oleh enam orang pekerja sambilan yang bekerja di bahagian pembakaran, pembungkusan dan penghantaran.
"Bab bancuh dan uli adunan, saya buat sendiri, pekerja hanya bantu terap atau bakar biskut. Biskut-biskut tersebut bukan setakat dijual di gerai dekat Bukit Jalil, malah saya juga meletak biskut tersebut di stesen minyak Petronas, Kampung Baru dan Damansara, kedai The Castle, Kampung Baru dan Kedai Koperasi 1Malaysia.
"Setakat ini biskut Serina Simply Delicious telah sampai ke Sarawak dan Singapura. Ada juga permintaan dari Brunei tapi saya tidak sanggup, sebab takut bila sampai biskut hancur. Lainlah kalau orang yang beli bawa sendiri," katanya.
Memandangkan sambutan yang diberi amat menggalakkan, isteri kepada Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya Sallahuddin Ghafar bercadang untuk membuka kafe di masa depan.
"Sudah lama saya bercadang membuka kafe untuk menjual produk sendiri sambil pelanggan datang menikmati hidangan yang saya masak.
"Selain itu, saya juga berhasrat untuk membuat piza dan kemudian jual dalam bentuk kepingan. Macam-macam idea datang kesan daripada sambutan perniagaan bulan Ramadan ini.
"Harap-harap apa yang saya rancang dipermudahkanNya," mohon ibu kepada Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Jelas Serina, dia amat teruja untuk mengurus kafe atau membabitkan diri dalam bidang perniagaan makanan kerana hatinya puas apabila orang suka hasil air tangannya.
"Semua yang saya lakukan adalah atas usaha sendiri. Memang orang tahu saya anak Chef Wan tapi saya tidak pernah menggunakan nama papa untuk kepentingan peribadi.
"Kalau boleh saya nak membentuk rangkaian jenama atau perniagaan seperti papa dengan usaha sendiri. Biarlah saya bermula dari bawah kerana banyak pengalaman yang boleh ditimba. Berniaga di bazar Ramadan adalah contoh terbaik untuk mempromosi produk Serina Simply Delicious," katanya terus terang.
Aktif terbit drama
Meskipun lakonan adalah kerjayanya, namun menerusi produksi YKS Film Maker Sdn. Bhd, Serina bakal menerbitkan lebih banyak program dan drama.
Antara program terbitan produksinya yang sedang disiarkan sekarang di TV AlHijrah adalah Perjalanan Hijrahku.
"Sebenarnya ia adalah program bual bicara tapi turut diselitkan juga segmen memasak oleh mualaf. Dalam program itu, suami saya pun turut menjadi tetamu undangan.
"Kami juga sedang merancang untuk menerbitkan program masakan, saya akan masak. Bukan nak berlawan Chef Wan, tapi gaya persembahan saya sendiri," ceritanya.
Raya tanpa Chef Wan
Seperti anak-anak lain, kemeriahan Syawal menjadi lebih berganda jika dirai bersama ibu bapa.
Raya kali ini kata Serina, disambut tidak semeriah tahun lepas kerana Syawal ini, papanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak bersama mereka.
"Selalunya kami akan balik kampung beraya di Pahang, suasananya cukup meriah. Kali ini kuranglah sikit, lagipun tak boleh nak sedih-sedih sangat sebab papa berada di Tanah Suci Mekah melakukan ibadah umrah dan bukan pergi bercuti.
"Kalau ada papa, dialah yang paling kecoh tentang bab memasak ni. Memanglah boleh beraya dengan dia tapi suasana di Kuala Lumpur tidak sama dengan di kampung," katanya terus terang.
Serina tidak sedih
BIARPUN perjuangan Serina Redzuawan dalam MasterChef Malaysia tidak sampai ke peringkat akhir namun anak Chef Wan itu puas hati.
Kata Serina, banyak perkara yang dipelajari selama beberapa minggu berada dalam program terbitan Astro itu.
“Walaupun bapa dan abang adalah chef, saya ini tidaklah pandai memasak seperti mereka tapi masak untuk makan sekeluarga itu bolehlah.
“Banyak ilmu yang saya pelajari dan benda-benda yang tidak pernah buat di rumah. Kalau selama ini saya tidak pernah masak udang kara, masuk MasterChef kena masak. Kelam kabut juga sebab selama ini makan udang kara di restoran saja," katanya ketawa.
Sebaik tersingkir daripada program itu, Serina terus turun padang untuk rakaman Jaguh Kampung musim ke-2.
“Katalah saya berjaya sampai ke akhir program MasterChef, sudah tentu tidak dapat buat Jaguh Kampung. Apa-apa pun saya gembira kerana berpeluang melakukan program makan-makan ini," katanya.
Ibu kepada Tristan Tareef, 2, dan Isabella Saffiya, lima bulan itu bukan sahaja sibuk di lokasi malah dia juga sibuk sebagai penerbit menerusi YKS Film Maker Sdn. Bhd., yang diterajui bersama Yusuf Kelana.
“Tahun ini saya nak kembangkan perniagaan terutama dalam penerbitan dan produk kecantikan kerana saya adalah duta untuk produk kecantikan C’est Belle, keluaran tempatan.
“Itulah, bulan puasa ini saya cadang nak buka gerai kat Bukit Jalil, nak jual produk kecantikan dan biskut raya yang saya buat sendiri," ceritanya.
Serina Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
PETALING JAYA: Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
"Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.
"Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat," ujarnya.
Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
Serena hamil anak kedua

SYUKUR, alhamdulillah kerana saya telah hamil anak kedua dan ingin berkongsi berita gembira ini. Doakan saya mendapat anak perempuan pula kali ini. Setakat ini saya tidak mendapat alahan seperti mengandungkan Tristan Tareef dulu.”
Haa..itulah yang Serina kongsi dalam laman sosial Facebook sampai Joyah pun turut rasa gembira bila dapat tahu mengenai hal ini. Dengarnya, usia kandungan Serina sudah mencecah tiga bulan. Wah! Tak sabar Joyah nak tunggu perkembangan kandungan kedua Serina ni.
Mesti comel bukan? Lihat sahajalah Tristan. Walau masih kecil, tapi Joyah dah boleh nampak yang dia akan membesar sebagai seorang lelaki yang kacak satu hari nanti.
Iyalah, kacukan Melayu-Inggeris, manalah tak comel bukan? Joyah pun bersyukur sebab Serina nampak semakin berseri dengan kehamilan keduanya ini.
Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya sepanjang melayari alam rumahtangga dengan suaminya yang tercinta, Gavin Edward O’luanaigh.
Joyah rasa, selain Serina dan suami, orang yang paling gembira tentulah Chef Wan. Iyalah, tak lama lagi dapat cucu kedua. Harap-harap doa Serina untuk memperolehi anak perempuan dimakbulkan Alah S.W.T.
Serina Hamil Anak Kedua

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuawan mengandung anak kedua yang baru sahaja berusia sebulan.
Serina mengesahkan perkara itu menerusi laman sosial Facebook miliknya yang ditulis pada Ahad.
“Syukur, alhamdulillah kerana saya telah hamil anak kedua dan ingin berkongsi berita gembira ini.
“Doakan saya mendapat anak perempuan pula kali ini. Setakat ini saya tidak mendapat alahan seperti mengandungkan Tristan Tareef dulu,” katanya dalam laman sosial itu.
Pelakon itu turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tristan Tareef O'luanaigh yang kini berusia lapan bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar.

Dalam perkembangan lain, Serina sedang sibuk berlakon drama Roda Roda Kuala Lumpur dan menerbitkan drama Mampus Masuk Kampung di bawah syarikatnya, YKS Film Maker Sdn Bhd yang ditubuhkan dua tahun lalu.
Selain itu, dia masih aktif menjadi pengacara majlis dan menjalankan perniagaan minuman kesihatan Mavellous.
Katanya, minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat penyakit kencing manis dan mati pucuk.
Bapanya, Datuk Chef Wan turut ditampilkan sebagai duta produk tersebut.
Serina nafi rumahtangga bergolak

DIAM tak diam, perkahwinan Serina Redzuawan dengan Gavin O‘Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar, 34, pada tanggal 1 Januari 2010 lalu sudah pun mencapai angka satu tahun.
Masih ingat lagi bagaimana gemilangnya anak gadis Datuk Chef Wan ini diraikan pada hari bahagianya ketika itu.
Maklumlah, satu dunia boleh menyaksikannya menerusi tayangan dokumentari di saluran AFC Astro berjudul One Night: A Malaysian Wedding -Chef Wan.
Kemuncak bahagia juga dirasakan Serina apabila dia dan Gavin kemudiannya dikurniakan cahaya mata comel, Tristen Tareef yang kini sudah menjangkau usia lapan bulan.
Nah.. Sekarang bagaikan sudah lengkap rasanya fasa baru dalam hidup wanita berusia 29 tahun ini sebagaimana yang sering didambakan oleh setiap wanita yang memasang impian untuk berumah tangga.
Namun, entah dari mana datangnya angin, tiba-tiba rumah tangga Serina didakwa sedang mengalami pergolakan.
Cerita semakin panas apabila ada yang menokok tambah bahawa ia berlaku disebabkan wujudnya seorang wanita yang menjadi orang ketiga.
Rasanya, kalau ada yang cetek akal, sudah tentu mereka akan memandang seolah-olah Gavin yang berlaku curang terhadap Serina.
Ini tak boleh jadi! Lalu Pancaindera pantas mengaju pertanyaan kepada bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ini bagi mendapatkan kebenaran.
“Mana dapat cerita ni? Bila masa pula rumah tangga saya bergolak? Memang kelakarlah!
“Itu semua cerita tak betul. Alhamdulillah..sehingga ke hari ini rumah tangga saya tak ada sebarang masalah. Malah, dari hari ke hari hubungan kami semakin intim.
“Saya pun pelik kenapa boleh timbul cerita macam ini sedangkan saya dan Gavin tak pernah berahsia. Sampaikan telefon bimbit pun tak pernah kami sorok atau letakkan kata laluan.
“Kalau betul dia curang, dah tentu dia akan jelas buat benda-benda macam tu kan? Ini tak ada pun. Ala..mungkin ada yang salah dengar ni kot!
“Alhamdulillah kami aman bahagia je..tak timbul soal orang ketiga atau rumah tangga berantakan,” katanya.
Aneh. Langsung tidak mencerminkan perasaan marah. Serina malah asyik tersenyum dan ketawa sahaja walau ditujah dengan soalan yang mungkin menyebabkan dirinya tersinggung.
Mungkin begitulah sifat semulajadi wanita ini. Dia sukar sekali mengikis sifat Happy Go Lucky yang tertanam dalam dirinya.
Menganggap ia cuma khabar angin, Serina membetulkan tanggapan serong itu dengan memberitahu semarak hubungannya dengan Gavin adalah berlandaskan cuma kepercayaan dan kejujuran.
“Dua perkara ini cukup kuat dalam mempengaruhi keharmonian rumah tangga.
“Lagi satu, saya tengok orang kita ni, lepas kahwin jarang sekali nak keluar temu janji dengan isteri atau suami sendiri macam sebelum berkahwin.
“Saya mengaku saya dan Gavin selalu keluar temu janji sejak saya bergelar isteri dan ibu ni.
“Tak bermakna kalau dah kahwin tak boleh buat macam dulu. Padahal benda-benda macam inilah yang boleh merapatkan lagi keintiman suami isteri, ” kongsinya.
Masih tradisional
Satu yang wajar dipuji pada diri Serina, walaupun berkahwin dengan bangsa asing, dia tidak pernah menjadikan ia sebagai satu alasan untuk melupakan budaya dan adat Melayu.
Tidak seperti sesetengah orang, sanggup menidakkan jati diri sendiri semata-mata mahu dilihat urban atau barangkali menggangap budaya Melayu itu kolot.
Tidak meletakkan dirinya dalam kategori sebegitu, kata Serina, biar apa pun yang terjadi, Melayu akan sentiasa ada dalam dirinya dan tentunya jati diri itu akan diterapkan dalam diri putera kesayangannya, Tristan.
“Eh saya ni walau nampak moden dan berkahwin dengan Mat Saleh, jangan ingat saya dah berubah. Saya masih Melayu tau!
“Jangan terkejut kalau saya katakan suami saya Gavin dah hampir 70 peratus macam orang Melayu. (ketawa). Semua masakan Melayu dia makan, Belacan? Memang kesukaan dia.
“Sekarang pun dia dah pandai cakap bahasa Melayu. Tapi masih dalam proses pembelajaran lah.
“Namun saya bangga sebab sekurang-kurangnya Gavin berminat nak mendekati dan belajar budaya kita tanpa paksaan,” katanya yang sentiasa ‘cair’ bila cinta hatinya memanggilnya Sayang.
Disuruh jaga anak
Kerjayanya sebagai pelakon apatah lagi sejak popular dengan watak polis trafik menerusi drama lakonannya sejak tiga tahun lalu, Roda-Roda Kuala Lumpur, jelas sekali menampakkan jadual hariannya cukup padat.
Malah, kerana itu, menurut Serina, bapanya Chef Wan pernah ‘bising’ mengenai perkara ini gara-gara bimbang Serina mungkin akan terlepas pandang akan cucunya yang seorang itu kerana kesibukan Serina.
“Ya. Papa ada bising pasal hal ni. Takut saya sibuk sangat dengan kerjaya sampai terlepas tengok Tristan membesar di depan mata.
“Sekarang Tristan dijaga oleh orang gaji. Tapi kata Papa dia tak mahu cucunya itu dijaga sampai besar oleh orang gaji. Takut tak kenal mak pula katanya.
“Oleh sebab itu, Papa kata saya perlu berbuat sesuatu dan saya dah pun ada perancangan mengenainya,” katanya.
Mengakui mula menaruh minat untuk menceburi bidang perniagaan, kata Serina, idea tersebut telah dicetuskan oleh Chef Wan sendiri.
Mahu mula memasarkan produk kecantikan dalaman bernama Mavellous di Malaysia, kata Serina, dia melihat produk buatan Switzerland itu mampu memenuhi keperluan kecantikan dalaman dan luaran pengguna di negara ini.
“Percaya tak, semenjak pakai produk ini, saya tengok kulit papa banyak perubahan. Cantik, gebu dan licin. Semuanya berlaku dalam tempoh sebulan sahaja!
“Saya mula-mula agak skeptikal, tapi lama-lama saya rasa apa salahnya kalau saya berniaga, sekurang-kurangnya saya ada banyak masa dengan Tristan.
“Tapi saya tak kata saya akan berhenti terus dari dunia lakonan dan sebagainya, ini cuma perniagaan sampingan,” ujarnya yang turut memberitahu papanya itu merupakan duta produk tersebut.
Jelas si mulut murai ini lagi, produk ini bakal dipasarkan dalam masa terdekat di Malaysia dan mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubunginya di laman sosial www.tweeter.com/serinaredzuawan.
Dalam pada itu, Serina turut menawarkan peluang kepada peminat untuk menikmati percutian bersamanya di Belanda, Brussels, Belgium dan Paris, Perancis selama tujuh hari lima malam menerusi pakej yang istimewa.
Kata Serina, bayaran untuk pakej ialah RM7,888 akan merangkumi insuran, makan dan minum, tempat penginapan serta cukai lapangan terbang.
Bersama penerbangan Emirates, percutian yang dibawa khas oleh Corporate Information Travel Sdn.Bhd (CIT) ini akan bermula dari 13 hingga 20 September ini.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Judy Kok di talian 03-20919988 atau e-mel sebarang maklumat segera di alamat judy.kok@cit.travel.
Serina Jadi Pendiam Bila Bersama Suami

PENGACARA dan pelakon Serina Redzuawan memang terkenal dengan celoteh dan keramahannya seperti bapanya, chef selebriti tersohor, Datuk Chef Wan.
Namun, jangan ada yang tidak tahu, wanita yang sedang hamil bayi lelaki hampir enam bulan itu akan menjadi pendiam apabila bersama-sama suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.
“Saya akan menjadi pendiam bila dengan suami kerana kami lebih suka menumpukan kepada aktiviti yang dilakukan seperti berenang dan bermain PS2,” katanya semasa majlis sambutan hari lahir abangnya, Chef Riz.
Pelakon drama Akademi Polis dan Roda-Roda Kuala Lumpur itu juga tidak terlalu manja dan menyuruh suaminya mendapatkan makanan jika mengidam.
“Saya tak pernah minta dia belikan apa-apa makanan Melayu sebab suami saya tidak mengetahui tentang makanan itu. Misalnya kalau saya mengidam mangga muda, mesti dia akan bertanya semula kepada saya bagaimana hendak mencari makanan itu.
“Jadi, saya lebih selesa untuk mencarinya sendiri. Tetapi setakat ini, suami ada membelikan makanan semasa saya mengidam hendak makan spaghetti bolognese,” katanya yang hadir bersama ibunya, Norhayati Ayob.
Katanya, dia bukanlah seorang isteri yang akan mengikut ke mana sahaja suaminya pergi. Suaminya yang juga Pengarah Eksekutif Footballfocus Sdn Bhd kini di Johor.
“Suami saya sedang sibuk menjayakan acara bola lebih-lebih lagi sekarang ini musim Piala Dunia.
“Saya tidak suka kawal suami dan tidak tetapkan yang dia perlu menghubungi saya setiap waktu.
“Tetapi kalau dia tidak menghubungi saya, tiba giliran saya untuk bertanya keadaan dia sama ada sudah makan atau tidak,” jelasnya.
Serina tidak mahu menjadi seorang isteri yang ‘cincai’. Anak tunggal perempuan Chef Wan itu akan menyediakan kelengkapan pakaian dan makanan untuk suaminya sebelum meninggalkan rumah.
“Kalau saya mempunyai kerja luar dari Kuala Lumpur selama seminggu, jadi saya akan menyiapkan persalinan suami selama seminggu juga. Biasanya, saya akan menggosok dan membasuh pakaiannya sendiri.
“Saya juga mengemas rumah dan memasak sendiri. Sesibuk mana pun, saya perlu melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pastikan makan, pakai suami saya cukup,” ceritanya penuh ramah.
Dalam teruja menantikan kelahiran bayi sulungnya itu, Serina sudah mula sedikit demi sedikit memikirkan tentang persediaan sebelum dan selepas bersalin.
“Saya sudah mencari orang Indonesia yang membuat jamu untuk rawatan selepas bersalin. Selain itu, saya ada juga meminta pendapat daripada ibu tentang cara-cara untuk memudahkan bersalin.
“Walau sakit macamana sekalipun, kalau boleh saya nak bersalin secara normal,” tuturnya.
Serina Disahkan Hamil Bayi Lelaki

SELEPAS usia kandungannya hampir mencecah lima bulan, baru Serina Redzuawan mengetahui jantina bayi yang dikandungnya itu adalah lelaki.
Kelmarin, dia mendapat pengesahan tentang putera sulungnya dengan suaminya Gavin Edward O'luanaigh@Salahudin Ghafar itu setelah melihat sendiri jantina bayi itu menerusi mesin pengimbas di Pusat Perubatan Primanora, Taman Tun Dr Ismail.
Dia memang tidak berniat mahu merahsiakan jantina bayi bagi memudahkannya membuat persediaan awal.
Bukan Serina dan suami sahaja yang gembira menerima berita itu malah dia turut berkongsi kegembiraan itu dengan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan.
“Kami rasa tidak sabar menantikan cucu dan cicit pertama dalam keluarga saya. Syukur alhamdulillah, saya juga sebenarnya memang nak sangat bayi lelaki.
“Ramai juga orang lebih tua daripada saya mengandaikan bayi ini adalah lelaki sebab saya sentiasa lasak sepanjang mengandung,” katanya.
Serina juga tidak mengalami alahan. Namun, dia tidak dapat lari daripada menikmati makanan yang masam seperti tomyam dan mangga.
“Saya tidak suka manjakan diri masa hamil ini sebab tak nak anak jadi pemalas. Lagipun, dari kajian saya, saya pantang kalau selalu tidur dan memerap di rumah kerana kesannya saya akan jadi moody dan malas.
“Sebab itu saya lebih suka hidup aktif. Jadi, saya akan menjadi ceria dan sentiasa gembira.
“Bayangkan, pada Januari, Februari dan Mac lalu, saya masih boleh menunggang motosikal trafik untuk penggambaran drama Roda-Roda Kuala Lumpur manakala April saya melancong ke Pulau Pangkor, Terengganu dan Kedah untuk penggambaran program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) musim ke-13,” beritahunya lagi.
Serina juga gembira apabila memberitahu tentang rating JJCM13 yang lebih tinggi berbanding musim sebelumnya sejak disiarkan pada 14 Februari lalu di TV3.
“Saya rasa gembira bila mendapat tahu JJCM mencatat rating yang tinggi walaupun saya menggantikan kak Maria Tunku Sabri. Bagaimanapun, saya rasa penonton dapat merasakan kelainan yang diberikan antara kami berdua.
“Saya sentiasa menjanjikan kelainan program ini supaya lebih realiti dan natural,” ujarnya mengenai program yang sudah memasuki musim ke-14 itu.
Sementara itu, dia juga dilantik sebagai duta produk tuala wanita dan panty liner jenama Aura Fem keluaran Scalar Living Sdn. Bhd. sejak lebih sebulan lalu.
“Ikutkan dah lama Scalar Living memberikan tawaran untuk bergelar duta Aura Fem sehinggalah saya mencuba produk itu sebelum berkahwin. Sekarang, saya bukan sahaja menjadi duta produk itu malah turut menjualnya,” katanya yang secara tidak langsung mempromosikan produk-produk itu yang turut boleh didapati menerusi laman web aurafem.blogspot.com.
Antara gembira dan takut

HANYA Tuhan yang tahu, debaran yang bersarang dalam diri pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan saat ini. Maklumlah, hanya tinggal lebih sebulan saja lagi anak dara tukang masak terkenal Chef Wan ini bakal diijabkabulkan dengan jejaka keturunan Irish dari England yang juga pilihan hatinya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, 33.
Katanya, pelbagai perasaan berbaur dalam dirinya ketika ini - antara gembira bakal bergelar isteri dan pada masa sama takut menanti detik bersejarah dalam hidup.
"Sebenarnya, saya memang tidak percaya akan bergelar isteri dalam tempoh terdekat ini kerana sebelum ini percintaan saya gagal di tengah jalan. Justeru, saya menganggap jodoh saya dengan Salahudin adalah keajaiban yang berlaku dalam hidup saya.
"Saya yakin Salahudin adalah calon suami yang terbaik buat saya. Apabila kami bersama, dia buat saya tenang dan bahagia. Dia juga banyak memberi pendapat yang baik berkaitan kerjaya saya. Dia juga sanggup susah dan senang dengan saya sepanjang kami berkawan," katanya.
Apapun persepsi orang, Serina, 26, dan Salahudin yang juga Pengarah Urusan Football Focus Sdn Bhd hanya mengharapkan kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibinanya itu berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Saya berasal dari keluarga yang bercerai-berai apabila ibu dan bapa berpisah ketika usia dua tahun. Saya dan abang, Chef Riz juga sudah rasa peritnya apabila ibu dan bapa kami berpisah dan membawa haluan masing-masing.
"Sebab itu saya dan Salahudin akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan mahligai yang bakal dibina ini kerana saya tidak mahu anak-anak kami nanti merasai keperitan yang pernah saya dan abang lalui sebelum ini. Tapi, kita hanya mampu merancang dan berdoa, Tuhan yang menentukan segala-galanyanya," katanya.
Sebagai isteri, Serina berkata, dia sekeluarga akan berusaha membantu Salahudin mendalami Islam. Katanya, walaupun dirinya bukan arif sangat soal agama, tapi Serina akan membawanya kepada pihak yang lebih arif dalam seperti Perkim dan Abim supaya dapat membimbingnya menjadi orang Islam yang baik.
"Saya juga akan menemaninya dan secara tidak langsung, saya juga dapat menambah lagi ilmu agama sedia ada. Saya juga berharap orang ramai memberi peluang kepada golongan mualaf seperti Salahudin.
"Golongan mualaf ini memerlukan bimbingan dan bukan untuk dinilai pegangan agama mereka. Kitalah yang sepatutnya memberi sokongan pada mereka.
"Saya juga menjadikan nenek (ibu Chef Wan), Noraini Abdullah sebagai contoh mualaf yang terbaik. Nenek juga mualaf kerana dia keturunan Cina yang memeluk agama Islam. Sekalipun mualaf, nenek juga membuktikan kepada semua orang dia penganut Islam yang baik," katanya.
Dalam sesi fotografi yang diatur Rap di kediaman keluarganya di Kondominium Tiara, Ampang, baru-baru ini, Serina anggun dengan imej pengantin bertudung yang di taja Dezaine Boutique & Bridal, Ampang Point.
Secara peribadi Serina juga menyukai dia memang sudah lama menanti untuk tampil dengan fotografi bertudung yang ditampilkan Rap khusus untuk hari ini.
"Saya tidak berfikir dua kali apabila diminta Rap untuk tampil dengan imej bertudung yang menutup aurat seperti ini kerana ia lain daripada yang lain. Saya juga menyimpan impian untuk bertudung apabila sampai masanya nanti. Mungkin orang fikir, jawapan saya ini klise. Tapi, saya percaya, apabila bertudung keanggunan dan kelembutan seseorang wanita Muslim itu semakin terserlah kerana saya memang lasak. Apatah lagi, nenek dan ibu juga bertudung begitu juga anggota keluarga yang lain. Tapi, saya memang belum merancang untuk bertudung dalam tempoh terdekat ini lagi," katanya.
Serina berkata, dia juga akan mengenakan selendang yang akan menutup sebahagian rambutnya pada majlis akad nikahnya nanti di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur tanggal 1 Januari nanti.
"Mengikut perancangan, saya akan menggayakan busana rekaan pereka terkenal Jovian Mandagie pada majlis akad nikah. Pada majlis resepsi pada keesokan harinya (2 Januari) di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, saya bakal menggayakan rekaan Radzwan Radziwil pula.
"Manakala majlis berinai besar ialah rekaan Lynda Rahim dan majlis berinai kecil pula ialah khidmat butik pengantin Nasha dari Ipoh, Perak.
"Apa yang saya boleh katakan, majlis perkahwinan saya ini sederhana tapi meriah kerana ia membabitkan jemputan seramai 650 orang saja pada majlis persandingan nanti. Cuma orang menganggap majlis ini secara besar-besaran kerana ia bakal dirakam kru televisyen Asian Food
Channel (AFC)," katanya.
Kata Serina lagi, setakat ini, persiapan majlis perkahwinannya sudah siap 70 peratus.
"Saya sudah membeli cincin perkahwinan di London sebelum ini. Kad undangan perkahwinan juga sudah siap dan akan mengedarkan kad undangan perkahwinan buat jemputan dan rakan media yang rapat tidak lama lagi," katanya.
Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Serina yang juga pengacara program Inspirasi Koko musim baru ini akan berehat sepenuhnya bulan depan bagi memberi tumpuan pada persiapan majlis perkahwinannya itu.
"Saya juga sibuk dengan penggambaran sajian Kontemporari musim kedua bergandingan dengan abang saya, Chef Riz untuk TV2. Saya juga perlu menghabiskan beberapa lagi episod untuk drama Roda- Roda Kuala Lumpur musim ke-3 dan Akademi Polis musim ke-5.
"Pada 22 November, saya akan menemani Salahudin untuk menjayakan EPL Mastering Football yang dianjurkan syarikatnya di Stadium Putra, Bukit Jalil. Acara ini membabitkan bekas pemain Liverpool dan Chelsea yang akan terbabit dengan perlawanan futsal. Selain, saya acara ini akan membabitkan penampilan artis popular tanah air," katanya.
Profil
NAMA PENUH: Serina Redzuawan
USIA: 24 tahun
TARIKH LAHIR: 1 Jun 1983
TEMPAT LAHIR: Hospital Sentosa, Kuala Lumpur
PENDIDIKAN: Sijil Pengurusan Hotel dan Pelancongan di Sekolah
Antarabangsa Legend
STATUS: Bujang
PROFESION: Pengacara dan pelakon
PENGACARAAN: Tommy & Oscar, Top Bollywood, Jalan-Jalan Cari Makan
Antarabangsa, Trek Kembara, Ala Bufet, Telebriti, Mango TV dan Galaksi.
TEATER: Teater Bangsawan Tengku Anum, Bangsawan Naga Chini dan Dejavu
DRAMA: Lebih 40 drama antaranya, Astana Idaman, Cinta Sempadan, Kasih Nurlisa, Skuad Elite, Cinta Gila, Nun Di Sana Cintaku, Rita & Raihan, Amukan Puaka, Kasih Di bawah Bayu, Janji Tinggal Janji, Tak Tercapai Akalmu dan Zon 606
FILEM: Tujuh Perhentian, Hingga Hujung Nyawa, Potret Mistik, Tangkai Jering, Bujang Senang dan Mr Cinderella
Serina kecewa

JELAS tergambar perasaan kecewa buat anak dara Chef Wan, Serina Redzuawan apabila ada suara nakal mengandaikan perkahwinannya dengan jejaka mat salih, Gavin Edward O'luanaiyah atau Salahudin Ghaffar yang bakal berlangsung 1 Januari ini tidak akan mampu bertahan lama.
"Bertahan ke Serina berkahwin dengan jejaka mat aalih tu, tengoklah nanti nasibnya sama seperti artis lain, mungkin tak kekal lama," itulah antara kata-kata yang begitu menghiris perasaan Serina.
Dengan nada sebak, Serina akui: "Saya terlalu kecewa dengan sindiran keterlaluan, saya tak sangka ada yang tergamak mendoakan perkahwinan saya dengan Salahudin berkecai di tengah jalan. Saya belum lagi berkahwin, tiang rumah tangga pun belum didirikan, tetapi janganlah kerana rumah tangga beberapa artis Malaysia yang berkahwin dengan bangsa asing berkecai, saya dan Salahudin turut menerima tempiasnya. Sepatutnya mereka mendoakan yang terbaik buat saya, bukan membuat andaian bukan-bukan.
"Sebagai manusia biasa, saya pasrah jika usia perkahwinan saya tidak panjang tetapi saya selalu sematkan dalam hati, jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan, bukan manusia. Saya selalu terfikir jika artis Malaysia berkahwin dengan orang tempatan pun ada usia rumah tangga mereka tetap tak mampu bertahan, jadi salahkah saya memilih bangsa lain?
"Ini sudah jodoh saya. Saya terima dengan hati terbuka walaupun saya tahu tanggungjawab saya besar. Saya bersyukur memiliki Salahudin, dia rajin mendalami Islam, malah sentiasa membaca buku berkaitan agama."
Secara jujur, Serina berkata, dia tidak pernah gusar berkahwin dengan bangsa asing, malah melihatnya sebagai hikmah buat dirinya. "Saya tidak nafikan, banyak perkara yang perlu dilakukan bila berkahwin dengan bangsa asing tetapi semuanya terletak pada tangan kita sendiri. Saya melihat berkahwin dengan bangsa asing banyak hikmah di sebaliknya, bukan bebanan. Sekurang-kurangnya saya dapat mendalami agama Islam dan meneguhkan keimanan apabila belajar agama bersama.
"Salahudin mempunyai personaliti hampir sama dengan saya, `sporting' dan gila-gila. Dia akan sedia mendengar nasihat saya, ini menjadi tanggungjawab besar saya selepas saya mengambil keputusan bersama dengan saudara baru. Saya rasa perbezaan budaya menjadikan hubungan ini istimewa yang mana saya bukan saja sebagai bakal isteri, malah saya juga memainkan peranan sebagai pembimbing," katanya.
Akuinya, perasaannya kini bercampur baur menghitung hari menanti detik bersejarah untuk disatukan. Walaupun agak pening kepala memikirkan pelbagai persiapan yang perlu dilakukan, apatah hari bersejarahnya akan dilakukan dengan adat istiadat Melayu. Bukan soal tidak bersedia sebaliknya perkahwinannya dengan Salahudin bakal mencipta sejarah baru apabila banyak media dari luar negara berminat untuk membuat liputan sehingga menjadikan majlis perkahwinannya antara acara penuh tradisi Melayu yang akan ditonton di seluruh dunia.
Serina berkata: "Saya pening kepala, banyak persiapan yang perlu dilakukan tetapi mujurlah, bapa, Chef Wan membantu. Saya hanya mengikut kehendak bapa, dari kelengkapan, makanan hingga pelamin dan konsep, bapa yang menentukan. Di kala detik bersejarah saya hampir kunjung tiba, saya masih terikat dengan banyak projek seni. Alhamdullilah, saya masih kekal sebagai pengacara program Inspirasi Koko dan kontrak saya disambung untuk drama bersiri Roda Roda Kuala Lumpur dan Akademi Polis untuk musim seterusnya.
"Terbaru, saya dipilih mengacarakan progra, Jalan Jalan Cari Makan di TV3 untuk musim akan datang menggantikan Maria Tunku Sabri. Saya akui ada kalanya saya tertekan, kalau ikutkan saya mahu majlis perkahwinan diadakan secara sederhana, tetapi dah namanya artis dan anak kepada pakar masak terkenal, pastinya saya dan bapa tidak mampu menolak permintaan rakan-rakan bapa dari luar.
"Bukan mudah sebenarnya melakukan persiapan perkahwinan, detik saya dan Salahudin disatukan hanya dua bulan lagi, tetapi persediaan dilakukan sejak enam bulan lalu. Saya juga minta maaf pada teman, peminat dan rakan wartawan kerana tidak dapat mengundang semuanya, saya harap jangan ada yang berkecil hati.
“Majlis persandingan bertemakan taman diadakan secara tertutup. Majlis itu hanya akan dihadiri 600 tetamu dan rakan media yang cukup rapat dengan kami sekeluarga. Semuanya ditentukan bapa, saya hanya mengikut," katanya yang memilih 1 Januari ini untuk majlis akad nikah di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Serina berkata, dia juga mengadakan majlis berinai kecil dan besar untuk memenuhi adat istiadat orang Melayu, apatah lagi majlis-majlis yang diadakan akan mendapat liputan Asian Food Channel dan BBC2 London.
Dengan nada perlahan, Serina akui: "Berat badan yang bertambah membuatkannya dipaksa menurunkan berat badan. Saya bingit mendengar bebelan bapa yang mahu saya kelihatan kurus pada majlis perkahwinan nanti. Bukan tidak mahu diet, malah hingga hari ini, berat badan saya berkurang lima kilogram, tetapi masalahnya ialah masa. Saya berazam nak turunkan lima kilogram lagi," katanya tergelak kecil.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
