Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Biskut Serina dapat sambutan

TAK cukup tangan untuk melakukan semua kerja kerana tempahan yang diterima melebihi jangkaan. Namun, Serina Redzuawan tidak bersungut kerana apa yang dilakukan adalah atas kehendaknya. Kata Serina, sudah tiga tahun dia terlibat dalam perniagaan bermusim iaitu menjual biskut raya. Tahun ini dia menjual 10 jenis biskut raya pelbagai rasa dibawah jenama Serina Simply Delicious. "Alhamdulillah, gerai saya di bazar Ramadan Bukit Jalil mendapat sambutan hingga malam akhir saya berniaga (14 Ogos). Mungkin hasil daripada promosi yang sering saya uar-uarkan dalam Facebook dan Twitter. "Ada yang datang membeli untuk keperluan sendiri dan tidak kurang juga yang bertanya untuk menjadi ejen penjual di tempat lain. Sibuk sangat dengan biskut, sampai baju raya pun tak sempat nak beli lagi, pada hal tiga hari lagi nak raya," beritahunya. Antara biskut yang dibuat oleh Serina adalah coklat cip, tat nanas, peanut butter, suji, coklat rangup dan mocha cip. Serina dibantu oleh enam orang pekerja sambilan yang bekerja di bahagian pembakaran, pembungkusan dan penghantaran. "Bab bancuh dan uli adunan, saya buat sendiri, pekerja hanya bantu terap atau bakar biskut. Biskut-biskut tersebut bukan setakat dijual di gerai dekat Bukit Jalil, malah saya juga meletak biskut tersebut di stesen minyak Petronas, Kampung Baru dan Damansara, kedai The Castle, Kampung Baru dan Kedai Koperasi 1Malaysia. "Setakat ini biskut Serina Simply Delicious telah sampai ke Sarawak dan Singapura. Ada juga permintaan dari Brunei tapi saya tidak sanggup, sebab takut bila sampai biskut hancur. Lainlah kalau orang yang beli bawa sendiri," katanya. Memandangkan sambutan yang diberi amat menggalakkan, isteri kepada Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya Sallahuddin Ghafar bercadang untuk membuka kafe di masa depan. "Sudah lama saya bercadang membuka kafe untuk menjual produk sendiri sambil pelanggan datang menikmati hidangan yang saya masak. "Selain itu, saya juga berhasrat untuk membuat piza dan kemudian jual dalam bentuk kepingan. Macam-macam idea datang kesan daripada sambutan perniagaan bulan Ramadan ini. "Harap-harap apa yang saya rancang dipermudahkanNya," mohon ibu kepada Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. Jelas Serina, dia amat teruja untuk mengurus kafe atau membabitkan diri dalam bidang perniagaan makanan kerana hatinya puas apabila orang suka hasil air tangannya. "Semua yang saya lakukan adalah atas usaha sendiri. Memang orang tahu saya anak Chef Wan tapi saya tidak pernah menggunakan nama papa untuk kepentingan peribadi. "Kalau boleh saya nak membentuk rangkaian jenama atau perniagaan seperti papa dengan usaha sendiri. Biarlah saya bermula dari bawah kerana banyak pengalaman yang boleh ditimba. Berniaga di bazar Ramadan adalah contoh terbaik untuk mempromosi produk Serina Simply Delicious," katanya terus terang. Aktif terbit drama Meskipun lakonan adalah kerjayanya, namun menerusi produksi YKS Film Maker Sdn. Bhd, Serina bakal menerbitkan lebih banyak program dan drama. Antara program terbitan produksinya yang sedang disiarkan sekarang di TV AlHijrah adalah Perjalanan Hijrahku. "Sebenarnya ia adalah program bual bicara tapi turut diselitkan juga segmen memasak oleh mualaf. Dalam program itu, suami saya pun turut menjadi tetamu undangan. "Kami juga sedang merancang untuk menerbitkan program masakan, saya akan masak. Bukan nak berlawan Chef Wan, tapi gaya persembahan saya sendiri," ceritanya. Raya tanpa Chef Wan Seperti anak-anak lain, kemeriahan Syawal menjadi lebih berganda jika dirai bersama ibu bapa. Raya kali ini kata Serina, disambut tidak semeriah tahun lepas kerana Syawal ini, papanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak bersama mereka. "Selalunya kami akan balik kampung beraya di Pahang, suasananya cukup meriah. Kali ini kuranglah sikit, lagipun tak boleh nak sedih-sedih sangat sebab papa berada di Tanah Suci Mekah melakukan ibadah umrah dan bukan pergi bercuti. "Kalau ada papa, dialah yang paling kecoh tentang bab memasak ni. Memanglah boleh beraya dengan dia tapi suasana di Kuala Lumpur tidak sama dengan di kampung," katanya terus terang.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails