Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya ikut prosedur - Shah Iskandar

PERNAH isu PR menjadi fokus utama orang dalam industri seni di Malaysia ini seperti Aaron. Shah juga orang Singapura. Ada rancangan untuk mohon PR? Memang ada perancangan untuk dapatkan PR. Tapi perkara itu tidak akan berlaku sekarang. Itu yang pasti. Maknanya, Shah ada hati nak ikut jejak langkah Aaron yang sebelum ini mohon PR? Siapa yang tak nak bukan? Terutama artis macam saya yang melihat itu akan membawa kemudahan. Maksudnya, jika tinggal di sini, lebih baik untuk urusan kerja saya. Alhamdulillah, setakat ini rezeki sentiasa ada untuk saya di sini. Tak bimbangkah jika saat Shah cuba membuat permohonan mendapatkan PR, ketika itu nanti Shah akan dihentam ramai sebagaimana apa yang dilalui oleh Aaron sebelum ini? Bagi saya tak perlu takut atau bimbang. Selagi saya ikut prosedur dan ikut peraturan yang ditetapkan, saya yakin perkara itu tak akan ada masalah. Macam kita masuk rumah orang, kita buat cara mereka. Tak akanlah saya nak buat perkara yang melanggar peraturan yang kemudiannya membawa keburukan untuk saya? Senang saja, asalkan saya tak buat hal, saya tak perlu risau mengenainya. Kita kena fikir keadaan yang terburuk. Misal katalah perkara itu terjadi, sejauhmana Shah bersedia menghadapinya? Macam inilah... jangan samakan saya dengan Aaron atau mana-mana artis Singapura lain yang pernah terlibat dengan isu ini. Perjalanan saya masih jauh. Macam saya katakan, saya ada keinginan nak mohon PR tapi bukan sekarang. Aaron lain, dia punya keluarga. Saya masih bujang. Belum berkahwin. Jadi saya masih boleh berulang alik dari Singapura ke Malaysia tanpa halangan itu. Lainlah kalau saya dah berkahwin. Berapa kerap Shah berulang alik dari tanah air ke Malaysia? Saya mengaku memang kerap balik. Adakala kerana menerima tawaran lakonan dan pengacaraan di sana. Jadi itu sebab saya berulang alik. Hati lebih terbuka untuk bekerja di Malaysia atau di Singapura? Ramai yang tahu, Malaysia umpama satu hab untuk perfileman dan aktiviti seni Melayu. Kalau di luar mereka ada Hollywood, di Malaysia kita ada Melayuwood. Tentulah saya lebih senang bekerja di sini kerana peluangnya lebih besar. Kalau di Singapura, saya kena bersaing dengan lambakan artis yang mahu ke depan sedangkan stesen televisyen Melayu cuma satu sahaja di sana. Peluangnya kecil berbanding di sini. Insya-Allah, selagi saya diperlukan di sini, saya akan terus bergiat di sini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails