Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Majlis Tunang Cef Riz & Shikin Maembong Sederhana

Majlis pertunangan dan risik cef Riz dengan Shikin Maembong yang diadakan pada malam Rabu dilakukan secara sederhana. Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga perempuan iaitu di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka dekat sini dengan dihadiri ahli keluarga terdekat. "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam sebuah majlis secara sederhana sahaja, rombongan saya hanya tiga orang sahaja iaitu ayah, ibu dan nenek saya. Manakala keluarga Shikin agak ramai kerana adik beradik dia semua ada. "Kami bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah pada Disember ini tetapi masih lagi mencari tarikh yang sesuai dan kemungkinan pada awal Disember," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata, pada majlis tersebut pihaknya hanya membawa tiga dulang hantaran iaitu cincin, buah-buahan dan kek. Sementara tiada balasan hantaran daripada pihak perempuan. Dalam pada itu, Riz berkata, sebagai lelaki dia tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan membina sebuah keluarga yang sempurna. "Kalau boleh saya ingin berkahwin cepat kerana kami menjalankan pernigaan bersama dan kemana-mana pun perlu pergi berdua. "Secara jujurnya sebagai lelaki saya memang teringin sangat untuk ada sebuah keluarga yang sempurna dan dapat anak cepat," ujarnya. Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu. Shikin berumur 31 tahun merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada Emma Maembong. Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.

Hattan Lakukan Solat Istikharah Sebelum Pilih Adel

Pengetua Akademi Fantasia 2014 (AF2014) Datuk Hattan memberitahu, beliau telah melakukan solat sunat Istikharah bagi memilih pelajar yang tersingkir dalam rancangan itu untuk diserap semula ke dalam program tersebut. Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin, 50, berkata, dia berbuat demikian kerana bimbang tersalah pilih pelajar yang berpotensi tinggi untuk berentap pada peringkat akhir AF 2014 pada Ahad ini. "Bayangkan daripada tujuh peserta, saya bersama tenaga pengajar lain membuat senarai pendek kepada lima dan kemudian tiga peserta iaitu Muna, Zarif dan Adel. "Apabila dah pening sangat, saya melakukan solat Istikharah sendirian untuk memilih siapa yang layak untuk bertanding semula ke dalam program ini. Saya tak mahu tersalah pilih kerana ia melibatkan masa depan mereka," katanya kepada mStar Online.
Solat Istikharah merupakan ibadah sunat bagi membolehkan seseorang memohon kepada Allah untuk memilih jalan yang lebih baik antara dua pilihan. Pada malam Ahad, peserta yang tersingkir dua minggu lalu iaitu Adel telah dimasukkan semula menerusi 'AF Serap' untuk mengiringi empat peserta lain iaitu Firman, Aman, Ewal dan Nuha ke peringkat akhir program itu. Pemilihan 'AF Serap' yang dibuat oleh barisan tenaga pengajar dan produksi itu pernah diperkenalkan dalam rancangan AF sebelum ini iaitu membawa masuk semula pelajar yang pernah tersingkir yang dikenali sebagai 'AF Masuk'. Sementara itu, Hattan berkata, peserta-peserta yang bakal berentap pada peringkat akhir ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam menarik perhatian penonton untuk mengundi.
"Apa yang saya nampak ialah Aman. Walaupun dia tidak boleh menyanyi, kejujurannya untuk memperbaiki persembahan membuatkan ramai yang menyukainya terutama sekali bagi golongan remaja. Jangan terkejut jika dia meraih gelaran juara pada malam itu kerana peminat dia ramai," ujarnya. Bagaimanapun Hattan berkata, berdasarkan kemampuan vokal dan persembahan, dia menjangkakan Nuha atau Firman mungkin akan memenangi pertandingan tersebut. AF 2014 disiarkan secara langsung setiap Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) yang bersiaran selama 10 minggu.

Afiq Muiz Buka Bisnes Jual Baju

Pelakon Afiq Muiz memberitahu dia mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual baju jenama sendiri iaitu AFM Design bukan disebabkan kekurangan tawaran lakonan. Sebaliknya, Afiq, 21, berkata, dia menceburi bidang itu kerana sedar bahawa kerjaya sebagai pelakon memerlukannya mencari sumber pendapatan lain yang menjamin keselesaan masa depan. "Saya kini mula buat bisnes baju dengan rakaan sendiri iaitu AFM Design dan Insya-Allah dalam rancangan untuk buka sebuah kafe sebagai bisnes keluarga. Sekarang sedang kumpul duit sedikit-sedikit untuk buat modal, kalau tiada aral melintang mungkin tahun depan. "Namun ia bukan sebab saya sudah kurang tawaran berlakon, tawaran sama seperti dulu, cuma saya sedar sebagai pelakon pendapatan tidak tetap dan kita tidak tahu sampai bila kita mampu berlakon," ujarnya kepada mStar Online. Afiq berkata, dia sudah beberapa kali terlibat dengan karnival usahawan selebriti yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur. Sementara itu, bercerita tentang kerjaya lakonannya, jelas Afiq dia masih berada dalam kontrak dengan syarikat penerbitan drama Global Station Sdn Bhd. Bagaimanapun dia diberi kelonggaran untuk menerima tawaran daripada penerbitan luar jika jadual tersebut tidak bertindan dengan drama syarikat terbitan tersebut. "Tentang tawaran berlakon sekarang saya masih lagi bawah Global Station, namun saya boleh mengambil tawaran lain yang tidak bertindan jadual dengan drama mereka. "Sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama A Lot To Remember dan selepas itu saya ada cuti sebulan dan masa cuti sebulan itu saya boleh fikirkan untuk terima tawaran daripada mana-mana stesen televisyen atau produksi lain," ujarnya.

Hubungan AC Mizal Dengan Anak Semakin Pulih

Pengacara Datuk AC Mizal bersyukur apabila hubungannya dengan dua anak hasil perkahwinan pertama iaitu Muhammad Shafiq Iman, 18, dan Muhammad Shabil Iman, 15, semakin pulih. AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, walaupun mereka tidaklah begitu mesra, namun perubahan itu semakin dapat dilihat apabila masing-masing mula bertanya khabar antara satu sama lain. "Saya difahamkan bekas isteri saya sudah berkahwin dan kini menetap di Terengganu bersama anak-anak. "Kerana itu, agak sukar untuk saya berjumpa dengan mereka. Tetapi kami saling bermesej dan bertanyakan khabar. "Walaupun tidaklah seakrab mana, Alhamdulillah hubungan kami anak beranak semakin pulih," katanya kepada mStar Online. AC ditemui pada majlis pelancaran dan pengumumannya dan isteri, Datin Emylia Rosnaida sebagai duta produk pelangsingan badan, L'Rose Perfect Body Shape di Hotel Royale Chulan di sini pada Isnin. Hadir sama pengasas produk L'rose iaitu Datin Rose Ramlan dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.
Tambah AC, lebih membuatkan dia gembira apabila Shafiq dan Shabil turut mesra dengan dua anaknya bersama Emylia iaitu Mohd Reeve Damien, 11, dan Fea Eryssa, 6 (tahun). "Saya faham, mereka anak lelaki, mempunyai ego sendiri. Tetapi melihatkan mereka turut mesra dengan Damien serta Fea membuatkan saya cukup terharu. "Shafiq dan Shabil juga selesa dengan Emylia. Alhamdulillah, saya dapat merasakan hikmahnya selepas pelbagai dugaan yang dilalui sebelum ini," ujarnya. AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainudin pada 24 Jun 1995 dan memiliki dua anak iaitu Shafiq dan Shabil sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001. Kemudian pada 10 Oktober 2002, pengacara itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Emylia. Melalui perkahwinan itu, mereka mempunyai dua anak iaitu Damien dan Fea. Mengenai perlantikan bersama Emylia sebagai duta produk L'rose, AC berkata, mereka akan mengikat kontrak selama tiga tahun di bawah syarikat RMZ Health & Beauty Products Marketing. "Ia merupakan satu produk yang masih baru dilancarkan pada Julai lalu. Saya dan isteri sudah mencuba L'rose sejak dua bulan lalu dan kami berjaya menurunkan sejumlah berat badan. "Paling ketara ialah saya berjaya menurunkan sebanyak 12 kilogram di mana saya kini mempunyai berat yang ideal iaitu sebanyak 83 kilogram," tuturnya. L'rose yang dihasilkan daripasa herba-herba bermutu tinggi boleh dibeli dengan harga RM150 di pejabat RMZ yang terletak di One South Streetmall, Seri Kembangan atau menerusi laman web www.rmz.my Pembelian juga boleh dibuat menerusi talian 012-2669214 atau 03-89499669.

Nana Mahazan Tiada Niat Tunjuk Kebahagiaan Di Instagram

Pengacara Nana Mahazan tidak berniat mahu menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang dimiliki bersama suami dan anak-anaknya menerusi foto-foto keluarga yang dimuat naik di Instagram. Nana atau nama sebenarnya Nur Hana Che Mahazan, 31, berkata, apa yang dipaparkan di Instagram adalah sebahagian rutin hariannya yang ingin dikongsi kepada peminat. "Ishhh, buat apalah saya nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan saya kepada orang lain. Lagipun gambar yang dimuat naik hanyalah gambar keluarga. Bukannya apa pun. "Tetapi, diakui ada juga yang memberi komen kononnya saya mahu menunjuk-nunjuk. Takkanlah gambar keluarga sendiri saya tak boleh letak di Instagram? Lagipun saya sekadar mahu berkongsi apa aktiviti saya setiap hari," katanya kepada mStar Online.
Nana diminta mengulas mengenai sikap segelintir pengikut di laman Instagram yang sering mengkritik setiap gambar yang dimuat naiknya termasuklah tuduhan dia mahu menunjuk-nunjuk kebahagiaan keluarganya. Tambah Nana, walaupun sering menerima komen-komen berbaur negatif, dia tidak perlu takut sekiranya ada pihak yang berasa dengki terhadapnya. Sementara itu, Nana turut mengakui pernah memarahi beberapa pengikutnya apabila gambar anak-anaknya yang dimuatnaik dalam laman sosial sering mendapat komen buruk. "Bagi saya, kebanyakan masyarakat begitu kejam di media sosial. Mereka akan mengkritik sesuka hati tanpa berfikir panjang. "Dan setiap gambar yang dimuat naik, ada saja komen-komen yang berbaur negatif. "Kalau mereka mengutuk saya dan suami, masih lagi boleh pejam mata, tetapi kalau nak berkata buruk tentang anak-anak, memang saya rasa geram dan akan membalas semula komen mereka," katanya. Nana mempunyai dua orang anak iaitu Althea, 4, dan Aaqib Raqeem Brian, 10 bulan, hasil perkahwinannya dengan Mohd Raqeem Brian Abdullah. Mereka mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009.

Restu Ibu Punca Pekin Bertahan Jadi Artis

Pelakon Pekin Ibrahim memberitahu restu dan doa ibunya merupakan punca utama dia terus bertahan dan berada pada tahap selesa dalam industri seni tanah air. Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 33, berkata, dia pernah berputus asa sehingga mengambil keputusan untuk balik kampung bagi mencari pekerjaan lain yang lebih menjamin masa depan. "Saya pernah rasa putus asa dan pulang ke kampung di Kelantan untuk bina hidup baru dan cari pekerjaan yang ada di kampung. "Ketika di kampung, ibu memanggil saya dan bertanya tentang masalah yang saya hadapi. Saya ingat lagi, dia genggam tangan saya dengan kuat dan memberitahu yang dia merestui perkerjaan lakonan saya. "Dia juga minta saya pulang ke Kuala Lumpur dan bekerja bersungguh-sungguh," ujarnya kepada mStar Online. Tambahnya, selepas peristiwa itu rezeki semakin murah dan tawaran berlakon tidak pernah putus. Pekin berkata, disebabkan itu juga, dia sentiasa memberitahu ibunya terlebih dahulu tentang tawaran dan filem yang diterima. "Alhamdulillah, saya percaya doa ibu itu yang membuatkan saya sentiasa dilindungi dan rezeki sentiasa ada. "Setiap kali saya dapat tawaran dia orang pertama yang saya beritahu dan ibu juga peminat serta pengkritik tegar saya," ujarnya. Dalam pada itu, Pekin juga memberitahu pernah hidup merempat dan cuba mendekati beberapa orang yang dikaguminya dalam industri bagi mencari peluang untuk berlakon. Dia juga tidak pernah menggunakan jalan mudah untuk berada dalam industri ini. "Saya bermula semuanya daripada bawah dan belajar sedikit demi sedikit. Saya cuba mendekati dan belajar dengan beberapa orang yang saya kagumi seperti pengarah Mamat Khalid dan Khir Rahman. "Mereka banyak membantu kerjaya saya dan tidak sangka kami menjadi kawan baik hingga hari ini. Dulu saya selalu buat muka tidak malu untuk berjumpa mereka," ujarnya. Dalam pada itu, Pekin berkata, perjuangannya dalam industri bukan untuk menjadi seorang pelakon sahaja, malah dia bercita-cita untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang dapat membantu pelapis dalam industri seni tanah air.

Nurul Wahab Kecil Hati Kandungannya Ditegur

Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi terganggu sejak hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Eric Daniel Depp, 49. Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata, dia mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal kandungannya yang semakin membesar. "Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yang rapat di sekeliling saya. "Mereka menegur tentang perkara-perkara yang sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung apabila ditegur berkaitan perut yang kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika bayi terlalu besar. "Kata-kata itu sangat menguris hati bukan sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yang lain. Kalau boleh janganlah cakap perkara begitu kepada orang yang sedang mengandung," ujarnya kepada mStar Online. Nurul kecewa apabila segelintir rakan-rakannya tidak memahami perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu gurauan. Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Nurul berkata, dia sentiasa memerlukan seorang rakan yang mendengar luahan perasaannya bagi menghilangkan tekanan. Dia juga tidak boleh tinggal bersendirian di rumah berikutan sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja. "Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yang emosi," ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu, Nurul berkata, setakat ini dia masih aktif dengan aktiviti seni termasuk mengambil tawaran-tawaran untuk persembahan nyanyian. Malah, dia juga bakal menganjurkan program jualan yang diberi nama An Intimate Bazaar of Health & Fashion bersama beberapa rakan artis pada 9 November depan di Regency Tower Apartment, dekat sini. "Saya mungkin akan berehat pada bulan Disember nanti, sekarang sibuk lagi dengan aktiviti seni dan persembahan nyanyian. "Pada 9 November depan juga saya akan anjurkan sebuah program jualan bersama beberapa artis seperti Dynaz Mokhtar, Daphne Iking dan Ning Baizura," katanya. Nurul dan Eric yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Zachary Depp, berusia setahun. Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan dengan suami pertama, komposer, Ajai.

Ada Hikmah Disebalik Keguguran Ellie Suriaty

Pengarah filem Penanggal, Ellie Suriaty menganggap rezeki kerana kemenangannya meraih anugerah Pengarah Harapan pada Malam Perasmian, Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) merupakan hikmah disebalik keguguran yang dialami ketika penggambaran filem tersebut. Ellie berkata, dia tidak pernah menyesali kejadian yang berlaku penghujung tahun 2011 itu kerana menganggap ia hanya sebagai ujian yang diberikan oleh Allah. "Saya tidak terlalu bersedih atas kejadian tersebut kerana filem Penanggal ini saya buat tentang filem seram dengan berunsur ketuhanan jadi saya anggap ia sebagai ujian daripada Allah. "Saya tahu Allah ambil anak saya dan letakkannya di syurga dan sekarang ini hikmah yang Allah gantikan kepada saya," ujarnya ketika ditemui selepas acara itu di Hotel Empire Subang, di sini, malam Rabu. Ellie memenangi anugerah tersebut dengan menewaskan empat calon lain iaitu Nam Ron (Psiko Pencuri Hati), Syed Hussein (Langgar), Nik Amir Mustapha (KIL) dan Esma Daniel (Zaiton Ceritaku).
Dalam pada itu, Ellie berkata, kejayaan tersebut memberi semangat kepadanya untuk mengarah lebih banyak lagi filem jika diberi kepercayaan pihak penerbit. Dia juga dalam perancangan untuk menghasilkan sekali lagi filem genre seram seperti Penanggal. "Sudah tentu semangat saya membuak-buak untuk berkarya dengan lebih baik lagi, saya harap orang tidka muak untuk tonton filem seram saya sekali lagi. "Walaupun cerita hantu tetapi ada mesej berat yang saya ingin sampaikan dan bukannya hanya hantu semata-mata," ujarnya. Sementara itu, Ellie turut mengakui penglibatan Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam filem itu memberi aura dan kelebihan terhadap karya berkenaan. Katanya, Allahyarham merupakan seorang yang mudah memberikan kerjasama dalam pembikinan filem tersebut. "Saya beritahu penerbit untuk ambil Allahyarham kerana saya mahu pinjam kekuatan aura gelaran Sharifah yang ada pada dia. "Selepas itu saya sendiri berjumpa dengan dia dan memberitahu tentang tawaran itu. Alhamdulillah, dia terima dan memberi kerjasama yang sangat baik," katanya. Selain memenangi Pengarah Harapan, filem tersebut turut membolot anugerah Penataan Seni Terbaik melalui Nazrul Asraff.

Pian (Cecupak) Alami Gangguan Mental Kerana Gelaran Datuk

Pelawak Pian (Cecupak) disahkan mengalami gangguan mental selepas menerima gelaran Datuk daripada kumpulan puak Naning negeri itu pada pertengahan tahun ini. Pian atau Rafik Raman, 45, berkata, gelaran itu benar-benar menyumbang kepada tekanan jiwanya sehingga masalah berkenaan tidak dapat dikawal. “Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online. Pada Mei lalu, Pian bersama dua teman artis iaitu Boy Iman dan penyanyi Nash (Lefthanded) telah menerima Darjah Jaksa Naning Melaka yang membawa Datuk. Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei 2014. Gelaran berkenaan tidak diiktiraf oleh mana-mana kerajaan negeri dan juga persekutuan. Bagaimanapun Pian dalam kenayatannya sebelum ini memberitahu dia perlu menerima pengurniaan darjah itu sebagai menghormati pihak terbabit.
Dalam pada itu Pian berkata, tuduhan dan kata-kata hinaan membuatkan dia menjadi murung dan selepas dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ogos lalu, doktor mengesahkan dia menghidap masalah mental. Kata Pian, disebabkan penyakit itu dia perlu mendapatkan rawatan selama lapan bulan selain dikehendaki menjalani rawatan kaunseling. “Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan," ujarnya. Nafi Mengamuk Tidak Dipanggil Datuk Sementara itu dalam perkembangan lain Pian menafikan dia mengamuk terhadap seorang jurufoto yang tidak memanggilnya Datuk dalam satu majlis di sebuah hotel di Ipoh minggu lalu. Katanya, insiden itu berlaku disebabkan sikap kurang ajar jurufoto terbabit yang telah memarahinya kerana tidak berpuas hati terhadap perjalanan majlis yang dikendalikannya sebagai pengacara. "Ya, memang ada perselisihan faham antara saya dengan seorang jurugambar sebuah organisasi namun ia bukan kerana disebabkan saya marah kerana saya tidak dipanggil Datuk. "Ia adalah kerana tindakan jurugambar itu yang memarahi saya dahulu setelah dia tidak berpuas hati dengan pengurusan majlis. Walhal saya hanya mengacarakan majlis itu sahaja. Saya tiada kaitan dengan keseluruhan majlis itu. "Itu fitnah kalau dia kata saya marah sebab tidak dipanggil Datuk. Saya langsung tidak kisah orang nak panggil saya apa pun. "Yang penting ialah sikap hormat terutamanya oleh orang muda kepada orang yang lebih berumur daripada kita. Saya ni sudah umur 45 tahun dan dia orang muda, tidak bolehkah bercakap secara baik," soalnya. Bagaimanapun, Pian berkata dia sudah menyelesaikan perkara tersebut dengan menghubungi ketua organisasi syarikat jurufoto berkenaan bertugas bagi menceritakan hal sebenar.

Pengikut Instagram Terima Komen Kesat Tauke (Jambu)

Pelawak Tauke (Jambu) menganggap tindakannya membalas komen pengikut Instagram miliknya dengan kata-kata kesat adalah sebagai memberi pengajaran kepada individu berkenaan. Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan sikap pengikut tersebut keterlaluan apabila memberi komen yang disifatkan menjatuhkan maruahnya. "Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu. "Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yang lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.
Tauke berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya membalas komen seorang individu yang menuduh dia sebagai 'kaki perempuan' gara-gara memuat naik gambar bersama seorang wanita tidak dikenali. Perkara tersebut membuatkan pelawak itu berang dan membalas dengan perkataan yang agak kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengikutnya yang lain. Dalam pada itu, Tauke berkata, dia berani menulis kata-kata kesat berikutan individu yang menulis status itu tidak mendedahkan identiti sebenar dirinya dan akaun itu diwujudkan juga adalah bertujuan memburuk-burukan seorang artis. "Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu. "Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yang sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain," ujarnya. Sementara itu, Tauke menjelaskan bahawa wanita dalam gambar tersebut merupakan salah seorang kru yang terlibat menjayakan program Super Spontan minggu lalu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails