Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hadiah istimewa sempena hari jadi Shaheizy Sam




Beri ucapan kemerdekaan untuk Malaysia, Rossa dikecam


PENYANYI popular Indonesia, Datuk Rossa turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari kemerdekaan buat Malaysia yang diraikan pada 31 Ogos lalu.

Ashraf Muslim timang anak keempat


Siti Nordiana pernah berniaga pasar malam...


PENYANYI Siti Nordiana melalui kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya sebelum mendapat peluang kedua sebagai penyanyi.

Maya Karin gugat kedudukan Umie Aida?5


KUALA LUMPUR 28 Ogos - Ketika filem Dukun ditayangkan di pawagam beberapa bulan lalu, nama pelakon utama filem itu, Datin Seri Umie Aida menjadi bahan perbualan sebilangan besar wartawan hiburan dan pengkritik filem Melayu.

Syafiq belum fikir kahwin


SEBAGAI lelaki dia tidak menolak untuk mempunyai keluarga suatu hari nanti. Namun bercakap soal perkahwinan, Syafiq Kyle bagaimanapun tidak melihat kenapa perlu dia tergesa-gesa. 

Ummi Nazeera selamat lahirkan bayi perempuan

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Selepas lebih seminggu melahirkan seorang bayi perempuan, aktres Bisik Pada Langit, Ummi Nazeera, 28, buat pertama kali hari ini memaparkan wajah anaknya yang dinamakan Ayra Aneesah.

Isu ranjang Zarina beri amaran

GARA-GARA sekeping gambar yang dimuat naik oleh Fathia Latiff di laman sosial miliknya membuatkan nama pelakon Zarina Anjoulie panas. Gambar yang memaparkan dia tidak bertudung membuatkan ramai pihak beranggapan yang dia sudah kembali ‘membuang’ hijab.

Jangan tanya asal-usul anak angkat, mereka tak berdosa -Abby Abadi

PELAKON Abby Abadi meminta mana-mana pasangan yang berhasrat untuk mengambil anak angkat tidak membangkitkan status asal-usul mereka sebelum dilahirkan. Abby berkata, soal itu tidak penting kerana bayi yang dilahirkan tidak berdosa dan menjadi tanggungjawab penjaganya untuk mencorakkan kehidupan mereka. "Untuk anak-anak yang dicarikan ibu-bapa penjaga ini, tak perlulah ditanya status mereka. Seribu satu macam masalah dalam dunia ini... tak terulis di sini. "Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ini beragama dan kenal Allah atau sebaliknya... Wallahuallam," tulisnya. Abby mendedahkan dia mengambil seorang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh pada Jun lalu.
Sebulan kemudian Abby sekali lagi diberikan rezeki anak apabila dia mengambil seorang bayi perempuan yang diberi nama Maisara Dayana Fathia. Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim. Dalam pada itu, Abby menyeru kepada wanita yang sedang hamil tetapi tidak berkemampuan menjaga bayi mereka agar mencari Abby daripada mengambil jalan melakukan perkara tidab baik kepada bayi masing-masing bagi mengelak masalah. Kata Abby, dia sentiasa terbuka untuk membantu kerana percaya setiap permasalahan itu pasti ada penyelesaian daripada mengambil jalan singkat. Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung, akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga bayi itu, cari saya. "Di mana sahaja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebaygainya ya adik, kakak ya. "Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi Allah ini," katanya.

“Masa nak tajaan baju bukan main lagi” - Ezuwan Ismail ‘bahasakan’ artis mana?

PETALING JAYA: Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail meluahkan rasa terkilan berhubung sikap segelintir artis yang memandang ringan terhadap jemputan yang dilayangkan kepada mereka untuk menghadiri pertunjukan fesyennya. Ezuwan menerusi Instagram memberitahu ada di antara mereka memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada hadir malah tidak membalas mesej yang dihantar. Katanya lagi, dia tidak meminta lebih daripada segelintir golongan ini sebaliknya sekadar sokongan sebagai rakan seindustri. "Ni bukan semua artis ya... Sesetengah artis Malaysia sahaja. "Kalau masa nak pinjam baju atau nak baju tajaan bukan main lagi tapi masa pereka fesyen nak sokongan dan suruh datang pertunjukan fesyen macam-macam alasan.
"Whatsapp pun tak balas... Hello Uols, ingat Iols kederat sangat nak ajak uols datang?," tulisnya. Ezuwan bakal melancarkan koleksi terbaharunya menerusi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) pada Sabtu (hari ini) yang diadakan di pusat beli-belah Pavilion dekat sini. Dalam pada itu, Ezuwan berkata, dia berharap golongan ini tidak mudah berkecil hati atau terasa sekiranya pada masa hadapan permintaan mereka untuk meminjam atau tajaan tidak dilayan oleh pereka fesyen. "Ajak klien aku yang VVIP yang bagi duit lagi bagus. Jadi jangan nak sentap kalau pereka fesyen taknak bagi baju ya. "Jangan cakap pereka fesyen sombong la, kekwat la... Ada beberapa sebab kenapa mereka jadi macam tu. Mohon terasa," katanya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails