Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Anang, Ashanty Edar 2000 Kad Jemputan Kahwin Dalam 4 Versi

JAKARTA: Penyanyi dan komposer Anang yang akan melangsungkan pernikahan dengan penyanyi Ashanty pada 12 Mei ini bakal mengundang 2000 jemputan dalam empat versi kad jemputan. “Kami mengundang 2000 jemputan. Kerana tidak mahu bosan dan sedikit kelainan, kami membuat empat jenis kad jemputan yang berlainan versi,” ungkap Ashanty ketika ditemui portal detikHOT selepas mengukur baju pengantin di Butik Ferry Sunarto di Jalan Ciniru, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, baru-baru ini. Difahamkan, majlis akad nikah akan berlangsung di Mesjid Albina, Senayan, manakala resepsi pada 20 Mei pula bertempat di Hotel Shangrila, di sini. Pada majlis akad nikah itu nanti, kedua mempelai akan mengenakan kebaya moden yang menonjolkan elemen budaya Indonesia. “Warnanya (baju) hijau kerana Anang suka warna hijau, malah konsep resepsi juga berwarna hijau,” kata Ashanty lagi.

Anak Angkat Beri Kepuasan Luar Biasa Kepada Stacy

PETALING JAYA: Penyanyi remaja Stracie Angie Anam (Stacy) berkata pengalaman bergelar ibu kepada anak angkat Bella Valentina selama hampir tiga bulan memberikan kepuasan yang luar biasa kepadanya. Penyanyi yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Ogos depan itu berkata, kehadiran anak kecil itu membuatkan dia berasa berat hati untuk meninggalkannya dan keluar bekerja. “Pada waktu ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja terutamanya program Mania sehingga membataskan waktu untuk bersama Bella. Mujurlah ibu banyak membantu menguruskan Bella sewaktu ketiadaan saya. “Setiap kali keluar bekerja, pasti saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan waktu dengannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, petang Rabu. Stacy mengambil bayi yang dilahirkan pada 15 Februari lalu itu daripada salah seorang ahli keluarganya yang kurang berkemampuan. Melanjutkan perbualan, penyanyi lagu Kasanova itu berkata, perkara terhebat yang dialaminya apabila bayi itu mengenali dan memberikan reaksi tertentu kepadanya setiap kali dia pulang dari kerja.
“Saya cukup hairan bagaimana Bella sudah boleh mengenali saya setiap kali saya menatapnya. Dia akan memberikan reaksi tertentu apabila bersama saya berbanding dengan reaksinya kepada ibu atau keluarga yang lain. “Malah, Bella seolah mengetahui saya kepenatan bekerja sepanjang hari dan tidak banyak ragam pada sebelah malam ketika kami tidur bersama,” akuinya yang tidak kekok menguruskan bayi itu kerana sudah terbiasa dikelilingi anak-anak saudara sejak dulu. Beralih kepada topik kerjaya, Stacy mengakui pembabitan dalam program Mania selama lapan minggu banyak membantu publisiti diri dan perkembangan kariernya. “Saya sangat penat dengan komitmen Mania tetapi saya berasa seronok dan dapat menimba banyak peluang baru dalam kerjaya. “Walaupun penat saya amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan. Jadi saya tidak mahu banyak mengeluh,” ujarnya yang bakal tampil dengan lagu terbaru berjudul Pelangi Senja tidak lama lagi.

Ekin Terharu Mawi Banyak Bantu Uruskan Anak

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi Asmawi Ani atau Mawi iaitu Nora'Asikin Rahmat (Ekin) memberitahu dirinya cukup bertuah apabila suaminya itu banyak membantu menguruskan anak perempuan mereka iaitu Cahaya Malaika tanpa perlu disuruh. Ekin berkata, suaminya itu banyak berjaga pada waktu malam jika anaknya itu terbangun dari tidurnya dan menemani Cahaya yang baru berusia dua bulan sehingga dia tidur. "Tiada apa yang boleh saya minta dari suami kerana sokongan dan bantuannya dalam menjaga anak adalah diluar jangkaan saya. "Ia juga telah mengeratkan hubungan kami suami isteri dan kami sama-sama belajar bagaimana ingin membesarkan anak," katanya kepada mStar Online ketika ditemui semasa menghadiri majlis persandingan pelakon dan penyanyi Watie dan Azza (Elite) di sini pada Selas. Bercerita lanjut mengenai perkembangan dirinya sebagai seorang ibu, Ekin berkata walaupun pada mulanya agak kekok tetapi dia sudah mula membiasakan diri untuk menguruskan anaknya itu. Tambah Ekin, ibu dan neneknya juga banyak membantu dalam menguruskan Cahaya selain memberi tips berguna sebagai panduan buat ibu baru sepertinya. "Masa mula-mula dulu nak mandikan dia pun rasa tak yakin kerana takut terjadi apa-apa tetapi mak dan nenek banyak membantu menguruskan Cahaya," katanya. Ekin selamat melahirkan Cahaya pada 28 Februari lalu di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini.
Dalam pada itu, Ekin berkata, dia sangat seronok telah bergelar ibu dan segala penat lelah semasa mengandungkan anak perempuannya itu terbayar apabila dapat melihat gelagat Cahaya selepas pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini. "Perasaan seronok bergelar ibu tu sukar untuk digambarkan tetapi apa yang pasti saya tidak mahu berenggang dengan Cahaya dan sentiasa mahu bersamanya," katanya. Sementara itu, Ekin memberitahu dia tidak menggunakan susu formula untuk menyusukan Cahaya sebaliknya mengamalkan pemberian susu badan sepenuhnya. Ekin memberitahu, dia bukan tidak percaya kepada susu formula tetapi yakin khasiat yang terkandung dalam susu ibu tersebut sudah memadai untuk anaknya itu. "Sekarang ni tak boleh sesuka hati keluar rumah kerana anak menyusu badan malah saya sendiri pun sentiasa berat hati untuk meninggalkannya di rumah bersama ibu dan nenek. "Jika terpaksa keluar saya akan pastikan bekalan susu badan mencukupi dan cuba balik ke rumah secepat yang mungkin," ujarnya.

Seniman: Harun Salim Bachik Bakal Undur Diri

Saya bimbang tak adil - Ady Putra

MASUK tahun ini, sudah enam tahun usia perkahwinan Ady dan isteri, Aida. Namun, masih belum ada tanda-tanda akan dikurniakan anak. Boleh komen sikit? Saya lebih suka memandang perkara ini sebagai satu dugaan. Belum rezeki saya dan isteri lagi. Bukannya saya tak cuba. Kalau keguguran kali terakhir itu tidak berlaku, Ady kini mungkin sudah bergelar bapa kepada kembar tiga. Apa perasaan Ady bila setiap kali mengenangkan peristiwa tersebut? Saya selalu membayangkan kalaulah saya berada di tempat dia (isteri). Saya sebagai lelaki pun sukar untuk menerimanya, apatah lagi dia sebagai wanita dan ibu ketika itu. Saya juga merasa sakit setiap kali melihat dia. Hati wanita ni lain. Jiwa mereka lembut. Apalagi kalau kita sebut pasal anak. Sudah tentulah dia tak dapat sorok rasa sedih. Namun, di sebalik apa yang berlaku, saya tahu isteri saya adalah seorang yang kuat dan tabah. Orang kata kalau kita mahukan sesuatu, kita akan usahakan sehingga dapat bukan? Bagi Ady bagaimana? Soal anak, saya lebih suka menyerahkannya pada takdir. Sekurang-kurangnya, itulah yang akan kita fikirkan oleh akal waras kita. Apabila kita bercakap soal anak, soal zuriat, ia tidak semudah macam kita nak buat sebuah kereta. Kalau Tuhan belum mengurniakannya kepada kita, maka tunggu sahajalah. Hanya Dia sahaja yang tahu. Ada cuba cara lain? Tentu ada. saya dan isteri ada jumpa beberapa doktor pakar. Dan sekarang pun, kami sedang cuba mengamalkan ubat-ubatan dari Timur Tengah. Ini sebagai sebahagian daripada usaha kami. Dari segi perubatan tradisonal pun ada terutama mengurut dengan bidan. Biasanya, orang kata, bidan memiliki pengalaman dalam bab-bab ini. Tidak pernah terfikir untuk mengambil anak angkat. Iyalah sebagai penyeri dalam keluarga yang selama ini cuma berdua. Ramai yang syorkan hal ini pada saya. Jujurnya, saya khuatir, jika saya ambil anak angkat, mampukah saya jadi bapa yang baik pada anak yang kita tahu tidak ada pertalian darah itu? Mungkin hari ini saya kata boleh. Esok lusa kita tidak tahu. Memang anak ialah harta. Tapi itu amanah dan tanggungjawab. Saya bimbang tak boleh berlaku adil pada dia jika kemudiannya dikurniakan anak sendiri. Karma itu wujud. Kalau saya berlaku tak adil, Tuhan melihat. Pernah berlaku perselisihan faham dengan isteri bila bercakap soal anak? Alhamdulillah, setakat ini tak pernah. Bagi saya, anak tidak boleh dijadikan pihak ketiga dalam perselisihan faham antara suami isteri. Yang penting, bagaimana suami nak mengendalikan rumahtangga. Jauh di sudut hati, adakah Ady masih menaruh harapan untuk menimang cahayamata? Atau mungkin sudah berputus asa? Saya tak akan putus asa malah sentiasa berdoa agar hasrat untuk menimang cahaya mata sendiri dimakbulkan-Nya. Saya juga tidak pernah menyalahkan isteri dalam hal ini. Saya terima dia seadanya. Pernah terasa dengan soalan-soalan begini apabila ditanya orang? Tidak pernah. Asalkan tidak keterlaluan, saya tak akan ambil hati sebab saya tahu ini semua hanya Dia yang tahu. Saya akan terus menunggu untuk dikurniakan zuriat sendiri.

Bob Kuman Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini. Kematian pelawak berusia 41 tahun itu disahkan sendiri oleh isterinya yang berada di sini ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Presiden Seniman, Harun Salim Bachik ketika dihubungi mStar Online mengesahkan berita tersebut.

Naik pelamin sama-sama - Watie

JARANG dibuat artis kita naik pelamin serentak. Tapi usaha yang dilakukan dua pengantin baru ini memang wajar dipuji sebab jarang dibuat orang. Itu tandanya mereka memang bersahabat baik walaupun sudah tidak bersama dalam sebuah grup lagi. Syed dapat berita yang mengatakan Watie Sadali dan Azza Zawari bersanding berdua pada 1 Mei ini. Dua anggota Elite yang sensasi dan masih laris di pentas walaupun banyak persaingan. Orang kata kalau kerja ikhlas tetap akan murah rezeki. Tak gitu? Majlis yang akan mereka buat ini pun khabarnya atas usaha bersama dengan kakak angkat mereka, Datuk R yang akan diadakan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kiranya akan jadi sejarah sebab tak pernah majlis persandingan dua aartis dibuat serentak. Yang jadi tumpuan tentunya Watie dan Joey sebab dah hampir setahun nikah, tapi baru nak buat acara bersanding. Bila ditanya pada Watie dia cakap inilah masanya yang sesuai untuk dia dan Joey berkongsi detik manis bersama keluarga, sahabat dan peminatnya. "Orang pun dah tahu perkahwinan kami bukan lagi rahsia. Jadi, sementara ada kakak angkat kami yang memang berhajat untuk menyaksikan majlis persandingan Watie dan Azza secara serentak, saya dan Joey ikutkan saja. "Saya sangat seronok sebab dapat sama-sama naik pelamin dan bersanding dalam waktu dan lokasi yang sama dengan kawan baik saya, Azza," kata Watie yang bernikah secara rahsia dengan penyanyi Exist, Joey pada pertengahan 2011. Selepas bersanding, Syed dengar cerita Watie sudah merancang untuk terus mengandung. Amboi sudah tak sabar nampaknya. Baguslah tu Watie, kita pun bukannya semakin muda. Umur dah lanjut, masih tak nak beranak sebab nak jaga badan memang rugilah bila sudah tua nanti. Betul tak?

Jangan ganggu saya - Adda

PENYANYI Adda berulang kali menyatakan pendirian bahawa dia tak mahu mengulas cerita rumah tangganya yang baru dibina dengan lelaki pilihannya, Ridzuan Mohamad pada 30 Mac lalu. Adda sedar bahawa dia bukan penyanyi popular dan atas alasan itu, dia mengelak untuk bercerita tentang rumah tangganya kepada umum. "Saya tak nak keruhkan keadaan, tak nak cerita pasal perkahwinan saya lagi. Saya tak nak silap cakap atau boleh buat wartawan salah sangka dan silap tulis cerita rumah tangga saya," pinta Adda pada perbualan petang Rabu lalu. Meminta Adda mengulas tentang kesahihan status suaminya sebelum mengahwininya, Adda mengakui dia sedar tentang status Ridzuan sepanjang tempoh bercinta kira-kira setahun lalu. "Saya tahu dia suami orang, masa bercinta dan berkahwin sekali pun, suami masih pegang status itu. Sebab itu saya mengelak kalau tanya soalan tentang itu bila kami sah sebagai suami isteri sebab saya tak nak panjang-panjangkan cerita. "Saya juga tak ada niat nak buat orang lain bersedih atas perkahwinan saya. Betul, saya tak sangka perkara ini boleh jadi besar dan buat hati saya semakin terluka. "Jadi, saya buat keputusan lebih baik lepas ini, saya berhenti buat kenyataan. Saya berharap tidak ada pihak lain mengganggu rumah tangga saya lagi. Biarlah saya uruskan sehingga betul-betul selesai," pinta Adda lagi. Ditanya apa permasalahan yang belum selesai itu, Adda berdiam diri sebelum mengakhiri perbualan: "Adalah... saya tak nak cakap lagi."

Bukan perang siapa popular - Lutfyah

TIDAK akan sesekali takut jika keadilan yang mahu dicari. Prinsip itu cukup kuat dipegang oleh wanita bernama Lutfyah Sheikh Omar, 27, ini yang lebih selesa dipanggil Lufya. Segala-galanya bermula dengan tindakan Lufya yang kerap memberi kenyataan berhubung isu wajahnya yang dikatakan serupa dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie Lavocah. Entah dari mana datangnya dakwaan sebegitu. Entah siapa yang memulakannya dahulu. Lalu menyebabkan wanita ini terjebak ke dalam kontroversi meleret yang mungkin bagi sesetengah pihak cuma satu isu remeh. Bagi penyanyi yang lahirnya dari program realiti Akademi Fantasia musim 6 (AF6) ini, jika sudah sampai ke tahap menerima gangguan seksual, ia bukan lagi satu perkara ringan yang boleh dilupakan begitu sahaja. Dituduh berperangai ala perempuan murahan, dikecam hebat dan pernah berhadapan dengan kejadian biadap dek sang lelaki durjana, Lufya tidak dapat menerima hakikat bahawa itu semua berpunca daripada kekeliruan umum antara dia dan pelakon Anak Pontianak itu. Kerana itu, dia berani tampil bersuara apabila disoal dan ditanya. Semuanya semata-mata untuk menegakkan keadilan dan memberi penjelasan kepada mata umum. “Berhentilah memanggil saya Zarina Anjoulie. Saya bukan dia!" pinta Lufya yang kini berhadapan dengan kemelut `perang’ yang dilancarkan oleh Zarina baru-baru ini. Lufya sebenarnya benar-benar tidak menyangka bahawa Zarina serius memandang penjelasannya selama ini sebagai satu ancaman. Walhal, tujuan utama Lufya cuma untuk menjernihkan pandangan kabur orang ramai yang menyangkakan dia ialah Zarina, wanita yang pernah tampil dengan aksi berani mati sebelum ini. “Dia mahu lancar perang? Kelakar juga ya. Bukan apa, saya tak sangka dia ambil benda ni dari sudut negatif. “Dia mendakwa, saya mahu cari publisiti murah dengan menggunakan nama dia. Mahu lihat siapa lebih popular? Terus-terang, ini bukan soal cari publisiti atau perang siapa lebih popular. Ini soal maruah. “Bayangkan, kalau sampai orang meraba kita di khalayak ramai tanpa kerelaan saya? Wajarkah saya berdiam? Orang ingat sayalah si seksi tu. Tolonglah! “Mungkin pada dia, itu semua tak ada apa-apa. Benda tak jadi pada dia bolehlah dia cakap macam tu. Dia ingat saya cerita sebab saya suka dengan apa yang saya alami itukah? Dia silap. “Mungkin juga dia tak faham apa sebenarnya yang saya cuba jelaskan. Atau mungkin juga dia faham tapi buat-buat tak faham, " katanya. Menurut Lufya, sedikit pun di hatinya tidak pernah timbul soal mencari publisiti begini kerana baginya, biarlah naiknya lambat, asalkan bukan dengan kontroversi. Baginya kejayaan akan datang jika nama baik keluarga terjaga. Oleh itu, dia seboleh-bolehnya mahu menjaga nama dan maruah keluarga agar tidak terhiris dengan perkara-perkara tak sepatutnya. Namun, sebagai manusia kerdil, dia tidak dapat menolak dugaan hebat ini yang telah menyebabkan keluarganya juga turut menerima tempias. “Pernah ibu saya ditanya orang, `eh anak kamu bergambar bogel ya? ‘. Bayangkan apa perasaan ibu saya ketika itu? Walhal saya tak pernah buat perangai tak elok, apalagi berbogel atau memakai pakaian seksi. “Saya ni anak sulung, saya juga perlu menjaga nama adik-beradik saya yang lain yang rata-rata mereka juga berkerjaya. “Namun mujurlah ibu dan ayah tahu saya bagaimana orangnya. Mereka benar-benar tabah saat menerima dugaan ini dan sentiasa meletakkan kepercayaan mereka pada saya," katanya. Merasakan dirinya sebenarnya mangsa keadaan, jauh di sudut hati, Lufya benar-benar berharap agar isu ini dihentikan. Pun begitu, dalam kekusutan, dia juga mengaku bahawa isu yang timbul sebenarnya membawa hikmah yang tersendiri. Baik untuk Lufya mahupun Zarina sendiri. “Saya harap dia lihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif. Bukan saya yang sengaja menimbulkan kontroversi menggunakan isu wajah serupa. Sikit pun tiada unsur rekaan cerita. Apa yang saya alami adalah benar. “Langsung tidak ada niat untuk mengaibkan dia. Tapi saya perlu berdiri untuk menjelaskan keadaan apabila sering menjadi mangsa bahan kutukan orang. “Namun, jika perang yang dia mahukan, itu terpulang pada dia. Saya tak akan goyah dengan pendirian untuk menegakkan kebenaran," katanya. Rumah mewah Lufya Ada rumah mewah dan dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Itu juga menjadi satu persoalan bagi mereka yang tahu mengenai satu lagi kisah yang mungkin sedaya-upaya cuba disorok oleh Lufya. Lalu, timbullah pula satu lagi cerita bila mana Lufya didakwa telah ditaja oleh individu tertentu sehingga boleh meraih kemewahan begitu. Kebetulan pula, dari segi karier, Lufya tidaklah terlalu menyerlah sebagaimana artis kelas A yang tidak perlu lagi dipertikaikan sumber kewangannya. Jadi benarlah dia ditaja orang? Datuk kah? Tan Sri kah? Hanya Lufya sahaja yang mempunyai jawapan. “Tentang rumah itu, saya tidak akan mengiyakan atau menidakkan. Cuma apa yang saya boleh katakan ialah Alhamdulillah, segala usaha saya selama ini mendatangkan hasil. “Tak baik menuduh saya ditaja. Kalau saya memperolehi rumah itu pun, ia adalah daripada hasil titik peluh saya sendiri. “Jangan ingat saya tak sering keluar di surat khabar, majalah dan sebagainya, saya ni tak ada kerja. “Alhamdulillah kerjaya saya berjalan lancar. Rezeki sentiasa mencurah. Itu saja yang boleh saya cakap, " ujarnya. Mahu serius berlakon Tatkala berbicara mengenai perkembangan kariernya, anak jati Johor Bharu, Johor ini lancar sahaja bercerita. Rupa-rupanya dia bukanlah seorang yang cuma duduk diam menanti kerja datang pada dirinya. Lufya selain sibuk menghadiri undangan nyanyian untuk majlis korporat dan tertutup juga turut mengisi kebanyakan masanya dengan menulis lirik dan menggubah lagu. Jangan tak tahu, setakat ini sudah lebih 30 lagu yang telah dihasilkan oleh Lufya. Namun, yang paling mendapat tempat di hati peminat ialah singlenya yang berjudul Diam. Kata Lufya, dia mula serius dalam bidang gubahan lagu sejak tiga tahun lepas. “Saya suka menulis lirik. Paling saya idamkan ialah melihat karya saya dijadikan runut bunyi untuk sesebuah drama atau filem. Itu adalah hasrat saya. “Sekarang, saya sedang berusaha membawa karya saya kepada pihak yang berkenaan terutama pihak produksi untuk dipertimbangkan bagi tujuan itu," katanya. Selain itu, Lufya juga sedang mencari ruang dan peluang untuk kembali aktif dalam bidang lakonan. “Nyanyian memang sentiasa menjadi keutamaan saya. “Namun kini, saya fikir, sudah tiba masanya untuk saya serius dalam bidang lakonan sebab saya berani sahut cabaran. “Kalau boleh, saya nak jadi macam Agnes Monica. Dia berlakon dan lagunya juga menjadi runut bunyi dalam setiap drama atau filem lakonannya. Bukankah itu menarik?" katanya yang turut menjadi hos untuk program Jamming dan Podium. Jejaka Sweden di hati Lanjut bercerita mengenai cinta, Lufya yang pada awalnya malu-malu untuk berkongsi, bagaimanapun mengaku hatinya kini sudah dimiliki. Malah kata Lufya, orangnya juga bukan yang dekat-dekat. Nun jauh bermastautin di Sweden. Berusia tiga tahun lebih tua daripadanya, Lufya tidak menafikan bahawa dia kini selesa berdampingan dengan jejaka yang namanya dirahsiakan itu. Walaupun cinta jarak jauh bukanlah apa yang pernah terfikir di benaknya, Lufya bagaimanapun akur dengan ketentuan Tuhan seandainya ini adalah jodoh buatnya. “Saya belum bersedia untuk memperkenalkan dia kepada umum. Cukuplah saya beritahu, dia berdarah campuran Melayu-Arab dan tinggi lampai orangnya. “Kami dah berkawan sejak tujuh bulan lepas. Disebabkan kami jarang bertemu, Skype adalah medium yang sentiasa menjadi penghubung kami. Nak buat macam mana, cinta jarak jauhlah katakan," candanya. Diusik bagaimana perkenalan bermula, Lufya cuma tersenyum sebelum mengaku belum bersedia untuk menceritakan segala-galanya. “Cukuplah saya katakan, saya suka dengan caranya yang pandai membawa diri walaupun menetap di negara orang dan saya selesa berkawan dengannya," katanya. Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan, Lufya pantas menolak usikan itu. “Belum ke situ lagi. Tapi insya-Allah, saya akan bertemu dengan keluarganya pada bulan Jun ini memandangkan mereka sekeluarga akan pulang ke Malaysia untuk bercuti. “Itu cuma perjumpaan biasa. Jangan cuba nak spekulasi ya! Jauh lagi untuk saya memikirkan soal perkahwinan. Namun kalau jodoh itu sampai, siapalah saya untuk menolak, " candanya lagi.

Kekal dengan jenama Jozan

KEHADIRAN mereka di atas pentas komedi mewujudkan fenomena. Bermula secara solo ketika menyertai program Raja Lawak ternyata gabungan idea dua anak muda ini berjaya meletakkan elemen lawak di suatu tahap yang lebih tinggi dari sebelum ini. Gabungan Jozan yang disepakati daripada Johan dan Zizan turut meledakkan nama mereka di persada seni sehingga kedua-duanya begitu sinonim dengan nama itu pada setiap kemunculan. Mengecapi populariti hasil daripada kemantapan lawak secara duo itu namun kini khabarnya kedua-dua pelawak berbakat itu dilihat lebih selesa untuk meneruskan perjuangan seni secara berasingan sehingga seakan-akan menguburkan jenama Jozan yang dibina. Sedangkan para peminat mahu terus melihat kesinambungan mereka untuk menyemarakkan dunia komedi tempatan yang kini dilihat semakin mendapat perhatian khalayak. Pun begitu mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa dilihat semakin kerap muncul berasingan. Meleraikan kegusaran para peminat itu, Johan dan Zizan memberitahu bahawa Jozan akan terus wujud. Cuma ketika ini kedua-dua mereka terikat dengan komitmen dan aktiviti seni yang lain. Malah mereka menegaskan bahawa akan terus mengekalkan jenama Jozan sebagai cara mereka menghargai peminat yang selama ini banyak membantu melonjakkan kerjaya masing-masing.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails