Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Kekal dengan jenama Jozan
KEHADIRAN mereka di atas pentas komedi mewujudkan fenomena. Bermula secara solo ketika menyertai program Raja Lawak ternyata gabungan idea dua anak muda ini berjaya meletakkan elemen lawak di suatu tahap yang lebih tinggi dari sebelum ini.
Gabungan Jozan yang disepakati daripada Johan dan Zizan turut meledakkan nama mereka di persada seni sehingga kedua-duanya begitu sinonim dengan nama itu pada setiap kemunculan.
Mengecapi populariti hasil daripada kemantapan lawak secara duo itu namun kini khabarnya kedua-dua pelawak berbakat itu dilihat lebih selesa untuk meneruskan perjuangan seni secara berasingan sehingga seakan-akan menguburkan jenama Jozan yang dibina.
Sedangkan para peminat mahu terus melihat kesinambungan mereka untuk menyemarakkan dunia komedi tempatan yang kini dilihat semakin mendapat perhatian khalayak.
Pun begitu mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa dilihat semakin kerap muncul berasingan.
Meleraikan kegusaran para peminat itu, Johan dan Zizan memberitahu bahawa Jozan akan terus wujud. Cuma ketika ini kedua-dua mereka terikat dengan komitmen dan aktiviti seni yang lain.
Malah mereka menegaskan bahawa akan terus mengekalkan jenama Jozan sebagai cara mereka menghargai peminat yang selama ini banyak membantu melonjakkan kerjaya masing-masing.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]