Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Saya bimbang tak adil - Ady Putra
MASUK tahun ini, sudah enam tahun usia perkahwinan Ady dan isteri, Aida. Namun, masih belum ada tanda-tanda akan dikurniakan anak. Boleh komen sikit?
Saya lebih suka memandang perkara ini sebagai satu dugaan. Belum rezeki saya dan isteri lagi. Bukannya saya tak cuba.
Kalau keguguran kali terakhir itu tidak berlaku, Ady kini mungkin sudah bergelar bapa kepada kembar tiga. Apa perasaan Ady bila setiap kali mengenangkan peristiwa tersebut?
Saya selalu membayangkan kalaulah saya berada di tempat dia (isteri). Saya sebagai lelaki pun sukar untuk menerimanya, apatah lagi dia sebagai wanita dan ibu ketika itu. Saya juga merasa sakit setiap kali melihat dia. Hati wanita ni lain. Jiwa mereka lembut. Apalagi kalau kita sebut pasal anak. Sudah tentulah dia tak dapat sorok rasa sedih. Namun, di sebalik apa yang berlaku, saya tahu isteri saya adalah seorang yang kuat dan tabah.
Orang kata kalau kita mahukan sesuatu, kita akan usahakan sehingga dapat bukan? Bagi Ady bagaimana?
Soal anak, saya lebih suka menyerahkannya pada takdir. Sekurang-kurangnya, itulah yang akan kita fikirkan oleh akal waras kita. Apabila kita bercakap soal anak, soal zuriat, ia tidak semudah macam kita nak buat sebuah kereta. Kalau Tuhan belum mengurniakannya kepada kita, maka tunggu sahajalah. Hanya Dia sahaja yang tahu.
Ada cuba cara lain?
Tentu ada. saya dan isteri ada jumpa beberapa doktor pakar. Dan sekarang pun, kami sedang cuba mengamalkan ubat-ubatan dari Timur Tengah. Ini sebagai sebahagian daripada usaha kami. Dari segi perubatan tradisonal pun ada terutama mengurut dengan bidan. Biasanya, orang kata, bidan memiliki pengalaman dalam bab-bab ini.
Tidak pernah terfikir untuk mengambil anak angkat. Iyalah sebagai penyeri dalam keluarga yang selama ini cuma berdua.
Ramai yang syorkan hal ini pada saya. Jujurnya, saya khuatir, jika saya ambil anak angkat, mampukah saya jadi bapa yang baik pada anak yang kita tahu tidak ada pertalian darah itu? Mungkin hari ini saya kata boleh. Esok lusa kita tidak tahu. Memang anak ialah harta. Tapi itu amanah dan tanggungjawab. Saya bimbang tak boleh berlaku adil pada dia jika kemudiannya dikurniakan anak sendiri. Karma itu wujud. Kalau saya berlaku tak adil, Tuhan melihat.
Pernah berlaku perselisihan faham dengan isteri bila bercakap soal anak?
Alhamdulillah, setakat ini tak pernah. Bagi saya, anak tidak boleh dijadikan pihak ketiga dalam perselisihan faham antara suami isteri. Yang penting, bagaimana suami nak mengendalikan rumahtangga.
Jauh di sudut hati, adakah Ady masih menaruh harapan untuk menimang cahayamata? Atau mungkin sudah berputus asa?
Saya tak akan putus asa malah sentiasa berdoa agar hasrat untuk menimang cahaya mata sendiri dimakbulkan-Nya. Saya juga tidak pernah menyalahkan isteri dalam hal ini. Saya terima dia seadanya.
Pernah terasa dengan soalan-soalan begini apabila ditanya orang?
Tidak pernah. Asalkan tidak keterlaluan, saya tak akan ambil hati sebab saya tahu ini semua hanya Dia yang tahu. Saya akan terus menunggu untuk dikurniakan zuriat sendiri.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]