Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Noryn akui jadi isteri Raja Bahrin
KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Noryn Aziz akhirnya secara terbuka mengakui bahawa sudah lebih dua tahun bergelar isteri kepada arkitek terkenal, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Bahrin.
Sebelum ini, Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd. Aziz, 36, bertindak untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi apatah lagi memberi sebarang kenyataan berhubung desas-desus perkahwinannya.
Tegas Noryn, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusan untuk menghormati keluarga pihak suami.
“Rasanya sudah lebih dua tahun saya mendiamkan diri dalam soal berkenaan. Saya fikir, kemunculan sekarang ini adalah masa yang paling sesuai.
“Cerita kahwin dahulu pun sudah tidak panas lagi, rasanya semua orang sudah tahu status saya selama ini,” kata Noryn dalam satu pertemuan bersama Kosmo!.
Jelas Noryn, dia dan Raja Bahrin berkahwin pada satu majlis tertutup di Terengganu pada 22 Januari 2010. Pernikahan dengan Raja Bahrin menamatkan kehidupan janda Noryn selepas 12 tahun berdepan kegagalan daripada perkahwinan pertamanya.
Rita Rudaini Tetap Enggan Selesaikan Kes Dengan Suami
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar tidak berhasrat untuk terus berbincang bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak walaupun selepas dinasihati secara lisan oleh hakim mahkamah.
Rita, 36, berkata, dia tidak melihat sebarang keperluan untuk mereka berdua berbuat demikian kerana kes tersebut telah pun dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan.
"Perbincangan secara peribadi rasanya tidak perlu kerana kes kami telah pun dibawa ke mahkamah," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui ketika sesi penggambaran filem Pengapit di sini pada Selasa.
Terdahulu pada prosiding 10 Julai lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menasihati pasangan itu supaya berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga sempena kedatangan bulan Ramadan.
Wan Mahyuddin turut memberitahu pihaknya tiada masalah jika mereka ingin bercerai sekiranya kemelut rumah tangga mereka gagal diselesaikan. Kes berkenaan disambung pada 7 Ogos ini.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Rita kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Pengapit arahan Wan Hasliza sebelum pulang berhari raya di Perlis selama seminggu.
Rita berkata, dia juga telah membuat persiapan awal untuk dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
"Yang penting anak-anak dan persiapan untuk mereka semua sudah siap kerana sepanjang bulan Ramadan ini saya sibuk di lokasi penggambaran," katanya.
Tambah Rita, selepas hari raya dia akan terus kembali ke set penggambaran drama bersiri Ku Pinang Kau Dengan Bismillah serta beberapa projek lain.
Zul Ariffin Kurang Senang Abby Abadi Burukkan Kerajaan
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin yang juga bekas kekasih Abby Abadi agak kurang senang apabila wanita itu membuat tuduhan bagi memburukkan pemerintah ketika ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN).
Zul, 26, berkata, tindakan Abby bersuara mengenai hal-hal politik serta mengkritik kerajaan merupakan tindakan yang benar-benar kurang bijak apatah lagi ia dilakukan tanpa penyelidikan yang betul.
"Saya gembira melihat perubahannya dengan imej bertudung dan tidak salah untuk dia menyertai mana-mana parti politik kerana itu adalah haknya.
"Bagaimanapun apabila mendapat tahu tentang kelantangannya bersuara memburukkan kerajaan, rasanya dia perlu selidik dahulu dan bukannya bercakap berdasarkan cakap-cakap orang.
"Tambah pula dia baru sahaja menyertai dunia politik (PAS), tak mungkin dia dah selidik tentang semua hal. Apa yang dibuatnya sekarang ini terlalu ekstrem," katanya kepada mStar Online.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi portal The Malaysia Insider pada 25 Julai lalu, mendakwa artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai pekerjaan sekiranya kerajaan yang sedia ada tidak lagi memerintah.
Dalam artikel yang bertajuk "Abby Abadi: Muslim artistes will work only after Pakatan takes power" (Abby Abadi: Artis Muslim Akan Bekerja Selepas Pakatan Ambil Alih Kuasa), pelakon tersebut antara lain mendakwa ruang individu sepertinya untuk berkarya menjadi sempit dan beliau mengharapkan golongan artis yang berhijrah dapat setia bersama PAS jika mahu melihat perubahan.
Tambah Zul, hasrat Abby untuk memperjuangkan Islam itu adalah baik tetapi dia hendaklah memahami rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama.
“Saya gembira dengan perubahan imejnya dengan bertudung tetapi Abby harus ingat, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.
Sementara itu ditanya adakan dia pernah menghubungi Abby, Zul memberitahu, dia enggan mengingati semula hal lama selain sudah membuat keputusan untuk tidak berhubung lagi.
"Saya mahu meneruskan kehidupan. Apabila kami saling berhubung ia membuatkan kita masih berada di kenangan silam.
"Bagaimanapun, Abby ada menghantar mesej mengucapkan selamat berpuasa kepada saya baru-baru ini," ujarnya.
Rozita Sudah Lali Hadapi Gosip Cinta Lelaki Muda
KUALA LUMPUR: Satu demi satu lelaki muda yang silih berganti dikaitkan dengan aktres sensasi Rozita Che Wan membuatkan dia lali dan enggan melatah dengan gosip-gosip sedemikian.
Terbaru, dramatis berusia 39 tahun ini sekali lagi dikatakan intim semula dengan bintang bola sepak kebangsaan Mohd Asrarudin Putra Omar, 24, yang pernah dikaitkan dengannya tiga tahun lalu.
Rozita berkata, gosip yang mendakwa dia gemar menjalin hubungan dengan lelaki-lelaki muda membuatkan dia sudah berasa lali dan tidak kisah untuk menghadapinya.
“Tak habis-habis, daripada satu lelaki kepada satu lelaki sampaikan saya sudah lali untuk melayan gosip-gosip yang timbul. Sebelum ini, Shahir (AF8), Zain (Saidin), lepas itu Beego dan sekarang saya dikatakan intim dengan Asrarudin pula.
“Sebenarnya gosip percintaan saya dan Asrarudin pernah diperkatakan beberapa tahun lalu dan tak sangka cerita ini timbul kembali. Walhal, saya hanya berkawan biasa dengan mana-mana lelaki muda,” katanya ketika ditemui mStar Online.
Ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini berkata, gosip yang terus mengaitkan dirinya dengan golongan berkenaan berpunca daripada keterbukaannya berkawan dengan mereka.
“Ini (gosip) semua timbul kerana saya banyak berkawan dengan lelaki-lelaki muda dan bujang sedangkan tiada apa-apa yang serius pun.
“Kalau berkawan dengan lelaki seusia saya akan timbul masalah juga kerana kebanyakannya mereka sudah berumah tangga,” jelasnya yang mengimpikan lelaki yang tidak banyak kerenah.
Beralih kepada sambutan Ramadan pada tahun ini, Rozita berkata dia bersyukur kerana menerima lima tawaran telefilem sepanjang bulan ini.
“Kalau pada Ramadan lalu saya sibuk dengan tawaran drama bersiri, pada tahun ini saya menerima lima telefilem.
“Memang agak sibuk juga bagi dua minggu puasa ini tetapi saya masih sempat berbuka dan menunaikan solat Tarawih dengan anak-anak,” kongsinya.
Terbaru, Rozita yang baru menamatkan penggambaran telefilem Lepas Raya Harap Balas untuk tayangan Aidilfitri di TV3 akan memasuki set telefilem PA Ku Diva arahan Rashid Sibir pula pada minggu depan.
Drama bersiri lakonannya, Miss Octopus kini disiarkan pada setiap Ahad pukul 9 malam di TV9.
'Atlet Negara Perlu Jaga Penampilan' – Khairul Fahmi
PETALING JAYA: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) meminta para atlit negara supaya menjaga penampilan diri walaupun ketika berada di gelanggang perlawanan kerana ia juga mampu meningkatkan imej negara.
Apek, 23, berkata, memandang para atlit kini dilihat sebagai selebriti dan juga idola masyarakat, penjagaan diri amat penting kerana ia dapat menonjolkan imej positif ke mata umum seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakan atlit luar negara.
"Pada pendapat saya, masyarakat sudah mula melihat atlit negara kita terutamanya mereka yang terlibat dalam sukan bola sepak sebagai idola. Jika selebriti sukan ini menjaga penampilan masing-masing, tentu sahajalah akan sedap mata memandang.
"Malah, saya percaya penampilan yang menarik juga mampu memberi semangat dan keyakinan untuk seseorang itu beraksi dalam perlawanan," katanya selepas diumumkan menjadi duta produk lelaki jenama Brylcreem di Hotel One World, di sini, Selasa.
Tambah Apek, ikon pemain bola sepak seperti David Beckham juga memberikan inspirasi buatnya dalam penggayaan rambut serta fesyen pakaian.
Sementara itu, pemilihan Apek sebagai duta gel rambut Brylcreem benar-benar menggembirakan memandang sejak dahulu lagi, dia sering menggunakan produk itu sebelum beraksi di padang.
"Jujur saya katakan, sudah lama saya memakai jenama Brylcreem dan tak sangka pula kini saya menjadi duta kepada produk ini.
"Saya teruja kerana diberi peluang seperti ini, lebih-lebih lagi dapat menyertai barisan bintang sukan lain terutamanya David Beckham untuk mewakili Brylcreem di Malaysia," tuturnya.
Sementara itu Pengurus Pemasaran Bahagian Rambut Malaysia dan Singapura, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Ashlee Ng berkata, pemilihan Apek amat sesuai dengan keinginan Brylcreem di mana Apek memiliki gaya dan pesona tersendiri dalam penampilan imejnya.
"Dia memiliki keterampilan diri yang hebat ketika beraksi di padang dan mempunyai semangat yang tidak mudah mengaku kalah.
"Kerana ciri-ciri itu, pihak kami melihat Apek layak dijadikan ikon. Kami berbangga kerana mempunyai seorang individu berkaliber untuk mewakili produk ini," katanya.
Nora Danish Enggan Dilabel Tagih Cinta Lokasi
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menganggap dakwaan terbaru yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Shaheizy Sam adalah satu topik yang benar-benar kelakar.
Nora, 30, berkata, gosip berkenaan yang disiarkan menerusi sebuah ruangan pojok akhbar mingguan pada Ahad lalu adalah tidak benar sama sekali kerana hubungannya dengan aktor kacak itu adalah atas dasar profesional semata-mata.
"Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu ia hanyalah andaian penulis tersebut sahaja.
"Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa," ujarnya ketika ditemui mStar Online pada majlis pelancaran filem Mencari Cinta di sini pada Isnin lalu.
Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora mula berputik ketika mereka bergandingan dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang gemar menjalinkan hubungan cinta lokasi setiap kali terlibat dalam sebuah penggambaran.
Nora memberitahu perkara itu bukan kali pertama dia dikaitkan dengan pelakon lelaki gandingannya dalam filem kerana sebelum ini dia juga dituduh menjalinkan hubungan dengan Ady Putra yang menjadi hero dalam filem Aku Cuma Nikahinya.
"Jika asyik dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berlakon dengan saya nanti dituduh pula sebagai artis yang gemar bermain cinta di lokasi walaupun ia tidak berlaku.
"Mungkin ia belum menjejaskan reputasi tetapi pada masa akan datang ia akan memberi kesan walaupun semua cerita itu tidak benar," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam filem Mencari Cinta yang menggandingkanya dengan pelakon Rusdi Ramli yang disifatkan sangat berpengalaman.
Nora berkata, filem berkenaan sangat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon kerana bukan mudah untuk membawa watak romantik dalam sesebuah filem.
"Mungkin orang ingat berlakon cerita cinta ia senang tetapi sebenarnya bukan semudah yang disangka. Bagaimanapun saya bertuah kerana dikelilingi oleh ramai pelakon dan krew berpengalaman bagi menjayakan watak tersebut," katanya.
Tambah Nora, dia berharap lakonannya bersama Rusdi dalam filem tersebut tidak disensasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas ini.
Ibadah Aida Khalida Lebih Lancar Sejak 'Berhijrah'
PETALING JAYA: Dramatis popular Aida Khalida mengakui urusan ibadahnya menjadi lebih mudah dan lancar sejak dia melakukan penghijrahan kira-kira empat tahun lalu.
Aida, 55, berkata jika sebelum ini dia berdepan kesukaran untuk melaksanakan ibadah termasuk berpuasa dan solat, segalanya berubah selepas dia memilih untuk berhijrah.
“Bayangkan, sebelum ini saya akui begitu payah dan ‘berat’ sangat untuk melakukan ibadah bersolat dan berpuasa.
“Namun bukan hendak takbur atau cakap besar tetapi sejak berhijrah saya tidak mempunyai masalah langsung atau keberatan untuk melakukan ibadah,” katanya ketika dihubungi di sini.
Ditanya mengenai keaktifannya dalam lakonan sepanjang Ramadan ini, Aida berkata penghijrahannya tidak menjadi masalah untuk dia mengimbangi di antara tuntutan kerja dan ibadah.
“Kerja lakonan berjalan seperti biasa dan tiada sebab untuk saya berehat atas alasan berpuasa. Semuanya fleksibel dan kita sebagai Muslim kena bijak mengimbangi antara kerja dan ibadah.
“Walaupun usia makin meningkat, saya tidak mengalami kepenatan untuk berpuasa kerana sudah terbiasa melakukan puasa sunat hampir setiap minggu sejak berhijrah,” katanya.
Tambah Aida, rezeki yang diperoleh daripada pendapatannya menjadi lebih berkat kerana ia berterusan dan tidak pernah putus.
“Alhamdulillah, pendapatan lakonan saya tidak terjejas, malah rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung.
“Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja tetapi sekarang rezeki itu sentiasa ada. Itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini,” katanya.
Terbaru, bekas isteri kepada penyanyi Joe Radzwill ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Syahadat Cinta untuk TV AlHijrah.
Sharifah Aleya Tidak Janggal Selepas Seminggu Bertudung
PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut.
Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.
"Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.
"Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik," katanya.
Tambah Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat.
Sementara itu, walaupun Ramadan tahun ini pertama kali dilalui tanpa suami di sisi, Aleya merasakan ia tidak memberi kesan buatnya untuk beribadat kerana sering dikelilingi keluarga serta dua orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia tiga tahun.
"Bagi saya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ia sangat istimewa untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa.
"Malah inilah masanya untuk kita mengikat silaturahim dengan menghabiskan masa bersama keluarga," ujarnya.
Dalam pada itu, Aleya berkata, dia juga memastikan segala kerja-kerja pengacaraan yang dibuat selesai sebelum Ramadan agar dapat menikmati saat-saat bersama keluarga bagi setiap ibadat yang dilakukan.
"Ramadan juga membuatkan saya dan adik beradik yang lain berlumba-lumba untuk memasak bagi juadah berbuka puasa. Sampaikan kami cuba untuk mengalahkan ibu kami (Fatimah Abu Bakar) untuk muncul dengan masakan terbaik.
"Bagaimanapun, macam biasa, ibu kamilah yang menjadi juara dalam hal-hal masakan," selorohnya yang gemar memasak lauk daging kicap.
"Politik itu bukan agama"- Diana Amir
30 Jul – Selepas pelakon popular Sheila Rusly dan Umie Aida membidas kenyataan yang dibuat pelakon wanita, Abby Abadi yang lantang bersuara semenjak menyertai parti pembangkang PAS selepas dia bertudung, pelakon Diana Amir turut mengulas mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan kini.
Dipetik dari sebuah blog tempatan, Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim berkata, politik itu bukanlah agama.
"Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.
"Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,"katanya.
Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia lebih selesa untuk tidak terlalu jauh berbicara, malah mengambil pendekatan untuk berdiam diri apabila sesuatu isu timbul.
"Cuma bagi saya, tentang politik ini atau yang berkaitan dengan polisi sepertinya, lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri tak pasti," ujar Diana.
Diminta untuk mengulas isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki semakin berkurang dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.
"Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana-mana parti politik periuk nasi artis ini akan terjejas, mereka yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.
Jelasnya, artis yang baru berhijrah perlu kuatkan semangat kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi kelak.
"Kita perlu sentiasa ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapat ganjaran di akhirat bukan didunia ni. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak," katanya.
Remy Nak Ngadu Sakit, Tiz Zaqyah Tak Layan!
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
