Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Selesai Risik, Shahz Jaszle Mengaku Bakal Bertunang Selepas Raya
Masih ada yang peduli akan Shahz Jaszle? Okay, kami akan tulis juga kerana kami pasti ada lagi sekerat dua peminat pelakon lelaki muda popular ini. #LOL
Kecoh juga apabila Shahz Jaszle secara tiba tiba di’katakan bakal bertunang dengan seorang gadis bernama Redzwani Puteri yang berakhir dengan majlis merisik.
“Saya sudah bersedia untuk mengikat tali pertunangan dengan Puteri memandangkan kedua dua belah keluarga telah merestui hubungan kami,” ujar Shahz Jaszle.
Menurut pelakon drama 3 Janji ini, beliau ingin melangsungkan majlis pertunangan dengan Redzwani Puteri secepat mungkin selepas sambutan Aidilfitri ini.
Shahz Jaszle turut mengakui pada awalnya mereka merancang untuk berkahwin tahun ini juga tetapi keluarga pihak perempuan mahu mereka mengikut adat & peringkat.
Ramai peminat sebenarnya menyarankan Shahz Jaszle untuk terus sahaja berkahwin kerana bakal isteri ini nampak sebagai satu pilihan yang bijak.
“Sudah sampai seru untuk saya berkahwin. Yang sebenarnya saya tidak pernah merancang pun, malah hubungan yang terjalin antara kami sebenarnya telah lama kerana dia kawan baik saya. Setahun mengenalinya dan kami tidak pernah bercinta,” tambah Shahz Jaszle kepada Kosmo! baru baru ini.
Di Twitter: Abby Abadi Pertikai Kenyataan Hudud Dr Asri, Peminat Tegur
Oh kenapa’lah Abby Abadi sebegitu lantang di Twitter. Bukan sekali dua kenyataan selebriti ini menjadi bahan kontroversi dan kali ini melibatkan seorang bekas mufti.
Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih di’kenali sebagai Dr MAZA berkongsi pandangan beliau tentang pelaksanaan hukum hudud menurut Islam.
“Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian — seorang di’potong tangan sedangkan seorang lagi di’penjara kerana berbeza agama?” tulis Dr Asri.
Kenyataan Dr Asri itu lantas di’sambut oleh Abby Abadi yang berbunyi “Maafkan saya. hudud itu ‘kan hukum Allah. Dr (Asri) belajar tinggi kenapa masih persoalkan?”
Kenyataan balas Abby Abadi itu turut mendapat sokongan beberapa orang peminat beliau tetapi ramai yang menegur cara beliau mempertikai kenyataan seorang bekas mufti.
Dr. Asri kemudian memberikan komen balas terhadap kenyataan Abby Abadi dengan mengatakan “Seseorang yang kembali kepada agama & juga di’jemput ceramah tidak bererti dia telah benar benar faham Islam. Teliti sebelum komen.”
Gambar: Farah Asyikin Kemalangan Jalan Raya, Pandu Kereta Sepupu
Berita yang baru sahaja kami terima. Penyanyi yang semakin aktif mendalami Islam, Farah Asyikin telah mengalami satu kemalangan jalan raya awal pagi tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 8.00 pagi tadi di hadapan pejabat Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara apabila kereta di’pandu Farah Asyikin melanggar sebuah kereta orang awam.
Kedua dua yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kereta Mitsubishi yang di’pandu Farah Asyikin agak teruk keadaan’nya.
Sumber kami turut memberitahu yang kereta di’pandu Farah Asyikin ini merupakan milik sepupu beliau. Sebarang berita atau perkembangan akan kami laporkan segera.
Jimmy Shanley Hantar Dua Video Sebagai Bukti Kelakuan Buruk Isteri
Terlalu lama pula rasanya kes perbicaraan kes rumahtangga Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani dan laporan hari menyebut perkembangan terbaru kes ini.
Jimmy Shanley telah menyerahkan dua salinan video kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebagai menyokong akan keterangan beliau tentang kelakuan Nursuhaila.
Pelakon & pengacara ini mempertikai kelayakan Nursuhaila sebagai ibu selepas isteri’nya itu menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley.
Jimmy Shanley memberitahu dua rakaman video menggunakan iPad ini di’rakamkan masing masing pada Ogos 2010 dan 5 Disember 2010 di kediaman Nursuhaila.
Harian Metro turut melaporkan yang Jimmy Shanley memberi keterangan di mahkamah yang Nursuhaila gemar berjudi pada waktu malam sehingga subuh & tidur sepanjang siang hari.
Mahkamah menetapkan 6 Disember sebagai tarikh memutuskan kesahihan video selain menetapkan sama ada video itu boleh di’tayangkan secara terbuka atau mengandungi perkara sensitif.
Nurul Wahab Pilih Blog Untuk Kembali Menulis
Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, apatah lagi jika anda adalah seorang selebriti.
Namun, berlainan pula bagi penyanyi yang juga bekas isteri Ajai iaitu Nurul Wahab. Selebriti ini telah memilih untuk kembali menulis setelah sekian lama dia meninggalkan bidang itu.
Sebelum ini, Nurul pernah menulis buku biografi mengenai dirinya. Kini, Nurul kembali menulis dan memilih blog sebagai medium untuk dia mengekspresikan penulisannya. Menurut Murai, alasan untuk Nurul memilih blog sebagai medium adalah kerana kini ramai yang memilih media baru berbanding media konvensional.
Buat masa kini, blog Nurul masih belum dilancarkan lagi. Namun ianya akan diumumkan dalam masa terdekat. Jadi, kepada anda yang gemar membaca nukilan di blog-blog tempatan, pelancaran blog Nurul adalah satu bonus untuk para peminat penyanyi yang popular dengan lagu “Kerana Terluka” ini.
Amyza Aznan Keguguran Kandungan 3 Minggu
Amyza Aznan sebentar tadi dalam laman Twitter rasminya telah memberitahu bahawa dia telah mengalami keguguran. Selebriti ini telah mengesahkan sendiri berita ini dan dia mengalami keguguran ketika kandungannya baru berusia 3 minggu.
Dalam kenyataannya dilaman Twitter, Amyza menulis, “Takde rezeki. Perancangan Allah lebih baik. Aku redha. Miscarriage for my 3rd baby.”
Amyza walau bagaimanapun kelihatan tenang menghadapi dugaan ini. Ia dapat dilihat melalui jawapan yang diberikan kepada peminatnya.
“TQ Eddy. I ok so far. Nasib baru 3 week. If 3 month! Mau meroyan! hehhehhe.”
Untuk pengetahuan, Amyza sudahpun mempunyai dua orang cahayamata bersama suaminya, Khairil Izhar.
Tauke Raja Lawak Bercerai, Hampir 4 Bulan Kahwin?
Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan kepada pihak Sinar Harian, bahawa dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas bekas isterinya Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.
Menurut Tauke,“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu.”
Tauke turut mengaku bahawa, rumah tangganya sebelum ini memang dilanda krisis agak besar dan pada bulan Julai yang lalu, bekas isterinya telah keluar dengan membawa semua pakaiannya.
Untuk makluman, Meera merupakan perkahwinan ketiga Tauke. Hasil perkahwinan pertama dan kedua sebelum ini, Tauke memiliki enam orang cahaya mata.
Tauke dan Meera dikatakan telah berkahwin pada bulan April yang lalu di Thailand.
Foto : Beego Berseronok Di Kelab Hiburan?
Sudah habis dihambat kontroversi, timbul lagi kontroversi baru yang melanda pelakon, Beego.
Menerusi blog hiburan tempatan, Rotikaya, 2 keping foto menunjukkan Beego sedang berseronok telah tersebar dan turut bersama selebriti ini ialah beberapa orang wanita.
Beego yang pernah membintangi drama bersiri Puteri ini masih lagi dalam perbicaraan kes khalwat, namun timbul pula isu terbaru yang OHBULAN! rasa tidak sepatutnya pada waktu ini. Menurut blog hiburan itu lagi, foto Beego sedang berseronok ini dikatakan telah dirakamkan pada minggu lepas, ketika semua orang masih lagi dalam ‘mood’ Aidilfitri.
Imej terbaru Beego ini juga kelihatan sedikit ‘nakal’ dengan misai dan janggut serta anting-anting yang dapat dilihat di telinga kirinya.
Izara Aishah Cerewet
Izara Aishah merupakan nama yang tidak asing lagi di arena seni lakonan tanah air. Bakatnya mula dicungkil menerusi drama bersiri TV3 Vanila Coklat yang pernah ditayangkan untuk slot Lestary pada Disember tahun lalu.
Selesai sahaja berlakon dalam drama bersiri Vanila Coklat, nama Izara Aishah terus meningkat naik dan kemunculannya mula mendapat perhatian semua pihak. Selain berlakon, Izara turut dipilih menjadi duta untuk produk terkenal Cosry Purple Label, dan yang terbaru duta makanan segera, Burger King.
Izara memaklumkan kepada pihak Sinar Harian bahawa beliau merupakan seorang yang cerewat dalam bab untuk menerima tawaran sebagai duta, dan beliau hanya memilih produk tertentu sahaja.
“Saya memang cerewet dalam bab ini dan hanya memilih produk yang boleh membantu karier saya. Selain itu, saya juga akan meneliti terlebih dahulu tugas saya sebagai duta dan pasaran sesebuah produk,” ujar Izara Aishah.
Izara turut mengaku, dengan penglibatan beliau sebagai duta untuk sesuatu produk, secara tidak langsung ia dapat mendekatkan dirinya kepada peminat-peminat.
Foto : Lan ‘A To Z’ Dikurniakan Cahaya Mata
Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Lan atau nama sebenarnya Norazlan Abd Aziz yang sekali lagi bergelar bapa apabila isterinya, Siti Nur Ain telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.
Lan dan Ain telah bernikah pada 11 November tahun lepas di Kuala Kubu Baru, Selangor dan tidak sampai setahun, kedua mereka sudah pun dikurniakan cahayamata. Bagi Lan, ini adalah perkahwinan kedua untuknya.
Berita gembira ini turut dikongsikan bersama oleh rakan artis, Zarul Umbrella menerusi blognya.
Semoga pasangan ini akan bahagia hingga ke hujung hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
