Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

MANISNYA MIZZ NINA BERHIJAB

Rasanya amat jarang kita dapat melihat Mizz Nina berhijab melainkan apabila beliau menunaikan umrah bersama suaminya Mohd Noh Salleh (Noh Hujan). Dan entah bagaimana, tiba-tiba tergerak hati Noh Hujan untuk menyelitkan gambar isterinya yang memakai hijab di Twitter. Khabarnya, gambar dirakam ketika mereka sedang mengikuti kursus Al Badar selama 3 hari bagi kemahiran membaca Al Quran... harap-harap lepas ni hati Mizz Nina akan terbuka untuk terus bertudung. Bak kata pepatah, sekeras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.

Misha nak saman siapa?

MISS J dapat tahu yang Konsert Jelajah 3 Permata membabitkan penyanyi Misha Omar, Adibah Noor dan Jaclyn Victor terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. Sepatutnya konsert tersebut berlangsung di enam buah negeri iaitu Sarawak, Sabah, Johor, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur bermula awal bulan ini. Tapi terpaksa dibatalkan sebab penganjur ada masalah. Miss dapat tahu ada sedikit konflik yang berlaku di antara pihak penganjur dan artis. Tak tahulah Miss J. Tapi yang Miss J kasihan adalah nasib ketiga-tiga artis yang terlibat. Sebab selama ini mereka bertiga memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan Konsert Jelajah 3 Permata itu. Jadi apabila konsert itu batal, tak pasal-pasal jadual seni mereka turut terganggu. Mana nak cari ganti job yang ditolak sebelum ini untuk menampung kerugian sepanjang memberi komitmen dengan penganjur? Atas dasar rasa tertipu, Miss J dengar cerita penyanyi Misha Omar nak saman penganjur konsert itu. Sebab Misha lebih terasa dirinya teraniaya. Banyak job yang ditolak semata-mata untuk memberi komitmen dengan pihak penganjur. Miss J dapat tahu kawan-kawan yang lain turut menyokong hasrat Misha. Sebab dengan cara itu artis boleh ajar pengajur yang tak pandai tepati janji. Tindakan Misha itu boleh dijadikan pengajaran kepada pihak penganjur sebelum membuat perjanjian dengan mana-mana artis. Beringat sebelum terkena!

Bertahan tanpa album baharu - Ziana Zain

JIKA dihitung pembabitan Ziana Zain dalam bidang seni, tempoh selama 22 tahun mungkin sesuatu yang agak sukar untuk dicapai oleh kebanyakan artis di negara ini. Begitu juga dengan rentetan kejayaan yang diraih sehingga ke peringkat antarabangsa. Maka, sudah sewajarnya penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Madah Berhelah itu contoh kepada penyanyi generasi sekarang. Meskipun dengan kemunculan lebih ramai penyanyi-penyanyi baharu, ia langsung tidak menenggelamkan populariti yang telah diraihnya selama ini. "Saya bersyukur apabila masih lagi diterima ramai dan bukan mudah untuk terus bertahan memandangkan semakin ramai penyanyi hebat yang muncul di persada hiburan tanah air. "Tawaran yang diterima seperti membuat persembahan nyanyian masih lagi tidak putus-putus. Ini semua berkat sokongan peminat yang tidak henti-henti kepada saya," ujarnya semasa ditemui dalam sidang akhbar program realiti pencarian Ratu Rania baru-baru ini. Memandangkan dirinya masih lagi aktif dalam bidang nyanyian, Ziana turut ditanya tentang album baharu. Ini kerana kali terakhir dia menghasilkan album adalah pada tahun 2008 berjudul Dingin. Menurutnya, bukan tidak pernah timbul keinginan untuk menghasilkan album baharu buat para peminatnya, namun dia menyatakan bukan mudah untuk mendapatkan lagu-lagu yang sesuai. "Sebagai seorang penyanyi yang sudah senior, pastinya saya perlu lebih selektif untuk pemilihan lagu. Cuma, buat masa ini untuk mendapatkan lagu yang mampu menyentuh jiwa pendengar agak sukar. "Kalau setakat saya hasilkan album semata-mata ingin memenuhi permintaan orang, rasanya itu tidak perlu dilakukan. Tanpa album baharu pun saya masih lagi terus bertahan sebagai seorang penyanyi," jelasnya.
Akui Ziana, antara punca utama kekuatannya sehingga mampu kekal bertahan sebagai penyanyi sehingga sekarang adalah kekuatan kepada lagu-lagu lamanya. Ujarnya, apabila diundang membuat persembahan dalam sesebuah acara, para tetamu lebih suka sekiranya dia menyanyikan lagu-lagu popularnya sekitar 90-an seperti Puncak Kasih dan Madah Berhelah. "Apabila sudah lama tidak muncul dengan album baharu, mungkin ramai yang beranggapan saya sudah tidak aktif lagi dalam bidang nyanyian. "Sebenarnya saya tetap terus aktif seperti biasa dengan pelbagai tawaran membuat persembahan di merata-rata tempat, cuma belum tiba masa yang sesuai lagi untuk saya tampil dengan album baharu," ungkapnya. Jelas Ziana, tidak semestinya kalau dia muncul dengan album baharu, lagu-lagu yang terkandung di dalamnya mampu memenuhi citarasa yang diinginkan pendengar. Lakonan Selain bergelar penyanyi, Ziana juga cukup dikenali sebagai seorang pelakon yang seangkatan dengan seorang lagi artis yang dikagumi ramai iaitu Erra Fazira. Beberapa filem lakonannya seperti Sembilu, Sembilu 2, Maria Marianna, Merah dan Qabil Khushry Qabil Igam pastinya terus diingati sehingga ke hari ini. Bercerita tentang karier lakonannya, Ziana mengakui tawaran yang diterima agak banyak, tetapi dia terpaksa menolaknya lantaran komitmen terhadap keluarga. "Ketika ini anak-anak pun sedang membesar dan sudah tentu mereka memerlukan perhatian daripada seorang ibu. Kalau saya berlakon, risau pula tidak dapat membahagikan masa kepada mereka. "Lagipun suami juga seperti agak keberatan untuk mengizinkan saya aktif dalam dunia lakonan. Dengan jadual yang sudah padat sekarang ini, pastinya kehidupan saya akan bertambah sibuk lagi kalau saya berlakon," ujarnya yang kali terakhir berlakon dalam filem Magika pada tahun 2010.
Ikut jejak Sepanjang 15 tahun bergelar seorang isteri dan ibu, ternyata Ziana melalui kehidupan yang cukup indah dan bahagia bersama suami, Armin Zaharin serta empat orang anaknya iaitu Muhammad Aiman, 13, Muhammad Amar, 10, serta pasangan kembar Muhammad Airil dan Siti Nour Kaseh, 4. Apabila ditanya sekiranya ada di antara keempat-empat anaknya itu yang dilihat menunjukkan minat untuk mengikut jejaknya sebagai anak seni, penyanyi popular tersebut lantas tertawa. "Daripada keempat-empat anak saya itu, rasanya cuma Nour Kaseh yang dilihat lebih menjurus kepada minatnya dalam seni kerana terlalu gemar menyanyi. "Namun begitu, ia cuma persepsi awal saya sahaja kerana usianya pun masih lagi terlalu kecil. Kalau dia suka menyanyi, tidak semestinya kalau dah besar nanti dia betul-betul jadi penyanyi," ujarnya. Bagaimanapun, Ziana menyatakan bahawa dia sendiri tidak kisah sekiranya ada di antara anak-anaknya itu yang ingin terjun ke dalam bidang lakonan atau nyanyian. "Kalau ikutkan kepada zaman semasa mula-mula bergelar penyanyi dahulu, ayah saya sendiri tidak galakkan saya menyanyi. Sehinggakan saya terpaksa menyanyi tanpa pengetahuannya. "Sekiranya itu sudah menjadi minat mereka, saya mungkin tidak mampu untuk menghalangnya. Cuma, sebagai ibu tanggungjawab saya adalah dengan memberikan garis panduan supaya mengikut langkah yang betul.

Elfira belum lupa diri

HATINYA gundah gulana, jiwanya diselubungi rasa sedih tatkala cerita tentang dirinya yang dikhabarkan lupa diri mula diperkatakan umum. Tidak tahu di mana puncanya cerita tersebut boleh tersebar. Pintanya supaya cerita tak benar itu dihentikan segera. Tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk meninggi diri, Elfira enggan tahu apakah punca segelintir orang berterusan menuduh dirinya tanpa usul periksa. Dia masih seperti dahulu, sama seperti di awal kemunculannya. “Memang saya terkejut membaca cerita yang tersiar minggu lalu. Kalau nak ikutkan saya masih seperti dahulu, sama sahaja seperti mana saya mula bertapak dalam industri seni. “Tapi mengapa tiba-tiba sahaja orang berkata macam tu pada saya? Yang menjadi masalah mereka yang menyebarkan cerita tersebut khabarnya adalah orang yang rapat dengan saya. “Kalau dia rapat kenapa dia buat begitu pada saya? Kalau dia baik kenapa perlu nak sebarkan cerita pada orang lain kemudian terus memburukkan saya. “Jika benar orang itu sayang pada saya tak mungkin dia akan buat begitu pada saya. Saya lebih rela jika ada yang tampil ke depan dan cakap sendiri apa salah dan silap saya selama ini. “Saya bukan orang yang tak boleh terima teguran tetapi biarlah kena pada tempat," jelas pelakon yang berusia 19 tahun ini. Enggan terus melayan isu tersebut, pelakon yang terkenal menerusi drama Dalam Hati Ada Taman ini sedar dia tidak punya kuasa untuk memuaskan hati semua orang. Sebagai gadis yang dididik dengan akar budaya Melayu yang kuat, sudah pasti segala gerak-gerinya terikat dengan asas agama dan sosio budaya sebagai orang Timur. “Sejujurnya saya sendiri tidak boleh menilai diri sendiri. Saya tak tahu adakah tindakan saya selama ini salah di mata umum sedangkan saya ingat betul. “Sebab itu saya masih memerlukan teguran orang lain untuk menilai diri saya. Kalau boleh biarlah teguran tersebut dilakukan dengan cara yang betul. Tak salah berjumpa dan bercakap apa yang bersarang di hati mereka. “Seandainya ada yang benar-benar terasa hati dengan perbuatan saya selama ini apa lagi yang boleh saya katakan selain memohon ampun dan maaf," katanya sayu. Komen MENGIMBAS kembali perjalanan seni gadis ini sebenarnya merupakan cerita menarik untuk diperkatakan. Tidak banyak ranjau dan duri yang terpaksa dihadapi olehnya untuk sampai ke tahap ini, pengalaman yang ditempuhinya disimpan rapi buat bekalan masa hadapan. Meskipun begitu nama Elfira naik mendadak sejak dua tahun kebelakangan ini itu bukan jaminan untuknya membangga diri terutama dengan pelbagai tawaran berlakon yang tak putus-putus. “Saya anggap ini tahun transformasi saya kepada watak-watak yang lebih dewasa. Selama ini orang masih menganggap saya remaja mahupun kanak-kanak kerana variasi watak yang kurang pelbagai. “Tapi sejak akhir-akhir ini mereka mula buka mata dan percaya pada bakat lakonan saya. Sebab itu saya yakin inilah zaman peralihan untuk saya mengembangkan watak lain seperti yang diidam-idamkankan oleh sesiapa juga. “Memang tanggungjawab itu sedikit membebankan untuk menggalas watak isteri atau wanita yang lebih dewasa tetapi inilah cabaran menjadi anak seni," jelasnya yang baru sahaja pulang dari penggambaran telefilem Ketika Cinta Merintih di beberapa negara Eropah minggu lalu. Selain mengembara, dia juga bergandingan dengan pelakon Baim Wong menerusi telefilem Di Sebalik Khasyafmu yang turut menjalani proses penggambaran di sana. Jika ada yang ingat, duta kepada produk Maybelline ini acap kali diberikan peranan besar dalam setiap drama mahupun telefilem lakonannya. Menganggap semua itu merupakan rezeki atas kerja keras selama ini, sudah tentu dia bersyukur kerana diberi kepercayaan sebegitu besar. “Mungkin orang nampak pada bakat yang ada dalam diri saya dan mereka memberikan peranan besar selama ini. Kepercayaan orang perlu saya balas dengan memberikan lakonan mantap seperti pelakon lain. “Cuma sebagai pelakon biasa saya tidak dapat mengelak bila dihujani dengan komen-komen negatif yang datang daripada peminat. “Adat orang suka kita atau tidak tapi yang pastinya komen-komen mereka saya dengar. Yang benar saya ambil buat pengajaran tapi masih ramai yang hentam keromo kata saya bukan-bukan. “Sebab itu saya selalu keliru dengan sesetengah kritikan. Kita sudah memberikan yang terbaik tetapi apabila orang dah tak suka, dia tetap akan hentam kita walaupun tak ada apa berlaku. “Tapi tak mengapa sebab saya sudah lali dengan perkara-perkara tersebut," katanya ringkas.

Ana Dahlia Nafi Ada Kekasih Baharu

Pelakon Ana Dahlia menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selepas hampir setahun bercerai dengan Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz. Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 30, berkata, semenjak bercerai dia masih belum menemui sebarang pengganti dan tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu buat masa ini. "Saya belum ada pengganti dan cerita yang keluar mengenai saya itu semuanya tidak benar," katanya kepada mStar Online. Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz yang juga anak kepada tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan pada 11 Disember 2011 sebelum bercerai hanya selepas 11 bulan berkahwin. Dalam pada itu, Ana berkata, dia merasakan sekarang bukan masa yang sesuai untuknya kembali menjalinkan hubungan cinta sebaliknya mahu memberikan fokus kepada karier lakonan yang semakin berkembang. Jelas Ana, dia bukan serik untuk bercinta dan berkahwin lagi tetapi meletakkan soal itu kepada jodoh dan ketentuan Allah buat masa ini. "Serik itu tidak tetapi ada benda lain yang menjadi keutamaan saya buat masa sekarang dan soal jodoh itu biarlah Allah yang menentukan," jelasnya. Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ana berkata dia kini sedang sibuk menyiapkan beberapa projek drama dan mengakui jadualnya semakin sibuk.

Sharifah Amani Anggap Bront Palarae Seperti Abang

Aktres Sharifah Amani hanya menganggap pelakon Bront Palarae sebagai seorang abang ekoran hubungan baik yang terjalin di antara mereka sejak sekian lama. Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 27, berkata, keserasian dan keakraban mereka dalam bersahabat bagaimanapun telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang mengatakan mereka bercinta. "Kami serasi sebagai kawan dan gosip mengatakan kami bercinta sebelum ini tidak benar kerana hubungan yang wujud di antara kami sudah seperti abang dengan adik. "Saya begitu menghormatinya yang saya sifatkan sebagai seorang yang cukup 'sporting' dan jujur. Kami mempunyai pelbagai persamaan yang menyebabkan hubungan kawan itu kekal terjalin sehingga ke hari ini," ujarnya kepada mStar Online. Amani dan Bront bakal muncul dalam filem arahan Nam Ron bertajuk Psiko Pencuri Hati bermula 5 September ini.
Dalam perkembangan sama, Amani berkata, dia tidak berasa kekok apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Bront dalam filem berkenaan walaupun aktor itu mengakui berasa janggal. Jelas Amani, sebagai seorang pelakon dia perlu bersikap profesional dan menjayakan watak diberikan walaupun pasangannya itu adalah rakan baiknya sendiri. "Saya faham kenapa Bront rasa janggal kerana kami sangat rapat sebagai sahabat tetapi akhirnya kami berjaya melakukannya kerana itu adalah tanggungjawab kami sebagai," katanya. Sementara itu, Amani berkata, dia sangat bertuah dapat berlakon dibawah arahan Nam Ron kerana sentiasa mengagumi semangat lelaki itu yang tidak pernah berputus asa dalam setiap perkara dilakukannya. Malah kata Amani, Nam Ron juga adalah seorang pengarah yang sentiasa mengambil pandangan selain memberi kebebasan kepada para pelakon untuk menghidupkan watak diberikan. "Kami tidak menerima skrip ketika bersetuju untuk berlakon dalam filem ini dan proses itu adalah daripada sumbangan idea dan kreativiti para pelakon. "Dari situ juga kita dapat mempelajari sesuatu yang baharu dalam menjadikan kita pelakon yang baik," katanya.

Sein Bakal Timang Cahaya Mata Yang Ke-3?

Bertemu pelakon Sein, di Majlis Pra Tonton Filem Psiko Pencuri Hati di Cathay Cineplex semalam telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia sedang menantikan cahaya matanya yang ke-3. Menurutnya kini kandungan isterinya telah memasuki 4 ke 5 bulan. “Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang saya lalui buat masa sekarang kerana bagi saya semuanya cukup sempurna dan sungguh bahagia. Terasa semuanya lengkap. Tambahan lagi isteri saya akan melahirkan anak yang ke-3 kami. Usia kandungannya pula telah memasuki 4 ke 5 bulan,”katanya. Sementara itu, ketika ditemui dia yang diberi peranan sebagai Dr. Khai dalam filem terbaru arahan pelakon dan juga pengarah Namron telah sedikit sebanyak mengubah watak-wataknya sebelum ini. “Saya sangat suka dengan watak ini kerana ia berbeza dari watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini dan bekerja dengan Namron amat menyeronokkan dan juga pelakon-pelakon lain yang hebat. Jadi saya berharap peminat-peminat di luar sana jangan lupa untuk saksikan filem ini pada 5 September ini,”. Para peminat-peminat filem tempatan jangan lupa untuk saksikan filem yang bercorak thriller ini kerana banyak aksi yang mencabar dan berlainan dalam filem ini yang perlu anda tonton sendiri. Ayuh jangan lupa untuk singgah ke pawagam-pawagam seluruh tanah air untuk menyaksikan filem terbaru berjudul Psiko Pencuri Hati bermula 5 September ini. -rotikaya

Shila Amzah: Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As’ari

Kalau sama sama masih bujang, hubungan rapat antara dua orang artis pastinya menjadi perhatian para peminat — lebih lebih lagi jika ‘kemesraan’ antara mereka terlihat di laman sosial seperti Instagram dan Twitter. Baru baru ini, peminat mula berspekulasi tentang hubungan mesra antara Johan As’ari & Shila Amzah selepas gambar mereka berdua beraya bersama di’kongsikan di laman sosial. Tidak kurang juga para peminat yang tampil dengan teori bahawa Shila Amzah merupakan gadis pilihan Johan As’ari yang masih di’rahsiakan identitinya sehingga hari ini. Menerusi laporan GUA, Shila Amzah tampil memberikan kenyataan beliau berhubung gossip yang menjadi bualan ramai ini & berkata hubungan mereka memang rapat dari dahulu lagi dan bimbang di’tuduh perampas milik orang lain. “Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As’ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini” “Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan Johan As’ari. Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi” “Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham,” jelas Shila Amzah. Penyanyi ini turut berkata yang beliau tidak mempunyai sebarang keinginan untuk memiliki kekasih hati ketika ini dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada kerjayanya.

KELUARGA BESAR AZNIL NAWAWI

Kebiasaannya, pelakon dan pengacara Aznil Haji Nawawi memang jarang bergambar dengan keluarganya. Tapi bila dia bergambar, memang besar dan ramai. Big Family Day! Begitulah kata Aznil yang sempat ke Universal Studio, Pulau Sentosa Singapura untuk makan angin beramai-ramai. Tentu Belanjanya pun besarkan?

Halim Othman Enggan Komen Isu Peminat Mengaku Kekasih

Penyampai radio Suria FM, Halim Othman enggan mengulas mengenai kontroversi dakwaan seorang wanita yang mengaku kekasihnya kerana menyifatkan tindakan itu hanya membuang masa. Jelas Halim, isu tersebut juga tidak memberi kepentingan kepada masyarakat malah menurutnya adalah lebih baik jika ia tidak diceritakan secara umum. "Saya tidak mahu komen lagi tentang perkara ini. Benda ini adalah satu perkara yang buang masa. "Ia langsung tidak memberi manfaat kepada masyarakat dan negara lebih-lebih lagi kita baharu saja menyambut Hari Kemerdekaan," katanya kepada mStar Online. Minggu lalu, sebuah laman blog mencetuskan kontroversi apabila menyebarkan beberapa keping foto Halim bersama seorang gadis yang dikatakan kekasihnya.
Bagaimanapun Halim menafikan dakwaan tersebut dan berkata wanita yang dikenali sebagai Dania Danisha dalam foto tersebut merupakan peminatnya. Kenyataan itu membuatkan Dania berang kerana seolah-olah dia dilihat beria-ia mahu menempa nama menerusi gosip tersebut. "Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja. Sudah beberapa kali kami keluar berdua malah dia pernah mengajak saya bercuti, adakah saya masih dianggap peminat? "Dia juga pernah berkata mahu melamar saya tetapi lamaran itu ditolak kerana usianya tidak sesuai dengan saya yang jauh lebih muda daripadanya. Jangan kerana nak lepas diri, dia (Halim) menipu," kata Dania menerusi status Facebook yang dimuat naik pada minggu lalu. Tidak lama kemudian, Halim masih menegaskan dia belum mempunyai teman wanita dan menyifatkan wanita berkenaan sengaja ingin mencari publisiti. Mengulas lanjut Halim berharap pihak media tidak memberi publisiti mengenai perkara ini. "Bila orang tanya, ia ibaratkan seperti menepis nyamuk yang banyak. Saya harap soalan ini tidak ditanya lagi," tegasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails