Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shae Akui Semakin Popular Di Negara Sendiri

Penyanyi Shae memberitahu kerjaya nyanyiannya di negara sendiri iaitu Indonesia semakin diterima dan dia mula dikenali sebagai penyanyi di negara asalnya itu. Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 21, yang mencipta nama di Malaysia melalui lagu Sayang mengakui dia terpaksa berkerja keras untuk memperkenalkan dirinya sebagai penyanyi baharu di tanah kelahirannya. "Susah untuk pihak media penyiran mainkan lagu saya dan saya terpaksa kerja keras pergi promosi di radio-radio di Indonesia untuk memperkenalkan diri dan lagu. "Alhamdulillah, akhirnya lagu saya sudah didengari dan menjadi pilihan radio-radio di sana dan mereka juga sudah ada yang mengenali saya sebagai penyanyi," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Shae berkata demikian selepas mengulas tentang isu sebelum ini bahawa namanya lebih popular di negara ini berbanding Indonesia. Dia ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Rindu bersama kumpulan baharu Nukilan yang diadakan di pejabat Warner Music, di sini, Selasa.
Sempena majlis pelancaran pada Selasa, lagu tersebut juga dimainkan pertama kali di semua radio berbahasa Malaysia secara serentak pada pukul 2.42 petang. Lagu Rindu ini merupakan ciptaan Malique dan Dedeq. Dalam pada itu, Shae berkata, dia teruja apabila mengetahui dapat bekerjasama dengan penyanyi hip hop terkenal yang juga pernah popular di negaranya. Katanya, ketika menerima berita itu, sepupunya di Indonesia banyak menceritakan sejarah populariti yang dikecapi lelaki itu bersama kumpulan Too Phat. "Saya tidak kenal Malique tetapi selepas saya beritahu pada seorang sepupu saya dia sangat gembira dan tidak sangka kerana dia adalah peminat Too Phat di Indonesia. "Dia menceritakan banyak perkara tentang Too Phat kepada saya sehingga membuatkan saya teruja untuk merakam lagu itu," ujarnya. Tambah Shae proses rakaman yang dilakukan selama dua bulan pada Disember lalu merupakan pengalaman manis kerana dapat bekerjasama dengan komposer tersebut. Shae berkata kolaborasi bersama kumpulan Nukilan yang dianggotai oleh Kirana, Kelana dan Agenda lebih menambah kemerduan lagu tersebut. Dia yakin kolaborasi yang tercetus daripada idea Malique itu adalah sesuatu yang istimewa dan berjaya mempertahankan namanya dalam industri muzik Malaysia.

Peminat Keliru Fazley Yaacob Cef Atau Penyanyi

Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob memberitahu ramai remaja dan peminat bukan berbangsa Melayu tidak mengenalinya sebagai seorang penyanyi gara-gara penonjolan bakatnya lebih kepada bidang masakan sejak kebelakangan ini. Fazley yang merangkul gelaran juara MasterChef Selebriti Malaysia pada 2012 mengakui, kebanyakkan mereka akan berkata wajahnya seiras dengan penyanyi yang pernah digelar 'abang asmara' sedangkan individu yang dimaksudkan itu merupakan orang yang sama. "Kelakar bila ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahawa wajah saya sama seperti seorang penyanyi. Hal itu bukan sahaja terjadi kepada peminat berbangsa lain selain orang Melayu sebaliknya ada juga remaja dari Malaysia sendiri. "Ada beberapa orang yang datang mendekati saya memberitahu saya seperti seorang penyanyi yang pernah digelar 'abang asmara'," ujarnya kepada mStar Online. Selain itu, menurut Fazley, ada beberapa peminat atau penonton program masakannya yang memuji bahawa dia seorang cef yang pandai menyanyi. Fatanya, perkara itu dilalui selepas mengadakan persembahan nyanyian dalam sesebuah acara demonstrasi tentang masakan. "Selalunya kalau ada majlis masakan atau dipanggil untuk melakukan demontrasi, saya akan membuat persembahan nyanyian pada penghujung majlis. "Selepas itu ramai penonton yang datang menghampiri saya dan memuji bahawa saya seorang cef yang pandai menyanyi, yang mana hakikatnya saya memang bermula sebagai seorang penyanyi," ujarnya. Oleh disebabkan itu, Fazley berkata, dia merancang untuk kembali menyanyi bagi merungkai kekeliruan tersebut. Dia kini dalam perancangan untuk keluar dengan album kelima selepas empat tahun menyepi dari bidang nyanyian. "Saya dalam perancangan untuk keluar dengan album terbaharu pada Mei ini yang mana akan memuatkan lapan buah lagu. Single seterusnya juga akan dilancarkan dan ia adalah berkonsep balada dengan tajuk berkaitan dengan asmara seperti lagu-lagu sebelum ini," ujarnya.

Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga

Penyanyi Syura tertekan apabila masyarakat mempersalahkannya akibat kegagalan rumah tangga yang dibina selama lapan tahun bersama bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin. Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron,28, berkata, ramai yang mencemuhnya di media-media sosial dengan menuduh dia lupa daratan selepas kembali semula dalam industri hiburan. "Sudah tentu saya tertekan apabila ramai yang mempersalahkan saya dalam hal ini, terutama bila saya tidak hadir pada sebutan rujuk yang pertama lalu. "Mungkin juga ada yang kata saya lupa daratan dan ingin membuang keluarga selepas kembali semula ke industri ini. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya rasa sedih dan terhina," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Terdahulu pada Selasa Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan bekas suami Syura, Mohd Fadhly, 33, menarik semula permohonan pengesahan lafaz rujuk yang telah dibuat secara lisan pada 10 November tahun lalu. Hakim Syarie, Abdul Halim Muhammad membenarkan keputusan itu selepas Mohd Fadhly menyatakan tidak mahu meneruskan kes tersebut selepas Syura selaku defendan enggan rujuk semula. Pasangan berkenaani disahkan bercerai talak satu pada September 2014.
Dalam pada itu, Syura meminta masyarakat tidak terus memandang negatif terhadapnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Malah katanya, keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah jalan terbaik yang telah difikirkan secara mendalam. "Mereka menghukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku dan saya tidak akan mendedahkan alasan dan punca perpisahan ini demi menjaga hati ramai orang. "Cukuplah mereka tahu ia adalah jalan terbaik untuk kami berdua dan ia sudah kami fikirkan semasak-masaknya," ujar Syura. Sementara itu, ditanya tentang keengganannya membina semula rumah tangga tersebut, Syura berkata, itu adalah keputusan nekadnya buat masa ini. Dia juga yakin mampu untuk menjalani kehidupannya sendiri dalam membesarkan tiga cahaya mata. "Buat masa ini belum bersedia untuk rujuk semula dan kes mahkamah tentang rujuk itu hanyalah untuk pengesahan sahaja kerana ia dilakukan dalam tempoh edah. Itu tidak bermaksud untuk rujuk pun. "Namun saya akui bekas suami ada berusaha untuk memujuk saya kembali. Buat masa ini biarlah saya hidup berdikari bersama ketiga-tiga anak saya," ujarnya. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan seorang lelaki.

ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ BERSAMA BABY

Gambar menarik Almy Nadia yang baru-baru ini selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur. Waahhh... tembamnya pipi Almy! Untuk info, gambar ini kami cilok dari rancangan Melodi yang bersiaran hari ini. Menurut Almy dan Fizz, mereka hanya akan berkongsi wajah anak mereka selepas berusia 40 hari.

CHE TA MANIS BERTUDUNG DIHARI LAHIR ZAIN SAIDIN

Manis bertudung! Demikian komen peminat Rozita Che Wan ketika menyambut ulangtahun ke-31 suaminya Zain Saidin malam semalam. "Happy Birthday suami ku," ujar Che Ta melalui IGnya. Mungkinkah Che Ta akan kekal dengan imej bertudung atau mungkin dia sekadar menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin yang difahamkan dipimpin oleh Imam Muda Asyraf ketika majlis berlangsung. Namun yang paling menarik, Che Ta telah menghadiahkan suaminya Pakej Umrah sebagai kejutan berbanding hari lahir sebelumnya. Mereka khabarnya akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama. Cayalah Che Ta!

Kanser Usus Enot Hampir Pulih Selepas Rawatan Tradisional

Keadaan kesihatan pelakon Enot yang menghidap kanser usus sudah 70 peratus sembuh selepas dia menjalani rawatan perubatan secara tradisional. Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 37, berkata, dia sudah boleh melakukan kerja-kerja seharian termasuk menerima tawaran berlakon. "Alhamdulillah boleh dikatakan penyakit saya sudah 70 peratus sembuh selepas mengamalkan rawatan tradisional masyarakat Jepun iaitu dengan cara pemakanan seperti sayur-sayuran dan makanan rebusan sahaja. "Saya sudah boleh berniaga seperti biasa dan terlibat beberapa penggambaran program televisyen, cuma berlakon sahaja belum ada tawaran kerana produksi tidak tahu saya sudah boleh berlakon semula," ujarnya kepada mStar Online. Enot ditemui pada majlis pengumuman senarai lima finalis di Anugerah Bintang Popular 2014 (ABPBH2014), di Hotel Royal Chulan, di sini, Selasa. Enot tersenarai dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular buat tahun kesepuluh bersama Didie Alias, Dottie, Ifa Raziah dan Jihan Musa. Dalam pada itu, Enot berkata, dia kini dalam usaha untuk membuat pemeriksaan doktor bagi mendapatkan pengesahan bebas daripada penyakit kanser tersebut. Sementara itu, Enot berkata, dia juga dipanggil oleh beberapa pihak bagi memberi ceramah dan berkongsi pengalaman berhadapan dengan penyakit itu. "Rezeki… saya juga dapat buat ceramah dan berkongsi pengalaman serta beri kesedaran kepada kaum wanita tentang penyakit ini. "Dahulu saya pun tidak pernah menyangka perkara ini dan ada usaha serta jalan untuk kita pulih semula. Saya harap wanita tidak mudah patah semangat," ujarnya. Sementara itu, ditanya perkembangan hubungannya dengan rakan baik iaitu Didie Alias yang dikatakan dingin selama ini, Enot berkata, mereka sudah berbaik semula. Katanya, Didie sering bertanya khabar melalui WhatsApp tentang kesihatannya. "Selepas berita tentang hubungan kami keluar, Didie ada hubungi saya dan kami seperti biasa gelak-gelak sahaja. Kami sudah faham perangai masing-masing dan tahu hati budi. "Walaupun dia (Didie) sibuk dengan kerja dan anak-anak, namun dia selalu bertanya khabar melalui telefon dan WhatsApp," ujarnya.

Sikap Memilih Punca Zul Ariffin Dituduh Sombong

Pelakon Zul Ariffin menjelaskan sikap selektif terhadap tawaran drama atau filem yang diberikan kepadanya menjadi punca dia kini dikatakan mula bersikap sombong. Zul, 29, berkata, faktor dia tidak mempunyai pengurus turut membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih projek kerana bimbang tidak dapat melunaskan semua tanggungjawab dalam satu masa. "Bukan mudah sebenarnya menguruskan kerjaya sendiri tanpa bantuan dan sebab itu saya perlu selektif dalam memilih projek kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah. "Saya juga mengakui jika ada permintaan yang tidak ada kena mengena dengan kerjaya, saya tidak menjawab permintaan tersebut dan mungkin itu juga menyebabkan saya dikatakan sombong," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Zul berkata, populariti yang dikecapinya bukan tiket untuk dia mendabik dada dan bersikap sombong sebaliknya ia adalah satu peringatan kepadanya untuk terus berusaha dalam membina tapak dalam industri.
Zul dan Fathia dilantik sebagai duta utama Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015). Jelas Zul, masih banyak ruang yang harus diperbaikinya dalam membuktikan kepada peminat dan masyarakat bahawa dia serius terhadap kariernya sebagai pelakon. "Populariti itu satu bonus terhadap usaha keras yang saya lakukan selama ini dan Alhamdulillah saya diterima baik oleh peminat. "Tetapi itu juga sebenarnya satu peringatan agar saya tidak leka dan terus komited terhadap minat saya dalam bidang lakonan," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Zul memberitahu dia teruja apabila dilantik sebagai duta utama Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL 2015) bersama-sama aktres Nur Fathia. DFKL 2015 bakal berlangsung pada 20 Mac depan.

Isteri Mendiang Loga Sedang Koma

Datin Susan Lovie Boudville, isteri kepada mendiang penyanyi Alleycats, Datuk Loganathan Arumugam, sedang bertarung nyawa untuk hidup akibat menghidap penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD). Susan, 58, sedang koma di Hospital Pulau Pinang selepas pengsan pada 14 Februari lalu. Beliau disahkan menghidap COPD, sejenis penyakit saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut, kira-kira empat tahun lalu. Menurut anak perempuannya, Dasha Logan, 26, ibunya telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan pada malam 14 Februari. "Dia sedang mandi dan pengsan apabila keluar dari bilik mandi. Abang dan rakan ibu saya berada di rumah ketika kejadian, " katanya, Rabu. Beliau menambah, saudara mara ibunya telah datang dari Sabah dan Australia selepas dimaklumkan mengenai perkara itu. Kawan rapat Susan, Mary Carlos-Westwood, 55, berkata dia berasa amat sedih. "Dia merupakan seorang wanita penyayang dan baik hati yang tidak teragak-agak untuk membantu orang yang memerlukan," katanya, sambil memberitahu mula rapat dengan Susan pada tahun 1999. Katanya, Susan telah tinggal dengannya di pangsapuri Permai Ria di Tanjung Bungah sejak September 2012 selepas rumah Susan di Jalan Azyze terbakar. "Dia tinggal dengan kami sehingga 31 Januari apabila anaknya membawanya berpindah ke apartmen Mar Vista," tambahnya. Susan bertemu Loganathan ketika dia bekerja di Kuala Lumpur. Loganathan, atau lebih dikenali sebagai Loga, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2007 selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakit tersebut. Bersama-sama dengannya adalah Datuk David Arumugam, di mana mereka membentuk kumpulan adik-beradik Alleycats pada tahun 1969 dan menghiburkan peminat di seluruh rantau ini selama 30 tahun.

Umur Bukan Ukuran Sara Ali Cintai Lelaki Lebih Muda

Pelakon Sara Ali memberitahu dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan muda bernama John Shaqeel, 22. Sara atau nama Siti Sarah Hairi Ali, 25, berkata biarpun tiga tahun lebih tua daripada lelaki tersebut, ia bukan sesuatu yang ukuran untuk mereka bercinta. "Ya, dia adalah kekasih saya dan kami sudah beberapa bulan bercinta dan sekarang masih dalam proses untuk mengenali satu sama lain. "Dia lebih muda daripada saya, namun bagi saya umur bukan suatu masalah atau ukuran yang penting kami serasi bersama," ujarnya kepada mStar Online. Bagaimanapun, Sara berkata, dia masih belum mempunyai perancangan untuk mengikat tali pertunangan atau mendirikan rumah tangga dalam tahun 2015 ini. "Buat masa ini belum lagi ada perancangan kearah itu, dan kami masing-masing sibuk untuk membina kerjaya dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Doakan yang baik-baik sahaja," ujarnya.
Gambar Sara bersama kekasihnya, John Shaqeel yang dimuat naik di Instagram. Sementara itu, ditanya tentang perkembangan kerjaya, Sara yang tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) mengakui kontroversi yang melanda tahun lalu membantu kerjaya seninya. Dia menganggap kontroversi tersebut sebagai publisiti yang sedikit sebanyak mengangkat namanya dalam industri hiburan tanah air. "Kontroversi yang datang kepada saya satu persatu sejak tahun lalu langsung tidak menjejaskan kerjaya saya sebagai pelakon. Alhamdulillah rezeki saya semakin baik, peminat juga masih menyokong saya. "Saya percaya berita baik atau buruk kepada seseorang artis adalah publisiti percuma, terima kasih juga kepada yang menaikan nama saya dengan cara itu," ujarnya Jelas Sara, tahun 2015 ini akan memperlihatkan kerjaya lakonannya semakin berkembang dengan kerjasama beberapa pelakon dan pengarah hebat tanah air. Dia bersyukur menerima tawaran-tawaran untuk bekerjasama dengan nama-nama besar yang mampu memberi pengetahuan kepadanya dalam bidang seni lakonan. "Rezeki yang datang memang tidak boleh dijangka, pada awalnya saya hanya ingin mengumpul portfolio sahaja untuk berlakon dengan pengarah yang bagus dan pelakon-pelakon bagus, namun selepas itu tawaran yang datang semua yang saya impikan. "Mula-mula saya berlakon dengan Fahrin Ahmad, kemudian saya dapat berlakon dengan Remy Ishak dengan pengarah Jamal Khan, selepas itu saya dapat berlakon dengan Beto Kusyairi dan Sabri Yunus pula. "Ada lagi projek besar akan datang yang saya tidak boleh umumkan, semuanya berjalan dengan baik," ujarnya.

'Saya Tak Tahu Anak Hartawan Mana' - Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose menyifatkan gosip kononnya dia kini sedang diintai oleh seorang anak hartawan sebagai cerita rekaan dan tidak mempunyai asas kukuh. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, berkata, dia sendiri tidak pasti siapakah individu dimaksudkan sedang mendekati dirinya dan hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas membacanya di akhbar. "Saya langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu dan pada saya gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak mempunyai asas. "Malah saya sendiri tidak mengetahui anak hartawan mana yang dimaksudkan," katanya kepada mStar Online, Ahad. Uqasha mengulas mengenai laporan dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa dia sedang diintai oleh anak hartawan dan mereka dikhabarkan pernah keluar bersama. Lelaki berkenaan dikatakan adalah tunang kepada seorang pelakon baharu dan pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain sebelum ini. Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia berasa pelik kerana sering dijadikan sasaran gosip biarpun perkara berkenaan tidak benar dan berharap dia tidak lagi dikaitkan dengan cerita seumpama itu pada masa hadapan. "Sudah-sudahlah buat cerita tidak benar mengenai saya. Saya sendiri pun tidak faham," ujarnya. Sementara itu, bercakap mengenai hubungannya dengan pelakon Syafiq Kyle, Uqasha menjelaskan dia tidak pernah menyorokkan status sebenar hubungan mereka kerana mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Malah kata Uqasha, dakwaan kononnya hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Syafiq menjadi penyebab dia berdolak-dalih mengenai percintaannya dengan lelaki itu juga tidak benar. "Hubungan saya dengan ibu Syafiq okey sahaja tidak seperti mana dilaporkan. "Tentang saya dan Syafiq, kami masih baik. Kami berkawan dan masing-masing sedang mengenali hati budi," jelasnya ringkas.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails