Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
ANAK SULUNG DIDIE ALIAS TAMAT ZAMAN BUJANG
Dengan hanya sekali lafaz, anak sulung kepada pelakon dan pelawak Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan, 22, semalam selamat bergelar isteri kepada Mohd Razishahriman Sabari, 29, seorang pereka grafik.
Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu aktor Ridzuan Hashim di hadapan jurunikah, Ustaz Muhammad Azwan.
Di dalam majlis tersebut, Dhaniyah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM15,000.
Majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N'Dah Mahligai itu telah dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua belah pihak.
Didie ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira kerana detik penting majlis perkahwinan puteri sulungnya berjalan dengan sempurna.
"Syukur kepada Allah, semuanya selamat dan detik penting ini berjalan dengan sempurna. Sebagai ibu saya gembira kini anak saya sudah memasuki fasa baharu hidupnya.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya doakan Dhaniyah dan suami kekal sehingga akhir hayat dan melayari hidup berumahtangga dengan bahagia," ujar Didie dipetik sebagai berkata.
Difahamkan, majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin ini telah diadakan semalam di lokasi yang sama.
"KALAU DAH PLAYBOY TU MENGAKU JELA!" - EMMA MAEMBONG
Hubungan cinta Emma Maembong dan Zizan Razak sudah tinggal sejarah. Emma sendiri sudah tidak mahu lagi mengenang kisah lalu. Pendek kata, Emma sendiri sudah 'move on' dan lebih selesa jika dirinya tidak dikaitkan lagi dengan pelawak berkenaan.
Namun, Emma bagaimana amat terkilan dengan sikap bekas kekasihnya itu yang cuba memburukkan dirinya dengan pelbagai versi cerita negatif. Apakah parut luka lama belum hilang hingga wujud situasi begini.
Emma melalui status di laman Twitter telah meluahkan rasa terkilannya yang berbunyi, "Sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak cerita perkara sebenar sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah PLAYBOY itu mengaku sajalah". Status itu jelas dapat diagak ditujukan Emma kepada Zizan.
Emma ketika dihubungi media, dia telah berkongsi apa yang terbuku di hati.
"Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya.
"Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama.
"Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini," ujar Emma dipetik sebagai berkata.
Bagi Emma, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Katanya, tiada gunanya memikirkan hal sebegitu yang tak memberi faedah dan membuang masa sahaja.
"Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana. Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri," jelasnya.
Jue Aziz Tertekan Sering Ditanya Bila Nak Hamil
Pelakon Jue Aziz berkata soalan bilakah dia akan menimang anak yang sering ditanya orang sekeliling membuatkan dia mudah rimas dan berasa tertekan.
Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz, 32, menyifatkan soalan seperti itu adalah perkara sensitif terutamanya bagi wanita-wanita berkahwin yang masih belum mempunyai rezeki mengandung.
"Saya tertekan dan rimas apabila orang tanya 'bila nak ada anak?'. Penat dah nak jawab.
"Sampaikan dalam hati saya berkata-kata, tak ada soalan lain ke? Siapa yang tidak mahu anak. Tetapi semua itu kuasa Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Jue berkata, sejak berkahwin dengan Bayu Pramana Putra Achmal pada 9 Mac 14, hampir setiap bulan dia akan membuat pemeriksaan untuk mengetahui adakah dia hamil ataupun tidak.
Bagaimanapun sejak dua bulan lalu, Jue mula reda dan hanya berserah kepada Tuhan selain tidak mempedulikan lagi persoalan orang tentang anak yang sering ditanya.
Sementara itu, bertanyakan mengenai kematian ayahnya, Ab. Aziz Maidin, 68, akibat penyakit jantung pada Jumaat lalu, Jue berkata, dia dan keluarga menerima pemergiannya dengan reda.
"Arwah ayah memang tidak ada penyakit sebelum ini tetapi entah kenapa tiba-tiba dia terkena serangan jantung dan terus koma. Saya dan keluarga tidak mahu melihat dia terseksa dengan bantuan alat sokongan hayat. Lantas kami meminta doktor untuk 'melepaskannya' pergi dengan tenang.
"Cuma saya ralat sedikit kerana arwah tidak bekesempatan untuk melihat saya dan suami mempunyai anak sendiri," ujarnya yang kini telah berhijab.
Dalam perkembangan lain, Jue bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Kapsul yang dijangka akan ditayangkan pada 17 September depan.
Kapsul merupakan sebuah filem sains fiksyen yang diarahkan oleh Martias Ali yang turut dibintangi Faizal Hussein, Zamarul Hisyam, Datuk Rahim Razali, Irfan Khairi, Elly Mazlein dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Filem ini mengisahkan mengenai sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Mahathir telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam.
Hazami Dalam Keadaan Lemah Akibat Pendarahan Usus
Penyanyi Hazami berada dalam keadaan lemah selepas dikejarkan ke hospital pada malam Khamis akibat menghidap pendarahan dalam usus.
Abangnya, Azhary Ahmad, 43, berkata, Hazami pada mulanya mengadu sakit perut kira-kira pukul 11 malam dan meminta seorang rakan membawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.
"Semasa tiba di klinik, dia tiba-tiba pengsan dan keluar darah dari bahagian ususnya menyebabkan doktor meminta ia dirujuk ke hospital,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.
Azhary berkata, selepas dihantar ke Pusat Perubatan Tropicana Damansara di sini, doktor mengesahkan Hazami mengalami komplikasi pada bahagian usus yang agak serius dan perlu menjalani pembedahan.
Katanya, penyakit tersebut boleh menjadi kanser jika tidak diubati dengan segera.
"Dia berada dalam keadaan yang sangat lemah. Doktor masih belum pasti bilakah pembedahan itu dapat dilakukan. Ia bergantung kepada keadaan Hazami," ujarnya.
Menurut Azhary lagi, buat masa ini Hazami dipantau di satu unit khas pusat perubatan itu dan tiada sesiapa dibenarkan melawat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja.
Sehubungan itu dia berharap agar para peminat dapat mendoakan kesihatan adiknya agar kembali sembuh seperti biasa.
Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, popular dengan lagu Sonata Musim Salju.
Beliau adalah pemegang Ijazah Kejuruteraan Reka Cipta dari Universiti Brunel, London.
"Artis Baharu Jangan Kesal Berhijab" - Irma Hasmie
Pelakon Irma Hasmie menasihati pelakon-pelakon yang baharu berhijrah agar tidak menyimpan perasaan kesal akibat peluang terhad dalam bidang lakonan selepas mengambil keputusan untuk berhijab.
Irma, 33, berkata, mereka perlu menetapkan niat sebenar berubah iaitu ke arah kebaikan selain harus percaya bahawa setiap rezeki yang datang adalah ketentuan Allah.
"Ada artis saya lihat takut nak mengenakan syarat kepada pengarah ketika berlakon kerana mereka bimbang tiada tawaran lagi pada masa akan datang. Jangan risau pada rezeki Allah dan setiap orang yang berubah perlulah berani menegakkan sesuatu yang mereka mahu," ujarnya kepada mStar Online.
Irma Hasmie diminta mengulas apabila terdapat pelakon yang mengadu kekurangan tawaran selepas mengambil keputusan untuk bertukar imej dengan menutup aurat.
Tambah Irma, mereka perlu percaya bahawa Allah sentiasa memberi rezeki dengan pelbagai cara biarpun bukan dalam bidang lakonan.
"Banyak cara rezeki yang Allah beri pada kita bila kita betul-betul berubah, saya dahulu lahir sebagai pelakon tetapi akhirnya diberi rezeki dalam bidang pengacaraan pula," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang kerjaya lakonan Irma berkata, dia sudah dua tahun menolak tawaran lakonan semata-mata untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Dia juga tidak mahu terlepas melihat pembesaran anak-anaknya jika terlalu sibuk dengan penggambaran.
"Saya memang terpaksa tolak secara baik tawaran berlakon drama terutama apabila melibatkan penggambaran di luar dari Kuala Lumpur.
"Kebiasaan masa yang dihabiskan terlalu banyak di set penggambaran dan saya tidak mahu terlepas masa bersama anak-anak dan mahu lihat mereka membesar di depan mata saya," ujarnya.
Kata Irma, buat masa ini, dia lebih selesa untuk menerima tawaran mengacara program-program televisyen yang tidak memerlukan komitmen terlalu lama.
"Saya masih bersama program untuk stesen TV Alhijrah dan satu projek berjudul Kerja Kahwin di Astro Prima yang bakal bersiaran September depan," ujarnya.
Reen Rahim Tidak Ambil Serius Gosip Pegang Tangan Teman Lelaki
Pelakon Reen Rahim tidak mengambil serius berhubung gosip terbaharu mengenainya yang mendakwa dia dilihat mesra dan berpegangan tangan dengan seorang lelaki ketika memasuki sebuah restoran dipercayai teman lelakinya baru-baru ini.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Rahim, 27, berkata, ia bukan satu isu besar kerana dia tidak melakukan perkara tidak senonoh ditempat awam.
"Pihak yang nampak saya itu terang-terangan ditempat awam dan siapa jejaka berkenaan rasanya tidak perlu saya huraikan kerana sebagai seorang manusia biasa saya juga berhak untuk berkawan," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Reen berkata, buat masa ini dia masih belum bersedia untuk bercakap mengenai jejaka berkenaan kerana ia peribadi.
Pun begitu kata Reen, dia juga tidak berhasrat untuk menyorok statusnya kerana baginya ia bukan perkara menarik untuk dihebahkan.
"Jika saya ingin sorok mengenai hubungan cinta saya lebih baik saya 'dating' dekat tempat tertutup tetapi secara dasarnya saya tidak selesa bercakap mengenainya. Pada yang tahu, tahulah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Reen berkata, selain sibuk dengan aktiviti lakonan dia baharu sahaja membuka sebuah butik pakaian di Andalas, Klang dekat sini.
Jelas Reen, dia mengambil keputusan untuk membuka butik berkenaan selepas menerima sambutan baik daripada pelanggan ketika menjual produknya secara kecil-kecilan Ramadan lalu.
"Saya fokus kepada pakaian lelaki dan Alhamdulillah semasa cuba berniaga pada Ramadan lalu ia mendapat sambutan yang cukup baik.
"Rezeki saya, selepas Hari Raya lalu dapat peluang membuka butik dan saya terus terima untuk mulakan perniagaan tersebut dengan lebih meluas," jelasnya.
Selain itu, Reen berkata, dia juga bakal memasuki set penggambaran filem Cinta Dan Air Mata arahan Seniwati Datin Rosnani Jamil."Filem berkenaan turut menampilkan Arja Lee dan penggambaran akan bermula pada 15 Ogos ini," katanya.
Abam (Bocey) Bangun Lima Pagi Masak Nasi Kurma Untuk Peminat
Pelakon dan pelawak Abam (Bocey) mendedahkan bangun seawal pukul lima pagi semata-mata untuk memasak Nasi Kurma khas buat peminatnya bersempena rumah terbuka Hari Raya yang diadakan di Gombak di sini pada Sabtu.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, sebanyak 25 kilogram beras digunakan untuk memasak hidangan istimewa itu yang turut dibantu ibunya.
"Alhamdulillah kesemua hidangan yang disediakan pada rumah terbuka ini dimasak sendiri oleh saya, ibu dan ahli keluarga lain untuk semua tetamu yang hadir ke rumah kami.
"Paling istimewa Nasi Kurma yang saya sendiri masak dengan bantuan ibu dan pukul lima pagi saya sudah bangun untuk memasak," katanya kepada mStar Online.
Hampir 1,000 tetamu menghadiri rumah terbuka tersebut yang terdiri daripada kaum keluarga, teman rapat, rakan artis dan peminat.
Dalam pada itu, Abam berkata, dia tergerak hati untuk menyediakan Nasi Kurma selepas mempelajarinya menerusi sebuah program masakan di televisyen baru-baru ini.
Bagaimanapun kata Abam, dia dan ibunya mengubah resepi asal bagi memberikan kelainan kepada hidangan tersebut.
"Sebelum ini tidak pernah buat pun cuma saya teringat menonton rancangan masakan yang menyediakan Nasi Kurma.
"Alhamdulillah melihat daripada sambutan pengunjung rata-rata menyukai nasi berkenaan," ujarnya.
Tambah Abam, Nasi Kurma turut dihidangkan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Dalca, Daging Goreng Sate dan Acar.
Selain hidangan tersebut, Abam turut menghidangkan makanan seperti Nasi Putih, Ikan Keli, Lemang, Rendang dan Bubur Kacang kepada tetamu.
Sementara itu, Abam berkata, majlis berkenaan yang bukan sahaja untuk meraikan Hari Raya tetapi sebagai majlis kesyukuran selepas memenangi trofi Pelakon Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) dan beberapa kejayaan lain sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem kelimanya berjudul Hantu Rumah Sakit Jiwa dalam masa terdekat.
Guru Tahfiz Perlu Diberi Gaji Tinggi - Amy (Search)
Vokalis kumpulan Search iaitu Amy berpendapat seseorang guru tahfiz di negara ini perlu mendapat bayaran gaji yang tinggi, setaraf dengan ilmu dan didikan yang diberikan kepada pelajar mereka.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, berkata, memikul tanggungjawab sebagai guru tahfiz bukannya mudah apatah lagi ia memerlukan ilmu dan pengalaman yang secukupnya sama seperti pendidik dalam bidang akademik lain.
"Saya faham, mengajar tahfiz adalah salah satu ibadah di dunia, tetapi mereka juga punya tanggungan hidup daripada segi makan dan pakaian, selain menyara keluarga.
"Berdasarkan pemahaman saya, masih ramai lagi guru tahfiz di luar sana mempunyai pendapatan yang sangat rendah sedang ilmu yang disumbangkan sangat besar nilainya. "Saya harap ada pihak yang prihatin dengan perkara ini agar guru tahfiz diberi pendapatan yang sepatutnya," katanya kepada mStar Online.
Amy berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai masalah pendapatan golongan pendidik tahfiz yang menerima gaji yang rendah.
Dalam pada itu, Amy berkata, dia juga memastikan guru-guru yang mendidik pelajar-pelajar di sekolah tahfiz yang ditubuhkannya iaitu Al-Bayan School of Quran & Hadith turut mendapat gaji yang tinggi dan setimpal dengan pengalaman.
Dia juaga ingin menaikkan taraf golongan guru tahfiz yang sering dianggap hanya mahu mengajar secara sukarelawan semata-mata.
"Mereka mendidik anak-anak kita menjadi seorang Islam yang berguna, jadi tidak ada salahnya kita menjaga kebajikannya. Setakat ini saya akan memastikan gaji yang mereka terima tinggi dan berbaloi. Baru semangat mereka nak mengajar.
"Tambahan pula saya lihat mereka juga berjaya mendidik tentang peradaban. Pelajar-pelajar yang sangat nakal di Al-Bayan kini sudah menjadi orang yang sangat berdisiplin. Alhamdulillah," ujarnya.
Al-Bayan School of Quran & Hadith yang dibuka sejak awal tahun lalu merupakan sebuah sekolah tahfiz untuk pelajar yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun.
Selain menghafal Al-Quran dan Hadis, mereka turut diajar Bahasa Arab selain pelajaran asas seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.
Sementara itu, Amy berkata, sehingga kini, seramai 18 pelajar mendaftar di sekolah berkenaan yang terletak di Sungai Buloh dan dia merancang untuk menambah cawangan sekolah tahfiz tersebut di Sabah pada September depan.
Usaha Rujuk Gagal, Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Kahwin
Hasrat bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, mahu memulihkan rumah tangga mereka dengan rujuk semula tidak kesampaian apabila aktres itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Megat, 30, berkata, walaupun dia mahu berbaik dengan bekas isterinya itu, dia tetap menerima berita tersebut selain menyifatkan mungkin sudah tiada jodoh antara mereka.
"Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia.
"Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, membuat pengumuman bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 33 tahun tidak lama lagi menerusi satu sidang media khas yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam dekat sini pada petang Ahad.
Aktres itu telah melangsungkan majlis pertunangannya pada sebelah pagi di kediamannya yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Bagaimanapun, Raja Farah enggan mendedahkan identiti bakal suaminya sehinggalah pada hari pernikahan mereka iaitu pada satu tarikh yang akan akan diberitahu kemudian.
Sementara itu, Megat turut menasihatkan kepada orang ramai terutamanya netizen untuk tidak berprasangka buruk terhadap aktres itu.
"Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya," ujarnya.
Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Pelakon itu kini melalui tempoh edah selama tiga bulan.
IMPIAN JADI KENYATAAN - ISTERI PERTAMA ASYRAF MUSLIM KINI SAH HAMIL
Selepas empat tahun menunggu, akhirnya isteri pertama Asyraf Muslim, 34, iaitu Noor Dayana Lokman, 28, disahkan hamil.
Difahamkan, usia kandungan Dayana kini sudah memasuki usia empat bulan.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini," ujar Asyraf dipetik sebagai berkata.
Teruja dengan kehamilan Dayana, Ashraf bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan kandungan Dayana di awal usia kehamilan.
"Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil," jelasnya.
Ashraf yang bakal menerima kehadiran dua orang anak sekaligus pada tahun ini juga mendedahkan yang dia akan menjaga kedua-dua isterinya itu dengan adil dan saksama.
"Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka," katanya.
Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah.
Selepas itu, Asyraf mencetuskan kontroversi apabila mengahwini Wan Sakinah Ahmad Saburi, 31, sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013.
Hasil perkahwinan Ashraf dengan Wan Sakinah, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sarah Ashraf yang kini berusia satu tahun.
Tahniah diucapkan!
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

















