Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Berita Kematian Palsu Boleh Buat Orang Hilang Semangat- Freddie Fernandez
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menyifatkan khabar angin palsu mengenai berita kematian seseorang selebriti yang masih hidup di laman sosial internet adalah budaya siber tidak sihat yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Freddie berkata, ini termasuklah fitnah mengenai isu 'kematian' penyanyi Hazami dan pelawak veteran, Pak Pie yang membuatkan hampir seluruh masyarakat di negara ini mempercayai berita palsu berkenaan pada minggu lalu.
"Saya lihat, semakin menjadi-jadi individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kematian palsu di internet.
"Kenapa perlu 'matikan' seseorang ikut suka hati? Bagi saya, ia satu perkara yang tidak bermoral lebih-lebih lagi apabila mereka sengaja menggembar-gemburkan bagi meningkatkan jumlah pembaca," katanya kepada mStar Online.
Freddie berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai trend berita 'kematian' palsu selebriti yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Dalam pada itu, Freddie berkata, walaupun berita berkenaan sekadar informasi palsu, tetapi ia boleh menjejaskan kehidupan seseorang secara tidak langsung daripada pelbagai sudut.
"Bayangkan, ketika seseorang itu sakit dan sedang bergelut untuk kembali sihat, berita kematian seperti itu akan melemahkan lagi semangat mereka.
"Silap-silap individu berkenaan bertambah sakit gara-gara mengenangkan berita kematian yang disebarkan itu. Tolonglah berhenti memfitnah dan bagi golongan yang membaca, jangan sebarkan berita tersebut sekiranya ia tidak sahih.
"Kasihani juga keluarga mangsa yang 'dimatikan' itu kerana mereka juga pasti risau dengan berita seperti itu," tegasnya.
Pada minggu lalu, dunia seni hiburan tempatan dikejutkan dengan berita 'kematian' penyanyi Hazami mengidap penyakit Diverticular (komplikasi berkaitan usus).
Berita tersebut membuatkan Hazami berasa terganggu lebih-lebih lagi dia menerima panggilan daripada beberapa pihak yang ingin mengetahui kesahihan berita itu.
Kemudian, viral mengenai 'kematian' pelawak veteran, Pak Pie atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar, 81, yang sedang dirawat di Hospital Kepala Batas pula menjadi bualan ramai.
Dituduh Bawa Lari RM4.8 Juta, Ada Individu Mahu Sabotaj Zed Zaidi
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi bengang apabila difitnah kononnya dia terlibat dengan kemelut Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) yang tidak melunaskan bayaran RM4.8 Juta kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Zed berkata, dia tidak tahu langsung mengenai masalah tersebut dan tiada kaitan dengan pihak KOSENI seperti yang diperkatakan.
"Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi ontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI.
"Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman," katanya.
Kira-kira dua minggu lalu, Seramai 38 usahawan IKS merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan kemelut masalah mereka dengan KOSENI.
Usahawan-usahawan tersebut mendedahkan menerusi sebuah sidang media yang diadakan telah ditipu apabila semua barangan yang bernilai keseluruhannya RM4.8 juta tidak dibayar seperti yang dijanjikan dan tertulis di dalam kontrak perjanjian.
Menerusi sidang media berkenaan, nama Zed juga disebut sebagai antara pihak dibawah KOSENI yang kononnya 'membawa lari' wang tersebut.
Sementara itu, Zed berkata, selepas membuat beberapa penyiasatan, dia berjaya mengesan individu yang menyebarkan fitnah mengenainya.
"Buat masa sekarang, apa-apa sahaja cerita saya yang keluar di akhbar, internet mahupun menerusi aplikasi Whatsapp, saya akan simpan sebagai bukti.
"Saya dah tahu siapa yang memfitnah saya. 'Menariknya', individu tersebut masih lagi memburukkan saya .
"Saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penyebaran fitnah ini masih berlanjutan," ujarnya.
Terkilan Diaibkan, Riezman Khuzaimi Perjelas Isu Hutang RM70,000
Pelakon Riezman Khuzaimi berasa terkilan gara-gara diaibkan menerusi laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad mengenai isu hutang dengan pengarah Amie Maziah yang bernilai hampir RM70,000.
Riezman berkata, laporan tersebut dilihat seperti lebih memihak kepada pengarah tersebut dan perkara itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama baiknya sebagai pelakon dan ahli perniagaan.
"Saya tak faham kenapa diaibkan begini. Asalnya, Amie mahu membeli rumah saya yang bernilai RM450,000. Oleh kerana saya mahu membantunya, saya buat konsep sewa dan beli.
"Tidak lama kemudian dia tidak membayar saya dan lari menghilangkan diri selama empat tahun. Dan saya pula tidak memulangkan wang depositnya. Mengikut undang-undang selepas dia melanggar perjanjian beli, saya berhak 'hanguskan' deposit dia.
"Tiba-tiba dia memfailkan saman terhadap saya kerana tidak membayar wang depositnya balik. Bagaimanapun, selepas pihak mahkamah membuat kira-kira, saya perlu membayarnya semula sebanyak RM60,000 lebih. Dia pula nak saya bayar secara lumsum mana boleh," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.
Menerusi laporan pojok di akhbar mingguan pada Ahad, Riezman dikatakan liat membayar hutang bernilai hampir RM70,000 kepada Amie selepas kalah dalam isu jual beli sebuah rumah yang terletak di Wangsa Maju, pada April 2013.
Oleh kerana gagal melunaskan bayaran tersebut, Amie telah mengambil tindakan lanjut dengan memfailkan permohonan pengisytiharan muflis ke atas Riezman supaya aktor itu tidak boleh ke luar negara untuk mengelak hukuman yang telah dijatuhkan terhadapnya.
Sementara itu, Riezman berkata, walaupun dianiaya, dia tetap akan menyelesaikan bayaran tersebut kerana enggan menanggung dosa hutang di kemudian hari.
Cuma aktor berkenaan terkilan dengan tindakan Amie yang dilihat sengaja mahu mengaibkan dia yang pernah membantu pengarah berkenaan ketika dia susah sebelum ini
"Saya tak sangka dia nak mengaibkan saya sedangkan dia yang tidak mampu memberi rumah saya dan dia lari. Kemudian dia saman saya. Tidak mengapa, saya mengikut perintah mahkamah sahaja.
"Cuma sebagai rakan industri, semasa dia tiada rumah untuk tinggal, saya bantu dia menjual rumah saya secara sewa dan beli. Sekarang, dia pula malukan saya balik dengan bercerita tentang saya yang saya berhutang dengannya. Tetapi kisah sebenar, tidak pula dia ceritakan," ujarnya dengan nada kesal.
ALMY NADIA JAWAB ISU WECHAT YANG DIDAKWA MILIK SUAMINYA
Sebelum ini, Fizz Fairuz didakwa mengatal dengan seorang perempuan yang bernama Fara Mendoza melalui satu gambar screen capture perbualan yang tersebar luas di media sosial.
Terkini isterinya, Almy Nadia telah mengambil pendekatan cukup diplomasi mengenai perkara ini.
"Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebenar... saya tak boleh beri komen lebih.
"Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang," ujar Almy dipetik sebagai berkata.
Menurut Almy, dia mengakui rakan media bertalu-talu menghubunginya kerana masih tidak dapat berhubung dengan Fizz untuk mengulas perkara itu.
"Sejak zaman dahulu, sampai sekarang saya sudah ada anak pun... memang kalau ada isu membabitkan Fizz, saya juga yang akan terpalit dan dicari. Sejujurnya saya tak boleh nak komen banyak kerana sebaik-baiknya tanyalah Fizz dulu.
"Selidik dulu, cari perempuan berkenaan dan tanyalah sesiapa yang berkait rapat dengan isu ini termasuk Fizz sendiri.
"Apa yang saya tahu Fizz tengah tidur di rumah kerana keletihan menjalani penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Michael Ang di samping Syarul Ridzwan, Abam Bocey dan Emma Maembong," jelasnya.
BENARKAN ISTERI PAKAI DRESS JARANG - AWAL ASHAARI DIKECAM PEMINAT
Baru-baru ini, Awal Ashaari telah dikecam peminat ketika menghadiri satu event Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2015) kelmarin di Pavillion, Kuala Lumpur bersama isterinya, Scha al-Yahya.
Ini kerana Awal telah membenarkan isterinya, Scha memakai dress jarang sehingga menampakkan peha.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menyifatkan Awal sebagai seorang suami yang dayus kerana membiarkan isteri berpakaian menjolok mata untuk dijadikan tatapan umum.
Pengguna sosial media yang kurang senang dengan pakaian yang digayakan oleh Scha ini meninggalkan komen berbaur provokasi. Tidak kurang juga ada yang sekadar memberi pesanan.
Peka dengan sikap 'ambil berat' peminatnya itu, Awal Ashaari tenang menjawab segala kritikan dan meninggalkan beberapa pesanan.
Nampaknya Awal dah belajar dari kesilapan lalu, tidak cepat melatah malah memohon maaf jika gambar yang dikongsinya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.
Apa-apa pun doakan yang terbaik buat pasangan ini.
AKHIRNYA LIYANA JASMAY HAMIL 2 BULAN
Bukan malu, tetapi mungkin bimbang berlaku sesuatu yang tidak disangka maka Liyana Jasmay terpaksa merahsiakan kehamilannya yang masuk bukan kedua. Iyalah... mungkin Liyana masih tidak rasa selamat sekiranya tidak masuk bulan ketiga agaknya.
"Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini.
"Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya memberitahu kepada umum setelah usia kandungan mencapai tiga bulan. Jadi, saya tidak tahu macam mana orang lain boleh dapat tahu dahulu," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Apa-apapun, tahniah diucapkan!
GAMBAR - ISTERI KEDUA ARHRAF MUSLIM TUNJUK 'BABY BUMP'
Gambar isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang baru-baru ini bercuti romantik di Langkawi bersama suaminya.
Paling menarik, Wan Sakinah yang kini hamil kira-kira 7 bulan sempat menayangkan 'baby bump' nya untuk tatapan umum. Waahhh... bukan main besar perut Wan Sakinah yang bakal menimang cahaya mata sulung itu. Heh.
TERKINI... KOMEN WAN SAKINAH
"Salam utk sahabat, stalkers & haters. Maaf psl gmbr yg menayangkn gmbr perut sy tu. Terlalu excited tgk perut boyot, tu yg pi upload tu. Bknnya nk show off bagai. Tau, org lain pun pregnant jgk. Tp sblm ni, pantang naik perut sket pi gym la. jog la. Sit up la. Tp now rs lain, bila tau pregnant je, dok tgu bila perut nk besaq.
"Time makan pun tak kira. Asal lapaq, makan! Lgpun org dok kata perut sy kecik. Tp bl hmpir 7 bln ni tb2 dia besaq! Tgk dlm gmbr lg nmpk besaq! Tu yg sy pi upload tu. Xrs seksi pun. cuma excited tang perut. xde niat nk sakitkn hati sape2.. Sy dh delete gmbr tu. Terima kasih atas teguran.
"InsyaAllah xkn berlaku lg upload gmbr bkn2. Sy mengaku sy salah. Selain mintak ampun kat Allah, mntk maaf pd suami, sy jg mntk maaf pd anda semua. Sy jgk maafkn anda yg xpenat dok maki hamun. Tak pyh la cari kat padang masyar. Jenuh. Ramai org. Ssh nk jmp. Kira 0-0 kat sini je la yea. Satu lg, jgn la hentam suami sy tu teruk sgt. Dia usaha jd suami yg terbaik utk kami berdua. Bkn setakat cukup mkn pakai. Agama pun dia bg. Tp tu la, dlm dok kawal, terlepas jgk.. Hehe.
"Sy mntk doakanlah kebahagiaan kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yg bakal dilahirkn nnt jd ank soleh atau solehah, yg sihat tubuh bdnnya & cergas akal fikirannya. Doakn jg Ashraf & teman baik sy, Dayana selamat tb di Mekah & dpt menunaikan ibadat umrah yg mabrur. Salam. -peace-".
DIKRITIK MUATNAIK GAMBAR CIUM MULUT - SHARIFAH SAKINAH DAH LALI
Sharifah Sakinah telah dikritik oleh peminat susulan gambar cium mulutnya bersama suami yang dimuat naik di Instagram miliknya sebelum ini.
Menurut Sakinah, dia sudah lali dengan kritikan yang diterimanya kerana ini bukan kali pertama dirinya dikeji mahupun dicela. Dia sudah malas untuk memperbesarkan hal ini kerana dia berpendapat isu ini adalah sangat remeh
Ini bukan kali pertama Sakinah berhadapan dengan kontroversi, sebelum ini dia cukup terkenal dengan aksi gila-gila dalam beberapa siri video yang dimuat naik ke Keek.
Bagi Sakinah, mungkin pada mulanya pengkritik akan menyerangnya secara bertalu-talu atas tindakannya itu, tetapi lama-kelamaan mereka akan senyap jika tiada siapa yang melayan.
"Saya cium pun dengan suami saya, bukan dengan orang lain. Malah ada lagi gambar saya yang agak seksi. Terutama gambar saya ketika tengah yoga dan aktiviti senam yang lain.
"Tak pula mereka nak kritik gila-gila. Jadi saya memang malas nak layan isu-isu macam ni, gambar itu pun saya tak 'delete'. Lama-lama nanti mereka senyaplah tu," ujar Sakinah dipetik sebagai berkata.
Afiq Muiz Luah Perasaan Dalam Puisi Ditulis Setiap Malam
Pelakon Afiq Muiz mendedahkan dia sering meluahkan perasaan dilaluinya dalam puisi yang ditulis setiap malam.
Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 22, berkata, sikapnya yang agak sensitive itu membuatkan dia lebih melakukan aktiviti sedemikian.
"Saya anggap menghasilkan puisi seperti menulis diari. Puisi itu saya tulis berdasarkan kehidupan harian saya yang disimpan dalam buku.
"Semua perasaan seperti rasa tidak puas hati, sedih, geram dan gembira pada ketika itu saya luahkan dalam puisi saya. Romantik? Ya, saya seorang yang romantik dan juga sensitif," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Afiq berkata, memandangkan mempunyai koleksi puisi yang banyak, dia bercadang untuk menjadikannya sebagai sebuah lagu.
Kata pelakon yang popular dengan drama Mr. Cinderella ini, dia turut bercadang untuk mengembangkan bakat seninya menjadi seorang penyanyi pula.
"Buat masa ini saya sudah mendaftar kelas vokal dan bermain gitar, baru sebulan. Nak kata minat, tidak juga, suara sedap ? Tidak juga. Biasa-biasa sahaja.
"Tetapi saya nak cuba sesuatu yang baru. Sebagai pelakon kita perlu tahu beberapa bidang seni lain sebagai pengalaman dan bagi mengukuhkan lagi karier.
"Apabila saya sudah yakin, saya akan muncul dengan single lagu baru saya Insya-Allah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Afiq bakal muncul menerusi lakonan drama terbaharu berjuduk Memori Cinta Suraya yang bakal ditayangkan bermula 17 Ogos ini. Ia disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang di Astro Bella dan Astro Mustika HD.
Siri 148 episod itu menggandingkan kerjasama tiga pihak iaitu syarikat Azteca, salah satu pengeluar rancangan televisyen Bahasa Sepanyol terbesar di dunia bersama Astro dan Global Station.
Memori Cinta Suraya menampilkan bintang ternama lain seperti Anzalna Nasir, Hisyam Hamid dan Miera Leyana.
"Saya Tak Kenal Dia" - Fizz Fairuz Jawab Isu Goda Pelakon Baharu
Pelakon Fizz Fairuz menyifatkan tuduhan aktres baharu Fara Mendoza kononnya dia cuba memikat wanita itu menerusi perbualan aplikasi sosial WeChat adalah tidak masuk akal.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, dia terkejut dengan gosip yang tersebar itu lebih-lebih lagi dia langsung tidak mengenali wanita berkenaan.
"Saya tidak pernah kenal apatah lagi jumpa atau berlakon dengannya. Jadi mana datangnya cerita saya cuba memikatnya?
"Jujurnya saya langsung tidak ada kena mengena dengan dia. Saya tak faham apa motif dia mendedahkan foto paparan skrin (screenshot) dan membuat kenyataan seperti itu.
"Hampir 24 jam saya bersama isteri dan anak-anak, bila masa pula saya nak buat perkara macam itu?" katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada pagi Selasa, sekeping foto paparan skrin yang menunjukkan perbualan Fara, 25, dan Fizz menjadi viral di laman sosial internet gara-gara aktres tersebuat yang memuat naik foto berkenaan di WeChat.
Bagaimanapun Fara telah memadamkan foto tersebut selepas diberitahu oleh rakannya Emma Maembong selang beberapa minit dia memuat naik status berkenaan di WeChat.
Sementara itu, Fizz berkata, dia tahu walaupun dia diberi peluang membuat kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar, dia sedar bahawa masyarakat tetap akan memandang serong terhadap dirinya.
"Saya tahu saya jahat. Tetapi itu dulu. Sekarang ini saya sudah mempunyai kehidupan sendiri bersama isteri yang saya sayang (Almy Nadia) dan anak-anak.
"Yang penting saya sudah membuat penjelasan kepada umum, begitu juga dengan isteri. Alhamdulillah, Almy faham dan menerima perkara ini dengan fikiran yang terbuka.
"Saya pun tidak mahu menuduh siapa-siapa dan malas nak melayan perkara remeh seperti ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Fizz turut menasihati kepada mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan mengenakan golongan artis dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas.
"Kepada orang di luar sana yang mahu mengambil kesempatan, jangan memburukkan orang sebarang. Tetapi kalau nak buat juga, teruskanlah mengaibkan orang. Ingat, Tuhan tetap memberi balasan," tegasnya.
Almy Nadia Sindir Fara Mendoza
Dalam pada itu, menerusi status terbaharu di Instagram Almy Nadia yang dimuat naik kira-kira pukul 5.15 petang Selasa, wanita itu menyindir Fara serta mendedahkan empat imej foto aktres baharu tersebut.
Menerusi status berkenaan, Almy menulis kapsyen: "Assalammualaikum semua selamat petang... Hujan lebat petang nih ribut... Hihihihihi apa2 pun sy gelak dulu gelak sambil golek2 ngan anak... Menikmati hari yg sejuk nih... Ok dah habis intro meh kami nak viralkan benda nih pulak.. Jom semua kita.
"FOLLOW ARTIS BAHARU INI" kesian this girl tak ramai FOLLOWER.. Pd DIRECTOR2 PRODUSER2 diluar sana please ambil ARTIS BAHARU ini berlakon.. Kesian this girl tak bnyk job.. This girl nak job.. Pls pls.. Kesian la kan dia..#hahahahahhahaahahhaahhaha#kauigtkaubolehlps #kauigtkaubesarsgt #jgnkacauumahtanggaaku #jgncuba2 "
Status tersebut membuatkan ramai yang memberi komen meluahkan rasa geram terhadap Fara yang dianggap penghancur rumah tangga orang.
Bagaimanapun ada juga yang menyokong aktres baharu itu dengan menyifatkan wanita itu mungkin adalah mangsa keadaan yang cuba keluar daripada godaan Fizz.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]













