Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
'Tanya Dia, Jangan Tanya Saya' - Suami Sari Yanti
Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.
Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.
"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya kepada mStar Online.
Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu.
Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; "Saya tidak bersetuju dengan penceraian".
Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Pada prosiding berkenaan, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan.
"Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah.
"Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya.
Mohd Edy bagaimanapun berkata, saman berkenaan hanya diserahkan kepada kakak kepada defendan.
Dalam pada itu, peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili Mohd Edy berkata, pihaknya menfailkan afidavit penyampaian saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah pada 19 Mac.
Munirah turut memohon kepada mahkamah supaya penyampaian surat saman berkenaan dapat dibuat secara tampalan di rumah defendan di Kuala Pilah.
Hakim Abdul Halim membenarkan permohonan berkenaan dan mengarahkan ia difailkan secara bertulis kepada mahkamah.
Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan.
Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.
Anak Krill (Sinar FM) Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Tiroid
Penyampai radio Sinar FM, Krill meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya bernama Ian Arrasyid, 12, selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid pada Rabu lalu.
Krill atau nama sebenarnya Khairil Rashid berkata, pembedahan tersebut telah dijalankan di Hospital Putrajaya selepas anaknya itu disahkan mengalami kanser Tiroid.
"Sebenarnya dari tahun lepas lagi ada ketumbuhan pada leher Ian tetapi saya sangka ia tidaklah begitu serius.
"Sehinggalah baru-baru ini doktor mengesahkan yang anak saya itu mengalami kanser Tiroid dan perlu dibedah segera. Alhamdulillah, dia kembali sihat," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Khamis.
Bagaimanapun, tambah Krill, Ian tetap akan menjalani rawatan susulan selepas sebulan pembedahan bagi melihat perkembangan kesihatannya itu.
Dalam pada itu, Ian akan menjalani rawatan setiap tiga bulan sekali sehingga akhir hayatnya sebagai langkah berjaga-jaga.
"Sekarang ini, Ian perlu bergantung pada ubat sehingga akhir hayatnya dan perlu membuat rawatan susulan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi memastikan sel-sel tiroid tidak akan muncul.
"Apa-apapun, yang penting dia dapat aktif dengan aktiviti hariannya seperti biasa. Alhamdulillah," ujarnya.
Selain Ian, Krill mempunyai dua lagi anak iaitu Ainnur Iman, 15 dan Nia Nurkaseh, 8.
SPM: Anak Rozita Che Wan Dapat Keputusan Cemerlang
Anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu sebanyak 9A.
Keputusan itu adalah bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi , Geografi dan Akaun.
Ammar, 18, yang merupakan pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka, berkata, dia tidak sangka memperoleh kejayaan tersebut, namun percaya berkat dan doa kedua-dua ibu bapanya memudahkannya lagi mendapat keputusan yang cemerlang.
"Alhamdulillah, syukur atas kejayaan ini. Selain usaha, saya percaya doa ibu dan ayah membuatkan saya berjaya mendapat keputusan yang ce,erlang.
"Apa-apapun, ini baru sahaja permulaan untuk meneruskan cita-cita saya di bidang Pelaburan Pembankan," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Khamis.
Rozita pada pagi Khamis turut meluahkkan perasaan gembiranya menerusi foto sijil keputusan anaknya itu yang dimuat naik dalam Instagram miliknya dengan kapsyen:"Congratulation sayang. Im so proud of you."
Ditanya apakah rahsia kejayaan Ammar sehingga mampu meraih keputusan yang cemerlang, katanya, dia memastikan untuk mengulang kaji pelajaran selepas habis sekolah bagi mengingati semula apa yang telah diajar di sekolah.
Malah, Ammar turut aktif dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan daya ingatan serta kepantasan IQ dalam berfikir.
Tambah Ammar, dia akan melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih selama setahun bermula Mei ini.
"Buat sementara waktu, saya akan belajar selama setahun di Semenyih sebelum menyambung pengajian ke universiti tersebut di United Kingdom," ujarnya.
Selain Ammar, Rozita turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Aniq Ezzra, 16.
Sharifah Sakinah Perjelas Tunjuk Perut Di Laman Sosial
Pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk meraih publisiti.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, sebaliknya berkata, tujuannya itu adalah untuk menunjukkan perbezaan fizikalnya pada bahagian tersebut semenjak aktif melakukan senaman kecergasan sejak dua bulan lalu menerusi program Fitness Sharifah Sakinah.
"Sebelum mengadakan program kecergasan tersebut bentuk tubuh saya bukannya langsing seperti sekarang dan tujuan saya memuat naik gambar itu adalah semata-mata ingin menaikkan semangat para peserta lain yang turut mengikuti program tersebut.
"Tiada niat atau tujuan lain dan saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial," katanya kepada mStar Online.
Sakinah ditemui pada majlis bacaan skrip filem Pekak di Sri Pentas di sini, Khamis.
Tambah Sakinah, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya namun berharap pihak yang tidak berpuas hati dengannya berfikiran positif.
Dalam pada itu, Sakinah turut mengakui menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk menarik peminat dan orang ramai menyertai kelas kecergasannya itu.
Kata Sakinah, menerusi cara itu dia dapat menarik minat peminatnya dalam memberikan kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidpuan seharian.
"Populariti itu ada kebaikannya jika ia digunakan dengan cara betul seperti menggalakkan peminat untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan itu yang cuba saya lakukan.
"Alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan ramai di antara mereka mula menunjukkan perubahan positif," jelasnya.
Tambahnya lagi, dia juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.
Sementara itu, Sakinah berkata, pada September depan dia akan berkolaborasi dengan sebuah pusat kecergasan bagi mengadakan program selama tiga bulan yang diberi nama 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness.
Jelas Sakinah, dia menyasarkan seramai 5,000 peserta menyertai program istimewa itu dengan pelbagai aktiviti kecergasan dalam tempoh tiga bulan.
"Itu adalah antara projek terbesar saya setakat ini dan kepada yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian malah bayaran yang dikenakan sangat istimewa," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Sakinah berkata, walaupun sibuk dengan program kecergasan anjurannya dia masih memberikan tumpuan kepada lakonan dan tidak bercadang untuk meninggalkan bidang tersebut.
"Seperti sekarang saya akan sibuk dilokasi penggambaran filem Pekak yang akan memulakan penggambaran minggu hadapan," katanya.
Iqwal Lebih Dikenali Selepas Dikaitkan Dengan Chacha Maembong
Penyanyi Iqwal Hafiz mengakui dirinya lebih dikenali selepas dikaitkan bercinta dengan aktres Chacha Maembong, 19, sejak lapan bulan lalu.
Iqwal, 22, berkata, perubahan drastik dilihat melalui peningkatan pengikut di laman-laman sosial yang kini sudah mencecah hampir 10,000.
"Saya berkawan dengan dia bukan untuk meraih publisiti semata-mata, namun begitu saya akui sejak dikaitkan dengannya orang lebih perasan kewujudan saya dalam industri.
"Saya tidak kisah apa juga yang orang ingin cakap tentang kami bercinta atau tidak, tetapi secara jujurnya saya dan dia seperti adi- beradik sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu, Ikhwal berkata, meraka juga sudah bertemu dengan keluarga masing-masing.
Tambahnya, sikap jujur dan ikhlas Chacha dalam perhubungan tersebut membuatkan mereka selesa bersama.
"Mungkin sebab kami berada dalam satu industri membuatkan kami serasi dan rapat.
"Kami saling bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing. Dia minat muzik dan kadang-kadang kalau ada masa, saya ajarkan dia bermain keyboard," katanya.
Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjayanya, Ikhwal mengakui terpaksa melalui jalan yang panjang untuk berada dalam industri seni tanah air.
Bagiamanapun, katanya, dia menganggap ia sebagai cabaran yang menguatkan lagi semangatnya untuk terus bersaing dengan artis-artis tempatan.
"Tiada masalah kalau lambat dikenali kerana kebanyakkan artis yang betul-betul berjaya mereka akan mengambil masa yang lama.
"Apa yang penting adalah pencapaian. Namun, itu bukan bermakna populariti itu tidak penting, cuma adanya pencapaian, seseorang artis itu mampu untuk bertahan lebih lama" ujarnya.
Dalam pada itu, Iqwal juga kini sedang sibuk dengan rakaman album keempat yang berkonsepkan Pop dan RnB.
Album tersebut yang diterbitkannya sendiri dibawah syarikat miliknya Empire All Star Event dan khas untuk pasaran Malaysia.
BILA ERRA BERTEMU 'JANTUNG HATINYA'
"LOVE of my life..! Mom miss u always sayang," Demikian kata Erra Fazira bila bertemu anaknya Engku Aleesya setelah sekian lama berpisah.
Bak kata pepatah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Semoga Erra tabah!
Itu gambar enam tahun lepas - Tauke
RABU lalu tersebar beberapa keping foto aksi mesra anggota kumpulan Jambu, Tauke bersama dua orang wanita berpakaian seksi yang dirakamkan di sebuah kelab malam.
Menerusi foto-foto yang telah disebarkan oleh sumber yang tidak diketahui, Tauke dilihat berpelukan bersama seorang gadis yang hanya memakai baju singlet putih manakala gadis yang memakai baju tiub biru memeluknya dari sisi.
Penyebaran foto-foto tersebut sekali gus mengundang pelbagai spekulasi peminat Tauke dan mendakwa pelawak terkenal itu kaki perempuan dan suka bersosial.
Tauke pernah tiga kali berkahwin dan menerusi perkahwinan pertama dan keduanya, Tauke dikurniakan enam orang anak.
Sementara perkahwinan ketiganya bersama seorang model sambilan putus di tengah jalan selepas dua bulan berkahwin sekitar awal tahun 2012.
Kosmo! mendapatkan penjelasan lanjut daripada Tauke dan ikuti perbualan berikut.
KOSMO!: Benarkah dakwaan yang timbul berkenaan tersebarnya beberapa keping foto Tauke sedang bersosial bersama dua orang wanita di sebuah kelab malam baru-baru ini?
TAUKE: Saya tidak nafikan itu adalah saya tapi gambar-gambar itu dirakamkan sekitar enam tahun lalu sebelum saya mendirikan rumah tangga. Benar setiap orang melakukan kesilapan dan saya mengakui kesilapan tersebut. Masing-masing ada kehidupan lampau dan adalah tidak adil untuk orang di luar sana menjatuhkan hukuman ke atas saya hanya kerana tersebarnya gambar-gambar itu.
Boleh gambarkan situasi sebenar foto-foto itu dirakamkan sekitar enam tahun lalu itu?
Gambar itu dirakam sekitar majlis selepas tamat penggambaran sebuah filem dan dua gadis itu merupakan peminat saya. Takkan pula saya mahu menolak kalau peminat mahu bergambar dengan saya, nanti dikatakan sombong pula. Manakala, lelaki yang berdiri di belakang saya pula merupakan salah seorang krew produksi filem berkenaan.
Bagaimanakah perasaan Tauke apabila foto-foto lampau anda disebarkan dan mengundang persepsi negatif banyak pihak?
Memang marah dan terkilan tapi saya sudah lali, saya percaya rezeki di tangan Tuhan. Sebelum ini pun banyak kali kes sebegini dikaitkan dengan saya cuma saya tidak boleh terlalu cepat melatah melainkan abaikan saja. Keluarga dan orang sekeliling saya tahu saya bukan individu sebegitu. Saya melihat perkara ini dalam sudut positif, mungkin impaknya orang akan lebih mengenali saya selepas ini.
Apabila foto-foto itu tersebar, Tauke dilabelkan seorang lelaki yang gemar bersosial dan kaki perempuan. Komen anda?
Saya sudah lama tidak ke kelab malam dan itu gambar-gambar masa lampau saya. Mungkin suatu masa dulu saya akan memuat naik foto saya bersama teman wanita baharu untuk berkongsi dengan peminat. Tapi ada pihak yang tidak faham akan nampak saya seorang kaki perempuan, padahal saya berkongsi perjalanan hidup saya atas dasar menghormati permintaan peminat.
Siapakah yang Tauke rasakan dalang di sebalik penyebaran foto-foto berkenaan?
Kalau dia adalah rakan saya dalam dunia seni, mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau dia orang luar atau bekas kekasih saya, mungkin niatnya mahu menjatuhkan saya.
Apakah pengajaran yang diperoleh selepas timbul perkara (penyebaran foto-foto sosial) itu?
Selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bergambar dengan sesiapa saja. Malah, di laman sosial saya pun tidak banyak foto peribadi yang saya muat naik kerana risau serangan itu akan terkena pihak lain. Saya tidak paranoid untuk berkongsi kisah peribadi saya selepas ini tapi mungkin akan ada perkara yang perlu saya tapis.
Jika tidak keberatan, sudi kongsikan perkembangan terkini Tauke dalam bidang hiburan?
Saya baru selesai penggambaran filem Hantu Bungkus Ikat Tepi dan sedang menantikan tayangan filem Mana Mahu Lari dan Abang Long Fadil tidak lama lagi.
Bukan kelab malam! - Nora Danish
MINGGU lalu heboh diperkatakan bahawa pelakon popular, Nora Danish, 32, yang sedang asyik berparti sempat meloloskan diri ketika pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan satu serbuan yang terhadap sebuah premis hiburan yang beroperasi secara haram, di Petaling Jaya.
Malah, serbuan tersebut yang turut disiarkan menerusi sebuah program majalah terbitan TV3 pada Isnin lalu, sekali gus mengundang persepsi negatif terhadap pelakon filem Cuti-Cuti Cinta itu.
Bagaimanapun Rabu lalu, Nora tampil memberi penjelasan bahawa dirinya tiada kena-mengena dengan serbuan berkenaan memandangkan majlis sambutan hari lahirnya yang dianjurkan berlangsung di sebuah restoran, bersebelahan dengan premis hiburan terbabit.
Justeru, Hits mendapatkan komen balas aktres genit itu bagi memberi peluang kepadanya untuk menjernihkan semula keadaan, secara tidak langsung membersihkan namanya daripada pelbagai tohmahan yang dilemparkan dek impak laporan program TV berkenaan.
Hits: Pada 7 Mac lalu, Nora dikatakan ada menganjurkan sebuah majlis di sebuah premis. Adakah ia benar?
Nora Danish: Saya seorang yang tidak berselindung. Menerusi laman instagram milik saya, ada dimaklumkan mengenai penganjuran majlis tersebut dan beberapa keping gambar serta rakaman video telah dimuat naik untuk dikongsi bersama pengikut saya. Jadi, memang benar saya ada menganjurkan sebuah majlis sempena sambutan hari lahir saya yang ke-32.
Sejujurnya, di manakah majlis tersebut diadakan?Nampak sangat eksklusif. Betul ke kos sewaannya mencecah RM5,000?
Ia sebenarnya sebuah restoran khas yang direka bentuk dan dihias dengan hiasan yang sangat cantik bagi mengadakan sebarang majlis keraian secara tertutup dan eksklusif. Bab kos sewaannya itu, biarlah saya sahaja yang tahu. Tak perlu!
Jadi, bagaimana pula boleh timbul isu majlis tersebut di sebuah kelab hiburan yang beroperasi secara haram?
Saya sendiri tidak tahu menahu macam mana isu ini boleh timbul, sedangkan saya menganjurkan majlis tersebut di sebuah restoran, bukannya kelab malam seperti yang didakwa menerusi laporan program TV berkenaan. Kalau tak silap saya, kelab itu terletak berhampiran dengan lokasi saya mengadakan majlis.
Ada yang mengatakan, restoran dan kelab malam itu berada di bawah pengurusan yang sama, bermaksud kedua-duanya beroperasi secara tidak sah. Apa komen Nora?
Sekalipun restoran dan kelab hiburan itu di bawah pengurusan yang sama, macam mana saya nak tahu premis itu beroperasi dengan sah ataupun tidak? Bukankah itu kerja pihak berwajib? Saya dan pengunjung lain hanya datang sebagai pelanggan. Itu sahaja. Jadi, bukan salah kami.
Apa yang Nora mahu simpulkan daripada kejadian ini?
Saya rasa segala kenyataan yang telah diberikan cukup jelas. Tetapi, jika ada sesiapa yang ingin mengata, saya tidak boleh nak buat apa-apa sebab itu mulut mereka. Cuma saya rasa amat kesal dengan laporan program TV itu seolah-olah saya yang bersalah.
Farid hargai Diana
HAMPIR sembilan bulan bergelar ayah ada sesuatu yang berbeza mengenai lelaki bernama Farid Kamil. Tidak menolak ada perubahan yang kelihatan ke atas dirinya, bagi Farid, 33, sesungguhnya ini ada perkaitan rapat dengan Muhammad. Melihatkan kesungguhan dia dan isteri untuk terus berkecimpung dalam dunia seni, ramai yang tertanya apa pula status buat anaknya nanti.
Dengan jelas enggan memberi kebenaran buat Muhammad berada dalam dunia seni di awal usia ini, menurut Farid dia sebenarnya tidak mahu mendedahkan Muhammad dalam keadaan yang boleh dieksploitasi. Mahu anaknya itu membesar dalam keadaan yang selesa, Farid juga tidak menolak sudah mempunyai perancangan terbaik buat Muhammad.
"Saya memang takut anak saya dieksploitasi. Buat masa sekarang saya memang tidak mahu dia muncul untuk apa-apa yang berkaitan industri ini.
"Sampai bila saya akan terus halang dia? Saya fikir selagi dia tidak mampu untuk berfikir, dan selagi saya perlu buat keputusan untuk dia, perkara ini tidak akan terjadi," katanya.
Menjelaskan mengapa dia dilihat terlalu mahu mengambil berat soal ini, bagi Farid ketegasan sebagai bapa adakalanya perlu. Mahu anaknya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain, bagi Farid ini merupakan cara untuk dia menegakkan hak anaknya.
"Saya juga dibesarkan dalam keadaan yang normal, jadi saya mahu anak saya mendapat benda yang sama.
"Jika suatu hari nanti dia nyatakan mahu menjadi seperti saya, itu saya tidak tahu kerana semuanya perancangan masa hadapan, tetapi buat masa ini saya tidak akan benarkan child labour, berlaku dalam keluarga kami," katanya.
Menunaikan impian ibunya agar anaknya ini dapat meneruskan permintaan menjadi hafiz al-Quran, Farid melihat ini menjadi perancangan terdekatnya buat Muhammad. Mahu menghantar anaknya ke sekolah agama secepat mungkin, dia berharap agar Muhammad mampu melaksanakan permintaan tersebut.
"Sebenarnya memang menjadi impian ibu saya untuk melihat salah seorang adik- beradik kami menjadi hafiz al-Quran.
"Memandangkan impian itu tidak tercapai jadi, permintaan itu saya cuba turunkan kepada Muhammad pula," katanya yang mahu melihat perkara itu berlaku dalam masa lima tahun.
Melihat kehadiran Muhammad sebagai suatu petunjuk jelas buat dirinya yang akan lebih menghargai pengorbanan ibu bapanya. Kini Farid mahu mereka di luar sana memahami keutamaan dirinya kini sebagai seorang ayah dan suami.
"Memang bila ada anak kita akan lebih faham pengorbanan yang dilakukan ibu dan ayah kita dahulu. Melihat wajahnya sahaja saya sudah tenang kini, itu antara kelainan yang dibawa Muhammad.
"Jika dahulu 24 jam itu diperuntukan untuk saya, kini saya akan pastikan setiap hari itu diperuntukan untuk tiga orang," katanya.
Diana ibu terbaik
Tidak menolak isterinya kini masih dalam proses pembelajaran, bagi Farid tiada apa yang kurangnya tentang soal itu. Jujurnya dia sangat berbangga dengan Diana yang dilihatnya menjalankan tanggungjawab terbaik buat anak mereka.
"Saya akui Diana masih dalam proses belajar, bukan sahaja dia tetapi saya juga. Jadi kami sama-sama besarkan Muhammad dengan acuan kami sendiri.
"Bagaimanapun saya tidak menolak Diana banyak belajar dengan ibu saya dalam soal ini, memang saya bangga dengan Diana yang tidak pernah putus asa memberikan yang terbaik buat Muhammad," katanya.
Bercakap soal kerjaya isterinya itu, Farid percaya Diana cukup bijak dalam perkara ini. Tidak melihat keperluannya menapis tawaran yang diterima Diana, dia percaya tanggungjawab seorang ibu mengatasi segalanya.
"Diana mempunyai pengurusan sendiri, jadi saya memang tidak campur soal itu.
"Saya tidak mengambil tahu soal tawaran yang diterima, memang keputusan itu datang dari dia. Tetapi saya tahu dia bijak untuk meletakkan keutamaan buat Muhammad dahulu," katanya.
Jika Farid menolak untuk meletakkan anaknya dalam industri hiburan seawal ini, tetapi tiada sebab untuk dia terus menyorokkan anaknya itu. Kata Farid lagi jika penayangan anaknya itu bersifat peribadi ia tidak mengapa.
"Saya hanya tidak benarkan anak saya turut dalam industri, tetapi untuk tujuan peribadi saya rasa tidak akan ada masalah.
"Perkongsian ini lebih kepada peminat kami," katanya.
Melihat penampilan Diana yang semakin kurus, Farid akui perkara itu ada kena mengena dengan dirinya. Obses tentang pemakanan, apa yang disarankan dia kepada Diana adalah untuk memastikan ibu kepada anaknya sentiasa sihat.
" Jangan salah sangka saya hanya ambil berat pengambilan makanan sahaja, selalunya saya akan fahamkan dia tentang nutrisi yang penting dalam setiap makanan.
"Selain itu juga Diana sendiri tahu akan kepentingan perkara ini memandangkan Muhammad masih bergantung kepadanya," katanya.
Masih teragak untuk memberikan tarikh sebenar nama penuh anaknya itu akan diumumkan, bagi Farid buat masa ini biarlah Muhammad hanya dikenali sebagai Muhammad sahaja. Tidak menolak ada merancang sesuatu, namun buat masa ini ada perkara lain yang perlu didahulukan dirinya.
"Saya tidak kisah kalau ada yang mahu membuat penyiasatan siapa sebenarnya nama anak saya, tetapi bagi pihak saya sendiri biarlah kami rahsiakan dahulu.
"Sebenarnya memang kami ada merancang sesuatu tetapi biarlah masa menentukan bila perkara ini akan terjadi," katanya.
Menyentuh soal kerjaya, Farid mengakui kesuraman dunia perfileman negara kini menyebabkan dia agak takut untuk mengarah. Selesa untuk berehat dahulu daripada dunia pengarahan, Farid bagaimanapun sudah mempunyai perancangan buat masa hadapan keluarganya.
"Saya selesa bersama MIG, buat masa ini saya memang tidak terfikir untuk keluar seperti Yana Samsudin. Buat masa ini perancangan untuk mengarah memang ada cuma belum tiba masa yang sesuai.
"Sejak balik dari Australia lagi sebenarnya saya memang sudah ada sesuatu dalam perancangan, buat masa ini saya mahu tumpukan buat kerjaya lakonan dahulu," katanya yang bakal muncul dalam filem Apokalips tidak lama lagi.
Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 3 November lalu, Farid tidak menolak untuk berkongsi momen indah itu dengan Hits. Bagi Farid ini adalah cara dia untuk menghargai ibu kepada anaknya itu.
"Kami memilih Kuantan, Pahang sebagai lokasi menyambut ulang tahun perkahwinan kami.
"Makan di tepi pantai pada waktu malam jujurnya memang kelakar sebab sampai tidak nampak apa," katanya ketawa.
Bercuti berlakon demi kandungan - Che Ta
Muhammad Ali atau Aishah merupakan nama yang sudah dipilih pasangan ini untuk bakal anak mereka. Tidak menolak teruja untuk mengetahui jantina anak, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memberitahu, dia sendiri tidak menyangka perkahwinan keduanya yang baru berusia empat bulan sudah membuahkan hasil. Tidak pernah tertekan dengan soal anak, bagi Che Ta dia bagaimanapun sangat teruja dengan perkhabaran gembira itu.
Walaupun ini merupakan kali ketiga buat Che Ta untuk bergelar wanita hamil. Namun ada yang berbeza kali ini.
Bagi Che Ta, ada perasaan takut untuk dia mengandung selepas 16 tahun berlalu. Hanya mengharapkan yang terbaik, wanita ini sudah mempunyai perancangan dalam memastikan dia benar-benar bersedia dengan kehadiran anugerah paling dinanti mana-mana pasangan suami isteri.
"Saya belum membuat pemeriksaan di hospital. Kalau tidak silap usia kandungan mungkin dalam lima minggu. Paling lambat saya akan buat pemeriksaan adalah pada hujung bulan ini. Kalau ikut perkiraan, mungkin Disember ini saya sudah mengendong bayi saya dan Zain," katanya tersenyum.
Baru sahaja menyambut ulang tahun ke-41, bagi Che Ta ini merupakan antara hadiah paling berharga. Tidak cukup dengan itu sahaja, dia yakin kehadiran anak ini bakal melengkapkan impian Zain untuk bergelar bapa.
"Zain memang rapat dengan anak-anak saya. Dia juga suka budak-budak. Jujurnya melihat anak adik-adik saya dia sering memberitahu dia yakin mampu menjadi seorang ayah yang baik untuk anak kami nanti.
"Mungkin ini hadiah hari lahir untuk kami berdua tahun ini, Zain baru sahaja menyambut hari lahir yang ke-30 pada 23 Februari lalu dan saya 9 Mac," katanya.
Seperti biasa berita baik yang dikongsinya melalui laman Instagram mengundang kata-kata tidak enak. Bagi Che Ta seperti biasa dia tidak terlalu ambil pusing soal itu memandangkan baginya tanggungjawabnya kini adalah untuk menghargai anugerah Allah ini.
"Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu bersikap negatif, itu memang melambangkan keperibadian mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain," katanya.
Mengingati kembali momen penting ketika dia mengetahui sudah berbadan dua, menurut Che Ta pada mulanya Zain enggan membenarkan dia meneruskan ujian.
Bagaimanapun selepas beberapa ketika Zain sendiri yang ke farmasi untuk membeli alat pengesan kehamilan.
"Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. Dia mungkin tak mahu kecewa.
"Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan kehamilan itu disimpan Zain dengan rapi yang menggambarkan bagaimana seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung," katanya tersenyum lebar.
Cuti berlakon
Tidak menolak bakal berehat daripada dunia lakonan bermula bulan April ini, bagi Che Ta dia tidak melihat ini sebagai sesuatu yang merugikan. Sama seperti ibu lain, dia tahu pengorbanan ini perlu dilakukan demi anaknya.
"Saya akan menghabiskan dahulu telemovie sampai hujung bulan ini. Selepas itu saya akan berehat dari dunia lakonan. Sebenarnya ini juga permintaan Zain. Jadi saya fikir dengan keadaan kini adalah lebih baik saya ikut sahaja permintaannya.
"Bagaimanapun bukan bermakna saya akan duduk di rumah sahaja. Selain menguruskan butik saya, pengacaraan dalam Primadona juga akan berterusan seperti biasa," katanya.
Menyedari sendiri ada yang perlu diutamakan buat masa ini, selain rehat dia juga pasti makanan serta vitamin tambahan lain akan menjadi makanan rutinnya selepas ini. Menurut Che Ta lagi buat masa ini dia sangat berhati-hati dalam memastikan kandungannya berada dalam keadaan baik.
"Memang Zain sendiri tidak mahu saya aktif. Dia mahu saya banyak berehat. Itu permintaan suami dan saya kena ikut.
"Mungkin dari segi pemakanan juga saya akan ambil lebih banyak makanan yang bernutrisi tinggi mulai sekarang, kerana tahu kini saya perlu makan untuk kandungan juga," katanya.
Menjelaskan keadaan kedua anaknya pula, Che Ta tidak menolak kehadiran orang baru ini nanti sedikit menggembirakan kedua anak terunanya Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra,16.
Walaupun dia sudah diberitahu kedua anaknya itu untuk mendapatkan seorang adik lelaki, Che Ta bagaimanapun bersyukur tiada riak cemburu buat kedua-dua anaknya itu.
"Mereka sangat gembira, walaupun jarak umur mungkin terlalu jauh, tetapi itu tidak pernah menyebabkan mereka tidak mahu kehadiran seorang lagi adik. Malah pernah mereka nyatakan kepada saya mahu seorang lagi adik lelaki.
"Anak kedua saya sebelum ini pernah menyatakan kegusaran kalau ada adik baharu nanti, katanya takut terpaksa menjaga adiknya. Bagaimanapun bila dia tahu saya mengandung dialah orang yang paling gembira kini," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]



