Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Gambar Anzalna Nasir Mandi Buih Di Singapura

Pelakon terkenal, Anzalna Nasir kini berada di Singapura bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul A Love to Remember untuk pasaran stesen TV Singapura. Anzalna Nasir telah berkongsi beberapa gambar sepanjang keberadaannya di sana menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan para peminat dan apa yang menarik, beberapa keping gambar Anzalna telah menjadi bualan hangat para netizen. Salah gambar yang menjadi tumpuan itu ialah gambarnya mandi buih di Marina Bay Singapura.

Gambar Terbaru Kereta Mewah Zizan Razak

Pelawak, pengacara dan pelakon terkenal, Zizan Razak sememangnya seorang yang amat bertuah. Kereta GTR milik Zizan ini memang menjadi idaman kepada ramai lelaki kacak dan gadis comel di luar sana. Apa pun, mari kita skodeng beberapa gambar terbaru kereta mewah Zizan Razak yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. ong gedek gedek

Nyanyian dikritik sumbang, Nadia selamba

Pernah meraih populariti sekitar era 1990-an dengan lagu Salam Untuk Kekasih, kini penama Zarina Mohd. Ali atau lebih dikenali sebagai Nadia kembali menjadi bualan peminat industri seni tanah air. Kemunculannya dalam program pertandingan nyanyian yang melibatkan penyanyi-penyanyi otai, Gegar Vaganza telah menyegarkan semula ingatan ramai terhadap pe­nyanyi bersuara serak-serak basah itu. Bukan itu sahaja, Nadia sebaliknya hadir bersama pakej. Dia disenangi para juri termasuklah Datuk Ramli M.S dan Datuk Khatijah Ibrahim, namun pada masa yang sama, penyanyi berasal dari Sabah itu teruk dikritik peminat muzik, khususnya penonton setia program berkenaan. Nadia dikatakan tidak lagi cemerlang seperti dahulu. Dia disindir peminat yang rata-rata menghakimi vokalnya kini sumbang dan tidak lagi selunak dahulu. Tidak mahu menghiraukan pendapat sebegitu, penyanyi berusia lewat 40-an itu cekal mendepani dugaan. Fokus pe­nya­nyi berimej rock itu, muzik tetap jalan kehidupannya. KOSMO!: Baru-baru ini nama Nadia menjadi bualan hangat peminat industri hiburan apabila kemunculan anda dalam program Gegar Vaganza dikatakan tidak memberi impak. Anda juga dilihat ba­nyak menampakkan ke­lemahan sehingga setiap kali membuat persembahan, ada sahaja peminat melemparkan kritikan dan merendah-rendahkan kredibiliti anda sebagai penyanyi otai. NADIA: Saya tidak pernah mengambil kri­tikan tersebut secara serius. Bagi saya, mereka mempunyai hak untuk berkata apa sahaja. Mungkin saya kini tidak lagi sehebat dahulu, namun saya akan tetapkan pendirian untuk kembali mengambil tempat dalam industri hiburan Malaysia. Memandangkan anda kini muncul dalam program realiti tersebut, adakah anda bercadang untuk menumpukan sepenuh perhatian anda dalam karier muzik? Ya, kini saya sudah bersedia untuk memberi sepenuh perhatian saya terhadap bidang muzik. Rasanya, masih ada permintaan untuk saya di sini (industri muzik). Khalayak juga ­ingin tahu siapa penyanyi sebenar lagu Salam Untuk Kekasih. Sokongan yang diterima membuatkan saya terharu dan menjadi sebahagian daripada motivasi untuk saya teruskan perjuangan dalam bidang nyanyian. Untuk kembali semula menjadi pemain dalam industri hiburan, seseorang penyanyi memerlukan produk baharu. Apakah perancangan anda? Alhamdulillah, saya kini dalam proses untuk menghasilkan album terbaharu yang mengandungi tujuh buah lagu baharu nukilan saya sendiri. Album tersebut masih dalam pembikinan dan dijangka akan terbit menjelang tahun depan. Boleh anda ceritakan secara lebih terperinci mengenai album tersebut? Kesemua lirik lagu yang dimuatkan dalam album itu adalah tulisan saya sendiri. Saya juga akan terus mengekalkan jalur rock yang sudah menjadi imej saya selama ini. Seba­nyak tujuh buah lagu telah dihasilkan, salah satunya daripada lagu dalam album tersebut ialah hasil kerjasama dengan seorang komposer muda dari Indonesia yang dikenali sebagai Pian. Saya sendiri telah menghasilkan enam buah lagu. Bagaimanapun, lagu-lagu dalam album berkenaan akan dilancarkan satu persatu sebagai single. Single pertama akan dilancarkan selewat-lewatnya menjelang Februari nanti. Selain berniat untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian, apakah perkembangan terbaharu anda? Saya kini telah mengusahakan sebuah motel. Motel tersebut merupakan sebuah banglo yang diwa­risi keluarga sejak turun-temurun. Pada tahun 2009, saya dan keluarga mengambil keputusan untuk me­lakukan pengubahsuaian terhadap banglo 13 bilik tersebut. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana keunikan seni bina banglo itu sendiri cukup sebagai tarikan. Persekitaran yang menyajikan pemandangan ladang teh yang menghijau juga mengundang tarikan tersendiri. Dua faktor itulah yang membuatkan Timah’s Motel yang saya usahakan di Sipitang, Sandakan, Sabah menjadi pilihan pengunjung. Kos penginapannya juga berpatutan. Boleh anda ceritakan sedikit mengenai kehidupan peribadi anda? Seperti ramai yang sedia maklum bahawa saya merupakan seorang ibu tunggal sejak empat tahun lalu. Jadi, saya terpaksa bekerja keras untuk menyara dua orang anak saya, Arif, 12, dan Farah, 8. Saya mahu berikan yang terbaik untuk mereka. Sebab itulah saya perlu mempunyai kewa­ngan yang kukuh di samping terus aktif dalam karier nyanyian.

Aliff Aziz Jawab Insiden Mengamuk, Tumbuk Pekerja Hotel

Penyanyi Aliff Aziz menimbulkan kontroversi baharu apabila dia dikatakan bergaduh di sebuah hotel dekat sini sehingga didatangi pihak polis untuk meleraikan keadaan. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, bagaimanapun tidak menafikan perkara berkenaan sebaliknya mendakwa semasa kejadian dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk. "Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai. "Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu. Dalam kejadian pada Isnin lalu, Aliff dikatakan mengamuk di sebuah hotel yang menjadi lokasi penginapannya sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas. Semasa kejadian Aliff kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan apabila dia dilaporkan menumbuk pekerja hotel berkenaan. Situasi itu dikatakan turut disaksikan oleh penggiat-penggiat seni yang berkampung di hotel tersebut sempena penganjuran AIM 21 itu. Dalam pada itu Aliff yang ketika ini berada di Singapura berkata, adalah tidak logik baginya menimbulkan isu baharu sedangkan dia berusaha membersihkan namanya yang dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini. Dia juga mahu menjaga nama baiknya apatah lagi bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun depan. "Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu. “Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya," katanya kepada mStar Online. Sementara itu Aliff berkata, dia kini sedang melakukan rawatan tradisional bersama seorang ustaz di Singapura bagi mengembalikan semangatnya yang telah hilang. Malah Aliff juga sanggup menjalani ujian darah jika ada mana-mana pihak masih menuduhnya mengambil dadah. "Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz. "Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah," ujarnya.

Dilabel Sombong Tidak Jejaskan Mimi (One Nation Emcees)

Vokalis kumpulan One Nation Emcees iaitu Mimi merasakan personalitinya yang lantang bersuara dalam memberi pendapat antara penyebab dia dilabel sebagai sombong oleh sesetengah pihak. Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 27, berkata, sejak dahulu lagi dia tidak pandai untuk bersikap 'bermuka-muka' atau menyimpan pandangannya terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan cara itu menjadi satu pertikaian. "Jika saya marah, sedih atau pun gembira saya memang akan tunjuk dan tidak pandai sorok perasaan sebenar dan mungkin itu yang menyebabkan orang terus melabel saya dengan hanya melihat pada satu situasi. "Tapi saya tidak nafikan memang saya seorang yang lantang bersuara dan rakan-rakan tahu akan personaliti saya itu," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Mimi berkata, dia tidak perlu berasa hati dengan tuduhan tersebut kerana ia adalah hak masing-masing dan tidak ada kena mengena dengan dirinya. Mimi menjelaskan tuduhan itu langsung tidak menjejaskan reputasinya kerana dia bukan seperti mana digambarkan oleh sesetengah pihak. "Pada saya setiap orang ada hak untuk membuat penilaian terhadap seseorang termasuk saya dan apa yang diperkatakan itu tidak ada kena mengena dengan saya. "Saya bukan seorang yang sombong dan sebenarnya saya peramah dan mudah bergaul dengan orang lain. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'," katanya. Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Mimi berkata, dia bersama ahli kumpulan One Nation Emcees baharu sahaja melancarkan single berjudul Hoi Ya Hoi. Jelas Mimi, mereka juga turut mengarahkan muzik video berkenaan dan ia bakal dilancarkan menerusi Youtube dalam masa terdekat ini. "Kami masih lagi aktif sebagai sebuah kumpulan dan baharu sahaja lancarkan single terbaharu dan berharap ia akan mendapat sambutan peminat kami. "Paling menarik muzik video Hoi Ya Hoi turut diarahkan oleh kami sendiri dan tidak sabar rasanya untuk melancarkan hasil kerja kami itu," katanya.

Pelakon Syarul Ridzwan Kemalangan, Kereta Terbalik

Keadaan kereta dipandu pelakon baharu iaitu Syarul Ridzwan rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Seremban, petang Khamis. Syarul, 25, berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi, Negeri Sembilan selepas penggambaran drama Street Vendetta. Kemalangan terjadi di jalan Sungai Ujong. "Saya baru habis penggambaran di Linggi dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika di Jalan Sungai Ujong, Seremban jalan terlalu licin sehingga saya terlanggar pembahagi jalan dan tidak dapat mengawal kereta lalu kenderaan saya berpusing dan terbalik dengan tayar naik ke atas.
"Namun, saya tidak mengalami apa-apa kecederaan atau meninggal dunia seperti khabar angin yang tersebar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis. Bagaimanapun, Syarul berkata, kereta jenis Honda City yang dinaikinya dalam proses untuk dialihkan. Dia kini masih menyelesaikan beberapa hal termasuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran. Syarul yang merupakan pemenang tempat ketiga Pencarian Hero Remaja dan popular menerusi drama Romi Cinta Julia.

Nadiya Nisaa Tidak Letak Syarat Pilih Tawaran Berlakon

Pelakon Nadiya Nisaa tidak pernah meletakkan sebarang syarat tertentu dalam memilih tawaran diberikan biarpun dia pernah merangkul trofi Pelakon Pembantu Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011). Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin, 29, berkata, tidak perlu untuk dia berbuat demikian kerana padanya apa yang lebih penting sesuatu watak diberikan bersesuaian dengan jiwanya sebagai pelakon. "Setakat ini saya tidak pernah memilih projek diberikan kepada saya malah filem atau teater berbajet rendah pun saya terima sekiranya watak diberikan sesuai dan buat saya selesa. "Hayat dalam bidang ini bukan kekal selamanya dan selagi ada ruang dan peluang saya akan terima dan lakukan yang terbaik," katanya kepada mStar Online. Nisa bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha yang bakal berada di pawagam bermula 25 Disember ini. Filem tersebut turut menampilkan pelakon seperti Bront Palarae, Iedil Putra, Megat Sharizal, Amerul Affendi, Sharifah Armani dan Siti Saleha.
Dalam pada itu, Nadiya yang dilihat sepi daripada sebarang publisiti sejak akhir-akhir berkata, biarpun populariti itu memainkan peranan namun dia tidak mempunyai sebarang strategi bagi memastikan namanya terus kekal dalam industri. Nadiya juga percaya sekiranya dia fokus, menjaga disiplin dan mutu kerja populariti itu akan datang dengan sendiri tanpa perlu dirancang dengan strategi tertentu. "Bukan mudah untuk merancang strategi dalam industri ini tetapi saya yakin populariti itu akan datang secara organik dan paling penting sebagai pelakon saya perlu mengekalkan disiplin dan kualiti dalam kerja. "Ini kerana menerusi etika kita dalam bekerja ia akan menjadi buah mulut orang dan sekali gus pasti rezeki itu akan datang dengan sendiri," ujarnya. Sementara itu, bercakap mengenai Terbaik Dari Langit, Nadiya berkata, filem berkenaan menuntutnya untuk melakukan pengorbanan besar apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga yang disifatkan tidak mudah. Bagaimanapun kata Nadiya, dia bersyukur apabila dapat bekerja dengan produksi yang memahami situasinya sebagai isteri dan ibu dengan memberi kebenaran untuknya pulang ke Kuala Lumpur bagi bersama keluarganya. "Kami menjalani penggambaran di Ipoh, Perak selama 35 hari tetapi saya akan pulang menaiki kereta api setiap tiga hari untuk bersama keluarga sebelum kembali ke lokasi penggambaran. "Biarpun sukar tetapi saya puas dengan pengorbanan itu kerana hasil akhir filem ini membuatkan saya sedar betapa beruntungnya saya dapat bekerjasama dalam sebuah projek yang cukup ikhlas," katanya. Dalam perkembangan lain, Nadiya berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran dua buah telefilem terbitan syarikat produksi milik Datin Zizie Ezzette di Pulau Langkawi. "Kru berkampung selama sebulan di sana untuk menyiapkan empat buah telefilem dan saya terlibat dalam dua buah drama sahaja yang diarahkan oleh Isma Yusoof dan selepas ini akan memberikan tumpuan kepada promosi filem Terbaik Dari Langit," katanya.

Norman Hakim Berasa Marah Tidak Ke Gim

Pelakon Norman Hakim memberitahu dia tidak pernah gagal walaupun sehari untuk melakukan senaman di gim bagi mengekalkan bentuk badan sasa. Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 38, berkata, dia menjadikan perkara tersebut sebagai rutin harian yang diamalkan sejak lima tahun lalu. "Dulu saya pergi gim untuk buang sifat negatif dan bina otot, namun semakin lama saya jadi ketagih sehingga menjadi rutin harian saya. "Kalau terlalu sibuk sekalipun saya akan curi masa untuk buat 'kardio' asalkan dapat mengeluarkan peluh," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Norman mengakui emosinya boleh terganggu dan perasaan mudah marah apabila tidak dapat bersenam di gim. Tambah Norman, isterinya pelakon Memey Suhaiza memahami situasi itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukannya. "Saya punya ketagih untuk ke gim boleh diibaratkan kalau ada orang bayar supaya saya tidak bersenam sekalipun... saya tolak. "Susah nak cakap perasaannya, kalau saya tidak pergi saya rasa mudah berasa marah," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang lakonan, Norman kini lebih mengutamakan watak ringan berbanding watak yang terlalu mencabar dan antagonis. Katanya, pada usia sebegini dia lebih selesa membawa watak sebagai seorang bapa yang mempunyai anak-anak kecil. "Akhir-akhir ini saya ambil watak yang ringan dan mudah sahaja kerana tidak perlu terlalu menjiwainya. "Watak-watak yang saya ambil selalunya memang ada kena mengena dengan saya dan mudah untuk dilakonkan," katanya. Norman bakal keluar dengan drama 3 Campur 2 yang akan bersiaran bermula 13 Disember ini, setiap Sabtu, pukul 11 pagi di Astro Ceria, Prima dan Maya HD.

Ibu Awie Meninggal Dunia Kerana Sakit Tua

Ibu kepada vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi Jumaat kerana sakit tua. Azizah Abdul Hamid, 75, menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman penyanyi itu di Ukay Perdana, Ampang, dekat sini. Allahyarham dikatakan terjatuh ketika hendak ke bilik air sebelum ditemui oleh orang gaji. Difahamkan, Allahyarham menghidap kencing manis serta darah tinggi dan tinggal bersama Awie sejak penyanyi itu mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Rozana Misbun.
Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan 16 cucu. Suaminya, Othman Md Arof, 78, meninggal dunia pada 2011. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Cheras Baru dekat sini selepas solat Jumaat.

Puteri Balqis Pelakon Wanita Terbaik Asia

Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura pada malam Khamis. Kemenangan Puteri Balqis yang baharu berusia 7 tahun itu menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul Balqis yang disiarkan di TV3. Selain Puteri Balqis, turut tercalon dalam kategori tersebut adalah Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan). Balqis turut tercalon menerusi kategori Drama/Telefilem Terbaik. Puteri Balqis terdahulu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November lalu. Selain Puteri Balqis, pemenang lain pada malam itu adalah Pierre Png (Singapura) menerusi lakonannya dalam Zero Calling manakala Rayson Tan memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Pemenang lain pada malam itu adalah Hsieh Chung Hsuan (Taiwan) yang membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam Lonely River. Manakala drama bersiri Naoki Hanzawa dianugerahkan sebagai Drama Bersiri Terbaik. Asian Television Awards 2014 menyaksikan 1,371 penyertaan daripada 14 buah negara Asia Pasifik termasuk 199 stesen televisyen, 64 buah produksi untuk berentap menerusi 38 kategori dipertandingkan. Ia dihoskan oleh Harith Iskander, George Young, Sazzy Falak dan Stephanie Carrington. Antara selebriti yang turut hadir ke acara berkenaan adalah Zhai Tian Lin, Selena Li, Dennis Trillo, Tien Hsin dan 2moro.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails