Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rindu lakonan Sofia Jane


SUDAH lama rasanya tidak melihat wajah manis Sofia Jane menghiasi drama atau filem tempatan sejak berkeluarga. Sebagai peminat setia pelakon ini sudah pasti saya cukup mengharapkan Sofia muncul bagi mengubati kerinduan peminat tegar seperti saya.

Masih terbayang kehebatan Sofia di pentas lakonan. Berilah apa sahaja watak kepada dia, pasti akan dilunaskan dengan baik. Malah populariti Sofia satu ketika dahulu cukup untuk menimbulkan fenomena pada era kegemilangannya.

Namun sampai hari ini kami masih mengharapkan Sofia dapat muncul di pentas lakonan. Kalau sudah tidak mahu aktif seperti dulu kala, muncullah sekali sekala. Setidak-tidaknya kami tahu Sofia masih ada untuk peminat seperti kami yang tak pernah henti-henti mendoakan kejayaannya.

Bila sebut nama Sofia, pasti ramai yang akan terbayangkan filem Perempuan, Isteri dan .... Filem yang cukup hebat itu masih meninggalkan kesan di hati saya walau sudah bertahun lama. Kepada Sofia, selamat maju jaya.

* Lily Rania,

Segamat, Johor.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails