Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Awas dua perempuan itu!


WANITA ini tenang tatkala membicarakan isu melibatkan namanya. Ini tentang episod perang mulut dengan dua pelakon wanita lain, Didie Alias dan Sharifah Sakinah.

Perselisihan yang semakin panas itu telah bertukar kepada fitnah yang sekali gus mengundang salah faham.

Baru-baru ini, Julia Ziegler dikatakan ‘menyerang’ Didie dan Sakinah kerana bercerita buruk mengenai urusan peribadi di belakangnya.

Perihal tersebut menyebabkan anak kacukan Jerman-Melayu ini dijadikan bahan perbualan di kalangan orang industri. Macam-macam versi yang timbul sebab cerita tentang Julia sentiasa ‘dikemaskini’.

Sama ada dari mulut dua pelakon itu atau daripada ‘pelakon tambahan’ episod drama yang menjadikan Julia sebagai pelakon utamanya iaitu kakak Sakinah Sharifah Shahirah dan Gambit Saifullah.

Kisah bertegang urat itu juga semakin menjadi-jadi apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan yang entah di mana pokok pangkalnya. Namun, apa yang jelas semuanya bertitik tolak dari cerita kelakuan tidak senonoh Julia dengan seorang kru drama satu ketika dahulu.

Bagi Julia pula, kesemua fitnah yang membabitkan namanya itu umpama ‘timbunan batu blok jatuh menghempap di kepala’. Semakin lama Julia diamkan, semakin banyak pula kesakitan yang dirasainya itu.

Tidak sanggup lagi menahan bebanan derita, Julia memutuskan untuk bercerita kepada Pancaindera pada satu sesi fotografi , pagi Selasa lalu.

Pemilik produksi Zioss Film Sdn. Bhd. ini bersedia untuk menjelaskan duduk perkara sebenar agar masyarakat tidak lagi menuding jari atau melabel yang bukan-bukan tentang dirinya.

“Perselisihan yang berlaku pada hari ini bertunas sewaktu saya berlakon untuk drama Noktah Erna kira-kira dua tahun lalu. Ketika itu Didie bertugas sebagai pengurus produksi,” bicara awal Julia mengupas tentang duduk perkara sebenar.

Ceritanya, dalam penggambaran drama untuk TV3 tersebut, pihak produksi menggunakan khidmat sewa kereta milik Julia dengan kadar bayaran RM1,000.

Bagaimanapun, bayaran tersebut tidak sampai ke tangan Julia ekoran tercetus konflik jadual penggambaran drama yang diuruskan oleh Didie.

“Saya minta ihsan dia untuk menyusun semula jadual penggambaran sebab emak (Saminah Subari) masuk hospital. Saya minta pelepasan tapi dia tak bagi dan nak saya habiskan penggambaran itu juga.

“Mungkin dari situlah timbul tidak puas hati atau kemarahan terhadap saya bila mana dia kerap mengelak bila soal bayaran sewa kereta saya dibangkitkan.

“Akhir sekali, dia cakap ‘dik, duit itu dah tak ada’ secara baik. Saya terkedu dan bila saya fikir-fikir semula, mungkin bukan rezeki saya. Dia siap tabur janji manis cakap dengan saya, ‘Tak apa Julia. Nanti mummy panggil untuk next job’.

“Memang dia ada panggil saya untuk rancangan permainan 1 VS 0 yang bersiaran di Astro Citra tahun lalu. Nak dijadikan cerita saya menang tapi malangnya tidak dapat hadiah kemenangan itu sampai ke hari ini. Tapi dia janji nak bagi dan sebab itu, saya tetap tagih janji lama itu,” dedah Julia tanpa berselindung mengenai kemelut yang ada.

* Ada bukti fitnah

Julia mengakui lebih selesa berdiam diri dengan harapan Didie segera memperbetulkan keadaan.

“Saya terpanggil untuk menjelaskan duduk perkara sebenar sebab apa yang berlaku sekarang sudah melampau. Saya kena berterus terang untuk membersihkan nama.

“Cerita saya tidur dengan jurukamera itu adalah fitnah dan begitu juga cerita saya ‘menyerang’ Shahirah di majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey. Saya hanya bercakap dalam nada biasa saja, bukan cakap kurang ajar dengan dia,” sesal Julia.

Pada masa yang sama Julia memberitahu dia punya bukti yang mensabitkan kelakuannya terhadap fitnah melanda.

“Saya memang ada saksi untuk apa juga cerita buruk tentang saya yang tersebar. Bukti yang boleh buat orang berkenaan masuk penjara. Sekarang ini saya tak akan dedahkan. Bila masanya akan tiba, kebenaran pasti terbukti jua,” ringkasnya yang enggan memberi petunjuk tentang bahan buktinya.

Ditanya tentang perasaan Julia sewaktu melalui fasa gelap berkenaan, wanita ini menyatakan kebimbangan andai ada yang terpengaruh dengan cerita-cerita buruk mengenainya.

“Kena faham bahawa kehidupan peribadi seseorang itu terlalu sensitif untuk dihebahkan kepada semua orang. Walaupun buruk mana orang itu, tidak wajar untuk kita sebarkan. Terutamanya dengan orang yang terlibat sama dalam industri ini.

“Impak yang diterima bukan saja kepada orang yang difitnah malah semua orang. Macam mana orang yang kena fitnah itu hendak berdepan dengan masyarakat di kala orang lain sibuk mencanang kesilapan dia?” katanya yang mendapat semangat selepas membaca kata pujangga Socrates.

Julia mendapat banyak motivasi menerusi The Socraters Triple Filter Test yang banyak membantu mengelak dari bercerita tentang keburukan orang lain. Ini menjadikan dia lebih arif menilai keikhlasan dalam persahabatan dan mengajarnya untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

* Cerewet pilih kawan

Mengajukan persoalan apa tindakan selanjutnya, Julia berkata, dia akan terus bersabar dan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Daddy saya (Bob Ziegler Abdullah) cakap, saya berada dalam posisi ‘api’. Saya kena buat pilihan sama ada memerlukan ‘air’ atau ‘minyak’. Fikiran saya mengatakan benda ini bodoh dan tak beri apa-apa faedah.

“Kalau diikutkan semula, saya yang sepatutnya marah dari dulu lagi bila orang jaja cerita tak betul tentang saya.

“Sebab pertimbangan Julia itu juga menolak untuk bertindak luar batasan kerana semua melibatkan nama baik Julia pada hujung cerita,” ungkapnya penuh optimis.

Pada masa yang sama, pelakon filem Jangan Tegur ini mengakui dia perlu ‘menapis’ kawan selepas peristiwa ini bagi mengelakkan perkara yang sama tidak berulang pada masa depan.

“Saya telah melakukan kesilapan berkawan dengan orang yang tidak jujur, mengambil kesempatan atas kebaikan kita. Lepas ini, pasti saya akan lebih cerewet dalam bab itu,” katanya di hujung perbualan di Kelab Golf Glenmarie Shah Alam, Selangor.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails