Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

“Monyet Pun Tak Macam Kau Lah!” – Amukan Bekas Kekasih, Adda Kepada Mamat Sepah


Entah apa ribut yang melanda Adda, atau nama sebenarnya Nursyuhaada Baharuddin terhadap Mamat Sepah di laman Twitter pada 18 Oktober lepas menyebabkan ramai pihak mula berspekulasi yang bukan-bukan mengenai mereka berdua. Nampaknya, krisis antara mereka berdua masih belum selesai walaupun Mamat sudah lama berpisah dengan bekas ahli kumpulan Butterfly itu.

Adda secara umum menyelar bekas kekasihnya itu dan menganggap Mamat sebagai manusia yang lupa diri dan berlagak bagus setelah menjuarai sebuah program lawak terbitan sebuah syarikat televisyen berbayar.

“@mamatsepah ko ni mmg tk sedar2 diri lg kn!!pelik la manusia mcm ko ni..monyet pn tk mcm ko la!!!!

“Manusia klu dh kat atas tu mmg mudah lupa diri, setakat ko juara dalam Malaysia, ko tk yah nk brlagak la!! Bkn ko harumkn nama negara pn!!,” ujar Adda melepaskan kegeramannya terhadap Mamat di melalui @adda_butterfly, tempoh hari.

Adda tanpa berselindung lagi membidas Mamat bahawa individu itu berpura-pura baik kepada peminat, sedangkan menyifatkan Mamat sebagai ‘buaya darat’.

“Tk yah nk brlagak baik la weyhh!!! Klu ko baik sgt ko tkkn kena buang la!! Pastu tk reti sedar diri lg.

“Mgkn sbb ko tk de pelajaran,sbb tu ko ckp tk pakai otak kot!! Dasar buaya darat!! Keong racun!!!!,” tambah Adda lagi.

Krisis antara mereka berdua bertambah hangat apabila Adda menyifatkan Mamat sebagai seorang lelaki yang gemar putuskan hubungan semasa bercinta dengannya.

“tu ar..dia tu ape yg tk puas ati sgt ngn Adda pn tk tau!! Tu la ms bercinta dulu ngn Adda, sibuk nk break!!,” jelas Adda kepada seorang followers-nya.

Mamat pernah menjalinkan hubungan dengan Adda, namun hubungan tersebut tidak berpanjangan. Kemudian, Mamat menjalinkan hubungan dengan seorang hos tv tempatan iaitu Fida Ibrahim. Bagaimanapun, hubungan itu tidak kekal ekoran kontroversi gambar peribadi Fida yang dilepaskan oleh Mamat di laman Facebook ketika melancong di luar negara.

Difahamkan, Fida bertindak memutuskan hubungannya dengan Mamat kerana kecewa dengan sikap individu itu yang ‘lepas tangan’.

Dalam kes berlainan pula, dua orang bekas ahli Sepah, iaitu Jepp & Shuib, menyifatkan Mamat sebagai seorang yang bermasalah serta sering menimbulkan kontroversi yang mencemarkan reputasi kumpula mereka. Jepp & Shuib membubarkan kumpulan Sepah dan bekerjasama dalam sebuah kumpulan baru, Sepahtu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails