Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shahrukh berang dengan media


AKTOR Shahrukh Khan sebelum ini terkenal dengan sikap ramah-tamahnya dengan media. Namun, kini dia dipercayai sudah meluat dengan media.

Semuanya gara-gara laporan sebuah akhbar yang mengaitkannya dengan aktor Salman Khan.

Wartawan tersebut bertanyakan apakah pesanannya buat Salman yang kini sedang mengalami masalah gangguan saraf sehingga terpaksa menghentikan penggambaran.

Dalam temu bual bersama majalah Filmfare, Shahrukh berkata: "Beberapa orang wartawan bertanyakan kepada saya, apakah yang kamu ingin ucapkan buat Salman Khan? Saya menjawab, saya ucapkan semoga dia cepat sembuh."

Namun keesokan harinya sebuah akhbar telah memaparkan tajuk utama yang bertajuk 'Shahrukh mahu berdamai' sekali gus membuat dia berang.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails